expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 June 2008

Jom asah naluri keibuan...(^_^)

Bidadari Dunia

Azan Maghrib baru sahaja selesai berkumandang ketika Sally mendengar suara keriuhan anak-anak memasuki kawasan rumah sewa barunya. Dia keluar dari bilik tidur dengan wajah yang sugul. Dipandangnya Zinirah, minta penjelasan.“ Anak-anak nie datang tuk belajar mengaji al-Quran”, jelas Zinirah sambil tersenyum. Sally hanya mampu mengangkat bahu.“ Kita mengaji sekejap lagi. Selepas solat Maghrib”, pesan Zinirah kepada mereka.“ Ya…mak cik Zinirah”, mereka berlari-lari di sekeliling rumah, mengambil kedudukan untuk solat.“ Mereka selalu ker datang ke mari, Zinirah?", Tanya Sally ingin tahu. Zinirah mengangguk.“ Setiap malam mereka belajar di sini. Kenapa Sally?", Tanya Zinirah. Sally menggeleng. Lebih baik dia segera solat. Nanti waktu solat Maghrib habis.Sally baru sahaja menyelesaikan solat sunatnya ketika anak-anak itu datang menghampirinya. Mereka tanpa segan silu menyerbu masuk ruang tengah, tempat Sally dan kawan- kawannya solat berjemaah tadi.“ Mak cik, nak biskut tu!”, teriak salah seorang anak-anak itu. Zinirah mengangguk. Sally tergamam dan hanya mampu melihat biskut satu bekas yang dibawa dari rumahnya itu habis dimakan oleh anak-anak itu.“ Zinirah, aku bawa biskut tu untuk kau orang”, kata Sally. Zinirah cuma tersenyum.“ Tak apakan Sally, kamu tak marahkan. Namapun anak-anak. Mereka mahu mengaji dengan baik, itu sudah cukup senang bagi aku”, balas Zinirah.Uh…sebenarnya Sally berasa terganggu dengan kehadiran anak-anak itu. Apatah lagi sepanjang sesi pengajian mereka, anak-anak itu membuat bising . Walaupun Sally sudah menutup pintu biliknya, dia tetap juga rasa terganggu. Sally memang tidak suka jika dia sedang memberi tumpuan pada kerja-kerjanya, ada suara yang mengganggu. Kerja-kerja yang sedang dia lakukan akhirnya tertunda begitu sahaja. Sally hanya mampu membelek-belek majalah yang baru dibelinya.Tok!Tok! Pintu biliknya diketuk orang. Dengan malas, Sally bangun dan membuka pintu. Beberapa wajah-wajah comel tersenyum menyambutnya. Anak-anak??“ Ya, ada apa…”, Sally cuba mencegilkan biji matanya dengan luas.“ Kami dah nak balik…tapi sekarang dah Isyak. Kami nak solat, em…mak cik…?”“ Sally…panggil saja mak cik Sally. Kamu ni siapa?",Sally bertanya. Anak itu tersenyum mempamerkan giginya yang sedikit rongak. Yang lain cuba untuk mendekatinya. Satu…dua…oh, ada lima orang. Tiga puteri dan dua putera.“ Saya Fawaz, ini Nu’man”, Fawaz menyebut nama temannya.“ Saya Amira, mak cik. Itu Jihah, sorang lagi tu Iman”, yang puteri juga tidak ketinggalan.Sally hanya mengangguk-angguk. Anak-anak itu saling berpandangan. Mak cik Sally tidak sebaik macam mak cik Zinirah, batin mereka bercakap. Wajah masam Sally membuatkan Fawaz bergegas pergi. Lagipun azan Isyak’ sudah selesai sejak dari tadi lagi. Sally menarik nafas lega. Zinirah memberikan bungkusan nasi pesanan Sally. Zinirah merasakan ada sesuatu kelainan pada diri Sally.“ Sally, kamu marah, ya”, Tanya Zinirah hati-hati. Sally terkejut. Marah? “ Tak adalah…kenapa kamu bertanya begitu?", Sally seperti tidak sedap duduk.“ Em…kamu diam secara tiba-tiba”, Zinirah menjelaskan.“ Oh…aku sedang memikirkan tentang tugasan aku yang belum siap”, balas Sally. Zinirah juga tidak berusaha bertanya lagi. Sally cuba menceriakan suasana. Tidak selesa rasanya jika dengan teman sekamar komunikasi kita terlalu kaku. Lagipun aku masih orang baru di sini.Ya Allah…panasnya.
Nyaman sekali aku tidur di atas lantai yang cuma beralaskan tikar plastik selepas pulang dari kuliah. Sally membuka pintu bilik.. Ha…apa ni? Berseleraknya bilik, penuh dengan barang mainan anak-anak. Sally sama sekali tidak menyukai benda-benda itu dalam biliknya. Zinirah? Setengah jam Sally mengemas barang-barang mainan itu. Dimasukkan ke dalam kotak yang ada di dalam stor rumah mereka. Tapi mahu letak di mana pulak benda-benda ini? Dibuang? Nanti ada pula yang kehilangan. Disimpan dalam stor. Ah…nanti sudah pasti akan berdebu dan rosak. Disimpan di kamar sebelah? Ah…Sally tidak mampu, sebelum menyimpan barang itu, Sally terpaksa pula mengemas barang di kamar sebelah. Em…simpan saja di bawah katil. Sally meletakkan kotak itu di bawah katil. Selesai, Sally mengambil majalah dan membacanya sambil berbaring.Ya Allah…siapa pula yang koyak majalah aku ni? Tak bertanggungjawab langsung. Aku baru sahaja beli majalah ini. Ini membuatkan aku marah ni. Tapi…masakan Zinirah nak buat semua kerja ini. Tapi siapa pulak?“ Asslamualaikum…Eh, Sally. Dah lama pulang?” wajah Zinirah muncul di muka pintu. Dia nampak letih.Ada butiran keringat di pipi dan dahi gadis itu.“ Sally…minta maaf…majalahmu koyak. Ini, aku sudah membeli gantinya”. Zinirah menghulurkan majalah itu di tangan Sally. Sally menahan air liurnya. Kenapa Zinirah buat seperti itu? Apalagi Sally tahu untuk dapatkan majalah tu, Zinirah perlu berjalan sekitar setengah batu ke kedai yang terdekat.“ Kenapa kamu merosakkan majalah aku tu Zinirah?", Sally bertanya untuk kepastian.“ Bukan aku…Aku sebenarnya menjaga Mariam tadi”, kata Zinirah.“ Mariam? Siapa dia?", Tanya Sally lagi tidak mengerti. Nama yang asing dan aneh.“ Anak jiran depan tu. Umurnya baru lapan bulan. Dia yang merobek-robek majalah kamu. Oh ya, mainannya kamu dah simpan ye. Terima kasih. Aku terus ke kedai tadi, rancangannya lepas balik baru nak bereskan."“Mainannya di bawah katil”, tunjuk Sally. Zinirah mengeluarkan kotak itu. Dia perlu mengembalikan barang-barang tersebut ke rumah Mariam.“ Aku pergi dulu ya, Assalamualaikum..”, ucap Zinirah.Sally menjawab salam tanpa mengalihkan mata dari bacaannya.---------------------Zinirah berusaha menenangkan bayi dalam dakapannya. Sally sedang tidur. Teman barunya itu seperti tidak suka dengan anak-anak. Tapi…tidak mungkin seorang perempuan tidak suka anak-anak, muslimah pula.Tapi rupanya Mariam semakin kuat menangis. Sally terjaga dan terbangun. Dia menatap Zinirah dan Mariam bergantian. Aduh…ada lagi gangguan? Itukah Mariam? Itulah bayi yang diceritakan oleh Zinirah, batin Sally terganggu.“ Itu…Mariam?”, Tanya Sally. Zinirah mengangguk. Semoga Sally tidak marah.“ Kenapa dengan dia?", Sally bangun dan duduk di hujung katil, memandang Zinirah yang sedang memujuk Mariam. Mariam sudah mula tenang. Dia sedang leka dengan mainannya.“ Emaknya kerja. Kasihan Mariam, Sally. Selalu ditinggalkan oleh emaknya. Maklumlah, ibunya janda yang perlu keluar mencari nafkah hidup. Ayahnya telah lama meninggal dunia sebelum Mariam dilahirkan. Mariam anak bongsu dari empat orang bersaudara. Abangnya baru darjah lima, kakaknya yang seorang tu darjah tiga dan abangnya yang seorang lagi baru tadika”, cerita Zinirah.Batin Sally mula tersentuh. Dia juga anak bongsu. Tapi jauh berbeza dengan bayi itu. Dia dari keluarga yang mewah. Hidupnya penuh limpahan kasih sayang. Sally mendekati Mariam. Bukankah kamu juga memerlukan seorang adik, Sally? Batin Sally berbicara. Mata bening Mariam yang memandang padanya semakin membuatkan jiwa Sally tersentuh.
“ Assalamualaikum…Zinirah ada?", Seorang gadis berjilbab masuk. Pintu kamar memang dibiarkan terbuka. Zinirah menyambut tetamunya. Mereka berbual seketika di ruang tengah. Sebentar kemudian Zinirah datang semula.“ Mariam?", Sally bertanya bingung. Zinirah terdiam sejenak.“ Kamu…boleh tolong menjaganya sekejap, Sally? Tidak ada orang lain sekarang ni kat rumah”, minta Zinirah penuh harapan. Sally tidak mampu menolak. Zinirah pergi dengan hati yang lapang.Ya Allah …Mariam tidak henti-henti menangis. Padahal pelbagai cara telah Sally lakukan. Dari menepuk-nepuk punggungnya, mendukungnya, menimang-nimangkannya. Uh…entah-entah dia lapar. Tapi bayi sebesar ini makan apa? Pisang? Ah…aku bingung. Lebih baik beri susu.Astaqfirullah…ternyata susu yang diminum oleh Sally tidak sesuai untuk bayi seusia Mariam. Kerana bingung , akhirnya Sally menelefon emak Mariam. Mujurlah nombor telefon emak Mariam ditulis dengan jelas di sebelah telefon rumah sewa kami.Ya Allah…dia perlu diberi makan nestum bayi. Mana ada nestum bayi di rumah. Walau cara apa sekalipun Sally perlu mencari nestum itu untuk Mariam. Terpaksalah Sally mendukung Mariam ke kedai terdekat. Alhamdulillah, nestum bayi yang diperlukan ada di sana.Setelah dicampur air panas suam, Sally berusaha menyuapkan nestum itu ke mulut Mariam. Ternyata Mariam memang lapar. Sampainya hati emak Mariam meninggalkannya tanpa bekalan. Tapi, akhirnya tugas itu selesai.Fuh…lega.Sejenak Sally bebas dari mendengar rengekan Mariam. Dia juga tertidur. Namun Sally hanya mampu menikmati ketenangannya cuma sebentar. Setengah jam berikutnya terdengar tangisan Mariam. Makin lama makin kuat. Sally tidak mampu bertahan lagi. Hui…Kenapa Zinirah tidak pulang lagi. Katanya sekejap saja.Sally menghampiri Mariam yang sudah terbangun. Kenapa ni ? Sally mengangkat Mariam. Ha…Apa ni? Basah…lembik…jangan-jangan… Sally menutup hidung sambil terpekik kecil. Ya Allah…dia buang air besar, keluh Sally. Huh…benar-benar menyusahkan aku.Bagaimana ni? Terpaksalah Sally membersihkan Mariam dengan sabun bayi miliknya. Sally memang gemar memakai sabun bayi untuk mandi. Dibuangnya pampers Mariam dan dimasukkan dalam tong sampah. Kekok juga tangan Sally mengelap bayi itu dan memakaikannya pampers yang baru.Huuh…terpaksa mencuci pula seluarnya yang terkena najis. Bahkan tilamnya juga perlu dijemur. Tapi nantilah, yang penting sekarang menjaga Mariam jangan sampai dia menangis. Ternyata Mariam tergolong dalam kategori bayi yang cukup sensitif. Setiap kali Sally bermuka masam, dia pasti akan menangis. Tidak ada pilihan lain buat Sally kecuali berwajah manis, selalu tersenyum, dan sesekali mengajaknya berbual.Syukurlah, tidak lama kemudian Zinirah pulang. Dia hairan melihat Sally sedang bermain-main dengan Mariam. Dilihatnya tilam Sally tergulung rapi, belum dijemur.“ Eh…dia berak ye?", Tanya Zinirah. Sally cuma mengangguk dan menarik nafas panjang.“ Maafkan aku…aku terlewat. Aku tak sangka pulak ada perkara buruk berlaku. Aku dan kawan aku terlibat dengan kemalangan kecil. Alhamdulillah…dah selesai. Padahal kalau dikira orang itu yang salah. Aku malas nak bertekak dengan dia. Maafkan aku ya Sally.. Kamu tak apa-apa kan?", Tanya Zinirah takut.Sally menggeleng. Bukankah aku yang harus minta maaf kerana mengutuk Zinirah tadi, walaupun cuma dalam hati, ternyata dia mendapat musibah.“ Aku…banyak hikmah yang aku dapat. Ternyata bukan mudah nak mengurus anak ya? Aku hairan, kenapa kamu suka melakukannya”, Tanya Sally. Zinirah cuma tersenyum. Lega. Dia gembira Sally sudah mampu menerima.“
Dunia anak merupakan dunia yang bersih. Kita sebenarnya yang perlu membentuk mereka. Dan yang jelas…aku ingin belajar mengasah naluri keibuanku…tak gitu Sally”, kata Zinirah malu-malu.Sally seperti tersedar. Ya…Bukankah dia juga perlu melakukan hal yang sama.“ Ya Allah…dah lewat macam ni, Mariam perlu makan. Dia tentu lapar”, Zinirah menepuk dahinya.“ Mariam…dah makan. Aku beri nestum…kata emaknya dia makan nestum”, jelas Sally.“ Wah, kamu dah bijak menjadi ibu. Oh ya. Mariam dah kena hantar pulang. Emaknya dah ada kat rumah. Kamu nak ikut?”, ajak Zinirah seraya meminta Mariam dari dukungan Sally. Sally menggeleng. Dia mencium dahi Mariam sebelum Zinirah membawanya pulang.Uh…bagaimana rasanya mama membesarkan aku dulu. Apakah aku juga seperti itu. Atau aku lebih teruk dari itu. Tidak terasa airmata Sally meitis satu demi satu. Terasa sekarang betapa berat tugas seorang ibu. Tugas yang tidak mampu hanya dilaksanakan secara terpaksa tetapi memerlukan sentuhan kasih sayang yang luar biasa, juga kesabaran. Itulah suatu perjuangan.Selama ini Sally tidak pernah memahami semua itu. Atau lebih tepat, Sally tidak mahu berada dalam situasi itu. Mahu menguruskan anak-anak yang masih kecil, sedangkan kedatangan mereka saja ke rumah aku rasakan duniaku semakin sempit. Jika ada yang mengingatkan suatu hari Sally pasti menghadapinya, dengan pantas."Ah…itukan urusan yang belum berlaku”, ternyata…Dia masih harus banyak belajar.
Malam itu, seperti biasa selepas solat Maghrib, anak-anak datang mencari Zinirah. Mereka minta diajar membaca al- Quran dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Zinirah dengan sabar membawa anak-anaknya ke ruang tengah. Sally memerhatikannya dari dalam bilik tidurnya.Nama pun anak-anak. Setiap kali belajar sudah pasti mereka bergaduh. Berebut alat tulis, berebut makanan, mengganggu kawan-kawan. Sesekali terdengar mereka menyanyi. Entah lagu apa. Sally tidak tahu. Dan Zinirah? Dia tetap bersabar dengan kerenah anak-anak itu. Tanpa keluhan dan wajah masam.Sally melangkah keluar dari dalam bilik. Dia cuba tersenyum. Anak-anak itu menatapnya. Bismilah…doa Sally. Tangan Zinirah menggamit Sally di antara mereka. Mengajak bergabung.Segalanya perlu dicuba. Dan Sally sedar, dia tidak boleh lagi menunda. Ya Allah…bantulah aku mencintai mereka, makhluk kecil yang suatu hari akan meneruskan perjalanan dakwah ini. Bantulah aku menjadi sebahagian dari perjalanan mereka menuju keredhaanMu. Sally tersenyum. Direngkuhnya seorang anak di sisinya.Empat tahun kemudian.
Sally baru sahaja selesai mendandan anak sulungnya yang berumur tiga tahun ketika bayi kecilnya menangis. Anaknya yang kedua. Bergegas dia mengangkat bayi kecilnya itu. Ditatapnya pakaian-pakaian yang belum dilipat.“ Ummi…jalan-jalan”, rengek si sulung.Kring…kring…telefon di ruang tamu berbunyi. Ya Allah… Suamiku akan pulang dalam beberapa jam lagi. Makanan belum lagi aku sediakan. Sally menarik nafas panjang. Inilah realiti yang dihadapinya kini. Jika dahulu dia benci akan kerja-kerja seperti ini, tapi kini Sally sudah mampu menghadapi situasi ini dengan sebuah senyuman. Waktu telah banyak mengajarnya.----------------------


25 June 2008

Tanggungjawab kita...hmmm?

Dalam beberapa bulan je lagi ana akan berusia 20 tahun. Hmmm tiada lagi nombor belasan di hujung sebutan bagi umur ana. Semakin hari semakin ana rasakan betapa berat tanggungjawab yang ana akan pikul dari hari ke sehari. Begitu teratur aturan Allah s.w.t ke atas hambaNya di dunia ini. Semasa kita masih kecil dan tidak mengerti apa-apa yakni mumayyiz, kita langsung tidak memikirkan tentang orang lain dan segala tanggungjawab masih berada di kedua bahu ibu bapa kita. Dosa ditanggung oleh kedua ibu bapa. Boleh dikatakan kita masih suci dari segala dosa dan kesalahan. Namun apabila kita menginjak dewasa dan baligh, satu tanggunjawab terpaksa di pikul di atas bahu kita sendiri. Dosa dan pahala di tanggung sendiri dan kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Hmmm… Alhamdulillah setakat ni ana masih lagi dapat menjaga tanggungjawab itu sebaiknya Cuma kadangkala diri ini terleka dan tersasar daripada amanah yang telah ditaklifkan Allah ke atas diri sendiri. Semoga diri ini masih terus istiqamah.

Kemudian, apabila ana berada di alam mahasiswa , timbul kesedaran tanggungjwab sebagai seorang muslim yang perlu berdakwah kepada rakan-rakan yang lain. Di bahu kini adanya dua tanggungjawab yang amat berat yakni tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan sebagai seorang da’i. Tidak lupa juga tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa tercinta.Hmmm… bila difikirkan kembali, ana sendiri masih belum sempurna tanggungjawab kepada mama dan abah. Namun ana akan berusaha. Semakin lama semakin kita meningkat dewasa dan akhirnya mula mencari pasangan untuk membina sebuah baitul muslim. Kini bertambah lagi tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami di sisi seorang yang bergelar suami atau isteri. Ana masih takut untuk menghadapinya sebab merasakan ana masih belum bersedia untuk memegang tanggungjawab yang mulia itu. Tapi dalam masa 5 tahun akan datang pelbagai perkara boleh berlaku dan ana semakin gusar pabila memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul nanti. Mungkin ana akan bersuami dalam masa 5 tahun itu Tapi, bagaimana ya ana nak jalankan tanggungjawab itu? Mampu ke? Belbagai persoalan timbul di benak fikiran.


Kemudian nanti mungkin akan bertambah lagi bilangan ahli keluarga yakni anak2. Semua orang mengimpikan zuriat yang soleh dan ana sendiri berkehendakkan begitu. Tetapi bagaimana caranya untuk mendidik mereka? Satu lagi tanggungjawab baru sebagai ibu bapa mengisi kehidupan kita. Hai… begitulah aturan Allah Taala kepada hambanya. Setiap kehidupan kita diatur semoleknya. Tanggungjawab yang ditaklifkan adalah sebagai satu amanah yang wajib dipikul untuk menyediakan diri kita apabila bertemu dengan yang kekal abadi yakni Allah Taala. Jadi, the conclusion is we must obey Allah and take the responsibility as ibadah that we must do for our journey to akhirat. InsyaAllah. (^_^)!


Doa seorang kekasih...






















Ni gambar -gambar semasa program orang asli Pos Piah..

Jawatankuasa kerohanian muslimin yang terlibat

Ustaz Zakaria memberi penerangan tentang program


Kanak-kanak orang asli di Pos Piah



Baca buku sekejap sebelum bertolak...



detik-detik perpisahan..Selamat tinggal semua!!




Wajah-wajah ceria anak2 orang asli




Suasana di dalam trak.. berdebu...





Ahli jawatankuasa muslimat yang mengikuti program










24 June 2008

Program Lawatan ke Perkampungan orang asli Pos Piah

Pada 20hb Jun baru-baru ni, ana dan beberapa ahli jawatankuasa kerohanian telah mengadakan lawatan ke perkampungan orang asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak. Sebenarnya program nie adalah program anjuran Jabatan Agama Islam Perak, tetapi ustaz ana Ustaz Zakaria ambil peluang nie untuk memberi pendedahan kepada semua ahli jawatankuasa surau dalam bidang dakwah bil hal. kami semua bertolak ke sana dengan menaiki dua buah trak polis dan tepat jam 11.30 pagi kami memulakan perjalanan yang penuh mencabar. Kami berhenti di Lasah untuk solat. Semua pelatih muslimin menunaikan solat Jumaat di masjid Lasah. Lasah adalah tempat yang terakhir yang ader line dan kemudahan yang lain. Semua pelatih membuat panggilan terakhir buat ibu bapa tersayang dan rakan2 yang lain termasuk lah ana sendiri. ana sempat call kakak ana dan mak ana. Memang agak sedih jugak tapi demi menimba ilmu dan pengalaman dalam dakwah, ana buang segala perasaan tu.Hmmm... Dalam perjalanan yang penu cabaran tu sempat jugak ana terfikir tentang kesusahan para mujahidin di Palestin yang berjuang tu. Suasana dalam trak tu seolah-olah buat ana merasakan ana akan pergi ke medan jihad. Hmmm.. Jauh ana termenung tu. Pengalaman yang tak dapat ana lupekan sepanjang dalam trak tu, ana jatuh tergolek due kali. Memalukan betul. tapi tak pe la ujian.

Di pendekkan cerite, sepanjang berada di sana ana dan rakan-rakan telah ditempatkan di rumah keluarga angkat yang kami panggil amek(mak) dan Apak(ayah) kami. Matlamat kami adalah untuk membawa pendekatan islam terhadap kaum asli suku Kemia di sana.Kami di fahamkan hanya 5 buah keluarga sahaja yang beragama islam disana dan yang lain tidak beragama. Namun begitu , walaupun 5 kuarga yang islam, mereka tidak pernah mengamalkan cara hidup islam. Hati ana sangat tersentuh pabila melihat keadaan sebegitu. Dalam masa yang sama ana dapat merasakan kesedihan dan penyesalan yang sangat dalam. Ana merasakan bahawa diri ana ni masih tak mampu nak tarik mereka memeluk islam. Ilmu ana sendiri masih belum kukuh untuk mengislamkan mereka. Ana bertanya kepada amek ana yang ana panggil kak mira. Katanya dia tak nak peluk islam sebab susah. Dia tak tahu membaca dan merasakan amalan dalam islam itu susah untuk dilakukan. ana hanya mampu tersenyum tetapi memendam satu perasaan yang sangat pilu di hati. Ana tidak mampu untuk bercakap panjang dan memberi penjelasan yang panjang tentang perkara itu.

Ana tahu tetapi tidak tahu untuk mulakan bagaimana. Ana cume mampu berbicara tentang islam tatkala waktu makan. Itu pun hanya menyuruh anak2nya membaca doa sebelum makan sebagai pendedahan awal. Sesekali ana bertanya "Kak mira kenapa tak nak islam?" kak mira menjawab.." Tak nak la.. nanti kalau saye nak masuk islam saye jumpe la ngan ustaz" Terbit sinar bahagia di hati ana tatkala mendengar kata2nya. namun hati ana terluka kembali pabila kak mira berkata bahawa orang islam sendiri tak amalkan ajaran mereka. Ana tak dapat berhujah kerana ader kebenarannya. Lalu ana terdiam sambil memerhatikan Roymi dan Harry makan. Anak2 kak mira. Sepanjang di sana, ana teringin sangat nak melihat anak2 orang asli di sana diberi ajaran agama yang sempurna. Setiap kali ana memeluk anak2 kecil di sana, ana akan mendoakan agar mereka menjadi anak 2 yang soleh dan mengikut ajaran islam.

Di sana ana dapat mendidik diri ana untuk lebih tabah dalam menempuh dunia dakwah yang penuh berliku. kadangkala sedih kerana melihat mereka semua ibarat bayi kecil tanpa dosa yang mencari2 hidayah dan cahaya petunjuk. Bersyukur kerana ana di lahirkan islam. Tempoh masa yang diberikan selam 3 hari tidak cukup untuk memberi kesedaran kepada mereka. Sedangkan Nabi Muhammad pun tidak mampu untuk mengislamkan bapa saudaranya. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat memberi hidayah. ana harap sinar hidayah akan menjelma di perkampungan orang asli itu. InsyaAllah..

23 June 2008

Assalamualaikum para mujahid sekalian..

Salam penuh mahabbah buat para sahabat seperjuangan sekalian...

Alhamdulillah, akhirnya ana berjaya juga menghasilkan blog ana sendiri walaupun tidak seberapa dan secantik blog-blog yang sedia ada. Namun begitu diharapkan niat ana yang ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang ana perolehi sepanjang ana bergerak sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini mendapat keredhoan Allah dan terhindar daripada segala niat yang tidak baik dan fitnah. Selari dengan hadis nabi Muhammad s.a..w." Dan sampaikanlah olehku walaupun sepotong ayat". ana terpanggil untuk meneruskan dan manjalankan tugas yang dulunya terpikul di bahu seorang junjungan besar Nabi Muhammad yakni seorang da'i. Semoga Islam akan terus mekar dan gemilang di bumi Allah ini. InsyaAllah. takbir! Allahu Akbar!!