expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 July 2008

Doa Seorang Kekasih..




Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hambamu ini
Ya Allah Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia"- Sahih Muslim
Dari Abdullah b. Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; " Dunia ialah kesenangan, sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah" - Sahih Muslim

P/S: Kurniakan daku pasangan yang beriman... Amin



27 July 2008

Role Play for Merchant Of Venice

Sebenarnye kapal kat atas ni tak der kene mengena pun ngan citer ana nie. But ader la sket2.. As TESLIAN student we have to make a role play about our drama The Merchant Of Venice. But there's something that make me feel that benda ni tak bagus. Lepas dah bace drama bu William Shakespear ni ( walaupun tak khatam and tak faham), ana tengok citer ni terlalu religious. Bukan religious pade agama islam, but more to jewish and christien. That make me feel worried coz some of the cast are muslim. Adui.. problem nie... Bebudaknyer plak cam jenis tak amek tahu sangat tentang benda2 camni. Ana tanyer ema ( TESL IPBA ). Camner dorang conduct benda ni sebab ader je dialog pasal convert from Jewish to Christien... Last2 Ema cakap potong skrip yang berkaitan ngan soal akidah nie. Hmm.. Ok la tu. setle jugak problem. tapi merisaukan jugak sebab tengok la macam maner dakyah golongan orientalis nie. Dorang gune pendidikan untuk tarik orang islam and nak rosakkan akidah umat islam. Kadang2 rase nak wat demonstrate jugak. nak protes pasal drama MOV tu. Macm keterlaluan je. Orang islam yang tak sedar comform la buat tak tahu je. So, macam maner ngan sistem pendidikan kite sekarang? Sekular or not? Although i'm future teacher tp tak semestinya ana ni nak ikut semua sistem kiter sekarang. Ops.. tak leh cakap lebih. Nanti tak pasal kena tahan ISA. huhu.. Tak pun elaun kena tarik.. Tak kisah la. Kite negara demokrasi. So ana nak cakap berdasarkan pendapat ana sendiri la. huhu.. ok la.. yang penting islam tu tetap dijunjung selalu..
p/s: Nak ganti menteri pendidikan boleh tak? boleh ubah sumer ni.. Hehe.. saje je.. kiter belajar dulu k..

18 July 2008

Kenangan di KISAS ~segar diingatanku selalu~

Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri
Tanpa sedar dan penuh lalai
Usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan..
Mengambara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa arah yg sejati
Tiada pembimbing penunjuk jalan yg suci
Hidup terumbang-ambing sendiri..sendiri
Tuhanku dengarlah bicara hati ini
Dariku insan yg sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasih-Mu
Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga diterima di sisi-Mu
Sebagai bekalan negeri abadi
Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yg sekian lama menutup jiwa(2x)

P/s: sungguh sayu dan syahdu hati ini bila mengenangkan.. tarbiah di bumi waqafan tersemat di hati.....

07 July 2008

Luahan hati seorang mujahidah muda..

Sesekali ana merenung dan berfikir.. Mengapa mereka semua di luar sana begitu gembira dan seronok menghabiskan kehidupan yang sementara ini? Sedangkan masih ramai lagi umat islam diluar sana yang kekusahan sehingga terpaksa berkorban jiwa demi menyelamatkan tanah air mereka. Ana sedih melihat rakan sebaya yang masih asyik dibuai cinta manusia yang tidak keruan. Melayan perasaan diri yang akhirnya menjerumuskan diri ke arah kemaksiatan. Dimanakah rijal yang kuat dan bersemangat untuk membela agama Allah. Adakah ana akan ketemui dengan seseorang yang benar-benar hidupnya adalah untuk Allah? Yang Dirinya diinfaqkan ke jalan Allah?Pernah hati ini mengasihi seorang lelaki, namun entah mengapa hati ini mengharapkan dia menjadi seorang mujahid yang gagah berjihad dan berdakwah di jalan Allah. Dan sekiranya dia tidak mampu untuk memegang taklifan itu, ana lebih rela meninggalkan dirinya demi cintaku pada agama Allah. Tidak akan kubiar hati ini dimiliki oleh seorang muslimin yang dirinya hanya ingin menikmati cintaku tanpa memikirkan perjuangan agama Allah. Hati ini tidak mampu untuk menerima seorang rijal yang dirinya lemah, seorang rijal yang sering berjenaka dengan seorang ajnabi, seorang rijal yang tidak bersemangat untuk berkhidmat untuk agamaNya. Demi Allah, aku pohon cinta seorang hambaMu yang amat mencintai DiriMu sepenuh hati, Agar ana juga mampu mendampingi dirinya dan membantunya untuk agama Allah. Cintanya kepada Allah juga mampu membuat diriku tenggelam dalam menikmati cinta Agung Cinta Ilahi.. Ya Allah... ketemukan diri ana dengan seorang pejuang agamaMu.. amin

03 July 2008

Saat itu akan tiba....


Cinta Tarbiyah Dakwah

Saat IMAN berbicara memujuk hati mengawal akal, menunduk nafsu..

Buat tatapanmu ukhtiku,

Cinta kepada berlawanan jenis itu kurniaan Allah ke lubuk hati hamba-Nya, sebagai ujian di saat kau belum bernikah. Ah, lemahnya iman dalam soal ini. Namun, aku paling kagum dengan mawar berduri yang kukenali sekitarku. Andai kubisa menjadi seperti mereka...Ya Allah, kuatkan aku..tinggal beberapa hari, bulan dan tahun sahaja lagi mungkin, lelaki yang ditakdirkan Allah untukku akan muncul juga menemui ibu dan ayah. lnsya Allah. Namun, siapa gerangannya? Ataukah mungkin di Syurga? Seorang Syahid melamarku sebagai Ainul Mardhiyahnya? Indahnya. Pernikahan di dunia atau Syurga dalam redha Allah.

Sunyi h/p dari bicara rijal..
Senyap h/p dari message ikhwah..
Yang ada hanya kalam taujihad sahabiah seperjuangan..
Tunduk pandangan dari ajnabi..
Ajnabi juga tidak bisa melihatku..
Itukah aku?

Mungkinkah aku bisa menjadi mawar yang berkembang mekar di taman larangan dipagari duri yang berbisa?

Layakkah aku disunting lelaki soleh bintang agama? Sedangkan aku bak lumpur yang hina? Mengapa harus aku memikirkan soal jodoh, sedangkan dosaku menggunung pada yang Esa? Andai nyawaku di hujung tanduk, pun aku tidak tahu bila, haruskah aku memikirkan soal cinta? Indahnya, hati yang bisa menghayati..alhamdulillah...

Sedang jodoh telah tertulis sejak azali. Tidak akan berubah ketentuan jodoh ini walau dengan siapa kita bercinta pun akhirnya kan terpisah juga. Dua takdir Allah yang tidak akan berubah iaitu MATI dan JODOH. Beruntunglah insan yang mengenali cinta Allah di saat dia diuji cinta manusia-Bisakah ditolak tepi cinta ini? Tepuk dada tanya iman. Usia hidupmu di dunia sementara cuma, di akhirat kekal abadi. Layakkah kita untuk Syurga-Nya? Sahabat, andai kau bisa menepisnya sepertiku, esok, kita ketemu di Syurga ALLAH! Insya Allah.

Yakinlah, kataku ini, usah berdalih lagi, sebelum nantinya kau menangis di bahuku. Anggaplah si dia yang tertulis untukmu sedang mempersiapkan diri menjadi lelaki soleh sebelum menyuntingmu menjadi bidadari penyeri dunia dan akhirat.

Percayalah, tidak akan ada yang bisa memilikinya, jika dia memang tertakdir untukmu, dan yakinlah tidak akan bisa kau milikinya andai dia tertulis untuk gadis yang lain. Lepaskan cinta itu dari ikatan hatimu..Cinta yang tidak halal bagimu walau akhirnya kau bernikah dengannya...Dosa berpacaran (ber'couple') itu tetap kau pikul sebelum pernikahanmu. Lupakan segalanya..siapkan dirimu, duhai calon bidadari, Hurrun 'Ain, ya Ainul Mardhiyyah.....bekalan amal dan dosamu akan ditimbang di neraca mizan...Ingatlah, sayangi dirimu..moga kita dalam peliharaan-Nya sentiasa..amiin.

Sahabatku, Jika dah jatuh, bangun semula. Dah patah balik, maju semula ke hadapan..hampir nak terjatuh, mari kusambut tanganmu..sahabatku sayang..kembalilah ke pangkuan Tuhan kita..bertaubatlah..janganlah kerana dosa sedikit itu kau tambah lagi kerana bimbang tiada pengampunan dari-Nya, Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang...Asal sahaja kau tidak mensyirikkanNya, semua bisa terampun. Percayalah..

YA ALLAH..Tatkala bahang mahsyar-Mu menjilat tubuh, izinkan kami sama berteduh, tatkala mizan-Mu teliti mengira, beratkan neracanya atas jasa, naungi kami di sana, berkat kasih kerana-Mu semata, andai kulayak ke Syurga, kupinta dia bersama. Amiin ya Rab..



Petikan khas buat tatapanmu,
Langkahku kali ini langkah Mujahidah,pantang berundur! Ya Allah,terima kasih krn memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kpd Yusof menghadapi Zulaikha.Aku mmg hajat pd tarbiyyah berterusan utk terus mendapat kekuatan.Dunia ini terlalu dusta & menggoda, hanya jln tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dr murkaMu.Ya Allah,aku takut menghadapi ujian hr esok.Tolonglah berikanku kekuatan,aku tdk mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkn jln tarbiyyah & da’wah ini spt dulu.Cukuplah sekali aku pernah t'tipu dek nafsu.Akan kuperangi suara nafsu habis2an sbg seorg mujahidah laksana garangnya Umar di medan perang.Akulah seorg mujahidah!

Ya Allah! Cinta-Mu tak pernah mengecewakan…Kau terlalu Maha Penyayang.Aku yakin,kehadiran cinta manusia adlh tanda hadirnya cintaMu.Aku hamba yg derhaka namun Kau tak putus2 memberikn rahmatMu.Ya Allah,layakkah aku yg penuh dosa ini utk insan yg mulia? Jk dia bintang agama sedangkn aku pula lumpur yg hina?.Aku masih merangkak mencari kemulian spt mana insan terpilih lain raih di sisiNya.Terima kasih Tuhanku,Kau hadir saat aku memerlukan.Ku pasrah pd ketentuanMu.Dgn cintaMu,Kau akan beri yg terbaik utkku.Aku yakin dgnMu Tuhan. Pergilah…pergilah cinta manusia! Aku tak perlukan cintamu.Ya Allah, hanya Kau yg kudambakn bkn sesiapa di kalangan makhlukMu.Hatiku hy milik-Mu.Ku yakin akan hadir cinta idaman,ketika diriku teraba2 mencari jalan pulang.cinta yg m'bw aku kpd mencintaiMu..Aku takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa.Aku akan bangkit kembali memikul beban tarbiyyah dan da’wah yg sarat perjuangan ini.Aku takjub dengan kuasa iman.Iman mengubah hati insan,menjadikn pemikiran seseorang tunduk pd kebenaran.Jln tarbiyyah & da’wah inilah yg banyak memberi bekalan iman..(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikMu!)

p/s : Email dari sahabat ana buat ana... sangat menyentuh hati diri ini....hmmm..