expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 November 2008

Niqab's Gurlz...

Assalamualaikum.. Hmm.. mesti ader yang terkejut dengan post ana yang terbaru nie. Ok, just sebagai pembuka minda bagi sahabt2 ana diluar sana tentang pemakaian niqab atau purdah nie. Sebenarnye ana sedang and still membuat kajian tentang kasahihah dalil yang berkaitan dengan pemakaian purdah nie. Kesian kat sahabat2 ana yang terpakasa melayan karenah ana nie. Duk mencari no phone ustaz. Maaf sangat sebab mengacau anda semua yang sedang menikmati cuti semester nie. Huhuhu..Ana kekurangan sumber rujukan untuk tanye tentang niqab nie. So, maser sekarang la baru tercari-cari guru-guru agama yang pakar. Cuba bayangkan kalau suatu saat nanati semua ilmuan agama telah pergi menghadap ilahi? Wah! gamat dunia nie.. Tak tahu la umat islam semua nie akan jadi ape. Zaman kegelapan. So, kite kena sentiasa dengan ulamak2 islam ni dalam memperjuangkan agama Allah yang tercinta. Ok.. Kat bawah nie ana sertakan dalil yang berkaitan dengan pemakaian purdah. Ana ambil dari blok ukhti hayati. Syukran kak yati sebab bagi tika copy kat sini. Hehhe.. Arigato..

Karangan Habib Salim Asy-Syatiri(Sultan Ulama‘) dari Yaman yakni Kitab Nailu Roja’ yang mensyarahkan kitab Safinatun Naja..adalah kedua-dua kitab ini membincangkan tentang masalah fiqh Mazhab Syafie, dari pendapat Ibn Hajar dan Sheikh Ramli dan juga beberapa pendapat ulama’ muktabar yang lain.

Kitab Nailu Roja’ amat dikenali di kalangan para ulama’ dunia, kerana kitab ini diantara kitab yang paling ringkas tapi amat padat isinya, dan digelar sebagai Kiblat para Ulama’.

Di dalam kitab ini, dijelaskan bahawa dalam mazhab Syafie, terdapat dua pendapat berkenaan aurat wanita..

Pendapat pertama(pendapat yang kuat):-Seluruh badan wanita adalah aurat, termasuk muka dan tangan, melainkan ketika solat..

Pendapat kedua(pendapat yang lemah):-Seluruh badan wanita adalah aurat, kecuali pada muka dan tapak tangan.

*Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas’ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii’ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Dalil mereka yang mengatakan berpurdah tidak wajib:-

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.
: Hadis Rasul SAW yang bermaksud ” Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).
: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.
dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Begitu juga pendapat ulama’ muta’akhirin, yakni Ali Jadul Haq R.H, bekas Sheikhul Azhar, mengatakan dalam fatwanya yang berbunyi,”adalah wajib bagi wanita akhir zaman sekarang ini memakai purdah”. ini adalah kerana lemahnya iman para golongan adam yang mudah rosak kerana fitnah yang dilemparkan oleh para hawa akhir zaman. Dan beliau ada dalil yang tersendiri, dan kenyataan ini keluar selepas kenyataan Sheikhul akhbar, Yusuf al-Qaradhawi, yang menyatakan hukum berpurdah ini hanyalah harus, berdasarkan dalil beliau yang tersendiri.

Adalah perkara ini adalah perkara khilafiah sahaja..orang yang tidak mahu pakai, maka ianya tidak bersalah. Moga itu memang diizinkan Tuhan.

Orang yang mahu pakai, maka ianya juga tidak bersalah, bahkan ini lebih bagus dan lebih sopan disisi Islam.

Adapun orang yang tidak memakai purdah, maka tidak patut mereka mencaci golongan yang berpurdah, kerana golongan ini lebih dikira wara’ di sisi syara’(secara zahirnya).

Dan adapun orang yang memakai purdah, perlulah mengajak mereka yang tidak memakai purdah dengan cara lembut, dan penuh kesopanan agar mereka terbuka hati untuk beramal.

Insya Allah. Wallahua’lam.

Yang kat atas ni, ana copy dari blog sahabat ana. Itu sahaja untuk hari nie. Doakan ana dapat berpurdah suatu hari nanti ye. InsyaAllah..


"Allah matlamatku"

15 November 2008

Selamat bercuti!!!

Jazakallah buat semua sahabat yang masih setia dalam perjuangan ini. Kat sini ana ucapkan selamat bercuti buat semua sahabat di ipg dan juga sahabat2 ana yang study kat uni. Kebiasaannya budak2 ipg ni cuti nyer lame. So, diharapkan semua sahabat dapat memepertingkatkan amalan masing-masing dan tak lupe juga dalam perjuangan masing2. Bercuti tak bermaksud kita semua bercuti dalam perjuangan. Manfaatkan masa kita semua untuk mencari bahan dan menghadiri program yang berfaedah bagi perjuangan kita semua. Ana plak, tahun depan dah final year kat maktab nie. So, note pun berlambak kena study balik and recall balik ape yang dah dipelajari dalam masa 3 semester nie. Tapi tak semestinya dakwah tu terhenti ok. Belajar tu salah satu jihad jugak. Jihad menggunakan mata pena.. InsyaAllah. So.. Selamat study buat student B.Ed Tesl Secondary School cohort 1. Prepair for "school experience" next year k.. Buat keluargaku.. nantikan kepulangan anakanda..=).. Miss you a lot..
p/s: 15hb November is my big brother@bodyguard birthday. But i can't celebrate it with him.. Selamat hari lahir dan menjalani peperiksaan SPM buat adikku. Mohamad Nur Hamdan Bin Rosli.. assif tak leh nak smabut. Balik nanti kite sambut..

05 November 2008

Baitul Muslim...


" Katakanlah cinta itu nafas hati, yang berputik tiap masa, cukup bergolak tanpa henti.. Akan cinta bertakung tenang, andai dua jiwa disatu dalam dakapan mesra sebuah ikatan yang padanya dibangga Al Amin"

Post kali ini mungkin menarik perhatian sahabat-sahabat ana diluar sana. pasti ada yang akan bertanya "Enti nie, dah berniat nak dirikan baitul muslim ke?" Hai sape yang tak nak menjalankan sunnah Nabi Muhammad yang dituntut dalam islam. Disamping matlamat untuk membentuk generasi muslim yang berkualiti. Hmm.. semoga ana dapat menjadi mujahidah di hati bakal suami ana.( erk.. InsyaAllah)

Hmmm.. dalam diari seorang pendakwah muda, adakah wujud perasaan CINTA itu sendiri? Banyak tazkirah-tazkirah yang ana dengar bahawa dakwah tidak akan berkesan jika seorang da'i itu tidak menjaga hatinya. Namun begitu, adakah kita ini malaikat yang tidak mepunyai perasaan? Allah hadiahkan fitrah suci itu buat hambaNya untuk menikmati nikmat kasih sayangNya. Apakah tanggungjawab kita yang memahami tuntutan syara' ini? Adakah perasaan itu perlu disekat atau dibantu agar seseorang itu dapat menyalurkan perasaan itu ke arah yang digariskan dalam islam yakni nikah. Sesungguhnya dalm surah Ar-Rum ayat 21 sendiri telah menjelaskan bahawa pernikahan itu memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam hati manusia. Dengan pernikahan itu juga dapat memberi semangat kepada pasangan masing2 untuk meneruskan dakwah tanpa dibelengu rasa berdosa jika memendam perasaan diluar nikah. Tetapi, adat semasa pada hari ini yang tidak dapat menerima jika seseorang yang masih muda untuk bernikah kerana takut pelbagai masalah yang akan timbul dengan pernikahan di usia muda. Bimbang kerana masing-masing masih lagi belajar dan takut jika mereka tidak dapat meneruskan pelajaran dan dakwah dengan baik kerana tanggungjawab yang lebih besar terpaksa dipikul.

. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.
(surah An-Nuur:32)

Ayat al-Quran diatas telah menerangkan kepada kita sejelas-jelasnya tentang betapa Allah s.w.t sendiri menganjurkan pernikahan dan kita sebagai muslim perlu membantu mereka yang masih lagi terkapai-kapai dalam dunia cinta yang tidak sah agar mereka dapat menyalurkan perasaan anugerah Allah itu kejalan yang diredhoiNya.

Akhir kata dari ana yang masih lagi bertatih dalam meniti titian hidup dalam memperjuangkan haq2Nya. Janganlah kita membiarkan maksiat hati terus menerus menyerang ruhul jadid ini yang akhirnya meneyebabkan islam itu jatuh. Namun berfikirlah untuk mencari jalan penyelesaiannya kerana kita sebagai khalifah di bumi Allah ini adalah dilahirkan untuk berfikir tentang permasalahan ummat yang berlaku masa kini. Maksiat hati ini, nampak je kecil dalam skop dakwah tapi sebenarnya ia memeberi impak yang besar bagi keseluruhan kerja dakwah. Wallahua'lam. Jika ana ader tersilap bicara, mungkin sahaat-sahabat yang lain dapt memperbetulkan kesilapan ana dalam mencoret idea tang masih lagi lemah. Syukran. salam perjuangan