expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

31 March 2009

Bertemu ketenangan..(^_^)

Assalamualaikum sume. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan dua nikmat terbesar oleh Allah s.w.t yakni nikmat? Islam dan iman.. Alhamdulillah. Hmm.. agak lame jugak ana tak update blog nie dengan post yang terbaru. Actually bukan sebab merajuk atau ape tapi sebab masalah internet yang telah melanda bumi ipip sejak akhir2 ini. Heheh... Another reason is idea yang tak mencurah-curah ke ladang gandum. Adus. Sape boleh bagi ana idea? Syukran wat sahabat ana ieha yang post kat shoutbox tu. Bukan tika busy pun tapi vitamin M melekat kat diri ni nak update. Hehe.. dan jugak wat sahabat kat Parit Buntar pun time kasih jugak.




Sebenarnye pernah jugak terniat di hati ini untuk delete blog nie beberapa kali sebab... hmmm ader la sebab2nyer kan. heheh.. Biarlah rahsia. Kalau tengok post ana yang sebelum ni tone nye agak solumn sket berbanding post2 ana yang sebelum ni.Huhu... Biaser la nak exam ni banyak sungguh dugaan yang datang silih berganti. Tak pe ujian itu tarbiah dari Allah. Hmm.. semalam ana pun agak sedih jugak sebenarnye. Masalah dengan belajar, kawan2 semuanya bersatu didalam kepala ibarat wayar yang berselirat di dalam mother box. Huhu.. (mentang2 memang kaki internet, perumaan pun pasal computer). Tapi alhamdulillah sebab ana dikurnia seorang kakak yang baik. Tapi tak mau tulis name die nanti die gumbira. heheh.. kak nora yang cute.




Ana duduk sorang2 kat belakang bahagian surau sambil membaca al quran, dengan mata yang masih membengkak. (baru pas nangis). Tazkirah kat depan ana tak berapa dengar sangat tapi memohon agar diberi ketenangan. Then, selepas habis sesi tazkirah tu, akak tu pun datang kat ana. "Tikah, tikah ade masalah ye?" Hmm.. terkejut jugak sebab tetibe je macam tergambar je kat muka ana ni muka bermasalah. Huhu.. Ana mengangguk je sambil cube mengukir sekuntum senyuman yang tak berapa nak jadik. (camner tu?). Akak tu pun sambung lagi and cakap " Dari muka tikah pun akak dah tahu tikah ade masalah. Akak rase bersalah sebab tak jadi pendengar masalah sahabat2 kite".. Huhu.. sekali lagi rase terharu and rasenyer kilang air mata ana mula aktif beroperasi tapi tak berapa nak jalan sebab air mata dah banyak keluar sebelum ni. Ana pun menceritakan segala masalah ana kat akak tue sampai la orang nak solat isya'. Di akhir perbulan akak tu cakap, kalau ader ape2 masalah datang jumpe akak and citer. huhu.. rase seronok segala masalah terasa terlerai dari fikiran satu demi satu. Alhamdulillah.


Rase terimbau balik kenangan terindah mase sekolah dulu sebab ana memang sangat rapat dengan orang yang lebih tua dari ana berbanding dengan rakan sebaya sendiri. Tak tahu kenape dan ana suke ceritakan masalah ana pada mereka. Hmmm... Teringat plak kak ada yang selalu dengar masalah hati ana waktu f2, kak kema yang memang selalu sangat jadi tempat ana bermanja and bergurau. heheh.. tak tahu dah die kat ne. Kak Aimi, naqibah yang dirindui selalu. Masih segar diingatan kek blue berry yang best tue. Ni akak kat KISAS. Then sekarang Kak Nora yang baik hati.. Terima kasih semua sebab dah jadi sebahagian daripada hidup tika dan mewarnai kehidupan kelamku. Huhu.




p/s: After this jangan sedih2 sangat. Allah ader disisimu ya Nurul Atika Binti Rosli.




"Allah matlamatku"

Kata Hati..



Hidup kita ini biarlah memberi kebaikan kepada orang lain. Bukanlah menyusahkan kehidupan orang lain.Hmm.. kate2 ini ana selalu semat dalam diri ana tetapi kadangkala ana sendiri tanpa disangka dah menyusahkan diri ana yang selale memendam dengan niat tak mahu orang lain terasa dengan ana dan supaya orang lain bergembira. Ana silap sebab tak semua orang berfikir seperti yang ana fikirkan. Ada orang lebih suka agar orang lain berterus-terang dengan apa yang orang lain terasa dengan diri mereka sendiri. Dan ada orang yang lebih suka memendam seperi ana ini yang kadangkala buat hati sendiri sakit tanpa sebab. Susahnya juka diri ini seorang yang sangat suke memendam rasa. Kita sentiasa inginkan orang lain bahagia walaupun diri kita terluka. Tapi, kadangkala kita mengharapkan orang lain mengerti bahawa kita juga mengharapkan mereka juga berbuat sedemikian kepada kita. Hai… entahlah. Makin difikir makin maigrin ana nie. Tak pe lah.




Hmmm… sebenarnye ana banyak memendam sekarang ni yang tak boleh ana luahkan disini sebab kehidupan peribadi ana bukan untuk tatapan orang ramai. Ya Allah ana memohon seribu kekuatan dariMu. Mengape diri ana begitu mudah terasa sedangkan ana ini siapa sahaja untuk terasa dengan manusia makhluk ciptaan Engkau Ya Allah. Hati ana sering merintih kerana kelemahan ana ini yang ana rasa sesuatu sikap yang paling dibenci oleh diri ana sendiri tetapi sukar benar untuk dibuang. Ya Allah, jika ada sesuatu alat yang boleh buang sifat terasa ana ni,memang ana akan beli. Tetapi, sebenarnye itu adalah inner side kite. Kite yang control tapi kenapa ana tak kuat nak control? Ana tahu syaitan tengah berdekah2 ketawakan ana sekarang nie. Kalau la ana nampak je iblis2 tu, nak je ana bagi satu tumbukan yang padu kat muka dorang tu. Kenape kamu semua tak habis2 nak ganggu hidupku ha?!! Dalam solat kau ganggu kekhusyukkanku untuk berhadapan dengan Allah sampai mengalir air mataku ini. Bisilkan2mu itu buat ana terlantar kesakitan merindui ketenangan bersama Allah. Syaitan yang zalim lagi meyesatkan anak adam. Tunggulah engkau di hari kebangkitan kelak.



Ya Allah, tiap kali sujudku, aku pinta agar Kau peluki daku dengan selimut ketenangan beribadah kepadaMu. Ku pohon agar telingaku mendengar setiap bait2 kata surat cintaMu untukku. Aku rindu untuk bertemu diriMu. Aku takut untuk menongkah arus kehidupan didunia ini yang semakin ahri semakin menarikku leka dari mengingatiMu. Ya Allah biarlah dunia itu hanya di tanganku bukan dijiwaku. Ya Allah, begitu romantisnya cintaMu terhadap hambaMu tetapi kenape sukar benar kami menghargainya. Huhu… Ya Allah syaitan telah mentertawakan diriku, aku mohon kau gembirakan hatiku dan buatkanlah syaitan2 itu menangis melihatku untuk kubalas ketawa mereka kepadaku. Jahanam syaitan yang direjam!! Jahanam Taghut!! Aku benci kalian!! Kerana kalian aku tersiksa begini. Kerana kalian aku hampir hilang pedoman. Huhu.. Ya Allah aku lemah…





"Allah matlamatku"

24 March 2009

Study week.. (-_-)...


Salamun alayk..


Ana baru tukar template untuk blog ana nie. Tak tau lah cantik ke tak. Tapi sebab ada gambar kucing tue, ana rase cute sangat kucing tue. =) jadi ana amek la code and tukar terus template nie. Hai.. pinky la plak walaupun tak berape berkenan warne ni.


Anyway, sekarang nie semua orang busy dengan study masing2 sebab exam tak lame dah. Hmm.. bimbang jugak di hati ni. Tapi jangan plak lupe amal ibadah kite pada Allah s.w.t. InsyaAllah.


Suasana di bilik ana semakin hari semakin suram kerana penghuninyer dah jadi cam patung tercatuk kat meja study. Semuanya gara-gara exam yang bakal ti be 18 Mei nie. Hai, kalau kite nie khusyuk beribadah macam study tu kan bagus. Kite pun akan diuji dalam exam lagi besar akhirat nanti. Betul tak?


Hmm.. rumet pun sudah tidur dan ana masih menerawang dari satu blog ke satu blog. Teringat plak kate2 Mr Earnest kat kelas tadi bile study tajuk Globalization. Antara jawapan yang diberi oleh classmate ana nie tentang globalization ialah we can go to one place to another easily. Hmm.. cam ana la kot. Tadi kat Mesir, pastu kat Australia then kat Canada tapi ana kat depan laptop ni aje. Berjalan dalam maya je. Is it mean that i'm global person? Sir? Did i? Hehe.. But i want to be a global muslim. Can i? InsyaAllah...


Ehem.. dah kul bape nie? Mata ana tak nak tutup mate lagi ke? Nampaknye kena paksa and belai mata nie supaya tutup. ok lah sampai sini dulu. Nanti, insyaAllah post lain akan menyusul. Btw, for my friends i hope that you'll get success and may Allah bless you all. Ma'attaufiq wannajah fi l al imtihan insyAllah. Amin. Ok. click to turn off and then click to shut down my eyes......
"Allah matlamatku"

21 March 2009

5 Uniques In KISAS..(^_^)

Salamunalaik...

Hmm.. kali nie Nurul nak bawak satu entry mengenai sekolah yang Nurul sangat rindui until now. Kolej Islam Sultan Alam Shah.. Bukan nak assobiah ye. Ayat yang sering digunakan oleh budak2 kisasian, assobiah. Huhu.. tapi sekadar ingin mengembalikan nostalgia disana. Bukan ana tak ingat pada sekolah-sekolah ana yang lain, tapi just nak ceritakan tentang specialnyer KISAS nie. Sekolah ana yang lain pun special jugak. Kalu sebut tentang 5 Uniques in Kisas mesti akan terimbau segala sejarah silam ana di sana. huhu.. Sebenarnye, sebelum dapt tawaran ke Kisas, ana tak pernah menyangka ana akan menjejakan kai di bumi waqafan tu sebab dengan result ana just 8A1B, rase macm tak layak je nak masuk kesana. Ye lah betapa ramainyer pelajar yang mendapat result PMR yang lebih cemerlang dari ana yang berlumba-lumba untuk kesana. Memang dah terkubur hasrat tu sejak dapt result dulu. huhu.. Tetapi tak sangka Allah bagi ana peluang untuk mendapat tarbiah dan menuntut ilmu di sana. Alhamdulillah. Syukur sangat.


Hmmm. berbalik kepada topik ana mengenai 5 Uniques in Kisas. Ape yang uniknyer Kisas ni eik? ok lah biar ana terangkan ok. Buat sahabat2 Kisasian yang lain, kalau ana silap boleh ;ah tegur ana nie sebab tak lah terer sangat bab history of Kisas nie tapi tarbiah die best. Heheh..






5 UNIQUES IN KISAS>>


  • TARBIAH

  • TEACHERS

  • FRIENDS

  • BI'AH SOLEHAH

  • UKHUWAH



Ha.. nilah die 5 keunikkan di Kisas yang serinng menjadi topik perbualan x-kisas di maner2 pun. (kat website iluvislam memang ramai warganegara Kisas. Hehe). Kelima-lima perkara inilah yang membuatkan hati ana masih melekat di Kisas sebab kat sini lah ana jumpe kelima-lima perkara nie. Kadang2 ana nak wujudkan semua nie kat tempat ana study sekarang, tapi setakat nie mungkin tak semua ana dapat. Huhu.. tang bi'ah solehah itu sukar sungguh untuk ku perolehi. huhu.. tak mengapalah yang penting dalam hati kita tue tetap terjaga. InsyaAllah. Jom kite tengok ape benda tarbiah, teachers, friends, bi'ah solehah and ukhwah nie ye. Kalau salah, betulkan ana.



TARBIAH

Hmm.. tarbiah is my lujnah at my campus. heheh.. Ok, Tarbiah nie dalam arabic dan in Malay nyer ialah didikan. Tarbiah di Kisas bagi ana sangat mantap sehingga diri ana cukup terkesan dengan pentarbiahan Kisas nie even ana tak sempat untuk mengikuti program pentarbiahan yang di kelolai oleh akak2 dan abang2 kisas nie dulu. Ana cume berkesempatan untuk menjadi fasilitator untuk Kem Penyelarasan Usrah je waktu Form 5(KPU) sebab waktu f4 ana masuk agak lewat dan waktu itu semua program untuk f4 dah siap dijalankan. Jadi, ana hanya mampu mendengar dari sahabat2 bagaimana susana program pentarbiahan tue. Dengar kate sangat menyeronokkan. hmm.. Agak cemburu jugalah ana nie. tapi tak mengapalah tarbiah yang sedikit itu mungkin mencukupi untuk ana. kat Kisas nie bantak sangat program yang namanya singkat2 macam kat uia tue. KPTI, KPU dan pelbagai KP lagi. KPTI tue Kem Pentarbiahan Islamiah dan KP tue, Ketua Pelajar. hehe.. Sahabat2 ana cerite yang waktu kem tue dorang diberi barang amanah untuk dijaga. Ana wonder jugak ape benda barang amanah tue. Rupe2 nye biskut. Fuh, camne nak jaga tue, Comform la pecah. Huhu.. Tapi sebenarnye akak2 tu nak sematkan dalam diri adik2 nie semua yang biskut tu macam agama kita yang perlu dipelihara dan jangan dimusnahkan. Hebatkan analogi mereka nie. Ana tabik spring lah. huhu.. Ana pun penah jugak la amek fail adik2 junior nie waktu KPTI dorang. Dah pegi letak merata-rata kan. Lagipun Kem Komander dorang yang suh amek yang jugak sahabat ana nie.Hmm.. corak tarbiah di kisas nie sebenranye bukanlah untuk saje2 tapi untuk diaplikasi oleh student2 kisas nie dan ana merasakan tarbiah disana sangat berguna bila ana dah keluar dari Kisas. syukur sangat. Huhu..


TEACHERS

Cikgu-cikgu kat Kisas ni sangat berdedikasi dan begitu jugak cikgu2 kat sekolah lain. Ala, jadi cikgu mestilah berdedikasi dalam mendidik anak bangsa kan? Cece, ana pun bakal guru jugak. InsyaAllah jadi cikgu yang baik.Hmm.. Guru2 disini sangat best dan sanggup berkorban untuk pelajarnyer. Ana adalah antara student yang agak lemah dalam subjek English even ana sekarang bakal guru bi. (hmm.. pelik tue). Teacher ana Madam Rohazila dah buat macam2 kat ana nie untuk improve English sampai ana sendiri pun kena denda dengan Madam. Huhu.. kenangan pahit yang mnejadi manis sekrang sebab first time dalam sejarah hidup ana kena denda depan semua students. (tak yah la citer denda ape kan. hehe). tapi madam ana ni tak jemu2 suntik semangat dalm diri anak muridnye yang degil nie. hehe.. Tiap kali habis kelas mesti belia ucapkan May God bless you. Huhu.. miss it so much. Then ustazah2 yang sangat berhikmah dalam menyampaikan ilmu dan nasihat yang berguna wat kami sume nie. Ustazah Nik Hazifah yang setiap kali beliau bagi nasihat dan tazkirah ana akan dengar dengan penuh minat sampai dah pengaruhi ana sekarang nie. Hehe.. Syukran ustazah. Guru2 disini ibarat umi dan abi kami yang kedua kalau di sekolah. Ana ingat lagi warden kami, Puan Rosnani yang tak jemu2 mengejutkan kami bangun sahur walaupun after that ana pun tumbang balik. heheh.. Kalau kat Kisas nie ader je ustazah dan ustaz yang kasyaf. Mean yang tahu je ape yang kite buat. Dasyat2. Macam kat al azhar tue, kan ramai pensyarah mereka yang hebat2 dalam mengi'rab nie. Kadang2 ana pun takut nak jumpe ustazah sebab takut nanti kena i'rab. hehe.Kata2 guru2 disini kebanyakan sangat masin yakni kebanyakannyer akan berlaku la. so, kena jaga tatasusila dengan guru2 dan adab dalam berguru tue. Penah je sorang ustazah tu citer yag beliau pernah cakap kat pelajarnye yang dia akan bernikah dengan sorang lagi sahabat muslimin ni. lepas sekolah, memang jadi. Huhu.. tapi kadang2 tu dah ditakdirkan Allah dan mungkin jugak kata2 seorang guru itu memang mudah termakbul. huhu.. (adakah my teacher dah oakan ana menjadi teacher juga?)




FRIENDS





Ini yang paling ana suke. Friends, sahabat, kawan dan teman. Ana mengenali erti persahabatan bermula di sini. Sebab ape, sebelum ana ke Kisas ana sangat sukar untuk mempercayai seorang sahabat. Hai memang kena duk hutan ana nie. Boleh dikatakan ana nie agak kurang self confident pada orang lain lah. Huhu.. bagaimana ana mengerti erti persahabatan itu apabila diri ana sentiasa ditegur, dinasihati dan dibahagiakan oleh seorang sahabat. Bagi ana semua orang sahabat ana. Masih teringat lagi pada sorang sahabat ana nie. Sabiha. (biha, rindu kat biha. asif letak name biha kat sini). Ana nie merupakan tuti dier coz Sabiha nie mentor ana dalam group study. Ana sangat sedih sebab tak dapat memahami apa yang dibincangkan sampai ana pun senyap je bile ditanye Biha. Sahabat ana sorang nie, berhentikan sesi study group and semua orang tumpu pada ana. tanye tentang masalah dan bagi sokongan pada ana. Wawa.. menangis ana bile teringat balik. ana tidak keseorangan. Setiap kali musim peperiksaan, kami akan menyokong antara satu sama lain. Walaupun ana nie agak pasif. Huhu.. sahabat2 kat sini memang tak jemu2 membantu sahabat2 mereka yang lain. Teringat plak telatah muslimat 5 Agama 12 yang kadang2 buat lawak tak kering gusi. hehe.. Rindu pada kalian semua semakin menebal. Yang pasti ana tak pernah rasa keseorangan sepanjang di Kisas nie. huhu.. syahdunye..

BI'AH SOLEHAH


Bi'ah solehah ataupun suasana yang baik kat Kisas nie memang sangt dititik beratkan. Kat kisas nie pergaulan antara muslimin dan muslimat sangat dijaga terutamanya dalam aspek muammalat. Kalau nak tahu, kat kisas ni ader satu term yang dipanggil 'Babul liqa' atau perjumpaan pintu. Muslimin dan muslimat akan berbicara di sebalik pintu tapi ana tak pernah buat pun sebab jarang sangat ana nie nak communicate dengan muslimin nyer. itu adalah budaya di Kisas. Tapi kadang2 orang slah faham sebenarnye kite kena hijab hati bukan pintu tu aje yang jadi hijab. Kalau pintu tue jadi hijab tapi hati tak terjaga, tak boleh jugak kan? Budaya senyum dan memberi salam sangat dititik beratkan antara muslimin dengan muslimin dan muslimat dengan muslimat. Solat jemaah setiap waktu dan jarang lah kalau ader yang nak wat solat sorang2 nie. Bukan ke solat jemaah tu banyak ganjarannye. Kan? Di Musolla al muqorrabin dan siti khadijah tu, pelbagai aktiviti kerohanian diadakan untuk mendidik hati2 pelajar disini. Segala2nya terjaga dengan baik dan ana rase masalah couple tak wujud pun di kisas nie. Budaya hormat menghormati antara satu sama lain dan adab islam tu memang wujud kat Kisas nie. Memang susah nak tengok muslimin dan muslimat berborak tanpa hal penting di sini. Huhu.. rindu betul suasana gitu. Terjaga sket hati ana yang lemah nie. Banyak sangat bi'ah yang baik kat sini dan ana harap ia tak kan lenyap sampai bile2. InsyaAllah. (tentang adab pergaulan dengan muslimin tu sampai sekarng ana kadang2 terikut nak wat babul liqa'. cume sekrang kena hijab hati. huhu). Ujilah iman anda bak kata Ustazah Nik hazifah.



UKHWAH

Ukhwah antara warga Kisas sangat erat until sekarang. Kalau tak caye, pegilah mane2 pun mesti jumpe dak2 kisas nie dan hubungan tu tetap mesra macam adik beradik walaupun tak same batch. Percayalah. hehe.. Bukan assobiah yer. Term yang paling popular adalah ukhwah mantap. Hehe.. pernah je ana ni ditanyer tentang seorang muslimin di Kisas dan ana tak kenal walaupun die batch ana. Terus di chop ukhwah tak setle. Bukan lah, ana memang tak kenali sangat muslimin Kisas nie. Huhu.. Asif.Ana pelajari term ukhwah nie di Kisas lah sebab sebelum nie memang tak tahu pun ape itu ukhwah just tahu perkataan saja. kalau jumpe dak2 kisas kat maner2 mesti banayk citer yang ingin diungkapkan sampai terlupa orang2 disekeliling sehingga di chop kisas ni cam assobiah je. Bukan begitu tetapi hubungan yang rapat tue lah yang telah mengikat kami. Hehe.. waktu cuti hari tue, ana ade pergi ke satu perjumpaan yang melibatkan ana dan kakak ana yang jugak kisasian. Then kat situ pun, kami berjumpe dengan sorang akh nie yang jugak kisas. Walaupun tak same batch, banyak betul hal2 kisas yang dibngkitkan sampai sahabat ana yang bukan kisas ni senyap je lah. huhu.. Asif2 . Tapi bukan itu yang hendak ditekankan sebenarnye. Yang ingin dikongsi adalah hubungan yang erat itu. Lagipun memang Allah s.w.t sendiri mwajibkan umat islam nyer berukhwah antara satu sama lain. jika hubungan yang di bina itu kukuh dan rapat, maka akan lahirlah kerajaan islam yang mantap. kan?Betulkan ana jika silap ye.







Ok lah. itulah 5 uniques in kisas yang ingin ana kongsikan. Kalau ana tersilap sudi2 lah betulkan ana ye. harap entry ana kali nie tidak mengguris hati maner2 pihak tetapi hanya mengembalikan nostalgia di Kisas. =). Ok lah. Setakat sini dulu ye. Buat teman seperjuangan kisasian, semoga kalian semua berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi permata islam walau ape pun bidang yang antum ceburi. Hmm.. teringat tentang Gen50. Katenyer nak wat hospital gen kite and syarikat gen. Semoga menjadi kenyataan insyAllah. Jumpe lagi nanti dengan kejayaan di genggaman. salam(^_^)


17 March 2009

Picture can tell everything.. Hmm..


"Allah matlamatku"

Holidays kali nie?. Hmm..


Assalamualaikum...


Entry kali nie berkaitan dengan cuti ana yang baru saja bermula. Sebenarnya hati semakin takut dengan exam yang bakal tiba walaupun ader teman ana yang berkat 'ala enti.. exam je..'.. Huhu.. Sememangnye ia sekadar exam wahai temanku tetapi ketakutan yang ana hadapi ini adalah untuk menjalankan amanah yang diberi oleh kedua ibu bapa ana supaya berjaya dengan baik untuk final exam nie. Detik 18 Mei semakin menghampiri dan ana di rumah semakin berdebar dengan kehadirannya. Macam nak amek SPM balik plak rasanya. Di rumah, ana tak dapat tumpukan perhatian terhadap study ana sepenuhnye. Kerana ape? Hehe.. banyak sangat yang pengaruhi ana lah. Tapi tu salah diri sendiri la kan. Oleh kerana ana tahu kelemahan ana itu, terasa ingin pulang ke kampus secepatnye. Biarlah ana berkorban berpisah dengan ibu bapa dan mengorbankan cuti ana ini demi kebahagiaan parents ana and ana jua. Huhu.. Hari ini sudah masuk hari ketiga berada di rumah tetapi notes2 ana hanya sekadar di buka dan ditutup kembali pabila ader sesuatu yang 'menarik' di depan mata. Ape tue? Huhu.. banyak sangat lah pengaruhlah. Ana nie suka bercerita dengan family and kadang2 tak boleh berhenti. ader saje citer yang ingin dikongsi. Ye lah dah nak dekat three months ana tak pulang ke kampung. Kalau three years cmne ye? Huhu.. sedihnyer.. Setiap masa terfikirkan family kan?. Hmm.. sekarang nie, ana tengah memikirkan strategi untuk belajar secara teratir dan istiamah tanpa terpengaruh. Huhu.. semoga ana jumpa jalannya. Ok lah.. buat sahabat2 ana semua jangan lupe study tau dan jangan dilupakan jua sahabatmu ini. Doakan ana juga disetipa kali solatmu ye. Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam final exam nanti dan da[at meneruskan pengajian hingga ke akhirnya. InsyaAllah. Ya Allah ko mohon Kau berikanlah kejayaan kepada kami semua dan meneruskan perjuangan demi agamaMu di sana nanti. InsyaAllah. Jom study!! (^_^)!! Ganbatte!


"Allah matlamatku"

13 March 2009

Tapak Tangan?

Assalamualaikum. Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1.50 pagi dan mata ana masig=h segar di hadapan laptop kesayangan. Entah kenape matanya nggak mahu tutup. Ana menerawang di dunia maya mencari teman2 lame untuk di add ke dalam blogger list ana nieh. Hmm.. ramai yang dah pergi oversea dan yang dah bernikah pun ader. Alhamdulillah. Ana bile plak ye?. Hehe.. Tentang tangan nie, tadi di balai islam ana mendengar cermah daripada Ustaz Muhammad shah bersempena Maulidur rasul. Antara isi yang dikupaskan adalah mengenai mendekatkan diri pada Allah dengan hanya melihat tangan.Tangan? Kenape tangan. Ustaz menerangkan panjang lebar tentang tangan nie sampai ana ni begitu teruja mendengar setiap kata2 ustaz kerana begitu ta;ajub dengan ciptaan Allah.
Rasulullah menyarankan agar kita semua menjilat jari kite selepas makan. Kenape ye? Sebab, cube tengok tapak tangan kanan kite, ader tertera nombor 18 dalam bahasa arab dan dikiri pula nombor 81. Ustaz menyambung lagi bahawa di tangan kanan kite ader 18% enzim dan di tangan kiri pula ader 81% enzim( diwaktu itu, semua pelatih ternganga tanda bru tahu. hehe). Ustaz juga menambah, Rasulullah s.a.w membasuh jarinya dengan menyatukan kedua belah tangannya kerana penyatuan enzim2 ini tadi mampu membunuh bakteria.(wah.. lagi terpana diriku ini. Nabi Muhammad memang Profesor). Dengan melihat tangan jugak kita dapat melihat tanda kebesaran Allah yakni 99 nama Allah dengan menambahkan no yang ader kat tapak tangan tu, 18+81=99. Hebat betul ciptaan allah nie kan? huhu..
Itu cerita tangan yang berkaitan dengan cermah yang ana dengar. Selepas mendengar cermah, ana dan sahabat bersiap2 dan mengemaskan balai islam bersama Ajk makanan. Kasihan melihat kak nora yang kepenatan ke sana kemari menguruskan makanan bagi pelatih.Huhu. Sebelum pulang, ana dan sahabat2 ke pejabat ustaz Zakaria menemani sahabat ana untuk menambil tempahan barang HPA. nak dipendekkan cerita, mungkin ader hikmahnya kami semua menunggu di pejabat ustaz, kami diajar tentang ilmu i'rab melalui tangan. heheh.. Ana yang memang tak tahu ape2 pun nie sangt ta'jub untuk kali kedua bahwa dengan melihat tangan boleh mengetahui tentang penyakit yang kita alami. Hebat betul ciptaan Allah. Dan tidak terkecuali dengan i'rab ni dapt menilai kesuburan wanita. huhu.. tak pasal2 kena i'rab jugak tadi.Tapi ustaz diamkan aje. ana plak kehairanan and terus sorok tangan. Tak pe la, ustaz memang belajar. Kan best dapat belajar. tak pe la.
Kesimpulan nyer kat sini, just nak citerkan bahwa tangan kite ni memang banyak fungsinya dan dalm masa yang same dengan henya melihat tangan kita dapat berfikir tentang kejadian Allah. Baru je tangan, belum lagi anggota badan yang lain. Huhu.. memang sungguh hebat Allah s.w.t. Jadi untuk dekati Allah bukan setakat di tikar sembahyang, namun dengan melihat kejadian Allah jugak dapt mengingatkan kita pada Allah. Subhanallah. Semoga kita juga berada dikalangan orang2 yang ingin taqarrab ilallah..
Okeylah, ana pun dah rase nak pengsan dah. Asif kalau2 entry kali nie macm beterabur sedikit. Diri ini telah cuba untuk menyampaikan apa yang diperolehi untuk perkongsian bersama. Sharing is caring. heheh.. last but not least, selamat malam. Salam "Allah matlamatku"

10 March 2009

Perancanganku vs perancangan Dia



Assalamualaikum.....


Hmm... ingatkan nak bercuti dari post something kat blog ni selame seminggu. Tapi, apakan daya. Tangan ana ni memang sangat gatal nak mengetuk2 keyboard laptop nie. Hai, sehari tak post rase cam setahun. Macam bercinta la plak ngan blog nie. Tak pe lah kan. Hmm.. baru je habis kelas.(actually tadi lectuer ramai yang tak masuk sebab masing2 busy). Ambil masa yang ade ni nak post tentang Pakar Arkitek Kehidupan manusia dan seantero alam ini. Siape lagi kalau bukan..... Allah Subhanahuwa taala... Dia sangat ramai peminat kalau antum semua nak tahu. ( kalau tak tahu, chek balik diri tu yer). Memang semua orang kenal Dia nie. Bukan setakat gunung je dia jaga and reka, tetapi setiap kehidupan manusia juga diaturNya. Allahu Akbar!! Terer sungguh Dia nie. Kehidupan pelbagai spesis yang ade kat bawah batu(contohnye ameba) tu pun dikawalNya.(orang cakap ulat dalam batu pun boleh hidup kan?) Memang tak de orang boleh tandingi Dia nie.( kalau ader yang mengaku die terer tu, tunggulah azab di akhirnya). Betul tak?Ana suke lah kat Dia nie. Actually Dialah Kekasih I. heheh..


Ok lah. Ana menyatakan bahawa Allah itu adalh arkitek kehidupan yang paling agung kerana jika kite semua lihat dan perhatikan kehidupan kita semua adalah di bawah kawalanNya dan telah diatur setiap perubahannya. Itulah dia sunnatullah. Ana ingin memberi contoh melalui kehidupan ana sendiri. Sebenarnye, perkara ni tercetus waktu kuliyah tadi. Huhu.. Ana insyaAllah akan fly ke Uk bulan 8 nanti. Tapi oleh kerana kemelesetan ekonomi, peratusan untuk melanjutkan pelajaran ke sane itu tidak lah seratus peratus. Niat hati nie memang dah excited nak pi Uk.(bumi Allah sume same, cuace je yang lain. huhu). Tapi tiba2 rase macm cemas dan bimbang. Hai, pergi ke tak ana nie. Tak tahu lah kan. Wallahua'alam. Ana tadi kena hantar surat tawaran yang ana dapat waktu first pendaftaran dulu untuk diberi kepada pihak pengurusan. Tak tahu lah untuk ape. Katenye untuk keselamatan dan akan dihantar ke Bukit Aman. (huhu.. seram je bunyi nyer, macm wat salah lak) Tapi, ana pelik sebab surat tu tak de pada ana sedangkan ana ni jenis simpan benda2 penting tue.(ye ke?hehe.. ye lah). Pus dicari tapi tak jumpe. Parents kat umah pun duk pening kepala. Semua fail dikorek tapi takder. Lecterurer plak ckp, no offer letter, no England. Huhu.. Then terfikirlah ana. Hmm... tak pe lah yang penting ana dah usaha yang sebaiknya. Kadang2 kita nak sangat pergi ke suatu tempat, tapi kite tak dapat sebab Allah dah tetapkan begitu. Kadang2 kite ni dah belajar sungguh2 dan dapat result pun best, tapi tak dapat jugak ape yang kite nak. So, ana kembali kepada Allah. Jika kerana surat tu tak de dan ana tak dapt ke UK kerananya, ana redho kerana ana tahu mungkin ader hikmah Allah jadikan begitu. Dalam hati, beristighfar panjang agar ditenangkan hati nie. Hmm.. Alhamdulillah dapt berfikir dengan rasional. Jika pergantungan pada Allah itu kuat, maka kita takkan bimbang dengan setiap ujian yang berlaku ke atas kita sebab diri kita nie sentiasa dalam pemerhatian Arkitek kita smue. Kan?But before that, kenalah usaha dulu. Jangan berserah bulat2 macm ajaran sesat Qadariah tu(kalau salah betulkan eik).Kan?


Jadi, kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Ana akan pegang ayat ini sebagai penguat diri ana. Percaya tak kalau kita betul2 yakin dengan ayat nie, kita akan mudah untuk tempuh ape2 dugaan sekalipun kat dunia nie. (mesti kate betul ye sebab memang betul pun). dalam merancang tu, perlu ader usaha+doa+iltizam dan akhir sekali tawakal lah pada Allah yang menentukan hala tuju kita semua. Ingat jugak ayat nie, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu berubah. Ader je ketentuan yang boleh diubah dan yang tidak boleh diubah. Yang penting, kena yakin betul2 setiap yeng berlaku ade hikmahnya kan?=)



Akhirnya, ana pinta doa kalian agar segala urusan ana dan sahabat2 ana dipermudahkan Allah. Bukan tak berharap untuk belajar di negara orang. Tapi biarlah kita mengambil sikap untuk berada dalam keadaan yang OPTIMISTIK.(pinjam kate2 teman ana aka private adviser). Yakni,expecting the best in this best of all possible worlds. Buat betul2 dan berusaha dengan kadar kesungguhan yang terbaik. Akhirnya berserah pada Allah. Ok... Got to go now bcz i've usrah wif my ustaz at balai islam rite now. Almost 3.4opm. Huhu.. last but not least, pray the best, do the best and insyaAllah get the best. Assalamualaikum...


"Allah matlamatku"

08 March 2009

Perpisahan hakiki...

Kematian itu pasti…



“nenek ana sakit tenat di rumah ana enti…”
Malam tu ana dapat msg dari sahabat ana tentang neneknye. Entah mengapa terimbau kenangan silam yang melibatkan pemergian seorang yang agak rapat dengan ana.
Arwah Mohd Rasulludin bin Bakri… semoga rohmu dicucuri Allah adikku..



3 tahun yang lalu…

“kak ika buat ape tu?” Rasul bertanya kepadaku dengan begitu ramah sekali. Waktu tu ana akan menghadapi peperiksaan sijil khas kolej dan oleh kerana itu terpaksalah melaksanakan tugas ana as student untuk belajar waktu itu. Pagi tu di rumah nenek ana sibuk dengan persiapan untuk majlis menyambut menantu Ayah Su ana.


“Rasul, kenape makan banyak sangat nieh?” Seloroh ana bile melihat sepupu ana yang dari tadi tak berhenti makannye. Tapi ana tak kisah sebab die pun lelaki dan sedang membesar.


“Kak ika, hamdan mane? Rasul nak jumpe die. Nak dengar die ngaji al quran. Hamdan masuk tilawah kan?”
Ana tersenyum mendengar kata2 Rasul yang juga mewakili sekolahnye dalam tilawah. Memang suaranya sedap tapi sayang ana tak pernah mendengar dia bertaranum. Tak mengapalah. Mendengar suaranya melaungkan azan sudah mencukupi.
“Hamdan kat rumah lah Rasul. Dier tak nak keluar rumah sebab banyak kerja katanya. Nak exam plak tue.Petang nanti die datang lah tu ngan Pak Ngah”


Diberanda rumah nenek ana, ana berbual denga sepupuku itu. Saja melihat2 handsetnye. Hai ana pun tak der hp sendiri lagi. Tak pe lah dorang ni berduit. Hehe.. ana melihat msg dari papa dan mama nya. Tak de ape pun yang pelik. Tapi Rasul cakp dier suke dengar lagu Pergi Tak Kembali dari Rabbani. Ana hanya tersenyum.



Petang itu…

Ana sibuk membalut telur untuk tetamu pada majlis esoknyer. Rasul berada di sebelah ana sambil memerhatikan kami semua yang perempuan membalut telur dengan bungkusan yang sedia ada. Azan maghrib telah berkumandang. To kana yang ana panggil ayah menunaikan solat berjemaah bersama tok chi kana dan pak cik ana. Ana solat agak lewat sedikit kerana semua saudara mara memenuhi bilik solat di rumah nenek ana tu.


“Kak ika, rasul nak balik umah. Nak mandi dan solat”
“Hmm.. solat jelah kat sini. Dah gelap ni Rasul. Nak balik ngan sape?”

Rasul berlalu ke dapur sambil mencari tok ki nyer. Ana tak mendengar suaranya lagi…


“Pak Mat! Cucu pak mat eksiden ngan lembu kat depan kedai cik ngah tadi!!”


Terkejut ana mendengar kekecohan diluar rumah disertai tangisan daripada wan ana. Ya Allah…


Ana termenung sendirian. Nasi tak dijamah oleh ana. Mengenangkan perbualan terakhira ana dan Rasul sebentar tadi… Rupa2nya mama ana sempat memangku kepala Rasul selepas eksiden tadi. Sedih apabila mengenangkan. Malam itu suram dengan peristiwa itu.


Keesokkannya..


"Mama… ika nak pergi lawat Rasul kat hospital."
Air mata ana bergenang lagi tanpa ditahan. Disuruh makan, ana tidak mahu. Lagi laju selepas menerima berita bahawa dia semakin kritikal. Hamdan, adik ana pasrah dengan berita yang akan diterima walaupun dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Ana lihat adik ana itu ke bilik solat dan menunaikan solat sunat. Hati semakin tersentuh. Pada waktu malamnya, mama ana meminta agar Ayah Su ana dan Mak Su ana yang merupakan pengantin baru pada hari tu untuk dibawa ke wad icu. Terlihat sebujur jasad di pembaringan. Hmm.. Semoga engkau cepat sembuh. Ana pulang ke Kisas agak lewat daripada biasa. Sahabat2 ana di Kisas mula risau dan mendoakan semua berjalan lancar. Hari seterusnya ana perlu pulang ke Kisas.



“ Mama, macam mane Rasul?”


‘…Hmm.. sabar la ika.. Allah lebih sayangkan Rasul…”



Gangang telefon diletakkan setelah memberi salam kepada mamaku. Air mata mencurah2 tanpa dapat ditahan. Segala kenangan silam tergambar di mata. Ana merebahkan diri di katil sambil menelekupkan muka ke bantal. Ya Allah… cucurilah rohnya.. Sahabat2 ana datang menenangkan ana yang agak lemah di waktu itu. Dunia terasa gelap seketika. Malamnya, ana sedekahkan yassin buatnya dan solat ana dibasahi air mata yang mengalir tanpa henti. Peperiksaan Sijil Khas Kolej tak dapat ana jawab dengan baik kerana terkenang akan arwah. Ana menjawab dengan tangisan.



“ Ika jangan nangis, nanti dia kan tersiksa..” Sahabat ana menasihati. Hmm.. benar katamu wahai sahabat.. Ana mengesat sisa air mata yang masih berbaki..



Kini, genap tiga tahun engkau pergi adikku..
Kak ika harap dirimu berada di samping roh2 orang yang soleh..
Sesungguhyan kak ika juga akan menjejaki dirimu dik…


Wallahua’lam
~~<@
ana dapat berita dari papanye selepas 40 hari pemergian arwah, papanya bermimpi berjumpa dengan arwah dalam keadaan yang sangat bersih dan kacak. Kuburnya terbentang luas. Subhannallah. Semoga itu petanda yang baik untukmu.. Al fatihah..


"Allah matlamatku"

07 March 2009

Penapis kecil ana..



"Mama tak suke kamu pakai!"


Satu tusukan kata2 terus menusuk kedalam hati ana bile mendengar kata2 mama itu. Ana tahu mama dan abah bimbang denga keselamatan ana bile ber'filter' nie. Tapi hatiku tetap yakin dengan niat ana ini. Sudah 2 bulan ana setia bersamanya kemana saje ana pergi. Pergi makan di kedai, berjalan2 di pasaraya bersama sahabat2 ana, makan bersama sahabat non-muslim. Mereka semua dapat menerimaku seadanya malah ada yang bertanya denganku tentang filter nie. Ana tak rasa didikriminasikan pun malah semangat ana untuk teruskan perjuangan islam tu makin berkobar. Dengan cara ini, ana dapat memberi pemahaman kepada semua sahabat ana yang islam itu bukan extream!! Tapi kenape pemakaian ana ini dipanggil extream?!! Semuanya gara2 orentalis yang sengaja melabelkan golongan yang ingin memperjuangkan islam ini extream supaya masyarakat takut untuk dekati mereka dan ana tidak akan biarkan semua itu terus berlaku..


"ika dengar tak mama cakap nie? Abah pun dah sedih tu.."


Serta-merta air mata kesedihan mula membasahi 'filterku'. Dari setitis kepada entah berapa ml pun ana tak tahu. Ana terdiam seribu bahasa bile mama berkata begitu. Perbualan di telefon hanya menjadi satu hala. Setiap kata2 mama, ana dengari dan bertambah laju pula kilang air mata beroperasi. Satu demi satu sedu berbunyi dari dada ana.. Sahabat ana disebelah mula terkejut dan menenangkan diri ini. Memang mereka tak sedar sebab tak nampak ana dah berjujuran sejak tadi. Diri ini ingin bersuara, tapi tersekat pula suara ana dikerongkong. Huhu.. tak dapat untuk diteruskan lagi kata2.Di dalam hati berdoa, Ya Allah lembutkanlah hati kedua ibu bapaku..


Selepas solat asar, air mata berjujuran kembali.. hati ini semakin pedih dan mencari2 kekuatan diri. Ya Allah, tolong hambaMu ini yang lemah. Bukan aku tidak mahu mendengar kata2 ibu bapaku. Tapi hatiku kuat mengatakan bahawa ini jalanku dan pilihanku. Ku mohon redhoMu dan redho kedua orang tuaku. Adakah jalanku ini salah? Hatiku bermonolog lagi. Telekung sudah basah lencun dengan air mata ana yang memang bergelen2 ni.




Penyokong Kuat Ana...
... Salam adik...
... Salam. nape?...
...mama ngan abah marah lagi ke?....
... tak dah...
....pastu?...
...pastu ape?...
...ika boleh pakai ke?...
...hmm.. tak boleh rasenye...
...huhu.. dah bile ika boleh pakai?...
...tak tahu la.. tapi pakai je kat maktab tu. Itu hak peribadi..
... tapi, mama dan abah marah.. camne?...
... tak pe..yang tu tak pe.. macam pakai serban jugak. Orang susah nak terime.. cikgu hafizah kat sekolah pun pakai. Tapi waktu ngjar die bukak. Takde masalah pun..( cikgu hafizah nie ajar kimia kalau tak silap)
... cakap kat mama dan abah ika minta maaf..
... k, salam..
Rasenye, perbualan ana dan adik ana nie dah gambarkan segala2nya. =).. syukran adikku yang sentiasa menyokong kakakmu ini.. Memang adik ana mengetahui apa yang tersirat dihati ana tiap kali memandang muslimah2 'ninja' nie. My bodyguard ni akan senyum dan galakkan ana untuk teruskan niat ana tue. huhu.. Dia lah adik and abang ana. Sebab ana takde abang. Oleh kerana adik ana nie besar cam ayah orang, so takde beza pun. Hati ana berbunag riang kerana ada yang menyokong dari belakang.
Baitul Muslim ana?
Tibe2 sahaja ana terfikir tentang kehidupan ana akan datang. Hmm.. adakah bakal suami ana akan terima keadaan ana nie? hmmm...
Yang pasti ana akan buat bakal suami ana bangga kerana memperolehi isteri yang akan menjadi sayap kiri perjuangan nya yang akan melengkapi hidupnya. InsyaAllah..

"Allah matlamatku"

06 March 2009

Mencari Ketenangan...

Alhamdulillah kerana telah dikurniakan ketenangan yang sungguh nikmat. Sambil mendengar bait2 lagu dendangan Hafiz Hamidun and Irshade, Taubat, buat hati ni bertambah sayu plak. Muhasabah diri dengan kekhilafan yang rasanya dah banyak ana lakukan. Hai.. terfikir tak kite sama ada Allah terima atau tidak taubat kite nie ye? Wallahua'alam. Semoga diterima taubat kite semua.

Kita selalu cepat lupa bile bergembira dengan sahabat2 handai, bergelak ketawa. Lupa bahawa kita telah diperhatikan olehNya. Tanpa sedari kita dah buat satu kesilapan yang Allah tak suka. Hai.. Tapi tak mengapa kerana Allah itu maha pengampun.. Tapi bile dah buat salah tue, kenalah cepat2 bertaubat dan jangan ditangguhkan kerana ajal itu bila2. kan?

Kat sini ana nak letak lirik lagu Taubat yang ana maksudkan tue. semoga dapat manfaat bersama...
Hati hiba mengenangkan,
Dosa-dosa yang kulakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa,
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
terimalah, terimalah, terimalah,
taubatku ini
Telah aku merasakan,
derita jiwa dan perasaaan,
kerna hilang dari jalan,
menuju redhoMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
terimalah,terimalah,terimalah
taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta,
moga taubatku diterima..
Ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
kukesali kejahilan ini,
terimalah,terimalah, terimalah,
taubatku ini
"Allah matlamatku"

My friends.. special entry for u my dears

Salam sahabat2 ana semua. Sebenarnye ana tak tahu nak post ape untuk kali nie.First time rase mcm kekeringan idea sebab sebelum nie ana ni memang ader je benda nak citer kat semua kawan2 ana especially teman seperjuangan ana di kampus ni lah. Yang buat dorang semua kadang2 dah tak tahan nak dengar. Hehe.. Asif ya ukhti2ku. kalau tak ana yang selalu bercerita dengan kamu semua, sape lagi? nanti rindu plak nak dengar orang bercerita. Kan fizah?.. saje mempopularkan nama sorang sahabat ana ni yang memang selalu jugak dikenakan oleh ana. Hehe.. Pagi tadi waktu assembly dah terkena lagi. Kasihan dier, tapi saje je sebenarnye. Tanda ukhwah kite semua ya uhkti.. Ana ni memang pelik sikit dari sahabat2 ana yang lain. Bukan la ana ni pelik sebab ader keupayaan terbang or bergerak pantas seperti kelajuan cahaya. Tapi berbeza sedikit la dari sahabat2 ana. Hanya orang yang rapat sahaja tahu.. rahsia kita. =). Ok lah, kali nie ana nak post special entry for my loves.. Banyak nyer cinta hati ana... heheh.. My friends kat sini la.. yang comel, yang baik, yang cantik dan banyak lagi la yang nyer..(seronoklah deme kena puji. huhu)
Diperkenalkan sahabat2 ana ni~~<@
--> Farahin(rumet ana)
Farahin nie merupakan rumet ana sejak dari semester 2 lagi sebab mase semester 1 ana duk ngan orang lain yang bukan satu course. so, nak mudahkan kami pun pakat2 tukar rumet yang same course sebab nak mudahkan gerak kerja kiterorang. Ana ngan rumet ana nie memang jenis selambe je and banyak berkongsi barang. Hp ana hp dier, hp dier hp ana jugak. Rumet ana sorang nie memang suke sangat berniaga sebab memang family background pun berniaga. Cam ana la. Die ni dulu memang sangat2 suke ngan bola sepak sampai ajak ana yang memang buta bola ni teman die tengok. Kerana sayangkan sahabt, ku pergi jua. Heheh.. tapi sekrang minatnyer dah berkurang dan telah beralih ke arah perniagaan HPA. Adui.. macm2 la rumetku walaupun ana pun same jugak duk niaga HPA. Hehe.. ayat yang selalu die guna, marilah memajukan ekonomi umat islam. Dan ekonomi die jugak. haha..=). Lupe plak, rumet ana ni ader kembar. dan die ni asal dari Kedah Darul Peace..hehe.. rumet ana ni memang kocik dari ana.. tapi jaga2 dengan dirinya. (huh.. ye ker? Kunci bilik pun selalu kome pegang, adakah perlu komer berjaga2 darinya?) hehe.. ok next..
Hafizah or Fizah...
Hmm.. fizah ni memang ana suke kacau die selalu sebab die seorang yang sangat CEMAS. =). jangan marah ye fizah. Fizah nie kalau kami pergi makan, and die lewat, kami akan pakat2 misscall ramai2 supaya die gelabah. Pastu die akan datang dengan cutenye. Berlari2 anak dan tangannya yang bergerak2 ke kiri dan ke kanan cam kartun.(hmm? camne tue ye? hanya ana je yang dapat tafsirkan..) Fizah nie ana suke sangat sakat die dengan bab kahwin and cinta sebab nanti die akan cakp "aku tak nak kawin!!".. Hehe.. saje je sebenarnye buat die fobia gitu. Nanti die akan tutup telinga and mintak kami tukar topik. Wawa.. kasihannya fizah sahabtku yang cumel nie.( ye ke?=)) Selalu jugak la jadi alarm kami kalau ader keje2 yang kena buat. assignmnet sume. memang sahabat yang selalu mengingatkan kami tentang study. Kalau cuti tue, comform la dapat msg " wei, korang dah siap ke assignment?". Ana pun akan menakutkan die. I'm completed. nanti mulalah die gabra.. seronoknyer tengok die gelabah. heheh.. Bukan saje ye tapi suke tengok die gelabah sebab cute and suke lah. Kalau tak de fizah nie, tak complete la group kami nieh. Kalau si fizah ni suke gelabah, ana akan buat muka selamba sajer. Bukan ape, nak tenangkan hati fizah tue. nanti kalau semua gelabah, habis lah kan.. ok next.. Lupe lak, die ni orang Peghak..
Arah or Environmentalist kami..
Arah ni name sebenar die Farahana. tapi short name, arah sahaje. Die nie suke sangat senyum dan sangat bersemangat waja. Cepat buat assignment berbanding kami yang lain. Ana suke panggil die "tulang". hehe.. Bukan ana je tapi kawan2 ana pun sebab die kurus sangat. Selalunye kami akan akan cakap macm nie, Arah tulangmu bergerak... Krek... krek.... ampun Arah.. huhu.. Gurau je. kalu tak panggil dirimu begitu, hidup kami tak ceria. Tapi, you complete us.. heheh.. Die ni kelantanese ye. Asal dari air lanas. Pandai orangnyer dan suke bercakap. Ana suke ajuk loghat kelantan nyer dan die pun selalu jugak kacau ana, So, fair and square na.. hehe.. Kami panggil die ni environmentalist sejak Mr Earnest call her like that. dah lupe why sir called her wif that name. But memang die nie seorang yang mencintai alam sekitar pun. Siap kempen lagi. Ye la Arahh...
Airinto....airin..
Airin ni miss perfect kami la. Segala sifat kesantunan ader kat dier. Memang layak la nak wat menantu. Sopan je tapi jangan dicabar teacher kite nie. sekali die cakap kat dalm kelas, memang semua orang akan senyap sebab her voice sangat sukar didenagari. hehe.. walaupun ana duk sebelah die je. tapi idea die mantap sangat sampai ana pun akan terhenti dari menulis untuk berfikir ape yang airin cakap nie.. Ni pun Kelantanise jugak nie. kalau die cakap kelantan, ana pun dah pening kadang2. Tapi faham je.. Yang pasti die ni ader ciri2 gadis timur la.. Ana? Heheh.. tak tahulah.. orang lain menilai kan? Airin ni jenis berkomitmen kalau buat kerja and suke keluar sorang2. kami sangat risau kat dier nie, nanti kena culik lak.. Heheh..
Akhir sekali, adik kami nie.. Sue
Cik sue ni pun orang kelantan jugak. Adik kami nie memang suka sangat cakap kedah walaupun bunyinye jadi cam siam sket. Taram je lah sue.. hehe.. Memang sikap adik tue memang ketara lah dalam group kami. Kami memang layan die macm adik dan kadang2 die panggil ana kak ika. Kalau salam cium tangan. Adik yang mithali and mudah meletup. selalunyer Farahin la akna tenangkan die and bagi nasihat kalau ape2 berlaku. Adik kami nie masih innocent. heheh.. Kalu ana nasihat memang pelik sket la. Muke serius nanti tibe2 dengar suara di belakang... sue.... Panggilan kakak pada adiknya untu teguran.. Sue nie terer jugak in English and die tak kisah orang nak cakap ape pun asalkan ape yang die buat tu betul. Suke tolong kami semua bile time nak cucuk duit sebab dier bwak motor. sangat berani orangnyer. tapi adik sue, jangan berani sangat ye...=)
Itulah die cite sahabat2 ana yang pelbagai identiti yang mencuit hati ana. Setiap sahabat ana ni memang menyempurnakan hidup ana. Kalu tak der sorang memang tak lengkap lah. Ika sayang dengan antum semua kerana Allah Taala. Semoga kite semua berjaya dalam exam nanti dan jangan lupe doa tau. Akhir kata, peliharalah tingkah lakumu wahai sahabtku dan nasihat- menasihatilah antara kita ye. dan satu peringatan buat kite semua...
Wahai sahabatku,
Sesungguhnya aku menyayangimu kerana ku sayang pada agamamu..
Segalateguranku adalah tanda kasihku padamu..
Kerana aku bimbang dirimu leka dengan dunia yang bakal menggodamu..
Biar hatimu kadang2 terluka kerana nasihatku yang tajam..
Demi menyelamatkan dirimu..
Bukan ku sengaja melukakanmu tapi aku ingin menyelamatkanmu dari tipuan nafsu..
Maafkan aku andai diri ini bersalah,
Kerana aku adalah insan lemah..
Moga nanti jika diriku juga ada melakukan khilaf...
Engkau hadir bagi merungkaikannya..
Sahabtaku...
Aku menyayangi dirimu....=)
salam sayang.... Ukhti Nurul Atika...
"Allah matlamatku"