expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 April 2009

Perjalanan yang baru bermula..

The mastermind...

Sayap kanan...

Sayap kiri..




Special entry for my lujnah Tarbiah..

Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku..
Perjalanan hidup kita baru bermula...
Lupakan kenangan silam yang telah kau lalui..
Dan bangkitlah menjadi rijal yang sejati..
Semua manusia tidak sempurna..
Dan kita sebagai manusia perlu mengakuinya..
Namun teruskan perjuanganmu dan jangan melangkah ke belakang lagi..
Sesungguhnya dirimu telah 'dipinang' olehNya..
Untuk menghiasi dan merasai jalan dakwah yang penuh duri..
Untuk meneruskan rantaian perjuangan ini..
Usah kau tangisi dengan kekuranganmu..
Kerana Dia lebih tahu setiap kelebihanmu..
Dia lebih tahu bahawa dirimu mampu..
Jalan dakwah ini bukan mudah..
Sepertimana perjalanan Rasulullah..
Namun itulah mehnah dalam perjuangan..
Biarlah diri kita bangkit daripada sejarah silam..
Daripada kita terus terkubur dengan kehidupan yang kelam..
Syukurlah kerana Allah masih menyayangi diri kalian..
Semoga kita dapat berjuang sehabis-habisan..
InsyaAllah..





"Allah matlamatku"

28 April 2009

Petang tue... (^_^)

Salam..
Hmm.. petang ni sangat menyeronokkan ana. Balik dari kelas tadi, rehat-rehat sebentar. hari ni jugak ana dapat berite gembira dari kakak ku. tap sayangnya ana tak dapat pulang ke kampung untuk bersamanya. huhu...

Ana ader test minggu depan. Language discription test. Takut sangat... Preparation pun takat ape je..

Petang tadi, after kelas ana bergegas ke usrah untuk usrah kul 3.30 petang kat balai islam. Huhu.. memang tak sempat nak rehatkan diri sebab duk ngadap laptop. Heheh.. Rumet ana sempat la rehat sket. Akibatnye, ana ngantuk waktu usrah. Adui... malu je. Nasib baik tajuk usrah dah faham sket2. Rumet ana kat sebelah tak habis2 memicit tangan supaya tak ngantuk..

Then, lepas asar tadi, balik dari surau terlihat sahabat-sahabat seusrah tengah main badminton kat tengah padang. Oleh kerana nak jugak main, ana pun dengan baju kurung, beg yang bergalas, join dorang. hehe.. riuh rendah dibuatnye.. hehe.. tapi petang tue memang betul2 buat ana tenang. Seronok bersama rakan-rakan. Terasa sayang untuk meninggalkan mereka. huhu

Buat kawan2 seangkatan ana, semoga terus berjuang hingga keakhirnye k. heheh.. semoga diberkati Allah selalu

p/s: Tadi teman kawan keluar. Nyaris2 nak kena langgar. huhu.. fobia betul ana ni nak lintas jalan. Semoga Allah melindungi ana selalu. InsyaAllah
"Allah matlamatku"

PENAWAR HATI

Tangisan sanubari telah terhenti..
Kalam suram suria memancar sinaranya..
Pertemuan seindah bayangan firdausi..
menjadi bukti kasih yang suci..

Lukisan dua jiwa menjadi satu..
Terkenang detik bertemunya kau dan aku..
Santun berhikmah mengingatkan diri..
Hidup dan mati hanya untuk ilahi..

Menggenggam janji cinta ini..
Bertemu kasih tanpa jasad..
Bicara tanpa suara..
Hanya tulisan bahasa indah..
mengeratkan antara kita..
Hinggalah ke akhirnya...

Kau kusanjung kerna pengorbanan..
Bagai puteri dikayangan..
Tika ku lesu hadapi hidup..
Kau hembuskan nafas semangat..
PENAWAR HATI..

artis: Ammar

p/s: actually tak tau nak tulis ape. So post je lirik lagu nie.

"Allah matlamatku"

22 April 2009

Tarbiah oh tarbiah..

Assalamualaikum.. tadi ana baru je buat perjumpaan dengan lujnah ana. Hmm.. ana merasakan kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat ana rindui yang telah terbina di awal penubuhan lujnah yang ana sayangi ini. Tapi, ape ye? Hmm.. biasenyer sesuatu yang menjadi pemula itu memang banyak dugaan nyer, tetapi apabila dikenang kembali ianya menjadi kenangan yang manis dan amat bermakna buat ana. Dugaan yang datang telah mematang kami semua yang merupakan perintis. Bukan ingin membawa ideologi seniority atau rase hebat ke ape. Tetapi kemanisan dalam bergerak kerja bersama itu semakin pudar nampaknye. Hmm..


Ana muhasabah kembali. mungkin salah ana sendiri yang tidak mengukuhkan tarbiah ahli itu sehingga saat ini ana masih dapat membawa ahli-ahli yang terbaru ini merasai kemanisan dan bezanya lujnah yang merupakan qalbu proksi setakat ni. tadi terdetik di hati ana, sudah sampai masanya untuk ana bertegas dan mungkin juga salah satu bentuk tarbiah yang agak keras perlu dikenakan dalam pentarbiahan ahli kali ini. Bukan gah yang ana cari, tetapi ruh, yakni ruh tarbiah islam itu didalam diri setiap ahli yang mampu menjadi ahli da'e yang benar2 menghayati gerak kerja islam itu. Yang sememangnya sangat penting. Lujnah tarbiah tak sama dengan persatuan bahasa melayu. Hmm.. selalu ditekankan tentang itu, tetapi ana tidak tahu mereka memahami atau tidak. Huhu.. Mungkin salah ana yang masih tidak memahami mereka.


Hmm.. tak mengapalah, ana rasa sesuatu yang lebih efektif perlu digerakkan sekarang. Hmm.. semoga Allah memberikan kekuatan buat kami untuk melahirkan generasi da'e yang berkualiti. Rantai perjuangan ini perlu diteruskan. Pentarbiahan ahli itu penting. Bukan main2. Huhuhu.. Buat semua rakan seperjuanganku, ayuh kite membuat perubahan dan jangan mundur. kita perlu memikirkan caranya untuk teruskan pentarbiahan disini. Menjadi da'e bermakna, kita menjadi ahli pemikir untuk kejayaan islam bersama. insyaAllah.. semoga terus istiqamah semua.. Allahu Akbar!!

16 April 2009

Hari sukan yang penuh "sejarah".. huh..

Heheh.. sape nak lawan ngan muslimah ni? Bola slam dunk tue..

Assalamualaikum. Hmm.. hari sukan yang penuh "SEJARAH". Aik? nape di besar kan sejarah tu? Cam marah je.. Huh.. Bukan lah marah tapi sebenarnye ader la sket kan. It's ok innallahama ana. Eh bukan.. Allah bersama 'kita'. Sebenarnye hari ni ader sukan kat padang. Sukan atau hari berhibur? Tak tahu lah kan. Ana tak nak menjadi punca sensitiviti sesetengah pihak. Cume ingin menyampaikan rasa kurang selesa dengan aktiviti yang dijalankan sahaja. Negara demokrasi, so ana berhak untuk bagi pendapat jugak kan? Heheh.. Tak de lah, ana pening sket kat padang tadi dengan 'irama' yang penuh rentak. Ana ader migrain and tadi pun hujan rintik2 air bergelora kat padang. Bergelora? Atau iman yang bergelora? Huh.. Danger2!!

Tutup aurat.. jangan tak tutup.. menang gak aih..



Hmm.. waktu orang berlari, or waktu orang duk silat semua tadi takde plak ye yang nak berkerumun kat depan tu. Tapi, tadi ramai plak yang berkerumun yek. Macam semut yang kerumun gula. Huhu.. ape nak jadi.. Ana tak leh masuk tadi sebab ramai sangat and ana dah pening2 duk menjual dan membeli juadah dari Biro Kerohanian yang best. Tahniah kat antum semua. Biro kerohanian memang mantap and best selalu. heheh.. Kak Nora, Ima , Mashi, Laila and yang lain-lain la yang memang komited berniaga. Itulah umat islam kita . heheh.. Ikut sunnah tue.. Bagus2





Ana nak citer suasana hari sukan tu sebenarnye. Rumet ana berlari tadi, dapat nombor 3. Okeyla tu Farahin sebab hang tak berlatih dapat nombor 3. Tak ke bertuah tue. Hehe..Hang duk berlatih kat buku ja.. Tentang hari sukan tu, ape pendpat antum ye? yang tahu lah pasal kejadian or aktiviti tu. Semalam ustaz bagi cadangan, kalau biro kerohanian nak buat pun boleh jugak. kite kena cari alternatif sebenarnye kalau kita nak banteras mana yang hak dan memerangi kebatilan. Sebenanrnye kite kena salahkan diri kita yang tahu ini. Sebab ape? Ha... dakwah tak sampai. Ting!! ana pun terpana.. Huhu.. betul jugak... Haih.. Muhasabah diri dulu. Pastu cari alternatif. Waktu zaman nabi dulu pun ader pasukan sorak jugak. Yang menyorak untuk mujahidin pergi berperang. Siap dengan wanita-wanita juga bersorak sekali menggunakan kompang, and mengetuk2 untuk bagi semangat. Dengan zikrullah lagi. Huhu.. betul2..





Jadi tak salah pun aktiviti yang nak bagi semangat tu. Tapi, ape yang salah eik? Ha.. cara dilaksanakan. Kita selalu memisahkan agama dengan segala aktiviti atau gerak kerja yang kta jalankan seharian. Betui dak? Yang ni, kalau tak silap ana dipanggil inqilabiah. betul? Sila betulkan ana ye kalau salah. Hmm. Inqilabiah yakni memisahkan agama dalam kehidupan seharian. Kalau orang cakap pasal islam je, mesti kat surau, kat masjid. kat majlis meeting tak boleh, kat majlis2 yang grand2 ni tak boleh. Ape kes? huh.. jadi berbalik kepada aktiviti sorak tu tadi, kite boleh bersorak TETAPI mesti ikut landasan yang betul. Buatlah cara zikir ke, ketuk kompang ke. Islam itu bersifat syumuliah. Bukan menentang semua habis-habisan. islam tak pernah ajar tu semua. Islam tak pernah menyekat umatnya untuk meneruskan kehidupan seharian dengan mengikut waqi' atau keadaan semasa. tapi islam tak pernah ajar kita untuk mengubah hukum yang telah ditetapkan kerana hukum yang diletakkan adalah sesuai untuk semua zaman. Islam is the best way of life.





Macam wanita yang ingin berfesyen, bukan tak leh, tapi kena ikut syaratnye. wanita memang gemara pada kecantikan dan Allah juga suka pada kecantikan. Dalam berfesyen, jangan bertabarruj. Ingat tue... kat diri sendiri jugak la.. Kat depan suami tak pe.(erk..). Ok? Dan nak wish congrate jugak kat LUJNAH HELWI iaitu lujnah rumet ana yang baru je menganurkan Busana Muslimah hari ahad lepas. hehe.. Teringat plak nasyid..





Okeys, berbalik pada hari sukan tadi, lepas nie kite fikir2kanlah cara yang terbaik untuk kebaikan islam kat kampus2 kite. Jadi tanggungjawab buat kite untuk memberitahu jalan yang betul, bukan denga menyuarakan kemarahan atau mungkin berdendam ke ape. Mad'u tu.. hehe.. Nasihat untuk diri sendiri jugak nieh.. Haih.. rijal memang cepat melenting. Tapi kite nak rijal yang berkualiti. Okey, sama-sama kita koreksi diri. jumpa lagi.. heheh.. Salam..





P/s: Petang ni on the spot nak balik Shah Alam. tiket tak beli lagi. huhu.. Nak gi amek sijil kat Kisas. so, doakan hamba ya tuan2 dan puan2 sekelian. Audios.. (^_^) "Allah matlamatku"

15 April 2009

4 perkara ni ade tak kat diri kite?

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat ana yang disayangi. Sudah seminggu rasanya ana tidak menulis post disini. Kerana ape ye? Sebab masalah internet dan jugak ke"busy"an ana sehingga tak mampu untuk berfikir tentang apa yang ingin dimuatkan dalam post ana yang terbaru nie.
Kali ni ana ingin berkongsi dengan sahabat sekelian tentang 4 perkara yang perlu ada kepada seorang individu muslim itu. Sebenarnye 4 perkara ni fokusnya buat endividu yang berada didalam sebuah gerakan, tetapi kalau kite tengok cara perlaksanaan dakwah Ikhwan Muslimin pun bermula dengan afradul muslimin, yakni individu yang muslim. Jadi tak salah pun sebab perkara yang bakal dibincangkan oleh ana nanti adalah worldwide. Heheh...Kalau nak membentuk baitul muslim pun mesti ader 4 ciri nie.Okeylah ape kah 4 perkara itu.
Yang pertama.... FIKRAH
Apekah fikrah itu? Fikrah nie pada pendapat ana adalah suatu pemikiran kita nie. Sama ada individu itu seorang yang berfikrah sekular atau pun islam. Kite boleh tengok fikrah seseorang dengan menilai setiap tindak tanduk individu itu. Adakah dia suka melakukan perkara yang bertentangan dengan islam atau bagaimana. Kita mestilah menjadi seorang individu yang inginkan kehidupan islam bukan lah seorang yang tenang dalam kesesatan dan membiarkan diri terus hanyut dalam jahiliyah sezaman. Jika seseoranfg individu itu jenis seorang yang suke menganjurkan aktiviti yang boleh mebawa kepada kesesatan, adakah kita boleh menyatakan bahawa individu itu cemerlang fikrahnya dalam membantu memperjuangkan islam. Fikrah ini adalah juga boleh dikatakan kemahuan seseorang itu untuk memperjuangakn yang hak dan menentang kebatilan. Adakah ada dalam individu itu semangat tersebut atau hanya mengikut setiap arus kehidupan di dunia ini. ha.. antum fikirlah sendiri ye.
Yang kedua.... IBADAH
Cuba nilai diri sendiri. Bagaimana dengan ibadah kita sendiri? Kalau individu itu ada fikrah tapi tak beribadah tak boleh jugak sebab ibadah nie penting bagi kita umat islam. Sesungguhnya tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Kalau ibadah tak jaga, solat ntah kemana, tak menutup aurat, macam mane kita nak gelarkan diri kita dan seseorang itu sebagai seorang yang benar-benar menghayati islam itu sendiri? Dalam sebuah keluarga pun, kalau ibadah ni takde, boleh tak kite katakan bahawa keluarga itu keluarga yang mendapat rahmat Allah?.. hmm.. Boleh ke kite kate bahawa kita telah mewujudakn sebuah keluarga yang muslim? Hmm...
Yang ketiga.... ILMIAH
Ilmiah ini maksudnya ilmu itu sendiri. Kat sini kite boleh tengok ramai orang berilmu dan ana khususkan disini adalah ilmu agama.Ramai yang mempunyai ilmu agama tetapi tidak ramai yang mengaplikasikan apa yang dipelajaranya. Ada Individu yang ada ilmu agama tetapi tidak pulak melaksanakan ibadah yang disuruh. Ibaratnya seperti seorang saintis-saintis yeng mengkaji tentang islam. kalau kite tanye mereka tentang hukum-hukum dalam islam, rasenye mereka lagi hebat tetapi oleh sebab tidak ader fikrah dan tidak melaksanakan ibadah yang disuruh oleh Allah, maka mereka ini tidak cukup untuk manjadi individu yang terbaik. dan mereka sendiri adalah golongan bukan islam. Kite nak ikut ke? Huhu..Ada jugak yang hanya belajar ilmu agama tapi tak gunakan. Kalau berlaku kemungkaran, hatinya tidak terasa ingin mencegah kemungkaran tersebut walaupun die tahu itu salah.macam mane tu? huhuh... Hanya mengikut situasi semasa dan tidak mahu bertindah. hai.. kite ni bakal ditanye nanti tau. Apabila kita telah ditaklifkan sebagi seorang khalifah, maka wajib bagi kite untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar itu walaupun sekecil mana sekalipun dan kita tidak boleh berdiam diri dengan situasi yang yang berlaku disekeliling kite.Hati terasa tenang melihat kemungkaran. nauzubillah...
Yang terakhir... SYAKHSIAH
Syakhsiah adalah contoh tauladan kite. Siapakan contoh kita? Mestilah Allah dan Muhammad s.a.w kan? Kite mesti mencontohi keperibadian dan sifat yang ada pada diri Nabi Muhammad dan juga Allah sendiri. Jika kita tidak mempunya contoh tauladan yang baik yang ingin diikuti, adakah kita mampu menjadai individu yang benar2 muslim? hmmm.. Rasulullah merupakan contoh tauladan yang terbaik untuk dicontohi. Untuk kita lebih mengetahui tentang perjalanan hidup baginda dan mengaplikasikan didalam kehidupan kita adalah dengan menghayati sirah nabi Muhammad s.a.w yang sanagt cantik.
Okeylah.. setakat itu dahulu.. ana pun takut jugak kalau2 ana tersilap tafsir atau silapa memberi pemahaman kepada sahabat semua. Ini adalah berdasarkan pemahaman diri ana yang biase sahaja. Sekadar perkongsian dan kalau ader ape2 penambahbaikan dan teguran dalam entry ana kali ini, teguran itu amatlah dialu-alukan.. Wallahua'alam
P/S : nak ucapkan selamt menduduki exam buat sahabat-sahabat ana kat uni sekarang nie. Bittaufiq wannajah.. (^-^)
Allah matlamatku"

10 April 2009

Cinta....


CINTA

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Disitu rindu bermula..




Hmm… when we talk about LOVE, what will comes out on our mind? I think I know what it is. LOVE… Most of people will think about this when the word of LOVE comes out


LOVE… towards the lover
LOVE… towards parents
LOVE… towards friends
And the POWER OF LOVE is
LOVE TOWARDS ALLAH S.W.T (^_^)!!



But now, I don’t want to talk about that love accept LOVE towards THE LORD OF ALMIGHTY ALLAH S.W.T because that LOVE is the key towards other love. Am I right? Huhu… Please say yes…



LOVE TOWARDS THE JOB THAT WE DO…

Hehe.. kenape plak kite nak kena cintakan pekerjaan yang buat. Sebab ape ye? Bukan pekerjaan kite tu ader perasaan pun nak balas balik perasaan cinta kite. Huhu.. Ok lah may be it just my opinion and I want to share wif all of you. Kalau tak setuju, boleh la komen-komen kat blog ana ni pasal entry nie. Ana sudi membaca sebabrang kritikan yang membina. Huhu.. macam nak kena diadili waktu audition plak.



Kenape ana cakap kite perlu cinta pada pekerjaan yang kita lakukan tetapi dengan niat kerana Allah Taala dan pekerjaan yang kite lakukan tu adalah halal disisi Allah s.w.t. Baru dapat pahala ibadah. InsyaAllah. Ana katakana kite perlu cintakan pekerjaan yang kite lakukan sebab dengan kite mencintai pekerjaan yang kita lakukan itu, kita akan sentiasa bersemangat untuk melakukan walaupun susah macam mane sekalipun. Betul tak? It’s same just like if we love towards our lover, we will do anything for him or her although kite kena mandaki gunung yang setinggi Gunung Everest, dan lautan api juga sanggup diredahi.( ye ke? Kena api sket pun dah sakit2 masuk spital. Hehe). Macam tu la jugak dengan pekerjaan kite sendiri. Ana luaskan skop pekerjaan disini. The words pekerjaan is a worldwide meaning. Pekerjaan bukan spesifik kepada pekerjaan yang sedia ada sekarang tetapi juga ana maksudkan dengan apa sahaja aktiviti dan gerak kerja yang kita lakukan. Contohnya kita ditaklifkan untuk menjadi salah seorang ahli penggerak kerohanian di kampus kiter, dan kite sangat minat dan cintakan pekerjaan tersebut. Bile dah minat dan cintakan jalan dakwah itu, segala kesusahan atau kesuntukan masa tidak menjadi masalah buat dirinya. Walaupun assignment masih bertimbun tetapi gerak kerja tetap jalan dan assignment tetap siap dengan jayanya. MasyaAllah, hebatnye individu seperti itu.Huhu..(reflect myself). Kesibukkan tidak pernah menjadi obstacle untuk individu itu mengerah keringat untuk bekerja demi islam tercinta malah dalam pelajaran pun hebat. Memang rijal yang cemerlang dan gemilang la tu. =).



Kalau kite tak cintakan pekerjaan yang kite buat, mesti kita akan buat dengan sambil lewa sahaja. Huhu.. tak baik la macam tue. Seorang muslim tu perlu melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh2 dan jangan seperti melepaskan batuk di tepi tangga sahaja. Lebih2 lagi buat individu yang bergerak kerja untuk islam. Seorang da’I yang bagus takkan melakukan setiap pekerjaan dengan sambil lewa kerana dia tahu bahawa itu adalah amanah yang telah ditaklifkan buat dirrinya. Kalau tak buat amanah, apa jadi adik2? Hmm… B.E.R.D.O.S.A… Nanti macam mane kite nak jawab dihadapan Allah di akhirat kelak jika kita tidak menjalankan amanah yang diberikan kepada kita. Kan? (ana kena muhasabah diri sebab bile bercakap nanti kita bakal diuji dengan percakapan kite dan mungkin sedang diuji sekarang). Jadi kite kena buat sungguh2 setiap pekerjaan tue. Belajar pun kena cinta jugak.Bercinta dengan ilmu. Heheh..



Okeylah.. ana pun taknak lah menulis panjang2 sangat. Rasenye sahabat semua faham kot apa yang ingin ana sampaikan disini. Harap perkogsian ana ini mendapat manfaat kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa membuka blog yang tak seberapa ini. Dan ana bukanlah seorang ilmuan yang arif tentang segala perkara tetapi hanya ingin melontarkan pendapat berdasarkan pemerhatian terhadap diri sendiri dan orang lain. Sebagai peringatan buat diri ana juga.Akhir kata, cintailah apa sahaja asalkan ianya boleh membawa dirimu kearah cintanya Allah. InsyaAllah..



P/s: Penulis masih membina cintanya terhadap subjek TESL. Huhu.. dan mencari cintanya tehadap ilmu agama.(nak belajar kat Al Azhar!!!). Semoga penulis bertemu cintanya dan berjaya membina cintanya kepada ilmu Allah yang satu lagi nie. (TESL COURSE).

"Allah matlamatku"

07 April 2009

Jin vs Manusia...

Assalamualaikum. Sejak akhir-akhir ini ana banyak bercerita tentang luahan hati ana di blog ana nie. Tapi kali ni ana ingin ceritakan pengalaman ana semalam. Di kampus sekarang ni sedang hangat dengan isu kerasukan atau lebih dikenali sebagai histeria oleh pelajar perempuan. Entah mengapa buat kali pertamanya ana merasa agak lembik untuk berhadapan dengan situasi yang melanda sekarang ini. Semalam di balai islam, pelajar yang "terkena benda tu" mendengar ceramah oleh ustaz dan ana pun sekali lah. Turut mendengar ceramah tersebut. Tapi tak tahu kenape, ana tak dapat memfokuskan diri untuk mendengar ceramah dari ustaz tetapi diri ana rasa lain macam. Dipendekkan cerita ana berjalan ke bahagian belakang dan duduk dekat dengan sahabat-sahabat ana yang lain. Muslimat yang "terkena" tue " semakin menjadi2. Ana pulak rasa makin lemah semangat bile tengok keadaan tua. Kawan2 mula lah tepuk2 badan ana suruh istighfar banyak. Dan Alhamdulillah ana dapat kawal emosi ana balik. Balik dari balai islam ana ke bilik rakan ana sebab rumet ana ade meeting dengan lujnahnya. Ana rase tak boleh berseorangan. Rakan ana menyuruh ana berbanring dan dia membacakan ayat2 suci al quran untuk ana. Terasa ketenangan dan kekuatan kembali semula. Huhu.. Buat pertama kali ana merasakan agak lemah dan nak tertumbang juge bile berhadapan dengan situasi macam tu. Hai.. nasib baik ade adik ana yang meredakan perasaan sebab ana call adik ana untuk tenangkan diri. syukran hamdan. Ika dah kuat dah. Hmm.. bukan ana tak pernah berhadapan dngan situasi ni, tapi semalam sedikit sebanyak diuji mungkin.


Kesimpulannye kat sini, kita as umat Muhammad yang terbaik perlu menguatkan diri dengan ayat2 Allah bile berhadapan dengan gangguan ini. Kawallah emosi anda dengan baik sebab punca utama seseorang itu terkena gangguan ni adalah kerana tidak dapat mengawal emosi dan membiarkan emosi mengawal diri menyebabkan kita kehilangan kekuatan untuk melawan perasaan sendiri. Hmm.. ana harap masalah ini akan selesai tak lame lagi. InsyaAllah Allah akan memberikan bantuan dan jin itu juga makhluk Allah yang dijadikan untuk beribadat kepada Allah s.w.t Semoga diberi kekuatan selalu. Insyallah.


Okeylah, sekarang ni dah pukul 4.27 a.m. Ana terjaga pukul 4 tadi dan terus capai laptop. Nal menulis sket. Ana nak buat homework ni. Semalam tak dapat buat kerana tak kuat untuk laksanakan. InsyaAllah dapat disiapkan. Okey ye. Semoga berjumpa lagi. Salam..


Allah matlamatku"

05 April 2009

Semangat yang menghilang dengan tibe2..

Assalamualaikum. Hmm.. sekarang baru pukul 11.50 malam. Awal lagi buat student sekarang. bagi ana lah. Tetapi sekarang ni ana merasakan kehilangan semangat la pulak untuk teruskna kerja yang still ader lagi nie. Hai.. macam mane ni. Tadi plak dikejutkan dengan berite sahabat ana diserang histeria. Ya Allah berikanlah kekuatan padanya. Hmm.. kemana semangat ana menghilang nie? Sape yang buat ana moody nie? Hmm.. Geram pulak kat diri sendiri. Tak pe lah abaikan. yang pasti sekarang ni ana memang tak semangat nak teruskan kerja ana nie. Tak tahulah kenape. Hmm.. Hmm... dan hmmm lagi.. dah tak nak berceloteh.. huhu.. salam.
"Allah matlamatku"

03 April 2009

Jam 1.04 a.m

Sekarang nie, dah kul 1.04 pagi.
Mata ana tak boleh tutup lagi
sebab kena siapkan note yang sir mintak tadi.
Tapi dari tadi tak buat2 lagi.
Ape kes nie? huhu..
Menerjah ke blog dulu..
Ok lah.. ana nak wat note dulu..
Tajuk modernism and post modernism.
Huhu.. semoga dapat disiapkan.
okeys.. Salam
"Allah matlamatku"

01 April 2009

Hikmah pertemuan..

Assalamualaikum semua dan selamat petang. Sekarang ni dah pukul 4.57 pm dan suasana petang begitu hening sekali. Hmm... actually ana sendiri tak tahu nak post ape untuk petang nie tapi niat di hati nak juga post something untuk tatapan sahabat semua. Tadi cube2 connect interenet and then dapat plak dengan mudahnye. Alhamdulillah. Memang rezeki kalian untuk baca post ana yang terbaru nie.



Hmm.. pertemuan. Tiba2 teringat lagu nasyid UNIC sebuah pertemuan plak. Setiap pertemuan yang berlaku dan dirancang oleh Allah s.w.t ada hikmahnya tanpa kita sedari. Ana menjadikan pertemuan ana dengan orang2 disekeliling ana adalah tanda kasih sayang Allah kepada ana sebagai makhluknya yang lemah. Tak tahu kenapa, tapi yang pasti setipa kali ana benar2 memerlukan seseorang yang memang boleh menyelesaikan masalah ana, pasti akan hadir sahaja insan2 yang tak disangka hadir menghulurkan tangan. Ana tidak pernah meminta untuk itu sebenarnya tetapi hanya meminta kepada Allah s.w.t agar memberi kekuatan dan sentiasa berada bersama ana. Kadang2 waktu tengah solat tue, sambil nangis2 doa, ana harapkan agar Allah datangkan seseorang yang mungkin dengan tibe2 muncul yang kesat air mata ana and peluk ana waktu tu jugak. (perempuan la).Huhu.. sadisnye. tapi tak pernah berlaku lagi lah. Cume dalam minggu itu akan ade insan yang mungkin ana rasa wasilah dari Allah sebagai menggantikan DIRINYA untuk mengubati hati ana yang dilanda kesedihan. Kadang2 ana tak kenal pun sape dier. Syukran buat nur_ila sebab kehadiran enti telah membantu ana sedikkt sebanyak. =)


Itulah dia kasih sayang Allah. Dia akan sentiasa berada disisi hambaNya tetapi kite kadang2 tak pernah sedar dan mengetepikan Allah tatakala bergembira. Kan? Hai.. Kasih dan cinta Allah sungguh unik untuk digambarkan dan hanya Dia mampu mencintai kita seunik itu.Huhu.. jadi, jangan lah kite rase sedih2 sangat sebab Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah akan ader sahaja bantuan yang datang dariNya jika meminta kepadaNya. Lebih2 lagi buat para da'i yang memperjuangkan agama Allah. JIKA KAMU MEMBANTU AGAMA ALLAH, MAKA DIA AKAN MEMBANTUMU DAN MENEGUHKAN PENDIRIANMU. Okey.. Setakat ini dahulu. asif jika terkasar bahasa.InsyaAllah nanti ana akan post lagi. Hmm.. masih memikirkan ape yang hendak dipost. okey ye.. jaga diri semua. Wassalam.."Allah matlamatku"