expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 July 2009

Hari-hari di rumah..

Salam.. hai.. hari-hari sepanjang berada di rumah agak membekukn diri ana yang memang suke menyibukkan diri walaupun diri tak sibuk mane. Setiap hari, ana bangun and kemas umah, tolong mak kemudian buat la ape yang patut.. Habis2 boring ana baca lah buku sirah yang mane ana berazam nak habiskan. Alhamdulillah setakat ni 2,3 buku dah habis.. Hai.. bile nak dapat result tempat belajar ana yang baru nie.. Tadi, ana mintak mak tanyekan KAFA kat kampung ana kot2 nak pakai orang untuk jadi tenaga pengajar.. Ana tak boelh hidup duduk diam and duduk rumah je.. Jiwa, fikiran sume kena bekerja.. Kalu tak membeku la jiwa ana nie. Hai.. Lagho2..
Tadi, ana tersenyum memerhatikan gelagat kucing2 ana yang comel-comel tue.. Hai cik kucing andainya ana dapat jadi macam kalian. best jugak ye.. Kemudian ana angkat la anak2 kucing tue ke tempat tinggi.. (saje wat nakal ana).. Kucing tu mengiaw2 nak turun tak reti.. Ana tengok je lah.. Bukan ape, nak suruh die belajar lompat.. Then, tibe2 ana dengar ibunya mengiaw macam bagi arahan and terus anak2 kucing tue boleh lompat.. HEBAT!!.. ana tersenyum tengok cara mak kucing tue.. Bagusnye mereka. Hai tibe2 je cite pasal kucing.. Actually ana sangat bosan tinggal di rumah keseorangan tanpa bergerak kerja ape2. Adik ana, sekarang di KISAS (bile mahu balik hamdan? Kakakmu ini rindu amat padamu)
Wawa.. ana rindu amat pada kawan kat maktab... tolong ana nie.. Rase kering kontang dengan ilmu, gerak kerja and sume kesibukkan..USRAH....
huhuh...
Lepas tension ana...(-_-)!!

19 July 2009

DEDIKASI BUAT SAHABAT IKA..

Salam buat sahabat-sahabat ika.. Farahin,Arah,Fizah,Airin,Sue,Erma and Qilah.. Asif entry kali ni agak berunsur peribadi dan ana menggunakan bahasa "ika" sebab ni special untuk kawan2 ana yang bakal berpisah dengan untuk tempoh 3 tahun nanti secar fizikalnya. Korang, ika rindu sangat kat korang sume. Walaupun ika cakap ika happy dan tenang dengan apa yang ditakdirkan untuk ika. Tapi ika tak boleh nak tolak hakikat ika sangat sedih nak berpisah dengan kamu semua.Asif ika tak leh nak hantar kamu semua kat airport sebab tak nak tragedi banjir di KLIA berlaku. Huhu.. Kat sini special dedication for all of you.. InsyaAllah ika sentiasa doakan kamu semua.. Tapi kalau ika tunang ke, nikah ke waktu korang kat sane, jangan marah eik. huhu.. Gurau je lah.. Ape2 hal, ika akan sambung belajar kat sini tanpa kamu semua. Fiza, ekau selalu je nak kite jalan same2 kat Warwick kan? Tak pe la, kite jalan2 dalam mimpi je la eik. Farahin, jangan nangis rumateku... InsyaAllah nanti hang akan jumpe sahabat yang boleh fahami hang kat ane. Kalau tak jumpe, hang buzz aku naa.. Buat ym.. Senang sket.. Sue jangan nakal2.. Arah and airin pun ye.. jaga diri ya tulang arah.. Kan aku dah cakap, takde orang yang akan panggil kau tulang lagi. Huhu.. Airin pun jaga kesihatan ye.. Erma and qilah pandai2 jaga diri ye.. bantu farahin.. Huhu... dah macam surat dah nie. Tak kire la.. ni blog tika and suke hati lah nak tulis ape pun.. Wawa.. rindu kat korang la nanti.. Hmm.. kat bawah nie ader secebis kenangan kite bersama...



Saat diriku bersama teman..

Makai ais krim bersama selepas penat bermain air di LOST WORLD


Kat surau Al Hidayah yang banyak simpan kenangan..

Bergambar selepas "peristiwa besar" berlaku pada diriku..


basuh gheta untuk kumpul dana pergi Sabah..



Gosok jangan tak gosok..

Kat padang hoki after senam erobik..

Sayang rumate ku..

Bakal teacher.. Dengan pelajar2 di kundasang..

Rumateku lagi.. kat Sabah

Fizah and Farahin... Huhuh..

Arah, Farahin and me...

Airin...Huhu.. beraye di umah ustazah

Erma and Farahin.. jamuan raya TESL

Lastly, video yang dah lame ika buat untuk antum..Tak sangke ade gunanye.. huhu..


10 July 2009

Kerinduan yang datang dengan tiba-tiba~~~


Assalamualaikum... Sudah beminggu-minggu ana tidak mengupdate blog ni selepas di serang virus beberapa minggu lepas. Tak pe la.. Tajuk entry kali ni, ana rindu sangat-sangat kat 'dia'. Dia lah yang ana nak tatap selalu, jumpa selalu and kalau boleh tak nak berpisah langsung. Dialah yang ana jumpe sejak dari awal sekolah menengah dahulu. Jatuh cinta kali pertama dan untuk selama-lamanya.. Tapi mungkin takdirNya, kita terpaksa berpisah untuk sementara waktu dan ana akan cari dia nanti insyaAllah jika diberi peluang.

Ana rindu nak belajar ilmu syariah, Fiqh, dan semua yang berkaitan dengan ilmu agama. Kerinduan yang amat mendalam dan merupakan impian ana. Bukan sijil sarjana yang ana cari, bukan anugerah dekan yang ana impi, tapi kepuasan menatap kitab-kitab lama, bertalaqi dengan sheikh-sheikh yang luas ilmu agamanya. Ya Allah, aku rindu kepada semua itu. Cintaku pada ilmu agama kadangkala membuatku merintih kerana tidak berpeluang untuk mempelajarinya sekarang secara konsisten. Ana hanya belajar secara surface sahaja dan ana tidak berpuas hati dengan itu. Hati kadang-kadang memberontak kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan pendidikan sekular yang memisahkan antara agama dengan pengisiannya. Semuanya kosong bagi ana bila ilmu tidak dihayati dan dibincang mengikut pandangan agama. Segalanya kristeinisasi dan orientalis. Sekular!!.. Ana benci kalian yang telah merosakkan peradaban ilmu!!


Melihat sahabat-sahabat tenang menghafaz hadis, menatap kitab dan bertalaqi dengan sheikh terkenal membuat hati dijentik cemburu. Cemburu yang amat dalam kerana ana ingin bersama mereka. Jiwaku ingin menuntut ilmu-ilmu itu. Ya, benar ilmu yang dipolopori barat pada masa kini juga ilmu Allah, tetapi kerana hilangnya roh islam di dalam ilmu itu yang membuat hati ini jauh hati, rajuk hati yang tertanggung. Tatkala membaca buku karangana Ustaz Hasrizal tentang Rindu Bau Pohon Tin membuat hati ana sayu, meronta-ronta ingin ke bumi anbia dan mempelajari khazanah ilmu disana. Membuat hati semakin dekat kepada Pencipta.. Subhanallah...


Diri sering menangis kerana memikirkan diri yang semakin jauh dengan majlis ilmu, hati yang sering gembira kerana hanyut dengan dunia, hati yang selalu memberatkan perkara dunia daripada perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan. Jika ana diberi peluang untuk bertemu dengan impian ana, sanggup ana tinggalkan semua demi mencari kepuasan menatap ilmu yang menghampirkan diri ini pada Pencipta...


Aku tidak berbangga dengan ketinggian ilmu padaku andai diriku tidak bertaqwa... dan aku harap kalian juga begitu.. Ilmu tanpa iman dan taqwa, HINA. Ilmu yang diiringin iman dan taqwa itulah seorang yang MULIA disisi Allah..