expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

31 July 2010

Malam Mahabbah Palestin..

save Gaza...




Us..




Camerawomen tak bertauliah..






Pijak.. Khaibar! Khaibar! Ya Yahud!!






=)..






Banner...





With Kak Dila aka Rumate





Peace!!





Kredit to Sis Dila.. In the Dark..





Muffler..

30 July 2010

Terasa.. terasakah diriku???

Assalamualaikum...

Ehem..Ehem...

Kenapa rasa terasa amat pada seorang teman ni ye..

Hm... perasaan ini sungguh amat tidak kusukai..

Dah2... pegi main jauh-jauh...

Diri in tidak tergugah dengan layanan seorang sahabat yang nampaknya tidak "menyapa" diri ini..

Ala.. takpe2.. Nurul Atika Binti Rosli, anda seorang yang MACHO!! (dari segi istilahku sendiri)..

Jangan sedih, jangan terasa dipinggirkan.. rileks sudah...

Eh2.. dah orang cakap... banyak benda lagi nak kena fikir ni..

Udah-udah layan perasaan tu... (semuanya gudaan semata-mata)..

Ana mujahidah besi!! ana kuat!! ana tahan emosi!! ana tabah!! GO!!

Malam ni jom menggugah Dewan Utama KIPSAS...

MALAM MAHABBAH PALESTIN!!..

Bersama anak kapal Mavi Marmara...

Ini langkahku!! Takbir!! Allahu Akbar!!

28 July 2010

Kejutan Elektrik..

Assalamualaikum..


Di petang-petang hari sambil membuat homework.

Berjalan-jalan ke blog- blog sahabat blogger yang lain..

Membaca blog tentang couple.. Hm2.. isu yang tak pernah selesai..

Habis baca artikel tu.. baca komen nye.. Ada satu je komen..

Tibe-tibe rase macam kena KEJUTAN ELEKTRIK!!

Bola mata menjadi besar sekejap... dan kepala sedang ligat berfikir...

Impuls mula di hantar ke seluruh otak, hati dan iman untuk meng "digestnye"


"WANITA YANG MUDAH DIDAMPINGI LELAKI TIDAK LAYAK DIJADIKAN SAYAP KIRI PERJUANGAN"


Satu bait yang simple tapi berkesan dalam hati...

Diri ini macam mana? Ya Allah, jadikanlah diriku sayap kiri perjuangan mujahidMu dan pelihara diriku daripada kemaksiatan... ameen..

Sahabiah-sahabiah yang lain macam mana pula?? Jom kita muhasabah diri bersama-sama ya.. ^^!

24 July 2010

INI LANGKAHKU > Shoutul Harakah


Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

Yang bertutup tu cantik


Assalamualaikum…

Yang bertutup itu cantik..

Yang bertutup itu terpelihara..

Yang bertutup itu bersih…

Hm2.. ape yang bertutup tu ye?? Makanan yang bertutup ke? Boleh jadi jugak sebab makanan kalau bertutup terpelihara daripada lalat yang menghinggapinya. Jadi sudah pasti makanan yang terpelihara itu juga bersih dan nampak cantik sebab tu lah kena tutup. Sebab nanti boleh attract sesiapa sahaja untuk makan makanan tu. Kan?? Tapi itu adalah secara analoginya yang dibuat kepada makanan yang tertutup dengan tudung saji.

Tetapi yang ana maksudkan yang tertutup itu adalah muslimah yang diliputi dengan selembar kain di kepalanya hingga ke dadanya. Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi. Subhanallah.. sangat cantik! Terpelihara! Nampak bersih! Dan sedaaaaaap mata memandang. Betul tak?? Betul la kan. Mesti betul jugak. ^^. Cuba lah antum semua tengok sahabiah-sahabiah yang berjalan-jalan dengan tertibnya, bertudung labuh, sambil membawa buku di tangan sambil dihiasa pemandangan indah dunia ini. Subhanllah.. cantik sungguh hiasan dunia yang Allah ciptakan. Walaupun ana seorang muslimah, tetapi tetap terdetik di hati ana sesungguhnya sangat indah wanita solehah yang dicipta oleh Allah swt. Rasa macam nak buat jadi kakak ipar je. Tapi ana takde abang lah pulak.Yang ade cume adik lelaki sahaja dan itu pun sedang belajar di tingkatan 6 lagi. Tapi bukan itu fokusnya. Yang hendak dititik beratkan disini adalah tentang pemakaian tudung YANG SEMPURNA itu. Diulang, YANG SEMPURNA. Bagaimana dikatakan sebagai pemakaian tudung yang sempurna?? Jom kita amati ayat al quran ni ye


.

Haa… macam mana ya sohabiahku sekalian?? Adakah kita menutup aurat secara sempurna? InsyaAllah kita sama-sama sempurnakan ye. Bagi ana bertudung secara sempurna itu sangat cantik dan alhamdulillah ana sendiri memakai tudung labuh dan semoga ana istiqamah dalam pemakaian ana itu. InsyaAllah. Sebenarnye apa yang ana rasa sebagai pemakai tudung labuh ni ialah ana rasa sangat selesa, tenang dan selamat. Kadang-kadang tu ana rasa macam “macho”. Erk.. macho adalah kalimah yang ana guna untuk menggambarkan betapa seorang wanita itu berjiwa kental dan tabah. Seorang nisa’ yang mempunya sifat rijal dalam dirinya. Bukanlah bersikap seperti lelaki tetapi keperwiraan dalam diri. Kenape ye ana rase macam tu? Entah la, mungkin sebab rasa diri hidup dalam beragama dan tiupan semangan perjuangan islam itu seolah-olah sebati dalam diri bila melaksanakan syariat islam. Alhamdulillah. Sape cakap kalau muslimat yang pakai tudung labuh ni jumud atau tak up to date?? Mane ade la.. malahan orang yang bertudung labuh ni boleh jaga diri dia dari sebarang penyakit lagi. Ye la, baju pun longgar je, jadi angin mudah masuk dan tak la rasa tak selesa kan? Kalau pakai ketat-ketat nanti angin susah nak masuk. Jadi kalau berpeluh-peluh nanti melekat-lekat je kat kulit. Lepas tu jadi la ruam. Huhu.. ini apa yang ana fikir la kan sebab ana memang tak suka pakai baju yang sempit lagi mengetatkan. Susah bonar nak bergeraknye.



Tudung labuh plak boleh protect diri bila lalu-lalang kat kawasan yang ramai muslimin. Ye la, dah semua tertutup lagi labuh, ape je muslimin dapat tengok(ini dituju kepada muslimin yang selalu suka usik perempuan di tepi jalan). Setakat kena ganggu bagi salam tu, biase dah berlaku, tapi alhamdulillah la kan sebab masih ada ruh islam di dalam hati mereka bila terpandang gadis muslimah solehah ni. Ingat lagi nak bagi salam ape semua. Hm2.. pakaian mengikut syariat ni sebenarnye mengingatkan kita semua ummat islam kepada kehidupan beragama sebenarnye. Tapi itulah, zaman skarang ni macam-macam gaya dan fesyen yang timbul. Ada juga yang pakai tudung tapi dah rupe macam penyu aje. Nampak bentuk batang leher.(bukan nak timbulkan kontrovesi tetapi kullu al haq wa lau kana marran.Berkatalah benar walaupun ia pahit) Kemudia ada pula tudung yang boleh nampak bonggol unta di belakang kepala. Huhu. Betul ke pakaian kite tu mengikut syariat wahai sahabat-sahabat ana. Ana penah dengar dan terbaca tentang suatu artikel yang menyatakan tak pe la mereka pakai tudung dengan gaya fesyen macam tu. Mereka dah bertudung pun alhamdulillah. Tapi kan.. syariat tetap kena dipatuhi dan ditegakkan. Jadi?? Ha.. sama-sama kita fikirkan ye…

Dulu waktu ana kecil-kecil ana suke tengok muslimah-muslimah yang bertudung labuh ni. Tak tahu lah kenape kan. Kalau la ana tengah duduk-duduk atau berjalan-jalan kemane-mane, bila ternampak muslimat bertudung labuh, ana akan pandang je muslimat tu. Mengikut muslimat itu dengan anak mata ana. Rasa macam seronok, tenang dan best je.Sejuk mata memandang. Rasa nak kawan je dengan akak tu. Huhu.. dan alhamdulillah hati ana terdidik untuk ke arah perkara agama. Tak berminat dengan fesyen2, kosmetik jauh sekali dan ana suke untuk berpakaian mengikut apa yang agama syorkan. Syok tau!! Cube la try berpakaian mengikut syariat islam, antunna pasti akan rasa tenang dan selamat. Rasa nak buat baik je dan segala tutur kata kita automatically akan terjaga. InsyaAllah. Tak susah pun nak ikut apa yang islam suruh ni. Kan?? Bukan susah pun. Yang jadi susah sebab kita tak biasa. ^^.. kadang-kadang tu, dah bagus dah berpakaian tu mengikut islam tapi tabarruj la plak. Huhu. Solekan pulak dah tebal-tebal. Bagi ana, kecantikkan asli tu lagi better daripada kita nak touch up muka kita supaya jadi cantik. Huhu.. Ok la, ana bagi satu situasi. Kalau seseorang itu bermekap cantik-cantik kemudian ada lah seorang pemuda yang terpikat kerana kecantikan itu dan ingin mempersiterikan wanita itu. Tak salah pun pilih cantik kan.. Selepas dah nikah, bila tengok2 isterinya tanpa make-up, tak cantik dah.. Rupe2nye pemuda itu telah tertipu dengan kecantikkan yang dibuat-buat itu.. jadinye, tak best la kan. Kalau boleh biarlah kecantikkan itu yang asli. Kalau dah make up bila dah bersuami nanti, makin bertambah cantik.. hehe.. tapi bukanlah kecantikkan yang menjadi kayu ukuran kebahagian sebuah rumah tangga sebenarnye kan?? Agama itu yang lebih diutamakan. Dapat isteri yang agama dan fizikal nya cantik lagi bertuah kan?? Huhu.. (merepek dah ni). Ok2. Kite off topic pasal kawen ni ye. Rase macam dah lari tajuk pula.

Ok.. terus kepada kesimpulan la ye. Penulis pun sudah tidak tahu ingin mengolah ayat denga panjang lebar lagi kerana penulis baru sahaja selesai makan ubat demam tadi. Takpe2.. ujian. Kesimpulannya, maka kita bertudunglah secara sempurna yakni mengikut apa yang islam ajarkan kepada kita. Janganlah kita mengambil mudah dalam soal pemakaian kita. Lebih2 lagi kita sebagai wanita islam. Memang aurat wanita itu sulit untuk dijaga tapi ingatlah setiap yang Allah perintahkan itu ada hikmahnya. Kan?? Semuanya adalah semata-mata ingin menjaga kehormatan wanita dan mengankat martabat wanita itu, insyaAllah.. Akhirul kalam, semoga kita semua dapat menutup aurat kita dengan sempurna dan mendapat keredhaan dari Allah swt. InsyaAllah. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah disebabkan oleh kelemahan ana sebagai makhlukNya. Wallahua’alm… (^^)


P/S : jom dengar lagu ini langkahku dari Shoutul Harakah yang best ni… Muslimat!! POWER! POWER! POWER!

19 July 2010

pagi yang PERMAI

Assalamualaikum semua…^^. Kamu semua sihat bah? Ana jugak sihat bah. Alhamdulillah. Blog ana ni semakin hari semakin sukar sekali untuk diupdate oleh tuan punye blog. (ape daa tuan punye blog). Uiks tuan punye blog tu ana sendiri la. Ha.. mengata diri sendir la pulak ye. Sesungguhnya ana memang kekeringan idea untuk menulis sebarang entry yang terbaru disini. Jadi akibatnya, memang entry akan di post mungkin dalam 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Setahun sekali??? Itu adalah sangat melampau. Huhu..


Alhamdulillah juga kerana pada pagi yang indah dan permai ini masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan menikmati nikmat iman. Pagi-pagi lagi selepas solat subuh, cik nurul islam telah terpacak depan laptop. Mengucapkan selamat pagi buat mereka-mereka yang tersayang. Dan sempat juga berborak dengan temans sebilik (temans?? Maknanya ade dua orang atau lebih.. rosak bahasa..huhu). Kak Leni semalam ke UIA, menghadiri ceramah tentang Palestin yang dihiasi juga dengan persembahan daripada kumpulan nasyid kegemaranku.. SHOUTUL HARAKAH. Bestnye.. tapi apakan daya, semalam ana ade kelas taekwondo yang membuatkan daku terpaksa la beraksi seperti ninja yang melompat ke sana dan ke mari. Ade ke salah sorang daripada mereka ni cakap ana ni lompat macam main congkak. (macam mane tu??) Ape-ape je la ye. Tak buat nanti kena plak dengan sir.Belajar self defense ni memang la gitu kan. Melompat, berlari, semua ada. Bangun pagi, semua badan rasa sakit-sakit. Mujurlah ada minyak but-but keluaran HPA. (adakah itu untuk mempromote. Hehe). Berbalik kepada kumpulan nasyid tadi, ana pun tengok la kan video daripada HP Kak Leni. Tak mampu nak pegi, tengok je la rakaman nye. Sama jugak.


Hm2.. ana sudah kehilangan arah untuk menulis. (bukan hilang Arah Farahana kawan ana tu ye). Jadinye.. berhenti dulu di sini.. insyaAllah if I have times which means a lots of time, I will post my new entry k.( macam la ade yang tertunggu2 entry baru ana.Huhu). Ok la ye.. salam ukhwah.. salam sayang.. semoga pagi ana lebih baik dari pagi-pagi yang sebelumnya..

13 July 2010

Ada apa dengan "MUKA BUKU"???

Assalamualaikum...
"Muka Buku" atau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris nya Facebook merupakan satu fenomena baru yang semakin menjadi kegilaan masyarakat pada zaman kini. Dan kini wujud pula Millat facebook yang ingin menyaingi laman web sosial ini. Namun begitu, penulis ada juga menerima khabar berita bahawa Millat facebook juga merupakan salah satu agenda dari pihak yahudi untuk mengaburi mata kaum muslim di dunia ini. Sejauh mana kebenarannya, wallahua'alam.. disini penulis bukanlah ingin membandingkan antara keduanya. Tetapi hanya ingin berkongsi suatu artikel daripada seorang penulis yang tidak asing lagi di dunia maya ini yakni Ustaz Zaharuddin.. Rasanya semua sahabat-sahabat mengenali penulis tersebut. Mari kita sama-sama renung2kan mengenai dan fikir-fikirkan bersama-sama mengenai facebook ini.. semoga ada manfaat buat kita semua... wallahua'lam.. selamat membaca..

kucing pun ade facebook


Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-


1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

Ø£َÙ†َّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَÙ‰ Ø·َعَامًا من ÙŠَÙ‡ُودِÙŠٍّ إلى Ø£َجَÙ„ٍ ÙˆَرَÙ‡َÙ†َÙ‡ُ دِرْعًا من Ø­َدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW"
( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?


Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?



3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?



Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.





4) Privacy pengguna facebook dijajah?



Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.



Policy menyebutkan :



"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."



Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.



Selain itu, juga disebutkan :



To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."



Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.



Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.



KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.



· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.



· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-



a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.



Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010

10 July 2010

Tears...

Ana kuat… Ana tak menangis… Ana gadis yang tabah… Ini semua ujianNya…

Namun itu semuan cuma kata-kata dibibir sahaja sebagai pemujuk hati yang kesedihan menanggung kesakitan diuji. Disaat itu jugalah setitis demi setitis manik-manik jernih meluncur keluar daripada kelopak mata yang sugul. Hipokritkah ana??



Puas batin menjerit agar dikuatkan perasaan, ingat Allah, minta kekuatan dariNya namun kedengaran juga sedu-sedan seiring nafas yang menghembus.Sahabat disisi bertanya itu dan ini dan ada juga yang meminta nasihat kerana masalah yang dihadapi. Namun diri ini masih mampu menghipokritkan diri bahawa diri ini tidak sedih, tidak punya masalah yang menikam jiwa. Sabar…sabar…sabar…


Kadangkala terhambur juga kesedihan itu tapi ditapis dengan gurau senda supaya orang lain tidak rasa susah hati dan tidak nampak kesedihan itu. Hmm… Bila disaat ana bersunyi-sunyi denganNya, maka terhambur segala tangisan dan keluhan yang terpendam dalam hati… maka basah lah pipi ini.. Tiada yang memujuk melainkan dengan meminta kekuatan dariNya.. Jika ada yang perasan tangisan ini sedang laju mengalir, sedaya-upaya mengelak agar tidak disedari oleh orang lain. Bermacam alasan dikeluarkan.. Pening kepala lah, migraine la, sakit mata lah, tertekan lah, dan bermacam-macam alasan lagi..


Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini… amin..


Dan air mata itu menitis lagi…T_T