expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 September 2011

Sukarnya Memaafkan..


Assalamualaikum..

Sedangkan Nabi Muhammad pun ampunkan umatnya.. apatah lagi kita sesama manusia..

Hm2.. bercakap itu mudah tapi melaksanakan itu payah sekali.. hati ini cuba memaafkan tetapi berat sekali Ya Allah.. mungkin kerana hati ini yang dipenuhi maksiat buatkan nafsu amarah itu melebihi segala-galanya..

Bukan ana benci dirinya tetapi ana benci tindakannya, perbuatannya.Tapi bukankah dia juga sedang belajar bagaimana untuk memimpin sepertimana diri ana dahulu? Bukankah dia juga layak melakukan kesilapan? Ya.. Tapi mengapa pula dia tidak mahu diajar bahkan merasakan tindakan saja yang betul? Allah.. memang diriku masih belum mencapai tahap orang yang bersabar kerana tidak mampu berhadapan dengan situasi begini..


Ana bertanya sahabat-sahabat.. bagaimana harus ana lakukan? Berdiamkah atau bagaimana? Sahabat menjawab adakalanya Rasulullah menangguhkan kemaafannya.. Hm2.. Tapi ana bukanlah seorang Nabi yang mampu mengawal dirinya.. Ana seorang yang mungkin mempunyai wajah yang cukup transparent dan hati yang banyak membuat dosa sehingga ana tidak dapat thiqah dengan dirinya.. Allah..


Sahabat ana menyambung lagi.. Ingat tak kisah Nabi Muhammad dan seorang perempuan Yahudi yang buta yang maki hamun nabi tapi baginda s.a.w bagi makan pada wanita tu? Ya.. ana ingat.. jadi tak perlu lah kita melakukan perkara yang tidak baik walaupun diri kita diperlakukan begitu.. Bersangka baiklah..


Saban hari ana mencari kekuatan diri dan cuba mencari jawapan.. Ana membelek-belek kitab karangan Fathi Yakan, Bahtera Penyelamat, di dalam sebuah hadith yang telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadith Anas dalam tajuk "Akhlak Yang Luhur"


"Orang mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah :
1) Mu'min yang dengki padanya
2) Munafiq yang benci kepadanya
3) kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya
5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


Adakah ana sudah mencapai tahap orang yang mu'min? tetapi dari hadith ini sememangnya itu adalah antara dugaan yang perlu dihadapi oleh mereka yang benar-benar ingin memperjuangkan agama Allah, yang berjiwa mu'min.. Allah.. dan bagaimana untuk berhadapan dengan dugaan-dugaan ini? Ana ingin kongsikan sedikit kandungan yang terdapat di dalam buku ini berkaitan dengan apa yang ana persoalkan..


" Adapun sikap yang perlu diambil oleh para da'i Muslim apabila berhadapan dengan orang yang menaruh perasaan hasad dengki ialah sentiasa bersabar menunaikan solat, berlindung diri dengan Allah swt dari kejahatan orang lain dan bencana prasangka dan hasad dengki mereka.Hendaklah ia menguasai dirinya dari sifat amarah atau membalas berbagai helah dan tipudaya dengan tidak mengikut cara dan akhlak sebagai seorang mu'min. Kalaulah para da'i Muslim rela menurut jejak langkah perbuatan mereka yang buruk itu, nescaya ia akan setanding pula dengan mereka. Dengan demikian jatuhlah nilai akhlak dan agamanya, di samping tercemarlah pula ciri-ciri yang membezakannya dengan orang-orang jahat. Yang lebih utama dan elok dilakukan umpamanya ialah menyumbangkan apa-apa yang baik yang dapat disumbangkan kepada masyarakat. Segala penanggungan dan penderitaan serahkan sahaja kepada Allah swt yang Maha Mengetahui. Tidak ada yang luput dari pengetahuanNya baik di langit mahupun di bumi. Allah swt tidak pernah alpa terhadap perbuatan golongan yang zalim"

Maka bersabarlah duhai hati.. jauhilah sifat yang tidak baik di dalam hatimu.. perbaikilah dirimu yang serba kekurangan.. bertaubat atas dosa-dosamu.. contohi akhlak Rasulullah.. Jauhilah dosa.. Ikhlas hati dalam berjuanga.. Buangkan sikap ego dalam diri.. Ingatlah.. tidak rugi sekalipun diri difitnah atau diperkatakan oleh masyarakat andai apa yang engkau lakukan itu kerana Allah semata-mata.. hanya Allah sahajalah yang menilai dirimu.. Moga Allah perbaiki juga akhlak sahabat-sahabatku.. Ana insan penuh dosa.. wassalam

p/s : Mari contohi akhlak Rasulullah dan sebarkannya ke seluruh alam...

16 September 2011

i'm searching for myself..


Assalamualaikum..

Membelek tulisan lama di blog.. Kemudian berfikir.. "ana telah jauh daripada diri ana yang dahulu". Kenapa ana katakan begitu? Hanya Allah yang memerhatikan insan kerdil ini.. jatuh bangunnya insan hina ini.. Apa kata hati insan lemah ini..

Perbezaan yang mungkin ketara buat diri ini berbanding dahulu. Astaghfirullahalazim.. kemana hilangnya sifat-sifat pejuang dalam diriku yang dahulu.. tak mengerti tentang diri sendiri dan apa yang terjadi pada diri sendiri.. Manusia yang paling teruk adalah manusia yang tidak mengenali tentang diri sendiri.

Adakah waqi' atau situasi yang lebih selesa ini membuatkan diri ana merasakan jalan dakwah ana begitu selesa disini? Ya Allah... Sukar rupanya berjuang di tempat yang selesa dan dikelilingi oleh mereka-mereka yang hebat dalam bidang agama sehingga buat diri ini terleka dengan situasi atau suasana begini.. Atau mungkin diriku mula terpengaruh dengan mereka yang merasakan diri mereka sudah selesa dengan pembawakan Islam disini? Ya Allah.. ampunkan hambaMu yang pernah berjanji dengan namaMu dan kekasihMu untuk berjuang dijalanMu..

Diri ini mula lupa bahawa diri ini perlukan ilmu-ilmu yang dijadikan bekal sepanjang perjalanan dakwah ini. Adakah kerana diri ini sudah selesa dengan ilmu-ilmu yang dipelajari di kelas yang perlu dipelajari kerana itulah yang akan menjadi penentuan untuk ana dapatkan segulung diplima kelak.. Allah.. Apabila ana telah mendapat ilmu itu dengan mudah, menyebabkan diri ana pula tidak mahu berusaha untuk lebih banyak mengkaji dan membaca buku-buku bekalan jalan dakwah.. Allah.. ana terperangkap rupanya dengan ideologi yang dibawa oleh para musuh Islam.. Ya.. Ramai yang menuntut ilmu agama dan mengambil jurusan agama, tetapi tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa menuntut ilmu bukan sekadar untuk mendapatkan PNGS atau PNGK yang terbaik bahkan menuntut ilmu agama itu sebagai bekal sepanjang jalan.. Allah.. Ana lupa!!

Itulah manusia.. apabila sesuatu perkara itu mudah diperolehi maka dia akan lupa kepentingan apa yang diperolehi itu.. kurang menghargai nikmat yang diberi.. kerana apa? kerana dengan mudahnya nikmat itu diberi.. Allahuakbar.. Berdosanya diri ini.. kufur nikmatnya diri ini.. jika diberi pilihan untuk berjuang, ana lebih rela berjuang di bumi yang penuh cabaran dan perlu berhadapan dengan musuh-musuh Allah.. Bukan di bumi yang biahnya Islam itu tidak ada musuh Islam, tetapi membuatkan diri ini terbuai dengan asyiknya Islam pada rupa yang ada padanya.. Ana tertipu.. Ana tertipu ya Allah..

Jika dulu bersemangat waja apabila menghadiri kuliah agama kerana sukarnya untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam kerana subjek itu tidak ditawarkan dan tidak diberikan perhatian di kampus. Tapi kini? Kerana sudah terbiasa dengan kuliah Usul Fiqh, Siyasah Syar'iyyah, Aqidah, Ayat Hadis Ahkam, dan sebagainya buatkan hati ini sudah terlalu lali dengan kuliyyah agama.. dan lagi pula bukanlah kefahaman tentang subjek yang ditekannkan, tetapi lulus di setiap semester itu yang menjadi aulawiyyatnya.. Allah.. Apabila sahabat-sahabat menyatakan diri pandai bidang agama, mahu saja ana sorokkan wajah ini dibalik tudung.. Ana bukan seorang yang layak digelar pandai bidang agama.. Ana tidak mencuba sedaya upaya ana untuk memahami ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.. bahkan jika ana dipanggil sebagai orang yang pandai mengumpul mata dan gred dalam jurusan agama, mungkin ada betulnya.. Allah.. malunya pada sahabat yang tidak dapat nikmat seperti ana lebih memahami tentang nikmatnya dapat berhadapan dan bertafaqquh fi al-din pada setiap hari..

Buku-buku haraki, sirah dan perjuangan yang sering menjadi peneman diri hanya menjadi perhiasan di atas rak.. Jika dulu setiap hari ana cuba hadamkan satu persatu buku yang dibeli.. kerana apa? kerana ana tahu ana perlu kefahaman.. ana perlukan ibrah dari sirah dalam perjuangan.. ana perlu nasihat-nasihat dalam perjuangan.. ana perlu menatap kata-kata hikmah dari perjuang terdahulu.. Angkuhnya diri ana ini ya Allah.. Ana lupa lagi ya Allah.. facebook menjadi keutamaan.. angan-angan setinggi awan.. berbicara tentang pemikiran dan aliran tentang Islam yang tidak berkesudahan.. lemah!! Semuanya melemahkan akal fikiran! Semuanya membazirkan tenaga fatayyat di akhir zaman!! Apa nak jadi?? Ana lupa kelak diri ini bakal ditanya kemana usiamu dihabiskan.. kelak bakal ditanya apa sumbanganmu kepada agama ini.. Allah.. ana lupa lagi Ya Allah..

Wahai sahabat ana yang tersayang.. ambil pengalaman ana ini sebagai ibrah dan pengajaran.. Jangan jadi seorang pelupa seperti diri ana.. jangan mudah terpesona dengan Islam yang hanya pada rupa.. Kita ummat yang terbaik yang wajib menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran dengan sedaya upaya yang ada pada diri kita.. Jangan Lemah!! Pemuda Islam Bangkit Menentang Kezaliman!! Pemuda Islam yang berilmu pengetahuan!! Takbir!! Allahuakbar!! Wallahualam..

p/s : Kita mudah lupa dan terkesima dengan pandangan luaran yang banyak menipu diri kita sendiri.. maka berhati-hatilah.. Islam itu adalah berdasarkan pengamalan luar dan dalam.. Bukan sekadar luaran..

housekeeping!!

Assalamualaikum...

Hari ni keseorangan di bilik. Mira dan Kak Af tersayang dah pulang ke rumah.. ana menunggu kakak yang bakal ambil ana nanti sore.. Bilik ni perlu dikemaskan segalanya supaya tak ditinggal dalam keadaan sempurna.. tadi baru kemas "peti ais" kami.. Peti ais berisi makanan, bahan mentah, tupperware.. banyak betul barang.. huhu.. We call it as peti ais atau peti hikmat.. hehe.. Nak basuh bekas2 plak pasni.. Kemas bilik, sapu lantai.. huhu.. basuh baju.. jemur baju.. Penat bha.. tapi itulah kehidupan bila duduk kat hostel ni.. kat rumah pun macam tu jugak kan.. Tak sanggup la nak tengok bilik bersepah.. Huhu..

Kata kak Af, nasib baik duduk bilik dengan Tika yang rajin kemas..(hehe.. ha!! tak baik bangga diri.. astaghfirullahazim).. Xde la.. Mungkin sebab dah terbiasa dengan didikan kat rumah kot.. menjadikan bilik ni pun macam rumah jugak la.. Tak suke tengok bilik berselerak.. Kalau nak buat assignment atau study pun, bilik kena kemas dulu.. kalau tak.. Huhu.. SERABUT.. Ape pun tak masuk..Bilikku syurgaku.. hehe..

Ok la.. nak sambung buat kerja.. Jaga diri.. hiasi peribadi... Kebersihan itu separuh daripada IMAN...

13 September 2011

Tidur Yang Tak Lena

Assalamualaikum...


Alhamdulillah semakin bersemangat kembali untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini. Sejak akhir-akhir ni dilanda masalah tak dapat tidur dengan lena waktu malam walhal tidur dah lewat dan pada awalnya rasa mengantuk yang amat sangat. Kadang-kadang tidur awal jam 10 malam pun terbangun jam 3 atau 4 pagi. Tidur lewat dan walaupun hari tu hari yang letih pun tetap terjaga jam 4 pagi lebih kurang. Kenapa ye? Gangguan atau ape ye?

Sebelum tidur, wudu' dah ambil, al mulk dah baca, ayat kursi, dan semua ayat pelindung diri pun dah baca dah.. tapi tetap macam tu jugak. Pernah sekali tak baca al mulk kena gangguan ditindih sesuatu yang sambil bermain rambut hamba Allah ni. haih.. tak boleh jadi ni..

Psiko betul malam-malam ana ye.. Hm2.. Bersangka baik.. mungkin malaikat kejut tu suruh bangun qiam.. Hm2.. jangan malas bangun qiam.. kalau berat sangat nak qiam tu meaning that dosa banyak sangat lah tu.. nafsu melebihi segalanya.. Bila dah diberi nikmat mudah bangun malam, xnak pulak dirikan solat sunat qiam.. Hm2.. Muhasabahlah diri sendiri ana ni.. Wallahualam..

p/s : Tidur yang paling lena adalah setelah menjadikan dunia itu tempat untuk mencari pahala dan keredhaanNya dan mati itu istirehat yang senikmat-nikmatnya.. hm2..
p/s :

10 September 2011

Akhirnya Yang Tersayang Pergi Jua

p

Petang Rabu... Message daripada mama masuk..

“Ika.. kalau ada masa pergilah jenguk ayah (atok) kat hospital.. Ayah masuk wad pulak semalam..”

Petang itu juga ana ada taklimat MUET dan ana pun tak tahu kenapa rasa sedih menyelubungi diri.. Rasa juga berat hati nak pergi taklimat tu.. Ayah.. Hm2.. Akhirnya ana tertidur dan tersedar jam 5.30 petang.. Dan taklimat MUET juga telah selesai.. Astaghfirullahalazim.. tapi ana dapat juga sedikit sebanyak info tentang MUET dari sahabat-sahabat yang hadir..

Malam itu ana diselubungi kesedihan dan seperti yang ana ceritakan dalam entry sebelum ini, memang ana dilanda kesedihan.. kesedihan dengan manusia.. Malam itu ana bercerita dengan sahabat bilik tentang luahan rasa hati ana.. Kemudian ana buat kad raya untuk dihantar sebagai assignment…

Pagi esoknya dalam jam 6.30 pagi, ana dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.. Suara mama dalam tangisan di hujung panggilan.. Allah… “ Ika.. ayah kite dah xde..” Air mata menderu laju di pipi.. Rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir semalam.. Masih terasa tangannya yang dihiasi urat tua menggenggam tangan ana sewaktu ana memohon maaf dan bersalam kerana mahu pulang ke kampus minggu sebelumnya.. memang ayah keberatan mahu membenarkan cucu-cucunya pulang.. Hati ana juga begitu.. Tetapi kerana tuntutan belajar terpaksa melangkah jua.. Sewaktu mengucapkan kata maaf, terasa itu yang terakhir ana melihat dia.. ku pandang ayah lama.. jauh dalam hati terasa sayu.. Ayah..

Ana bergegas pulang dan menunggu kak ila kakak sulongku mengambilku di kolej.. Di dalam kereta kami berdua berbual tentang ayah dengan berganti-ganti dengan tangisan.. Air mata itu mengalir dengan derasnya tapi masih kami tahan.. kaki la bercerita yang dia ada bermimpi dan dia tidak pasti sama ada ayah bercerita kepadanya atau bagaimana. Dia bermimpi pagi tadi ayah berkata bahawa malaikat datang waktu Ramadhan lagi tapi ayah suruh tunggu.. Allah… memang sewaktu bulan Ramadhan ayah sakit dan hanya berada di rumah.. Kerana penyakit kanser paru-paru tahap tiga dan pihak hospital pun menyatakan tiada harapan. Tapi kami tetap ikhtiar.. Teringat waktu hari-hari terakhir sebelum raya, ayah beriya-iya suruh kami semua tangkap ayam untuk disembelih pada malam itu juga. Kami tidak hampakan permintaan ayah dan ayah sendiri yang sembelihkan ayam-ayam itu.. masih baru kenangan itu.. Selepas berhari raya, ayah juga sempat melaksanakan semua amanahnya sebagai amil, segalanya disempurnakan dan segala fidyah telah dibayar kerana ayah tidak dapat berpuasa pada bulan ramadhan kerana sakit.. Ayah juga pernah berkata dia tak mahu tidur.. takut leka.. lalai.. hanya dia yang tahu apa yang dimaksudkan.. Ayah..

Selepas sampai dirumah, ana lihat kereta berduyun-duyun di depan rumah ayah.. katil tempat tidurnya kosong.. Ana lihat ayah terbaring tidak bernyawa lagi.. Ayah.. Tidak mahu melihat wajah ayah yang tidak bernyawa lama-lama kerana tidak mahu terkenang akan pemergiannya kerana ayah sentiasa hidup di dalam hati ini.. Ana bacakan surah yassin dan sedekahkan al fatihah buatnya.. memerhatikan jenazah ayah dibawa pergi dari rumah untuk disempurnakan di surau buat hati lagi sayu.. Ayah tidak akan kembali lagi ke rumah ini.. Dan segalanya diuruskan oleh pakcik dan sepupu lelaki ana hinggalah pengebumian ayah… terngiang-ngiang lagu Pergi Tak Kembali oleh Rabbani.. Ya.. benarlah segalanya tentang kematian yang pasti itu…

“Berpisah sudah segalanya.. yang tinggal hanyalah kenangan.. diiring doa dan air mata.. Yang pergi takkan kembali lagi..”

Malam semalam mimpi ayah datang kerumahnya.. rindunya pada ayah sehingga diriku menangis memandangnya yang tersenyum pada ana.. dirinya yang berkain pelekat dan membaluti tubuhnya dengan kain serban.. Dia memeluk ana dan ana menangis.. kemudian dia hilang.. Ayah…

Ika doakan ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan juga bersama kekasihNya.. Moga kita ketemu nanti di alam sana…


Wan dan ayah di Tanah suci... Allahyarham Haji Mamat Bin Ismail (1938-2011).. Al-fatihah..


p/s : Mama cakap kita memang dah hilang ayah secara jasadiah.. tapi batin kita tetap masih ada ayah..
Ayah Ngah cakap ayah macam tidur je waktu menghembuskan nafasnya yang terakhir.. subhanallah.. Moga Syurga buat ayah yang kami sayang...

07 September 2011

Persepsi...

Hindari persepsi antara sahabat.. =)

Assalamualaikum…

Don’t be sad…

Entry kali ni berbaur kesedihan dan mungkin kalau sahabat terdekat ana yang membacanya pasti dapat mengagak bahawa sahabatnya seorang ini dilanda masalah atau kesedihan… Manusia memang diciptakan secara normalnya mudah untuk membuat persepsi hanya dengan melihat luaran sahaja melainkan orang yang hatinya benar-benar dekat dengan Allah yang dapat mengenal apakah kaca, apakah permata.. Tetapi untuk kali ini, penulis tidak mampu untuk menipu dengan kata-kata disini dengan menyatakan bahawa penulis dalam keadaan gembira sedangkan penulis sememangnya dilanda kesedihan.. Kesedihan kerana dunia yang mungkin kerana kesalahan penulis sendiri.. hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Sedih… apabila sesama saudara Islam saling membuat persepsi terhadap luaran seseorang sedangkan kita tidak tahu apakah yang ditanggungnya… apakah yang dialaminya… Dan buat yang menjadi orang yang dipersepsikan itu mungkin tidak sedar bahawa tindakannya itu menimbulkan sesuatu tanggapan negative buat dirinya tanpa disedari… Tapi manusia yang membuat persepsi itu juga tidak sepatutnya menunding jari dengan persepsi sendiri tanpa menyiasat mengapa itu terjadi… Mengapa diceritakan aib yang kita sendiri tidak ketahui benar atau salah persepsi yang terjadi yang kita sendiri simpulkan sendiri… Dan yang orang yang dipersepsikan perlulah berlapang dada sekiranya teguran diberi… jadilah seorang sahabat yang adil dan tegurlah dalam keadaan kita tenang dan mohonlah pertolongan daripadaNya…


Kesannya… Apabila persepsi itu sudah menyebabkan aib kepada yang dipersepsikan, maka akan timbul lah masalah hati dikedua-dua belah pihak.. bahaya benar persepsi ini yang tidak disalur dengan sebaiknya… Orang yang membuat persepsi telah bercerita kepada orang lain tanpa terlebih dahulu bertanya kepada orang yang dipresepsikan, menjadikan orang yang dipersepsikan menjauhkan diri dan terus tenggelam kerana hilangnya keyakinan diri walaupun dia cuba untuk berlapang dada dengan teguran yang diberikan.. Allah… sungguh godaan syaitan itu sangat kuat dan berlebih-lebih kuat lagi andai ikatan persahabatan dibina atas dasar cintakan Allah… Namun bukanlah tiada jalan penyelesaiannya lagi.. Perlulah ada pembaikan daripada apa yang telah terjadi.. usah diulangi lagi.. jadilah seorang sahabat yang adil yang menyayangi sahabat bukannya menjatuhkan sahabat..

Maka.. jadikanlah Allah itu tempat mengadu segala perkara.. rapatkanlah hubungan dengan Allah.. mohonlah agar Allah sentiasa pandu perjalanan hidupmu.. percakapanmu.. tindakanmu.. dan perbuatanmu dengan cahaya ilahi.. jauhilah perasaan mazmumah antara muslim.. penyakit hati itu mampu merobohkan sebuah negara yang kuat dang ah sekalipun dengan sekelip mata..

Buat hati yang masih sedih… Ingatlah Allah sentiasa bersamamu walau dimana jua… Jika terasa diri bersendirian, tutuplah matamu dan rasailah kasih sayang Allah yang memberikan kamu peringatan dan ujian… Agar diri sentiasa dekat denganNya.. Apabila diri ditimpa ujian, maka Allah sentiasa mengingatimu.. Allah menyayangimu.. Sabarlah..


p/s : Klausa undang-undang : Orang Kena Tuduh (OKT) sentiasa dianggap sebagai pesalah dipandangan masyarakat sedangkan di dalam undang-undang seseorang itu adalah seorang yang suci dari kesilapan hinggalah dia disabitkan dengan suatu kesalahan dengan sahihnya. OKT… tuduhan tak semestinya orang itu bersalah kan?? =)

05 September 2011

cinta.. love.. hubbun.. sarange..


Assalamualaikum…


Cinta.. Hubbun.. Love.. Sarange..

Cinta itu datang mengetuk pintu hati tanpa dipinta..

Ia datang dan masuk ke dalam hati yang mengharapkan keredhaanNya..

Ia datang tatkala diri dirasakan masih belum bersedia memikul beban amanah cinta..

Amanah suci daripada Allah yang memberikannya..

Hubbun..

Tatkala ia datang…

Hati menjadi gelisah dan meronta-ronta..

Apakah perasaan asing ini? Mengapa namanya seolah-olah berada di dalam hati ini?

Sedangkan diri tidak pernah berbicara dengannya.. Allahuakbar.. sakitnya jiwa ini..

Kerana kebingungan dan kegelisahan yang mendatang.. mahu dipadamkan nama itu dari jiwa membuatkan hati bagai ditoreh oleh sembilu sakitnya..

Jasad bangkit di kesepian malam memohon pertunjuk Ilahi..


Ya Allah… Perasaan apakah ini? Rasanya aneh sekali.. Sakit sekali tatkala mahu dipadamkan namanya dari hati ini.. hatiku hanya milikMu.. Mengapa ku terasa seolah-olah ianya berbagi? Perlukah aku menerima kehadirannya? Aku sakit Ya Allah menanggung perasaan cinta ini tanpa jawapan yang perlu kupilih.. Ku mohon pertunjukMu.. Ameen..

Air mata menitis tatkala mahu solat.. manatap dan mentadabbur kalam suciNya.. Allah… Mengapa payah sekali untuk membuang nama itu dari jasad ini? Siapakah dia buat diri ini?

Lalu Allah membuka jalanNya…


Dengan nama Allah diri menerima lamaran cinta yang dihadirkan oleh Allah swt.. Subhanallah.. Terasa sejuk seluruh urat nafasku…

Apakah ini cinta Ya Allah? Hati terasa bersyukur ke hadrat Ilahi.. Dikurniakan anugerah tidak terhingga…

Dunia terasa nyaman.. seluruh badan terasa kedinginan.. hati membeku umpama ais yang sejuk… Urat darah seperti salju terasa hingga ke tulang… Ya Allah..

Diri tidak putus-putus berdoa agar tidak lalai dan leka dengan cinta itu… kerana diri masih belum cukup bersedia untuk mendirikan sebuah bahtera idaman.. syurga dunia yang dijanjikan.. Betapa perit diuji perasaan itu tatkala diri masih terdapat pelbagai halangan yang perlu ditempuhi..


Ujian datang satu persatu.. Terasa lemah urat saraf.. terasa jantung mahu disentap.. kerinduan yang datang bertalu-talu.. Allah.. Allah.. Allah..

Bimbangnya iman semakin hari semakin menipis dek godaan nafsu yang ingin membakar cinta dengan kemaksiatan..

Hati merintih agar Allah ambil kembali cinta itu.. diri ini takut ya Allah.. Bimbang ya Allah.. Tak tertanggung rasanya untuk memelihara cinta itu di saat ini..

Satu demi satu dugaan datang.. Sehingga membuatkan diri hampir-hampir berada di jurang neraka.. Allah.. Allah.. jiwa ini kelemasan.. tolong jiwa ini ya Allah..

Namun kasih Allah tidak bertepi.. dipaut dengan cahaya hidayahNya..


Ya.. memang sukar untuk bermujahadah untuk membersihkan karat nafsu yang menyelubungi cinta suci itu.. Namun pintalah kepada Allah seribu satu kekuatan.. Hadapi dengan tabah dan sabar…

Tarbiyyah diri sebaik-baiknya… InsyaAllah…

Moga cinta suci itu dimiliki lagi dibawah naunganMu ya Allah.. ameen..