expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 October 2011

Tears drop again...

Assalamualaikum...

Saat Lafaz Sakinah.. Lagu yang biasa didengari dan mengaku bahawa ada tersentuh dengan bait-bait kata lirik itu.. Namun langsung tidak mematahkan semangat ini.. masih boleh memujuk diri.. Yidak mengapa, Allah sedang menguji dengan perasaan itu.. Sudah lama ianya menguji perasaan ini.. Sudah kering air mata ini.. sejadah itu, kain solat itu yang menjadi saksi.. bulan dan bintang menjadi saksi diri merintih minta dikasihani... Malaikat jua lah yang menjadi saksi apa yang telah berlaku kepada sekujur tubuh ini.. Ku mahu berjuang tetapi di dalam hati terselit perasaan itu yang sering mengganggu fikiran.. sudah lama.. tapi masih ku pendami apa yang dirasai... ibu dan ayah yang mahu diri ini menumpukan sepenuh jiwa kepada buku-buku dan harapan mereka sangat tinggi.. kadang-kadang menangis juga.. ibu itu perasan kegelisahan hati anaknya lalu dipujuk agar menguatkan diri dan bersabar... lantas itu hati ini terpujuk...

Namun entah mengapa disaat mendengar lagu itu lagi di waktu pagi dengan kesejukan kerana hujan diluar, buat hati ini berkecaramuk.. pada mulanya hanya tersenyum dan berkata kepada hati.. Tak mengapa... selepas hujan akan muncul mentari... segala yang berlaku adalah ujian Allah buatku.. tapi perasaan itu sangat-sangat mengguris hati dan perasaan.. tidak semena-mena air mata itu mahu tertumpah.. Cermin mata teman diri dibuka dan tangan mengesat air mata yang mengalir ke pipi.. satu perasaan yang menyakitkan hadir di hati.. Allah.. Nasib tiada sahabat di bilik.. nanti mereka susah hati.. lalu cuba untuk memadamkan segala kesakitan dengan menggembirakan hati sendiri.. Alhamdulillah... di saat ini pun masih mengalir lagi air mata.. tertahan-tahan...

Mungkin ada yang menyampah dan mengatakan ana ini lemah untuk melawan tentang masalah yang berkaitan dengan hati, perasaan dan jiwa. Ada yang menyatakan adakah begini seorang pejuang?? Yang mengalirkan air mata kerana diuji dengan perasaan untuk mendirikan sebuah baitul muslim??? Ana pasti ada.. kadangkala ana merasakan betapa lemahnya ana ini.. Adakah begini diri ana yang dikatakan mahu berjuang?? hakikatnya yang merasai adalah diri ini sendiri.. Namun itu bukan alasan untuk ana undur... Bukanlah seseorang wanita itu dikatakan lemah disaat dia mahu mempertahankan maruahnya yang dibimbangi tercalar akibat hasutan dunia yang serba mencabar.. Ya!! mempertahankan maruah dan menghindari fitnah ke atasnya.. Dunia ini serba mencabar dan menakutkan.. Diri ini berjuang dan membelah badai lautan dunia yang sangat bergelora.. tanpa bahtera yang ada nakhodanya, dibimbangi akan lemas di lautan itu.. tanpaNya diri ini tidak bisa hidup dengan selamat di dunia ini....

Moga aku bisa kuat...

Pahit Itu Perlu

Assalamualaikum...

Ubat itu selalunya pahit bukan? Namun hikmahnya selepas makan ubat akan dapat kesihatan InsyaAllah.. Lalu tak salahlah untuk mengalami kepahitan demi mendapatkan kemanisan insyaAllah.. Benar diri ini sedang mengalami tempoh masa kepahitan yang diuji secara bertubi-tubi... memang benar setiap malam diri ini merintih dan menangis... Tapi tak mengapalah jika itu mampu menghilangkan sedikit rasa sedih sehingga dapat tidur.. Kadangkala diri ini tidak dapat tidur memikirkannya.. Tapi dipaksa juga diri untuk melelapkan mata.. Moga Allah bayar segalanya insyaAllah.. ameen...

26 October 2011

Sabar Menanti

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab paper Siyasah Syar'iyyah tadi. Lenguh juga tangan ni menulis tadi ditambah pula dengan kesejukkan dewan. Bila keluar dari dewan terasa kepala agak berat. Mungkin disebabkan terlalu berat semasa menjawab soalan-soalan tadi. Balik sahaja ke bilik, ana menuju ke laptop dan mengadap blog tersayang. Terasa begitu banyak perkara mahu dikongsikan tetapi tidak semua perkara yang dapat diluahkan. Mungkin diri ini terlalu berahsia. Berahsia di depan umum tapi kadangkala mudah meluahkan di hadapan sahabat terapat. Mahu tidak mahu terluah juga perasaan hati. Namun satu perkara saja yang tidak mampu untuk ana singkapkan buat semua. Hati. Hati yang menanti dengan penuh sabar insyaAllah dan masih cuba bermujahadah untuk sabar.

Kadangkala hati ana ini berbisik untuk terjah sahaja daripada menanti begini. Lakukan sahaja apa yang kamu suka wahai hati. Namun ana kembali berfikir, adakah kamu mahu menjadi seorang yang melampaui batas? Adakah kamu suka jika perkara pahit dan silam berlaku lagi kepada dirimu. Bangunlah wahai diri, wahai jiwa, wahai hati. Allah sedang mengetuk pintu hatimu untuk kembali kepada ketenangan yang pernah kau kecapi sebelum ini. Bangunlah wahai diri dan sedarlah bahawanya Dia sedang memberi peluang buatmu untuk memperbaiki diri. Menjadi dirimu sepertimana sebelum ini. Memang benar mujahadah itu sukar, memang benar melawan perasaan itu payah, namun di saat kekuatan ini sedang diberi, mengapa perlu aku berpatah balik untuk menghadapi kisah lama?? Yang lepas tu telah menjadi sejarah buatmu dan binalah sejarah baru untuk kehidupan yang baru.

Penantian itu memang menyakitkan tetapi sebenarnya manis apabila telah selesai diriNya menguji. Kenapa perlu mengeluh dengan sedikit ujian yang diberikan sedangkan diri bakal menerima segunung nikmat bahkan lebih daripada yang dijangkakan. Ya.. memang diri ini merindu, memang diri ini mengasihi. Namun biarkan ianya dalam pengetahuanMu ya Rabbi.. Dalam rahmatMu ya Ilahi...

25 October 2011

MERANCANG KERJA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab imtihan KIP 2041 tadi yakni HALAQAH USRAH dengan jayanya insyaAllah.. sudah berusaha, lalu dibulatkan tekad dan bertawakal kepada Allah yang memberikan kejayaan buat hambaNya. Adik-adik bilik ana akan meneruskan perjuangan mereka untuk paper petang ini pula.. Moga mumtaz adikku Mira dan juga Nana.. Anak kelahiran negeri penyu bertelur ni.. Huhu..

Masa yang berbaki sedikit ini mahu ana kongsikan tentang perancangan atau untuk cuti mid sem ni nanti. Kenapa merancang itu perlu? Supaya kita dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan terancang. Teringat satu kata-kata "Kebenaran yang tidak berstrategi dan bersistematik dapat dikalahkan dengan kebatilan yang teratur dan strategik". Jadi, fikir-fikirkanlah kita ini di pihak mana ya.. Manusia itu perlu merancang setiap kegiatan dan penghidupannya agar sentiasa berpandukan apa yang disuruh oleh Islam. Ya memang benar kita merancang dan Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Tapi itu bukan lah bermakna kita tidak perlu buat apa-apa dan hanya berserah kepada takdir yang membawa haluan hidup kita dimana. Ibarat sehelai daun yang jatuh ke dalam sungai dan hanya mengikut arus yang membawanya. Perancangan itu perlu dan orang yang merancang itu tahu apa keperluan hidupnya, tahu apa misi hidupnya dan tahu apa matlamat hidupnya. Lebih mudah, orang yang dapat merancang hidupnya dengan menyelaraskannya dengan perancangan Allah adalah orang yang kenal akan dirinya.

Sememangnya tidak semua perancangan yang kita mahukan itu akan beroleh hasil kerana yang mengetahui segala-galanya tentang hidup kita adalah Allah swt. Namun segala perancangan yang kita lakukan itu juga merupakan ilham daripada Allah yang menggerakkan hati-hati manusia itu dalam membuat keputusan dan tindakan. Sebelum merancang, pintalah kepada Allah supaya mengatur hidup kita sebaiki-baiknya. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Hm2.. Ana telah membuat kesimpulan yang panjang sekali tentang PERANCANGAN ini. Jadi, what's my plan for this mid sem ye??

  1. Ambil lesen P untuk kereta. (Penting sangat2!!)
  2. Jaga my sister yang bakal dapat new born bulan 11 ni
  3. Tarbiyah Al Nafs ( nak charge batery iman dan tarbiah diri untuk sem berikutnya)

Sebenarnya ini baru draf awal untuk waktu cuti ni. insyaAllah akan cuba menyiapkan "kertas kerja" bagi cuti sem ana.. Moga ada penambahbaikkan dari hari ke hari buat diri ini yang hina... wallahualam...


p/s : Entry ditulis tanpa memikirkan apa yang mahu ditulis.. Minda bawah sedar??? Mungkin... Ikhlaskan niat menyampaikan untuk redha Allah...


24 October 2011

Exam Entry..Entry membebel..

Assalamualaikum...

Esok bermulanya tempoh Imtihan bagi semua pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Mata ini sudah mula mengantuk. Ehem-ehem.. sudah habis study kah? Beluuummm.. Tapi mahu menjenguk blog yang dirindui ini sebentar.. Esok Exam Halaqah Usrah II dan insyaAllah moga Allah mudahkannya.. Hmm.. tengok tajuk entry ini pun macam jiwa kecelaruan sahaja si pemilik blog ini.. adakah terlalu excited untuk exam esok? Atau terlalu celaru tak tahu nak baca lagi dah sebab banyak baca?? (BOHONG SANGAT LA TU YE).. Taaaaaakkk.. Ana sebenarnya tidak tahu nak meletakkan tajuk apa.. Itu sahaja.. No motive.. No intention.. No knowledge.. Okey.. Itu adalah tiga mens rea dalam pensabitan kes jenayah.. (JIKA TIDAK FAHAM, SILA RUJUK CRIMINAL LAW)

Adik-adik bilik masih komited membaca dan bertanya kepada kakak mereka seorang ini yang sedang menaip-naip di papan kekunci yang comel ini.. InsyaAllah adik-adikku mumtaz semuanya. Jangan tiru cara study kakak anda ye yang sangat sempoi tetapi sangat gelabah sebenarnya.. Ya Allah.. bila mahu berubah?? Tinggal 2 semester lagi ni.. huhuhu.. Cepatlah masa berlalu.. Lalu dengan pantas disindir " Biarkan masa itu berlalu dan kita haruslah memanfaatkan setiap masa yang untuk kita eksplorasi sebanyak mungkin perkara yang bermanfaat dalam kehidupan ini" Lalu terberhenti seketika dan berfikiiiiiiiiir!!!.. Ya!! Awak memang tepat sekali!!.. Manfaatkan masa yang ada wahai Cik Nurul Atika Binti Rosli.. (adakah ana menggunakan masa dengan perkara yang bermanfaat sekarang??)

Hm2.. Tiba-tiba terfikir.. Rasa mahu jadi seperti dia lah, mahu macam muslimat tu lah, mahu itu mahu ini dan mahu semuanya.. Haih.. Bila mahu jadi diri sendiri ni??? (sambil menggeleng kepala kepada diri sendiri). Bila mana diri tidak kenal diri sendiri, that's why lah tak tahu keputusan apa yang baik untuk diri sendiri. Asyik berangan mahu menjadi orang lain.. No points pun kan?? Kemudian mula la.. menangis.. tersedu-sedu.. tak tahu nak buat apa.. tak tahu nak cakap apa.. Hm2.. LEMBIK!!.. (huhu.. serius sangat menusuk hati perkataan ni tapi ana suka.. baru sedar diri sket kan)

Hm2.. Ana hanya membebel sahaja untuk entry kali ini ye.. Maaf andai entry ini tidak bermanfaat untuk anda..anda.. dan anda semua.. Ok lah.. Tinggalkan anda dengan bait-bait lagu ini..

Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu...


P/S: What the connection between this song with my entry??? Hm2.. Maybe something that too hard to explain.. Buat yang mengerti, maka Allah akan bagi dia memahami.. hehehe.. (ayat berbelit2.. haih..) Daaa... Salam..

19 October 2011

Menangis

Assalamualaikum...

Kenapa akak menangis??

Adik.. salahkah akak menangis?? Akak juga perlu menangis.. Tapi kenapa ya akak menangis...

Hmm.. soalan yang tidak dapat dirungkaikan...

Di dalam hati ini sarat dengan bebanan yang masih belum ditemui titik penghujung...

Maka diriku menangis untuk meredakan sebak di dada..

Aku menangis tetapi tidak mampu menjelaskan dengan kata-kata kenapa aku menangis..

Tidak mampu.. Tidak tahu.. lidah kelu untuk bicara tentangnya...

Diwaktu Usrah Nuqaba' aku menitiskan air mata namun tetap kugagahi memberikan pendapat dan buah fikiran..

Sungguh.. Aku terasa mahu pengsan disitu juga...

Ditegur lagi oleh sahabat seusrah yang lain.. Akak ok ke??

Menyembunyikan perasaan di hati dan tetap tersenyum dan berkata tidak ada apa-apa.. dan meneruskan kata..

Ya Allah.. hambaMu tidak tahu kepada siapa harus ku mengadu....

Najihah vs Pocoyo

Assalamualaikum...

Nak perkenalkan anak saudara Nurul yang sulong.. Namanya Nurul Ain Najihah Binti Mohd Jumayyin.. Nurul panggil dia ni kadang2 ain, kadang2 najihah.. Comel sangat2.. dah 11 bulan lebih dah tapi still tak tumbuh gigi.. ape daa ain.. lambat tumbuh gigi.. heheh.. Ain ni pun belum pandai jalan dengan sendiri tapi kalau dipegang tangannya.. memang laju je la jalannya.. Ain suka gelak macam Pocoyo dan sangat suka tengok citer Pocoyo dan Baby's TV.. memang ralit habis kalau duduk depan tv.. Jom tengok aksi beliau.. heheh...


Ini Pocoyo...



Ini ain.. sama tak?? hehe




kalau bertanding gadis solehah ni mesti menang ni...



Ape pandang-pandang????




Amboi... anak dara sorang ni.. tengok tv pun ade style...



Tengok kartun dengan penuh fokusnye...



Jangan ganggu.. saya harus fokus!!!

18 October 2011

STUDY WEEK + EXAM WEEK

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bermulanya study week bagi kolej Nurul setelah berlalunya 14 minggu kuliah bagi semester yang ke-4 ini. Masih berbaki 2 sem lagi untuk Nurul teruskan perjuangan yang tidak pernah berakhir ini. Menuntut ilmu dari keluarnya Nurul dari rahim mama sehinggalah ke liang lahad insyaAllah.. Target Nurul untuk semeter kali ini adalah untuk menebus kembali kekalahan pada semester lepas sampai Nurul jatuh dalam longkang.. Innalillahiwainna ilaihi raji'un... Namun kejayaan yang ingin dicapai adalah semata-mata kerana Allah dan ingin menjulang nama Islam keran Nurul merupaka duta bagi Islam yang sedang menuntut ilmu, berjuang di medan akademik buat bekalan di dunia dan akhirat insyaAllah..


ini Nurul Ain Najihah Binti Jumayin yang sudah berusia 11 bulan lebih.. comel kan?? Xde kena mengena dengan entry..

Sebenarnya Nurul masih lagi terbuai-buai di alam mimpi ni.. masih belum prepair ape.. Alamak.. kata mahu tebus balik tapi masih lagi bersenang lenang.. Hm2.. Bukan sengaja bersenang lenang.. tetapi mahu mengumpul peluru dan menyusun strategi study yang betul sebab orang lain mungkin boleh fokus dengan study waktu study week ni(ehem2.. adakah kita manfaatkan study week kite ye?? jawab sendiri..), tapi Nurul juga perlu menyusun strategi untuk perjuangan Nurul di bumi tarbiah KIPSAS ini juga untuk masa hadapan.. Al wajibat aqsaru minal awqat.. Tapi.. hai.. ada tapi lagi ye.. Nurul masih lagi tak mampu nak fokus ni.. Mungkin sebab mamai lagi kot lepas cuti dua hari kat umah sebelum ini.. Huhu.. bangun2.. tepuk2 pipi tu.. huhu.. Dan juga ada sedikit masalah peribadi yang sulit untuk diceritakan.. huhu..

Memohon maaf kepada yang berkenaan kerana kekurangan diri Nurul dalam menguruskan kehidupan Nurul ni.. Semoga Allah pelihara semuanya.. Ape2 pun insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.. Hm2.. perancangan lepas exam ni pun banyak jugak ni.. jadi penjaga orang lepas bersalin (my sister shida), nak amek lesen P kereta, nak pergi kenduri kawen kawan kat Pineng.. nak berjumpa dengan orang jauh yang lama dah tak bersua muka.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan segalanya.. banyak sebenarnya perancangan Nurul ni.. Tapi tak tau la nak fokus mana satu ni.. perancangan aktiviti, kewangan untuk sem depan, perancangan belajar, BM (hm2..) dan banyak lagi.. Ya Allah moga dipermudahkan segalanya... InsyaAllah...


04 October 2011

puisi dari wanita buat wanita

~.:Mujahidah Bidadari Syurga:.~

Bicara Hati Mujahidah Itu..

Rahsia cintanya

HanyaTuhan yang tahu

Kepada-Nya berdoa selalu

Hingga dikatakan jual mahal

Melukainya meresahkan kesal

Pada Allah tersimpan rahsianya

Kepada Dia berserah segala

Di luaran dia tenang

Di hati iman ditentang

Antara dua cinta yang saling berebut

Cinta Allah selalu mengunggul

Hari demi hari masa berlalu

Kepada nafsu dipesan selalu

Dikatakan orang diam saja

Sedangkan dia masih remaja

Kata orang mengapa tak punya rasa

Sedangkan dia tetap ceria

Kata orang mengapa dia bahagia

Sedangkan dia tak punya cinta

Kata orang mengapa mantap hatinya

Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya

Sumayyah itulah obornya

Khawlah itulah kecemburuannya

‘Atikah itulah kekagumannya

Nusaybah itulah pahlawannya

Fatimah itulah teladannya

Aisyah itulah buktinya

Khadijah itulah kebanggaannya

Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!

Itu mimpinya di malam hari

Itu angannya di siang hari

Itu bicaranya sehari-hari

Menjadi isteri sentiasa berbakti

Kepada suami bakal berbudi

Pilihan Allah akan terbukti

Ia janji yang sudah pasti!

Ya, Gadis itu!

Tidak takut kehilangan cinta

Biar pelbagai ujian melanda

Lelaki itu perlukan masa

Buat keputusan terbaik

Pilihan terbaik

Calon ibu buat zuriatnya!

Penyeri dunia itulah temannya!

Di Syurga itulah bidadarinya!

Membuat lelaki segan dengannya

Menyedar mereka memainkan peranan

Bahawa wanita bukan mainan

Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..

menghitung diri

memuhasabah langkahnya

katanya dia, masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..

Hanya menggeleng..

Tatkala datangnya lelaki menggoda

Hanya bisu berdiam saja

Sentiasa mantap bicara imannya

Tunduk saja itu pandangannya..

Rijal kekasih Allah itulah harapannya!

Pejuang agama itulah pembimbingnya!

Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati

Tetapi hatinya sudah kelat

Tatkala ummat Muhammad disiat

Hatinya calar-balar

Tatkala jasad saudaranya dikelar

Hati itu ditumbuk lumat

Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat

Dirogol, dibunuh tanpa ihsan

Mana hati itu tak terkesan

Tak punya masa berkasih-kasihan

Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman

Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..

Membara semangatnya mantap ukhuwahnya

Bersinar wajahnya terang hatinya..

Pada insan mantap bicaranya

Kepada Allah mengadu hinanya

Di sisi malaikat didoakan bahagia

Tidak dia rasa kekurangan

Sedangkan cukup adanya Tuhan

Tidak dia sepi sendirian

Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca

Kerdipnya sukar dibezakan

Dialah wanita harapan Tuhan

Kebanggaan umat zaman berzaman

Menjadi gadis sudah fitrahnya

Menjadi pilihan bukan pintanya

Sebagai penyeri itulah hakikatnya

Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali

Namun mengalah tidak sekali

Menjadi seorang mukminat sejati

Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..

Tetaplah dirimu teguh di medan

Menjadi bidadari sudah impian

Tetap menjejak penuh harapan

Cinta Allah dalam keredhaan

Moga beroleh Syurga idaman

Aamiin.