expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 March 2013

Jangan Putus Asa Dengan Allah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang…

Di suatu petang yang damai, teratak Baitul Muslim milik dua insan. Si isteri menangis tak henti-henti sehingga hampir meraung. Si suami mula mencari-cari kekuatan untuk memberi semangat kepada si isteri.

Suami : Sayang.. jangan menangis.. bersabar dengan dugaan Allah yang diberikan kepada kita..


Isteri : Abang.. Ita rasa sunyi.. Ita cemburu melihat pasangan yang punya anak-anak.. Ita rindu dengan kehadiran anak disisi kita. Ita rasa Allah tidak berlaku adil dengan kita. Ita rasa Ita tak nak hidup. Kenapa Allah menyiksa Ita macam ni… 

Si suami merenung dalam wajah si isteri. Nafas ditarik panjang dan kalimah Allah keluar dari bibirnya yang lesu. Kepalanya ligat berpusing memikirkan cara memujuk isteri yang mulai patah semangat kerana sejak berkahwin selama 7 tahun masih belum dikurniakan cahayamata. Sudah dibuat pemeriksaan dan kedua-dua pihak tidak bermasalah. Hanya kerana Allah mahu menguji hati dan iman hamba-hambaNya. Ternyata isterinya patah semangat. Isterinya bukan begitu dan dia percaya isterinya seorang muslimat yang kuat.

Suami : Sayang.. jangan berkata begitu.. bersabarlah Ita.. Allah berhak menguji hambaNya. Kerana kita adalah hambaNya dan kita hanya mampu bersabar dan bersangka baik dengan ujian yang diberikan. Ita jangan berkata begitu ye sayang..


Si isteri makin kuat menangis dan air mata mencurah-curah ke pipi. Si suami memegang erat tangan si isteri dan memandang wajah isteri penuh pengharapan agar isteri mula rasional dan sedar dengan pengucapannya.

Isteri : Abang.. kalau ujian ini tanda Allah sayang, kenapa Dia menyiksa Ita dengan perasaan ini. Ita tak mintak untuk diberikan fitrah dan perasaan keibuan ini. Ita jaga ibadah Ita.. Ita jaga hubungan Ita dengan Allah.. Ita laksanakan semua perintah Dia.. kenapa Dia tak mahu kabulkan permintaan Ita..



Suami : Ita.. Jangan Ita menyalahkan Pencipta kita sedemikian rupa. Dimana rasa ikhlas Ita melaksanakan perintahNya. Dimana rasa redha Ita dengan ketentuan Allah. Ita adalah seorang muslim yang baik yang abang kenal. Kenapa Ita berfikir begitu. Allah telah berikan pelbagai nikmat buat Ita tanpa Ita sedar. Dari Ita lahir sampai sekarang. Allah masih teguhkan kasih sayang abang dengan Ita sampai ke saat ini walaupun kita tidak dikurniakan Allah dengan cahayamata. Cuba Ita fikir.. Allah melahirkan Ita ke dunia ini dan Ita telah berjanji sejak sebelum dilahirkan akan ikut perintah Allah dan menjadi khalifahNya.. Ita tahu kan semua tu?? Ita jangan salahkan Allah… daripada Ita salahkan Allah, Ita salahkanlah abang yang tak mampu memberikan kegembiraan kepada Ita sebaiknya. Itu lebih baik Ita. Abang sayangkan Ita..

Si isteri mula menunduk dan tersedu-sedu. Mulai rasional sedikit demi sedikit. Si suami menyambung bicara.



Suami : Ita.. bila saatnya tiba dan kita dikurniakan cahaya mata, saat Itu Ita akan rasa malu dengan kata-kata Ita sebelum ini yangf menyalahkan Allah. Ita ingat tu.. Jangan berkata tidak baik begitu.. Abang sentiasa ada disisi Sayang. 

Isteri : Abang… Maafkan Ita.. Ita tak berniat lukakan hati abang.. Ita rasa penat dengan ujian ini.. hati Ita sakit.. Ita rasa lemah nak hadapinya.. Maafkan Ita..

Suami : Ita tak salah dengan abang.. Hurmm.. mungkin Ita jadi macam ni sebab ibadah kita kurang.. pergantungan kita kurang dengan Allah.. Ita.. lepas ni kita kuatkan hati dan iman kite ye.. Kuatkan pergantungan dengan Allah.. Ita janji dengan abang ye.. Jangan menyalahkan Allah lagi… Jangan buat hati abang susah lagi.. Kita tempuhi ujian Allah bersama-sama. InsyaAllah.. Boleh ye Sayang??

Isteri : Baik abang… Ita malu dengan Allah apa yang Ita cakap tadi…  Allah.. Iman Ita lemah abang…

Si suami memandang mata isterinya yang mula membengkak… Diseka air mata si isteri.. Hatinya masih risau dengan keadaan isterinya.. Si suami berazam akan menjaga iman dan akidah si isteri sebaik mungkin kerana sayang bukan kerana fizikal si isteri tetapi sayang si suami hingga akhirat isterinya jua. Dalam diam si suami juga berdoa agar dikuatkan imannya untuk membimbing si isteri agar menjadi isteri yang solehah..

Isteri : Abang… terima kasih atas kasih sayang abang..

Si suami hanya tersenyum dan mengangguk sambil menenangkan si isteri yang menahan sedu..

Si isteri mulai sedar Allah telah kurniakan seorang suami yang baik buat dirinya dan bersitighfar panjang. Isteri mulai berazam untuk kembali kepada Allah dan memelihara iman dan akidahnya. Di benaknya terlintas Ayat 7 surah Ibrahim. “Sekiranya kamu bersyukur, akan Aku tambahkan nikmat ke atasmu.. Sekiranya kamu kufur maka tunggulah azab yang akan ditimpakan ke atasmu”.. Si isteri menangis dan memohon ampun kepadaNya sambil mengharapkan Allah memberkati kehidupan suaminya.  Terima kasih ya Allah.


Moral of the story:
  • Ujian bukanlah untuk menyiksakan bahkan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih untuk mengingkatkan keimanannya.
  • Menjadi seorang suami bukanlah bertanggungjawab menjaga zahir isterinya dan juga keperluan batinnya, bahkan menjaga iman dan membimbing isterinya.
  • Bersyukur dengan apa yang Allah kurnikan kepada kita walaupun sedikit nikmat yang diberikan.
  • Sayangi pasangan untuk dunia dan akhiratnya juga…


27 March 2013

PERKAHWINAN -GEDUNG PAHALA


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi Allah semua…

Musim cuti sekolah telah pun bermula dan dalam masa yang sama, banyaklah undangan perkahwinan yang diterima dan termasuklah undangan perkahwinan sahabat-sahabat saya. Kadangkala hati ini rindu juga untuk bernikah. Tetapi harus dikuatkan kesabaran itu kerana perlu merancang kewangan dengan lebih baik. InsyaAllah dalam perjalanan menuju alam perkahwinan. Doakan ya teman-teman..

Teman-temanku.. apabila bercerita tentang perkahwinan, apakah yang ada dibenakmu?? Kesoronokan bersuami isteri? Seronok bercinta? Seronok dan beronok-ronok lagi?? Yee… semua tu memang la betul. Perkahwinan itu menyeronokkan bahkan jika terjaganya sebuah perkahwinan itu, ianya merupakan syurga dunia yang disegerakan oleh Allah.. Memang la best kan??

Di dalam perkahwinan juga merupakan satu gedung pahala buat manusia. Saya terdengar tentang perkara ini sewaktu pulang bersama abah dari kerja di IKIM.FM “Pilihan Utama Anda”. Tajuknya berkaitan dengan isu penceraian yang meningkat di Malaysia dan juga tentang isu memudahkan perkahwinan. Saya suke dengar tentang isu memudahkan perkahwinan tu je… hehe.. Alhamdulillah abah sememangnya sebulu dengan saya. Tak suka membazir dan simple is better.

Berbalik kepada perkahwinan itu adalah gedung pahala, saya tertarik dengan kata-kata ustazah di dalam program di IKIM.FM tersebut tentang hal ini. Bagaimana perkahwinan itu boleh menjadi gedung pahala?? Kata ustazah tersebut (saya tak ingat nama die… hehe) perkahwinan itu gedung pahala kerana sekiranya seorang isteri atau suami melaksanakan tanggungjawabnya ikhlas kerana Allah, maka akan diberikan pahala. Seorang isteri masak untuk suaminya, pahala baginya. Anak-anak berakhlak baik, pahala bagi ibu bapanya.  Seorang suami pandang isteri dengan gembira pun pahala bagi mereka. Isteri bangun tidur nak buat sarapan pun pahala. Hai.. semuanya pahala lah.. Best kan???!!


Disebabkan perkahwinan itu gedung pahala, maka syaitan akan cube untuk memusnahkan perkahwinan bahkan merosakkan manusia sebelum perkahwinan itu lagi. Di dalam perkahwinan syaitan meracun si isteri untuk berprasangka kepada suami, mendesak suami, marah suami sehingga kesabaran suami tercabar dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik!! Dan ada juga isteri yang curang di tempat kerja walaupun si suami sangat tekun dan amanah melaksanakan tanggungjawabnya. Ish2.. Saya takut juga nak hadapi perkahwinan mendengarkan perkara sebegini. Moga saya mampu membina keluarga yang baik insyaAllah.

Secara kesimpulannya, buat yang sudah selamat berkahwin saya doakan kebahagian anda dan pelihara rumahtangga anda sebaik mungkin agar ianya juga menjadi gedung pahala buat kalian.=). Saya cemburu ni tau sebab anda semua sudah memiliki gedung pahala sendiri. Hehe.. Alam rumahtangga penuh berliku dan gelombang. Moga kalian dapat kemudi bahtera dengan sebaiknya dan jadikanlah Allah sebagai kompasnya. InsyaAllah… =).. bye… wassalam..



p/s : semangat berkobar-kobar nak bergelar isteri dan nak miliki gedung pahala sendiri.. =)..  Oit2.. cubit kang.. settle dulu amal ibadah sendiri kalau nak kawen pown.. (adeih!! -_-!!)


26 March 2013

Berhenti Berduka Wahai Hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasih Allah sekalian...

Dah hampir 3 Bulan jugak la saya tak update apa-apa di sini. Kesibukan dengan kerja dan juga melayan perasaan sendiri. Perasaan gembira, duka dan pelbagai lagi. Sehingga membuatkan diri saya lupa bahawa saya punyai blog yang dah lama bersawang ditinggalkan tanpa khabar berita dari empunya blog ini.


Mahu bermadah kata tapi rasa seperti otak ini sudah mulai membeku dan kaku untuk merungkai bait-bait kata. Sudah berkarat agaknya. =). Mahu tidak mahu, saya cuba jugak menaip sesuatu disini. InsyaAllah sedikit curahan rasa dan pengisian yang memberi manfaat kepada pembaca. Mudah-mudahan.

Dalam minggu ini jiwaku asyik berduka. Mungkin juga disebabkan perubahan hormon di dalam diri yang sentiasa berubah-ubah. Dan adakalanya perubahan itu membawa kepada kerosakan pada diri dan hati yang kegersangan dengan iman. Ya Allah moga diampunkan dosa hamba ini yang penuh dosa dan gelap hatinya.

Kadangkala rasa berduka itu datang bukan kerana perbuatan orang lain terhadap diri tetapi ianya adalah mainan perasaan sendiri yang diciptakan oleh emosiku yang tidak stabil ini. Kesannya?? Ya.. Dia dan mereka semuanya bersedih dengan perbuatan dan sikapku yang dingin tak bertempat. Maafkan diriku wahai insan yang ku sayangi. Sehingga pengorbananmu kupandang hanya sebelah mata.

Bukan saya berniat untuk bersikap demikian. Tapi apabila perasaan berduka tak bertempat menguasai diri, segala tindak tanduk menjadi tak kena dan hanya menyebabkan orang lain kecewa. Lalu mula lah dirasakan diri ini useless dan hanya tahu menyusahkan orang lain semata-mata. Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang memberi kegembiraan kepada mahklukMu yang lain.

Entah bagaimana dan apa yang perlu saya lakukan supaya saya dapat mengawal emosi saya tatkala angin monsun ini tiba. Ya Allah.. tolonglah hambaMu ini.. Tidak diminta sikap dan perasaan berduka ini hadir kerana gangguan emosi yang tidak stabil ini. Wahai hati.. berhenti berduka wahai hati... Bergembiralah dan jadikan orang disekelilingmu gembira dengan kehadiranmu.. Maafkan juga wahai Pemilik diri ini akan kata-kataku yang melampaui batas. Gantikanlah hati yang lebih baik buat hambaMu ini. Berikan hati yang tenang dan gembira buatku.. Amin.. (pen OFF)


p/s : Maafkan Ika... =(