expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

15 July 2013

Perkongsian Buat Adik-Adik KIPSAS yang ingin menyambung Ijazah di IPTA

Assalamualaikum... 




Kaifa hal adik-adik serta sahabat-sahabat KIPSAS? Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa di dalam rahmat Allah swt. Seperti yang saya pernah katakan di MukaBuku sebelum ini, saya ingin kongsikan tips atau perkara yang perlu anda lakukan bagi mereka-mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTA. Apa yang bakal diberitahu adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan antum semua boleh bertanya juga kepada pihak lain untuk maklumat lebih lanjut insyaAllah.

Semua sedia maklum bahawa permohonan UPU bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma dan Setaraf adalah pada bulan Mac pada setiap tahun. Jadi, banyak perkara yang adik-adik atau sahabat-sahabat perlu prepare untuk permohonan ini. InsyaAllah akan diberitahu kejap je lagik ye.. 

Ok.. let's start.. Perkara yang adik-adik dan sahabat-sahabat perlu prepare :

MALAYSIAN UNIVERSITY TEST (MUET)

Ok.. perkara pertama yang antum semua kena dapatkan adalah sijil keputusan MUET dan nak dapatkan sijil kene la amek MUET dulu.. Akak amek MUET waktu semester 5 kat KIPSAS pada bulan 3.. Kene alert dengan notice yang dikeluarkan oleh pihak akademik tentang tarikh permohonan untuk amek test ni atau google sendirik gune internet/wifi dan lain-lain ye... better adik2 jangan amek waktu dah last sem.. Nanti kalut plak nak tunggu result MUET tu sampai umah dalam keadaan nak mohon UPU.. Untuk keputusan atau band MUET ni, akak cadangkan adik-adik search dulu uni-uni yang adik-adik nak enter. Tengok minimum band yang dikehendaki bagi course yang adik-adik nak pilih. Sesiapa yang nak amek course Undang-Undang biasanya die nak Band 4.. Jadi, kene usaha betul-betul la ye.. Untuk UKM rasenye lagi rendah kot Band yang dikehendaki. Search jangan tak search. Kat UKM untuk amek Ijazah Pengajian Islam Syariah, Band 3 pun dah dapat masuk. ok? lagi satu, keputusan MUET ni ade expired date die tau.. Limit untuk 2 tahun sahaja tempoh sah nye.. 


ini contoh sijil muet



KEPUTUSAN SPM

Pemilihan kemasukan ke IPTA melalui UPU dipilih berdasarkan mata merit akademik dan kokorikulum pemohon. Dan markah merit yang dikira juga dilihat kepada keputusan SPM kite plus result PNGK kite untuk keseluruhan tahun pengajian. Jadi, result SPM pun dilihat ye.. Akak nasihatkan untuk adik-adik yang rasa result SPM mungkin rendah, boleh try amek semula SPM bagi subjek-subjek yang tinggi meritnye tu untuk memudahkan adik-adik dapatkan tempat di uni. Sebabnya kita bukan compete dengan budak-budak diploma yang nak sambung degree je. Kite compete dengan adik-adik lepasan STPM dan juga Matrikulasi. Sangat susah ye lepasan diploma nak dapatkan tempat. Tapi akak ada dapat info dari alumni UKM, yang menyatakan UKM lagi prefer budak-budak diploma. Tapi kite tak tahu maklumat tu betul ke tak. Jadi buat la ape yang patut untuk dapatkan tempat ye.. InsyaAllah.. bukan senang nak berjaya kan? huhu.. Untuk markah koko tu tak silap akak diambil berdasarakan apa yang kita isi dalam permohonan nanti. Haa.. yang tu adik-adik boleh baca buku panduan nak isi borang UPU online nanti yek.. ^^






KEPUTUSAN KESELURUHAN (TRANSKRIP)

Ok.. untuk hal tranksip ni akak rasa memang selalu problem untuk lepasan diploma bagi ambilan Julai untuk buat permohonan UPU berdasarkan pengalaman akak jadi MPP akademik dahulu sebab dapat aduan dari bekas pelajar masa tu. Sekarang ni, pihak UPU dah tak terima permohonan dari pemohon yang masih belajar macam tahun sebelum-sebelum ni. Tapi akak tak pasti lah kalau dah mohon then buat rayuan sebab keputusan final sem tak keluar lagi. Cumanya, nak bagitahu adik-adik Intake Disember agak beruntung sedikit sebab tak perlu tunggu lama selepas tamat belajar untuk memohon UPU.. Keluar KIPSAS bulan Disember dan ada masa 2 bulan lebih untuk dapatkan result semua sem sebelum permohonan UPU keluar.. Dan waktu nak mohon tu pun semua result kite dah dapat.. untung la sket kan.. huhu.. Kita takkan dapat tarnskrip penuh selagi tak konvo. Tapi kita boleh dapatkan draf transkrip dari pihak akademik KIPSAS untuk urusan permohonan UPU kite. Biasanya dalam seminggu atau dua minggu boleh settle. Draf transkrip boleh dimohon selepas dah dapat result final sem ye. Prosesnye, adik-adik kena pegi akademik, tulis nama untuk mohon draf transkrip, then pihak akademik KIPSAS akan mintak tandatangan ketua jabatan bagi mengesahkan draf tersebut dan semak kalau ada masalah atau tidak. Better adik buat tindakan ini segera untuk mengelakkan masalah yang tak dikendaki. Malang tak berbau ye. Macam yang berlaku pada akak, bila dah mohon draf transkrip, akak akademik call bagitahu Kod subjek bagi KOKO akak di sem 1 dan sem 2 tu sama. Haaaa.. tak ke nganga tu. Boleh menyebabkan kite kene amek balik tau subjek tu, tak boleh konvo. Menangis jugak la waktu tu. Nasib la tarikh tutup mohon UPU lambat lagi waktu tersebut. Dan alhamdulillah masalah tersebut dapat disettlekan dalam masa sebulan. Ok.. i repeat.. Sebulan.. hehe.. banyak prosedur dan akak hormati lah prosedur KIPSAS tu. At least problem akak settle jugak. But, adik-adik kene beringat dan buatlah tindakan segera.. jangan tunggu lama-lama yek.. Oh ye.. adik-adik boleh jugak guna slip result yang adik-adik dapat tiap-tiap sem tu untuk permohonan UPU.. Cume better cek dulu la dengan akademik sama ada betui ka dak result kite tu... ok?


SIJIL PENGIKTIRAFAN AKREDITASI MQA

Ok... sijil ni adalah merupakan satu pengiktirafan dari MQA yang menyatakan bahawa Diploma yang kite amek kat KIPSAS adalah disahkan oleh pihak MQA. Akak tak tahu la untuk tahun adik nanti ni pihak UPU mintak ke ta. Tapi tahun akak ade... adik-adik boleh bukak laman web ni http://www.mqa.gov.my/mqr/english/eCAkreditasi.cfm untuk amek slip atau cetakan akreditasi tu ye. Masa tahun akak, untuk tempoh pengajian bagi Diploma Syariah Undang-Undang tu pihak MQA tak baik lagi dan kat situ ditulis 2 tahun untuk tempoh pengajian. So,akak pegi KIPSAS untuk amek salinan sijil tu kat akademik dan lampirkan sekali dengan cetakan akreditasi yang akak amek di website MQA ni.  Untuk backup kalau ade ape-ape masalah. ok? Ape-ape pun, boleh je tanye akademik KIPSAS pasal akreditasi MQA ni ye.. Hehe.. 






SURAT PENGESAHAN TAMAT BELAJAR


Ok.. untuk surat pengesahan tamat belajar ni boleh mintak dengan akademik KIPSAS ye. Pihak UPU akan mintak surat ni dan nak kite sertakan waktu kite hantar dokumen-dokumen akademik kita ke tiap-tiap uni tu. Jadi, boleh mintak waktu adik-adik nak mintak draf transkrip tu.. ok?? ^^



Ok... setakat itu je kot yang akak boleh kongsikan.. kalau ade ape-ape nak ditanye, insyaAllah akak akan cuba bantu yang akak tahu ye.. Dan akak cadangkan adik-adik add page UPU kat Facebook untuk dapat sebarang maklumat ye. https://www.facebook.com/BPKP.JPT ok.. dah bagi link.. 

Untuk adik-adik Intake Julai bagi lepasan KIPSAS, sememangnya agak sukar sedikit untuk mohon UPU sebab result antum semua keluar lewat kan? Tarikh tutup permohonan UPU biasanya bulan 5 dan adik-adik semua habis belajar dalam bulan April tapi result keluar dalam bulan 6 atau 7 kan? Hm2.. boleh buat pilihan sama ada nak mohon tahun depan ataupun cuba lah buat rayuan kalau sempat. Akak pun tak pasti macam mana prosedurnye. Huhu..

last word, akak doakan adik-adik semua berjaya dan doakan akak juga yang bakal menjadi pelajar UKM pada bulan September nanti insyaAllah.. Belajar rajin-rajin ye.. Salah silap mohon maaf banyak-banyak.. kalau ada tersilap info, boleh bagitau ye.. ^^.. wallahualam.. 







08 July 2013

Bukan Mudah Nak Kendali Bahtera Yeop..

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..  Dengan penuh rasa syukur saya menjemput saudara/saudari/sahabat handai/ guru-guru kami ke majlis kesyukuran bersempena pernikahan saya dan pasangan
  

Nurul Atika binti Rosli &; ..........


Ok... Ini bukanlah posting berkenaan dengan invitation wedding saya ye.. Sekadar gimik bagi post kali ini..

Saya menerima beberapa invitation wedding dari sahabat handai yang bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti... Mabruk alaikum saya ucapkan.. Kemungkinan besar tidak dapat menghadirkan diri.. ku kirimkan doa sahaj semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga,, insyaAllah amiiin...


Post kali ini mungkin ada kaitannya dengan perkahwinan dan blog saya ini sejak ianya ditubuhkan sememangnya tak pernah lari dengan isu perkahwinan kan teman-teman? Tak mengapa lah.. sekadar meraikan kehangatan situasi bagi sahabat yang bakal berumah tangga dan menyejukkan hati yang gundah gulana mereka-mereka kerana masih menanti bila tiba jodoh masing-masing.

Sekadar memberikan pendapat berkenaan dengan perkahwinan melalui perspektif diri saya berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat, keluarga sendiri dan juga pembacaan. Saya melihat perkahwinan ini sesuatu yang sangat memerlukan kekuatan mental untuk menanganinya. Bukanlah bermaksud dalam perkahwinan ini tidak memerlukan kekuatan dari sudut ekonomi, fizikal dan lain-lain. Tapi mungkin aspek mental itu lebih lagi diperlukan. Sebab apa? Saya melihat kebanyakan perkahwinan itu tidak berjaya kerana putus asa kerana pasangan tidak memahami, pasangan tidak bahagia kerana tidak tahan dengan sikap suami atau isteri disamping masalah yang melibatkan kewangan yang tak stabil dan lain-lain lagi.


Perkahwinan melibatkan komitmen dari dua belah pihak yang memerlukan kesefahaman. Dan kesefahaman itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibina. Perkahwinan itu sememangnya indah dan membahagiakan apabila dapat bersama dengan orang yang kita sayangi dan cintai. Namun kita perlu ingat, cinta sahaja tidak mampu membuatkan perkahwinan itu berjalan lancar. Kesefahaman itu memerlukan toleransi dan teknik komunikasi yang bijak untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kesefahaman dari aspek suami seoarang lelaki dan isteri sebagai seorang perempuan serta kesefahaman yang perlu dibentuk melalui dua individu yang berbeza. Bagi saya sendiri, untuk memahami kehendak diri diri sendiri serta membuat keputusan untuk sendiri juga adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi kita perlu membuat satu keputusan bersama yang melibatkan dua pandangan daripada individu yang berbeza. Maka disini perlunya kesabaran dan kekuatan mental untuk cuba memahami antara satu sama lain. Perbincangan tanpa rasa mementingkan diri itu perlu dan bagi wanita pula, kekuatan untuk mengawal emosi juga sangat perlu. Jika tidak, masing-masing memendam dalam perut sendiri. Sudahnya masing-masing rasa tak puas hati dan rasa sayang mula pudar dan berakhir dengan bergaduh kerana tidak sefahaman. Kalau berbincang pun, masing-masing tidak menjadi pendengar dan hanya ingin menang dengan pendapat sendiri.

Jangan macam ni ye...


Saya pernah bertanya dengan pengalaman sahabat-sahabat (kutip ilmu) berkenaan dengan hal ini. Bagaimana  mahu mendapat kekuatan mengharungi rumahtangga dengan pasangan dengan baik. Sahabat saya berkata, kuncinya adalah hubungan kita dengan Allah perlu kuat. Meletakkan pergantungan kepada Allah sepenuhnya. Fitrah wanita ini sememangnya Allah kurniakan dengan sikap sensitif dan punyai emosi yang boleh berubah-ubah. Jadi, untuk memandu emosi ini, wanita perlu memandu dengan akal yang bertunjangkan iman dan hidayah Allah. Hm2.. sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan perlu kepada mujahadah yang tinggi. Menjadi seorang isteri yang cool dan tenang dalam membina rumahtangga bersama suami sangat sukar bagi saya dan saya sangat respect kepada isteri-isteri yang mampu mendidik diri seperti itu. Saya teringat akan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah yang menjadi penenang Nabi Muhammad di saat baginda terkejut dengan wahyu pertama. Cool dan tenang. Itu Ummul Mukminin dan kita juga tahu tentang Saidatina Aisyah yang juga punya sifat cemburu dan juga isteri-isteri nabi Muhammad yang lain. Kerana itu adalah fitrah yang Allah kurniakan. Namun itu bukanlah kelemahan.


Jadi.. bagi saya sendiri, perkahwinan itu bukan mudah untuk diharungi tetapi tidaklah saya tidak mahu bergelar isteri. Cumanya saya bimbang tidak mampu memikul beban dan tanggungjawab membahagiakan suami dengan baik kerana masing-masing tahu akan kelemahan masing-masing. Kan?? Disebabkan itu lah saya banyak mengkaji mengenai kaedah komunikasi dan cara memahami individu lain sejak dari sekarang. Kerana saya ingin mendidik diri saya untuk menjadi isteri yang cool dan tenang walaupun saya tahu sukar. Memang sukar untuk kita menjadi pendengar yang baik dan memahami berbanding kita meluahkan apa yang kita rasa pada orang yang mendengar.


Bagi yang mungkin pernah terbit dalam hati perasaan cemburu melihat sahabat-sahabat bernikah, saya cadangkan antum semua tidak melihat perkahwinan itu hanya bahagia kerana bergelar isteri semata-mata. Kerana di dalam perkahwinan itu memerlukan perjalanan yang panjang yang mana rasa cinta itu boleh berubah-ubah jika kita tidak pandai memelihara dan letakkanlah Allah sebagai tempat sandaran cinta. Perkahwinan ibarat bahtera yang adakalanya bakal dilambung ombak dan bergantung kepada pasangan tersebut bagaimana mahu kemudi bahtera. Jika tidak, bahtera boleh retak dan berkecai. Wallahualam.


p/s: Yang buat bertambah bahagia dan mendalam rasa cinta dalam perkahwinan apabila pasangan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku antara dua pihak dengan baik dan saling mengaku kesilapan dan berusaha menjadi lebih baik bagi baitul muslim yang dibina. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. So, kemudi bahtera elok-elok ye.. hehe.. Peace ^_^V. 

Note: Pemilik blog tak kahwin lagi. Just sharing pendapat aje.. tq..





05 July 2013

Sebenarnya Allah Lagi Kenal Saya

Aku menyelusuri kehidupan ini yang dibentangkan dengan pelbagai onak ranjau yang beracun.. Satu persatu meracuni fikiran dan mencorakkan tindakanku.. Di satu lubuk hati yang dalam, jiwaku merintih memohon pertolongan Allah.. Ya Allah, aku takut dengan diriku sendiri.. aku takut aku terlepas dari peganganMu.. Aku takut Ya Allah.. Aku takut tindakanku yang tidak terkawal ini menyebabkan Kau murka.. Hati ini selalu menjerit dan menangis.. Tidak tahu mahu diluahkan kepada siapa keran aku yakin mereka tidak akan memahami.. walaupun mereka yang saban hari mendengar masalahku...

Di dalam lubuk hati yang jauh ini, aku ibarat seorang anak gadis yang dalam ketakutan dengan dunia ini.. Aku  yang sentiasa mencari jalan untuk menjaga iman dan maruahku.. semata-mata aku takut dengan azab Allah dan takut hilang redha Allah buatku.. Namun aku tak berdaya untuk menongkah segalanya sendirian.. Adakalanya aku memilih jalan yang salah semata-mata untuk mendapatkan apa yang aku mahu.. memelihara hatiku, imanku.. Kerana apa? Kerana aku terlalu takut.. jadi aku sanggup tempuhi jalan yang salah untuk matlamatku yang dalam.. Namun, niat itu tak menghalalkan cara.. Lantas aku mengeluh lagi.. menangis lagi.. Ya Allah bantulah aku.. fahamkanlah orang-orang disekelilingku tentang aku.. Aku yang Engkau kenali sebagai hambaMu.. Tolonglah aku..

Ya Allah.. matikan aku dalam iman.. berikan aku pengakhiran yang baik.. ampunkan aku... pelihara maruahku.. pelihara imanku.. jagalah aku... 



03 July 2013

PENGALAMAN BEKERJA BUAT AKU JATUH CINTA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sudah hampir 6 bulan lebih saya bekerja sebagai kerani/setiausaha di sebuah firma guaman syarie dan pelbagai pengalaman yang saya perolehi.

Yang saya tidak akan lupakan adalah pengalaman dalam belajar dan menginsafi masalah-masalah masyarakat yang berlaku di luar sana. Betullah semua yang di dramakan di televisyen sememangnya terjadi dan bukan sekadar cerita. Berlaku di dalam masyarakat realiti sekarang.

Apabila saya diberikan satu fail oleh peguam untuk di dokumenkan, kadang-kadang saya mengeluh sendirian membaca kisah hidup mereka yang diuji dengan penganiayaan dan juga penindasan. Tak kurang juga masalah penggunaan Facebook yang disalah guna yang menyebabkan sebuah keluar berantakakan. Ya, itu realiti yang bagi kita fikir ianya adalah sesuatu yang pelik dan mungkin juga sesuatu yang kita tak selalu tengok dengan mata kepala kita sendiri. Hanya sekadar membaca di dada-dada akhbar tentang masalah seperti itu. Hakikatnya memang terjadi. Semuanya membuatkan saya insaf dan terfikir, beginikah masyarakatku pada zaman ini?? Saya juga terkejut dengan kes yang berkaitan dengan permohonan wali hakim atau sultan kerana dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah, isteri yang berhubungan dengan lelaki lain hingga lupa tanggungjawab sendiri walaupun bekerja sebagai golongan profesional yang dianggap mulia. Paling menyedihkan apabila seorang suami memaksa isteri bekerja sebagai GRO buat mencari pendapatan sendiri. Subhallah.. itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita di saat kita hidup dalam dunia kita sendiri. Saya tertunduk dan cuba menginsafi diri. Di saat itu, saya tetapkan niat di dalam diri, saya akan membantu memudahkan masalah masyarakat yang berlaku ini dalam bidang ini.. Biarpun saya tahu saya sendiri juga punyai masalah. Tapi masalah saya tidaklah sebesar masalah masyarakat yang berlaku di sekeliling saya akibat keruntuhan iman dan ceteknya ilmu agama di dalam diri.

Saya juga melihat situasi masyarakat pada masa kini yang sudah tidak segan dan malu lagi dengan isu mengandung sebelum bernikah bahkan ada yang membuat majlis gilang gemilang walaupun diketahui pengantin perempuan sudah berbadan dua. Saya tidaklah membantah perkahwinan tersebut, cuma ianya diraikan seolah masyarakat mengiktiraf perbuatan tersebut. Saya juga bimbang akan nasib anak yang bakal dilahirkan. Ibu bapanya tahu kah berkenaan dengan taraf anaknya? Berkaitan dengan perwarisan harta untuk anaknya itu? Walinya jika anak tersebut seorang perempuan? Dan banyak lagi..
.
Hakikatnya kepala ini tak henti-henti berfikir tentang masyarakat. Membantu dan memudahkan bagi yang perlu..

Oleh sebab itu saya begitu cinta akan jalan ini untuk menyedarkan ummah tentang aturan islam. Saya ingin bergelar peguam syarie yang membantu masyarakat dengan cara yang sewajarnya. Yang bersalah, disedarkan dengan hikmah. Yang teraniaya dibantu semampu boleh.

Minggu depan, keputusan upu bakal keluar.. Saya mohon doa sahabat2 moga saya dipermudahkan urusannya. Saya berjuang dengan cara ini.. Dan saya cinta akan jalan perjuangan saya ini.. Biiznillah... Wallahualam..

01 July 2013

Fikir Jauh

Kereta meluncur laju di tengah jalan raya.. DJ Sufian bersama temannya di IKIM rancak bercerita di Warna Pagi IKIM.. smartphone di on dan jari menyentuh application Facebook.. Hmm.. tak tahu nak taip status ape di usia ini.. Facebook makin dipenuhi dengan mereka-mereka yang mungkin lagi tidak sekepala kerana perbezaan fikiran dan aliran.. Tidak ada satu pun status yang mampu membangkitkan semangatku hari ini.. Cuma satu.. event invitation dari sahabat jauh.. owh.. nak kahwin dah rupanya Yana.. Hm2.. dan akhirnya Facebook di offline, dan mata terus memandang ke jalan raya yang luas.. kosong.. hmmmm...

Perasaan berbaur.. sahabat-sahabat seumurku makin lama makin ramai yang bakal punyai kehidupan sendiri.. punya degree, bekerja dengan degree yang ada, berkahwin bahkan ada yang sedang menanti kelahiran.. diriku seakan-akan mahu memencilkan diri dari dunia sahabat-sahabatku sendiri.. Kerana aku rasa jalan hidupku berbeda dari mereka.. Walaupun hakikatnya aku mahu menempuhi jalan yang sama seperti mereka.. tapi aku tetap rasa berbeza.. 

Menipu perasaan sendiri itu sudah pasti disaat sahabat-sahabat silih berganti bertukar status kepada married atau mother to be, aku cuba menyedapkan hati bakal bertukar status kepada student degree.. bukan aku tidak gembira dan tidak suka, tapi impianku masih tidak kesampaian barangkali. Selalu juga mata ini mengalirkan air mata tetapi aku seka secepatnya. Malu mungkin kalau orang tanya kenapa menangis? Sebab mahu bernikah.. argh.. mungkin kerana persepsi masyarakat sekarang ini membuatkan keinginan untuk bernikah itu sesuatu yang taboo untuk diungkapkan oleh seorang anak gadis sepertiku. 

Apa-apa pun yang aku fikirkan, aku mendoakan sahabat-sahabatku yang bakal melayari bahtera kehidupan masing-masing. Bagi diriku, pernikahan hanyalah satu benteng untuk memperkukuhkan imanku. Andai ajalku tiba di saat aku telah bernikah walaupun baru di akadkan, aku bahagia dan tenang menghadapNya. Moga Allah perkenankan.

Buat yang membaca, mungkin sedikit annoying dengan entry terbaru ini. La baksa, masing-masing punya pendapat sendiri. Aku cuma mohon doa dari kalian moga Allah kuatkan diriku selalu. Mungkin perasaan itu hanyalah ujian buat diriku yang lemah ini. Dan aku sedang sedaya upaya melawan ledakan hati yang menguji ini dengan sesungguh-sungguhnya. Aku cuma mahu menjadi seorang yang normal, tenang tanpa terlalu memikirkan soal hati sepertimana aku yang dulu. Telah ku cuba jauhkan rasa hati dalam diri, tapi aku tak mampu. Bahkan ia telah menyeretku menjadi seorang yang bukan lagi diriku. Mohon doa kalian. Wassalam..