expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 March 2016

Aku Suka Warna Malap

Assalamualaikum.. Di harapkan semua yang membaca jika ada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya..

Jam sudah menunjukkan pukul 9.23 pagi dan jam 10.00 nanti aku ada kelas Sistem Kehakiman Islam yang digeruni. Aku tak tahu kenapa adik-adik kelas semua cakap susah dan gerun. Bukan nak kata aku bijak ye.. semua subjek bagi aku susah. Belajar mana ade yang senang. Sumpah. Tapi ade dengar yang menggerunkan sebab lecturer guna fully bahasa arab. Huhu.. aku dulu belajar di KUIPSAS pasal SKI ni pun guna kitab arab sampai penuh cacing kerawit kat kitab tu sebab aku mengantuk masa ustaz syarah satu-satu. Siap ustaz perli aku tolong pak guard berjaga ke malam tadi. T_T. Tapi takpe lah. Anggap tu satu cabaran dalam hidup dan lagipun, sepanjang dekat UKM ni subjek ape je yang kita akan betul-betul dalami dan guna bahasa arab?? Kalau uni lain tu aku rasa dah jadi kebiasaan kot. Ni just opinion aku. Belajar tak senang...

Hari ni aku dengan terpaksa rela pakai baju warna oren keemasan bak warna sultan-sultan gitu. Huhu.. aku rasa kali terakhir aku pakai baju warna striking macam tu masa umur aku 6 tahun sebab mama belajar buat baju kebaya. So aku jadi modelnya.  Selepas dah dewasa, warna-warna pilihan aku semuanya malap, suram dan kelam. Tapi tak la menggambarkan diri aku ni seorang yang kelam suram tu. Just i like to wear that colours you know. Rasa terpelihara la sikit dari pandangan lelaki ajnabi ni. Sebab mata lelaki ni mudah aje nak tangkap warna striking. Budak-budak pun suka juga kan? Aku tanya husband aku ya pasal fakta ni. =). Selama ni warna baju yang aku ada semua gelap. Dark chocolate, blue black, black, dark green, dark purple dan aku cuma ade dua pasang je baju warna striking. Baju kahwin dan JUBAH NAZIHA warna Peachy Pink (sape nak tempah jubah ni, sila follow my ig nurul_islam89 atau my FB ye Nurul Islam). 

Untuk booking boleh contact ye.. =). Aku tengah tunggu warna dark grey untuk di grab.


So, hari ni aku meraikan la teman-teman Hujjah untuk pakai baju tema Hujjah untuk kepimpinan kali ni. Tak tahu berapa kali aku tanya husband aku okey ke tak pakai baju ni. Baju kurung moden dan aku dah lama tak pakai baju kurung. Hehe. Lagi-lagi bila jadi student. Pakaian aku hanya t.shirt labuh, jubah dengan tudung bidang 60 atau tudung labuh. Shawl ke ape ke aku tak kenal. Bagi aku, jadi student kampus bukan nak melawa tapi nak belajar. Just cukup kalau kau hanya jaga kekemasan diri. If dah kerja tu lain cerita sebab kau akan jumpe dengan masyarakat yang pelbagai. Ni just my opinion. 

Ok la.. just nak cakap aku memang suka warna malap dan memang susah la nak minat warna striking. hehe.. ok.. sampai sini dulu celotehku. InyaAllah lain kali pula ya... 

09 March 2016

Semua Allah Punya





Fitrah kebanyakan manusia..
Tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki..
Melihat orang lain punya kerja yang hebat..
Melihat orang punya wang boleh berbelanja apa suka..
Melihat orang lain gembira punya anak kecil yang comel..
Semua dirasa beruntungnya mereka.. kasihannya aku..
Namun sedarkah kau wahai manusia..
Apa yang mereka miliki dan engkau miliki itu milik Allah Taala?
Dan Allah akan berikan sesuatu yang engkau perlu..
Bukan sesuatu yang engkau mahu..
Sedarilah..
semua yang ada di dunia ini adalah ujian buatmu..
Dan yang kamu miliki hanya Allah Taala..
maka berhentilah melihat kelebihan orang lain..
Carilah kecukupan itu dengan menjadikan Allah sebaik-baik pergantungan segala harapan..
Cukuplah Allah bagiku..
Wallahualam..

Random~

Assalamualaikum..

9 Mac 2016
Makmal Komputer FPI, UKM
9.04 a.m

Berkemundang sayup-sayup suara imam mengalunkan bai-bait indah ayat suci al Quran di masjid UKM. Hari ini berlakunya peristiwa gerhana matahari dan seingat aku ini kali kedua aku perasan berkenaan dengan gerhana matahari ini. yang lepas-lepas aku tak ingat. Kali pertama sewaktu aku di IPGM Ipoh dan aku menyaksikan kehebatan ciptaan Allah itu bersama-sama sahabat di tengah padang hostel. Hari ini juga aku tak perasan email dari ustaz tentang penangguhan tutorial jam 8 pagi ini ke waktu jam 11 pagi. (punyalah aku lekas-lekas bangun pagi tadi takut terlewat sampai UKM). Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya aku boleh update sedikit blog usang tanpa pembaca ni. 

Aku terfikir-fikir tentang duniaku selepas habis pengajian ini. serius aku cukup risau sebenarnya. Sebab aku terlalu lama berada di dalam pengajian sampai aku sendiri tak pasti kemampuanku untuk terjun dalam masyarakat. Bermuamalah dengan mereka yang mungkin jauh lebih berpengalaman dalam bidang kerja. Di usia 27 tahun, aku bimbang mereka yang di luar have more expection about me. Jujurnya masih kurang keyakinan diri.

My husband told me untuk drive car sendiri. Aku tak tahu dah berapa lama lesen kereta terperap dalam dompet ini dan hanya digunakan untuk renew lesen saban tahun. Bukan tak mahu bawa kereta sendiri, tapi aku masih takut-takut untuk drive sendirian. Bilamana husband memberi suggestion untuk aku drive ke kampus, aku cuma berdiam diri. Try to convince myself dan kadang-kadang tu aku still takut. Kereta KL ni banyak sangat dan aku bimbang aku bakal merosakkan kereta my husband. (ok. aku bagi alasan). InsyaAllah aku mohon doa agar aku diberi kekuatan untuk berdikari)

Siapa yang tak mahu jadi isteri yang boleh urus kerjaya, drive sendiri tanpa bantuan suami melainkan yang perlu sahaja. Kadang-kadang aku mencari juga kekuatan untuk jadi iron lady ni. kawan-kawan yang dapat lesen lewat dari aku pun dah merata drive sana sini. 

Banyaknya urusan yang perlu difikirkan. Lepas habis belajar, dunia kerjaya pula. Mencari kerja lah kite.. perlu start edit resume dan apply kerja dari sekarang. Oh ye.. aku juga mohon Allah kurniakan rezeki cahaya mata pula selepas ini. Mungkin aku akan lebih kuat bila punya anak. siapa tahu kan? Terus jadi superlady.(muka senyum..muka senyum)

Ok la.. setakat ini dulu. Moga semua dalam lindungan Allah selalu ye. InsyaAllah.. =)