expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 May 2016

Facebook Vs Blogspot

Assalamualaikum..

Lama dah tak update apa-apa dekat blog ni. Diri ini macam makin melupakan pulak media sosial pertama yang aku kenal sebelum adanya Friendster dan juga Facebook. Blog adalah hobi aku yang pertama yang buatkan aku tak percaya blog ni dah ditubuhkan tersangatlah lama. tapi.. tuan punye blog makin lama makin menyepikan diri. makin tak update ape-ape.

Mungkinkah faktor umur? Faktor busy? Faktor tanggungjawab yang makin bertambah sampai dah tak menyempat nak tulis ape-ape. Lagipun dah ada orang yang mendengar bebelan diri ini setiap hari.

Okey. Aku baru-baru ni ada la seorang dua yang tegur macam ni.. "Akak.. asal saya buka Facebook je nesti status akak yang pertama".. " akak.. saya rasa akak boleh bukukan semua status akak kat Facebook".. Hurm.. aku fikir dua kali tentang hal ni. Itu tanda orang tak suke atau orang suka ye? End up aku rasa orang yang suka menulis macam aku ni memang tak boleh kot nak expose kat FB.. Sebab semua benda orang lain dapat baca dan maybe juga ada orang yang tak suka. So aku rasa rindu balik nak menulis apa sahaja yang aku suka dekat blog ni. If ade silent reader pun aku tak kisah. Aku tak ganggu privasi orang pun. hehe(perasan ade silent reader). Cumanya aku nak minta maaf kalau aku ni nampak sangat banyak kali update status dekat FB. Sebab dari dulu memang aku akan tulis ape saja yang timbul kat minda aku ni. About life, ujian hidup dan macam-macam lagi. Aku tahu ade orang pun di uji maybe macam aku sekarang ni or maybe lagi susah dari aku. 

Bukan senang untuk aku teruiskan pengajian di saat umur 27 tahun ni walaupun tinggal sebulan je lagi nak habiskan. Aku survive dengan age barrier antara classmate, cara pemikiran dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang buat aku rindu dengan KIPSAS walaupun dah tukar jadi KUIPSAS. Tahu kenapa? Sebab dekat situ (masa batch aku) aku jumpe ramai yang sekapal dengan aku. Yang tetap "kayuh kapal" untuk survive dan sambung belajar even umur tu dah 28, 30 and soo on. Dan aku jumpe classmate yang dah berkahwin dan punyai anak 2 orang yang ditinggalkan jauh bersama suami. Aku jumpe orang yang sangat mencintai ilmu bukan sekadar nak grad dapat diploma je. Dan di UKM? Aku jumpe.. tapi tak ramai.. huhu.. Sometimes rasa macam tak best pun sambung degree ni.. sebab sistem belajar dekat uni di Malaysia ni majoritinya nak kejayaan berbentuk kuantiti bukan kualiti. Kualiti bagi aku bila kau grad,kau mampu nak praktik ilmu tu dan sampaikan pada orang lain. Kuantiti maksud aku, bila satu uni tu dapat keluarkan ramai mahasiswa produk keluaran mereka tapi yang keluar tu ada yang tiru waktu exam, tipu lecturer, plagiad assignment, tak hormat lecturer, copy thesis.. huhu.. SADIS!!. Aku tahu ada yang grad dengan cemerlang dari sudut semua segi. Tapi maybe tak ramai. Serius.

Okay.. tadi kita cerita tentang FB dan Blog kan? Haa. last week dan maybe this sem aku banyak sikit diuji dalam tempoh nak habiskan sem yang akhir ni. My zauji selalu tak sihat.. dan aku perlu berdikari menjaga beliau. Kadang-kadang tu aku post dekat FB tanya tentang hospital yang terdekat yang bukak 24 jam. Sebab aku bukan orang KL, Aku tak biasa pun dengan bandar KL ni. So aku bertanya. Sometimes aku minta kawan-kawan doakan. Sometimes aku tulis sebab aku nak kawan-kawan aku atau kawan-kawan husband aku tahu keadaan suami aku so dorang akan faham if ada kerja-kerja yang kami perlu buat tapi tak terbuat dek ujian yang Allah bagi tu. Mana lah tahu kan. Tapi aku rasa maybe ada yang rasa aku nak tunjuk sweet aku dan suami dekat FB. Huhu. Kalau ada yang rasa macam tu, aku minta maaf. Mungkin sebab kalian tak kahwin lagi.. senang nak kemana-mana.. ada kemudahan.. so ada yang boleh cakap macam tu.. tapi bagi aku, bila suami atau isteri tak sihat, ditambah dengan tanggungjawab kau sebagai pekerja atau pelajar tak dapat nak buat, itu memang satu ujian yang agak hebat. Tambah-tambah lagi aku pelajar tahun akhir yang tengah struggle nak siapakan thesis, assignment, study untuk midsem dan lain-lain. Sometimes, if aku yang tak sihat, suami terpaksa EL dan semua tu akan bersangkut paut dengan kerja beliau akan tertangguh, gaji kena potong dan lain-lain. So.. please.. jangan cepat hukum tapi tengok keadaan orang tu.. Maybe sebab yang jadi tu situasinya antara suami dan isteri... ape-ape sahaja berkaitan suami isteri, yang difikirkan sweet mueet aje.. huhu.. Cuba kalau kita tengah banyak kerja nak kena hantar, midsem test lagi, dengan assignment lagi then tiba-tiba mak or ayah kita sakit dan kita je yang ada untuk bantu dorang. Apa yang akan dirasa? Off course orang takkan cakap sweetnyee bila ada yang update status "Ayah/Mak sakit.. otw ke hospital". Atau orang akan fikir tak perlu show off sangat.

So.. maybe aku agak terasa kecil hati.. atau sedih kot dengan kata-kata macam tu.. sebab.. bukan senang nak jadi seorang isteri yang betul-betul ikhlas dan setia pada suami just untuk dapat redha Allah. Serius!! Nak jadi isteri kena tabah lebih dari seorang suami. Sebab nanti dah bernikah, yang ada cuma kau dan suami serta Allah sebagai tempat bergantung. Kekuatan seorang lelaki datangnya dari doa isteri, Sebab Adam pun tak mampu teruskan kehidupan tanpa Hawa. Ada masa memang kau jadi penyejuk jiwa, jadi kawan, jadi adik dan off course kekasih pada suami. Tapi ada masa juga kau akan jadi tempat suami mengadu sampai kadang-kadang kau kena tahan air mata supaya suami jadi kuat untuk sama-sama kemudi bahtera. Tengok Siti Khadijah bagaimana beliau menenangkan Nabi Muhammad s.a.w semasa menerima wahyu pertamanya. Itulah isteri. 

Pesan aku pada yang bakal bergelar isteri, jangan fahami tugas isteri dengan merujuk drama korea atau drama pukul 7. Atau melalui novel cintun yang aku pun tak pernah rasa nak baca. Tapi fahami tugas isteri berdasarkan kisah-kisah serikandi Nabi. 

Tugas suami atau isteri memang banyak ranjaunya. Belum lagi kalau dah bergelar abi atau ummi. Tapi bukan tak ada masa bahagia. Menjadi isteri dan suami itulah bahagianya. Bahagia dalam erti hidup pada memberi. Bukan pada hadiah di setiap anniversary atau beg Gucci. wallahualam..

salam.. =)

p\s: Puas dapat membebel dalam blog berbanding FB.. hehehe..