expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 March 2009

Perpisahan hakiki...

Kematian itu pasti…



“nenek ana sakit tenat di rumah ana enti…”
Malam tu ana dapat msg dari sahabat ana tentang neneknye. Entah mengapa terimbau kenangan silam yang melibatkan pemergian seorang yang agak rapat dengan ana.
Arwah Mohd Rasulludin bin Bakri… semoga rohmu dicucuri Allah adikku..



3 tahun yang lalu…

“kak ika buat ape tu?” Rasul bertanya kepadaku dengan begitu ramah sekali. Waktu tu ana akan menghadapi peperiksaan sijil khas kolej dan oleh kerana itu terpaksalah melaksanakan tugas ana as student untuk belajar waktu itu. Pagi tu di rumah nenek ana sibuk dengan persiapan untuk majlis menyambut menantu Ayah Su ana.


“Rasul, kenape makan banyak sangat nieh?” Seloroh ana bile melihat sepupu ana yang dari tadi tak berhenti makannye. Tapi ana tak kisah sebab die pun lelaki dan sedang membesar.


“Kak ika, hamdan mane? Rasul nak jumpe die. Nak dengar die ngaji al quran. Hamdan masuk tilawah kan?”
Ana tersenyum mendengar kata2 Rasul yang juga mewakili sekolahnye dalam tilawah. Memang suaranya sedap tapi sayang ana tak pernah mendengar dia bertaranum. Tak mengapalah. Mendengar suaranya melaungkan azan sudah mencukupi.
“Hamdan kat rumah lah Rasul. Dier tak nak keluar rumah sebab banyak kerja katanya. Nak exam plak tue.Petang nanti die datang lah tu ngan Pak Ngah”


Diberanda rumah nenek ana, ana berbual denga sepupuku itu. Saja melihat2 handsetnye. Hai ana pun tak der hp sendiri lagi. Tak pe lah dorang ni berduit. Hehe.. ana melihat msg dari papa dan mama nya. Tak de ape pun yang pelik. Tapi Rasul cakp dier suke dengar lagu Pergi Tak Kembali dari Rabbani. Ana hanya tersenyum.



Petang itu…

Ana sibuk membalut telur untuk tetamu pada majlis esoknyer. Rasul berada di sebelah ana sambil memerhatikan kami semua yang perempuan membalut telur dengan bungkusan yang sedia ada. Azan maghrib telah berkumandang. To kana yang ana panggil ayah menunaikan solat berjemaah bersama tok chi kana dan pak cik ana. Ana solat agak lewat sedikit kerana semua saudara mara memenuhi bilik solat di rumah nenek ana tu.


“Kak ika, rasul nak balik umah. Nak mandi dan solat”
“Hmm.. solat jelah kat sini. Dah gelap ni Rasul. Nak balik ngan sape?”

Rasul berlalu ke dapur sambil mencari tok ki nyer. Ana tak mendengar suaranya lagi…


“Pak Mat! Cucu pak mat eksiden ngan lembu kat depan kedai cik ngah tadi!!”


Terkejut ana mendengar kekecohan diluar rumah disertai tangisan daripada wan ana. Ya Allah…


Ana termenung sendirian. Nasi tak dijamah oleh ana. Mengenangkan perbualan terakhira ana dan Rasul sebentar tadi… Rupa2nya mama ana sempat memangku kepala Rasul selepas eksiden tadi. Sedih apabila mengenangkan. Malam itu suram dengan peristiwa itu.


Keesokkannya..


"Mama… ika nak pergi lawat Rasul kat hospital."
Air mata ana bergenang lagi tanpa ditahan. Disuruh makan, ana tidak mahu. Lagi laju selepas menerima berita bahawa dia semakin kritikal. Hamdan, adik ana pasrah dengan berita yang akan diterima walaupun dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Ana lihat adik ana itu ke bilik solat dan menunaikan solat sunat. Hati semakin tersentuh. Pada waktu malamnya, mama ana meminta agar Ayah Su ana dan Mak Su ana yang merupakan pengantin baru pada hari tu untuk dibawa ke wad icu. Terlihat sebujur jasad di pembaringan. Hmm.. Semoga engkau cepat sembuh. Ana pulang ke Kisas agak lewat daripada biasa. Sahabat2 ana di Kisas mula risau dan mendoakan semua berjalan lancar. Hari seterusnya ana perlu pulang ke Kisas.



“ Mama, macam mane Rasul?”


‘…Hmm.. sabar la ika.. Allah lebih sayangkan Rasul…”



Gangang telefon diletakkan setelah memberi salam kepada mamaku. Air mata mencurah2 tanpa dapat ditahan. Segala kenangan silam tergambar di mata. Ana merebahkan diri di katil sambil menelekupkan muka ke bantal. Ya Allah… cucurilah rohnya.. Sahabat2 ana datang menenangkan ana yang agak lemah di waktu itu. Dunia terasa gelap seketika. Malamnya, ana sedekahkan yassin buatnya dan solat ana dibasahi air mata yang mengalir tanpa henti. Peperiksaan Sijil Khas Kolej tak dapat ana jawab dengan baik kerana terkenang akan arwah. Ana menjawab dengan tangisan.



“ Ika jangan nangis, nanti dia kan tersiksa..” Sahabat ana menasihati. Hmm.. benar katamu wahai sahabat.. Ana mengesat sisa air mata yang masih berbaki..



Kini, genap tiga tahun engkau pergi adikku..
Kak ika harap dirimu berada di samping roh2 orang yang soleh..
Sesungguhyan kak ika juga akan menjejaki dirimu dik…


Wallahua’lam
~~<@
ana dapat berita dari papanye selepas 40 hari pemergian arwah, papanya bermimpi berjumpa dengan arwah dalam keadaan yang sangat bersih dan kacak. Kuburnya terbentang luas. Subhannallah. Semoga itu petanda yang baik untukmu.. Al fatihah..


"Allah matlamatku"

07 March 2009

Penapis kecil ana..



"Mama tak suke kamu pakai!"


Satu tusukan kata2 terus menusuk kedalam hati ana bile mendengar kata2 mama itu. Ana tahu mama dan abah bimbang denga keselamatan ana bile ber'filter' nie. Tapi hatiku tetap yakin dengan niat ana ini. Sudah 2 bulan ana setia bersamanya kemana saje ana pergi. Pergi makan di kedai, berjalan2 di pasaraya bersama sahabat2 ana, makan bersama sahabat non-muslim. Mereka semua dapat menerimaku seadanya malah ada yang bertanya denganku tentang filter nie. Ana tak rasa didikriminasikan pun malah semangat ana untuk teruskan perjuangan islam tu makin berkobar. Dengan cara ini, ana dapat memberi pemahaman kepada semua sahabat ana yang islam itu bukan extream!! Tapi kenape pemakaian ana ini dipanggil extream?!! Semuanya gara2 orentalis yang sengaja melabelkan golongan yang ingin memperjuangkan islam ini extream supaya masyarakat takut untuk dekati mereka dan ana tidak akan biarkan semua itu terus berlaku..


"ika dengar tak mama cakap nie? Abah pun dah sedih tu.."


Serta-merta air mata kesedihan mula membasahi 'filterku'. Dari setitis kepada entah berapa ml pun ana tak tahu. Ana terdiam seribu bahasa bile mama berkata begitu. Perbualan di telefon hanya menjadi satu hala. Setiap kata2 mama, ana dengari dan bertambah laju pula kilang air mata beroperasi. Satu demi satu sedu berbunyi dari dada ana.. Sahabat ana disebelah mula terkejut dan menenangkan diri ini. Memang mereka tak sedar sebab tak nampak ana dah berjujuran sejak tadi. Diri ini ingin bersuara, tapi tersekat pula suara ana dikerongkong. Huhu.. tak dapat untuk diteruskan lagi kata2.Di dalam hati berdoa, Ya Allah lembutkanlah hati kedua ibu bapaku..


Selepas solat asar, air mata berjujuran kembali.. hati ini semakin pedih dan mencari2 kekuatan diri. Ya Allah, tolong hambaMu ini yang lemah. Bukan aku tidak mahu mendengar kata2 ibu bapaku. Tapi hatiku kuat mengatakan bahawa ini jalanku dan pilihanku. Ku mohon redhoMu dan redho kedua orang tuaku. Adakah jalanku ini salah? Hatiku bermonolog lagi. Telekung sudah basah lencun dengan air mata ana yang memang bergelen2 ni.




Penyokong Kuat Ana...
... Salam adik...
... Salam. nape?...
...mama ngan abah marah lagi ke?....
... tak dah...
....pastu?...
...pastu ape?...
...ika boleh pakai ke?...
...hmm.. tak boleh rasenye...
...huhu.. dah bile ika boleh pakai?...
...tak tahu la.. tapi pakai je kat maktab tu. Itu hak peribadi..
... tapi, mama dan abah marah.. camne?...
... tak pe..yang tu tak pe.. macam pakai serban jugak. Orang susah nak terime.. cikgu hafizah kat sekolah pun pakai. Tapi waktu ngjar die bukak. Takde masalah pun..( cikgu hafizah nie ajar kimia kalau tak silap)
... cakap kat mama dan abah ika minta maaf..
... k, salam..
Rasenye, perbualan ana dan adik ana nie dah gambarkan segala2nya. =).. syukran adikku yang sentiasa menyokong kakakmu ini.. Memang adik ana mengetahui apa yang tersirat dihati ana tiap kali memandang muslimah2 'ninja' nie. My bodyguard ni akan senyum dan galakkan ana untuk teruskan niat ana tue. huhu.. Dia lah adik and abang ana. Sebab ana takde abang. Oleh kerana adik ana nie besar cam ayah orang, so takde beza pun. Hati ana berbunag riang kerana ada yang menyokong dari belakang.
Baitul Muslim ana?
Tibe2 sahaja ana terfikir tentang kehidupan ana akan datang. Hmm.. adakah bakal suami ana akan terima keadaan ana nie? hmmm...
Yang pasti ana akan buat bakal suami ana bangga kerana memperolehi isteri yang akan menjadi sayap kiri perjuangan nya yang akan melengkapi hidupnya. InsyaAllah..

"Allah matlamatku"

06 March 2009

Mencari Ketenangan...

Alhamdulillah kerana telah dikurniakan ketenangan yang sungguh nikmat. Sambil mendengar bait2 lagu dendangan Hafiz Hamidun and Irshade, Taubat, buat hati ni bertambah sayu plak. Muhasabah diri dengan kekhilafan yang rasanya dah banyak ana lakukan. Hai.. terfikir tak kite sama ada Allah terima atau tidak taubat kite nie ye? Wallahua'alam. Semoga diterima taubat kite semua.

Kita selalu cepat lupa bile bergembira dengan sahabat2 handai, bergelak ketawa. Lupa bahawa kita telah diperhatikan olehNya. Tanpa sedari kita dah buat satu kesilapan yang Allah tak suka. Hai.. Tapi tak mengapa kerana Allah itu maha pengampun.. Tapi bile dah buat salah tue, kenalah cepat2 bertaubat dan jangan ditangguhkan kerana ajal itu bila2. kan?

Kat sini ana nak letak lirik lagu Taubat yang ana maksudkan tue. semoga dapat manfaat bersama...
Hati hiba mengenangkan,
Dosa-dosa yang kulakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa,
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
terimalah, terimalah, terimalah,
taubatku ini
Telah aku merasakan,
derita jiwa dan perasaaan,
kerna hilang dari jalan,
menuju redhoMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
terimalah,terimalah,terimalah
taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta,
moga taubatku diterima..
Ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
kukesali kejahilan ini,
terimalah,terimalah, terimalah,
taubatku ini
"Allah matlamatku"

My friends.. special entry for u my dears

Salam sahabat2 ana semua. Sebenarnye ana tak tahu nak post ape untuk kali nie.First time rase mcm kekeringan idea sebab sebelum nie ana ni memang ader je benda nak citer kat semua kawan2 ana especially teman seperjuangan ana di kampus ni lah. Yang buat dorang semua kadang2 dah tak tahan nak dengar. Hehe.. Asif ya ukhti2ku. kalau tak ana yang selalu bercerita dengan kamu semua, sape lagi? nanti rindu plak nak dengar orang bercerita. Kan fizah?.. saje mempopularkan nama sorang sahabat ana ni yang memang selalu jugak dikenakan oleh ana. Hehe.. Pagi tadi waktu assembly dah terkena lagi. Kasihan dier, tapi saje je sebenarnye. Tanda ukhwah kite semua ya uhkti.. Ana ni memang pelik sikit dari sahabat2 ana yang lain. Bukan la ana ni pelik sebab ader keupayaan terbang or bergerak pantas seperti kelajuan cahaya. Tapi berbeza sedikit la dari sahabat2 ana. Hanya orang yang rapat sahaja tahu.. rahsia kita. =). Ok lah, kali nie ana nak post special entry for my loves.. Banyak nyer cinta hati ana... heheh.. My friends kat sini la.. yang comel, yang baik, yang cantik dan banyak lagi la yang nyer..(seronoklah deme kena puji. huhu)
Diperkenalkan sahabat2 ana ni~~<@
--> Farahin(rumet ana)
Farahin nie merupakan rumet ana sejak dari semester 2 lagi sebab mase semester 1 ana duk ngan orang lain yang bukan satu course. so, nak mudahkan kami pun pakat2 tukar rumet yang same course sebab nak mudahkan gerak kerja kiterorang. Ana ngan rumet ana nie memang jenis selambe je and banyak berkongsi barang. Hp ana hp dier, hp dier hp ana jugak. Rumet ana sorang nie memang suke sangat berniaga sebab memang family background pun berniaga. Cam ana la. Die ni dulu memang sangat2 suke ngan bola sepak sampai ajak ana yang memang buta bola ni teman die tengok. Kerana sayangkan sahabt, ku pergi jua. Heheh.. tapi sekrang minatnyer dah berkurang dan telah beralih ke arah perniagaan HPA. Adui.. macm2 la rumetku walaupun ana pun same jugak duk niaga HPA. Hehe.. ayat yang selalu die guna, marilah memajukan ekonomi umat islam. Dan ekonomi die jugak. haha..=). Lupe plak, rumet ana ni ader kembar. dan die ni asal dari Kedah Darul Peace..hehe.. rumet ana ni memang kocik dari ana.. tapi jaga2 dengan dirinya. (huh.. ye ker? Kunci bilik pun selalu kome pegang, adakah perlu komer berjaga2 darinya?) hehe.. ok next..
Hafizah or Fizah...
Hmm.. fizah ni memang ana suke kacau die selalu sebab die seorang yang sangat CEMAS. =). jangan marah ye fizah. Fizah nie kalau kami pergi makan, and die lewat, kami akan pakat2 misscall ramai2 supaya die gelabah. Pastu die akan datang dengan cutenye. Berlari2 anak dan tangannya yang bergerak2 ke kiri dan ke kanan cam kartun.(hmm? camne tue ye? hanya ana je yang dapat tafsirkan..) Fizah nie ana suke sangat sakat die dengan bab kahwin and cinta sebab nanti die akan cakp "aku tak nak kawin!!".. Hehe.. saje je sebenarnye buat die fobia gitu. Nanti die akan tutup telinga and mintak kami tukar topik. Wawa.. kasihannya fizah sahabtku yang cumel nie.( ye ke?=)) Selalu jugak la jadi alarm kami kalau ader keje2 yang kena buat. assignmnet sume. memang sahabat yang selalu mengingatkan kami tentang study. Kalau cuti tue, comform la dapat msg " wei, korang dah siap ke assignment?". Ana pun akan menakutkan die. I'm completed. nanti mulalah die gabra.. seronoknyer tengok die gelabah. heheh.. Bukan saje ye tapi suke tengok die gelabah sebab cute and suke lah. Kalau tak de fizah nie, tak complete la group kami nieh. Kalau si fizah ni suke gelabah, ana akan buat muka selamba sajer. Bukan ape, nak tenangkan hati fizah tue. nanti kalau semua gelabah, habis lah kan.. ok next.. Lupe lak, die ni orang Peghak..
Arah or Environmentalist kami..
Arah ni name sebenar die Farahana. tapi short name, arah sahaje. Die nie suke sangat senyum dan sangat bersemangat waja. Cepat buat assignment berbanding kami yang lain. Ana suke panggil die "tulang". hehe.. Bukan ana je tapi kawan2 ana pun sebab die kurus sangat. Selalunye kami akan akan cakap macm nie, Arah tulangmu bergerak... Krek... krek.... ampun Arah.. huhu.. Gurau je. kalu tak panggil dirimu begitu, hidup kami tak ceria. Tapi, you complete us.. heheh.. Die ni kelantanese ye. Asal dari air lanas. Pandai orangnyer dan suke bercakap. Ana suke ajuk loghat kelantan nyer dan die pun selalu jugak kacau ana, So, fair and square na.. hehe.. Kami panggil die ni environmentalist sejak Mr Earnest call her like that. dah lupe why sir called her wif that name. But memang die nie seorang yang mencintai alam sekitar pun. Siap kempen lagi. Ye la Arahh...
Airinto....airin..
Airin ni miss perfect kami la. Segala sifat kesantunan ader kat dier. Memang layak la nak wat menantu. Sopan je tapi jangan dicabar teacher kite nie. sekali die cakap kat dalm kelas, memang semua orang akan senyap sebab her voice sangat sukar didenagari. hehe.. walaupun ana duk sebelah die je. tapi idea die mantap sangat sampai ana pun akan terhenti dari menulis untuk berfikir ape yang airin cakap nie.. Ni pun Kelantanise jugak nie. kalau die cakap kelantan, ana pun dah pening kadang2. Tapi faham je.. Yang pasti die ni ader ciri2 gadis timur la.. Ana? Heheh.. tak tahulah.. orang lain menilai kan? Airin ni jenis berkomitmen kalau buat kerja and suke keluar sorang2. kami sangat risau kat dier nie, nanti kena culik lak.. Heheh..
Akhir sekali, adik kami nie.. Sue
Cik sue ni pun orang kelantan jugak. Adik kami nie memang suka sangat cakap kedah walaupun bunyinye jadi cam siam sket. Taram je lah sue.. hehe.. Memang sikap adik tue memang ketara lah dalam group kami. Kami memang layan die macm adik dan kadang2 die panggil ana kak ika. Kalau salam cium tangan. Adik yang mithali and mudah meletup. selalunyer Farahin la akna tenangkan die and bagi nasihat kalau ape2 berlaku. Adik kami nie masih innocent. heheh.. Kalu ana nasihat memang pelik sket la. Muke serius nanti tibe2 dengar suara di belakang... sue.... Panggilan kakak pada adiknya untu teguran.. Sue nie terer jugak in English and die tak kisah orang nak cakap ape pun asalkan ape yang die buat tu betul. Suke tolong kami semua bile time nak cucuk duit sebab dier bwak motor. sangat berani orangnyer. tapi adik sue, jangan berani sangat ye...=)
Itulah die cite sahabat2 ana yang pelbagai identiti yang mencuit hati ana. Setiap sahabat ana ni memang menyempurnakan hidup ana. Kalu tak der sorang memang tak lengkap lah. Ika sayang dengan antum semua kerana Allah Taala. Semoga kite semua berjaya dalam exam nanti dan jangan lupe doa tau. Akhir kata, peliharalah tingkah lakumu wahai sahabtku dan nasihat- menasihatilah antara kita ye. dan satu peringatan buat kite semua...
Wahai sahabatku,
Sesungguhnya aku menyayangimu kerana ku sayang pada agamamu..
Segalateguranku adalah tanda kasihku padamu..
Kerana aku bimbang dirimu leka dengan dunia yang bakal menggodamu..
Biar hatimu kadang2 terluka kerana nasihatku yang tajam..
Demi menyelamatkan dirimu..
Bukan ku sengaja melukakanmu tapi aku ingin menyelamatkanmu dari tipuan nafsu..
Maafkan aku andai diri ini bersalah,
Kerana aku adalah insan lemah..
Moga nanti jika diriku juga ada melakukan khilaf...
Engkau hadir bagi merungkaikannya..
Sahabtaku...
Aku menyayangi dirimu....=)
salam sayang.... Ukhti Nurul Atika...
"Allah matlamatku"