expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

14 January 2010

Kenali Mad'u anda....


“Enta tidak mahu berjumpa dengan Ainul Mardhiah ke? Di syurga nanti, bagi sesiapa yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan dapat berjumpa dengan Ainul Mardhiah” Kata Alif yang memakai serban di kepala kepada beberapa orang pemuda yang melepak di tepi jalan. Terkebil-kebil mata mereka mendengar kata-kata Alif tersebut. “Ainul Mardhiah tu sapo?” Kata Ali sambil mengerut dahi. “Ainul Mardhiah tu artis ke? Single lagi? Hahahah” Pekik Zakwan sambil gelak tawa memecah suasana. Sebenarnya pemuda-pemuda tersebut adalah antara kutu rayau yang ada di kampung tersebut. Setiap hari, kerja mereka hanya melepak, mengacau perempuan yang lalu lalang dan selalu lah jugak membuat persembahan secara tak bertauliah di tepi jalan bersama gitar cabuk.Jadi seorang pemuda yang baru balik dari Mesir iaitu Alif cuba memberi nasihat kepada pemuda-pemuda itu. Tapi, dia plak yang ditertawakan. Kenape ye? Apa yang diberitahu salah ke? Atau adakah ianya sesuatu yang lawak? Atau…. Dakwah yang disampaikan tidak berkesan? Tidak berkesan? Sebab? Hm?


Okey lah, situasi diatas di’create’ oleh ana sendiri yang mungkin berlaku di sekekeliling kita. Atau mungkin berlaku pada diri kita sendiri. Ana tak arif sangat untuk membincangkan bagaimana cara untuk kita berdakwah kepada mad’u-mad’u yang sememangnya tak pernah ambil tahu tentang agama islam itu sendiri. Kalau mereka ambil tahu,mestilah mereka akan faham apa yang islam tegah dan apa yang islam anjurkan. Kan? Berbalik kepada peristiwa diatas. Apakah kekurangan dakwah yang disampaikan oleh saudara Alif dalam penyampaian beliau? Maklumat tak sampai dan apa yang diberitahu oleh Alif tu, langsung tak difahami oleh kaki-kaki lepak tu. Disini la peranan da’I atau naqib/naqibah untuk mempelajari ilmu psikologi atau mungkin jugak pedagogi untuk berdakwah kepada mereka yang tidak faam tentang islam. Mereka ini adalah individu yang hanya islam pada surface sahaja. Tidak menyeluruh kerana tak memahami dan menghayati konsep السلام نيظام الحياة iaitu islam itu sebagai cara hidup kita. Jadi, cakap la tentang Ainul Mardhiah ke, tentang perjuangan kea tau tentang sirah nabi ke, mereka tidak akan faham dan menjadi tanggungjawab kita untuk memahamkan golongan seperti ini. Caranya bagaimana?


Ana bawakan suatu keadaan untuk kita fikir-fikirkan bersama. Sewaktu kita mula-mula masuk sekolah dahulu, adakah kita terus pandai mengeja, membaca dan mengira? Kita hanya tahu sekolah adalah tempat untuk belajar dan kena pegi sekolah. Lepas pegi sekolah, balik sekolah. Dapat buku-buku yang cantik, dapat kawan yang ramai dan boleh main. Itu adalah the first impression kita tentang sekolah. Kemudian, guru kita akan mula mengajar kita dengan mengenalkan kita dengan huruf-huruf, nombor-nombor. Bile cikgu sebut, kita ikut. Kadang-kadang tu berkali-kali kita kena sebut dan ikut kata guru kita. Tengok pula bagaimana guru yang mengajar kita tu. Macam-macam bahan dan alat bantuan mengajar yang mereka buat dan sediakan untuk kita. Kadang-kadang tu kalau kita tengok cikgu-cikgu prasekolah kena beli kad a,b,c lah nombor lah. Nampak macam kebudak-budakkan tapi itulah yang diperlukan untuk memastikan anak murid dapat memahami dengan mudah mengikut level masing-masing.


Jadi… apa pulak kaitan dengan dakwah? Cubalah aplikasikan apa yang ana ceritakan diatas dengan method dakwah kita. Kita sebagai seseorang yang ingin menyampaikan islam kepada orang lain harus mengenali dan mengkaji terlebih dahulu siapa golongan mad’u kita. Adakah mereka kaki rempit? Bohsia? Kaki lepak? Budak ponteng sekolah, dan sebagainya. Penting bagi kita untuk membuat research terlebih dahulu mengenai kegiatan mereka. Ini adalh sebagai pemudah cara buat kita untuk masuk dan menyesuaikan diri dengan mereka dan senang cerita untuk menjalinkan ukhwah diantara mereka. Jangan kita merasakan mereka ini adalh golongan yang hina atau kita tak layak u

ntuk dekati mereka. Dakkwah lah secara berhikmah dan bijaksana. Bukan semua orang dapat menjadi seorang yang fleksible dan dirinya mudah diterima dalam masyarakat. Jangan jadi seorang individu yang hanya berada didalam kelompok kita-kita sahaja. Dekati sahabat-sahabat yang semakin hanyut dan menjauhi islam. Kadang-kadang kita sibuk menyalahkan orang lain yang menyatakan bahawa golongan yang kaki masjid, join usrah, naqib dan naqibah adalah golongan yang conservative , tak bercampur dengan orang dan pasif. Sebab ape? Tanye diri sendiri bagaimana pergaulan kita dengan mereka yang sepatutnya kita rapati da dekati. Jangan kita menunding jari kepada orang lain jika mereka menuduh kita dengan pelbagai tohmahan tetapi jadikan ianya sebagai suatu teguran yang membina yang dapat membuatkan kita muhasabah diri dan berusaha untuk membaiki kekurangan yang ada.



Sememangnya menjadi seorang da’I yang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya adalah suatu tugas yang berisiko. Kerana apa? Sebab sama ada kita terikut mad’u kita atau mad’u yang ikut apa yang kita nasihat pada mereka. (Itu adalah pandangan peribadi ana dan sekiranya ada teguran tentang hal ini, amatlah dialu-alukan.)Kalau kita sendiri tak kuat nak hadapi cabaran daripada mad’u yang pelbagai latar belakang, kita mungkin boleh terbabas. Jadi peranan sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam satu barisan untuk saling bantu membantu. Dakwah ini tidak boleh dijalankan secara bersendirian. Kita perlukan sahabat-sahabat disisi untuk membantu . Iman kita ni, yazid wa yankuz. Berkurang dan bertambah dan memerlukan teguran dan peringatan setiap masa supaya kita dapat memperbaiki diri kita setiap masa. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur sahabat yang lain kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sahabat yang menggalakkan kita berbuat kemaksiatan itu adalah sahabat yang dibawah pengaruh syaitan. Jadi berhati-hati lah dalam memilih sahabat ye…


Okeylah, berbalik kepada method penyampaian dakwah yang berkesan ini perlulah dipelajari oleh para da’I sekalian. Nabi Muhammad pun berdakwah secara berhikmah dan bijaksana. Ana sebenarnya tidak lah terlalu arif tentang perkara ini tetapi sekadar perkongsian daripada apa yang ana perhatikan disekeliling ana. Kenapa dakwah tidak berkesan? Banyak berpunca daripada cara penyampaian yang tidak berkesan. Mungkin pendekatan yang lebih baik seperti berusaha untuk menjalinkan ukhwah terlebih dahulu sebelum memberi kefahaman kepada mereka tentang islam sedikit demi sedikit adalh suatu method yang berkesan. Biar lambat asalkan berkesan dan dapt diterima. Dakwah Nabi Muhammad pun berlangsung dalam tempoh yang lama sebelum syiar islam itu tumbuh bagai cendawan di seluruh dunia. Mungkin juga ada dakwah yang disampaikan dengan level atau tahap yang tinggi kepada mad’u berkesan kerana kaedah penyampaian yang berkesan. Bergantung kepada cara penyampaian kita kepada golongan yang masih mencari-cari erti islam itu sendiri.


Hm2… dah banyak ana berceloteh disini dan bimbang juga kalau tulis panjang-panjang nanti ke laut plak. Huhuhu.. Kesimpulannya disini, kita sebagai golongan yang memahami tanggungjawab seorang khalifah itu iaitu berdakwah dan menjalankan tanggungjawab amar ma;ruf nahi munkar ini perlu meneliti dan mengkaji bagaimana method dakwah yang berkesan bagi para mad’u kita demi untuk menjaga kesejahteraan islam itu. Kita menyampaikan kerana Allah taala dan sebab atas dasar kasih sayang kita sesama mukmin. Islam itu agama persaudaraan. Akhirnya, ana barharap kita semua dapat menjadi para da’I dan pejuang Allah yang tebaik. Jalankan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan sabar. InsyaAllah… wallahua’alam..


P/s : Sebarang komen2 untuk dikongsi, amtlah dialu2kan.. Syukran.. (^_^)

10 January 2010

PROVOKASI mencetus EMOSI

‘Ustaz, apa pandangan ustaz tentang isu penggunaan nama Allah bagi agama Kristian?’ Soalan ini dituju oleh seorang sahabat ana di kelas setelah pelbagai isu yang kami kupaskan bersama. Isu itulah yang membuatkan surat khabar menjadi sangat laris seperti pisang goreng yang sangat best dimakan diwaktu petang. (penulis mungkin sedang lapar). Ustaz ana cakap isu ini hanyalah sesuatu provokasi yang digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu. Mungkin juga kepentingan politik dari golongan tertentu. Hm2… kite fikir2kan bersama ya. Ana pun tak berani nak comment pasal politik ni sebab ana bukan lah yang arif walaupun diberi gelaran yang arif suatu ketika dahulu.


Bertitik tolak kepada isu penggunaan nama Allah bagi agama Kristian juga telah menimbulkan sentiment yang tidak enak kepada agama islam. Kerana apa? Beberapa buah gereja telah dibakar dan siapa yang membakarnya? Orang akan menunding jari kepada Islam. Siapa yang mengapi-api kan mereka? Orang Islam sendiri.. Setelah mendapat pendedahan mengenai isu ini, ana berfikir. Apabila berlakunya pembakaran gereja ni, tak ke menjadi penyebab bagi penganut agama lain untuk menyatakan islam itu pengganas? ARE WE TERRORIST??? Bukankah Islam itu penuh dengan mahbbah, dengan kasih sayang dan suci. Kenapa kita membakar gereja2 itu dengan penuh emosi sekali tanpa memikirkan kesannya kepada agama kita sendiri. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan terlalu emosi dalam menangani sesuatu isu.Nabi Muhammad pun menangani setiap isu yang berlaku dengan penuh berhikmah dan orang bukan islam dapat terima dengan baik. Jadi, janganlah kita terlalu gopoh kerana tindakan itu hanyalah merugikan diri kita sendiri. Orang kafir menyatakan kita terrorist dan kita tegakkan pendirian kita dengan menyatakan kita bukan pengganas. Tetapi tindakan segelintir pihak yang membakar greja-gereja tersebut telah membuktikan bahawa Islam itu sesuatu yang ganas. Tercalar sudah nama Islam. Bukanlah ana menyokong tentang penggunaan nama Allah bagi agama Kristien tu, tapi bukankah para ulama kita dah nyatakan pendirian mereka.


“berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.”

Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

*Ana copy pendirian ulama’ kita kat sini. Diingatkan, ini bukan bicara politik tetapi sebab individu di atas ini merupakan individu yang luas ilmunya.



Takpe lah berbalik kepada isu bakar gereja tu, lebih baik kita bertindak secara berhikmah daripada bertindak secara emosional. Dalam perlembagaan pun dah diberitahu yang penganut agama lain tidak boleh menyebarkan dakyah mereka kepada umat islam. Jadi, kita dah ada undang-undang yang boleh dikenakan kepada pihak yang cuba untuk menyelewengkan nama Allah untuk agama mereka bagi memesongkan akidah umat islam. Jika mereka lakukan perkara sedemikian, kita bertindaklah kan. Tapi bukan dengan cara pergaduhan yang hanya akan membawa kerosakan kepada nama Islam itu sendiri. Ikuti cara Rasulullah menangani permasalahan umatnya dahulu. Nak cerita tentang sirah nabi pun ana tidak arif tetapi ana tahu setiap tindakan baginda Muhammad saw adalah yang terbaik, terindah dan berhikmah. Dalam situasi perang pun baginda tak membenarkan tentera islam memusnahkan rumah ibadat kaum kafir. Tapi kite? Hebar bebenor sampai nak bakar gereja tu… Itu lah hikmah Rasulullah tidak membenarkan rumah ibadat kaum kafir dibakar. Kerana baginda tahu kesannya pada agama Islam dan cara yang berhikmah ini juga dapat menjadi satu dakwah umat islam kepada kaum kafir.


Okey la.. setakat ini dahulu coretan hamba. Maaf seandainya terkasar bahasa. Ana hanya menyatakan pendirian ana dan juga beberpa sahabat-sahabat yang lain yang mungkin berfikir seperti ana. Syukran buat ustaz-ustaz dan sahabat-sahabat yang dah meng’clear’kan ana tentang isu ini. Apa-apa pun kita inginkan kehidupan yang aman dan sesungguhnya Islam itu agama kasih sayang dan aman. Jadi, elakkan kontrovesi, jauhi provokasi.. heheh… Peace no war…

الاسلام نظام الحياة

05 January 2010

Jom share petua ni.. mari mengaji..


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian. Ana baru je habis kelas bahasa arab tadi dan sekarang dah tercatuk di depan laptop. Kelas Fiqh Ibadah sambung plak jam 5 nanti. huhuh.. Penat tapi tak pe lah. Hari ni pun not feel well dan rase sedih je memanjang. Hm.. Sebelum kelas tadi dah baca al quran untuk menenangkan hati yang tengah sedih ni.. Ya Allah kuatkanlah hati ana ni. Nak menangis tapi tak nak menangis. Pendam perasaan ni. Kuat2!!.. Tak pe lah, kite tinggalkan perasaan ana yang sedang berkeceramuk tu dan kite berkongsi ilmu yang ana dapat daripada ustaz ana waktu kelas tahfiz minggu lepas. Hari ni nak kongsi petua tapi bukan petua nak cantik muka atau petua nak memasak ke ape.


Petua yang ana nak kongsikan ialah... BAGAIMANA NAK MUDAHKAN DIRI MENYEBUT HURUF AL QURAN DENGAN LAHJAH YANG BETUL dan NAK BUAT SUARA JADI SEDAP BILA MENGAJI. Ini petua dari ustaz ana yang hafiz dan ajar ana tahfiz al quran.


ok, untuk petua yang pertama, macam mana nk buat sebutan huruf al quran tu betul lahjahnya. Ustaz ana cakap kite kena selalu bersihkan lendir-lendir kat lidah kite tu. Jangan gosok gigi sahaja. Kenape? sebab sebenarnya bakteria banyak yang melekat kat lidah kita berbanding lidah. Sebab tu lah macam keras je lidah tu nak sebut huruf al quran dengan betul. Jadi bersihkan selalu dan buang segala kekotoran di lidah tu. Bagi yang lidahnya pendek dan menyukarkan mereka untuk sebut dengan betul, cube tarik lidah tu selalu. Ustaz ana cakap kalau kat pondok-pondok hafal quran tu, selalunye student die akan amek daun kelapa. Kemudia mereka gulungkan dan bersihkan lidah dengan daun tu.


Ok, untuk petua yang kedua plak, untuk dapatkan suara yang sedap bila mengaji tu. Ustaz ana cakap, selalulah tolak lelangit dalam mulut kite supaya jadi melengkung, bukan mendatar.Tolak lelangit ke atas. Ustaz siap cakap lagi yang Siti Nurhaliza tu pun lelangit die melengkung. Ye ke idok tak tahu le ana ni. Heheh.. Mungkin ade yang cakap dah tua dah. Lelangit dah keras nak dibentuk. Takpe... kita ikhtiar pun bagus dah. Jadi, kesimpulannya, bile dapat anak nanti tolak lelangit anak-anak kite tu biar nanti melengkung and suara sedap terutama bile baca al quran. Sejuk mendengar nye.. Tapi tajwid pun kena mantap juga la kan.

Hm2.. jadi itu lah dua ilmu yang dapat ana kongsikan bersama-sama sahabat semua. Buat Erma, sahabat ana, tika post kat sini jela ye pasal petua ni. tak sempat nak cite kat ym. Semoga kita dapat amalkan bersama. InsyaAllah. Selamat beramal!! (^_^)

P/S : Entry ini ditulis dalam keadaan sedih. Huhuh.. tapi perkongsian itu penting.. hehehe..

01 January 2010

Selamat tinggal 2009....Entry pertama 2010


Assalamualaikum sahabat-sahabat ana yang dikasihi Allah swt sekalian. Genap sudah 21 tahun ana hidup di bumi Allah ini walaupun tarikh lahir sebenar ana lagi 16 hari lagi (adakah ini promote?). Di bumi Allah, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ini ana meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Ana meninggalkan tahun 2009 yang penuh dengan suka dan duka kehidupan ana, yang telah banyak mentarbiyyah diri ana untuk menempuhi realiti kehidupan yang sememangnya bukan mudah. Tahun 2009 yang banyak membuatkan ana menitiskan air mata. Tahun 2009 yang telah membuka mata ana tentang siapa itu sahabat, siapa itu musuh dan siapa itu kafirun laknatullah. Tahun 2009 yang banyak membantu ana menjadi gadis yang kuat dan tabah.


Kini tahun 2010 menjelma dan ana tidak tahu apa pula cabaran hidup ana. Tahun 2009 yang lepas berlalu dengan begitu pantas sehingga ana tidak terasa pemergiannya. Ana tidak terasa bertapa lamanya setahun itu. Semuanya singkat dan pantas. Tiada masa untuk ana memikirkan bagaimana ingin menghiburkan diri ana, bagaimana ingin mencari keseronokkan. Kerana apa? Di dalam kepala ini sarat memikirkan masalah-masalah yang membelenggu diri sehingga family ana sendiri merasai keperitannya. Subhanallah.. ujian Allah ini telah mampu ana hadapinya dengan sokongan keluarga dan sahabat-sahabat. Masih terasa hangat air mata ini tatkala menerima kekecewaan itu. Masih terasa kehangatan air mata yang bergenang di saat diri ini tahu "dia" orang yang disangka dapat membantu ana dan sahabat-sahabat telah memberikan ana racun. YOU KILL ME!! Tapi ana kuatkan hati biarpun masih terasa kesakitannya di dalam hati ini. Luka diluar memang tidak nampak, tetapi di dalam hati ini dah cedera parah dan kalau boleh di scan, rasenye dah parah sangat. Tapi secara yang tak nampak lah. Tapi ana masih mampu menguatkan diri dengan kekuatanNya. Tidak mengapalah ana dimusuhi begini kerana yang memusihi ana pun kafir. Orang kafir memang tidak mahu islam bangkit. Sunnah untuk kita umat islam berjuang, pasti ada tentangan.


Masih juga terasa bahu ini di sentuh tangan ibu yang memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk melangkah meneruskan perjuangan biarpun terpaksa bertatih dari mula. Biarkan. Ana sanggup ya Allah jika ini ketetapanMu buatku sejak azali. Ajaib benar jalan yang Allah tentukan buat ana. Ana sangka mudah, rupanya berliku-liku dan ana berpatah kembali dari asal. Dari syariah ke English kemudian kembali semula kepada syariah. Subhanallah, pelik tapi itulah kebenarannya. Jangan kita sangka apabila kita sudah hampir-hampir menggapai kejayaan, kita pasti akan dapat mengecapi apa yang kita inginkan. Adakala Allah menarik kamu kembali ke asal atau peringkat yang bawah untuk menguji keimanan kamu. Adakala Allah menguji begitu kerana itu adalah tarbiyyah buat kamu. Alangkah beruntung diri ana kerana ditarbiyyah oleh Allah swt. Alhamdulillah..


Di sini, ana mengaplikasikan apa yang ana perolehi dahulu dan disini juga akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ana bersyukur kerana ana dapat berada dan mengenali pelbagai persekitaran di sekeliling ana. Luas pengalaman dan ilmu ini lah sangat sukar untuk kita perolehi sebenanrnya. Pengalaman itu adalah ilmu yang tidak boleh dipelajari melalui buku-buku, tidak juga boleh didapati dengan mempelajarinya dari guru. Tetapi ianya diperolehi apabila kita menghadapinya dan ilmu inilah yang mematangkan diri kita.


Jika ada ilmu tetapi tidak aplikasi, tidak membina pengalaman diri juga tidak membuatkan seseorang itu berjaya. Ibarat teori sahaja yang menari dibibir tetapi tidak ada penghayatan dan praktikalnya kosong. Sekadar pendapat ana setelah meniti kehidupan hampir 21 tahun ini.


Oleh itu, ana berharap tahun ini akan memberikan ana pelbagai pengalaman yang bermakna yang boleh menjadi bekalan buat ana untuk hadapi kehidupan dengan lebih matang. Tidak lupa juga amalan yang perlu dilipat gandakan kerana kita hidup menuju kematian dan untuk bertemu Allah. Perjuangan ana terhadap islam juga tidak akan berhenti selagi jantung ini berdegup dan ana akan tetap dengan jalan ana InsyaAllah..


Buat adik-adik ana di KIPSAS, semoga antum semua juga akan bersama-sama ana dalam perjuangan ini. Bangkit dengan semangat cintakan agama dan mempertahankan undang-undang Allah. Belajar syariah undang-undang bukan kerana gahnya course ini, pekerjaan yang hebat, tetapi kerana ingin memperbetulkan apa yang salah di muka bumi Allah ini. Uhibbukum fillah...


P/S : InsyaAllah nanti gambar classmate ana, bakal pendakwaraya(hehe).. akan menyusul..