Ana kuat… Ana tak menangis… Ana gadis yang tabah… Ini semua ujianNya…
Namun itu semuan cuma kata-kata dibibir sahaja sebagai pemujuk hati yang kesedihan menanggung kesakitan diuji. Disaat itu jugalah setitis demi setitis manik-manik jernih meluncur keluar daripada kelopak mata yang sugul. Hipokritkah ana??
Puas batin menjerit agar dikuatkan perasaan, ingat Allah, minta kekuatan dariNya namun kedengaran juga sedu-sedan seiring nafas yang menghembus.Sahabat disisi bertanya itu dan ini dan ada juga yang meminta nasihat kerana masalah yang dihadapi. Namun diri ini masih mampu menghipokritkan diri bahawa diri ini tidak sedih, tidak punya masalah yang menikam jiwa. Sabar…sabar…sabar…
Kadangkala terhambur juga kesedihan itu tapi ditapis dengan gurau senda supaya orang lain tidak rasa susah hati dan tidak nampak kesedihan itu. Hmm… Bila disaat ana bersunyi-sunyi denganNya, maka terhambur segala tangisan dan keluhan yang terpendam dalam hati… maka basah lah pipi ini.. Tiada yang memujuk melainkan dengan meminta kekuatan dariNya.. Jika ada yang perasan tangisan ini sedang laju mengalir, sedaya-upaya mengelak agar tidak disedari oleh orang lain. Bermacam alasan dikeluarkan.. Pening kepala lah, migraine la, sakit mata lah, tertekan lah, dan bermacam-macam alasan lagi..
Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini… amin..
InsyaAllah mulai minggu hadapan bermulalah perjalanan hidup ana as student dengan seriusnye. Hm? Selama ni tak serius ke? Serius je, tapi untuk sesi semester kedua ni perlu lah lagi fokus dan serius dalam pelajaran tu. Semakin bertambah semester semakin bertambah subjek dan semakin bertambah juga kadar kesusahan untuk menguasai sesuatu subjek. Alhamdulillah semester pertama yang lepas dapat ana tempuhi dengan baik walaupun dalam keadaan ana masih terkial-kial membiasakan diri dengan situasi tempat study yang baru. Dan untuk semester kali ni, ana harap ana dapat memperbaiki lagi tahap usaha ana. Bukan sahaja dari segi akademik tetapi diri ana pun perlu diperbaiki jugak. T_T.. sesungguhnya ana insan biasa yang mudah alpa dan terlalu banyak kekurangan makhluk.
Bermula minggu hadapan juga, pihak akademik telah memaklumkan tentang pertukaran jadual. Tadi, ana pun pergi la dengan sahabat ana Cik adik Hanim ni pergi salin jadual kat depan HEP. Huhu.. jadualnya dah bertukar kepada warna pink. Erk bukan lag jadual tu tibe-tibe bertukar warna tapi jadual jadual yang sebelum ni warnanya putih dan untuk membezakan dengan jadula yang baru, mereka print out dengan kertas warna pink.(perlukah di terangkan disini?). Makanya mataku yang rabun ini semakin berpinar-pinar lah melihat tulisan-tulisan yang kecil lagi banyak dalam satu jadual yang agak besar. Mencari-cari perkataan SUU Tahun 1 Sem 2 dalam banyak-banyak perkataan kat situ ibarat mencari kacang walnut dalam beras (mengarut betul. Tapi itulah gambarannye).
Alkisahnya adalah antara subjek-subjek yang jadual kuliyyahnye bertindih dan ada jugak subjek yang tidak diletak dalam jadual tu. Tapi ana tak tahu lah kot ana yang salah tengok tadi. Dari atas kebawah mata ana ni meneliti jadual tu bersama pensil dan kertas ditangan. Orang di kiri kanan pun tidak diendahkanye bila dah sibuk mentelaah jadual tu. Sampai terduduk pun ade bila nak kaji jadual tu. Rasenye after this kena bawak kanta pembesar bila nak tengok jadula tu. Adeih.. huhu.. Selepas dah salin semua jadual tu, ana edit lah dalam laptop sebabnye nak letak dalam blog batch ana sebagai information budak2 lain. Tapi bile dah buat, ana bertambah pening dengan jadual yang ana salin. Alamak.. nampaknye ana memerlukan Kak Ira untuk membantu ana dalam menyalin jadual ni. Tadi dah text kat Kak Ira nak suruh dia tengokkan sekali lagi jadual tu. Ana pun mungkin kena turun balik dari tingkat 3 ni untuk semakan balik jadual tu. Turun dan naik membuatkan nafas ana seperti nyawa-nyawa ikan sahaja. Tapi tak pe, nak belajar kena bersusah payah. Kan??? Jangan mengeluh nanti usaha kita tu sia-sia sahaja di sisi Allah Taala.. astaghfirullahazim..
Hm2.. jadinye mungkin petang ini ana akan mulakan ekspidisi turun tangga dan mengkaji jadual pin tu lagi sekali. Semoga mata ana ni tajam untuk mengenal pasti jadual kelas ana sendiri. Huhu. Ya Allah permudahkanlah… amin…
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah taala…
Alhamdulillah sudah seminggu ana memulakan sesi lembaran yang baru bagi pengajian ana di bumi KIPSAS yang penuh barakah ini. Sepanjang minggu ini, masih belum bermula sesi pengajaran dan kuliyah. Just sesi pengenalan sahaja dengan beberapa lecturer baru yang mana pada semester lepas tidak mengajar kami. Hm2.. betul ke ayat ana tu??? Agak lame meninggalkan penulisan di blog ni kerana sebab-sebab yang tertentu dan kadangkala tu disebabkan perasaan malas ana sendiri jugak. Jadi kena lah rajin-rajinkan diri plak selepas ini insyaAllah.
Minggu pertama sesi semester kedua ni tak lah sibuk mane dan ana sendiri lebih banyak menghabiskan masa di bilik bersama akak-akak Sabahan ni. Alhamdulillah pada semester kali ini ana punya roommates kedua-dua nya berasal dari negeri di bawah bayu. Kak dila dan kak leny. Jadinya ana merupakan adik merangkap budak paling muda dalam bilik tu walaupun usia sudah 21 dan tak lame lagi dah nak masuk 22 pun. Ok la kan jadi adik sat. huhu.. Akak-akak ni belajar dalam jurusan Dakwah dan Pengrusan (PEDAP) dan mereka juga merangkap kepada tempat ana mengadu masalah dan mendapat khidmat nasihat secara percuma. Almaklum lah, mereka lebih dahulu “makan gula” dari ana. Sedikit sebanyak pengalaman dan teguran dari mereka mematangkan diri ana jugak. Dan sememangnya ana ni sejak dari sekolah dulu pun memang jenis suka berkawan dengan akak-akak yang lebih berusia daripada ana. Kenape ye??? Huhuh.. entah lah… mungkin sebab ana lagi selesa dengan orang yang lagi matang kot. Ape-ape pun sebilik dengan akak-akak ni memang seronok. =)..
Dalam masa seminggu ni jugak ana banyak menghitung, mencongak dan membuat calculation tentang diri ana sendiri. Hm… sememangnya ana adalah gadis yang lemah dan banyak kekurangan dalam diri ini. Kadangkala ana terasa takut pula untuk hadapi dunia yang semakin penuh dengan kemaksiatan ni. Terasa sangat sesak nafas ini berenang di dalam lautan dunia yang penuh dengan kedustaan. Kadang-kadang tu terasa nak jadi macam ashabul kahfi tu je. Melarikan diri ke sebuah gua kerana ingin menyelamatkan iman dan sudah tentu anajuga ingin menyelamatkan iman ana yang tersangatlah rapuh dan nipis ini. Bimbang dan takut seandainya iman yang tipis ini terus-menerus terhakis dalam jiwa akibat kerakusan dunia yang semakin hari semakin menggoda ana yang sememangya selemeha-lemah makhluk. Benarlah bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin. Di dunia ini terlalu banyak dengan nikmat yang boleh melalaikan manusia dan melupakan sang pelupa seperti kita. Jika kita tidak punya iman, maka terhapuslah kita bersama-sama nikmat dunia yang menyesatkan itu. Nauzubillah..
Ana mengharapkan masih ada lagi suatu ruang buat ana untuk memelihara iman ana yang tipis ini. masih ada waktu untuk ana mengembeling tenaga untuk kembalikan zaman islam yang telah semakin hilang ditelan masa. Mengembalikan kegemilangan islam seperti dahulu. Agar diri ana dan juga sahabat-sahabat muslim ana, terpelihara iman mereka dan mendapat ganjaran daripada Allah swt. Dan ana juga pinta kepadaNya agar diampunkan dosa-dosa ana dan sahabat-sahabat ana yang kadangkala alpa dengan nikmat yang diberikan. Yang kadangkala hanyut dengan kemaksiatan.
Sahabat-sahabat ana semua, marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan memohon keampunan kepadaNya dan moga-moga iman kita terpelihara sehingga kita bertemu denganNya kelak. Jangan biarkan diri kita hanyut dengan gelombang arus dunia. Kuatkan dayungan imanmu untuk ke “pulau akhirat” dan mendapat keredhoanNya. insyaAllah..
Pagi pertama untuk sesi kedua ana di bumi perjuangan
Alhamdulillah…
Menyingkap jendela dan melihat keindahan alam di subuh hening (walaupun masih gelap)
Terasa kesegaran di setiap rongga nafas ana..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah, pinjamanNya yang sementara..
Teringat pula pagi di bumi wakafan yang tenang lagi medamaikan…
“ Pertama-tamanya kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmatNya masih dapat kita merasai dua nikmat terbesar yakni nikmat islam dan iman… Alhamdulillah”