expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

04 June 2012

learn how to change

gambar hiasan : sepasang anak saudara yang mengajar saya erti bersabar  untuk menjaga budak-budak.. hehe

Assalamualaikum...

  Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu disini. Mungkin disebabakan malas untuk menulis lagi dan saya rasa bukan mungkin tetapi memang tepat sekali saya sudah kurang menulis sejak kebelakangan ini. Puncanya? Mungkin disebabkan perubahan iklim, budaya danjuga persekitaran yang merubah hobi dan keinginan saya. Okey.. saya tipu lagi. Huhu.. sememangnya kemalasan melanda diri untuk mengadap laptop dan menulis sebab sejak akhir-akhir ini saya selalu menulis dengan tunggang terbalik sekali ayatnya. Macam sekarang ni.. kan? saya terlalu sibuk sehingga saya sendiri tidak berkesampatan untuk menulis cora-coret hati saya. Bila saya tertekan atau ada sesuatu yang ingin diluahkan, saya akan cari teman-teman dan bercerita sampai penat dan mereka tak larat nk dengar. Semuanya gara-gara tak sempat nak menulis dan juga malas nak menulis juge..


Kali ni saya nak cerita tentang belajar untuk berubah. Saya.. Nurul Atika Binti Rosli sememangnya sangat sukar untuk merubah diri saya semata-mata kerana orang lain walaupun perubahan itu adalah ke arah kebaikan. Dengan makna lain saya sangat-sangatlah tidak suka bersikap hipokrit kerana orang lain. Mungkin juga boleh cakap saya ada ego yang tinggi terhadap orang lain? Boleh la jugak kan.. Mungkin disebabkan saya adalah seorang anak bongsu yang terasa dirinya masih belum matang dalam kehidupan menyebabkan saya tidak mahu berubah kerana memikirkan orang akan cakap saya naive dan takkan salahkan saya kalau saya buat silap.. (teruk sangat tu..). nak dijadikan ceritanya, hadir seorang hamba Allah yang betul-betul dah ajar saya tentang kehidupan yang sebenar. Serius saya memang seorang yang naive dan saya pandang kehidupan ni hanya sama aje.. cool.. nothing can be change dan saya hanya akan berubah  through out the nature.. (betul ke languange saya tu?). Saya tak berusaha pun nak ubah diri saya tetapi saya suke sangat-sangat meneliti kehidupan orang lain dan saya akan mengerutkan dahi dan dalam hati cakap... owh.... lepas tu saya tengok orang lain plak.. huhu.. itulah saya.. (ok saya rase ayat saya dah mengarut sekarang ni)


Saya sangat rase best untuk dilihat sebagai seorang yang sangat cool dan takde perasaan.. Hm2.. Sebab tu bila saya dah mula diberikan oleh Allah taala untuk mengikat janji dah berkahwin saya rasa itu bukan diri saya.. hehe.. hakikatnya lama-kelamaan saya rasa bersyukur bahawa saya dilahirkan normal dengan perasaan yang pelbagai-bagai itu.. Semua itu telah merubah perwatakan saya yang cool ni kepada seorang yang lebih menghargai perasaan orang lain dan menyayangi family saya. Great kan kuasa Allah?? hehe..Kemudian saya dilanda kekeliruan mengenai how i will carry out myself bile saya dah bergelar zaujah nanti.. Huhu.. saya pun mula la bertanya dengan Puan Sarah as isteri muda yang sekarang pulang ke kampung untuk melawat suaminya.(haha.. sorry puan).. saya bertalaqi ilmu rumah tangga dan tanggungjawab as wife dengan dia walaupun dia cakap ku baru setahun jagung dalam kehidupan itu.. hehe.. namun katanya memberi impak yang besar buat saya sendiri. "Bila dah berkahwin, perlu sedia untuk ditegur dan berubah".. Ooooooohh.. snap!! Macam mana saya nak carry semua tu?? Dah biasa kot sorang-sorang tanpa perlu fikir pandangan orang lain kecuali pandangan mama abah.. huhu...


And yup semua tu not easy for me.. lalu seorang teman yang penyabar selalu ada untuk menasihati saya dan dia memang sabar betullah dengan saya.. huhu.. katanya.. kita perlu berubah demi orang yang kita sayang dan juga untuk menjaga perhubungan sesama manusia. Memang susah kita nak berubah kepada sesuatu yang bukan kita tetapi why not kalau perkara tu memberi kebaikan kepada semua orang.. kan? dan.. kita niatkan semua tu kerana Allah taala.. insyaAllah ada keberkatannya.. Bila kita dah berkahwin kita berubah untuk pasangan kita sebab kita nak bina keluarga yang bahagia dan diberkati Allah.. kalau waktu bujang selalu makan ikut dan, bila dah kahwin kena jaga permakanan sebab kita ada orang yang kita nak jaga dan kita tak nak susahkan pasangan kita kalau kita sakit. Huhu.. kena jaga makan juga waktu sbelum kahwin sebab nanti mama abah risau kita sakit.. see? nak tak nak kita kena berubah untuk orang kita sayang.. Tapi yang paling baik adalah berubah sikap tu kerana Allah taala.. anggap itu sebgai ibadah sebab nak gembirakan saudara muslim kite... insyaAllah..


Saya rasa saya banyak mengarut je dalam ni.. Ape2 pun sahabat-sahabat semua ambil yang baik-baik aje ye.. yang buruk tu buang jauh2.. saya tak mau tanggung dosa atas semua tu.. huhu.. ok ye... actually tengah bersabar dengan karenah hard disk yang bermasalah.. hehe.. Sabooooor.. ok ye.. wassalam.. 


10 March 2012

Disebalik nama Nurul Atika

Assalamualaikum..

Malam-malam macam ni tibe-tibe feel sesuatu.. Hm2.. adik bilik sudah terlena di katilnya dan diriku pula membelek-belek blog kenalan lama.. Ada yang sudah berkahwin dan juniorku rupanya.. Dari mana harusku bermula ye..

kadang-kadang saya sendiri terasa dan ingin sangat-sangat berkongsi cerita di sebalik diri saya sendiri. Orang yang menilai diri saya pasti akan menyatakan bahawa saya ini tegas dan sangat serius orangnya. saya tak kisah. Disebalik diri saya ini ada suatu cerita yang sangat indah yang anda-anda semua tak boleh tahu sehingga waktunya. =). Indah sangat-sangat. But saya masih perlu tunggu untuk diceritakan kepada semua. keajaiban dan kekuasaan Allah taala itu. =)

Saya kerisauan tadi memikirkan keselamatan seseorang yang bakal penting dalam hidup saya. Namun Allah lebih menjaga seseoarang itu. Alhamdulillah. Apabila terkenang kenangan lalu, buat saya tergelak seoarng diri. Sulit dan cukup sulit untuk saya ceritakan. Anda nantikan saje ye. Bukan niat saya mahu berjiwang karat disini. Cuma mahu menceritakan betapa saya bersyukur dengan menjadi diri saya sendiri dan Allah aturkan kehidupan saya ini. 

Sepanjang penantian untuk ke saat itu nanti, benar-benar menguji keimanan saya sendiri. Hingga membuatkan ibu bapa saya sangat-sangat bertegas dengan diri saya. Huhu.. Dan kadangkala saya merasakan bahawa saya perlu give up dengan penantian itu. Tapi tak boleh. Saya harus bersabar.

Sukar ye untuk diceritakan sesuatu yang masih menjadi rahsia..=)... 

p/s : saya tak tahu apa yang saya bebelkan.. =p

27 February 2012

i'm blurrr..

Assalamualaikum.. Hujung minggu yang lepas perasaan ini teramatlah merindui seorang budak kecil bernama Nurul Ain Najihah yang dah berumur setahun 3 bulan.. makin banyak cakap plak die walaupun pelat..  Jadi diriku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman.. Ape yang terjadi?? Inilah yang terjadi…


Wan(nenek) :  Berapa umur kamu sekarang..?(guna bahasa standard)

Aku : 23 tahun..

Wan : Tua dah tu.. kawen je la.. bile habis belajar ni?

Aku : Erk?? Habis belajar diploma bulan 10 ni.. pastu sambung lagi dalam 4 tahun sambung degree..

Wan : (sambil membilang dengan jari).. Haih?? Nanti habis belajar dah 27?? Kawen je la.. kamu tu muka matang.. nanti susah pulak.. tak perlu disekat-sekat lagi.. kesian plak nanti.. orang perempuan ni tak boleh kawen lewat-lewat.. buat ape la belajar tinggi-tinggi nanti semua akan mati juga.. jangan dikejar dunia tu sangat.. nanti wan tak sempat nak tengok kamu kahwin.. (ade lagi la tambahan cakap-cakap nenekku itu..)

Aku : erk… tak tahu la.. nak belajar lagi.. erk.. mama abah suruh belajar dulu.. tak boleh fikir pasal kawen lagi.. (diriku tersangatlah blur waktu tu tak tahu nak cakap ape..huhu.. senyum aje)

Itu dialog antara cucu dan neneknye.. kemudian masuk scene lain plak.. kat kedai makan bersama nenek dan mamaku..

Wan : Yah.. bagi kawen je la anakmu ni.. dah tua dah.. umur 23 dah..

Aku : Erk.. (alamak… cover sambil minum air dan buat-buat tak tahu)

Mama : Biar die sambung belajar dulu.. tak de benda nye la.. Ade peluang sambung belajar.. nanti susah nak belajar bile kawen..

Aku : (sengih aje… buat-buat tak tahu lagi)

Wan : (mula mencuitku).. biarlah.. boleh je belajar pun.. bagi kawen je.. tua dah tu.. nak buat ape kejar dunia sangat.. mak ni bukan hidup lama pun.. Nanti tak sempat nak tengok anakmu ni kawen..

Mama : Mak ni.. biar lah die belajar dulu.. mak tengok saya dah la…

Aku : ….(pening dah)..


So?? Ape nak buat??? Diriku pun tak tahu lah nak tentukan nasib diri sendiri macam mana sebab diriku ini memang tak reti nak pilih sendiri tanpa kedua ibu bapaku.. So..wait and see sahaja lah ye.. Biarlah Allah yang menentukan takdir yang terbaik buat hambaNya ini.. =)


moral of the story : payah la kan bila dah dewasa ni.. orang sekeliling mula nak settlekan jodoh kita.. huhu..