expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 July 2014

Moga jadi wanita yang Qawwiyy

Keputusan permohonan untuk Diploma Siswazah dah keluar.. Alhamdulillah.. Permohonan diterima dan insyaAllah akan mengikuti kelas bagi Diploma Kehakiman dan Guaman Islam Syariah... Kelas tiap hari sabtu atau mungkin juga ahad... diulangi.. kelas tiap SABTU atau AHAD..

Semester depan juga insyaAllah bermulanya episod kehidupan sebagai seorang suri hidup seorang lelaki bergelar suami.. Dan masa yang perlu diperuntukkan juga mulai berubah...

Fulltime Degree's student + Wife + Pelajar Diploma Siswazah

Aku berfikir sendirian.. entah dari mana semangat ini datang untuk aku harungi kesemua benda di atas di saat ada yang cuba untuk mengelakkan diri dari mengambil diploma siswazah ini kerana bimbang tak mampu walaupun hanya bergelar seorang pelajar degree dan bujang.. Adakalanya aku menghitung-hitung.. mampukah diri ini?? Tapi aku masih punyai semangat mahu mengejar impian yang tertangguh.. bagi aku, peluang dah berada di hadapan, maka hanya perlu grab dan tempuhi..

Alhamdulillah hasil perbincangan kedua pihak (pihak aku dan juga pihak yang bakal mengetuai aku), beliau memahami perjuanganku.. memahami cita-citaku dan merelakan apa yang aku putuskan.. Maka sangatlah perlu aku didik diri ini menjadi seorang isteri yang baik dan solehah nanti.. 

Aku mohon pada Allah agar diberikan kekuatan untuk aku menjadi seorang wanita yang Qawiiyun untuk menghadapi kehidupan di masa akan datang.. insyaAllah....

06 July 2014

Detik Persediaan Yang Penting

Aku menghitung waktu? Kadang-kadang ya.. kadang-kadang aku biarkan masa itu berlalu tanpa aku fikir apa akan aku tempuhi nanti.. Dan masa menjadi begitu pantas sekali..

Adakalanya aku merasa detik bahagia setelah kian lama berperang dengan birokrasi masyarakat.. bermain air mata.. menahan sakitnya sabar..

Adakalanya aku bimbang kerna kurangnya persediaan.. tapi aku fikirkan matlamat akhirnya.. Di situ aku mula serius memikirkan tanggungjawab..

Perkahwinan..

Serius aku sedikit malu untuk menulis secara terang-terangan tentang ini.. Tetapi.. cuma ingin lontarkan pandanganku di saat ini..

Aku mohon moga Allah tidak lalaikan aku dengan kebahagiaan perkahwinan hingga lupa matlamat akhirnya.. moga seimbang tanggungjawabku dengan cinta yang bakal di sulam di dalam dunia perkahwinan..

Moga menjadi semakin dekat kepadaNya...

Cukup sampai di situ..

01 July 2014

Point Of View

Pint of view.. pandangan.. pendapat.. opinion... semuanya akan berubah seiring pengalaman hidup dan kematangan seseorang hamba yang bernama manusia... dan pandangan mereka dan aku juga berbeda.. Pandangan mereka untuk urusan " itu" semuanya tampak bahagia.. manis.. dan menggembirakan...

Mungkin... mungkin aku juga begitu dahulu.. melihat mereka berjaya ke arah "itu" aku di jentik cemburu.. aku juga mahu begitu.. aku tidak mampu melihat sejauh mereka yang telah menempuhinya..

Kini.. berbaki sebulan lebih.. aku bakal tempuhi jalan "itu".. aku mulai gusar.. ragu-ragu.. kebimbangan... aku minta nasihat dari rakan-rakan.. moga aku tetap pendirian.. dan berani menempuhi cabaran di hadapan..

Kata nendaku.. mereka yang menempuhi jalan "itu", ibarat menanggung bebanan gunung di bahu.. aku kaget dalam senyum.. orang lama bersuara.. dan mereka lebih tahu.. Aku hanya memohon kepadaNya agar urusan kehidupan nanti dipermudahkan.. membina hidup.. membentuk salah satu penyumbang kepada kewujudan masyarakat..

Dalam kepalaku berlegar-legar.. bersediakah aku... multitasking.. kemahiran yang lain... adakah aku tahu?? Tiba-tiba jadi blurr tak menentu.. selama ni hidupku hanya bergelumang buku dan buku.. adalah juga aku berniaga, buat kerja di dapur, dan kemahiran yang perlu untuk "itu".. tapi bukanlah hingga ke tahap saban hari.. mungkin setahun hanya beberapa kali.. kerana kehidupanku sering di hostel.. bukan di rumah..

Aku punya pengalaman berhujah... buat assignment.. jawab exam.. menjadi pemimpin pelajar.. buat program.. buat kertas kerja.. tapi.. mampukah itu semua membantuku nanti..

Mungkin aku banyak berfikir.. mungkin aku akan belajar nanti... bak kata sahabatku yang berpengalaman.. tempuhi sahaja.. insyaAllah kau akan belajar nanti... hm.. aku harap begitu.. moga Allah bantu.. insyaAllah..


pesanan penaja : Kalian lihat "bestnye" nak hadapi hidup baru.. tp my point of view.. bimbangnya nak pikul tanggungjawab baru.. wallahualam...

06 March 2014

Blog Jadi Sunyi


Assalamualaikum... sekian lama membiarkan blog sunyi tanpa apa-apa perkhabaran.. Kali terakhir menulis di sini pada tahun lepas bulan Disember.. Agak sibuk dengan tanggungjawab lain.. sehingga tidak lagi menyempat untuk mencoret ape-ape.. Dan mungkin juga blog kini tidak menjadi trend untuk di baca.. kerana facebook telah menjadi tempat favourite semua orang berkongsi cetusan rasa.. Bagus juga.. maka dari situ akan ku lihat aku menulis kerana mahu di baca atau ape.. kan??

Alhamdulillah umurku telah menjangkau ke usia 25 tahun.. satu umur yang mana kalau di UKM ini, aku masih tidak ketemui mereka yang umurnya lebih dari itu melainkan pelajar-pelajar master atau mungkin dari fakulti yang lain.. Aku tetap 17 tahun dari sudut kematanganku.. ku kira begitu.. adus.. ayatnya sunggu sastera.. 

Alhamdulillah juga.. berkat kesabaran yang sangat lama.. dan mungkin orang lain lebih lama lagi.. tahun ini menjadi tahun perubahan tanggungjawab buat diriku.. menghadapi fasa baru kehidupan.. moga Allah pelihara dan permudahkan segalanya.. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. Kadangkala bukan kerana Allah berikan rezeki itu dalam bentuk material.. tetapi dari sudut kelapangan.. harta yang sedikit dirasakan cukup.. duit yang sedikit, dirasakan banyak.. begitulah.. alhamdulillah.. moga Allah ampun dosaku dan aku beryukur atas nikmat ini...


Banyak berita yang mengembirakan buatku untuk tahun ini.. Mama dan abah bakal berangkat mengerjakan umrah bersama wan dan ayah ngah hujung bulan ini...Aku mendapat biasiswa daripada JPA.. alhamdulillah.. Hujung bulan ini ada majlis besar untuk diriku.. dan selepas raya ini insyaAllah majlis yang lagi besar juga buatku.. majlis besar tak bermakna besar-besaran.. tetapi hari aku menerima tanggungjawab yang baru... Alhamdulillah di atas kesemua nikmat yang Allah berikan buatku... moga aku menjadi insan yang bersyukur dan sentiasa perbaiki diriku.. Biarpun aku tahu, aku sering juga terleka..

Semoga Allah merahmati kedua ibu bapaku, adik beradikku, guru-guruku.. dan semua yang mengenali dirku.. wallahualam..