expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

09 March 2016

Semua Allah Punya





Fitrah kebanyakan manusia..
Tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki..
Melihat orang lain punya kerja yang hebat..
Melihat orang punya wang boleh berbelanja apa suka..
Melihat orang lain gembira punya anak kecil yang comel..
Semua dirasa beruntungnya mereka.. kasihannya aku..
Namun sedarkah kau wahai manusia..
Apa yang mereka miliki dan engkau miliki itu milik Allah Taala?
Dan Allah akan berikan sesuatu yang engkau perlu..
Bukan sesuatu yang engkau mahu..
Sedarilah..
semua yang ada di dunia ini adalah ujian buatmu..
Dan yang kamu miliki hanya Allah Taala..
maka berhentilah melihat kelebihan orang lain..
Carilah kecukupan itu dengan menjadikan Allah sebaik-baik pergantungan segala harapan..
Cukuplah Allah bagiku..
Wallahualam..

Random~

Assalamualaikum..

9 Mac 2016
Makmal Komputer FPI, UKM
9.04 a.m

Berkemundang sayup-sayup suara imam mengalunkan bai-bait indah ayat suci al Quran di masjid UKM. Hari ini berlakunya peristiwa gerhana matahari dan seingat aku ini kali kedua aku perasan berkenaan dengan gerhana matahari ini. yang lepas-lepas aku tak ingat. Kali pertama sewaktu aku di IPGM Ipoh dan aku menyaksikan kehebatan ciptaan Allah itu bersama-sama sahabat di tengah padang hostel. Hari ini juga aku tak perasan email dari ustaz tentang penangguhan tutorial jam 8 pagi ini ke waktu jam 11 pagi. (punyalah aku lekas-lekas bangun pagi tadi takut terlewat sampai UKM). Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya aku boleh update sedikit blog usang tanpa pembaca ni. 

Aku terfikir-fikir tentang duniaku selepas habis pengajian ini. serius aku cukup risau sebenarnya. Sebab aku terlalu lama berada di dalam pengajian sampai aku sendiri tak pasti kemampuanku untuk terjun dalam masyarakat. Bermuamalah dengan mereka yang mungkin jauh lebih berpengalaman dalam bidang kerja. Di usia 27 tahun, aku bimbang mereka yang di luar have more expection about me. Jujurnya masih kurang keyakinan diri.

My husband told me untuk drive car sendiri. Aku tak tahu dah berapa lama lesen kereta terperap dalam dompet ini dan hanya digunakan untuk renew lesen saban tahun. Bukan tak mahu bawa kereta sendiri, tapi aku masih takut-takut untuk drive sendirian. Bilamana husband memberi suggestion untuk aku drive ke kampus, aku cuma berdiam diri. Try to convince myself dan kadang-kadang tu aku still takut. Kereta KL ni banyak sangat dan aku bimbang aku bakal merosakkan kereta my husband. (ok. aku bagi alasan). InsyaAllah aku mohon doa agar aku diberi kekuatan untuk berdikari)

Siapa yang tak mahu jadi isteri yang boleh urus kerjaya, drive sendiri tanpa bantuan suami melainkan yang perlu sahaja. Kadang-kadang aku mencari juga kekuatan untuk jadi iron lady ni. kawan-kawan yang dapat lesen lewat dari aku pun dah merata drive sana sini. 

Banyaknya urusan yang perlu difikirkan. Lepas habis belajar, dunia kerjaya pula. Mencari kerja lah kite.. perlu start edit resume dan apply kerja dari sekarang. Oh ye.. aku juga mohon Allah kurniakan rezeki cahaya mata pula selepas ini. Mungkin aku akan lebih kuat bila punya anak. siapa tahu kan? Terus jadi superlady.(muka senyum..muka senyum)

Ok la.. setakat ini dulu. Moga semua dalam lindungan Allah selalu ye. InsyaAllah.. =)

23 February 2016

REZEKI ITU HAK MILIK ALLAH

Mana milik kita..
Tidak ada milik kita..
Semua yang ada Allah yang punya..

Tergelak kecil bilamana suami melantunkan bait-bait ini dengan melodi yang salah. Ya.. aku seorang yang sensitif bila terdengar lirik atau melodi yang aku hafal dinyanyikan dengan cara yang salah (muka senyum..muka senyum). Dan suami pula seorang yang selalu fail dalam bab ni. (hehe). 

Berbalik kepada lirik lagu nyanyia ustaz asri Rabbani ini, sememang ia amat mendalam untuk difahami. Rezeki kita di tangan Allah swt dan hanya Dia yang memilikinya. Hari ini aku ingin kongsikan soal rezeki.

Orang kata cabaran di awal usia rumah tangga ni memang banyak. Indeed. Salah satunya ujian kewangan pluss di zaman ekonomi negara kita sekarang ni. Tambahan lagi hanya suami yang bekerja dan isteri ini masih sibuk di nabasiti (Ustaz Azhar Idrus oyak). Kadang-kadang di hujung bulan hanya cukup-cukup sahaja. Entah berapa kali usaha untuk menyimpan tidak menjadi-jadi. (hehe). Biasalah. Tapi aku percaya pada konsep rezeki. Allah akan beri rezeki yang kita perlu dan InsyaAllah cukup. Siapa sangka kadang RM100 itu tak cukup untuk belanja kau sorang untuk seminggu itu cukup untuk sepasang suami dan isteri selama seminggu. Itu bukan mimpi ya tapi realiti. Macam mana boleh cukup? Itu kau tanya Allah swt yang memberi berkah terhadap rezeki buat sepasang suami dan isteri. 

Itulah rahsia keberkatan rezeki yang Allah kurniakan. Bukan aku nak cakap mereka yang bujang ni hidupnya tak barakah. Cuma mungkin lack of responsibility sikit kot sebab kalau duit tak cukup, PAMA ada. (Haha.. jangan tipu sebab diriku pun pernah bujang).


Dapat pointer yang bagus juga rezeki. Bukan mahu menjaja cerita tapi ini realitinya. Hidup sebagai seorang isteri dan dalam masa yang sama seorang pelajar nabasiti banyak cabarannya. Aku pernah cerita kot dalam makalah sebelum ini. Di kampus kau pelajar, tapi di rumah kau ada tanggungjawab untuk dilaksana. Biarpun suami seorang yang memahami dan menyokong, tapi sanggup kah biarkan suami sendirian dan kau hanya sibuk dengan urusan belajar sahaja. Dan itu menyebabkan  kau akan cuba untuk bahagi masa. Agar bisa menjadi Qurratul Ain buat suami tercinta. Masa studymu limit dan kau perlu cepat catch up apa yang patut di dalam kelas. Belum lagi kalau dah punyai anak. Tapi ini bukan keluhan tapi kebahagiaan seorang pelajar bergelar isteri. ^^. Dan aku syukur atas rezeki Allah taala dengan keputusan yang aku sendiri tidak jangka. Bukan sebab aku bijak(bijak la sangat) tapi doa suami dan mereka-mereka yang lain. Berkahnya lain macam. =). Semua dari Allah Taala. 

Alhamdullillah setelah beberapa kali keluar masuk dunia dropship dan online bisnes, aku berjaya juga istiqamah dengan jualan pakaian yang menutup aurat. Mungkin sebab aku suka dengan gaya muamalah islami itu dan pakaiannya. Niatku hanya mahu seramai yang boleh memakai pakaian wanita muslim dengan sempurna walaupun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah hasilnya mampu membantu suami biarpun hanya baru bermula. Kadang-kadang aku sendiri tak menyangka customer datang bertubi-tubi sedangkan aku baru bermula. Sejuk tanganku handle satu-satu. Bimbang tersilap di mana-mana. Dan aku anggap ini semua rezeki Allah swt. Dia berkemampuan untuk ambilnya kembali. Hanya aku harap keredhaan Allah semata-mata dalam usahaku untuk masyarakat mulai menutup aurat.

Apa-apa pun semuanya adalah milik Allah. Rezeki milik Allah. Jangan abaikan konsep keberkatan dalam rezeki walaupun sekelumit pun. Jujurlah dalam mencari rezeki kerana setiap yang kau dapat itu bakal jadi darah dagingmu sendiri. Itu sahaja perkongsianku di petang ini. Wallahualam.

p/s: panjang juga entry ni. Kalau menulis latihan ilmiah laju macam ni kan bagus. Huhu.

Tengah pening dan asyik rasa mahu muntah sejak pagi. Andai itu tandanya,
mohon doa ya. =)


16 December 2015

Menulis Dengan Hati

Assalamualaikum. Ayuh menulis dengan ikhlas dan datang dari hati. Jika mahu menulis apa yang ada di dalam benak hati ini memang rasanya sangat sukar sekali. Terlalu banyak yang ingin dicerita hingga tak tahu mahu mula dari mana. Biasanya tangan in akan mengetuk keyboard ini mengikut tajuk yang ingin diceritakan. Tapi kali ini, aku cuba untuk padamkan tajuk dan mula menulis dari hati ini. Hati yang sudah berusia hampir 27 tahun (lagi tak sampai sebulan).

Banyak sekali ujian dan kegembiraan yang datang dalam hidup ini. Sepanjang 26 tahun pluss-pluss ini. Sungguh terlalu banyak. Buat pemikiran dan sudut pandangku juga mulai berubah. Dari seorang kanak-kanak yang tidak mengerti erti masalah dan susahnya hidup dan seterusnya menjadi seorang remaja yang sringkali memberontak dalam hidup dan hanya memikirkan dirinya sendiri tanpa fikir orang lain dan seringkali ikut hati. dan akhirnya berpihak di bumi ini dengan gelaran dan tugasan sebagai seorang isteri yang menuntut aku menumpahkan kasih sayang sepenuhnya kepada suami. Dan semua itu membuatkan bukan aku sahaj bahkan manusia lain juga berubah,



Entah kenapa hatiku ini terasa mahu menangis. Dan sedikit sahaja lagi air mata mahu menumpahkan dirnya dari mata. Barangkali kerana aku menulis tentang rasa hatiku yang sebenar-benarnya. tanap mahu judgement dari orang sekelilingf. hanya menulis dari hati ini. Aklu memikir banyak perkara di sekelilingku. Aku melihat manusia di sekelilingku. Aku lihat mereka-mereka dan termasuk aku post pelbagai cerita di Facebook. Aku melihat ramai orang mahu cantik dan promosi pelbagai alat kosmetik dan produk kecantikan untuk cantik. Aku melihat semua orang menulis di Facebook soal peribadi dan macam-macam lagi. dan aku juga buat. Jauh di sudut hatri aku bertanya, kenapa ya manusia lakukan itu dan ini? Mahu dambakan siapa ya yang membacanya? Kamu-kamu yang mahu cantik, tahukah kita semua bakal ketemu yang esa? Aku yang hanya punyai sedikit kebaikan dan mungkin sudah muflis dek pendustaan dan dosa yang aku lakukan, tahukah aku bahawa aku juga akan pergi menghadapnya?

Ya.. walaupun kadang-kadang kita semua lupa dan leka dengan segala macam nikmat dunia.. Sibuk memikirkan masalah dalam kehidupan sehari-hari. Kadang-kadang kita tak jaga percakapan. Kadang-kadang kita riak, kita cemburu dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Kita berubah di atas muka bumi Allah ini. Tapi aku tahu jauh di sudut hati kalian tetap fikir tentang MATI. 

Aku juga begitu. Seorang yang kadang-kadang lupa langsung tentang nikmat dunia. Kadang-kadang terlalu gembira. Berbuat dosa. Tapi semalam, entah kenapa rasa tak sedap hati. Ya Allah aku rasa aku banyak buat dosa hari ini. Aku hanya mohon andai hati ini terjaga dari buat dosa lagi. Peliharalah tingkah laku ku sebagai umat Islam dan hambaMu.

Ya Allah.. aku milikMu. tak punya apa-apa. Ampunkan dosaku dan suamiku. Jadikan kami pasangan yang beriman dan bertemu di syurgaMu. Aku takut andai aku tak ketemu suamiku dan ahli keluargaku di akhirat nanti. Ya Allah aku sayangi ahli keluargaku keranaMu. Maka peliharalah mereka. Sayangilah mereka. Jadikan kami ahli Jannatul FirdausMu. Ameen.

Moga curahan rasa ini juga menjentik hati kalian yang membacanya. Aku menulis dengan hati. Mari bersama ke syurga.