expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

29 November 2017

MY ECTOPIC PREGNANCY 2016 PART I

Assalamualaikum..

Tadi aku saja la scroll down entry list aku untuk tahun lepas. Rupanya aku tak pernah cerita ye tentang pengalaman aku di operate sebab Kehamilan Luar Rahim atau Ectopic Pregnancy. Tak pe la. Untuk permulaan pada post TTC aku, aku start dengan pengalaman aku berhadapan dengan EP atau Ectipic Pregnancy ni.

Actually aku disahkan hamil oleh alat penguji kehamilan a.k.a UPT ni pada tarikh 14 Mei 2016. Untuk kali pertamanya aku dapat dua line di UPT yang mana aku sendiri tak percaya sampai aku test sebanyak 3 kali. Pada awalnya aku tergerak hati untuk cek sebab my breast rasa sakit mencucuk-cucuk dan emosi aku pun tak seberapa stabil. Aku sebenarnya macam tak sangka sebab aku rasa aku baru je lepas Period dalam seminggu sebelum tu. wallahualam. 

Then, sepanjang aku pregnant tu dalam 2,3 hari macam tu aku rasa sakit belakang sampai nak duduk pun kena alas kat belakang. Aku jadi tak tahu nak makan ape sampai suami sebut semua makanan yang kalau sebut sekarang memang best pun aku tak lalu. Aku boleh menangis sebab tak tahu nak makan ape. Suami aku gelak. Cis. huhu.. Sampainya hati dia gelakkan aku. Nasib baik sayang suami. Then dalam dua hari kemudian kot, ada bleeding dekat baju aku waktu aku bangun tidur pagi. Aku agak terkejut so suami bawak aku pergi klinik. Mulanya doktor tak scan lagi sebab dia cakap awal lagi dan maybe bleeding biase waktu mengandung. Aku pun okay je la. Tapi dalam esoknya kotr aku bleeding lagi. Suami bawa pergi Emergency dekat Hospital Putrajaya tapi aku di refer ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah Persint 9. 

Dekat situ, doktor tu suruh aku baring dan memang dia tengok darah dekat pad tu darah orang mengandung bukan darah period. Doktor tu mula la k\buat TVS (transvaginal scan) sebab  bila dia scan perut aku, dia cakap tak nampak. Masa dia scan TVS tu doktor cakap tak nampak dan dia suspect aku Ectopic. Aku masa tu pening sebab aku tak pernah dengan pun term tu. Ape tu?? Doktor minta aku pergi dekat bangunan sebelah untuk di ambil darah untuk HCG Blood Test sebab nak tengok tahap HCG dalam badan aku. Kalau tak naik 2 kali ganda, so aku maybe hamil luar rahim sebab janin tu tak boleh nak membesar..Test tu di buat untuk dua kali dan kali kedua darah aku akan di ambil after 48 jam.


Balik rumah, aku start search pasal Ectopic Pregnancy. Perasaan aku? mestilah sedih sangat-sangat sebab aku takut nak kena operate. Aku takut aku kena cuti lama sebab ni final year aku dan tak lama lagi nak exam. Thesis aku lagi. dan off course aku sedih juga sebab kami gembira sekejap je kan dengan berita gembira tu. But its okay sebab kandungan still kecil lagi dan masih belum bernyawa. So yang banyak aku risaukan adalah pasal operate dan belajar aku. Aku memang menangis sungguh-sungguh dengan suami aku. Alhamdulillah he support me 100% dan comfort aku. Aku tahu dia pun sedih dan aku memang down tahap ape pun aku tak tahu la. Aku tak boleh nak positive pun untuk next test blood aku ni.

Kali kedua aku pergi pusat bersalin tu untuk di ambil darah dan esoknya aku datang lagi untuk tahu full result. Hari aku nak tahu result tu, memang berdebar la sebab aku tak tahu apa akan jadi pada aku. Aku tunggu sampai nama aku di panggil. Then aku tengok doktor tu macam moody. takut jugak aku. Doktor tu baca result HCG aku dan dia cakap aku punye result HCG tak naik 2 kali ganda. So aku tak dibenarkan balik dan terus di tahan wad waktu tu jugak tanpa belas kasihan.(eh? haha.. sebab aku terkejut kot.. baju ape pun tak bawak). Aku macam terpinga-pinga masa tu dan ada sorang doktor pelatih lelaki ni suruh aku duduk dekat kerusi khas untuk di ambil darah. Nurse yang amek BP aku pun siap suruh aku rileks sebab BP aku naik. Weh, mana tak naik aku terkejut kena tahan wad. Suami aku pun tak tahu citer lagi ni. Then doktor pelatih tu dia cucuk tangan kiri aku untuk drip air sebab sejak kena tahan tu aku tak dibenarkan makan sebab malam tu jugak nak di operate. Memang Emergency sungguh ni. Lepas tu kan doktor tu di cabut balik drip tu sambil minta maaf sebab salah cucuk. Kau rase? Aku rasa macam aku ni patung je dia nak silap-silap cucuk. huhu.. sakit tau. So aku pun bagitahu suami aku yang aku kena tahan. memang terkejut la dia kan. Dia balik amek baju aku semua.



Malam tu aku macam nak nangis je duduk dalam bilik tu. Sorang demi sorang doktor datang cek aku, amek sign aku. Aku still tak puas hati lagi sebab aku tiba-tiba je kena operate tanpa aku prepare ape-ape. Aku pun tak tahu prosedur operate tu macam mana. Aku tak pernah kena operate kot. Dah la suami aku tak leh masuk bilik tu. Dan sepanjang malam tu jugak suami aku tidur kat luar dekat atas kerusi je. Huhuh.. sedih aku ingat balik. Dengan sejuknya.  Aku tanya doktor pelatih lelaki tu memang aku kena operate ke? Aku tanya tak boleh ke x operate dan macam-amacam aku tanya sebab aku tak tahu what the situation. Lastly doktor perempuan masuk dan aku rasa doktor tu memang doktor sakit puan kat situ. Aku tanya macam mana boleh jadi hamil luar rahim, doktor tu cakap sebab dia dah nak tempel kat situ. Pastu dia terangkan la dia akan tebuk perut aku ape semua sebab nak tengok kat dalam tiub tu betul tak ectopic. Dia bagitahu la aku ape kesan dia ape semua. Aku tanya lagi lama tak nak baik sebab aku exam. Dia cakap esok dah operate, petang tu dah boleh lari. Aku rasa tenang la sikit.


Malam tu aku solat hajat dan minta kekuatan dengan Allah. Aku wassup suami aku supaya kuat dan dia lega bila dapat tahu aku kuat nak hadapi dan positif. Cuma dia kesian sebab aku kena puasa. Aku plak kesian dia tidur kat luar tu sebab tak sanggup nak tinggal aku sebab doktor cakap bila-bila je aku akan dipanggil masuk bilik pembedahan.

... aku sambung lagi ye cerita ni dalam part ii. Sebab kepala dah pening tengok screen lama-lama.. hihi.. tunggu..



DAH HAMPIR SETAHUN

Seriuslah?? Dah setahun rupanya tak update ape-ape dekat sini. Sebenarnya daku baru je buat keputusan nak aktif di blog ni balik semula. Katanya nak update pasal dunia TTC, pasal hubungan suami isteri dan macam-macam lagi. Hari ni baru nak log in blog yang memang bersawang tahap ape ni.

Tengok last post bulan Disember tahun lepas. Hehe. Seriuslah!! mana pergi jiwa anda yang memang suka menulis dahulu. Zaman remaja muda belia dulu. Sekarang dah umur 28 tahun dah. Start menulis blog ni maybe dalam 9 tahun yang lepas mungkin. Yang best pasal blog ni, apa yang kite tulis tu keep remain sampai blogspot ni nak delete page daku ni la kan. Yang lagi best bila boleh baca balik penulisan kau sendiri yang mungkin dah banyak yang berubah.

Dalam blog ni daku banyak bercerita tentang pahit getir pengalaman dan ujian hidup dalam nak capai satu kejayaan demi satu kejayaan.

By the way. last week baru habis praktikal di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor untuk DAIJ ni. 2 bulan menghabiskan masa untuk belajar banyak benda kat situ. InsyaAllah nanti akan dikongsikan pengalaman praktikal di sana buat tatapan adik-adik yang mungkin google pasal praktikal di mahkamah ni macam mana. Ala.. macam diri sendiri jugak la.. habis semua di search pasal praktikal dekat mahkamah tapi susah betul nak jumpa. So kerana memahami perasaan anda semua, insyaAllah nanti saya kongsi ye.

Hari isnin baru ni untuk journey for my TTC, aku dah dapat tarikh untuk next appoinment untuk buat Gyneceology Treatment di Hospital Putrajaya. Aku memang saja pilih hospital tu since aku pun memang bekas patient dorang. So dorang senang la kan nak refer history aku kat sana.Perasaan aku? Erm.. alhamdulillah.. Allah berikan ketenangan dan masa nurse ambil darah aku untuk cek hormon tu pun aku tenang sungguh. Boleh plak tak sakit ye. Hehe.. Maybe jiwa dah terlalu kental lepas setahun berlalu after aku kena operate sebab Ectopic Pregnancy. Bab TTC ni pun aku akan start update balik insyaAllah.

Bab kerjaya? Aku masih mencari tempat untuk chambering lepas aku habis praktikal minggu lepas dan masih berfikir sama ada nak chambering dulu atau kerja bidang lain dulu. Atau nak mohon kerajaan. (Erkk.. macam banyak je jawatan kosong kerajaan kan.. kerajaan tak ade duit nak gaji pekerja dah..huhu). Tapi InsyaAllah i'm on my way untuk dapatkan tauliah peguam syarie Pahang dan Kuala Lumpur. So, wish me luck dan doakan daku tau. Walaupun aku pun tak tahu ade orang still baca ke tak blog aku ni. Its okay. Aku syok sendiri pun tak ape. Hihi..

Aha... one more things, aku akan update juga la kot pasal berat badan daku dan suami yang dah semakin mengurang dengan jayanya. Untuk kali pertamanya cara diet kami berjaya sampai kami tak kisah pun kalau kami makan banyak untuk cheat day sebab kami dah tahu macam mana nak turunkan balik jarum penimbang. Haha.. Tapi aku prefer panggil jaga makan la kot berbanding diet. Sebab aku rasa kalau sebut diet, macam... macam.. macam tak best.. haha..

Okay la.. nanti kalau aku free, aku update pasal my life as practical student dekat JAKESS okay.

Assalamualaikum... 


27 December 2016

Habuk

Assalamualaikum.. Fiewww.. terkejut sekejap tengok tarikh last update post disini. 12 Ogos 2016. betapa tersangatlah lama meninggalkan dunia blogger. Alhamdulillah masih teringat bahawa diri pernah ada blog dan masih blog. Selalu sangat update di Facebook tapi dekat sini tak tulis ape-ape. Kenapa?? Sebab blog orang dah tak baca eik?? Ehem..ehem..nampak sangat niat tu.. astaghfirulllah..

Bukan lah.. Tapi sebab dah lama tak menulis panjang-panjang perihal kehidupan sendiri melainkan update tentang produk-produk Jamu Susuk Dara. Oh ye.. saya kini ajen jamu susuk dara ye.. boleh follow FB.. kat sini, takde ape-ape la ye nak update pasal JSD..

Alhamdulillah.. 'ala kulli hal.. Allah mempermudahkan segala urusan satu demi satu.. satu demi satu pintu kemudahan dibukakan olehNya.. alhamdulillah.. oh ye.. nak update sket.. baru habis exam Semester 1. Ha?? exam ape plak?? bukan baru ke habis degree?? Master plak?? huhu.. bukan..bukan.. tapi sambung Diploma Lanjutan.. Diploma Pentadbiran Kehakima Islam Dan Guaman Syarie di UKM. ya.. still.. alhamdulillah.. tinggal lagi 3 semester.. then kite apply tauliah peguam syarie insyaAllah..

Hurm.. tadi baru try mohon kerja di SRITI berdekatan dengan area rumah ni.. kalau ada rezekinya, alhamdulillah..kalau tiada kita alhamdulillah juga.. rezeki ni bukan kat tangan kita ya.. semua dalam genggaman Allah.. usaha, doa dan tawakkal sahaja..

Alhamdulillah rasa tenang sangat beberapa minggu ni.. bukan nak cakap ape.. dalam awal-awal bulan baru ni hamba dalam keadaan agak stress sedikit lah.. stress dengan hutang belajar lagi.. dengan soal anak lagi.. biasa..biasa..biasa.. tapi.. sampai bila?? semua tu bukan kita yang pegang.. terima kasih sangat-sangat kepada kaum kerabat..sahabat handai.. keluarga dan suami yang tersayang sebab bagi all support 100% kepada diri ini.. buat apa bersedih kan?? bukan kita yang tentukan pun lebih-lebih lagi soal anak.. soal urusan dengan KPM pun dah selesai.. alhamdulillah.. syukur ya Allah.. thanks to my big bro yang dah jadi cikgu atas pertolongan anda.. doakan ur sista okay.. tiada lagi surat-surat yang buat diriku dirudung stress dan murung seharian.. terima kasih kepada KPM sebab bersabar sebab saya dan keluarga saya pun bersabar dengan karenah kalian.. hehe..

Ok la.. setakat itu nak update.. insyaAllah lain kali saya bercerita panjang lagi ya..

be good and take care.. daaa.. assalamualaikum..

Rindu saya, add saya di FB.. Nurul Atika Rosli (Nurul Islam) -->perasan ada orang rindu.

12 August 2016

BUDI BAHASA BUDAYA KITA: LAPOR DIRI JPA

Assalamualaikum…
Alhamdulillah hari ni hari yang agak tenang sikit berbanding hari-hari yang lain.. Sebab hari ni hari Jumaat yang barakah.. Tapi sepatutnya bila hari Jumaat mestilah hari yang sangat-sangat menenangkan bukan? Tapi pagi-pagi lagi mood agak terganggu dek sikap-sikap orang yang tak sepatutnya berlaku..

As pelajar tahun akhir yang dah tamat pengajina dan pemegang biasiswa JPA, maka kami semua diwajibkan untuk melapor diri secara online melalui satu portal interaktif buat under JPA ni. But, maklumat untuk saya punya pengajian dan keputusan setiap peperiksaan dalam laman web tu ada yang silap. Puas sudah di email, di call tapi dah hampir sebulan masih belum mendapat sebarang balasan dan pembetulan yang telah dibuat. Sebab dah pernah alami problem berkaitan dengan perjanjian dengan kerajaan, buat diri ini sangat particular bab-bab kesilapan dalam maklumat ni. So, nak tak nak terpaksa la tangguh dulu untuk lapor diri. Tapi menungu dan menunggu still taka de perubahan. Takkan nak tunggu sampai diri sendiri kena denda sebab tak lapor diri? Nauzubillah..

So.. pagi tadi mintak suami temankan bawak ke JPA untuk selesaikan masalah ni. Dah email tak berjawab, call tak dapat, kita jumpa terus je la senang kan.. Sebab kalau kena denda yang kena bayarnya empunya diri ini. Bukan mereka pun. Huhu. Dan minta maaf juga buat suami sebab terpaksa susahkan sikit pagi ni walaupun dia busy sangat sampai tadi asyik duk jawab call dan balas wassup tak henti-henti masuk. Macam tu la kerja jadi jurutera macam suami saya. Saya nak citer pun tak pandai. Kata orang jadi Jurutera ni gaji bosar. Hehe.. itu expection orang.. kalau company bosar tu maybe la… tapi kerja dorang pun tak kurang stress juga.. suami saya hanya insan biasa yang juga perlu berhutang membayar loan kereta serta membayar cukai GST saban hari.. So, berbalik kepada kisahnya saya ke JPA tadi, saya dan suami pun menunggu di ruangan kaunter pertanyaan yang utama di Blok C. Orang tak ramai pun. Then bila giliran saya, saya pun menceritakan masalah saya. Saya beritahu yang saya dah email dan call but no respond. End up.. pegawai tu just jawab.. “Dah email tak pe lah” Saya masa tu rasa macam nak marah jugak la.. Kami datang untuk minta bantuan dari pihak anda, tapi anda hanya jawab begitu tanpa apa-apa tindakan lanjut. Siap tak pandang pun orang yang bertanya ni. Manner.. saya bagi 0 bintang.

Saya jelaskan lagi, if saya tak lapor diri lagi disebabkan hal ni, tak pe ke? Sebab bukan ke akan didenda kalau tak lapor diri dalam masa yang ditetapkan? Then dia dan seorang lagi hanya menjawab.. “Tak kena pun..” Hm2.. Saya memang dah malas nak layan, terus panggil suami dan lepas ucap terima kasih, terus berlalu pergi.. Saya pelik.. senang betul kerja anda ya.. kalau orang sampai datang jumpa anda di pejabat, maksudnya dia betul-betul perlukan pertolongan anda. Tapi anda hanya jawab dengan acuh tak acuh dan langsung tak memandang. Saya tak tahu lah betapa stressnya kerja anda tu. Masuk jam 8, keluar jam 5.. gaji tetap jalan .. tak pernah kena potong.. setiap tahun ada kenaikan dan lain-lain.. nak banding dengan penjawat swasta macam suami saya yang kadang-kadang tak tentu masa kerja.. malam pun kadang-kadang balik lewat.. kenaikan pun belum tentu dapat.. but at the end, mereka still bagi service yang terbaik pada customer..
Ini hanya saya harapkan.. why not bila saya jumpa anda, anda cuba untuk selesaikan setakat yang anda mampu.. mungkin ambil maklumat saya ke.. atau cuba cek dengan unit teknikal ke.. tak pun sekurang-kurangnya bagitahu dengan ayat yang lebih baik.. “ Ok puan.. takpe.. kalau puan dah hantar email tu, maksudnya nanti pihak kami akan betulkan.. dan puan tidak akan dikenakan sebarang denda jika terlewat lapor diri..” It’s easy kan? Daripada awak mengadap computer awak dengan memasamkan muka dan xpandang pun customer ni.. dan terus cakap dengan nada yang menyakitkan hati.. perlu diingatkan bahawa anda bekerja untuk memberi servis kepada rakyat..




Saya tak tahu ini semua mentaliti pekerja kerajaan atau apa.. Sebab acap kali juga bertemu dengan kakitangan kerajaan sedemikian rupa sikapnya. Saya tahu tidak semua begitu.. but please.. ubah la.. Satu hari nanti, awak pun perlukan pertolongan orang lain juga.. Bukan ke dapat pahala? Bahkan gaji yang awak dapat pun berkat.. Hm2..


Buat semua pekerja di luar sana, tak kira swasta atau kerajaan, jagalag adab anda.. kadang-kadang tu orang yang minta tolong dengan anda adalah orang yang betul-betul perlukan pertolongan. Dunia ni ibarat roda. Semua orang sibuk but please.. jangan sampai orang tak suka dan rasa sedih sebab diperlakukan macam sampah je oleh anda semua.. kadang-kadang yang datang jumpa tu entah-entah datang dari jauh semata-mata nak tanya tentang masalah dia.. dah.. call pun tak berangkat.. terpaksa la datang.. so.. hormatilah mereka juga.. dan anda juga akan dihormati.. Budi bahasa budaya kita..