expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

29 April 2009

Perjalanan yang baru bermula..

The mastermind...

Sayap kanan...

Sayap kiri..




Special entry for my lujnah Tarbiah..

Wahai sahabat-sahabat seperjuanganku..
Perjalanan hidup kita baru bermula...
Lupakan kenangan silam yang telah kau lalui..
Dan bangkitlah menjadi rijal yang sejati..
Semua manusia tidak sempurna..
Dan kita sebagai manusia perlu mengakuinya..
Namun teruskan perjuanganmu dan jangan melangkah ke belakang lagi..
Sesungguhnya dirimu telah 'dipinang' olehNya..
Untuk menghiasi dan merasai jalan dakwah yang penuh duri..
Untuk meneruskan rantaian perjuangan ini..
Usah kau tangisi dengan kekuranganmu..
Kerana Dia lebih tahu setiap kelebihanmu..
Dia lebih tahu bahawa dirimu mampu..
Jalan dakwah ini bukan mudah..
Sepertimana perjalanan Rasulullah..
Namun itulah mehnah dalam perjuangan..
Biarlah diri kita bangkit daripada sejarah silam..
Daripada kita terus terkubur dengan kehidupan yang kelam..
Syukurlah kerana Allah masih menyayangi diri kalian..
Semoga kita dapat berjuang sehabis-habisan..
InsyaAllah..





"Allah matlamatku"

28 April 2009

Petang tue... (^_^)

Salam..
Hmm.. petang ni sangat menyeronokkan ana. Balik dari kelas tadi, rehat-rehat sebentar. hari ni jugak ana dapat berite gembira dari kakak ku. tap sayangnya ana tak dapat pulang ke kampung untuk bersamanya. huhu...

Ana ader test minggu depan. Language discription test. Takut sangat... Preparation pun takat ape je..

Petang tadi, after kelas ana bergegas ke usrah untuk usrah kul 3.30 petang kat balai islam. Huhu.. memang tak sempat nak rehatkan diri sebab duk ngadap laptop. Heheh.. Rumet ana sempat la rehat sket. Akibatnye, ana ngantuk waktu usrah. Adui... malu je. Nasib baik tajuk usrah dah faham sket2. Rumet ana kat sebelah tak habis2 memicit tangan supaya tak ngantuk..

Then, lepas asar tadi, balik dari surau terlihat sahabat-sahabat seusrah tengah main badminton kat tengah padang. Oleh kerana nak jugak main, ana pun dengan baju kurung, beg yang bergalas, join dorang. hehe.. riuh rendah dibuatnye.. hehe.. tapi petang tue memang betul2 buat ana tenang. Seronok bersama rakan-rakan. Terasa sayang untuk meninggalkan mereka. huhu

Buat kawan2 seangkatan ana, semoga terus berjuang hingga keakhirnye k. heheh.. semoga diberkati Allah selalu

p/s: Tadi teman kawan keluar. Nyaris2 nak kena langgar. huhu.. fobia betul ana ni nak lintas jalan. Semoga Allah melindungi ana selalu. InsyaAllah
"Allah matlamatku"

PENAWAR HATI

Tangisan sanubari telah terhenti..
Kalam suram suria memancar sinaranya..
Pertemuan seindah bayangan firdausi..
menjadi bukti kasih yang suci..

Lukisan dua jiwa menjadi satu..
Terkenang detik bertemunya kau dan aku..
Santun berhikmah mengingatkan diri..
Hidup dan mati hanya untuk ilahi..

Menggenggam janji cinta ini..
Bertemu kasih tanpa jasad..
Bicara tanpa suara..
Hanya tulisan bahasa indah..
mengeratkan antara kita..
Hinggalah ke akhirnya...

Kau kusanjung kerna pengorbanan..
Bagai puteri dikayangan..
Tika ku lesu hadapi hidup..
Kau hembuskan nafas semangat..
PENAWAR HATI..

artis: Ammar

p/s: actually tak tau nak tulis ape. So post je lirik lagu nie.

"Allah matlamatku"

22 April 2009

Tarbiah oh tarbiah..

Assalamualaikum.. tadi ana baru je buat perjumpaan dengan lujnah ana. Hmm.. ana merasakan kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat ana rindui yang telah terbina di awal penubuhan lujnah yang ana sayangi ini. Tapi, ape ye? Hmm.. biasenyer sesuatu yang menjadi pemula itu memang banyak dugaan nyer, tetapi apabila dikenang kembali ianya menjadi kenangan yang manis dan amat bermakna buat ana. Dugaan yang datang telah mematang kami semua yang merupakan perintis. Bukan ingin membawa ideologi seniority atau rase hebat ke ape. Tetapi kemanisan dalam bergerak kerja bersama itu semakin pudar nampaknye. Hmm..


Ana muhasabah kembali. mungkin salah ana sendiri yang tidak mengukuhkan tarbiah ahli itu sehingga saat ini ana masih dapat membawa ahli-ahli yang terbaru ini merasai kemanisan dan bezanya lujnah yang merupakan qalbu proksi setakat ni. tadi terdetik di hati ana, sudah sampai masanya untuk ana bertegas dan mungkin juga salah satu bentuk tarbiah yang agak keras perlu dikenakan dalam pentarbiahan ahli kali ini. Bukan gah yang ana cari, tetapi ruh, yakni ruh tarbiah islam itu didalam diri setiap ahli yang mampu menjadi ahli da'e yang benar2 menghayati gerak kerja islam itu. Yang sememangnya sangat penting. Lujnah tarbiah tak sama dengan persatuan bahasa melayu. Hmm.. selalu ditekankan tentang itu, tetapi ana tidak tahu mereka memahami atau tidak. Huhu.. Mungkin salah ana yang masih tidak memahami mereka.


Hmm.. tak mengapalah, ana rasa sesuatu yang lebih efektif perlu digerakkan sekarang. Hmm.. semoga Allah memberikan kekuatan buat kami untuk melahirkan generasi da'e yang berkualiti. Rantai perjuangan ini perlu diteruskan. Pentarbiahan ahli itu penting. Bukan main2. Huhuhu.. Buat semua rakan seperjuanganku, ayuh kite membuat perubahan dan jangan mundur. kita perlu memikirkan caranya untuk teruskan pentarbiahan disini. Menjadi da'e bermakna, kita menjadi ahli pemikir untuk kejayaan islam bersama. insyaAllah.. semoga terus istiqamah semua.. Allahu Akbar!!