expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Artikel ana. Show all posts
Showing posts with label Artikel ana. Show all posts

05 August 2015

SCROLL BLOG SENDIRIK

Assalamualaikum..

Dalam minggu ini saya asyik scroll satu persatu hasil penulisan dan pemikiran saya di blog yang biasa-biasa sahaja ini. Entah masih dibaca orang atau mungkin telah tenggelam dek kecanggihan teknologi masa kini. Facebook, Wassup, Telegram dan lain-lain. Tapi saya yakin dan percaya hasil penulisan saya ini juga dapat membantu diri saya mencari spirit yang hilang andai diri mulai tersilap langkah. Di blog ini juga saya belajar untuk merubah diri ke arah lebih baik dan positif sekiranya ada tulisan-tulisan yang mungkin bersifat pasif dan kurang matang. Dan ya.. saya juga dapat melihat bagaimana pemikiran saya berubah dari masa ke semasa. 

Adakalanya saya hampir tidak percaya benarkan apa yang ada di dalam blog saya ini sendiri adalah hasil tulisan saya. Kerana saya hampir-hampir terlupa bahawa itu adalah corak pemikiran saya pada waktu itu. Namun dalam masa yang sama saya sendiri termotivasi kerana yang menulis itu adalah saya. Jadi, ada sesuatu yang menyebabkan saya hampir lupa bagaimana pemikiran saya dibentuk pada waktu itu. Dan saya mulai menyelami diri. Ya.. waktu itu aku begitu ghairah dalam perjuangan. Begitu ghairah dalam menjadi ulat buku yang tidak jemu-jemu menghadamkan kalam-kalam ulamak. Dan dari situ saya dapat kenal pasti bagaimana saya kini. Bukankah itu sesuatu yang sangat bagus untuk kita lakukan dalam membentuk diri kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna?

Adakala juga saya melihat ada hasil tulisan saya yang tidak matang, moody, terlalu mengikut perasaan dan begitu lemah dalam mengendalikan perasaan. Ditambah pula dengan luahan-luahan berkaitan dengan perkahwinan. Dan saya yang sekarang merasa agak menyesal dengan penulisan begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dengan itu saya tidak akan mengulangi hal yang sama dan boleh juga menyelami perasaan mereka yang dilanda perasaan dan masalah yang sama seperti saya dahulu. Kerana kita pernah merasainya. Jangan dikeji mereka yang asyik bercerita tentang perkahwinan. Jangan dikutuk mereka yang asyik bersedih sahaja dan mengeluh dengan luahan-luahan yang macam-macam. Itu fitrah dan mereka dalam proses membentuk karekter mereka sendiri. 

Hasil daripada scroll dan scroll blog saya dalam minggu ini, saya melihat diri saya dahulu dan sekarang yang melalui pelbagai proses perubahan yang membentuk siapa diri saya yang sekarang. Yang pasti, ada yang perlu dikembalikan dan ada yang perlu dibuang tetapi jadikan ibrah dalam perjalanan kehidupan. 

Dan lagi satu, mungkin saya jarang sekali update entry di sini. Tetapi hasil tulisan yang sebelum-sebelum ini banyak membantu saya untuk mengenang kembali siapa diri ini. Mengenang kembali dugaan yang menguji. Mengenang juga kemudahan yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Secara kesimpulannya, saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan berhenti menulis supaya saya mampu mengenang siapa saya dulu dan kini dan juga mampu menilai siapa diri saya. InsyaAllah.

Wallahualam.

p/s: Suami tengok isterinya mengetuk keyboard update blog. Dibilangnya panjang. Nanti orang malas baca. Isterinya yang pintar menjawab gayak sasterawan negara "Aku menulis bukan mahu dipandang".. Cewah!!

07 October 2012

Achieve Your Dream!!


Assalamualaikum…

Dah hampir seminggu lebih saya tak update apa-apa entry dekat blog ni. Kesibukkan dengan schedule dan juga urusan study yang lain menyebabkan saya tak mampu nak menaip sesuatu di sini. Semalam ada seorang sahabat bertanya bila lagi nak update blog? Dah seminggu tak diperbaharui. Lalu saya memberikan beribu alasan. Huhu. Bukan tidak mahu update tapi masa itu sangat mencemburui saya. Sekarang lagi busy dengan menyiapkan script untuk mock trial dan preparation yang lain. Mock trial hari selasa ni. Mohon doa agar semuanya dipermudahkan.


Kali ni saya hanya ingin menulis berkenaan dengan dream, impian atau cita-cita. Setiap orang mempunyai cita-cita masing-masing. Cuma bergantung kepada individu tersebut dalam mengatur strategi on how to achieve their dream. Saya juga mempunyai cita-cita yang saya pendam dan inginkan sejak saya berada di tingkatan 1 lagi yakni bergelar seorang peguam syarie. Saya letakkan matlamat saya dengan jelas untuk mengarahkan diri saya ke arah cita-cita saya tersebut tanpa berpaling lagi. Saya masih ingat saya pernah membuat lakaran mengenai impian dan apa yang saya inginkan dalam hidup. Saya tulis bahawa saya ingin mendapat 9A dalam PMR kemudian diikuti dengan SPM dengan mendapat 11A1 dan akhirnya ke UIAM untuk mengambil jurusan Syariah Undang-Undang.  Itu perancangan saya dan saya berusaha  kearah itu tanpa memikirkan perkara lain. Namun lain pula perancangan Allah dimana saya hanya memperolehi 8A1B di dalam PMR pada tahun 2004 dan 9A2B dalam SPM pada tahun 2006. Itu perancangan Allah buat saya dan saya terima kerana itulah yang setimpal dengan doa dan usaha saya selama masa tersebut. Allah itu maha adil dan memberi mengikut apa yang diusahakan oleh hambaNya. Seterusnya dalam permohonan UPU saya tetap letakkan jos pengajian syariah undang-undang sebagai target utama dan  Alhamdulillah saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM dalam bidang Undang-undang. Namun perancangan Allah sekali lagi kerana hati saya yang pada masa itu masih tak keruan dan dilemma dengan keinginan ibu bapa yang inginkan saya menjadi pendidik membuatkan saya keluar dari UIAM untuk berada di IPGM. Saya tidak salahkan sesiapa bahkan itu adalah perancangan Allah yang terbaik buat saya kerana dengan kepergian saya ke IPGM membuatkan saya memperolehi pelbagai hikmah yang telah membentuk diri saya sekarang. Iu adalah tarbiyyah Allah buat saya dan saya amat mensyukuri nikmat tersebut.

i will achieve my dream.. 

Saya masih lagi mencintai bidang perundangan islam dan hati saya tak pernah henti untuk mencapai impian itu. Allah bersama-sama dengan sangkaan mahlukNya dan saya diuji dan tidak dapat meneruskan pengajian di bidang perguruan. Saya tidak bersedih walau sedikit dengan kegagalan itu Cuma saya sedih kerana melihat kepada ibu bapa saya. Bukanlah bermakna saya sengaja menggagalkan diri saya tetapi dek kerana konspirasi dan birokrasi dan juga aturan Allah telah menjadikan ianya begitu. Sememangnya saya sendiri telah jatuh hati dengan bidang perguruan namun tidak kesampaian. Sejak kegagalan tersebut saya tidak patah hati untuk menyambung pengajian saya walau di mana saya berada, walau sepayah mana pun dan akhirnya saya dapat menyambung kembali cita-cita saya dalam bidang Syariah Undang-Undang disini. Ibarat bulan jatuh ke riba. Tetapi masih lagi rindu bidang perguruan yang ditinggalkan hingga saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru satu hari nanti. Namun buat masa ini, saya menetapkan matlamat saya untuk berkhidmat sepenuhnya di dalam profession perundangan islam kerana saya memikirkan tahap kemampuan saya sendiri. Mungkin saya hanya menjadi seorang guru kepada anak-anak permata hati keluarga sahaja dan tak lupa kepada anak-anak saudara saya yang comel-comel belaka.


Begitulah aturan Allah yang sangat cantik jika kita pandang dari sudut hikmah. Berbalik kepada Achieve Your Dream, saya nasihatkan adik-adik dan juga sahabat-sahabat saya agar berusaha sehabis baik untuk mencapai impian anda. Jangan pernah rasa lemah dan rasa diri tidak mampu untuk mencapainya. Achieve your goal selagimana masa masih ada dan anda mampu untuk mencapinya. Each of us have our own ability that given by Allah and it’s just up to us to find it and manage it for our life.  Masih belum terlambat untuk kita merancang dan bergerak kearah itu. Namun dalam merancang juga perlu letakkan rasa redha kerana kita perlu ingat bahawa kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

each person have their own ability.. search for it and use it to achieve  what do you want in this life and for akhirat.. insyaAllah.. 

Satu formula yang ingin saya kongsikan disini buat sahabat-sahabat yang ingin mencapai impian masing yakni



Pertamanya, tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda atau matlamat dalam setiap stage kehidupan anda. Sebagai contoh bagi pelajar diploma seperti saya, selepas diploma ini saya mahu menyambung ke  dalam bidang Undang-Undang Syariah.

Kedua, berusaha untuk mengenalpasti bagaimana caranya untuk anda mencapai matlamat tersebut. Contohnya dengan bertanya kepada pensyarah apakah aspek-aspek yang diperlukan bagi megambil bidang tersebut. Contohnya kalau nak sambung Undang-Undang Syariah, uni mana yang bagus, kemudian search tentang requirement untuk ambil bidang tersebut di uni yang dirasakan bagus.

Ketiga, tulis matlamat anda setelah anda pasti bahawa anda ingin mencapainya mengikut kemampuan masing-masing. Jangan jadi seseorang yang hanya bercerita di atas awan ye.. Buat sesuatu mengikut tahap kemampuan kita. Kenapa kene tulis?? Sebab supaya kita jelas dan tahu matlamat kita disamping motivasi buat diri.

Keempat, bergerak atau berusaha mengikut apa yang telah anda aturkan bagi kehidupan anda disamping berdoa kepada Allah dan bertawakal dengan apa yang dirancangkan.. Jangan lupa hubungan dengan Allah itu kene jaga dan yakin dengan kehendak Allah..

Hm2.. ini hanya sekadar perkongsian yang saya lakukan buat diri saya yang dhaif ini. Buat adik-adik dan sahabat yang lain mungkin ada cara masing-masing.^^…


^^.. Ma'attaufiq wannajah everyone!!..


Akhirnya, saya mendoakan kejayaan sahabat-sahabat saya dan juga saya mohon doa kalian juga untuk kejayaan saya juga.insyaAllah 15hb Oktober akan bermulanya exam week di kampus saya. Saya ucapkan Ma’attaufiq wannajah buat semua sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan. insyaAllah ini merupakan peperiksaan saya yang terakhir di sini sebelum memulakan langkah untuk ke peringkat degree pula.. ^^.. Doakan.. wallahualam.. 

30 January 2012

Mencari Identiti


Assalamualaikum waktu pagi yang hening, dengan ditemani siulan burung dan juga nasyid yang berkemumandang dari laptop yang sudah berkhidmat hampir 4 tahun kepada pemiliknya
.

Sejak semalam lagi ana menyelami jiwa dan diri sendiri. Sebenarnya, apa yang aku nak dalam hidup ini? Kenapa aku rasa diri aku ni bukan diri aku yang sebenarnya? Ana mula mengimbau kembali saat-saat kemanisan hidup sebagai pejuang di awal –awal diri ana mula mengenali apa itu perjuangan demi islam. Bagaimana ana mendapat tarbiyyah dahulu serta semangat ana dalam jalan dakwah. Menyoroti hasil tulisan ana di kamar maya ini membuatkan ana bertanya kepada diri sendiri. “Ya Allah, kemana hilangnya diriku yang dahulu? Ya Allah jangan Engkau angkat kembali kefahamanku, semangatku, tarbiyyahku di dalam jalan salafussoleh ini. Serius!! Ana di dalam ketakutan dan kebimbangan. Rasa mahu sahaja ana pulang ke tempat asal ana ditarbiyyah. Ditarbiyyah kembali.


pagi di KIPSAS


Adakah kerana perbezaan situasi menyebabkan ana tenggelam dan hampir hilang identiti sendiri? Adakah kerana terlalu membuka ruang untuk dakwah itu diterima telah menjerat diri sendiri? Ya Allah, bukan diri ana mahu memudahkan sesuatu yang telah Engkau mudahkan. Bukan niatku dengan kelembutanku mengingatkan mereka tentang tarbiyyah ruhiyyah membuatkan mereka juga hanyut hingga lupa kepentingan kepergantungan kepadaMu. Berdosanya diri ini ya Allah.





“Gerak kerja Islam tanpa meletakkan Allah dihadapan adalah sia-sia!”

Hafazan ayat-ayat cintaku semakin berkurangan. As-saf, As-Sajadah, dan yang lain-lain. Kemana perginya sedangkan ana berada di dalam iklim dinni itu sendiri?


“Keselesaan itu pembunuh bagi pejuang yang ikhlas berjuang di jalan Allah”

Sebenarnya lagi susah untuk berjuang di tempat yang penuh dengan keselesaan kerana kadangkala kita tertipu dengan pandangan fatamorgana syaitan yang halus. Kita lihat suasana yang soleh sedangkan ada penyakit yang kronik yang perlu diperbaiki.  Penyakit jiwa, yang sukar dilihat. Apabila sudah belajar tentang agama, mahu pula berbicara tentang perkara-perkara agama. Semua mahu dibahas dari akar pokok hingga ke cabangnya sedangkan ilmu itu baru sahaja seketul zarah di dalam jiwa. Dikala Imam Hasan Al Banna menekankan tentang aspek Al-Fahmu di dalam bukunya yakni Risalah Ta’lim, manusia yang baru belajar agama ini pula mula membuat kefahaman sendiri tentang tasawur islam itu mengikut pandangannya sendiri tanpa berta’lim dengan guru yang faqeh itu sendiri. Siapa anda? Perlu tanam dalam diri agar ilmu yang dipelajari tidak membuatkan diri kita menjadi orang yang memahami islam secara ideologi.


laptop yang telah lama berkhidmat




“ Salah satu muwassafat tarbiyyah adalah akidah yang sahih”

“Muwassafat Tarbiyyah”. Adakah hanya menjadi hafalanku semata-mata tanpa mendalami dan meletakkan kesemua muwassafat tarbiyyah itu ke dalam jiwa yang bernama Nurul Atika Binti Rosli ini? Kegagalan diri ana dahulu telah melupuskan kesemua tarbiyyah dalam diri ke?


“ Perlu cari jalan untuk kembali pada jalan dan rantai-rantai perjuangan itu”


Sesak nafas di dada bila memikirkan perkara-perkara ini. kadangkala juga ana sengaja menghiburkan diri untuk lari dari kenyataan yang sebenar. Hakikatnya begitu banyak yang perlu diperbaiki. Tapi, otak ana ini hanya satu. Tidak mampu untuk memikirkan tentang semua perkara. Tanggungjawab sebagai pelajar, aktivis dakwah, sahabat, anak, kakak. Banyak perkara yang hendak difikirkan hingga kadangkala ana sendiri mencari ruang diri sendiri untuk melepaskan satu demi satu bebanan di dalam kepala. Tapi kaki ini tetap melangkah untuk mencari jalan penyelesaian.

Bertambah sukar apabila ibu bapa begitu mengharapkan anaknya ini berjaya di sini. Pointer perlu dijaga. Tak boleh jatuh daripada pointer dekan sebab mahukan anaknya ini menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Bagaikan tersepit sedikit dengan syarat yang ditetapkan.  Bukanlah ana membezakan akademik dengan jalan dakwah ini. Tetapi prasyarat itu yang membuatkan diri ini agak terbeban untuk memikirkan dua perkara  yang memerlukan komitmen yang besar. Agaknya ana perlu berhenti sebentar dan berfikir.


“menuntut ilmu itu kerana apa? Dakwah itu nombor satu tetapi belajar bukan nombor dua!”



Perlu dihadamkan sejelas-jelasnya tentang kata-kata di atas. Baru keduanya seiring dan sejalan. Kan??

Sebenarnya masih banyak yang mahu diri ana luahkan disini yang sukar untuk diluahkan kepada manusia. Menulis adalah sesuatu perkara yang mampu membuatkan ana meluahkan perkara yang ada di dalam hati yang sukar sekali untuk diluahkan. Yang penting, ana mohon agar Allah swt ampunkan dosa-dosa hambaNya yang hina ini dan tetapkan pendirian ana di dalam jalan dakwah ini.

-Mulia diriku kerana Islam-

27 December 2011

Ups!! I forget again!!

Assalamualaikum..

Pernah atau tidak anda semua terlupa sesuatu dan cuba untuk mengingatinya kembali sehingga buat anda rasa gelisah dan kadang-kadang tak tenang, geram dan nak marah bila tak dapat mengingatinya kembali.. Ada juga orang yang tak kisah bila dia terlupa sesuatu.. Tapi orang akan kisah bila dia lupa sesuatu yang sangat penting dalam hidupnya.. Sebagai contoh orang yang memakai cermin mata mungkin akan rasa kehilangan jika dia lupa dimana letaknya cermin mata mereka.. Dan semestinya itu berlaku kepada diri saya sendiri yang bercermin mata.. Cermin mata bagaikan one part of my life.. tanpanya saya mungkin akan terjatuh di dalam longkang bila berjalan dan itu telah berlaku!! 



Cermin mata atau harta benda itu adalah perkara yang manusia buat dan kalau bergantung padanya memang hidup kita tidak akan kemana walaupun semua tu merupakan sebahagian tool dalam kehidupan manusia.. Tool yang memudahkan urusan setiap manusia mengikut kehendak masing-masing.. Tap macam mana kalau kita ni lupa siapa pencipta kita? Lupa untuk kembali dan bergantung harap kepadaNya?? Agak-agaknya la kan, ape jadi kepada kite ye? Allah itu tiada ganti, tiada dua dan lagipun Dia la yang menciptakan akal manusia untuk buat all the things yang kita use as a tools for us to going through this life.. kalau tak pakai cermin mata, sekuarang-kurangnya kita masih boleh meraba-raba dan nampak walaupun kabur bila nak berjalan.. Tapi kalau tanpa Allah, hidup kita ni nothing sebab we can't live without His permission.. Right?? Semalam di "taman syurga" yang diberikan oleh ayahanda ustaz nazri ada menerangkan tentang perkara ni.. tanpa Allah, kita tak mampu bercakap bahkan bernafas sekalipun.. Tapi He stiil give us anything we want in this world although human betray Him or do not obey Him.. Sebab Dia tak bergantung pada manusia.. Dia Maha Kaya..


Dalam kehidupan saya, diakui bahawa diri ini pernah terlupa dan terleka!!. Keep on blamming other things when something happen dan selalu sangat rasa sedih hati.. Bila muhasabah diri, still xdapat cari punca kenapa saya kehilangan semangat dan kekuatan saya yang dahulu.. Benar-benar kesesatan saya ini dan buta dalam mencari jalan pulang.. Terlalu sibuk dengan hal dunia membuatkan saya jadi buta.. Bukan saya menyalahkan kesibukkan itu, tapi diri saya sendiri yang membiarkan diri ini mengikuti jalan yang menghanyutkan saya.. Sesungguhnya jawatan itu satu ujian buat saya bila mana saya mula sibuk dengan gerak kerja, meeting dan sebagainya sehingga lupa untuk berterima kasih kepadaNya. Lupa apa tujuan saya dihidupkan di atas dunia ini. 

Dan saya kembali kepadaNya.. Merenung kesilapan diri di rumahNya.. Hurm.. sudah lama tidak berkunjung ke rumahNya sedangkan saya mengharapkan mereka semua berkunjung ke sana.. Selalu saya ingatkan orang lain bahawa Allah sangat benci kepada orang yang menasihati orang lain tapi diri mereka sendir tidak melakukannya. Terkena pada diri sendiri dan telah mengundang kemurkaanNya. Ya Allah.. patutlah lama dibiarkan saya ini sesat mencari jalan pulang dan alhamdulillah telah diberi jalan itu kembali.. telah diberi cahaya itu kembali.. dan yang diperlukan sekarang ini ialah kekuatan dalam diri.. Sahabat terdekat saya berkata kepada saya yang dia mahu menegur saya sebenarnya. Tapi mungkin bimbang saya terasa agaknya. Dia bimbang kerana saya sudah jarang ke rumah agam Allah.. Dan selalu sangat bersedih hati dan menyalahkan orang lain apabila berlaku masalah pergolakan dalam diri.. Dan kepada sahabat saya itu, tegurlah selalu diri ini..

Walaubagaimanapun Ya Allah.. i'm still searching for You although it's hard.. Please forgive me and help me to find my way.. =)

01 November 2011

Control jiwa dan jadilah tupai

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan segala kurniaan Allah buat diriku dan sahabat-sahabatku.. Kurniaan Allah itu tidak berpenghujung walaupun sedikit, walupun di mata manusia ianya sesuatu yang pahit untuk ditelan.. Namun andai kita manusia ini dapat melihat dengan PANDANGAN PENCIPTA maka ianya akan dirasakan suatu kurniaan yang tidak terhingga.. Kita diuji dan orang lain lagi dasyat ujiannya..

Ana melihat seorang demi seorang sahabat disekeliling dan masing-masing diuji mengikut kemampuan masing-masing.. Dan berbahagialah buat mereka yang tetap sabar dalam menjalani ujian hidup ini.. Ingatlah Allah amat menyayangi hambaNya.. Jika kamu diuji didunia sekalipun, relakanlah.. relakanlah.. kerana dunia ini sememangnya tempat untuk diri kita diuji.. sekiranya berjaya menghadapi ujian itu, maka Allah akan menaikkan darjat keimanan kita.. Allah makin sayang.. Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa.. Bila akhir semester, ada final exam nya... ada pointernya.. kalau tak lepas, kena la repeat lagi kan sehingga berjaya.. Hebat benar Allah itu mengatur hidup manusia sesuai dengan fitrah manusia.. Islam tu bukankah agama fitrah.. fitrah manusia itu selayaknya diuji untuk dapatkan keredhaan Allah.. Jika exam di kampus pun boleh lepas dengan usaha yang sungguh-sungguh, masakan tidak ujian Allah itu ditempuhi dengan sungguh-sungguh juga kan??


don't give up and control yourself


Mendengar sedikit peringatan di laman maya.. "Kita perlu fokus kepada perkara yang kita boleh control bukan perkara yang kita tidak boleh control".. Betul tu.. Apa perkara yang kita boleh control di dunia ini? Usaha kita untuk mendapatkan sesuatu seperti berjaya dalam exam, dan yang amat penting sekali usaha untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa.. Itu semua perlukan usaha.. Jangan disalahkan kepada nafsu atau syaitan andai diri yang terikut-ikut mereka. Tetapi salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri hanyut. Mengapa tidak mengawal diri sedangkan diri itu kita sendiri yang mengawalnya.. Syaitan itu sudah sejak azali lagi mahu menyesatkan manusia dan itu tugasannya.. dan kita?? mempersiapkan diri untuk melawan dengan godaan mereka. Itulah cabaran dalam menjadi dan membentuk diri menjadi muslim, mu'min dan muttaqin. Build our iman, streghten our iman, doa..doa.. dan doa.. Kita tidak akan berjaya jika tanpa pertolongan Allah.. kan?? Itulah senjata kita sebagai umat Islam. Jadi, apa yang kita tidak boleh control? Sesuatu yang masih samar-samar dan kita tidak tahu apa keputusannya. Contoh, kita nak dapat 4 flat dalam exam, benda tu belum pasti sebab itu ketentuan Allah.. Kita nak syurga Allah tapi sebenarnya untuk masuk syurga Allah tu adalah dengan rahmat Allah juga kan?? Jadi kita tak dapat control semua tu. TAPI!!! jangalah bila kita tak dapat controll kita nak biarkan saja diri kita ni. Mestilah USAHA dengan ikhlas, USAHA untuk dapatkan redha Allah dan sekali lagi, DOA!!..

Renung diri


Sahabat-sahabat ana seorang demi seorang akan berglar zaujah dan ana hanya diam dan langsung tidak mahu membayangkan nikmat dan keindahan alam pernikahan itu kerana ana tidak tahu secara tepat bagaimana kehidupan berkeluarga itu. Hanya menumpukan kepada diri untuk membina bagaimana ana nak bentuk diri jadi ummi yang baik? Bagaimana ana nak bentuk diri menjadi seorang zaujah yang redha dengan zauj? Dan yang paling penting sekali bagaimana ana nak bentuk diri menjadi seorang mutarabbi dalam baitul muslim itu nanti?? Jadi itu perlukan usaha dari sekarang. Usaha untuk menjadikan Allah itu yang utama dan istiqamah dalam menyampaikan risalahnya. Jika jiwa itu terlalu asyik dengan memikirkan perkara yang nikmat sahaja, hati itu akan mudah lupa dengan Allah.. Dan mulalah akan tersenyum sorang-sorang dan berangan entah kemana.. Syaitan itu bijak dalam memperdayakan manusia tetapi jika kita meletakkan Allah di dalam hati maka itulah kekebalan kita. Di saat ini hati cukup bimbang andai nikmat yang Allah beri akan membuatkan diri ini alpa. Terlalu ramai pejuang telah menjadi alpa selepas berumah tangga. Mengapa kita ini terlalu kufur nikmat dengan Allah taala.


Usaha bentuk diri jadi ummi, jadi isteri, jadi mutarrabi bermula sekarang bukan karang


Diantara hidup di dalam kenikmatan yang Allah beri dengan kepahitan hidup di dunia kerana diuji, pilihlah yang kedua kerana bila diuji sebegitu kita akan kenal Allah dan akan sentiasa dengan Allah. Apabila berada di dalam kenikmatan yang juga ujian buat kita, itu lagi sukar sebenarnya untuk dihadapi kerana manusia itu fitrah suka kepada kesenangan. Disaat Allah memudahkan segala-galanya diri jadi bimbang dan resah sekali. Bukan mahu kufur atas nikamt yang diberi, hanya mahu menjadi seperti seekor tupai yang sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran diri apabila dia menerima rezeki dari penciptaNya.. Hidup ini perlu sentiasa berjaga-jaga.. Be aware dengan nikmat Allah supaya kita tidak lupa bahawa sedang menanti makhluk Allah yang mahu menyesatkan manusia tidak kira masa.


Be aware with me coz i'm aware with you.. SEE MY EYES. (besarnyee)


Wallahualam..

P/S : Entry Panjang untuk perkongsian bersama.. Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya demi kasih sayangku buat semua.. Allah memberi ilham untuk dimanfaatkan bersama.. InsyaAllah..


03 October 2011

Pencarian gadis solehah


Assalamualaikum..

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”


Hm2… Perhiasan ye… Kalau kita mempunyai perhiasan, biasanya kita letak dimana ye? Pastinya kita jaga betul-betul kan? Letak dalam almari dan kita tak la nak pamerkan diluar rumah semua… Tapi… Macam mana pula mempamerkan wanita tu dikhalayak ramai? Dalam program televisyen lagi tu… Dengan memperdengarkan suara yang merdu lagi… Maafkan penulis kerana diri ini hanya memberikan pendapat peribadi berkaitan dengan pencarian Muslimah Solehah yang baru sahaja diadakan untuk tahun ini di siaran Al-Hijrah…


Sewaktu interview pencarian Muslimah Solehah itu dilakukan di kampus penulis belajar, sedikit terkilan juga kerana penulis sendiri dicalonkan untuk menyertainya bersama sahabat-sahabat yang lain.. Ya Allah… kenapa mahu dipamerkan pula muslimat-muslimat ni.. Muslimat ni mahal harganya..


Ana bersetuju program itu dijalankan kerana ianya dapat mendidik para wanita ini lebih berkeyakinann dan faham bahawa wanita itu juga berfungsi sebagai sayap kiri dalam menyampaikan risalah Nabi Muhammad saw… mencontohi Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dalam menyampaikan dakwah.. sangat bagus sekali.. namun kenapa perlu dipublishkan program tersebut di television ? Atas tujuan apa? Ask ourself balik.. Kenapa perlunya kita buat satu program yang baik tetapi tidak menjaga syariat yang Allah tetapkan.. Sesungguhnya wanita itu fitnah paling besar di dunia ini.. Apabila seorang wanita itu keluar, maka syaitan akan menghiasinya… Jika benar-benar mahu mencontohi serikandi dahulu, maka contohi juga cara mereka menjaga izzahnya seorang wanita itu… Bagaimana mereka berdakwah? Jika dahulu pun para sahabat bertanya tentang sesuatu perkara kepada isteri-isteri di balik tabir, mengapa kita menggunakan hawa nafsu kita sendiri untuk mempamerkan wanita itu secara berlebih-lebihan di kaca television dimana ianya akan mempersoanakan mata-mata yang memandang… Kemudian timbullah mimpi-mimpi dan angan-angan sang lelaki yang semakin galak syahwatnya dibangkitkan oleh syaitan tanpa kita sedari..


Ya.. benar program tersebut adalah bertujuan yang baik demi untuk membentuk para pendakwah muda dikalangan muslimat.. Tapi ingatlah, tipu daya syaitan itu sangat halus sehingga kita tidak menyedarinya langsung dan dikala itu kita merasakan bahawa kita sudah menjaga aurat dan menjaga imej islam dengan sebaik mungkin. Tapi kita tidak menyedari bahawa rupa-rupanya kita sudah membantu syaitan memainkan peranannya. Peranan sebagai apa? Menjadikan wanita ini sebagai senjata mereka.. Menjadkan masyarakat memperdagangkan wanita sewenang-wenangnya.. Syaitan tidak lagi menjadikan wanita yang sedia ada tidak menjaga aurat dan sebagainya sebagai senjata lkerana itu sesuatu yang sangat jelas. Tetapi menggunakan tipu daya yang sangat halus dan mengaburi mata-mata kita sebagai umat Islam supaya kita mengikut jejak langkah mereka.


Jika kita melihat antara cirri-ciri Islam yang sempurna itu sendiri yakni antaranya ialah inqilabiah. Apakah itu inqilabiah? Ia bermaksud Islam itu tidak boleh ditempel-tempelkan sepertimana kita menampal kebocoran pada atap. Islam itu perlu diamalkan secara menyeluruh dengan mengikut syariat Allah yang sememangnya sesuai dengan fitrah kejadian dunia ini serta isinya. Walaupun kita melihat imej Islam dan dari segi pemakaian para peserta di dalam program ini menutup auratnya, tetapi mengapa perlu bertabarruj? Adakah itu Islam anjurkan? Adakah dengan menyanyi dengan suara yang lunak dan merdu di khalayak itu sesuatu yang Islam anjurkan? Ini adalah pendapat peribadi daripada penulis sendiri yang ingin menjadikan syariat Islam itu ditegakkan.


Begitu banyak perkara dan kejahilan moden yang berlaku di akhir zaman ini tanpa kita sendiri menyedari bagaiman ia terjadi dan tidak terjangka bahawa ianya rupa-rupanya tindakan daripada kita sendiri yang merasakan kita adalah yang terbaik di dunia ini.. Buat wanita diluar sana, ingatlah bahawa Islam datang dan telah memuliakan diri kita, meletakkan harga diri kita dengan harga yang tinggi dan tidak boleh dibayar dengan berapa dinar sekalipun. Mengapa kita pula yang mahu menjual maruah dan menonjolkan diri kita sendiri . Jagalah wanita, lindungilah wanita.. Itu pesan Nabi Muhammad di saat baginda menghadapi sakaratulmaut.. Dan wanita sendiri, peliharalah hiasan yang ada padamu.. peliharalah maruahmu.. Allah begitu menyayangi wanita ini sehingga menjadikan wanita itu dengan adanya rahim dimana Allah swt juga bersifat Ar-Rahim.. yang mengasihi.. dan Dia juga kasih kepada wanita.. Tidak sayangkah diri kita kepada diri kita sendiri sedangkan Allah dan Rasul sangat menyayangi diri kita.. Ingatlah wahai wanita, jaga diri kerana dirimu begitu berharga.. Wallahualam..

12 April 2011

BIG SUPRISE!!??

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah sekalian.. Alhamdulillah ana berjaya membuat capaian internet dari rumah melalui broadband kepunyaan my big brother kat umah ni.. Ada masa untuk post entry baru di blog yang usang ini. Dan empunya blog ini sudah mula rindu kepada studynya di kolej.. kesibukannya bermeeting.. suka dan duka waktu menuntut ilmu dan juga dengan kertas-kertas dan buku-buku yang agak penuh di meja study untuk buat assignment.. huhu.. Agak-agaknya bila dah grad dan dah tinggal dunia study mesti rasa lagi rindu kan?? Takpe la.. kita akan membudayakan budaya belajar dalam kehidupan seterusnya pula ye..

Hm2.. Big surprise?? Kenapakah? Limaza? Why? Sebenarnye ana terkejut bila buka television di rumah ni. Bukan terkejut sebab mama dan abah beli tv plasma ye? Atau beli home theater .. (sememangnya itu hanyalah membazirkan wang!!). Tapi sebab terkejut dengan program televisionnya. Okey.. ana memang dah lama tak bukak television melainkan hanya membaca di blog dan berita secara online sahaja di lappy ana yang comel dengan capaian stremix university di KIPSAS dan memang tak bukak langsung tentang berita artis paling hot atau artis bercerai dalam murai.com atau ape-ape sahaja yang berkaitan dengannya. Huhu.. jadinya, bila buka semua channel buat ana agak terkejut dan berfikir panjang serta terdiam seketika.. Hm2.. Tengok ada lagi program Akademi Fantasia, lepas tu ada pulak program Ada Berani Ke? 1 vs 0 (macam tu kot nama programnya), lepas tu program nyanyi-nyanyi ape ntah lagi. Huhu.. yang pasti ana tengok kebanyakan program disertai oleh remaja MELAYU macam ana dan kite semua yang dalam lingkungan ana.. Kemudian ada pula yang bertudung pun bergelek sakan dan seumpama dengannya.. Hm2.. Kemudian ada la program khas untuk negeri Sarawak sebab nanti akan ada PRU negeri Sarawak ( Mungkin PRU13 pun tak lama lagi dah.. SILA DAFTAR PEMILIH BAGI YANG LAYAK YE). Yang tuuuuu.. no comment.. ana ada pendapat ana sendiri tentang sistem kempen ni.. Belajar dalam Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan di dalam Bahagian 8 mengenai PILIHANRAYA dimana perlu melantik satu badan BEBAS untuk mengelolai prosese PR berjalan dengan adil dan bersih.. Hm2.. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.. hm2.. xnak comment panjang-panjang pasal pilihanraya ni.. sekadar nak apply apa yang ana belajar sahaja..

Berbalik kepada isu program television tadi.. Ana terfikir bagaimana bangsa MELAYU nak maju dengan disumbati program-program hiburan macam tu ye? Adakah kita hanya mengejar popularity yang ada turun naik dan kadangkala turun terus tak bangun-bangun tu? Dimana kesedaran kita tentang kepentingan ilmu dan apa perancangan kita untuk membina bangsa yang maju?? Majukah kita dengan lambakan hiburan yang melampau-lampau itu?? Majukah kita dengan budaya-budaya luar yang semakin memadamkam budaya dan adat resam melayu itu sendiri??? Kita melatah apabila hak Raja kita dipertikaikan.. Kita melatah andai agama kita di dihenjak2.. Kita marah apabila bahasa kita dipolitikkan.. Tetapi… Bangsa kita sendiri yang membawa budaya luar dan akhirnya budaya kita lupus ditelan zaman.. Bagaimana tu ye???

Hm2.. bimbang juga dengan pengaruh television ni kerana walaupun ibu bapa menjaga anak-anak mereka daripada gejala social di luar, di dalam rumah lagi banyak godaannya rupanya. Buka je tv dan terpampang depan mata filem lucah dan sebagainya.. Hm2.. Apa lagi kalau ibu bapa tidak memantau apa yang anak mereka tonton. Allah.. cabaran ibu bapa di masa hadapan (sambil tunjuk pada diri sendiri yang bakal jadi ibu nanti) lagi banyak nampaknya.. Huhu.. Teringat ada satu kes dimana seorang budak boleh melakonkan perbuatan lucah yang ditontonya bersama sepupu.. Huhu.. Bukan depa duk jadi lagu tuh sebab orang ajak atau kawan-kawan ajak.. tapi depa duk tengok cita tu.. huhu.. Kuat lagi pengaruh tv dari kawan-kawan nampaknya..

Apa-apa pun sahabat-sahabat semua, untuk mengawal dan menguasai arus globalisasi ni memang payah seandainya kita tidak berkuasa. Pada pendapat ana, untuk menghadapi segala fitnah akhir zaman ini hanya dua perkara sahaja.. AKIDAH DAN TARBIAH. Akidah itu adalah kekuatan agama dan juga tarbiah itu adalah didikan. Bagaimana nak mengukuhkan akidah dan tarbiah?? Bermula dengan diri kita sendiri terlebih dahulu.. Ingatkan sahabat-sahabat, nasihati adik-adik dan peliharalah diri kita dan keluarga kita daripada azab api neraka Allah yang amat pedih.. Bagi diri kita (yang umur mungkin dah nak dirikan rumah tangga) sebelum membina sebuah keluarga yang soleh, lihat diri kita, tarbiah diri kita terlebih dahulu. Dunia semakin mencabar dan cabaran buat kita berlainan dengan ibu bapa kita sebelum ini. Persiapkan diri anda untuk berjuang merentasi arus kemodenan dan kejahilan. Jangan difahami konsep Baitul Muslim itu cuma kehidupan yang membahagiakan semata-mata.. padanya ada tanggungjawab yang lebih besar menanti.. itulah tugas khalifah di dunia ini yang mana gunung sendiri hancur kerana takut kepada tanggungjawab yang besar itu. Namun kita manusia dengan angkuh menerimanya.. Jadi, fikir-fikirkanlah bersama.. Moga Allah sentiasa bersama kita..Wallahualam..


p/s : asif(maaf) entrynya agak berterabur ya..

11 February 2011

Selamat Hari Kekasih

Assalamualaikum...

Justify Full
"InsyaAllah pada minggu hadapan kita menantikan hari kekasih kita yang dirindui saban hari.. Setiap hari para penicinta akan menghitung hari untuk bertemu dengan kekasih yang tercinta.. Selamat Hari Kekasih semua..."

Hm? Buang tebiat kah sis Nurul Islam ni nak sahabat-sahabatnya sambut hari kekasih tu.. Pelik je.. Fahaman mana ni? Memang nak kena sis Nurul Islam kali ni!! Kami isytiharkan boikot blog sis Nurul Islam!!

Eh2.. kejap-kejap!!.. jangan salah anggap ya adik-adik dan sahabat-sahabatku.. Bukan ke kita akan sambut hari kekasih kita semua pada 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah minggu depan? Kekasih kite semua la.. Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan selawat ke atas baginda dan keluarganya.. Semoga baginda juga mengingati kita sebagai umatnya..



VS



Tapi minggu depan juga ada sambutan hari kekasih yang satu lagi tu kan? Hari ape ye? Ye.. Valentine's Day.. Hari Kekasih juga tu.. tapi apa bezanya? Adakah kita lebih mengingati Hari Valentine itu daripada hari kekasih kita yang sebenar? Maulidur Rasul? Nak tengok bagaimana peperangan antara dua hari kekasih ini, senang je. Cuba la kite usha-usha senarai program tv di rumah kite. Program berbentuk kasih-kekasih antara manusia yang banyak atau program berbentuk kecintaan kita kepada Rasulullah saw? Sis Nurul Islam tak dapat nak jenguk tv tu sebab tidak berkesempatan untuk membelek program tv dek kesibukkan di kampus. Tapi kita sama-sama menilai bagaimana realiti umat islam zaman sekarang. Lebih cintakan kekasih sehingga separuh mati ataupun cintakan kekasih yang bernama Muhammad bin Abdullah ini.


Sudah ditakdirkan bahawa 14 Februari itu berdekatan dengan tarikh kelahiran Kekasih kita yang dirindui yakni Nabi Muhammad saw. Mungkin ada hikmah di sebalik takdir 2 tarikh ini. Disini lah kita dapat melihat tahap kecintaan kita kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Sama ada cinta kepada makwe dan buaya friend itu lebih tinggi atau cinta kepada Rasul itu lebih tinggi. Hitunglah diri kita sendiri kita berada di tahap mana.


Ada juga segelintir daripada umat islam akhir zaman ini langsung tidak ambil tahu tentang bila sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad bahkan ada juga yang langsung tidak mengenali siapa itu Nabi Muhammad.. Astaghfirullahalazim.. Ada juga apabila ditanya siapakah isteri Baginda saw, dijawabnya Siti Nurhaliza. Allahu Akbar.. Akidah umat islam semakin jauh daripada jalan yang sebenar. Semakin ramai yang jahil tentang islam walaupun di tangan mereka adanya iPhone, adanya Blackberry... Kenapa ana cakap macam tu? Semua maklumat berkenaan islam itu mudah didapati tetapi kita masih jahil tentang agama kita sendiri. Tersenyum megah orang kafir barat yang menciptakan alatan canggih buat manusia kerana satu propaganda mereka telah berjaya. Orang Islam semakin tidak mengenali agama mereka sendiri!! Sedangkan di zaman nabi dan sahabat mereka terpaksa perjalanan yang jauh bagi menimba ilmu agama. Tetapi umat akhir zaman yang berada di alaf baru serba canggih ini semakin ke belakang tentang tahap pengetahuan mereka tentang Islam. Orang kafir pula berjaya dengan rancangan mereka untuk merasuki minda umat islam dengan anasir jahat mereka melalui teknologi terkini. Sedarkah kalian???

Kita berbangga dengan doktrin dan pemikiran sekular dan pihak musuh islam tertawa berdekah-dekah melihat umat islam dipermainkan tak ubah seperti patung. Banggakah kalian dengan budaya barat yang jauh daripada islam? Banggakah kalian apabila mereka berjaya melupuskan ingatan kalian terhadap Nabi Muhammad saw dan membuatkan kalian lebih mengingati seorang paderi bernama Valentine itu? mari kita fikir-fikirkan bersama..

Ingatlah wahai sahabatku sayang...


12 Rabiul Awal dan 14 Februari...
Sambutan HARI KEKASIH..
Tetapi berbeza...
Anda fikirlah sendiri..
Sayangkan Rasulullah atau sayangkan buaya dan geli friend anda..
Pelihara akidahmu..
Jom muhasabah diri..

25 January 2011

Ulama' Dunia vs Ulama Akhirat

Assalamualaikum...
Sudah lama ana tak post entry yang agak berat untuk dikongsikan bersama. Mungkin juga disebabkan faktor "SIBUK" yang menyebabkan otak ana tidak mampu berfikir untuk membina ayat yang sesuai di blog ni.. Semuanya kata-kata yang terucap hanya akan mengalir keluar tatkala adanya sesi perbincangan atau brainstorming. Tapi bile mahu menulis, terasa berat untuk memuntahkannya kembali.




Ulama' dunia vs Ulama' akhirat.

Sipakah mereka ini? Kenapa digelar Ulama' dunia dan Ulama' akhirat? Ulama' itu merupakan jama' daripada perkataan alim. Makna katanya, Ulama' ini merupakan golongan yang berilmu. Siapa yang berilmu?? Kita lah yang berilmu itu secara umumnya. Kita adalah golongan mahasiswa yang alim dengan ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan, ilmu agama dan lain-lain lagi.. itulah Ulama' dan siapa ulama'? Tok Guru Nik Abdul Azizi? Ya.. beliau seseorang yang alim dalam bidang agama dan juga leadership. Dan kita ulama' dalam bidang kita sendiri.



Ulama' Dunia

Namun begitu, bagaimana ingin membezakan antara ulama' dunia dengan ulama' akhirat ni? Hm2.. hasil perbincangan ilmiah ana dan sahabat-sahabat di dalam bulatan, dapat kita ketahui, ulama dunia ini secara umumunya adalah seseorang yang melakukan sesuatu yang dia tahu tentangnya kerana inginkan keduniaan. Sebagai contoh, seorang doktor didatangi 2 orang pesakit yakni A dan B. Pesakit A merupakan seorang yang jutawan dan manakala pesakit B adalah seorang yang sederhana. Doktor tersebut memilih pesakit A kerana memikirkan pesakit B tidak mampu membayar kos rawatan yang akan dikenakan. Bimbang nanti tak terbayar, doktor pula yang rugi. Apabila dikaji, pesakit B ini sememangnya memerlukan rawatan kerana jika tidak, dia tidak dapat bekerja untuk mencari rezeki buat keluarganya. Manakala pesakit A ni plak dia mampu untuk berubat di luar negara dengan duit yang dia ada. Hasil wangnya juga tidak jelas halal haramnya. Tetapi kerana doktor itu mempunyai penyakit ulama' dunia yakni orang yang berilmu tetapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri, maka itulah tindakannya.




Ulama' Akhirat



Bagaimana pula dengan ulama' akhirat? Ulama' akhirat adalah seseorang yang sentiasa meletakkan Allah di hadapannya. Tingkah lakunya merupakan akhlak daripada pentarbiahan islam berdasarkan al quran dan sunnah. Tidak terburu-buru dalam menghukum seseorang. Analoginya cukup mudah. Seandainya anda seorang mufti yang berpengatahuan tentang ilmu agama dan hukum hakam islam. Kemudian datang seorang pemerintah atau pemimpin yang menyuruh anda mengeluarkan fatwa halalkan arak dan anda akan diberikan ganjaran dengan nilaian yang sangat tinggi jika tidak anda akan dilucutkan jawatan. Yang mana anda pilih? Disinilah menentukan sama ada anda ulama' dunia atau ulama' akhirat. Jika anda ulama' dunia maka anda akan gunakan segala kepakaran anda untuk memutar belitkan hukum hakam islam dan anda akan dapat menikmati ganjaran daripada pemerintah dan tidak akan dilucutkan jawatan. NAMUN... jika anda seseorang yang meletakkan Allah di hadapan, maka anda sanggup untuk dilucutkan jawatan daripada anda menggadaikan prinsip hukum hakam islam yang Allah tetapkan. Anda akan memikirkan amanah yang terbeban di bahu anda yang bakal ditanya di padang masyar kelak. Situasi di atas berlaku juga kepada salah seorang imam yang digelar sebagai seorang pemelihara sunnah yakni Imam Ahmad Bin Hanbal yang sanggup dipenjara oleh pemerintah yang zalim yakni Khalifah Ma'mun daripada mengakui bahawa al quran itu adalah makhluk sepertimana yang dikatakan oleh para pengikut Mu'tazillah yang sesat. Beliau di siksa kerana tidak mengikut kehendak pemerintah. Walaupun di libas dengan cemeti, beliau tetap mempertahankan sunnah dengan menyatakan bahawa Al Quran itu bukan makhluk. Jadi?? Sanggupkah kalian menggadaikan keduniaan demi Allah atau sebaliknya?? Tepuk dada dan tanya iman masing2..





Jika dibincangkan dengan lebih lanjut lagi, terdapat banyak lagi ciri-ciri ulama' dunia dan ulama' akhirat yang dapat dibincangkan. Namun untuk post kali ni ana cume membawakan satu aspek sahaja iaitu dari keutamaan kedua2 ulama tersebut dimana ulama' dunia mementingkan keduniaan dan ulama' akhirat meletakkan Allah sebagai matlamat utama. InsyaAllah kita akan bincangkan mengenai Ulama' pemimpin tindakan untuk post yang seterusnya.. Moga perkongsian ana ini mendapat manfaat semua dan segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ana makhluknya yang tidak sempurna.. Wallahualam.. salam.. =)