13 May 2016
Facebook Vs Blogspot
25 December 2013
Tajdid Niat Menuntut Ilmu
24 December 2013
Semester Pertama Yang Teruji
31 October 2013
Hampir Seminggu Belum Kebah Lagi
20 October 2013
Hidup di Bumi UKM kini
Alhamdulillah hampir sebulan 20 hari berada di bumi UKM dan kehidupan di UKM tidaklah banyak bezanya di KIPSAS.. Cuma mungkin taburan studentnya yang pelbagai.. Dan saya juga adakalanya orang tersalah anggap sebgai student master.. Alhamdulillah itu satu doa dari kalian..
15 July 2013
Perkongsian Buat Adik-Adik KIPSAS yang ingin menyambung Ijazah di IPTA
![]() |
| ini contoh sijil muet |
02 April 2013
Jom Masuk U!! : Apa Pilihan Anda??
28 September 2012
MAKHLUK YANG BERNAMA THESIS
| student life.. huhu.. Banyaknye cacing... |
Ape-ape pun saya kene berazam untuk siapkan kerja-kerja saya ni secepat mungkin.. huhu… sempat juga minta kebenaran Puan Yani untuk hantar kerja kelas next week.. Arigato Puan Yani.. hehe… Ok la ye.. sampai sini dulu ye… wallahualam.. selamat hari jumaat..
25 October 2011
MERANCANG KERJA
- Ambil lesen P untuk kereta. (Penting sangat2!!)
- Jaga my sister yang bakal dapat new born bulan 11 ni
- Tarbiyah Al Nafs ( nak charge batery iman dan tarbiah diri untuk sem berikutnya)
18 October 2011
STUDY WEEK + EXAM WEEK
Alhamdulillah bermulanya study week bagi kolej Nurul setelah berlalunya 14 minggu kuliah bagi semester yang ke-4 ini. Masih berbaki 2 sem lagi untuk Nurul teruskan perjuangan yang tidak pernah berakhir ini. Menuntut ilmu dari keluarnya Nurul dari rahim mama sehinggalah ke liang lahad insyaAllah.. Target Nurul untuk semeter kali ini adalah untuk menebus kembali kekalahan pada semester lepas sampai Nurul jatuh dalam longkang.. Innalillahiwainna ilaihi raji'un... Namun kejayaan yang ingin dicapai adalah semata-mata kerana Allah dan ingin menjulang nama Islam keran Nurul merupaka duta bagi Islam yang sedang menuntut ilmu, berjuang di medan akademik buat bekalan di dunia dan akhirat insyaAllah..
Sebenarnya Nurul masih lagi terbuai-buai di alam mimpi ni.. masih belum prepair ape.. Alamak.. kata mahu tebus balik tapi masih lagi bersenang lenang.. Hm2.. Bukan sengaja bersenang lenang.. tetapi mahu mengumpul peluru dan menyusun strategi study yang betul sebab orang lain mungkin boleh fokus dengan study waktu study week ni(ehem2.. adakah kita manfaatkan study week kite ye?? jawab sendiri..), tapi Nurul juga perlu menyusun strategi untuk perjuangan Nurul di bumi tarbiah KIPSAS ini juga untuk masa hadapan.. Al wajibat aqsaru minal awqat.. Tapi.. hai.. ada tapi lagi ye.. Nurul masih lagi tak mampu nak fokus ni.. Mungkin sebab mamai lagi kot lepas cuti dua hari kat umah sebelum ini.. Huhu.. bangun2.. tepuk2 pipi tu.. huhu.. Dan juga ada sedikit masalah peribadi yang sulit untuk diceritakan.. huhu..
Memohon maaf kepada yang berkenaan kerana kekurangan diri Nurul dalam menguruskan kehidupan Nurul ni.. Semoga Allah pelihara semuanya.. Ape2 pun insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.. Hm2.. perancangan lepas exam ni pun banyak jugak ni.. jadi penjaga orang lepas bersalin (my sister shida), nak amek lesen P kereta, nak pergi kenduri kawen kawan kat Pineng.. nak berjumpa dengan orang jauh yang lama dah tak bersua muka.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan segalanya.. banyak sebenarnya perancangan Nurul ni.. Tapi tak tau la nak fokus mana satu ni.. perancangan aktiviti, kewangan untuk sem depan, perancangan belajar, BM (hm2..) dan banyak lagi.. Ya Allah moga dipermudahkan segalanya... InsyaAllah...
16 September 2011
housekeeping!!
Hari ni keseorangan di bilik. Mira dan Kak Af tersayang dah pulang ke rumah.. ana menunggu kakak yang bakal ambil ana nanti sore.. Bilik ni perlu dikemaskan segalanya supaya tak ditinggal dalam keadaan sempurna.. tadi baru kemas "peti ais" kami.. Peti ais berisi makanan, bahan mentah, tupperware.. banyak betul barang.. huhu.. We call it as peti ais atau peti hikmat.. hehe.. Nak basuh bekas2 plak pasni.. Kemas bilik, sapu lantai.. huhu.. basuh baju.. jemur baju.. Penat bha.. tapi itulah kehidupan bila duduk kat hostel ni.. kat rumah pun macam tu jugak kan.. Tak sanggup la nak tengok bilik bersepah.. Huhu..
Kata kak Af, nasib baik duduk bilik dengan Tika yang rajin kemas..(hehe.. ha!! tak baik bangga diri.. astaghfirullahazim).. Xde la.. Mungkin sebab dah terbiasa dengan didikan kat rumah kot.. menjadikan bilik ni pun macam rumah jugak la.. Tak suke tengok bilik berselerak.. Kalau nak buat assignment atau study pun, bilik kena kemas dulu.. kalau tak.. Huhu.. SERABUT.. Ape pun tak masuk..Bilikku syurgaku.. hehe..
Ok la.. nak sambung buat kerja.. Jaga diri.. hiasi peribadi... Kebersihan itu separuh daripada IMAN...
13 September 2011
Tidur Yang Tak Lena
Alhamdulillah semakin bersemangat kembali untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini. Sejak akhir-akhir ni dilanda masalah tak dapat tidur dengan lena waktu malam walhal tidur dah lewat dan pada awalnya rasa mengantuk yang amat sangat. Kadang-kadang tidur awal jam 10 malam pun terbangun jam 3 atau 4 pagi. Tidur lewat dan walaupun hari tu hari yang letih pun tetap terjaga jam 4 pagi lebih kurang. Kenapa ye? Gangguan atau ape ye?
Sebelum tidur, wudu' dah ambil, al mulk dah baca, ayat kursi, dan semua ayat pelindung diri pun dah baca dah.. tapi tetap macam tu jugak. Pernah sekali tak baca al mulk kena gangguan ditindih sesuatu yang sambil bermain rambut hamba Allah ni. haih.. tak boleh jadi ni..
Psiko betul malam-malam ana ye.. Hm2.. Bersangka baik.. mungkin malaikat kejut tu suruh bangun qiam.. Hm2.. jangan malas bangun qiam.. kalau berat sangat nak qiam tu meaning that dosa banyak sangat lah tu.. nafsu melebihi segalanya.. Bila dah diberi nikmat mudah bangun malam, xnak pulak dirikan solat sunat qiam.. Hm2.. Muhasabahlah diri sendiri ana ni.. Wallahualam..
p/s : Tidur yang paling lena adalah setelah menjadikan dunia itu tempat untuk mencari pahala dan keredhaanNya dan mati itu istirehat yang senikmat-nikmatnya.. hm2..
p/s :
11 August 2011
DATELINE!!!
Assalamualaikum...
Arab Li Syariah - 16/8/2011
Keluarga - 18/8/2011
Halaqah Usrah - 18/8/2011
PRESENTATION
Jenayah - 15/8/2011
English - 15/8/2011
Siasah - 18/8/2011
Keluarga - 25/8/2011
DATE DUE ASSIGNMENT
Keluarga - SIVIL : Week 10
ISLAM : Week 8
Jenayah - 19/8/2011
Probet - 27/8/2011
Siasah - Sebelum study week
p/s : Dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan... =)
10 April 2011
My sweet home..
NI baru je angkut-angkut barang tadi.. Penat sangat sampai peluh jantan pun keluar.. huhu.. Alhamdulillah cuaca tak panas.. Kejap-kejap hujan.. NI sedang tunggu kakak NI untuk pick me up ni.. Doakan kejayaan NI ye.. Sem depan dah masuk SEM II tahun 2 dah.. InsyaAllah bakal menamatkan pengajian diploma pada hujung tahun 2012.. Jadi NI akan mengundi mungkin sebagai zaujah orang atau pelajar degree.. (statement gempaq aje.. main2 je ye).. NI nak sambung belajar lagi selepas diploma ni.. Biarlah lambat sedikit dari sahabat-sahabat yang lain..
Ok la ye.. semoga sahabat semua dalam lindungan Allah selalu dan bagi mereka yang bakal menempuh final exam, bittaufiq wannajah NI ucapkan.. bagi yang bercuti semester, selamat bercuti dan jaga iman, amal dan akhlak ye.. Bagi yang berlatihan industri moga Allah permudahkan segalanya.. ok.. ampun maaf jka ada salah silap di sepanjang semester ini.. assalamualaikum...
06 April 2011
Mengimbau zaman sekolah.. =)

Muslimat 5 Agama 12.. masa ni tahun 2006.. dah lama rupenye.. macam baru je ambil spm minggu lepas..=)
Ini waktu f4 atau f5 ye?? huhu.. f4 rasenye.. di uitm waktu math's day.. lain ke dari sekarang??? hm2..
Ini waktu F5.. kami pergi tempat buat duit.. The Royal Mint xsilap nama tempat tu... entah kemana cenderamata yang dapat kat situ.. huhu
Batch Muslimat F5 Gen51.. mane ana ye?? jenuh nak cari.. kecik2 je semua muka.. huhu.. ana di tengah barisan kedua dari bawah.. cari-cari carilah...
Ini waktu F4 di kisas tahun 2005.. setting di kelas 4 agama 12 bahagian belakang kelas... 3 orang dari sahabat ana dalam ni dah pi ovc (tahun akhir dah kot).. yang lain dalam Malaysia aja.. =)
Ha.. ini nostalgia punya gambar.. warna pun dah old school aja... darjah 4 tahun 1999.. me baris kedua, dua dari kiri (kat gambar yang separuh je nampak orangnya tu.. huhu)
Ini?? Hehe.. waktu F3.. dekat Pantai Balok sebab ada program motivasi.. me duduk depan sekali.. yang agak skema itu.. yang tak lipat lengan baju.. yang bercermin mata.. hehe.. boleh cari??Sekolahku
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita
Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan
Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli
Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan
Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan
Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli
Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan
Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"
28 March 2011
Final Exam Day 1....
Bila tengok sahabat-sahabat di sisi rasa macam ada aura plak.. Rasa semangat nak berjuang bersama-sama.. Sebelum start jawab exam, kami berbalas pandangan dan tersenyum.. huhu.. macam dalam medan perjuangan tuh.. Best2.. Di dalam dewan utama yang besar tu kami bersama-sama berperang di medan ilmu dengan senjata kecil kami.. Ha.. kecil bukan sebarang kecil.. kecil tapi penulisan yang dizahirkan tu mantap-mantap insyaAllah..
Dalam kesejukkan tu ana dan sahabat-sahabat menjawab exam dengan sebaik mungkin.. Nasib baik ana pakai jeket dan memang dah agak memang Dewan Utama sangat sejuk air condnye.. huhu.. Boleh rase kejang tangan kadang-kadang tu.. Sesekali ana merehatkan tangan dengan dan menggosok kedua belah tangan.. Huhu.. Sejuk-sejuk.. otak pun macam nak beku sekali kot..
Waktu jawab exam tu rase lapar pun ade jugak. Tapi baru je lepas makan. Hm2.. memang otak memerlukan banyak tenaga untuk berfikir di petang hari.. Dengan menjawab bahasa arab lagi.. huhu.. Rase macam dah buat eksperimen ape je.. kejap2 belek paper ni, kejap2 pusing kertas lagi.. atas meja tu dengan kad matrik, slip exam, paper, alat tulis.. Tengok sebelah.. Allah.. lagi la.. dengan buku akta lagi nak belek.. dasyat2..
Alhamdulillah ana betul2 menggunakan masa sebanyak 3 jam untuk jawab exam hari ni.. lepas je keluar dewan, muka dah macam ape je.. macam ikan kekeringan kot.. Rase macam xdaya dah nak fikir sebab memang dah perah betul2.. Keluar dewan terus pergi kefe.. hehe...
Esok ade lagi paper.. Subjek Sistem Kehakiman Islam.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. InsyaAllah.. Perjuangan di medan pelajaran.. jangan sampai kita membuat fitnah kepada golongan yang memperjuangkan agamaNya dengan study xjaga betul2.. jangan kita hanya semangat bercakap tetapi tanggungjawab sebagai pelajar tak jaga.. Dakwah no 1 tetapi ingat.. belajar bukan no 2.. wallahualam.. salam... =)
25 March 2011
Final Exam!!
Sejak kebelakangan ni NI agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan buku untuk exam pun tak sentuh lagi.. Huhu.. semalam buat kerja sampai diri sendiri demam mengejut tapi alhamdulillah dah kebah dah pagi ni. Boleh pulak NI pergi tanya sahabat petua nak sembuh demam dengan cepat. Caranya dengan mandi air batu.. Tapi NI tak buat la.. Just mandi sejukkan kepala dahulu.. NI memang tak suke makan penadol kalau sakit. Hihi.. Jangn tiru cara NI ye.. Sekarang ni jadual makan NI pun tak berapa teratur sangat. Kadang-kadang tu just makan waktu tengahari je.. Bila malam dah penat nak makan dan selalunya memang NI kena bebel la dengan budak bilik. Nanti ada la yang suapkan tak pun belikan nasi sebab mereka tahu yang NI kadang-kadang bukan xnak makan tapi xsempat je.. huhu.. (kadang-kadang malas pi kefe.. sanggup berlapar)
Hari ni NI terlewat hadiri perjumpaan MPP dengan dato kat pejabat.. huhu.. Ni kes sebab demam dan juga berjaga sampai pukul 3 pagi semalam buat take home test.. huhu.. Datang je pejabat, meeting dah start.. NI dah bagitahu pada Cik Timbalan Presiden.. maaf sangat-sangat sebab memang tak berdaya dah.. Tu lah kehidupan NI sebagai YB iaitu yang busy... huhu... sekarang ni tengah mengadap laptop nak buat assignment dan juga ditemani dengan radix untuk memberi tenaga. Eh, bukan radix yang bagi tenaga tetapi Allah. radix tu tamsilan sahaja..
Ok la ye.. NI nak berhenti dulu disini.. Doakan kejayaan NI dalam final exam minggu depan dari 28 hingga 7hb April.. NI doakan sahabat-sahabat yang lain pun berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah.. Sirru ala barakatillah.. wallahualam.. salam..=)
23 February 2011
Student's life
Hari ni ana still tak berapa sihat tapi kaki di gagahkan juga untuk pergi kelas.. Tengok list works to do.. Allah.. banyaknye... msg dari sahabat dan pimpinan tak henti-henti.. Huhu.. Mahu buat semua tetapi fizikal yang agak lemah ni membatasi diri..
Pagi tadi bangun Subuh jam 6.20 am.. Ya Allah, sakitnya badan.. lemahnya rasa.. lepas solat ana tertidur dan tertidur lagi.. Kelas bahasa arab jam 11 pagi.. senganja ana biarkan diri untuk tidur lebih lama untuk dapatkan balik tenaga.. sangat penat.. jam 11 ana masuk kelas.. Dengan langkah yang longlai..
Selesai kelas jam 12.30 ana ke library untuk cari bahan buat assignment. Semua kitab dah tersusun di atas meja.. Sunan Tarmizi, Shahih Bukhari dan lain-lain.. baru je belek2 beberapa jilid, lampu ditutup.. Huhu dah jam 1 dan library akan ditutup.. lalu ana kembalikan semua kitab ditempatnya dan berjalan pulang ke hostel.. huhuh.. isk isk isk... rasa sedih sket..
Then di bilik ana prepared for my lunch and solat.. badan semakin tak sihat.. bergetar2 je badan ni.. teringat plak temujanji dengan doktor 3hb 3 ni.. huhu... ape la penyakitku ini...
Jam 3, duk usha blog dan akhirnya menulis dan menanip.. sekarang jam 3.18.. nak bersiap pi kelas dulu na.. 3.30 kelas UPP... huk huk huk.. petang ni usrah, malam berlatih nasyid dan ada perjumpaan lagi... huhuhu...
daaaa...
gi kelas dulu... salam..
13 December 2010
Tahun 2 Semester 3
Alhamdulillah pagi ini, bumi KIPSAS telah dilimpahi dengan berkat Allah swt. Hujan pada pagi hari memang sungguh best dan bikin mata ni secara automatik tertutup dengan rapat.. lena tu... hehehe... tapi Alhamdulillah di pagi-pagi hari yang sejuk dan nyaman ni boleh plak ana mengadap laptop ni ye.. Duk tengok kertas kerja untuk program MPP. Hari ni nak jumpe Puan Yani untuk discuss pasal program Buddies Support Group. Ni sambil menaip sambil dengan lagu kumpulan Far East album Halawatul Iman.. best2.. hehe.. rancak aje.. suara pun mantap..
Semalam, ana sedih dan kemurungan aje.. Alhamdulillah masalah yang menimpa diri sudah selesai walaupun bile tengok sahabat ana sorang tu nak kawen buat hati ni dijentik rasa cemburu jugak. Alahai.. maafin aku wahai sahabat.. Cuba untuk peringatkan diri dan menerima hakikat yang kehidupan kita berbeza. Dan buat seorang sahabat lagi, bantu daku untuk menjaga segalanya. Huhu.. masih dalam mood yang sedih tetapi berusaha menguatkan diri..
okeylah.. sampai sini dahulu dapat ana coretkan sebab nak prepair untuk pi kelas nih.. kelas pertama untuk semester ni.. kejap je dah jadik budak tahun 2.. heheh.. tinggal lagi 3 sem.. doakan ana ye semua... daaa... assalamualaikum...
- Bahasa Inggeris III
- Al- Arabiyyah Li Al-Syariah I
- Undang-Undang Kontrak Perbandingan
- Undang-Undang Tort Perbandingan
- Undang-Undang Perlembagaan dan Pentadbiran Perbandingan
- Sistem Kehakiman Islam
- Usul Fiqh
p/s : Alhamdulillah sem ni just 7 subjek je.. 15 credit hour... hehehe..
08 October 2010
Tanggungjawab + Study
Assalamualaikum.. sudah lama tidak dicoretkan tentang kehidupan ana di bumi KIPSAS. Overall, kehidupan lagi better dan ana seronok belajar disini. Newly update, ana dipertanggungjawabkan dengan jawatan Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS yang sudah semestinya lebih busy daripada student lain. Ana sekarang ni pun agak payah jugak nak duk kat bilik. Kalau tak pegi kelas, kadang-kadang tu ade la hal kat luar. Jumpa dengan sahabat-sahabat untuk berbincang ape semua. Tidur pun dah kurang teratur sedikit. Pelajaran makin lama makin mencabar dan ana sendiri perlu lebih fokus dalam kelas. Setiap masa yang diperuntukkan sangat bermakna buat ana. Alhamdulillah Allah berikan sesuatu yang menggembirakan diri ana di bumi KIPSAS ini walaupun sebelum ini ana merasakan satu kegagalan yang menyakitkan lah jugak. Tapi when we put trust in Allah, insyaAllah we will find the way.
Tak lama lagi, ana akan menghadapi final exam bagi semester 2 ni. Sekejap je kan? Xlame pun.. hehehe.. xlame lagi nak masuk tahun 2 dan seterusnya dalam 3 sem lagi, maka tamatlah pengajian ana disini dan insyaAllah ana akan menyambung pelajaran ke peringkat degree pula. InsyaAllah.. just doakan saja..
Cume sekarang ni ana agak bimbang tidak dapat menyeimbangkan antara tanggungjawab dengan study ana sendiri. Sesungguhnya sangat berat nak stabilkan dua perkara yang berbeza tu. Sebab kadang2 kalau dah jadi MPP ni kena skip kelas la ape la.. Huhuh.. skip kelas adalah sesuatu yang paling ana tak gemar. Sebab ape? Yelah bila dah skip mesti tak dapat ilmu tu direct dari pensyarah. Kan dah ke rugi.. huhu.. tapi tak tahu lah.. sesungguhnya tanggungjawab yang diberikan kepada ana ini adalah datang daripada Allah dan Dia lebih tahu sama ada ana layak atau tidak untuk menghadapinya..
Kat sini, ana memohon doa-doa daripada sahabat-sahabat semua agara mendoakan kejayaan ana dan semoga ana dapat hadapi segala kesukaran hidup dengan tabah dan sabar. Doakan tau.. Doakan kalian sangat penting buat hamba ini. Ana perlukan kekuatan dari kalian.. InsyaAllah sampai sini dahulu. Jika ada masa lagi, ana akan cuba meluangkan masa untuk menulis lagi.. salam…


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



