expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label nothing to say... Show all posts
Showing posts with label nothing to say... Show all posts

16 July 2012

Thesis Oh Thesis!!

Cuti dah nak habis tapi thesis tak settle lagi.. huhu..

Assalamualaikum.. Bukan mudah nak fokus buat thesis ni bile duk umah. Kalau ngadap laptop lama-lama nanti, mak pandang semacam je plak.. huhu.. bukan mak kite tu tak memahami..tapi mak tu nak tengok anak dara die ni buat keje umah.. urus ape yang patut.. huhu...

Siang jaga dua budak yang memang lincah-lincah belaka.. lepas mak abah pegi niaga, duk settle kemas umah ape semua plak.. malam?? I dah rasa bintang-bintang berkelipan menghiasi alam dan terus tertidur.. penat dang mengantuk.. kerja memang la tak banyak mana tapi tubuh badan yang sememangnya cepat penat.. ditambah pulak sekarang ni demam, batuk dan selesema.. assignment, thesis ape semua tak sempat nak ditengoknya.. penat sangat nak memikir ayat-ayat cinta yang power.. tulis blog ni pun dah takde mase.. huhu.. Penatnye jadi manusia ni.. Camne la nak jadi housewife dan juga student ni lepas ni.. Kondisi badan yang tidak berapa kuat.. huhu..

penat la.. penat la.. penat la.. huhu.. 

Boleh buat lagu kan? huhu.. memang tak larat sangat.. tak tipu.. huhu.. Bile dah penat, dan ade yang duk cucuk kite dengan benda yang menyakitkan hati kite, memang la sangat terasa hati kan?? huhu.. Ade tak ape2 cadangan supaya saya mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat selain daripada minum milo?? seriously.. saya memang tak larat nak buat banyak-banyak benda.. huhu.. 


p/s : sape2 yang baca ni mesti rase lemah betul saya ni kan?? tapi seriously memang badan saya sakit2.. dan saya tak suke keadaan ni.. huhu...

24 October 2011

Exam Entry..Entry membebel..

Assalamualaikum...

Esok bermulanya tempoh Imtihan bagi semua pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Mata ini sudah mula mengantuk. Ehem-ehem.. sudah habis study kah? Beluuummm.. Tapi mahu menjenguk blog yang dirindui ini sebentar.. Esok Exam Halaqah Usrah II dan insyaAllah moga Allah mudahkannya.. Hmm.. tengok tajuk entry ini pun macam jiwa kecelaruan sahaja si pemilik blog ini.. adakah terlalu excited untuk exam esok? Atau terlalu celaru tak tahu nak baca lagi dah sebab banyak baca?? (BOHONG SANGAT LA TU YE).. Taaaaaakkk.. Ana sebenarnya tidak tahu nak meletakkan tajuk apa.. Itu sahaja.. No motive.. No intention.. No knowledge.. Okey.. Itu adalah tiga mens rea dalam pensabitan kes jenayah.. (JIKA TIDAK FAHAM, SILA RUJUK CRIMINAL LAW)

Adik-adik bilik masih komited membaca dan bertanya kepada kakak mereka seorang ini yang sedang menaip-naip di papan kekunci yang comel ini.. InsyaAllah adik-adikku mumtaz semuanya. Jangan tiru cara study kakak anda ye yang sangat sempoi tetapi sangat gelabah sebenarnya.. Ya Allah.. bila mahu berubah?? Tinggal 2 semester lagi ni.. huhuhu.. Cepatlah masa berlalu.. Lalu dengan pantas disindir " Biarkan masa itu berlalu dan kita haruslah memanfaatkan setiap masa yang untuk kita eksplorasi sebanyak mungkin perkara yang bermanfaat dalam kehidupan ini" Lalu terberhenti seketika dan berfikiiiiiiiiir!!!.. Ya!! Awak memang tepat sekali!!.. Manfaatkan masa yang ada wahai Cik Nurul Atika Binti Rosli.. (adakah ana menggunakan masa dengan perkara yang bermanfaat sekarang??)

Hm2.. Tiba-tiba terfikir.. Rasa mahu jadi seperti dia lah, mahu macam muslimat tu lah, mahu itu mahu ini dan mahu semuanya.. Haih.. Bila mahu jadi diri sendiri ni??? (sambil menggeleng kepala kepada diri sendiri). Bila mana diri tidak kenal diri sendiri, that's why lah tak tahu keputusan apa yang baik untuk diri sendiri. Asyik berangan mahu menjadi orang lain.. No points pun kan?? Kemudian mula la.. menangis.. tersedu-sedu.. tak tahu nak buat apa.. tak tahu nak cakap apa.. Hm2.. LEMBIK!!.. (huhu.. serius sangat menusuk hati perkataan ni tapi ana suka.. baru sedar diri sket kan)

Hm2.. Ana hanya membebel sahaja untuk entry kali ini ye.. Maaf andai entry ini tidak bermanfaat untuk anda..anda.. dan anda semua.. Ok lah.. Tinggalkan anda dengan bait-bait lagu ini..

Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu...


P/S: What the connection between this song with my entry??? Hm2.. Maybe something that too hard to explain.. Buat yang mengerti, maka Allah akan bagi dia memahami.. hehehe.. (ayat berbelit2.. haih..) Daaa... Salam..

03 April 2011

Me in emo..emo..emo..

Assalamualaikum... Ndak tahu macam mana perasaan dan apa ndak difikir buat masa sekarang.. me in emo..emo..emo..emo...


sedang lagi study....study hard



Stress... huhu...stress



keliru kot....?...?


specky gurl...^^


Hai.. udah-udah la ye bermain wahai Nurul Atika Binti Rosli.. letakkan Allah sebagai matlamat dan bergembiralah....bye2... bye Assalamualaikum..

20 March 2011

Sudah kembali..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...

Ana baru sahaja pulang daripada BTN.. Beg pun tak dipunggah lagi.. Hm2.. BTN.. Dalam kepala ana yang dipenuhi neuron-neuron ni sedang laju berfikir tentang nasib mahasiswa yang bagi ana sangat menyedihkan.. Ape-ape pun nanti kite cite ye.. Mahu berkemas dahulu.. Ehem2.. Selamat Pengantin Baru buat sahabat tersayangku Siti Sarah Bt Amijuddin dan suami.. Dan Ehem2 lagi.. PTPTN sudah masuh double.. jom bayar yuran pengajian k... Salam..

13 March 2011

Terdetik di hati.. huhu

Assalamualaikum...

Baru sahaja habis pertandingan nasyid... Masih belum makan lagi ni.. Dah tak jadi lapar.. Huhu.. kenapa? kenapa? huhu.. tak tahu nak cakap macam mana.. Kenapa la... hai.. payah la nak luahkan disini.. E...a.. ha... nak jerit kuat2 je perkataan tu.. Allahuakbar... Rindu? Teringat? Sayang? Ya Allah.... Lepas ni jangan provoke dengan kahwin lagi ye sahabat-sahabat.. tak tenang hatiku memikirkannya.. huhu.. nak nangis ke nak ape ni.. Gembira ke sedih ke ni... ape2 pun... welcome to the club buat somebody tu ye... huhuhuu.....

11 March 2011

Flashback..=)

Assalamualaikum...

Me sedang berusaha keras buat assignment ni.. Banyak benda nak buat esok.. huhu.. tapi masih sempat lagi jenguk blog ini dan blog itu... Baca-baca blog sendiri dan sahabat.. Tibe-tibe senyum sendiri bila terkenang apa yang berlaku sebelum ni.. Flashback datang menderu-deru buat hati ni senyum memanjang.. hehehe... ape-ape je la ye cik Nurul Islam... Ok.. continue my work... daaaa... salam.. =)

21 October 2010

Corat-coret

Salam..

Kabare semua.. waras?? InsyaAllah sihat semuanya melainkan diri ini yang masih belum pulih dari demam yang agak mengejut semalam. Huhu.. Nak dekat exam boleh pulak badan ni nak manja-manja ye. Nak demam-demam plak die. Semeseter lepas pun macam tu jugak. Maka pada semester lepas hamba menjawab exam arabic dengan penuh keketaran kerana kesejukkan di dalam air cond yang tahap full punye power. huhu..

Sebenarnya tak tahu ape nak tulis, hanya mahu menulis secara suke2. Dan ingatan buat diri sendiri bahawa sakit itu ujian dan cara Allah ingin mengampunkan dosa hambanya ini yang dosanya menggunung tinggi. T_T..

Actually jam 4 pm nanti ade test Pentadbiran Undang-Undang Islam Malaysia dan hamba sememangnya membaca dengan xpenuh kekusyukkan. Huhu.. sekejap main pen, sekejap tulis-tulis, sekejap duk pilih lagu nasyid best kat lappy ni. Huhu.. jangan tiru ye kawan-kawan sekalian.

Kejap-kejap pegi cari image model hp SAMSUNG Champ. Ops.. hm2.. canggih2.. bukan ana punye, tapi orang tu punye. HP ana ni biase je. Setakat untuk call dan msg sahaja. Dah nak dekat 4 tahun dah gune dan ntah berape kali dah jatuh dan berkecai. hehe.. inilah Hp yang mama belikan lepas SPM dulu dan stay setia dengannya. Kalau ade sesiapa yang nak bagi hadiah HP baru kat diri ini boleh saja. Kecil tapak tangan satu padang bola ana tadahkan. =).. Tapi tak kesah sangat pun pasal gadget ni asalkan ianya memberi kemudahan untuk belajar dan xlupa jugak untuk memperjuangkan islam ini. Biarlah semuanya digunakan dengan baik dan memberi manfaat kepada diri kite. Kan?? (tapi kalau ade yang nak bagi hp canggih, sile2..hehe..gurau je)


Oh tidak... tak sedar rupe2nye dah banyak bercorat coret disini. Mahu berhenti dahulu kerana tangan ini jika tidak dihentikan dari terus menaip maka test hamba sebentar lagi pun tidak mampu tangan ini menjawabnya. huhu.. doakan semoga kehidupan diri ini sentiasa dimudahkan Allah swt dan semoga anda semua juga di dalam keredhaanNya selalu.


p/s : Minggu depan study weeks sudah.. huhu.. time is sooooooo fasssssssssssst

19 July 2010

pagi yang PERMAI

Assalamualaikum semua…^^. Kamu semua sihat bah? Ana jugak sihat bah. Alhamdulillah. Blog ana ni semakin hari semakin sukar sekali untuk diupdate oleh tuan punye blog. (ape daa tuan punye blog). Uiks tuan punye blog tu ana sendiri la. Ha.. mengata diri sendir la pulak ye. Sesungguhnya ana memang kekeringan idea untuk menulis sebarang entry yang terbaru disini. Jadi akibatnya, memang entry akan di post mungkin dalam 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Setahun sekali??? Itu adalah sangat melampau. Huhu..


Alhamdulillah juga kerana pada pagi yang indah dan permai ini masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan menikmati nikmat iman. Pagi-pagi lagi selepas solat subuh, cik nurul islam telah terpacak depan laptop. Mengucapkan selamat pagi buat mereka-mereka yang tersayang. Dan sempat juga berborak dengan temans sebilik (temans?? Maknanya ade dua orang atau lebih.. rosak bahasa..huhu). Kak Leni semalam ke UIA, menghadiri ceramah tentang Palestin yang dihiasi juga dengan persembahan daripada kumpulan nasyid kegemaranku.. SHOUTUL HARAKAH. Bestnye.. tapi apakan daya, semalam ana ade kelas taekwondo yang membuatkan daku terpaksa la beraksi seperti ninja yang melompat ke sana dan ke mari. Ade ke salah sorang daripada mereka ni cakap ana ni lompat macam main congkak. (macam mane tu??) Ape-ape je la ye. Tak buat nanti kena plak dengan sir.Belajar self defense ni memang la gitu kan. Melompat, berlari, semua ada. Bangun pagi, semua badan rasa sakit-sakit. Mujurlah ada minyak but-but keluaran HPA. (adakah itu untuk mempromote. Hehe). Berbalik kepada kumpulan nasyid tadi, ana pun tengok la kan video daripada HP Kak Leni. Tak mampu nak pegi, tengok je la rakaman nye. Sama jugak.


Hm2.. ana sudah kehilangan arah untuk menulis. (bukan hilang Arah Farahana kawan ana tu ye). Jadinye.. berhenti dulu di sini.. insyaAllah if I have times which means a lots of time, I will post my new entry k.( macam la ade yang tertunggu2 entry baru ana.Huhu). Ok la ye.. salam ukhwah.. salam sayang.. semoga pagi ana lebih baik dari pagi-pagi yang sebelumnya..

15 May 2010

BEEEEEERRRTUKAAAAARR!!

Assalamualaikum...


Saya mahu tukar template blog ini....

Sudah jemu memandang layout ini... (ni lah manusia...cepat sangat jemu)...

Sedang memilih-milih layout yang menenangkan jiwa dan agak machooo...huhu

Mari mencari...hemo hemo hemo..

05 April 2009

Semangat yang menghilang dengan tibe2..

Assalamualaikum. Hmm.. sekarang baru pukul 11.50 malam. Awal lagi buat student sekarang. bagi ana lah. Tetapi sekarang ni ana merasakan kehilangan semangat la pulak untuk teruskna kerja yang still ader lagi nie. Hai.. macam mane ni. Tadi plak dikejutkan dengan berite sahabat ana diserang histeria. Ya Allah berikanlah kekuatan padanya. Hmm.. kemana semangat ana menghilang nie? Sape yang buat ana moody nie? Hmm.. Geram pulak kat diri sendiri. Tak pe lah abaikan. yang pasti sekarang ni ana memang tak semangat nak teruskan kerja ana nie. Tak tahulah kenape. Hmm.. Hmm... dan hmmm lagi.. dah tak nak berceloteh.. huhu.. salam.
"Allah matlamatku"