expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

07 April 2009

Jin vs Manusia...

Assalamualaikum. Sejak akhir-akhir ini ana banyak bercerita tentang luahan hati ana di blog ana nie. Tapi kali ni ana ingin ceritakan pengalaman ana semalam. Di kampus sekarang ni sedang hangat dengan isu kerasukan atau lebih dikenali sebagai histeria oleh pelajar perempuan. Entah mengapa buat kali pertamanya ana merasa agak lembik untuk berhadapan dengan situasi yang melanda sekarang ini. Semalam di balai islam, pelajar yang "terkena benda tu" mendengar ceramah oleh ustaz dan ana pun sekali lah. Turut mendengar ceramah tersebut. Tapi tak tahu kenape, ana tak dapat memfokuskan diri untuk mendengar ceramah dari ustaz tetapi diri ana rasa lain macam. Dipendekkan cerita ana berjalan ke bahagian belakang dan duduk dekat dengan sahabat-sahabat ana yang lain. Muslimat yang "terkena" tue " semakin menjadi2. Ana pulak rasa makin lemah semangat bile tengok keadaan tua. Kawan2 mula lah tepuk2 badan ana suruh istighfar banyak. Dan Alhamdulillah ana dapat kawal emosi ana balik. Balik dari balai islam ana ke bilik rakan ana sebab rumet ana ade meeting dengan lujnahnya. Ana rase tak boleh berseorangan. Rakan ana menyuruh ana berbanring dan dia membacakan ayat2 suci al quran untuk ana. Terasa ketenangan dan kekuatan kembali semula. Huhu.. Buat pertama kali ana merasakan agak lemah dan nak tertumbang juge bile berhadapan dengan situasi macam tu. Hai.. nasib baik ade adik ana yang meredakan perasaan sebab ana call adik ana untuk tenangkan diri. syukran hamdan. Ika dah kuat dah. Hmm.. bukan ana tak pernah berhadapan dngan situasi ni, tapi semalam sedikit sebanyak diuji mungkin.


Kesimpulannye kat sini, kita as umat Muhammad yang terbaik perlu menguatkan diri dengan ayat2 Allah bile berhadapan dengan gangguan ini. Kawallah emosi anda dengan baik sebab punca utama seseorang itu terkena gangguan ni adalah kerana tidak dapat mengawal emosi dan membiarkan emosi mengawal diri menyebabkan kita kehilangan kekuatan untuk melawan perasaan sendiri. Hmm.. ana harap masalah ini akan selesai tak lame lagi. InsyaAllah Allah akan memberikan bantuan dan jin itu juga makhluk Allah yang dijadikan untuk beribadat kepada Allah s.w.t Semoga diberi kekuatan selalu. Insyallah.


Okeylah, sekarang ni dah pukul 4.27 a.m. Ana terjaga pukul 4 tadi dan terus capai laptop. Nal menulis sket. Ana nak buat homework ni. Semalam tak dapat buat kerana tak kuat untuk laksanakan. InsyaAllah dapat disiapkan. Okey ye. Semoga berjumpa lagi. Salam..


Allah matlamatku"

05 April 2009

Semangat yang menghilang dengan tibe2..

Assalamualaikum. Hmm.. sekarang baru pukul 11.50 malam. Awal lagi buat student sekarang. bagi ana lah. Tetapi sekarang ni ana merasakan kehilangan semangat la pulak untuk teruskna kerja yang still ader lagi nie. Hai.. macam mane ni. Tadi plak dikejutkan dengan berite sahabat ana diserang histeria. Ya Allah berikanlah kekuatan padanya. Hmm.. kemana semangat ana menghilang nie? Sape yang buat ana moody nie? Hmm.. Geram pulak kat diri sendiri. Tak pe lah abaikan. yang pasti sekarang ni ana memang tak semangat nak teruskan kerja ana nie. Tak tahulah kenape. Hmm.. Hmm... dan hmmm lagi.. dah tak nak berceloteh.. huhu.. salam.
"Allah matlamatku"

03 April 2009

Jam 1.04 a.m

Sekarang nie, dah kul 1.04 pagi.
Mata ana tak boleh tutup lagi
sebab kena siapkan note yang sir mintak tadi.
Tapi dari tadi tak buat2 lagi.
Ape kes nie? huhu..
Menerjah ke blog dulu..
Ok lah.. ana nak wat note dulu..
Tajuk modernism and post modernism.
Huhu.. semoga dapat disiapkan.
okeys.. Salam
"Allah matlamatku"

01 April 2009

Hikmah pertemuan..

Assalamualaikum semua dan selamat petang. Sekarang ni dah pukul 4.57 pm dan suasana petang begitu hening sekali. Hmm... actually ana sendiri tak tahu nak post ape untuk petang nie tapi niat di hati nak juga post something untuk tatapan sahabat semua. Tadi cube2 connect interenet and then dapat plak dengan mudahnye. Alhamdulillah. Memang rezeki kalian untuk baca post ana yang terbaru nie.



Hmm.. pertemuan. Tiba2 teringat lagu nasyid UNIC sebuah pertemuan plak. Setiap pertemuan yang berlaku dan dirancang oleh Allah s.w.t ada hikmahnya tanpa kita sedari. Ana menjadikan pertemuan ana dengan orang2 disekeliling ana adalah tanda kasih sayang Allah kepada ana sebagai makhluknya yang lemah. Tak tahu kenapa, tapi yang pasti setipa kali ana benar2 memerlukan seseorang yang memang boleh menyelesaikan masalah ana, pasti akan hadir sahaja insan2 yang tak disangka hadir menghulurkan tangan. Ana tidak pernah meminta untuk itu sebenarnya tetapi hanya meminta kepada Allah s.w.t agar memberi kekuatan dan sentiasa berada bersama ana. Kadang2 waktu tengah solat tue, sambil nangis2 doa, ana harapkan agar Allah datangkan seseorang yang mungkin dengan tibe2 muncul yang kesat air mata ana and peluk ana waktu tu jugak. (perempuan la).Huhu.. sadisnye. tapi tak pernah berlaku lagi lah. Cume dalam minggu itu akan ade insan yang mungkin ana rasa wasilah dari Allah sebagai menggantikan DIRINYA untuk mengubati hati ana yang dilanda kesedihan. Kadang2 ana tak kenal pun sape dier. Syukran buat nur_ila sebab kehadiran enti telah membantu ana sedikkt sebanyak. =)


Itulah dia kasih sayang Allah. Dia akan sentiasa berada disisi hambaNya tetapi kite kadang2 tak pernah sedar dan mengetepikan Allah tatakala bergembira. Kan? Hai.. Kasih dan cinta Allah sungguh unik untuk digambarkan dan hanya Dia mampu mencintai kita seunik itu.Huhu.. jadi, jangan lah kite rase sedih2 sangat sebab Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah akan ader sahaja bantuan yang datang dariNya jika meminta kepadaNya. Lebih2 lagi buat para da'i yang memperjuangkan agama Allah. JIKA KAMU MEMBANTU AGAMA ALLAH, MAKA DIA AKAN MEMBANTUMU DAN MENEGUHKAN PENDIRIANMU. Okey.. Setakat ini dahulu. asif jika terkasar bahasa.InsyaAllah nanti ana akan post lagi. Hmm.. masih memikirkan ape yang hendak dipost. okey ye.. jaga diri semua. Wassalam.."Allah matlamatku"