expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

17 January 2011

22 Tahun dan 9 Bulan




Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan izin Allah swt telah genap umur pemilik blogger picisan ini ke usia 22 tahun dan yang sebenarnya adalah 22 tahun plus 9 bulan di dalam kandungan ummiku tersayang..

Sepanjang 22 tahun ini telah banyak perkara yang ana lalui dan telah banyak juga dosa yang telah ana kumpuli.. Allahuakbar.. Moga Allah ampunkan segala dosa yang telah dilakukan...

Menjenguk di "muka buku" ramai yang mengucapkan ucapan selamat buat ana dan syukran wa jazakumullahu khairan kathir buat sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan ana di dalam kehidupan ini.. syukran...

Sepanjang 22 tahun dan 9 bulan ini juga diri ana ini telah banyak berhutang budi kepada kedua orang tua yang tercinta.. Tak mampu untuk balas segala pengorbanan merpati dua sejoli yakni abah dan mamaku yang tersayang.. Hanya ku doakan mereka sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan akan insyaAllah akan ku balasi dengan segenggam kejayaan buatmu..

Di usia 22 tahun juga, ana telah bergelar ibu.. ibu saudara kepada seorang anak dara yang cumel dan montel yakni Nurul Ain Najihah.. dan di usia ini juga ana bakal menerima seorang lagi abang ipar insyaAllah pada bulan 2 ini... Bila nak dapat suami pula ye?? huhu.. tungguuuu...


Alhamdulillah atas kurniaanMu ya Allah.. semoga diriku lebih tabah mengahadapi dugaanMu dan perbaikilah setiap amalanku... Moga di usia ini, ana lebih bersemangat dalam memperjuangkan agamaMu dan memperbaiki diri ini yang sentiasa alpa dan leka..


Itu saja setakat ini.. Syukran semua.. =)

Nurul Atika Binti Rosli aka Nurul Islam
17 Januari 1989 - 17 Januari 2011

13 January 2011

Erti Kedewasaan

Assalamualaikum...

Minggu ini adalah minggu terakhir ana berumur 21 tahun jika mengikut kepada perkiraan Masihi. Di dalam tempoh 21 tahun 11 bulan 3 minggu dan 6 hari ini, ana belajar erti kedewasaan dengan kaca mata ana sendiri. Dalam tempoh ini juga ana berhadapan dengan 1001 dugaan yang adakalanya sangat pahit untuk ditelan. Dengan didikan mama dan abah serta didikan daripada pengalaman hidup juga telah melatakkan ana sebagai seseorang yang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri tentang kehidupan. Alhamdulillah, ana boleh menyatakan bahawa kehidupan dalam tempoh ini sangat indah biarpun diuji dengan tangisan air mata. Tetapi ana berani menyatakan bahawa sepanjang tempoh itu Allah swt tidak pernah sesekali membiarkan ana bersendirian. Tarbiyah dariNya membentuk diri ana sekarang.. Alhamdulillah kerana dengan hidayahNya juga ana berani untuk menyatakan YA kepada perjuangan islam dan insyaAllah tidak akan menyatakan TIDAK kepada perjuangan islam.. Terimbas kembali saat-saat diriku "bernikah" dengan perjuangan islam. Menitis air mata ini kerana tidak menyangka diri ini yang hina terpilih menjadi pendokong agamaNya.. Allahuakbar... manisnya saat itu..


Dan di dalam tempoh ini juga ana belajar mengenai erti kedewasaan. Hidup ini bukan untuk melakukan perkara yang sia-sia dan setiap manusia yang beragama islam yang Allah ciptakan ada tanggungjawab mereka kepada islam serta tanggungjawab yang lain. Alhamdulillah juga ana panjatkan kepadaNya kerana seringkali menegur ana seandainya ada perkara yang tidak disukaiNya. Ana terdidik dengan tarbiyah dan hidayah dari Allah agar meninggalkan perkara yang sia-sia walaupun kadangkala ana alpa dengan dunia namun tidak pernah dibiarkan ana terus menerus hanyut. Terlalu banyak nikmat yang diberikan olehNya sehingga tidak terhitung oleh diri ana. Ya Allah.. andai ana tidak bersyukur dengan nikmat ini maka celakalah diri ana.

Alhamdulillah kerana Allah swt telah memberikan ana hidayah untuk memahami islam itu sendiri walaupun diri ana terlalu hina dan banyak dosanya untuk menerima ilmu dan hidayah itu.. Alhamdulillah kerana sepanjang hidup ana ini Dia telah mendekatkan hati ana kepada islam.. Tidak semua orang diberikan hidayah untuk mendekati islam dan ramai juga yang diuji dengan islam itu sendiri.. Allah.. semoga ana di jauhkan dari segala keburukan itu..


Ya Allah.. sempena ana menghabiskan sisa-sisa umur ana ini.. ana mohon agar diri ana sentiasa dipeliharaMu dan jangan pernah meninggalkan diriku walau dimana sekalipun. Terus menerus tiup semangat ruhul jadid ana untuk memperjuangkan islam.. Ya Allah ana ingin menhabiskan umur ana dengan mendapat keredhaan dariMu.. Jangan dibiarkan diri ini mengahabiskan sisa umurnya dengan perkara sia-sia.. dan jadikanlah diri ana ini bermanfaat untuk orang lain demi kepentinganMu... ameen... wallahualam

03 January 2011

Blog walking..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Allah swt untuk meneruskan perjalanan hidup sebagai pejuangNya, hambaNya...

Di kesempatan sementara nak tunggu jam 11 ni ana berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog.. sesekali terlihat widget counting ana punye umur kat sebelah ni. huhu.. xlame lagi dah nak umur 22.. kemudian berjalan ke blog sahabat-sahabat.. Allah.. Baitul Muslim.. Dah nak dekat.. dah nak dekat.. ape yang dekat? Entah la.. Pernikahan mungkin.. Masa berlalu dengan pantas sekali.. bersediakah ana? Hm2.. fikir-fikir.. insyaAllah.. semoga Allah pemudahkan segalanya..

Kadang-kadang bila dah sibuk kita terlupa untuk mempersiapkan diri di waktu pra perkahwinan ni.. Allah.. tanggungjawab.. gerak kerja lagi.. Semoga bakal zauj ana nanti memahami pergerakkan ana dalam dunia dakwah fi al islam ini.. Ana xsempat nak pelajari banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu rumah tangga.. kerana kesibukan dalam study dan gerak kerja kampus.. tapi insyaAllah akan mencuri masa untuk tarbiyah diri menjadi seorang zaujah.. payah tu.. teori semua orang boleh cakap.. tapi praktikalnya? semoga dipermudahkan segalanya..


Hm2.. counting my day... huhu... each day it's become close to me...


p/s : sape cakap ana tak gemuruh dengan pernikahan? nampak cool dan macam gembira je kalau cakap pasal Baitul Muslim.. Dalam hati sape tahu?? huhu.. Tanggungjawab tu..

02 January 2011

Balhum Adhal..

Assalamualaikum…

Di pagi yang hening dengan sayup-sayup bunyi hujan diluar tingkap, ana bertemankan kesejukkan di pagi hari berbicara dengan hati sendiri. Ya Allah, manusia ini pelbagai latar belakang ya. Pelbagai karenah dan kadangkala meruntun hati ana ini sendiri dengan sikap-sikap sahabat yang makin hari makin hilang arah dan panduan. Dan diri ana pula bagaimana? Ya Allah banyak sekali kesilapan yang ana lakukan. Semalam ana terlihat sesuatu fenomena yang sememangnya sebelum ini ana nak tengok dan dibuktikan Allah di depan mata ana sendiri. Ya Allah.. mataku telah menjadi saksi atas segala perkara yang anda-anda semua katakana fitnah itu. Kalian sudah dinasihati dan sudah ditegur, namun kalian menyatakan itu semua fitnah dan sebagainya. Kalian ada telinga tetapi kalian tak mendengar, kalian ada hati tetapi kalian tidak gunakan hati untuk menjaga segala tindak tanduk kalian. Kalian ada akal tetapi tidak menggunakannya dengan waras sekali. Ya Allah, pesan buat diri ini yang hina juga.


Di dalam kesuraman mendung di pagi hari ini juga entah kenapa meniti di pipi manik- manik jernih di pipi. Hm2.. mungkin terasa dengan sikap seorang sahabat yang tersayang. Tak mengapalah, ana juga penuh dosa dan terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan. Mungkin inilah masanya Allah nak menguji ukhuwah yang terbina. Astaghfirullah.. kita tinggalkan babak sedih ana tu ye. Nak berjuang tidak boleh terlalu memikirkan hal-hal yang boleh membuatkan hati menjadi lemah, hati menjadi tidak kuat dan emosi tidak terkawal sehingga boleh membuatkan kita patah hati. Wanita harus kuat emosinya. InsyaAllah.. kata-kata semangat untuk diri Nurul Islam sendiri pada pagi ini.


Berbalik kepada isu yang ana bangkitkan tadi, ana tersangat sedih melihat sahabat seperjuangan yang telah teruji dengan Allah swt. Ana doakan suatu hari nanti Allah memimpin dirimu dan diriku ke jalan yang benar wahai sahabat-sahabatku. Dan seterusnya disini juga ana ingin menceritakan perkara yang berkaitan dengan aktiviti tahun baru yang disambut oleh majoriti umat islam di dunia ini. Ana berpeluang mengikuti sahabat-sahabat untuk bersama-sama dengan pihak JAIP untuk mencegah kemaksiatan di waktu malam tahun baru baru-baru ini. Kami hanya mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan aurat wanita dan sebagainya. Kami ditempatkan ke kawasan yang terkenal juga di sini yang juga menjadi tempat yang boleh ana katakan setaraf dan sehebat Pantai di Bali mungkin atau kurang sedikit. Malam itu begitu ramai yang berkumpul di tepi pantai itu untuk menantikan detik jam 12 malam. Kami terus membolosi mereka-mereka yang sedang asyik bergembira dengan kedatangan tahun 2011. Di waktu itu kelihatan sepasang kupu-kupu malam yang bertenggek ditepi pantai yang sedap sekali melentok ke kanan dan ke kiri. Lantas apabila diberi salam, mereka menjawab dengan baik. Hm2.. islam rupanya dan Alhamdulillah masih ingat bagaimana untuk menjawab salam.


Kemudian ramai lagi yang lalu lalang di kawasan itu tanpa sebarang tujuan. Dengan hiruk pikuk dan hilai tawa mereka yang begitu gembira sekali bergurau senda. Serentak dengan itu buih-buih disembur ke sana- ke mari. Ya Allah.. Apabila diberi salam, semuanya menjawab dengan baik sekali. Apakah maksudnya? Ya!! Ramai sekali pemuda-pemuda dan termasuk juga ibu bapa kepada pemuda-pemudi di situ adalah umat islam!!! Umat islam yang semakin hilang arah dan panduan. Ya Allah.. Ana dan seorang kakak melihat ke pantai yang aktif saja pergerakan ombaknya. Sekali ia menghempas pantai seolah-olah menyatakan kegeramannya terhadap manusia yang melakukan maksiat di pantainya. Teringat pula kejadian tsunami di kawasan peranginan yang terkenal di Indonesia. Kerana kemaksiatan yang berleluasa, Allah telah “membersihkan” segalanya. SEGALANYA!! Dan ana terfikir, suatu hari nanti mungkin tempat ini ini bakal menjadi destinasi seterusnya. Hm2.. ditambah pula pada waktu sekarang adalah musim hujan. Wahai saudaraku, mengapakah kamu tidak mahu berfikir setelah kamu melihat kejadian yang Allah timpakan kepada mereka yang mengalami tsunami itu? Ana bayangkan, kalaulah tiba-tiba Allah takdirkan berlakunya tsunami pada malam itu, memang menyedihkan sekali kerana ramai dikalangan yang berada disitu adalah umat islam yang tenggelam dengan keasyikan dunia. Dan pada malam itu juga, ana dan sahabat-sahabat lain juga mungkin akan terkorban.



Itulah realiti masyarakat kita pada masa ini sahabatku. Ada juga antara mereka yang apabila diberi risalah, dijadikan alas tempat duduk!! Ya Allah, semakin teruk hambaMu.. Sedihnya baginda Muhammad saw melihatkan umatnya begini sedangkan baginda sangat-sangat menyayangi umatnya. Inilah tindakan mereka yang melampaui batas. Diberikan mata tidak mahu melihat, diberikan telinga tidak mahu mendengar, diberikan mulut tidak mahu bercakap perkara kebaikan, diberi AKAL tidak mahu BERFIKIR!!.. Benarlah kata-kata Allah mereka ini bahkan lebih teruk daripada haiwan ternakan. BALHUM ADHAL!!


Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

(surah al - a'raf : 179 )

Ya Allah, ana memohon kekuatan dariMu buatku dan juga sahabat-sahabat ana untuk tetap meneruskan tanggungjawab dan amanahMu dalam menegakkan agamaMu. Kami tidak mahu umat islam semakin hanyut Ya Allah. Perelokkanlah akhlak kami dan peliharlah kami daripada kemaksiatan yang hanya menghancurkan diri kami. Sesungguhnya kami berharap kepadaMu dan Engkau tidaklah berharap kepada kami. Kami juga tidak lari dari melakukan kesilapan, namun dengan hidayahMu ini, kuatkanlah hati-hati kami ya Allah.. ameen..