expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 February 2011

Akhirnya jumpa juga!! =)

Assalamualaikum sahabat semua...



Dengar tak lagu di blog ana ni?? Maaf la ye.. kadang-kadang cik Nurul Islam ni jiwa-jiwa juga.. huhu (mungkin selalu jiwa-jiwa dan sensitif kot).. Lagu ni dah lama ana cari tapi tak jumpa-jumpa.. dan bila hayati bait-bait puisi lagunya buat ana terasa nak menangis juga.. sebab ape ye?? Tak tahu macam mana nak terjemahkannya.. tunggulah dalam tahun 2013 ana akan menerangkan semuanya kepada antum semua jika berkesempatan insyaAllah.. Hanya Allah sebaik-baik perancang.. ni duk dengar lagu ni dari tadi sambil mencari kitab Musnad Imam Ahmad.. Touching betul bait-baitnya bila di translate dalam malay version... Allah.. nampak je Cik Nurul Islam ni serius orangnya.. tapi hatinya tetap lembut selembut kapas.. dan mungkin juga mudah pecah bila disentuh.. sensitif yang amat..T_T... Cubalah seseorang herdik ana ni.. air mata ditahan tapi mata berkaca-kaca.. dalam hati tu dah menangis semahu-mahunya.. Selalu la juga dibuli oleh kakak-kakak waktu kecil dulu.. Pantang di acah sket dengan benda-benda sensitif, pastu mulalah masuk bilik.. menangis sampai mata bengkak.. pastu mula lah migrain.. sooooo... childish.. huhu...


Tapi tak boleh selama-lamanya macam tu.. sakit juga nak tahan perasaan natural kite ni sebenarnya.. kadang-kadang tu ana tahan sampai diri ana tak mampu buat kerja.. bila buat kerja je mesti menangis sorang-sorang.. nak citer pada orang segan dan rasa xnak menyusahkan orang.. (asif pada yang berkenaaan kerana ada menyusahkan anda).. hai.. manja sangat ni.. Dakwah dan perjuangan bukan untuk orang yang manja!.. jadi kepada yang sentiasa disisi ana, jangan manjakan ana sebab nanti naik lemak.. huhu..


Ana juga kadang-kadang pantang dicabar.. temperature naik tahap ape ntah.. bak kata sorang sahabat jauh.. dah naik minyak.. Allah.. tak patut seorang da'i jadi macam tu.. Pernah je ana terlalu bertegas dengan muslimat sampai ana dah tahan marah dan rasa nak menangis.. bukan mudah nak tahan marah ni.. last2 ana pegi la amek wudu' dan senyum.. Alhamdulillah tenang dan sejuk balik perasaan tu.. diam-diam ana ni tapi bila yang terpendam ni lama-lama meletup juga kan... cuma kite kena kawal la kemarahan kita tu sebab marah itu dari syaitan..



Huhu.. assignment depan mata.. tapi still melayan blog ni.. melayan lagu ni juge.. huhu.. takpe la.. layan perasaan sekali sekala..

ana nak kongsi sket maksud bait-bait lagu ni..



Daku disisimu.. di sebuah tempat...
sehingga daku lupa waktu berlalu dengan cepat..
dekatilah dirimu padaku..
berilah daku menghayatinya bersamamamu..
daku mencabar alam ketika bersamamu..
suarakan kepada dunia daku mencintaimu...
dan jiwaku bersamamu..
hampirilah dirimu bersamaku..
supaya daku dapat menghayati cintamu..




lagu ni boleh ditujukan untuk menghayati cintaNya..


p/s : huhu.. hari ni ponteng 2 kelas sebab mata dah bengkak macam ape menangis.. dan tak berapa sihat juge... asifah ya ustaz wa ustazah.. T_T...

Doa kudus..

Ya Allah...

Jauhkan aku dari orang-orang yang membinasakan aku..

27 February 2011

Yang membolak-balikkan hati

Assalamualaikum..

Sedang mendengar lagu Kawan dari Hijjaz... bait-bait yang buat ana rasa sedih sangat-sangat.. Tak semua sahabat yang memahami jalan dakwah dan kadangkala meninggalkan kita sendirian.. Ana tak tahu di mana silapnya.. Ana lah yang bersalah dan mungkin menjauhi itu satu cara supaya tidak ada perasaan kecewa dan sedih terhadap seseorang yang rapat dengan kita.. Kadang-kadang rasa mahu pergi jauh dan sejauh yang mungkin.. Biarlah ana bersendirian tanpa sesiapa di sisi.. Biarlah pergantungan ana pada Allah semata-mata.. Ana rasa lagi tenang andai tidak ada sesiapa disisi sebagai tempat untuk ana bergantung.. Janganlah kita mengharapkan orang lain sebab apabila kita terlalu berharap kepada manusia dan apabila dikecewakan, sakitnya teramat dalam!!..

Kepada yang berkenaan..

Mungkin diriku tidak sempurna sehingga mengundang kemarahanmu.. Mungkin diriku hatinya tidak bersih sehingga apa-apa yang aku sampaikan padamu menjadi sesuatu yang menyakitkan hatimu.. Mungkin juga ada dosa yang aku lakukan sehingga Allah hijab sepefahaman antara kau dan aku.. Maafkan segala kesilapanku..

Assalamualaikum...


23 February 2011

Student's life

Assalamualaikum..

Hari ni ana still tak berapa sihat tapi kaki di gagahkan juga untuk pergi kelas.. Tengok list works to do.. Allah.. banyaknye... msg dari sahabat dan pimpinan tak henti-henti.. Huhu.. Mahu buat semua tetapi fizikal yang agak lemah ni membatasi diri..

Pagi tadi bangun Subuh jam 6.20 am.. Ya Allah, sakitnya badan.. lemahnya rasa.. lepas solat ana tertidur dan tertidur lagi.. Kelas bahasa arab jam 11 pagi.. senganja ana biarkan diri untuk tidur lebih lama untuk dapatkan balik tenaga.. sangat penat.. jam 11 ana masuk kelas.. Dengan langkah yang longlai..

Selesai kelas jam 12.30 ana ke library untuk cari bahan buat assignment. Semua kitab dah tersusun di atas meja.. Sunan Tarmizi, Shahih Bukhari dan lain-lain.. baru je belek2 beberapa jilid, lampu ditutup.. Huhu dah jam 1 dan library akan ditutup.. lalu ana kembalikan semua kitab ditempatnya dan berjalan pulang ke hostel.. huhuh.. isk isk isk... rasa sedih sket..

Then di bilik ana prepared for my lunch and solat.. badan semakin tak sihat.. bergetar2 je badan ni.. teringat plak temujanji dengan doktor 3hb 3 ni.. huhu... ape la penyakitku ini...

Jam 3, duk usha blog dan akhirnya menulis dan menanip.. sekarang jam 3.18.. nak bersiap pi kelas dulu na.. 3.30 kelas UPP... huk huk huk.. petang ni usrah, malam berlatih nasyid dan ada perjumpaan lagi... huhuhu...

daaaa...

gi kelas dulu... salam..