expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

04 March 2011

Corat-coret lagi..

Assalamualaikum my dear blog and off course my dear readers..


Kali ni ana cuma mahu menulis dengan suasana yang sempoi dan santai sahaja. Hm.. tak tahu nak mulakan dari mana tetapi yang pasti fokusnya lebih kepada kesibukkan ana dengan aktiviti-aktiviti kampus yang memang memenatkan. Tapi itulah sunnah seorang pejuang dimana masanya banyak dihabiskan dengan gerak kerja islam dan pelbagai aktiviti yang boleh membantu untuk memenangkan islam dan dalam konteks ana di kampus dengan aktiviti yang boleh mempertingkatkan biah islam di sesuatu tempat itu dengan sahisah pelajar yang mengikut akhlak islam.

Semester ini ana diuji dengan kepimpinan dimana ana diberi amanah untuk memegang jawatan yang sudah semestinya siang dan malam dipenuhi dengan aktiviti sama ada meeting atau pun gerak kerja. Dan sudah semestinya juga ana diuji dengan pembahagian mJustify Fullasa untuk study. Lebih-lebih lagi fizikal ana yang kurang sihat ini membataskan diri ana untuk terlalu aktif dan kadang-kadang perlukan rehat yang panjang. If not, pengsan la jawabnya.. Hari ni sepatutnya ana ada appointment dengan klinik tapi tak sempat pun nak pergi. Nak balik rumah jenguk mama dan abah pun susah walaupun rumah dekat. Tapi insyaAllah esok ana akan pulang ke rumah untuk memberi masa kepada family.. Ape2 pun family first ye.. Hm2.. mungkin ini adalah tarbiyyah buat ana untuk ke stage yang seterusnya dalam maratib amal tu.. ke macam mane ye sahabat-sahabat? Itu yang ana perhatikanlah..



Sebenarnya ana ada banyak benda yang nak diluahkan sama ada dari segi peribadi atau tak peribadi. Cumenya ana tak rasa nak dikongsikan disini dengan sahabat-sahabat sebab ada masalah yang terlalu peribadi. Nak bercerita pada sahabat-sahabat yang terdekat pun ana masih tidak mampu. Hanya berbicara dalam hati dan berdoa kepadaNya sahaja. Dan ana mungkin nampak agak sedikit berdiam diri sejak akhir-akhir ni. Kita perku jadi seorang yang walaupun dilanda masalah, kita mampu hadapi dengan tenang. insyaAllah ada jalannya. Jangan risau.. tapi itu ana lah. Ana memang kadang-kadang suka bercerita masalah kepada orang kerana sekurang-kurangnya dapat meluahkan apa yang ada di dalam hati. Cuma sejak akhir-akhir ni sangat payah untuk bercerita. Mungkin Allah sedang memberikan kekuatan pada diri ini.. Ameen..




Kadang-kadang bila masalah tu datang, ana termenung jap kemudian ingat yang semua masalah boleh disettlekan.. Orang yang berjiwa besar akan memandang setiap masalah itu kecil sahaja. Allah kan ada.. =).. Kadang-kadang juga selepas solat dan berdoa ana kan duduk sebentar dan berfikir tentang masalah yang ana hadapi. Masa tu ada la jugak air mata menitis tapi kuatkan diri dan motivate diri sendiri agar menjadi orang yang tabah.. maka disapu air mata itu dan teruskan langkah.. Don't be sad.. =).. kan?


Hm2.. setakat ni dulu entry kali ni.. ana nak siapkan assignment dan doakan ana punye test Sistem Kehakiman Islam esok.. huhu.. tak baca ape2 lagi nih.. Aktiviti banyak.. tenaga terhad.. kena juhud lebih untuk study.. =)... kepada yang masih stay up, selamat study.. kepada yang dah tidur, gud nite... kepada yang tengah main game, main2 juge.. tapi jangan over limit ye... hehe.. kepada yang berFB.. gunakan FB supaya bermanfaat untuk islam.. Dan buat blogger picisan macam diri ana ni.. selamat menulis.. assalamualaikum... =)

02 March 2011

Lirik Athadda al 'alam by Saber al-Rubaee

I Challenge the World


وانا بين أديك .. تهت في مكاني
When I’m in your arms, in my placeAlign Center

ونسيت معاك .. عمري وزماني
And with you I forgot my life and my present

والوقت فات وياك ثواني
And with you, time passes by so quickly

قربني ليك .. سبني أعيش أحساسي بيك
Bring me closer to you, leave me to live with these feelings for you

بتحدى العالم كله وانا وياك
I’ll challenge the whole world when I’m with you

وبقول للدنيا بحالها ان ان بهواك
And I’ll tell the world itself that I love you

وانت حبيبي وقلبي وروحي معاك
And you are my love and my heart and my soul

قربني ليك .. سبني اعيش احساس هواك
Bring me closer to you, leave me to live with these feelings of your love

انا عشقي ليك .. عشق القمر للنجمة والليل والسهر
My love for you, is the love of the moon to the stars and night and dawn

وشوقي ليك .. فوق الخيال .. فوق احتمال كل البشر
And my desire for you, is beyond imagination, higher than the expectations of all humankind

من يوم لقائك .. حلوة الحياة
From the day I found you, life is beautiful

بتحدى العالم كله وانا وياك
I dare the whole world when I’m with you

وبقول للدنيا بحالها ان ان بهواك
And I'll tell the world itself that I love you

وانت حبيبي وقلبي وروحي معاك
And you are my love and my heart and my soul

قربني ليك .. سبني اعيش احساس هواك
Bring me closer to you, leave me to live with these feelings of your love

اتحدى بيك .. كل الوجود .. وياك اكون او لا اكون
With you, I’ll challenge the world, I shall be with you, or not live at all

انا مش حعيش من غير هواك .. انا قلبي عاشق للجنون
I refuse to live without your love, my heart is loving in crazy measures

من يوم لقائك .. حلوة الحياة
From the day I found you, life is beautiful

بتحدى العالم كله وانا وياك
I challenge the whole world when I’m with you

وبقول للدنيا بحالها ان ان بهواك
And I’ll tell the world itself that I love you

وانت حبيبي وقلبي وروحي معاك
And you are my love and heart and soul

قربني ليك .. سبني اعيش احساس هواك
Bring me closer to you, leave me to live with these feelings of your love


p/s : Lagu ni memang jiwa-jiwa.. tapi best dapat belajar bahasa arab..=)

Si Apple Hijau

Sejadah itu menjadi tempat gadis itu mencurah segala kerinduannya kepada si pencuri hatinya.. Saban malam gadis itu mengadu tentang siksanya perasaan yang ditanggung.. siksanya menanggung perasaan kurniaan Allah swt itu.. mahu sahaja si gadis itu pinta agar Allah simpankan perasaan itu jauh-jauh dan kembalikan apabila tiba saatnya.. Saban malam juga air matanya tertumpah membasahi telekung dan wajahnya yang kemerahan kerna tangisan.. Tidak tahu kemana lagi tempat untuk mengadu.. hanya Allah tempat bergantung.. namun dikala gadis itu diuji, Allah kurniakan nikmat manisnya iman.. nikmat manisnya berjuang mempertahankan perasaan agar tidak tersasar dari mengikut godaan syaitan.. Walaupun tangisannya berpanjangan namun tersirat di dalamnya seribu kemanisan dalam mendekatiNya.. hatinya tenang mengadu kepadaNya.. itulah talian sms yang digunakan untuk yang berada di kejauhan.. Tidak mahu dirinya membuka ruang-ruang syaitan yang menggoda anak Adam.. kadangkala tidurnya ditemani tangisan dan lidah yang tidak kering dari menyebut asma' Nya.. Kadangkala cerianya terganggu tatkala perasaan itu datang.. Allah.. sakitnya menanggung perasaan rindu.. Allah.. sakitnya memendam perasaan.. tapi gadis itu berjuang demi menjaga agamaNya.. disibukkan dirinya dengan Islam.. disibukkan dengan mad'u dan memikirkan masalah ummat.. Namun apabila bersendirian, datang lagi perasaan itu... Allah.. Ditekan-tekan dan diusap-usap dadanya yang sakit.. sakit yang sukar untuk digambarkan.. Hatinya berzikir agar dijauhkan dengan maksiat hati.. Kadangkala ditahan perasaan itu sehingga tertidur dengan baki tangisan di hujung mata.. Pernah juga gadis itu terduduk apabila datang lagi perasaan itu.. Datang sahabat membantu mententeramkan perasaan.. Ya Allah.. sakit itu manis.. gadis itu tahu hakikatnya perasaan yang datang tanpa dipinta.. Itulah Al-Hub.. sakitnya memendam perasaan namun sandarkanlah segalanya kepada Allah.. Maka kita akan perolehi cintaNya dengan hadirnya cinta buat manusia itu.. Dan kita akan perolehi cintaNya yang tidak kenal darjat dan pangkat dan tidak pernah berkurang walaupun sedikit.. Maka sandarkanlah cinta manusia itu kepada Allah sebagai tempat bergantung.. Allah yang memberikan rasa cinta... Dia juga berhak mengambilnya kembali.. Wallahualam..


p/s : Apple Hijau menanti Umarnya untuk meneruskan perjuangan di medan dakwah.. moga Umar sentiasa dalam naungan Allah..

siape Apple Hijau dan Umar ni ye?? Siapa pun mereka, yang pasti kisah mereka wujud di dunia ini..

01 March 2011

Stress!!

Assalamualaikum...

Minggu ni ana rasa tersangatlah stress sebab perlu menghadiri BTN dan ana pun tak tahu la apa motifnya pergi ke BTN ni.. Cukuplah sekali ana pergi untuk program pelajar yang nak pergi oversea dulu tu.. Sehingga mendapat parut di kaki akibat aktiviti luar semasa program.. dan ana pun tak dapat nak join program lasak lepas tu.. Alhamdulillah.. hehehe...

Tapi the subject matter is.. i don't wanna go to BTN.. huhu.. sebabnya minggu ni merupakan minggu kritikal untuk student amek exam, amek test, hantar assignment... Dan banyak gerak kerja yang lain pun terganggu.. usrah dengan adik-adik.. Allah.. bukan ana nak bezakan program mpp dengan program under Aman's Club yang ana sayang ni.. Tapi memang nak bezakan pun.. huhu.. lain bila kita punya matlamat nak islahkan mad'u kite dengan nak buat program tapi matlamatnya tak sependapat dengan kita.. sebab itu lah perlunya kuasa.. apabila yang berkuasa itu adalah golongan yang faham agama dan faham islam, maka orang yang berada di bawahnya pun akan teratur dan matlamat dapat disatukan yakni Islam.. Tapi kalau pimpinan nye tidak clear tentang Islam, tentang nak wujudkan biah islam dan hanya fokus kepada program sosial dan kemasyarakatan sahaja, payah jugak.. huhu... kan dah bertelagah dengan sorang pimpinan tu.. ha.. sape lagi? Ana la yang kadang2 kepala keras macam batu... huhu... dah2.. cukup la ana melontarkan macam2 ketensionan di dalam kepala ini.. Nanti macam2 benda mengarut lagi ana cakap.. Allahuakbar..


Sabar dengan ujian yang Allah berikan ye cik Nurul Islam.. T_T..

p/s : nak bertahlul siyasi dengan pimpinan islam sendiri pun memang payah.. adeih.. Sem depan last pegang MPP.. yeay.. (mahu fokus perkara yang lebih utama.. i love aman's club forever)