expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label motivate my self. Show all posts
Showing posts with label motivate my self. Show all posts

06 April 2015

Kenangan KPM datang lagi

Assalamualaikum..

20 Mac 2015

Rumah kami tiba-tiba sahaja terputus bekalan elektrik. baru sahaja ingin mengemas rumah. Suamiku dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Pulang sebentar untuk melihat apa yang terjadi dengan bekalan elektrik di rumah kami.

Terdengar bunyi deringan handphone Lenovo ku berkali-kali.. Mama call.. kenapa ya? Saat terdengar bicara mama buat aku terasa mahu terduduk. Surat dari KPM datang lagi. Menuntut pembayaran gantirugi biasiswa. Setelah dua tahun surat rayuan dari pihakku di hantar, baru kini aku dapat balasannya. Tak tahu kenapa, segala kenangan silam itu menerpa satu persatu. Pahit untuk ditelan namun semuanya tinggal kenangan. Aku menangis lagi. Menangis memikirkan ujian demi ujian menimpa diri.

Suamiku pulang dan terkejut melihat aku terduduk di atas katil dengan wajah kemerahan diselangi dengan air mata membasahi mata. Sudah jadi kebiasaan aku yang menangis dulu baru berfikir secara rasional. Hati seorang perempuan. Sadis.

Suamiku memujuk dengan kata-kata motivasi dipenuhi dengan ucapan berunsur akidah. Memperingatkan aku tentang adanya Allah. Menyedarkan aku erti ujian. Dahulu aku tanggungjawab ibu ayahku. Kini, suamiku berkata padaku bahawa dia akan menyambung menggalas tanggungjawab itu. Ada sedikit ketenangan di dalam hati. Mulai cuba mempositifkan diri. Hari itu juga, kami pergi melepaskan lelah dan segala kemelut yang melanda diri dengan berjalan. Berjalan melihat keindahan alam. Menikmati anugerah dan nikmat ciptaan Ilahi. Alhamdulillah. Terubat jiwaku.

Kali ini aku merancang satu demi satu dengan dimulai kalimah Allah. Moga Dia mempermudahkan urusanku. Moga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan dan keberkatan hidup di dalam jiwa kami. Ujian daripada KPM ini hanyalah untuk menguji imanku dan suami. Juga kedua ibu bapaku. Bila aku fikir, ini semua ketentuanNya. Dengan ketentuanNya juga aku di sini. Mendalami ilmu yang aku cintai. Tidak lagi berada di dalam hiruk pikuk dunia yang aku tidak kenali, Dunia yang bagiku langsung tidak kena dengan pendirianku. Dan disitu aku ketemu hikmahnya.

Jika kita mulai bercita-cita untuk menyuburkan Islam dan memperjuangkannya, masakan jalannya dihampar dengan permaidani indah. Dan aku sedar, aku insyaAllah di dalam jalanNya, Sunnah Orang Berjuang.

Nurul_Islam

17 November 2013

Allah mengikat cinta hambaNya dengan ikatan ujian

Assalamualaikum.. jumpa kata-kata ni daripada wall suami kepada sahabatku yang baru sahaja diuji dengan kehilangan.. Dan both of them kulihat sangat kuat menghadapi ujian itu walaupun sudah masuk kali kedua berlaku dalam kehidupan mereka.. Mahu mencontohi mereka nanti.. ameen..

Aku tiba-tiba terasa terharu dengan kata-kata ini.. Aku melihat kata-kata ini dalam dua maksud.. pertama, dalam konteks perkahwinan yakni suami isteri.. Allah mengikat cinta antara suami dan isteri dengan ikatan ujian yang diberikan kepada pasangan itu.. tetapi dengan syarat, suami dan isteri menjadikan Allah sebaik-baik tempat bergantung dan tidak mengeluh dengan ujian yang datang.. Menjadikan ujian itu sebagai pengukuh ikatan dan membina jalan ke syurgaNya insyaAllah..

Dan yang keduanya pula dari konteks individu.. Allah mengikat cinta hambaNya kepada Allah dengan memberikan ujian supaya hamba itu kembali mengharapkan pergantungan kepadaNya semata-mata.. Hasbunallah wa nikmal wakil.. 

Aku benar-benar mengambil ibrah daripada ujian sahabatku ini.. aku harap sahabatku ini dan suami dapat bercinta hingga ke syurga.. bertuahnya mereka kerana dua bidadari mereka sedang menanti di syurga.. Benarlah kata  sahabatku itu.. Allah nak bagi suatu kegembiraan yang lebih besar dan diuji hambaNya terlebih dahulu untuk itu.. Terima kasih sahabat atas nasihat dan kata-katamu.. 

Untuk yang dah berumahtangga.. pasangan anda itu adalah teman yang boleh membuka jalan anda ke syurga.. jadi peliharalah rumahtangga anda sebaaiknya dan penuhi dengan ruh islami di dalam rumah tangga anda..


PEMILIK CINTAKU (HIJJAZ)


Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...


Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....

10 November 2013

Berpaling Dari Allah~~ Astaghfirullahal'azim

Terasa begitu berat ujian yang datang berkali-kali.. Wahai Allah.. ku cuba untuk dekat denganMu.. Namun Engkau uji aku berkali-kali tiap kali aku mahu mendekataiMu.. Sudah banyak air mata ini tertumpah di pipi mengharapkan belas kasihanMu.. hampir berkali-kali tubuh ini rebah di tikar sejadah mengharapkan kekuatan dariMu.. 


Saat itu sang iblis menyuntik dengan bisikan yang amat dasyat.. membuatkan jiwa itu mula merajuk denganMu.. "Aku mahu dekatiMu tapi mengapa Kau mengujiku dengan kesakitan ini??". Soalan itu berkali-kali dituju.. Hingga hampir hilang pedoman dalam diri.. hampir sahaja akidah itu tercabut dalam hati.. Berkali-kali kematian dipinta kerana tidak sanggup menghadapi ujian dunia yang menyakitkan.. Segala nasihat di pandang sepi.. bahkan menyakitkan hati.. 

Mulut hanya berkata-kata.. namun masih ada secebis iman dan taqwa agar Allah membantu.. memberikan kekuatan yang semakin menipis.. kerna jiwa itu masih mengakui bahawa yang menciptakan adalah Allah yang Maha Khaliq.. Masih mahukan kasih sayang Allah.. masih mahu berada di dalam dakapan Allah.. Lantas air mata mengalir.. Mohon Allah berikan hati yang putih... jernih.. serta lembut untuk mendengar serta menerima tarbiyah lembut dari Allah swt..

Moga Allah terus memberikan kekuatan buat hambaNya yang kerdil.. hambaNya yang penuh dosa.. hambaNya yang penuh dengan debu-debu khilafan.. Ampunkan diriku yang pernah berpaling dariMu.. Ku mohon kekuatan menghadapi ujian yang mendatang...


JATUH BANGUN BY IN-TEAM


Duhai... Tuhanku
Jatuh bangun ku menghambaMu
Kadang cinta, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...

Duhai... Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu...

Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...

23 October 2013

Nampak Tenang Sedangkan Bergelora

Assalamualaikum.. Hari ini tarikh besar bagi warga UKM dan buat julung kalinya NI(Nurul Islam) bakal mengundi untuk PRK di bumi UKM yang melibatkan dua parti yakni GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) dan juga pihak Aspirasi UKM.. diharapakan semua warga mahasiswa UKM dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memimpin mahasiswa di sini.. NI masih tak pergi turun mengundi lagi.. InsyaAllah sebentar lagi..

NI masih lagi tidak sihat dan kepala terasa begitu ringan sehingga terhuyung hayang sahaja rasenye sambil menaip di keyboard ini.. NI tak tahu kenapa dengan fizikal NI, tapi mungkin kerana ujian yang NI hadapi sekarang ini.. Adakalanya NI mahu sahaja meluahkan sakitnya hati, bebannya jiwa, sedihnya dalam diri NI ini tentang apa yang NI hadapi. Tak perlulah NI ceritakan apa yang berlaku yang mengganggu gejolak jiwa NI ini. Namun yang pasti, ianya telah terlalu lama bersarang dalam diri.. 

Kita selalu menganggap seseorang yang kita nampak tenang dan gembira itu seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi kehidupan.. Kita nampak mereka mudah sahaja menyelesaikan apa sahaja ujian yang mereka hadapi. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sakit,pedih, jerih dan payah yang mereka hadapi untuk mendapatkan ketenangan di kala duka.. NI pernah mendengar adik-adik yang menyatakan NI beruntung kerana dimudahkan dalam urusan belajar, tak nampak pun stress waktu belajar dan macam-macam lagi.. NI hanya mampu tersenyum dan cuba untuk memberikan respon yang postif untuk adik-adik yang masih baru untuk kenali kehidupan dan NI sendiri juga masih baru mengenal cabaran dan dugaan menghadapi realiti kehidupan.. 

Itulah yang cuba NI berikan kepada adik-adik yang bertanya.. Cuba memberi manfaat kepada orang lain dan berikan semangat yang positif kepada adik-adik NI.. Namun hakikatnya, bukan
mudah untuk menggapai kejayaan dalam hidup.. Banyak kegagalan perlu di hadapi.. dan adakalanya kita perlu berlawan dengan ujian dalaman yang banyak mengganggu diri dan meruntuhkan semangat untuk belajar.. Satu contoh : Apabila seseorang itu begitu gigih belajar dan menuntut ilmu, namun tiba-tiba dia diuji dengan pemergian ibu ayah serentak.. dan kita tahu dalam keadaan itu momentum dan semangat kita pasti rebah.. namun bagaimana untuk istiqamah dan kawal diri serta lawan perasaan sedih dalam diri itu?? Ditambah lagi situasi berlaku tatkala Final Exam hampir tiba.. dan untuk melawan perasaan itu, tersangatlah payah.. Yang memerlukan kekuatan jiwa.. rohani dan juga mental..
tenangnya si itik berenang.. hakikatnya betapa sukarnya kakinya mendayung di bawah air..

Adakalanya, ujian yang datang juga mampu merencatkan perjalanan seseorang.. Semangatnya hilang dek bertahan dengan ujian yang begitu lama.. Apa yang terhidang di depan mata, dirasakan tiada makna.. Hanya mahu baring dan menanti saat habisnya dunia buatnya.. Dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan seluas lautan buat dirinya yang makin hilang dari dunia.. terasa asing dari dunianya...

Akhir kata, NI doakan sahabat-sahabat yang teruji dapat menghadapi ujian dengan baik dan diberikan kekuatan oleh Allah selalu.. dan moga Allah mudahkan urusan NI juga.. Aku tahu jiwamu pernah patah, pernah goyah dek diuji dengan pelbagai rintangan.. walapun wajahmu mengukir senyuman bahagia... wallahualam..

29 April 2013

SPECIAL

Dia bertanya kepada temannya..

"Apa yang istimewa tentang diriku?"

Terkebil-kebil temannya memikirkan jawapan yang pada logik akalnya sangat subjektif untuk diterangkan.. Namun dikatakan juga..

"Kamu seorang gadis baik dan yang tak pernah berhenti untk menjadi lebih baik"

Dia terdiam.. dan merenung langit yang luas..

"Temanku... apakah aku juga istimewa pada pandangan Allah??"


.....


12 April 2013

Bahagia Bila Diuji


Assalamualaikum kepada semua teman-teman yang diberkati Allah sekalian..

Saya mulakan dengan sekeping doa..

“Ya Allah ampunkan dosaku.. ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. ampunkan dosa adik-beradikku.. ampunkan dosa kaum kerabatku.. ampunkan dosa guru-guruku.. ampunkan dosa sahabat-sahabatku.. ampunkan dosa seluruh umat islam di dunia ini.. amen”

Sahabat-sahabat tersayang..

Mesti kalian biasa mendengar ujian itu tanda Allah sayang.. ujian itu kerna Allah mahu memberikan pahala dan pelbagai lagi hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan kepada hambaNya yang dicntai dan dikasihi.. Dan kita sebagai manusia sememang sukar untuk menjadikan ujian itu sesuatu yang membahagiakan kerana kebiasaannya ujian yang datang itu membuatkan hati terasa sakit, mata mengalirkan air mata dan datangnya ia membuatkan kita dilanda kesedihan dan adakala juga membuatkan kita menyalahkan Allah... nauzubillah…

Saya tertarik untuk mengingatkan diri saya dan juga teman-teman bahawa ujian itu sebenarnya membahagiakan bagi mereka yang berfikir dengan akal yang waras dan juga iman di dada. Adakalanya kita sering terlupa apabila kita mencapai kebahagiaan, kegembiraan yang Allah berikan dan juga mungkin impian kita dikabulkan Allah dan kita fikir itu lah kenikmatan yang paling berharga. Sedangkan apabila kegembiraan itu datang, kita lagi perlu memperkuatkan safety kepada iman kita kerana manusia ini diciptakan dengan sifat lemah dan pelupa. Semakin diberikan nikmat semakin perlunya safety pada diri kita daripada godaan syaitan kerana pada waktu kita gembira, kita lupa siapa musuh kita. Kita fikir kegembiraan yang kita terima adalah segala-galanya. Sedangkan makhluk yang bernama syaitan itu sedang tersenyum dan merancang sesuatu untuk menggoda di saat iman kita lemah.



Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya tentang ganjaran pahala bagi orang yang dalam diuji dan juga orang yang dipermudahkan. Pensyarah tersebut berkata, pahala orang yang mengantuk di dalam kelas itu lebih ganjarannya berbanding orang yang segar bugar di dalam kelas. Saya terkasima. Bagaimana begitu? Pensayarah itu menyambung lagi. Apabila orang itu mengantuk dan cuba memaksa diri untuk ke majlis ilmu, mereka terpaksa berhadapan dengan ujian dan godaan syaitan supaya tidak ke kelas dan mereka berjaya menghadapinya dengan susah payah sekali. Kesusahan yang dihadapinya itulah ujian Allah yang meningkatkan darjatnya tanpa kita sedar. Bagi orang yang segar bugar di kelas, Allah tidak mengujinya dan dia tidak berasa susah untuk hadir ke kelas. Dia mendapat pahala menghadiri majlis ilmu tetapi dia tidak diuji dengan kesusahan yang mana itu merupakan satu advantage kepada kita sebagai seorang hamba. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya dan ujian itu tanda ampunan Allah dan juga sayang Allah. Saya tersenyum dan saya tahu orang yang diuji itu adalah lebih disayangi sekiranya kita melihat mengikut pandangan Allah. Bahagianya!!

Namun, sukar bukan untuk kita melihat dari sudut pandangan ilahi? Kerana itu lah kita harus sentiasa diingatkan bahawa ujian itu bukanlah menyiksakan bahkan adalah untuk keampunan. Bestnye!!




Tak dinafikan saya sangat cemburu melihat teman-teman yang sudah bernikah dan sudah beberapa kali saya menitiskan air mata. Kerana apa? Kerana saya tahu perkahwinan itu menjaga maruah dan nafsu syahwat serta gedung pahala. Buat diri ini yang penuh dosa, saya sangat takut dengan cabaran dan godaan syaitan yang menyuruh pemuda-pemudi melakukan maksiat. Saya khuatir apabila melihat di media-media banyak sungguh program yang menggalakkan maksiat sehingga kebimbangan saya akan terjebak membuatkan saya takut dan risau. Imanku ini hanya senipis bawang.. imanku ini hanya sekecil kuman.. imanku ini mudah dirobekkan.. kerna aku bukanlah Rabiatul Adawiyah.. Yang hanya mengabdikan diri kepada Allah.. Saya takut saya mati dalam keadaan saya pelaku maksiat.. Nauzubillah.. Dunia akhir zaman ini fitnahnya bangun tanpa dikejut dan tanpa dibantu.. Saban hari saya menangis kebimbangan.. bagaimana harusku pelihara maruah dan iman.. Dan saya juga turut ingin bernikah untuk menjaga iman.. Namun, Allah uji dengan halangan manusiawi yang saya tidak mampu mengawalnya.. Manusiawi yang menyatakan “kalau mahu berkahwin mesti ada wang.. mesti ada rumah..” Saya terkasima.. Bagaimana dengan imanku??? Tiada siapa yang memikirkannya.. Kerana iman itu bukanlah barang berharga di akhri zaman ini..  Di akhir zaman ini, orang hanya mampu bicara tentang iman, ihsan, islam dan sebagainya.. tetapi matanya tidak dapat melihat dan merasa itu semua.. Yang dinampaknya hanya wang dan harta.. benar kan??

Lantas saya berfikir tentang ujian itu tanda keampunan.. Membuatkan saya rasa Allah sayang akan hambaNya. Ya.. mereka yang berkahwin itu sudah mendapat pahalanya, sudah terjaga iman dan maruahnya. Namun satu perkara yang menjadi hak milik manusia sepertiku adalah, kasih sayang Allah, keampuanan Allah yang kekal sepanjang diri teruji sekiranya diri bersabar. Indah bukan?? Setiap kali hati sakit, ingatan hanya pada Allah. Kerna fitrah kita manusia hanya akan mudah mengingati Allah saat teruji dan mudah leka apabila diebri nikmat. Maka bersyukurlah bila diuji.

Itu cerita saya. Saya tahu ada adik-adik saya yang sedang belajar sering kecewa apabila usahanya di dalam pelajaran selalu sahaja kecundang. Apabila beliau mendapat keputusan, seringkali diutuskan pesanan kepada saya bahawa dia sedih dan kecewa kerana tidak berjaya seperti teman-teman yang lain. Saya katakana disini. Dik, kamu beruntung kerana diuji kerana Allah sedang mengampunkan dirimu. Kejayaan di dunia hanyalah untuk membuatkan manusia melihatnya. Namun keampunan dan kasih sayang Allah akan membuatkan Allah memandangmu tiap masa. Mana yang kamu pilih? Maka bersabarlah… saya mendoakan adik tersebut berjaya dalam pelajarannya.

Maka sahabat-sahabatku.. bahagialah bila diuji… =) 

05 April 2013

Cukuplah Allah sebagai sandaran


Assalamualaikum..

Alhamdulillah today is Friday which is a great day for Us as a Muslim.. Actually I’m not in a good condition today because I have a flu. Sangat tidak selesa.. Tetapi itu semua adalah kafarah dari Allah semata-mata untuk mengampunkan dosa kita semua insyaAllah..

Alhamdulillah juga kerana my big family dah dikurniakan dengan orang baru yang merupakan third baby untuk family kami. Alhamdulillah.. Anak sedara yang ketiga untuk saya dan bakal masuk keempat dalam tahun ni coz my another sister get pregnant and almost for three month right now if I’m not mistake. Semoga dipermudahkan Allah urusan adik-adik beradik saya.

Najihah, Anas, baby


Today I’m gonna write about what I feel and what I try to do to change myself to become a better muslim insyaAllah.(banyak nye to.. hm2). First of all, dalam bulan April ni Alhamdulillah ika rasa lebih tenang dan dipermudahkan Allah serta diberikan kekuatan untuk berubah kea rah lebih baik dari sudut rohani dan emosi. Mungkin lebih kepada rohani yang mana itu adalah core kepada sistem kehidupan manusia yang mana merujuk kepada hati.


Actually my qalb is in not good condition before and feel that I’m a weak person yang selalu nak dimanjai, didengari dan sangat sensitif bila orang yang saya paling rapat tak mahu listen to me. Why? How? And I don’t know why it’s happen to me. Rasa macam lemah semacam dan semua benda nak cerita dekat someone ni dan mungkin sampai menyebabkan sahabat saya tu terganggu agaknya. Hm.. Saya tak salahkan sahabat saya tu tapi saya salahkan diri saya sendiri yang entah ape-ape ni. Annoying betul saya ni.. hai..

Welcome to this world.. Baby.. dunia ni penuh pancaroba.. moga jadi anak soleh..


Sahabat saya tu memang seorang yang sangat memahami diri saya dan dia yang mengajar saya erti berkongsi masalah dengan orang lain sekiranya saya rasa saya tak mampu nak tanggung sorang-sorang dan JANGAN MEMENDAM. Ye.. saya memang seorang yang sangat memendam apa yang saya hadapi.. the difficulties that I’v faced, my problems, what I fell and soo on.. Tapi kalau benda-benda yang gembira tu saya kongsi la sket-sket.. huhu.. Dan disebabkan sikap saya itu lah saya tubuhkan blog saya yang tak best ni.. Dan mungkin personaliti saya di blog ni berbeza dengan dunia sebenar saya. Hurm… Sebab dalam blog ni adalah suara hati saya yang mana sebenarnya saya adalah seorang yang sangat susah nak bercerita dengan mulut saya sendiri. Tapi itu mungkin dulu. Sebab sekarang saya mungkin dah jadi sedikit out spoken dengan mereka yang kenal saya. Huhu..

Tapi.. saya rasa apabila saya tak share ape yang saya hadapi dengan orang lain(tapi share di blog sahaja) buat saya rasa kuat. Sebab maybe bile saya tak bercerita dengan orang, saya takkan dapat feedback yang mana mungkin feedback tu tak tenangkan saya pun. Kadang-kadang perempuan ni hanya mahu didengari dan itu dah buat die tenang. Mungkin?? Hm2.. tapi bagi saya, bila saya tak cerita dekat orang, saya akan lebih kuat sebab saya cuma meletakkan pergantungan saya pada Allah dan berharap pada Dia. Saya tak peduli dah apa yang orang buat pada saya, kesusahan saya , apa orang fikir tentang saya bila mana saya hanya bercerita dengan Allah dan itu yang menguatkan saya. Kawan-kawan faham tak?? Huhu.. Buat-buat faham je lah ye..

Kita sebagai makhlukNya tak boleh nak harapkan makhluk sebab kadang-kadang kita akan kecewa dengan makhluk sedangkan makhluk tu sendiri manusia macam kite dan punyai pelbagai kelemahan macam diri kita jugak. Tak boleh nak salahkan teman-teman kita yang tak mampu nak tenangkan hati kita dan menjadi pendengar yang baik. Sahabat yang sayangkan kite tu dah buat sehabis baik untuk jadi teman di sisi kita. Selebihnya, kita kena letakkan pergantungan pada Allah. Cukup-cukup lah mengharapkan seseorang yang dapat kita jadikan sandaran untuk bercerita masalah kita sampai kita dah ganggu privasi dan tanggungjawab lain sahabat kita tu pulak. Bukan tak boleh bercerita tetapi cukup lah sekadarnya. Cukuplah Allah bagi kita dan jangan melampaui batas.

Bagi saya, keluarga dan sahabat adalah mereka yang patut kita memberi kegembiraan kepada mereka dan bukanlah memberi duka kepada mereka. Erti hidup adalah pada memberi dan Allah pula adalah tempat kita meminta sebab Dia adalah pemilik kita. Tetapi apabila dikatakan kita sebagai milikan Allah, maka kita bertanggungjawab untuk laksanakan amanah yang diberikan kepada kita. Teman saya mungkin pelik dengan cara saya berfikir kerana dia merasakan bahawa kita tak mampu nak hadapi masalah bersendirian dan berkongsi itu perlu. Lebih-lebih lagi dalam perkahwinan. 

Baitul Muslim itu perkongsian hidup tetapi Allah itu sandaran utama


Ye.. saya tahu.. tapi saya rasa saya tidak mahu membebankan bakal suami saya dengan pelbagai masalah dan kemelut yang dilandai oleh saya. Cukuplah saya berkongsi sekadarnya dan selebihnya meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Dan lagi.. saya sedang mempersiapkan diri saya untuk menjadi isteri yang kuat untuk jadi sayap kiri suami saya. Buka

n isteri yang mahu dimanjai sepanjang masa.  Memanjakan saya akan menyebabkan saya semakin jauh dariNya kerana saya terlalu seronok dimanjai.. huhu.. Kita sebagai manusia tahu kelemahan masing-masing dengan ujian dunia ini.. kan?? Isteri, anak-anak, suami , harta, pangkat.. semuanya ujian dan kita tak boleh nak letak semua tu di depan sebelum Allah.. kadang-kadang kita bercakap bahawa Allah itu yang utama, tapi kita tak pernah laksana pun. Bila kita ada masalah, kita nak orang dengar masalah kita dan nak orang yang tolong pujuk kite.. so?? Betul ke tindakan kita tu?? Saya cakap kat diri sendiri.. huhu..

cermin mata untuk lihat kelemahan diri sendiri juga..


Kesimpulannya, saya nasihatkan diri saya dan juga teman-teman supaya jangan rasa sedih dan cepat berputus asa.. Allah selalu ada dengan kita dan Dia mendengar walaupun kita tak Nampak Dia.. Cubalah  letakkan Allah itu tempat kita luahkan semua perasaan yang membelengu diri. InsyaAllah hati kita tenang seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita. Allah itu sahaja yang mampu menenangkan dan mencampakkan rasa bahagia dalam hati kita. Jangan kita berlebih-lebihan dalam meluahkan masalah terhadap teman-teman hingga kita bergantung pada makhluk. Ingat Allah selalu ye… ^^. InsyaAllah.. jadi.. sampai sini dulu ye celoteh saya.. Saya tahu susunan entry ni berterabur tapi saya harap dapat memanfaatkan diri saya dan juga buat sahabat-sahabat yang lain juga… bye… salam..


p/s: Salam Jumaat semua ye… ^^.. Maaf kalau grammar terabur.. hehe





24 September 2012

IMPIAN KORBAN IMPIAN


Assalamualaikum…

Dah hampir 2 minggu saya tidak update apa-apa disini.. saya andaikan bahawa blog saya ini adalah kayu ukur tahap muhasabah saya dengan Allah swt. Apabila saya jarang menulis dan bermonolog dengan diri sendiri, bermakna saya kurang muhasabah diri saya. Moga Allah ampunkan diri saya ini. Di tengah kesibukan belajar dan berpersatuan kadangkala membuatkan saya lupa untuk memikirkan tentang diri saya. Moga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada saya seiring dengan kesibukan sebagai seorang pelajar. Moga diri saya juga sempat untuk memikiirkan dosa, kemaksiatan yang saya lakukan walaupun sedikit kesedaran yang hadir supaya saya tidak terus leka.. itulah kehidupan seorang manusia yang sentiasa bermain tali diantara kebaikan dan kemaksiatan. Yang mana imannya kadangkala naik dan adakalanya jatuh.. namun diharapkan jatuhnya kita bukanlah sehingga tidak mampu bangkit lagi.. nauzubillah.. teruskan berjuang wahai diriku dan sahabat.. berjuang untuk kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak.


Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang kehidupan saya dan diri saya yang punya impian. Impian yang terpaksa dikorbankan dengan impian juga. Melihat kejayaan seorang sahabat yang berjaya bergraduasi sebagai pelajar degree membuatkan saya menangis kerana dua perasaan yang berbaur. Pertamanya, terharu melihat sahabat yang sering bersama bergraduasi dan segak bersama jubah dan scroll yang diperolehi. Segala titik peluh, jerih, payah beliau terubat. Ayah sahabat saya tu pun turut menangis di sepanjang majlis konvo berlangsung. Bangga dengan percampaian anaknya. Dan perasaan kedua saya ialah.. bila saya akan memperolehi kegembiraan seperti beliau.. saya menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjuang sehabis-habisan demi impian saya dan juga membanggakan kedua mama dan abah.. mungkin bagi sesetengah orang menganggap belajar hanya sekadar untuk segulung ijazah itu bukanlah apa-apa. Benar.. tapi saya bukanlah sekadar mahu mengajar segulung ijazah itu.. saya juga mahu memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan di lapangan ummah. Cuma itu adalah satu kejayaan buat saya sekiranya dapat mencapai tahap yang tertinggi dalam kehidupan saya. Satu kepuasan.




Saya katakan bahawa impian saya perlu kepada pengorbanan impian yang lain kerana sememangnya di dalam diri setiap insan ada impian di dalam hidup yang diinginkan dan saya fokuskan disini adalah sebagai seorang gadis, wanita atau perempuan. Adalah impian saya sendiri yang saya terpaksa korbankan demi mencapai kejayaan di dalam pelajaran terlebih dahulu. Sebab saya melihat untuk memegang semua tanggungjawab serentak itu tidak mudah bagi saya. Cumanya say berserah kepada Allah yang mengatur hidup saya. Cuma yang mampu saya katakan ialah saya tidak mampu untuk memiliki pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama walaupun hati kecil saya rasakan bahawa saya mampu. Cumanya di alam reality saya bimbang saya tidak mampu untuk melunaskan semua perkara. Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.. namun, Allah swt punya kuasa untuk memampukan saya..  Kita hanya merancang..

Buat adik-adik saya yang masih belajar dan menuntut ilmu seperti saya, jangan mudah putus asa di dalam menuntut ilmu. Teruskan belajar dan jangan buang masa. Saya teringat kata-kata mama                 “ "belajarlah selagimana mama dan abah masih mampu cari duit untuk ika belajar” . Buat adik-adik juga, manfaatkan masa muda dengan perkara yang bermanfaat dan jangan pernah leka dalam menuntut ilmu. Tinggi darjatnya disisi Allah orang yang menuntut ilmu.. selamat menuntut ilmu semua.. wallahualam.

p/s : moga dipermudahkan Allah untuk siapkan THESIS..


05 September 2012

Nikmat!!! TAPI...??


Assalamualaikum… kali ni saya update lagi.. Alhamdulillah.. semakin hari semakin diberi kekuatan oleh Allah swt untuk menulis disini..

Nikmaaaat.. tapi… tak semua orang mahukannya.. Hm2.. macam mana tu ye? Bila kita menyebut perkara yang berkaitan dengan nikmat sudah semstinga terbayang difikiran kita nikmat makan, nikmat kerehatan, nikmat syurga, nikmat tidur dan semua jenis nikmat tu pasti memberikan kesenangan dan keselesaan pada kita.. tapi nikmat yang saya ingin bicarakan bukanlah nikmat yang menjanjikan keselasaan tetapi nikmat yang nak tempuhinya perlu bersakit-saki dan penuh ujian..

Itulah nikmat yang saya rasakan sekarang.. Bukan mahu berbangga dengan apa yang saya ada tetapi hanya mahu berkongsi sebenarnya Allah swt itu bersikap adil kepada makhlukNya. Saya rasa nikmat apabila diuji dan membuatkan saya rasa sakit di dalam hati. Saya rasa nikmat bila Allah tak biarkan saya bersenang lenang di dunia ini.. saya rasa nikmat bila Allah swt membuatkan saya menitiskan air mata apabila menerima ujianNya. Kenapa nikmat?


Ianya menjadi satu kenikmatan apabila ujian yang datang di twistkan kepada perkara yang positif. Mujahadah nafsu daripada kemaksiatan di dalam hati dan tindakan dapat dilalui dengan mudah apabila segalanya ditwistkan atau diterjemahkan dalam perkara yang positif. Tatkala itu saya mampu tersenyum lebar biarpun ianya menyakitkan apabila saya dipertemukan Allah kepada kenikmatan berada di dalam jalan yang mana sunnahnya sangat mencabar..

Kadangkala saya bimbang juga jika niat saya bermujahadah ini semata-mata untuk mendapatkan imbangan daripada Allah swt.  Lalu apakah cara yan dapat saya kembali kepada niat agar ikhlas dalam jaan ini? Bermuhasabah Syuur Allah mendetikkan di dalam hati perasaan begitu..

Akhirnya, saya memohon kepada Allah swt agar memberikan nikmat yang saya perolehi ini juga kepada sahabat yang saya sayangi kerana Allah swt. Segala-galanya saya letakkan hanya kerana Allah kerana itu sahaja matlamat akhir buat kita semua sebagai hambaNya. Allah yang maha mengatur segala sesuatu. Saya kini mampu tersenyum di dalam duka dan moga Allah sentiasa memelihara hati saya agar saya tetap di dalam jalanNya. Tiada apa yang saya pinta melainkan pengakhiran yang baik.

Di saat saya gagal, saya sedih, saya berduka ataupun saya kepenatan, saya tahu itu semua tanda kasih sayang Allah buat saya..  ya Allah.. ku mohon agar diri ini tidak berpaling lagi dari hidayahMu.. sungguh!!

p/s : Moga titik hitam itu makin hilang.. T_T.. Bukan untuk saya je.. untuk awak juga.. (BZ)

Fastaqim!!


Assalamualaikum…

Alhamdulillah diri ini masih lagi mahu menulis walaupun tidak serancak dahulu. Tapi bukan bermakna cinta kepada penulisan ini terkubur begitu sahaja. Mungkin diri saya sendiri yang banyak berusan dengan manusia di alam sebenar menyebabkan saya agak terputus hubungan dengan dunia maya khususnya di blog ini.. di facebook masih aktif lagi atas urusan persatuan dan ukhwah dengan sahabat-sahabat..

Alhamdulillah dan tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang berjaya membina baitul muslim masing-masing dan semoga anda semua berbahagia di dunia dan akhirat bersama pasangan masing-masing. InsyaAllah.

Disini saya ingin kongsikan sesuatu yang menjadi pergolakan di dalam diri setiap insan dan juga kepada diri saya sendiri. Sukar bukan untuk istiqamah dalam melaksanakan sesuatu kebaikan seandainya diri kita jarang melaksanakannya? Begitu juga dengan diri ini yang lemah ini. Sangat sukar juga untuk berpegang janji dengan Allah swt bahawa kita mahu berubah dan memohon keampunan dariNya. Sewaktu solat taubat kita berjanji sungguh-sungguh sehingga menitis air mata bahawa kita menyesal atas segala dosa dan kemaksiatan yang kita lakukan. Namun begitu adakalanya dan mungkin selalunya kita lupa akan janji kita sendiri. Astaghfirullahalazim.. Mujurlah Allah masih menghadirkan rasa keinsafan di dalam diri.. mujurlah Allah menyibukkan diri di dalam perjuangan islam hingga membuatkan diri muhasabah diri sendiri.. mujurlah Allah masih kurniakan sahabat-sahabat yang menjadi cerminan diri.. mujurlah Allah masih sayang walaupun dalam waktu itu masih lagi bertatih-tatih dalam meluruskan diri sendiri yang pernah bengkok..




Hakikatnya proses meluruskan diri itu mengambil masa yang panjang dan memerlukan pengorbanan.. seorang bayi tidak akan berjaya berjalan dan berlari sebelum mereka tidak jatuh dan rebah sewaktu berusaha untuk pandai berjalan dan berlari.. begitu juga diri manusia yang diuji dengan dosa sendiri.. di mata manusia jika seorang yang tampak baik kemudian melakukan maksiat itu seorang yang munafiq dan menunjuk-nunjuk. Sedangkan kita tidak tahu ujian dan pahit getir yang sedang dihadapinya dalam bermujahdah melawan keinginan dan kemaksiatn yang dilakukan. Dan bagi mereka yang mengalaminya pula bukanlah satu tiket untuk dia berterusan melakukan kemaksiatan apabila masyarakat memandang baik apa yang berlaku ke atas dirinya. Kedua-dua pihak perlu melakukan satu tindakan yang mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan sesungguhnya apa yang dinilai oleh Allah swt adalah sejauh mana ketaqwaan seseorang..

Tertarik dengan satu hadis yang memujuk diri sendiri agar bersemangat dalam memperbaiki diri sendiri. Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :

“ Semua anak Adam itu bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (daripada kesalahannya)”  - Hadith riwayat at Tirmidhi dan Ibn Majah-


Kesimpulannya, buat semua sahabat-sahabat yang disayangi.. sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka luas dan masih sempat untuk kita pulang ke pangkal jalan.. Kita doakan semoga kita tabah dan tetap istiqamah dalam menuju ke arah kebaikan demi redhaNya insyaAllah… amen..

16 December 2011

Yang Selalu Mengalirkan air mata

Assalamualaikum...

Kaifa halukum sahabat-sahabat semua.. Semoga sihat semuanya dalam lindungan Allah swt. Siapakah yang selalu mengalirkan air mata? Diriku yang selalu mengalirkan air mata dengan kejutan demi kejutan yang Allah berikan. Tak kira nikmat atau ujian yang menyakitkan. Ana menangis bukan beerti ana kememe atau mengada-ngada. Tapi hakikat kejadian diri ini yang sangat mudah menangis. Masalah demi masalah datang bertalu-talu dan kadang-kadang ana merasakan otak ini sudah tidak mampu untuk berfikir sendirian lagi. Terfikir mengenai orang-orang yang hebat dalam berjuang, bagaimana mereka dapat menghadapi seribu satu masalah dan menyelesaikannya satu persatu. Tapi diriku ini punya kelemahan makhluk dan kemampuan yang Allah berikan itu berbeza-beza.

Alhamdulillah satu bebanan amanah bakal dilepaskan mulai 21 Disember ini dan ana mula mencari langkah untuk kembali kepada gerak kerja asal dan tanggungjawab yang lebih mencabar disini. Di saat itu juga datang pula ujian lain yang melanda yang membuatkan satu persatu adik-adik ana mungkin ada yang tidak tahu nak berbuat apa-apa. Ada juga yang tetap berdiri teguh mempertahankan apa yang haq dan ada juga yang gugur dek kelalaian dunia. Allah.. bagaimana mahu disatu semua ini? Salah diriku kah? lalu ana menangis lagi.. Melepaskan segala cas negatif dalam diri. Datang pula persoalan mengenai kehidupan yang bakal dibina. Allah, bagaimana pula mahu menyelesaikan permasalahan ini. Satu demi satu wahai diri. 

Ana pujuk diri. Ya Allah, ana bersandar segalanya padaMu. Jika apa yang terjadi buat kami ini terbaik untuk kami demi meneruskan rantai dakwah ini, maka kami rela diuji, disisihkan dan dibiarkan. Yang penting semuanya ikhlaskan niat dalam berjuang. Allah sedang menapis siapa yang akan berkerja untuknya. Maka semua perlu thabat dalam jalan dakwah ini biarpun kita punya pelbagai rintangan. Dan tentang masalah yang lagi satu itu, Ya Allah ana hanya berusaha dan keputusannya adalah ditanganMu. Engkau yang berhak mengatur segala agenda dalam kehidupanku dunia dan akhirat dan ampunkan segala kesalahan dan kejahilanku. 




Dalam tangis itu ada penyesalan, dalam tangis juga ada penyelesaian. Ana berjalan dan memujuk diri bahawa Allah sedang memerhatikan ana untuk menempuhi kehidupan ini dan kelak Dia akan berjumpa dengan ana untuk memberikan pemarkahan yang telah dinilai sepanjang ana hidup di dunia. Jika ditanya pada diri, mahu sahaja ana melakukan perubahan di dunia ini. Jika ana ada kuasa, pasti akan ku gubah semuanya mengikut apa yang Dia mahukan. Tapi sesungguhnya ana insan kerdil yang dalamnya bukan biasa-biasa tetapi mahu dilihat seorang yang sederhana. Dalam hati ini hanya Dia yang mengetahui segalanya. Dosa, kebaikan, iman, nafsu. Semuanya dinilai oleh Dia. 

Ya Allah semoga Engkau redha hidupku dan matiku serta akhiratku.. ameen...

Sesungguhnya hidup ini sentiasa diuji...

26 October 2011

Sabar Menanti

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab paper Siyasah Syar'iyyah tadi. Lenguh juga tangan ni menulis tadi ditambah pula dengan kesejukkan dewan. Bila keluar dari dewan terasa kepala agak berat. Mungkin disebabkan terlalu berat semasa menjawab soalan-soalan tadi. Balik sahaja ke bilik, ana menuju ke laptop dan mengadap blog tersayang. Terasa begitu banyak perkara mahu dikongsikan tetapi tidak semua perkara yang dapat diluahkan. Mungkin diri ini terlalu berahsia. Berahsia di depan umum tapi kadangkala mudah meluahkan di hadapan sahabat terapat. Mahu tidak mahu terluah juga perasaan hati. Namun satu perkara saja yang tidak mampu untuk ana singkapkan buat semua. Hati. Hati yang menanti dengan penuh sabar insyaAllah dan masih cuba bermujahadah untuk sabar.

Kadangkala hati ana ini berbisik untuk terjah sahaja daripada menanti begini. Lakukan sahaja apa yang kamu suka wahai hati. Namun ana kembali berfikir, adakah kamu mahu menjadi seorang yang melampaui batas? Adakah kamu suka jika perkara pahit dan silam berlaku lagi kepada dirimu. Bangunlah wahai diri, wahai jiwa, wahai hati. Allah sedang mengetuk pintu hatimu untuk kembali kepada ketenangan yang pernah kau kecapi sebelum ini. Bangunlah wahai diri dan sedarlah bahawanya Dia sedang memberi peluang buatmu untuk memperbaiki diri. Menjadi dirimu sepertimana sebelum ini. Memang benar mujahadah itu sukar, memang benar melawan perasaan itu payah, namun di saat kekuatan ini sedang diberi, mengapa perlu aku berpatah balik untuk menghadapi kisah lama?? Yang lepas tu telah menjadi sejarah buatmu dan binalah sejarah baru untuk kehidupan yang baru.

Penantian itu memang menyakitkan tetapi sebenarnya manis apabila telah selesai diriNya menguji. Kenapa perlu mengeluh dengan sedikit ujian yang diberikan sedangkan diri bakal menerima segunung nikmat bahkan lebih daripada yang dijangkakan. Ya.. memang diri ini merindu, memang diri ini mengasihi. Namun biarkan ianya dalam pengetahuanMu ya Rabbi.. Dalam rahmatMu ya Ilahi...

04 October 2011

my spirit come back!!


Assalamualaikum...

Selamat pagi semua sahabat-sahabat yang tersayang.. keifa hal? Hm2.. Alhamdulillah selepas dentuman guruh dan pancaran kilat malam semalam, pagi ini suasananya sungguh tenang dan damai serta berkabus.. Begitulah sunnatullah yang telah ada di dunia ini sejak azali lagi.. Apabila Allah berikana dugaan dan kesedihan maka selepas itu Allah akan bagi pula kegembiraan dan ketenangan di hati kita.. InsyaAllah..

Begitu juga dengan Nurul yang semalam agak kurang sihat dan tak lalu makan.. Hm2.. tak tahu lah kenapa kan.. putus cinta ke? hehe.. putus cinta manusia tak mengapa tapi jangan kita putus cinta dengan Allah.. nauzubillahiminzalik.. Semalam Nurul tak berapa sihat sedikit sebab lambat makan kot dan banyak berfikir serta muhasabah diri.. Alhamdulillah Nurul diuji.. Tanda Allah sayang.. InsyaAllah Allah sayang.. Semalam pun tidur awal je sebab memang tak larat.. hehe...

Bangun pagi tadi alhamdulillah rasa kelegaan di hati dan ketenangan jiwa.. Selepas solat subuh tadi merenung ke luar tingkap sambil dengar lagu-lagu yang best.. Bisikan Malam by UNIC, Bingkisan Rindu by FarEast, Dilema Cinta Ini by Forheart.. Hm2.. lagu-lagu ni memberikan satu spirit juga buat Nurul dan sangat bermakna rasanya.. Allah sedang berbicara dengan kita tanpa kita sedar pun sebenarnya..

Nurul rasa Nurul dah dapat kembali spirit Nurul yang dah lama menghilang tu.. No more fear.. no more feeling helpless.. no more feel regret about this life.. no more feel that i'm useless.. no more.. no more... semua cas-cas negatif dalam diri Nurul, Nurul dah campak jauh-jauh ke luar.. Tiada apa yang dapat menghalang apa yang Nurul mahukan dalam hidup ini dan akhirat nanti melainkan Allah swt.. I don't need anybody to pamperd me anymore.. Just HIM.. Allah swt.. Hm2.. nothing can be worried.. Allah always be with me.. =)

Hmm... lama Nurul terberhenti sebelum menaip perenggan seterusnya.. Berfikir.. tapi xmengapalah.. buat sahabat-sahabat yang masih mencari kekuatan diri..(mungkin baru lepas patah hati atau kecewa with somebody.. heheh).. jom kita hayati lirik ni ok.. insyaAllah...


"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."

10 August 2011

U untuk Ujian


Assalamualaikum...

Dalam menempuhi hidup ini, adakalanya kita rasa lemah apabila berhadapan dengan ujian yang bertubi-tubi. Adakalanya juga ujian yang dihadapi itu berkaitan dengan permasalahan hati yang memerlukan mujahadah yang berterusan dan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Bila mahu bermujahadah, seringkali kita terjatuh dan tersungkur. Lalu hati kita sakit dan sedih sekali. Di waktu itu hanya asma' Allah sahaja yang bermain di bibir..

Ya Allah.. tolong hambaMu.. tolong hambaMu..

Ibarat kita keseorangan yang mencari-cari tangan untuk dicapai tetapi tidak ketemu.. lalu kembali kepada Allah yang memberikan ujian itu.. terasa sebab di dada dan fikiran sudah tidak tahu bagaimana dengan kehidupan ini.. hanya mengharapkan Allah sahaja yang membantu agar dikuatkan langkah dan diteguhkan azam dengan mujahadah yang utuh.. Air mata sudah tertumpah bergelen-gelen lalu bertanya di dalam hati. "Adakah aku tidak layak gembira di dunia ini?" Lalu kalimah itu ditepis jauh-jauh dan memikirkan nikmat ujian yang Allah berikan sebagai meningkatkan darjat keimanan seseorang.. Namun bukan mudah wahai kawan.. Cuma perlu berusaha walaupun terpaksa bertatih demi untuk mengejar cintaNya....

Wallahua'alam..

05 August 2011

Assalamualaikum...

Template blog Nurul bertukar lagi.. Hai.. asyik bertukar je tapi entry tak update-update juga.. kenapa Nurul asyik tukar template ye? Sebenarnya kadangkala penukaran itu perlu demi menjana semangat buat diri sendiri. Itu pendapat Nurul lah..

Sejak kebelakangan ini banyak sekali masalah yang dihadapi oleh Nurul.. satu demi satu dan Nurul kadang-kadang lemah semangat untuk hadapinya.. Entah berapa milimiter padu dah air mata ni menitis sejak akhir-akhir ini.. Bukan Nurul takut atau patah semangat untuk hadapi tapi kalau masalah yang datang tu sedebuk di atas kepala, terasa juga bebanannya itu kan?


Hmm..

Atok Nurul yang Nurul panggil ayah masuk hospital sejak 2 minggu yang lepas di kala Nurul berhadapan dengan masalah MPP.. Dengan masalah peribadi Nurul sendiri.. Study Nurul yang mana lecturer semakin mengingatkan supaya jaga study walaupun sibuk MPP.. Masalah library lagi.. masalah kesihatan.. Assignment tertunda.. Allah.. sampai Nurul tak tahu mana satu Nurul nak settle dahulu..


Wan dan Ayah waktu mengerjakan Haji tahun lalu..


Hakikatnya semuanya itu sangat berat untuk di atasi walaupun Nurul tahu yang Allah tidak akan memberatkan seseorang itu dengan ujian yang tidak termampu olehnya.. Tapi kadangkala kita perlukan sokongan daripada sahabat dan orang yang tersayang.. Namun apa yang terjadi bukan semua yang memahami malahan menyalahkan Nurul itu dan ini.. Allah. ujian-ujian..

Nurul perlu bangkit dari perasaan lemah ini.. Jika dulu Nurul mampu mengahadapi masalah dengan pergantungan sepenuhnya pada Allah, kenapa Nurul rasa lemah bila tidak ada yang mahu menemani Nurul hadapi ujian Nurul ini kan?Biarlah kita membuat kebaikan kepada orang lain dengan ikhlas walaupun hakikatnya agak payah juga untuk mengakui itu.. pasti akan ada satu perasaan mengapa dia tidak mahu bersamaku di waktu susah sedangkan di waktu dia susah aku sentiasa ada... Hm2.. mainan perasaan daripada syaitan supaya menghilangkan rasa ikhlas kita tu tadi kan??

Nurul juga merasakan satu kehilangan dalam diri Nurul yang Nurul ada dahulu.. kenapa ia menghilang? Nurul tak boleh salahkan orang sebab apa yang berlaku datang dari Nurul sendiri. Ya.. memang menyesal jika diikutkan hati ini dengan apa yang telah Nurul lalui tetapi Nurul anggap itu adalah satu pengalaman buat Nurul yang mematangkan diri Nurul sendiri.

Hm2.. InsyaAllah hari ni Nurul nak balik rumah setetlah lama tidak pulang.. mahu ketemu mama dan abah juga anak saudara Nurul yang sorang tu.. Hilang sedikit bebanan di dalam jiwa ni.. Masalah kesihatan Nurul pun tak berapa bagus sangat.. Kerap sakit dan cepat penat.. Ujian.. kan??

Kadang-kadang Nurul persoalkan juga adakah tidak ada sinar bahagia buat Nurul kat dunia ni? Tapi tak mengapalah sebab Nurul dunia ni memang tempat diuji dan tempat untuk berpenat lelah bagi menuai hasil akhirat kelak.. Sampaikan Nurul rasa Nurul dah tidak kisah dengan apa yang ada di dunia ini.. Manusia yang lain mahu menikmatinya, jangan sampai diri kita lalai dari mengingati Allah swt.. Nurul sedih juga melihat ramai golongan yang belajar agama tetapi ibarat buih-buih di lautan.. Masing-masing merasakan diri hebat dalam bidang agama dan sikap humble itu tidak ada.. Memang dunia sudah kacau bilau dan tidak ada keamanan lagi.. Dunia ini ibarat penjara bagi orang-orang yang beriman...

Hm2.. Nurul harap orang disekeliling Nurul bahagia selalu dan dalam keredhaan Allah selalu..

Stop sini dulu ye.. nak berkemas.. mahu pulang ke my sweet home... =)

14 July 2011

Izinkan mata ini menangis..

Ya Allah... Apabila Engkau berikan amanah buatku, maka permudahkanlah diriku untuk menjalankan taklifan yang telah dibebankan ke atas ku.. Bukan aku menangis kerana kecewa dengan tanggungjawab yang diberikan olehMu, tapi aku mahu menangis agar hilang sedikit ketegangan dan biar mataku ini segar dan basah dengan air mata ciptaanMu.. Bukan aku mengeluh tetapi cuba mendapatkan kembali kekuatan dariMu..

Ya Allah.. aku serahkan segalanya kepadaMu yang maha mengetahui segala perkara yang aku tidak tahu.. Aku melihat sahabatku terlantar kerana menanggung tarbiyyah sebagai bakal ibu yang kau berikan untuk dirinya.. Aku sedih kerana tidak dapat memberikan kata-kata semangat dan juga menjadi sahabat yang membantu dirinya kerana kesibukkanku.. Maka Ya Allah Kau berikanlah kekuatan buat dirinya.. Kau berikan ujian buat si dia dengan menimpakan musibah buat dirinya.. Aku serahkan kepadaMu untuk menjaga segala kehidupan dan kesihatan dirinya..

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melaksanakan tugas yang Engkau berikan kepadaku.. kurniakan aku sahabat seperjuangan yang sering bantu membantu demi menegakkan agamaMu.. Permudahkan ya Allah.. Ya fattah.. Dan izinkan aku menangis lagi...

05 July 2011

Tabahkanlah hatiku Ya Allah


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

04 April 2011

Perkataan Keramat

Assalamualaikum...

Sabar... Sabar... Sabar...

Perkataan keramat yang sentiasa dipegang walau apa pun ujian yang mendatang dan hadapi dengan tenang.. Memetik kata-kata yang dihantar oleh sahabat tersayang.. Ieha..

◕✿•.¸¸✿◕♥ ALLAHU RABBI ♥✿.¸¸.•´✿◕

☆¨¯`♥ Allah lah yg MEMBUATmu..
mampu utk TERSENYUM walau sedang menangis
mampu utk BERTAHAN saat dikau hendak menyerah
mampu utk BERDOA saat kau kehabisan kata-kata
mampu utk MENCINTAI walau hatimu 'hancur' berkali-kali
mampu utk MENGERTI walau tak satupun memberi ERTI...
Dan Allah jua yang memberi HARAPAN & DOA agar menjadi KENYATAAN..☆¨¯`♥


Subhanallah begitu rupanya Allah memujuk diri yang dilanda ujian.. Apabila kesabaran itu menjadi benteng diri.. InsyaAllah akan tenang menghadapinya.. Tidak dibiarkan diri ini sendirian.. Dikurniakan sahabat sejati sebagai wadah, tamsilan dan juga jalan bagi DIA menyampaikan kata-kata sayang buat diri ini.. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya bukan?? Maka bersabarlah dengan ujian yang hadir bertubi-tubi di dalam kehidupan ini.. SABAR... ^^

04 March 2011

Corat-coret lagi..

Assalamualaikum my dear blog and off course my dear readers..


Kali ni ana cuma mahu menulis dengan suasana yang sempoi dan santai sahaja. Hm.. tak tahu nak mulakan dari mana tetapi yang pasti fokusnya lebih kepada kesibukkan ana dengan aktiviti-aktiviti kampus yang memang memenatkan. Tapi itulah sunnah seorang pejuang dimana masanya banyak dihabiskan dengan gerak kerja islam dan pelbagai aktiviti yang boleh membantu untuk memenangkan islam dan dalam konteks ana di kampus dengan aktiviti yang boleh mempertingkatkan biah islam di sesuatu tempat itu dengan sahisah pelajar yang mengikut akhlak islam.

Semester ini ana diuji dengan kepimpinan dimana ana diberi amanah untuk memegang jawatan yang sudah semestinya siang dan malam dipenuhi dengan aktiviti sama ada meeting atau pun gerak kerja. Dan sudah semestinya juga ana diuji dengan pembahagian mJustify Fullasa untuk study. Lebih-lebih lagi fizikal ana yang kurang sihat ini membataskan diri ana untuk terlalu aktif dan kadang-kadang perlukan rehat yang panjang. If not, pengsan la jawabnya.. Hari ni sepatutnya ana ada appointment dengan klinik tapi tak sempat pun nak pergi. Nak balik rumah jenguk mama dan abah pun susah walaupun rumah dekat. Tapi insyaAllah esok ana akan pulang ke rumah untuk memberi masa kepada family.. Ape2 pun family first ye.. Hm2.. mungkin ini adalah tarbiyyah buat ana untuk ke stage yang seterusnya dalam maratib amal tu.. ke macam mane ye sahabat-sahabat? Itu yang ana perhatikanlah..



Sebenarnya ana ada banyak benda yang nak diluahkan sama ada dari segi peribadi atau tak peribadi. Cumenya ana tak rasa nak dikongsikan disini dengan sahabat-sahabat sebab ada masalah yang terlalu peribadi. Nak bercerita pada sahabat-sahabat yang terdekat pun ana masih tidak mampu. Hanya berbicara dalam hati dan berdoa kepadaNya sahaja. Dan ana mungkin nampak agak sedikit berdiam diri sejak akhir-akhir ni. Kita perku jadi seorang yang walaupun dilanda masalah, kita mampu hadapi dengan tenang. insyaAllah ada jalannya. Jangan risau.. tapi itu ana lah. Ana memang kadang-kadang suka bercerita masalah kepada orang kerana sekurang-kurangnya dapat meluahkan apa yang ada di dalam hati. Cuma sejak akhir-akhir ni sangat payah untuk bercerita. Mungkin Allah sedang memberikan kekuatan pada diri ini.. Ameen..




Kadang-kadang bila masalah tu datang, ana termenung jap kemudian ingat yang semua masalah boleh disettlekan.. Orang yang berjiwa besar akan memandang setiap masalah itu kecil sahaja. Allah kan ada.. =).. Kadang-kadang juga selepas solat dan berdoa ana kan duduk sebentar dan berfikir tentang masalah yang ana hadapi. Masa tu ada la jugak air mata menitis tapi kuatkan diri dan motivate diri sendiri agar menjadi orang yang tabah.. maka disapu air mata itu dan teruskan langkah.. Don't be sad.. =).. kan?


Hm2.. setakat ni dulu entry kali ni.. ana nak siapkan assignment dan doakan ana punye test Sistem Kehakiman Islam esok.. huhu.. tak baca ape2 lagi nih.. Aktiviti banyak.. tenaga terhad.. kena juhud lebih untuk study.. =)... kepada yang masih stay up, selamat study.. kepada yang dah tidur, gud nite... kepada yang tengah main game, main2 juge.. tapi jangan over limit ye... hehe.. kepada yang berFB.. gunakan FB supaya bermanfaat untuk islam.. Dan buat blogger picisan macam diri ana ni.. selamat menulis.. assalamualaikum... =)

30 July 2010

Terasa.. terasakah diriku???

Assalamualaikum...

Ehem..Ehem...

Kenapa rasa terasa amat pada seorang teman ni ye..

Hm... perasaan ini sungguh amat tidak kusukai..

Dah2... pegi main jauh-jauh...

Diri in tidak tergugah dengan layanan seorang sahabat yang nampaknya tidak "menyapa" diri ini..

Ala.. takpe2.. Nurul Atika Binti Rosli, anda seorang yang MACHO!! (dari segi istilahku sendiri)..

Jangan sedih, jangan terasa dipinggirkan.. rileks sudah...

Eh2.. dah orang cakap... banyak benda lagi nak kena fikir ni..

Udah-udah layan perasaan tu... (semuanya gudaan semata-mata)..

Ana mujahidah besi!! ana kuat!! ana tahan emosi!! ana tabah!! GO!!

Malam ni jom menggugah Dewan Utama KIPSAS...

MALAM MAHABBAH PALESTIN!!..

Bersama anak kapal Mavi Marmara...

Ini langkahku!! Takbir!! Allahu Akbar!!