expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

11 June 2015

Ini Bukan Kisah Dongeng

Assalamualaikum..

" Akak.. seronoknya dah kahwin.. ada suami teman study.. nak mengadu pun ada orang di sebelah.. sweetnyeee.."

Aku hanya memandang dengan senyuman seribu makna.. Usia perkahwinan baru menginjak ke angka 10..10 bulan.. bukan satu tempoh yang cukup untuk aku rasa diriku cukup handal bicara tentang rumah tangga kerana aku sendiri pun masih dan masih dan masih lagi belajar erti perkahwinan yang sebenar.. Tapi.. satu perkara aku mahu pesan kepada anda-anda di luar sana yang masih belajar terutamanya.. Perkahwinan itu seperti laut.. adakala tenang..adakala gelora.. Dan satu perkara lagi yang kau perlu mengerti.. dunia perkahwinan setiap pasangan itu berbeza.. Hanya kau dan pasangan sahaja yang tahu bagaimana mahu mengendalinya..

Orang fikir sweetnya ada suami boleh teman study.. tapi kau tak tahu realitinya ada seorang isteri yang diuji saat berhadapan dengan exam, suami dikejarkan ke hospital.. anak meragam mahukan belaian si ibu kerana masalah kesihatan..


Orang fikir bestnya ada tempat mengadu.. Tapi kau tak fikir di saat kau mahu mengadu masalah, suamimu punyai masalah di tempat kerja, masalah kewangan, bakal dibuang kerja.. Dan saat itu si suami amat memerlukan sokongan isterinya..

Orang fikir lagi.. seronok dapat bercinta halal kan?.. Aku tak nafikan kemanisan dan nikmat yang Allah kurniakan.. tapi jangan lupa cinta manusia mudah terhakis.. dan syaitan juga memainkan peranan.. dan kau dan pasangan perlu banyak bersabar dan saling memahami menagani isu-isu rumah tangga..

Hakikatnya..Aku mahu nyatakan di sini, andai mahu berkahwin saatnya sedang belajar, bertanyalah kepada mereka yang arif dan sudah melaluinya.. Jangan hanya andaian dan bayangan kamu sahaja.. Kerana kau akan bersama pasanganmu selama-lamanya dengan izin Allah taala.. Supaya kau tidak bermimpi di siang hari.. supaya kau lebih matang menilai hal ini.. Wallahualam..

Perkahwinan bukan kisah dongeng..


p/s: Ucapan terima kasih buat suami yang sudi mengharungi segala onak duri dalam rumah tangga dan bersabar dengan ujian demi ujian yang mematangkan diri dan mendekatkan diri dengan Allah Taala.. Wallahualam..



14 May 2015

10 Mei 1989

Assalamualaikum..

10 Mei 1989.. 
Lahir seorang bayi lelaki yang comel lagi putih menjadi kesayangan mak dan abah. Tak di sangka kelahiran seorang bayi lelaki itu telah dicatatkan jodohnya dengan seorang bayi perempuan yang lagi comel dari bayi lelaki tersebut yang dilahirkan lebih awal dari bayi lelaki tersebut. Dan bayi perempuan itu yang sedang mengetuk-ngetuk keyboard ini sekarang.(-_-).

Tulus hati dari sanubariku, aku ucapkan terima kasih tak terhingga buat arwah mak yang telah melahirkan dia yang kini menjadi suamiku. Moga Allah tempatkan mak di kalangan wanita solehah bidadari syurga. Kami bakal menyusul pula selepas ini. Juga buat abah yang mendidik anak lelakinya yang kini juga menjadi bintang hatiku.

Duhai suamiku..
Tidak ku punya kekayaan dunia untuk aku persembahkan buatmu. Cukup sekadar doa saban hari agar Allah sentiasa melindungimu dan menyayangimu. Cukup sekadar Allah aturkan jalanmu agar menjadi seorang hambaNya yang paling dekat denganNya. 

Duhai suamiku..
Kau nikahi diriku dengan kalimat yang mulia dan kau pelihara diriku sebagai amanahmu. Terima kasih yang tak terhingga kuucapkan. Tidak mampu untuk aku balasi segala pengorbananmu dan juga aku masih tidak mampu membalas jasa kedua ibu bapaku yang rela hati melepaskan anak perempuannya untuk bergelar isteri buat dirimu..

Duhai bintang hatiku..
Aku mengerti perkahwinan yang kita bina ini punya cita-cita bermakna. Aku tau kau dan aku mahu mencium haruman syurga. Bersama mereka-mereka yang pernah bersama kita. Dan aku jua tahu perjalanan kita tak akan betah dengan ujian yang menggegarkan bahtera kita. Namun aku pinta moga kau sabar dan berdoa kepadaNya moga kita mampu mengharungi jua.

Wahai penyejuk mataku..
Maafkan aku andai fitrahku adakalanya mengecewakan dirimu. Maafkan aku andai emosiku melebih rasionalku. Adakalanya aku tak mampu untuk mengawal diriku. Walaupun berkali-kali kau katakan aku isteri yang terbaik dan cukup buat dirimu, namun aku lebih bimbang apa pandangan Allah padaku yang memegang amanah itu. Moga kau pimpin diriku untuk menjadi yang terbaik di pandanganNya jua. Moga kita sama-sama berlari mengejar redha ilahi.

Buat suamiku.. Selamat hari lahir dariku.. moga menjadi hamba, anak dan juga suami yang soleh.. Moga redha allah sentiasa bersamamu..



30 January 2015

Bina Keluarga Acuan Islam

Assalamualaikum.. salam Jumaat yang barakah..

Perkahwinan itu di dalamnya ada nikmat..
Lebih nikmat apabila punyai suami isteri soleh dan solehah..
Lagi indah tatkala Islam dihidupkan di dalam keluarga yang barakah.

Sebelum memulakan wadah bicara, ingin saya memohon maaf andai tersalah kata, terkhilaf fakta. Sekadar berkongsi apa yang saya rasa dan semoga kita semua mampu menjadikan keluarga kita keluarga yang mengikut acuan Islam dengan sebaiknya.

Jujurnya.. saya juga masih bertatih dalam usaha membina keluarga mengikut acuan Islam. Namun biar kita usaha bersama-sama semoga keluarga yang dibina juga akan kekal hingga ke Jannah insyaAllah. 

Adakalanya usai solat saya akan berfikir panjang. Dunia ini hanya sementara. Bagaimana aku mampu menjadikan diriku, pasanganku dan anak-anakku seorang mukmin dan muttaqin yang akhirnya mampu bernaung di Syurga Allah yang penuh nikmat dan barakah. Lantas saya merasakan bahawa semuanya bermula dengan diri kita sendiri serta doa yang tak putus kepada Allah s.w.t.

Sahabat yang tersayang..

Usahakanlah untuk membina keluarga yang semakin hari semakin dekat dengan Allah dan jadikan juga keluarga kita sebagai satu agen yang bermanfaat kepada masyarakat. Mungkin dengan cuba menghidupkan ruh Islam di dalam rumah tangga. Boleh bermula dengan hal-hal yang mudah. Banyakkan membaca Al Quran dan meriahkan kediaman kita dengan bacaan Al Quran. Allah tidak melihat hebat mana kita melakukan sesuatu ibadah tetapi yang dinilai adalah istiqamah. Benar.. bukan mudah untuk istiqamah, tapi at least kita cuba. Lebih baik bukan?

Saya dan suami juga adakala berbincang untuk improve rumah tangga kami agar sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah taala. insyaAllah ameen. Walaupun tidaklah banyak yang dapat kami lakukan, tapi kita usahakan bersama-sama. Benar, apabila dah berkahwin separuh daripada ketaqwaan itu kita telah miliki. Separuh daripada agama kita itu telah dipenuhi. Namun bukanlah semudah kata. Ianya perlu dibina dan dibina setiap hari. Adakalanya kita alpa dalam nikmat punyai suami atau isteri. Saling menguatkan agar sama-sama dapat bercinta hingga ke Syuga!!



Ada juga bukan mereka yang berkahwin tetapi masih hidup tidak beragama. Jadi, ianya perlu di usahakan. Sungguh indah jika dapat melihat keluarga yang dilimpahi dengan kebarkahan hidup beragama. Hidup beragama tidak semestinya pada pakaian. Tapi pada kefahaman dan amalan seharian terhadap apa itu Islam. Apa itu iman. Apa itu ihsan. Di dalam berumah tangga lah kita perlu mengambil peluang untuk beramal sebanyak yang mungkin. Tujuan akhir kita adalah untuk mati dalam keadaan yang terbaik di sisi Allah.

Andai kita sentiasa meletakkan dalam jiwa dan akal kita bahawa tujuan kita yang terakhir adalah mardhatillah dan juga khusnul khatimah, InsyaAllah kita akan terdorong melakukan perkara yang terbaik untuk pembinaan rumah tangga kita. Lebih baik lagi usahakanlah untuk mendorong setiap ahli keluarga kita berjuang untuk menegakkan kalimah Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Melahirkan anak-anak yang tahu mana yang hak dan mana yang batil.

Akhirnya, marilah kita sama-sama mencuba dan berusaha untuk membina keluarga acuan Islam yang sempurna. Sedikit demi sedikit lama-lama akan membungkit. Moga Allah redha usaha kita semua. InsyaAllah.

P/S: moga semua beroleh barakah.







28 January 2015

Dilema Perkahwinan Ketika Belajar

Assalamualaikum..

Entry kedua untuk tahun ini.

InsyaAllah pada 3 haribulan Februari ini dijemput untuk menjadi salah seorang panel forum sempena program Pasport Cinta di KIPSAS. Terima kasih atas jemputannya walaupun diri ini baru sahaja mencapai usia 5 bulan di dalam dunia perkahwinan sebagai seorang pelajar sepenuh masa.InsyaAllah berkongsi apa adanya dan semoga mendapat manfaat kepada para pendengar nanti insyaAllah.

Program Pasport Cinta.

Pada mulanya agak terkejut juga bilamana pihak KIPSAS ingin mengadakan program seperti ini. Program yang dikelolai oleh pihak Unit Kaunseling. Saja saya merisik pihak yang menjemput tentang objektif program ini. Agak pelik sedikit bila soal perkahwinan ketika belajar diketengahkan di KIPSAS melainkan ada isu yang timbul. Rupa-rupanya semakin ramai pelajar KIPSAS yang berkeinginan untuk mendirikan rumah tangga ketika belajar. Tapi.. wujud pula masalah lain bagi pelajar yang sudah bernikah. Masalah ingin bercerai.. masalah pelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu program ini dibentuk bagi memberi kesedaran kepada para pelajar untuk berfikir jauh berkenaan dunia perkahwinan ketika belajar dan bukan beranggapan bahawa dunia perkahwinan itu hanya sesuatu yang menyeronokkan semata-mata. Hm2. saya agak terekjut juga bila isu ini berlaku sebab semasa zaman saya di KIPSAS dulu tak pula saya dengar hal-hal sebegini bahkan pelajar yang berkahwin ketika itu tidaklah begitu ketara bilangannya. Jika ada yang berkahwin ketika belajar pun, saya sangat kagumi ibu-ibu dan isteri-isteri yang sanggup berjauhan dengan keluarga tersayang dan masih bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Oh ye.. terima kasih kepada Kak Merlina yang banyak berkongsi dan mematangkan diri saya dengan pengalamannya sebagai seorang isteri dan pelajar. Juga kepada Puan Sarah, sahabat karib saya sendiri yang juga berjauhan dengan suami nun di Sabah demi menghabiskan tempoh pengajiannya di KIPSAS yang tetap bersemangat hingga ke akhirnya dalam perjuangan menuntut ilmu. 

Adik-adik sekalian..

Saya juga dahulu seperti kalian. hati itu rindu untuk bernikah disaat saya berusia 18 tahun lagi. Sebab ape? Ujian Allah taala yang menghadirkan seseorang yang meyakinkan saya untuk menerimanya sebagai seorang suami dan Alhamdulillah pemuda itu adalah suami saya yang sekarang. Jodoh yang datang itu bukan dengan bermulanya pertemuan atau saling berbalas rindu-rinduan, bergayutan hingga ke malam. Tapi jodoh yang saya langsung tidak aware bahawa ia akan datang. Di saat saya begitu berkobar-kobar untuk berjuang dalam menuntut ilmu, Allah hadirkan perasaan yang saya sendiri tidak mampu untuk menentang. Bagaimana menentang itu? Puas sudah bangun malam, puas sudah berdoa, puas sudah mengadu padaNya namun ianya tetap datang hinggakan saya sendiri hilang berat badan. Selepas berkali-kali berdoa dan istikharah, maka saya mengambil keputusan untuk menerima dengan tenang. Selepas menerima dengan tenang, saya bersyukur di jadikan sebagai seorang yang normal. Cinta itu bukan sampah atau dosa. Tapi kurniaan dari Allah taala dan saya tahu Allah ingin saya belajar sesuatu untuk lebih dekat padaNya. Bukan lebih dekat pada empunya badan ye. Urus hati anda sebaik mungkin. Dan untuk mengurus hati bukanlah semudah yang disangkakan. banyak dugaan dan tinggi mujahadahnya. Berkali-kali jugak saya pinta pada ibu bapa untuk bernikah di waktu belajar. Tapi si ibu dan bapa lebih memahami keadaan dan situasi anaknya pada ketika itu. Niat saya hanya satu. Saya ingin bebas dari mempunyai perasaan pada seseorang yang tidak halal buat saya. Hanya itu sahaja. Dan dari masa ke semasa, niat di hati ditangguh dan ditangguhkan sehinggalah tanggal 16 Ogos 2014 saya diijab kabulkan, di usia 25 tahun. Di saat saya mula sedar mengapa ibu bapa saya tidak benarkan saya bernikah di usia yang masih muda. Di saat itu juga saya mulai sedar Allah mahu mentarbiyyah diri saya menjadi orang yang lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab. Alhamdulillah, segala kepahitan mujahadah itu saya temui kemanisan. Dan benarlah sabar itu manis. Bagaimana saya dan bakal suami menghadapi ujian sepanjang tempoh itu? Biar menjadi lipatan rahsia. Mujahadah itu perlu tinggi. Tidak tahu berapa banyak air mata yang telah ditumpahkan dan saya hanya bertemu muka dengan suami saya pada akhir tahun 2012 buat kali pertama dan pertemuan itu tidak dirancang sama sekali. Saya menerima suami saya pada umur saya 18 tahun pada tahun 2007 di saat saya tidak bertemu dan mengingati wajahnya. dan pada tahun 2012 itu adalah kali pertama di dalam hidup kami bertemu muka dan berkomunikasi berdepan! Berjumpa kali kedua bersama ibu bapa saya pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 kami disatukan. Begitu hebat perancangan Allah.




Saya tidak berniat untuk bercerita panjang tentang bagaimana saya bertemu suami. Tetapi saya ingin berkongsi dan mungkin sedikit pencerahan kepada adik-adik yang masih menuntut ilmu dan begitu ingin bernikah di waktu belajar. Jika ditanyakan kepada saya, andai Allah tidak menguji saya dengan perasaan itu, maka saya tidak mahu bernikah di usia belajar. Sebab saya sendiri bukanlah seseorang yang sangat layak untuk bergelar isteri seperti bersifat lemah lembut, memahami orang lain, bukan juga pendengar yang baik bahkan masih bertatih menguruskan tanggungjawab pada usia yang semuda itu. Dan mungkin disebabkan oleh sifat saya yang keras, lone ranger dan tak peduli orang lain itulah Allah hadirkan saya perasaan itu supaya saya bersifat lemah lembut dan lebih menghargai keluarga dan memahami mereka. Mungkin juga kan? Tapi kini dengan usia saya yang kin 26 tahun, maka Insyaallah saya dan suami mampu mengendalikan bahtera kecil kami walaupun ketika ini saya perlu menghabiskan pengajian yang berbaki setahun lebih sahaja lagi. Moga Allah permudahkan saya memenuhi hasrat ayah bonda untuk melihat saya menghabiskan pengajian ke peringkat ijazah dan impian saya sendiri untuk bergelar peguam yang mampu memberi manfaat kepada ummah. Amin insyaAllah.

Adik-adik yang dikasihi Allah..

Dunia perkahwinan itu bukan sekadar hidup berdua dan bercinta. Tapi perkahwinan itu penuh dengan warna dan rasanya. Tanggungjawab tetap jadi keutamaan. Pengurusan itu perlu. Nasihat saya bagi sesiapa yang ingin bernikah di waktu belajar, buat kajian dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman. Bukan hanya membuat kesimpulan sendiri bahawa perkahwinan di waktu belajar itu mudah untuk ditempuhi. Jika ingin berumah di tepi pantai, pastikan rumahmu itu cukup kukuh untuk menahan lambungan ombak. Andai tidak kukuh, maka musnahlah semuanya. Oleh itu persediaan itu perlu cukup. Bukan sahaja persediaan dari sudut kesediaan kamu ingin mencurahkan rasa cinta kepada suami atau isteri dan anak-anak, bahkan lebih dari itu. Persediaan fizikal, mental, rohani jiwa dan raga. Banyak yang perlu dikorbankan. Kutiplah pengalaman dari mereka yang arif dengan dunia perkahwinan ketika belajar. Banyakkan membaca buku berkenaan dengan pengurusan diri, pengurusan rumah tangga, komunikasi dalam rumah tangga. Bukan mengadap buku-buku ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih dan sebagainya. Biar perkahwinan yang anda ingin bina itu sifatnya membumi. Biar imaginasi anda berkenaan dunia perkahwinan itu bersifat realiti bukan fantasi. Jika anda punyai persediaan yang cukup maka silakan berkahwin dan uruskan rumah tangga anda sebaiknya. Keburukan yang datang dengan perkahwinan itu bukan disebabkan perkahwinan itu tetapi kegagalan kita mengurus rumah tangga. Saya nasihatkan kata-kata ini buat diri saya sendiri yang masih bertatih dalam dunia ini. Pastikan anda bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam tiap apa yang anda hadapi. Sebagai seorang pelajar, janganlah menjadikan perkahwinan itu satu alasan untuk anda tidak mampu menyiapkan tugasan dan lain-lain. Bahkan kita sepatutnya menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan kerana kita sedar bahawa kita juga punyai tanggungjawab yang berbeza dari rakan-rakan yang belum berkahwin dan perkara ini perlu di pandang sebagai sesuatu yang penting bagi seseorang yang berkahwin ketika belajar.

Perbincangan tentang apa yang bakal anda lakukan untuk mengatur hidup anda selepas perkahwinan amat penting. Berbincanglah dan capai persetujuan bersama sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Sekiranya pasangan itu sendiri tidak memahami dan tidak mampu untuk memberikan kerjasama, lebih baik ditangguh terlebih dahulu dan peliharalah batasan yang digariskan oleh Islam. Fokus kepada pelajaran. Setiap mujahadah itu pahala ganjarannya. Pelihara hubungan dengan Allah sebaik mungkin. Saya juga menyeru supaya jangan jadikan buku-buku cinta Islamik, ayat-ayat cinta Islami sebagai rujukan. Tetapi carilah rujukan yang bersifat realiti. Benar.. perkahwinan itu penuh dengan kemanisan. Tapi ada juga pahitnya yang memerlukan proses untuk menyelesaikannya. Adakala diuji dengan masalah ketidak sefahaman. Adakala diuji masalah kewangan. Jadi, bagaimana kita mengendalikan semua masalah itu? Lihat pada diri sendiri dan jangan melihat kepada persepsi yang kita bina sendiri tanpa rujukan yang kukuh. 

Saya bukanlah berniat untuk menakutkan mereka yang ingin berkahwin ketika belajar. tetapi, sebelum berkahwin fikir sebaik mungkin dan rancanglah sebelum anda gagal. Buatlah perangcangan pengurusan keluarga dengan sebaiknya. Betul, perkahwinan itu dapat memelihara maruah diri, Tapi perkahwinan juga menuntut anda untuk sedar tentang erti tanggungjawab. Jadi, biarlah diri kita seimbang dalam membuat penilaian tentang perkahwinan. Cinta dan tanggungjawab. Cinta itu adakalanya boleh pudar dan tanggungjawab itu pula berpanjangan. Dalam perkahwinan, tanpa tanggungjawab, cinta boleh hilang. Jadi, buatlah pilihan anda sebaiknya. Fikir jauh sebelum membuat sesuatu keputusan. Soal kewangan, soal anak, soal tanggungjawab suami isteri, komunikasi suami isteri dan sebagainya. Jangan jadikan sunnah nabi Muhammad s.a.w itu sesuatu fitnah yang disebabkan oleh diri kita sendiri. Wallahualam.

p/s: maaf kalau entry kali ni ada salah silapnya. Assalamualaikum.


14 September 2014

Alhamdulillah.. Anugerah terindah..

Assalamualaikum... For the greatest thing that happen to my life and the greatest thing is become to Mohammad Nur Shafiqe Bin Haliman's wife.. Maaf andai entry kali ini mengundang rasa tidak senang seperti cemburu.. menyampah atau apa sahaja.. Sekadar sebuah coretan rasa buat suamiku yang tersayang.. 

My husband...
Dia adalah seorang murabbi buatku..
Yang banyak memberikan kata-kata semangat di kala aku jatuh..
Dan di kala aku dicemuh..

My husband..
Seorang anak yang sangat menghormati kedua ibu bapanya..
Di saat adik-adiknya kesedihan menahan perasaan kehilangan ibu..
Aku lihat mimik mukanya tabah menahan air mata..
Mahu kuat di kala yang lain kelemahan..

My husband...
Seseorang yang tak jemu-jemu mendengar cerita dan bebelanku..
Dan ada saatnya tangannya lembut memegangku sambil tersenyum dan menyuruhku bersabar..
Yang sentiasa mendengar dan berkongsi apa saja dengan diriku..

My husband..
Yang sentiasa menasihati aku agar menghormati kedua ibu bapaku..
Yang tidak pernah menyokong aku di kala aku menjadi keras kepala..
Dan menerima aku apa adanya..

My husband..
Yang tetap menyokongku untuk terus mengejar cita-cita..
Walaupun adakala terpaksa berjauhan dengan aku..

Abang..
Thanks for everything you did to me..
Love you..  May this Baitul Muslim ila Jannah..
InsyaAllah..

02 September 2014

Dilamar : my comment??

Assalamualaikum... keifa halukum jami'an? Hope everybody feel better and have a good day.. Ok.. hari ni aku nak komen atau beri pendapat pasal dilamar.. actually daku telah menerima beberapa wassup daripada adik-adikku yang masih belajar yang dalam dilema kerana mereka telah di lamar.. di taqdim atau di cop..  Ape-ape aje la terms yang anda pakai.. tapi adik-adik yang aku sayangi ini need my advice..how to react with this sort of thing.. hm2.. dan nak tahu pendapat aku yang baru dua minggu bergelar isteri ni?? huhu.. Alhamdulillah dah dua minggu.. ok.. xpayah nak announce kat seluruh pelusuk dunia macam adik manis yang couple seminggu tu.. he he he...

Back to the topic.. ok.. what i'm gonna say ni mungkin akan mengguris sedikit perasaan adik-adik lelaki di luar sana.. First.. if adik-adik muslimin ni memang ready nak berkahwin dan kalau kate esok kawen pun memang ready la.. memang boleh redah kasi pecah punye, ok.. silakan lah melamar.. BUT.. bukan dengan cara pergi lamar muslimat tu... ekau pegi jumpa bapaknya dulu.. ok?? pergi jumpe.. tanye elok-elok.. pakcik.. saya ni berkenan kat anak pakcik.. boleh dak saya nak jadikan anak pakcik yang halal buat saya.. (ok.. gune ayat Awal Asyaari sat)..dan pada masa itu anda dengan rela hati dan tabahnya menerima apa saja hemburan daripada walinya sama ada positif atau negatif... haaaa... ade bran tak?? Nanti walinya la yang akan tanya pada anaknya itu.. simple.. hehe.. jadi bagi lelaki di luar sana, sila bersedia.. kalau nak kat mana-mana muslimat, pikir biar habis.. tanya diri sendiri dah get ready atau belum.. kalau just fikir minat kat muslimat tu sebab persekitaran.. sebab kawan-kawan semua dah ade janji dengan someone then ekau pun nak jugak.. toksah nak berangan la eik nak berbinik..  Puasa aje lah..

Secondly.. buat adik-adik muslimin yang nak melamar seseorang muslimat tapi anda sendiri masih belum jelas bila mahu bernikah.. anda sendiri pun masih nak belajar.. nak berjanji dalam tempoh yang lama..2,3,4 tahun lagi.. better lupakan niat anda untuk melamar.. SEBAB once anda dah luahkan perasaan anda pada seorang muslimat yang baik..solehah dan menjaga diri, actually anda dah ganggu perasaan dia.. even anda just tanya.. enti dah berpunya ke belum.. haa... ni psikologi orang perempuan..nanti yang perempuan akan duk fikir pasal benda tu.. sampai hati dorang pun terganggu.. anda yang muslimin dah bagi harapan kat muslimat ni.. kalau jenis muslimat hati kering tu lain la.. Anda lamar la macam mana pun takkan duk layan punya.. tapi fitrahnya perempuan ni hatinya lembut.. nak-nak yang jenis dah berumur 20 ke atas.. tengok kawan-kawan ada orang take care.. ade orang tanye selalu.. lama-lama syaitan tu duk goda jugak.. so.. janganlah libatkan orang lain bila hati anda yang problem... kesian kat orang lain.. Anda lelaki dan anda sepatutnya lagi kuat menjaga diri.. bawak-bawak bersabar.. kalau yakin dengan ketentuan Allah, tak perlu pun nak janji atau cop lama-lama..buat apa?? buat tambah dosa ja.. Lepas tu duk contact lagi.. kunun cakap menjaga.. syaitan tu kan pandai duk warna-warnakan maksiat yang dorang dah kenakan pada anak adam ni.. lalu timbul lah cinta islamik.. padahal sama ja dengan couple-couple yang bersepah sekarang ni..

Thirdly.. just nak cakap pada adik-adik dan teman-teman semua.. yakinlah dengan janji Allah..andai dah ditakdirkan seseorang itu milik kita, maka Allah akan dekatkan juga jodoh itu.. Jangan risau.. doa banyak-banyak.. pelihara hati daripada belenggu maksiat.. buat adik-adik muslimat, silalah bertegas dengan diri anda.. dan kepada both of muslimin dan muslimat, jangan memberi dan menaruh harapan.. berharaplah kepada Allah semata-mata.. nescaya tidak akan rugi... 

ok... sampai situ sahaja bebelanku... asifah andai salah bicara.. hanya mahu berkongsi pandangan sahaja.. dari pengalaman sendiri yang menjadikan siapa diri aku sekarang.. ok.. yang baik dari Allah yang disandarkan kepada diri saya sendiri dan yang buruk itu jua dari diri saya sendiri.. ok.. wallahualam... 

29 August 2014

Cerita 28 Ogos 2014

Assalamualaikum.. alhamdulillah di panjatkan kepada Allah swt masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar yakni nikmat islam dan juga nikmat iman.. Well.. thank you Allah for giving me such a good life.. good husband.. good family and every single things in my life.. alhamdulillah.. ok.. back to the story.. yesterday i have such a good time with my zauj.. alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan kami..

Semalam ke UKM atas urusan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Syarie.. Seperti yang saya jangkakan, batch kami tak dapat nak ambil lagi diploma tu untuk kali ini.. why?? Ustaz cakap berkaitan dengan ISO atau akreditasi diploma tu.. Ermm... actually.. sejak lima tahun yang lepas memang syarat untuk ambil diploma tu, calon mestilah pemegang degree.. dan kami ni.. still dalam tempoh pengajian.. bukan pemegang degree lagi la kan... untuk yang batch lepas tu, sebab tak di cek dan orang terlepas pandang, so dorang terlepas.. actually, kalau dari sudut JPA punya pengiktirafan memang xde masalah pun.. cuma ada masalah dari sudut ISO di peringkat universiti.. lebih kurang macam tu la... dan ustaz dah buat rayuan dah supaya batch kami ni dilepaskan jugak.. tapi tak boleh.. sebab batch kami ni la penilaian di buat.. maksud aku ISO tu di cek.. sebab batch aku tahun ke-5 dan akreditasi tu di cek 5 tahun sekali... 

Sebenarnya, berita ni agak buat aku lega.. heheh... why? Sebab aku rasa agak terbeban nak go on dengan degree dan diploma dalam masa yang sama. Tapi masa tu aku tak de pilihan.. so aku redah je.. walaupun aku perlu korbankan hujung minggu dengan suami.. huhu.. tekad betul.. tapi bila dah jadi macam ni, aku lega sebab aku boleh fokus satu-satu.. dan.. hujung minggu aku boleh balik.. tanggungjawab as isteri jangan dilupakan... Nak-nak suami itu lah yang banyak menyokong kita dalam belajar.. syukur alhamdulillah.. Jadinya aku akan mohon balik masa tahun akhir nanti insyaAllah.. lepas dapat berita tu, aku senyum dengan gembira.. Zauj aku pelik.. tapi aku tahu suamiku juga lega.. sebab dia bimbang kalau aku terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa.. he he he.. Sebab aku memang sejak dulu suka buat banyak benda dalam satu masa sampai tak fikir diri sendiri.. dah kahwin, baru sedar kena jaga diri.. hehehehe..

Lepas taklimat pasal diploma tu, aku bawak suami makan di Pusanika.. kasi kenal dunia isterinya selama ini.. Oh ye.. hari tu memang hujan je sepanjang perjalanan.. Then.. kami ke Subang.. nak ke kedai Directd.. membeli smartphone untuk abah mertua dan adik iparku yang bongsu.. boboy.. sampai situ, memang sangat jam.. parking pun takde.. huhuh.. puas dah kami pusing-pusing.. lastly, suami decide parking dalam bangunan walaupun kena bayar rm2. Ok.. kami agak berkira sket.. hehe.. then.. berjalan kaki sket ke kedai Directd.. dalam kedai tu,, memang penuh dan orang tak pernah lengang beratur.. aku pelik jugak.. dorang tak keje ke.. tapi aku yang memang stalker orang ni memang dapat buat kesimpulan yang orang-orang yang pegi beli kat situ memang jenis nak cari barang murah tapi kualiti.. haa.. kat kedai Directd ni kan.. konsepnye adalah datang dan sebut terus hp model ape yang anda mahu.. dah xde dah nak usha-usha ke ape.. dah nama pun Directd kan.. aku beli hp Lenovo A880 pun kat sini.. harga murah.. Kalau dulu masa aku beli tu, masa mula-mula dikeluarkan.. Rm450.. sekarang dah murah dah.. Tapi A880 dah xde.. yang ade A889.. spect sama macam A880 kecuali primary camera die besar sket.. 8MP berbanding A880 just 6MP je.. ok la kan.. harga pun just RM339 je.. murah kan.. Suamiku tolong belikan hp Lenovo S939 untuk abah mertuaku.. Harga RM479.. dan Lenovo A889 untuk Boboy.. Ok.. aku dengan suami agak jeles sebab adik kami yang bongsu ni dapat HP canggih di usia baru 15 tahun.. kami dulu lepas spm baru merasa nokia 3310.. hehehe.. budak-budak zaman sekarang.. Orang tengok kami pengantin baru beli hp baru tu.. ok.. kami menyamar je.. hahaha... tolong beli ye.. dan tolong bawa aje... kikiki... Terfikir jugak nak jadi dealer.. tapi macam susah plak bila melibatkan waranty bagai.. pening jugak tu.. hehe... akan difikir-fikirkan semula..

Ni lah kedai Directd tu... selalu orang penuh sampai beratur kat luar..


Lepas balik dari Subang, kami ke I-City kat Shah Alam.. Hajat nak pegi Trick Art Museum.. Hehe.. mula-mula cari jalan gune waze.. kami sesat ke tempat pembinaan mana ntah.. tapi sebab suami ni power, jumpe jugak.. hehe..dengan bantuan encik google bagai.. maka sampai la jua kami di situ.. ingatkan tiket masuk RM5 je sebab tengok kat blog orang harga tu.. tapi rupenye RM15.. takpe la.. nak masuk sangat punye pasal.. so.. kami pun amek la gambaq dengan pelbagai aksi.. hehehe.. dah macam budak-budak kat dalam tu.. pasal takde orang pun.. cume ade chinese couple je.. tapi pedulikan aja mereka.. aku dengan suami terfikir nak bawak adik-adik yang lain lepas ni.. mesti seronok.. datting berdua memang best.. tapi bila pegi tempat yang berunsurkan family fun park macam tu, lagi best ade adik-adik yang lain.. hahaha.. aku nak jadi camerawomen aje.. InsyaAllah ade rejeki nak bawak la mereka semua tu.. ade la dalam sejam lebih kami dalam tu.. ok la kan.. nak je masuk snowwalk.. tapi tunggu lain hari.. hehehe... Lepas kami keluar, barulah ada segerombolan pelajar sekolah yang nak masuk.. hehe.. nasib baik kami awal... kalau tak penuh jugak dalam tu... 

ni antara entiti asing yang ade dalam Trick Art Museum ni.. gambar lain aku tak transfer lagi.. hehehe


Lepas tu, aku dan suami pun balik ke Banting semula.. sempat lah kami ke Klinik Solehudin.. Ada urusan berkaitan dengan merancang kehamilan sebab aku belajar lagi kan.. Alhamdulillah dah dapat nasihat yang superb dari doktor dan kami tak dikenakan bayaran pun... hehe.. Yang tu aku akan kongsikan pada masa akan datang InsyaAllah ye..

Overall.. hari tersebut sangat penuh aktiviti kami.. kesian dekat suami sebab kena drive.. kereta beliau tak siap lagi.. jadi agak penat sket drive kereta manual.. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri ini.. Even before married banyak batasan yang kami kena jaga.. Tak boleh datting.. tak boleh ke sana ke mari berdua.. tak boleh nak kongsi banyak perkara, tapi nikmat selepas kahwin itu sangat luas.. itu yang Allah janjikan.. Alhamdulillah.. Aku harap aku dan suami menjadi pasangan yang soleh dan solehah dan nikmat yang Allah beri ni tak buat kami lupa akan tanggungjawab kami as khalifah di muka bumi Allah ni.. Bila Allah bagi nikmat, syukurilah.. nescaya Allah akan tambah lagi nikmat tersebut.. insyaAllah.. ok ye.. sampai sini dahulu.. insyaAllah next time akan di update lagi... =)


23 July 2014

Persediaan Perkahwinan

Assalamualaikum...

Persediaan perkahwinan... Aku tak berniat langsung nak cerita ape preparationku untuk perkahwinan nanti.. Cumenye.. Aku saja je tadi view blog-blog pasal persediaan perkahwinan

Overall..semua cerita bab prrsediaan material... Photographernye...dan lain-lain.. Ade juga yang sampai stress... Hurm...sampai macam tu sekali ye... Banyaknye bajet mereka sebab sampai tempah mak andam ape semua... Tak dapat jumpe wedding photographer dan pakej mak andam pun sampai stress dan migrain...Allahuakbar...huhu...

Aku tahu.. Majlis perkahwinan adalah hari yang bersejarah...tapi bagi aku tak perlu nak stress bab benda tu semua... Yang akan aku bawak dalam alam rumah tangga bukannya mak andam...bukan juga gambar-gambar photographer yang aku rasa kalau belajar photoshop pun kite boleh dapat gambar yang cantik-cantik.. Pelamin yang perlu vogue bagai... Bukan itu semua yang akan di bawa... Hakikatnya kalau buat semua tu, kita akan bawak hutang lagi ade la...

Jadi apa yang perlu dibawa? Hurm... Persediaan dari sudut ilmu..rohani...fizikal dan juga mental... Aku tak pandang rumah tangga itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan insani... Bukan sekadar mencantikkan rumah dan tangga... Tapi dari segi macam mana kita sebagai suami dan isteri nak mengemudi rumah tangga agar sampai ke destinasi yang Allah redhai... Satu tugas yang berat untuk kita galas... Fikir bagaimana mempersiapkan diri untuk menjadi ibu dan ayah... Beri didikan agama.. Dan bentuk generasi yang soleh solehah...

Aku tak buat persediaan untuk berkahwin sampai pening nak fikir siapa photographer...siapa mak andam... Sebab itu bukan keutamaan yang perlu untuk kita cari.. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar dan bagi aku cuma mengharapkan majlis yang sederhana ini berjalan lancar dan mendapat redha Allah...biar jadi ibadah... Yang penting...tak meminjam beribu-ribu dengan bank untuk buat majlis yang dasyat-dasyat.. Tak perlu semua itu...

Bukan aku tidak meraikan adat...tapi biar seiring syariat.. Bersederhanalah... Itu saja aku mahu kongsikan... Hanya sekadar pandangan... Berkahwin itu memang sekali seumur hidup insyaAllah.. Tapi yang akan kita bawa dan galas sepanjang pernikahan adalah tanggungjawab... Maka pilih mana satu yang aulawiyyat untuk di jadikan persediaan yang sebenarnya... Wallahulam....

11 July 2014

A Wish

It's raining outside.. suddenly thinking of myself.. my life.. my akhirat..

Allah always the best planner for me.. Alhamdulillah... After i've faced many things.. sweet.. pain.. happinest.. sad.. felt down.. Allah makes my Du'a comes true.. Alhamdulillah.. Eventhough i'm not a good slave of Him.. Eventhough i always make many of mistakes and sins.. And last thing that i want is.. i wanna be a good muslim.. and i hope Allah will make my small family together walk to jannah.. insyaAllah.. ameen..


17 November 2013

Allah mengikat cinta hambaNya dengan ikatan ujian

Assalamualaikum.. jumpa kata-kata ni daripada wall suami kepada sahabatku yang baru sahaja diuji dengan kehilangan.. Dan both of them kulihat sangat kuat menghadapi ujian itu walaupun sudah masuk kali kedua berlaku dalam kehidupan mereka.. Mahu mencontohi mereka nanti.. ameen..

Aku tiba-tiba terasa terharu dengan kata-kata ini.. Aku melihat kata-kata ini dalam dua maksud.. pertama, dalam konteks perkahwinan yakni suami isteri.. Allah mengikat cinta antara suami dan isteri dengan ikatan ujian yang diberikan kepada pasangan itu.. tetapi dengan syarat, suami dan isteri menjadikan Allah sebaik-baik tempat bergantung dan tidak mengeluh dengan ujian yang datang.. Menjadikan ujian itu sebagai pengukuh ikatan dan membina jalan ke syurgaNya insyaAllah..

Dan yang keduanya pula dari konteks individu.. Allah mengikat cinta hambaNya kepada Allah dengan memberikan ujian supaya hamba itu kembali mengharapkan pergantungan kepadaNya semata-mata.. Hasbunallah wa nikmal wakil.. 

Aku benar-benar mengambil ibrah daripada ujian sahabatku ini.. aku harap sahabatku ini dan suami dapat bercinta hingga ke syurga.. bertuahnya mereka kerana dua bidadari mereka sedang menanti di syurga.. Benarlah kata  sahabatku itu.. Allah nak bagi suatu kegembiraan yang lebih besar dan diuji hambaNya terlebih dahulu untuk itu.. Terima kasih sahabat atas nasihat dan kata-katamu.. 

Untuk yang dah berumahtangga.. pasangan anda itu adalah teman yang boleh membuka jalan anda ke syurga.. jadi peliharalah rumahtangga anda sebaaiknya dan penuhi dengan ruh islami di dalam rumah tangga anda..


PEMILIK CINTAKU (HIJJAZ)


Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...


Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....

08 July 2013

Bukan Mudah Nak Kendali Bahtera Yeop..

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..  Dengan penuh rasa syukur saya menjemput saudara/saudari/sahabat handai/ guru-guru kami ke majlis kesyukuran bersempena pernikahan saya dan pasangan
  

Nurul Atika binti Rosli &; ..........


Ok... Ini bukanlah posting berkenaan dengan invitation wedding saya ye.. Sekadar gimik bagi post kali ini..

Saya menerima beberapa invitation wedding dari sahabat handai yang bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti... Mabruk alaikum saya ucapkan.. Kemungkinan besar tidak dapat menghadirkan diri.. ku kirimkan doa sahaj semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga,, insyaAllah amiiin...


Post kali ini mungkin ada kaitannya dengan perkahwinan dan blog saya ini sejak ianya ditubuhkan sememangnya tak pernah lari dengan isu perkahwinan kan teman-teman? Tak mengapa lah.. sekadar meraikan kehangatan situasi bagi sahabat yang bakal berumah tangga dan menyejukkan hati yang gundah gulana mereka-mereka kerana masih menanti bila tiba jodoh masing-masing.

Sekadar memberikan pendapat berkenaan dengan perkahwinan melalui perspektif diri saya berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat, keluarga sendiri dan juga pembacaan. Saya melihat perkahwinan ini sesuatu yang sangat memerlukan kekuatan mental untuk menanganinya. Bukanlah bermaksud dalam perkahwinan ini tidak memerlukan kekuatan dari sudut ekonomi, fizikal dan lain-lain. Tapi mungkin aspek mental itu lebih lagi diperlukan. Sebab apa? Saya melihat kebanyakan perkahwinan itu tidak berjaya kerana putus asa kerana pasangan tidak memahami, pasangan tidak bahagia kerana tidak tahan dengan sikap suami atau isteri disamping masalah yang melibatkan kewangan yang tak stabil dan lain-lain lagi.


Perkahwinan melibatkan komitmen dari dua belah pihak yang memerlukan kesefahaman. Dan kesefahaman itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibina. Perkahwinan itu sememangnya indah dan membahagiakan apabila dapat bersama dengan orang yang kita sayangi dan cintai. Namun kita perlu ingat, cinta sahaja tidak mampu membuatkan perkahwinan itu berjalan lancar. Kesefahaman itu memerlukan toleransi dan teknik komunikasi yang bijak untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kesefahaman dari aspek suami seoarang lelaki dan isteri sebagai seorang perempuan serta kesefahaman yang perlu dibentuk melalui dua individu yang berbeza. Bagi saya sendiri, untuk memahami kehendak diri diri sendiri serta membuat keputusan untuk sendiri juga adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi kita perlu membuat satu keputusan bersama yang melibatkan dua pandangan daripada individu yang berbeza. Maka disini perlunya kesabaran dan kekuatan mental untuk cuba memahami antara satu sama lain. Perbincangan tanpa rasa mementingkan diri itu perlu dan bagi wanita pula, kekuatan untuk mengawal emosi juga sangat perlu. Jika tidak, masing-masing memendam dalam perut sendiri. Sudahnya masing-masing rasa tak puas hati dan rasa sayang mula pudar dan berakhir dengan bergaduh kerana tidak sefahaman. Kalau berbincang pun, masing-masing tidak menjadi pendengar dan hanya ingin menang dengan pendapat sendiri.

Jangan macam ni ye...


Saya pernah bertanya dengan pengalaman sahabat-sahabat (kutip ilmu) berkenaan dengan hal ini. Bagaimana  mahu mendapat kekuatan mengharungi rumahtangga dengan pasangan dengan baik. Sahabat saya berkata, kuncinya adalah hubungan kita dengan Allah perlu kuat. Meletakkan pergantungan kepada Allah sepenuhnya. Fitrah wanita ini sememangnya Allah kurniakan dengan sikap sensitif dan punyai emosi yang boleh berubah-ubah. Jadi, untuk memandu emosi ini, wanita perlu memandu dengan akal yang bertunjangkan iman dan hidayah Allah. Hm2.. sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan perlu kepada mujahadah yang tinggi. Menjadi seorang isteri yang cool dan tenang dalam membina rumahtangga bersama suami sangat sukar bagi saya dan saya sangat respect kepada isteri-isteri yang mampu mendidik diri seperti itu. Saya teringat akan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah yang menjadi penenang Nabi Muhammad di saat baginda terkejut dengan wahyu pertama. Cool dan tenang. Itu Ummul Mukminin dan kita juga tahu tentang Saidatina Aisyah yang juga punya sifat cemburu dan juga isteri-isteri nabi Muhammad yang lain. Kerana itu adalah fitrah yang Allah kurniakan. Namun itu bukanlah kelemahan.


Jadi.. bagi saya sendiri, perkahwinan itu bukan mudah untuk diharungi tetapi tidaklah saya tidak mahu bergelar isteri. Cumanya saya bimbang tidak mampu memikul beban dan tanggungjawab membahagiakan suami dengan baik kerana masing-masing tahu akan kelemahan masing-masing. Kan?? Disebabkan itu lah saya banyak mengkaji mengenai kaedah komunikasi dan cara memahami individu lain sejak dari sekarang. Kerana saya ingin mendidik diri saya untuk menjadi isteri yang cool dan tenang walaupun saya tahu sukar. Memang sukar untuk kita menjadi pendengar yang baik dan memahami berbanding kita meluahkan apa yang kita rasa pada orang yang mendengar.


Bagi yang mungkin pernah terbit dalam hati perasaan cemburu melihat sahabat-sahabat bernikah, saya cadangkan antum semua tidak melihat perkahwinan itu hanya bahagia kerana bergelar isteri semata-mata. Kerana di dalam perkahwinan itu memerlukan perjalanan yang panjang yang mana rasa cinta itu boleh berubah-ubah jika kita tidak pandai memelihara dan letakkanlah Allah sebagai tempat sandaran cinta. Perkahwinan ibarat bahtera yang adakalanya bakal dilambung ombak dan bergantung kepada pasangan tersebut bagaimana mahu kemudi bahtera. Jika tidak, bahtera boleh retak dan berkecai. Wallahualam.


p/s: Yang buat bertambah bahagia dan mendalam rasa cinta dalam perkahwinan apabila pasangan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku antara dua pihak dengan baik dan saling mengaku kesilapan dan berusaha menjadi lebih baik bagi baitul muslim yang dibina. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. So, kemudi bahtera elok-elok ye.. hehe.. Peace ^_^V. 

Note: Pemilik blog tak kahwin lagi. Just sharing pendapat aje.. tq..





05 April 2013

Cukuplah Allah sebagai sandaran


Assalamualaikum..

Alhamdulillah today is Friday which is a great day for Us as a Muslim.. Actually I’m not in a good condition today because I have a flu. Sangat tidak selesa.. Tetapi itu semua adalah kafarah dari Allah semata-mata untuk mengampunkan dosa kita semua insyaAllah..

Alhamdulillah juga kerana my big family dah dikurniakan dengan orang baru yang merupakan third baby untuk family kami. Alhamdulillah.. Anak sedara yang ketiga untuk saya dan bakal masuk keempat dalam tahun ni coz my another sister get pregnant and almost for three month right now if I’m not mistake. Semoga dipermudahkan Allah urusan adik-adik beradik saya.

Najihah, Anas, baby


Today I’m gonna write about what I feel and what I try to do to change myself to become a better muslim insyaAllah.(banyak nye to.. hm2). First of all, dalam bulan April ni Alhamdulillah ika rasa lebih tenang dan dipermudahkan Allah serta diberikan kekuatan untuk berubah kea rah lebih baik dari sudut rohani dan emosi. Mungkin lebih kepada rohani yang mana itu adalah core kepada sistem kehidupan manusia yang mana merujuk kepada hati.


Actually my qalb is in not good condition before and feel that I’m a weak person yang selalu nak dimanjai, didengari dan sangat sensitif bila orang yang saya paling rapat tak mahu listen to me. Why? How? And I don’t know why it’s happen to me. Rasa macam lemah semacam dan semua benda nak cerita dekat someone ni dan mungkin sampai menyebabkan sahabat saya tu terganggu agaknya. Hm.. Saya tak salahkan sahabat saya tu tapi saya salahkan diri saya sendiri yang entah ape-ape ni. Annoying betul saya ni.. hai..

Welcome to this world.. Baby.. dunia ni penuh pancaroba.. moga jadi anak soleh..


Sahabat saya tu memang seorang yang sangat memahami diri saya dan dia yang mengajar saya erti berkongsi masalah dengan orang lain sekiranya saya rasa saya tak mampu nak tanggung sorang-sorang dan JANGAN MEMENDAM. Ye.. saya memang seorang yang sangat memendam apa yang saya hadapi.. the difficulties that I’v faced, my problems, what I fell and soo on.. Tapi kalau benda-benda yang gembira tu saya kongsi la sket-sket.. huhu.. Dan disebabkan sikap saya itu lah saya tubuhkan blog saya yang tak best ni.. Dan mungkin personaliti saya di blog ni berbeza dengan dunia sebenar saya. Hurm… Sebab dalam blog ni adalah suara hati saya yang mana sebenarnya saya adalah seorang yang sangat susah nak bercerita dengan mulut saya sendiri. Tapi itu mungkin dulu. Sebab sekarang saya mungkin dah jadi sedikit out spoken dengan mereka yang kenal saya. Huhu..

Tapi.. saya rasa apabila saya tak share ape yang saya hadapi dengan orang lain(tapi share di blog sahaja) buat saya rasa kuat. Sebab maybe bile saya tak bercerita dengan orang, saya takkan dapat feedback yang mana mungkin feedback tu tak tenangkan saya pun. Kadang-kadang perempuan ni hanya mahu didengari dan itu dah buat die tenang. Mungkin?? Hm2.. tapi bagi saya, bila saya tak cerita dekat orang, saya akan lebih kuat sebab saya cuma meletakkan pergantungan saya pada Allah dan berharap pada Dia. Saya tak peduli dah apa yang orang buat pada saya, kesusahan saya , apa orang fikir tentang saya bila mana saya hanya bercerita dengan Allah dan itu yang menguatkan saya. Kawan-kawan faham tak?? Huhu.. Buat-buat faham je lah ye..

Kita sebagai makhlukNya tak boleh nak harapkan makhluk sebab kadang-kadang kita akan kecewa dengan makhluk sedangkan makhluk tu sendiri manusia macam kite dan punyai pelbagai kelemahan macam diri kita jugak. Tak boleh nak salahkan teman-teman kita yang tak mampu nak tenangkan hati kita dan menjadi pendengar yang baik. Sahabat yang sayangkan kite tu dah buat sehabis baik untuk jadi teman di sisi kita. Selebihnya, kita kena letakkan pergantungan pada Allah. Cukup-cukup lah mengharapkan seseorang yang dapat kita jadikan sandaran untuk bercerita masalah kita sampai kita dah ganggu privasi dan tanggungjawab lain sahabat kita tu pulak. Bukan tak boleh bercerita tetapi cukup lah sekadarnya. Cukuplah Allah bagi kita dan jangan melampaui batas.

Bagi saya, keluarga dan sahabat adalah mereka yang patut kita memberi kegembiraan kepada mereka dan bukanlah memberi duka kepada mereka. Erti hidup adalah pada memberi dan Allah pula adalah tempat kita meminta sebab Dia adalah pemilik kita. Tetapi apabila dikatakan kita sebagai milikan Allah, maka kita bertanggungjawab untuk laksanakan amanah yang diberikan kepada kita. Teman saya mungkin pelik dengan cara saya berfikir kerana dia merasakan bahawa kita tak mampu nak hadapi masalah bersendirian dan berkongsi itu perlu. Lebih-lebih lagi dalam perkahwinan. 

Baitul Muslim itu perkongsian hidup tetapi Allah itu sandaran utama


Ye.. saya tahu.. tapi saya rasa saya tidak mahu membebankan bakal suami saya dengan pelbagai masalah dan kemelut yang dilandai oleh saya. Cukuplah saya berkongsi sekadarnya dan selebihnya meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Dan lagi.. saya sedang mempersiapkan diri saya untuk menjadi isteri yang kuat untuk jadi sayap kiri suami saya. Buka

n isteri yang mahu dimanjai sepanjang masa.  Memanjakan saya akan menyebabkan saya semakin jauh dariNya kerana saya terlalu seronok dimanjai.. huhu.. Kita sebagai manusia tahu kelemahan masing-masing dengan ujian dunia ini.. kan?? Isteri, anak-anak, suami , harta, pangkat.. semuanya ujian dan kita tak boleh nak letak semua tu di depan sebelum Allah.. kadang-kadang kita bercakap bahawa Allah itu yang utama, tapi kita tak pernah laksana pun. Bila kita ada masalah, kita nak orang dengar masalah kita dan nak orang yang tolong pujuk kite.. so?? Betul ke tindakan kita tu?? Saya cakap kat diri sendiri.. huhu..

cermin mata untuk lihat kelemahan diri sendiri juga..


Kesimpulannya, saya nasihatkan diri saya dan juga teman-teman supaya jangan rasa sedih dan cepat berputus asa.. Allah selalu ada dengan kita dan Dia mendengar walaupun kita tak Nampak Dia.. Cubalah  letakkan Allah itu tempat kita luahkan semua perasaan yang membelengu diri. InsyaAllah hati kita tenang seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita. Allah itu sahaja yang mampu menenangkan dan mencampakkan rasa bahagia dalam hati kita. Jangan kita berlebih-lebihan dalam meluahkan masalah terhadap teman-teman hingga kita bergantung pada makhluk. Ingat Allah selalu ye… ^^. InsyaAllah.. jadi.. sampai sini dulu ye celoteh saya.. Saya tahu susunan entry ni berterabur tapi saya harap dapat memanfaatkan diri saya dan juga buat sahabat-sahabat yang lain juga… bye… salam..


p/s: Salam Jumaat semua ye… ^^.. Maaf kalau grammar terabur.. hehe





29 March 2013

Jangan Putus Asa Dengan Allah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang…

Di suatu petang yang damai, teratak Baitul Muslim milik dua insan. Si isteri menangis tak henti-henti sehingga hampir meraung. Si suami mula mencari-cari kekuatan untuk memberi semangat kepada si isteri.

Suami : Sayang.. jangan menangis.. bersabar dengan dugaan Allah yang diberikan kepada kita..


Isteri : Abang.. Ita rasa sunyi.. Ita cemburu melihat pasangan yang punya anak-anak.. Ita rindu dengan kehadiran anak disisi kita. Ita rasa Allah tidak berlaku adil dengan kita. Ita rasa Ita tak nak hidup. Kenapa Allah menyiksa Ita macam ni… 

Si suami merenung dalam wajah si isteri. Nafas ditarik panjang dan kalimah Allah keluar dari bibirnya yang lesu. Kepalanya ligat berpusing memikirkan cara memujuk isteri yang mulai patah semangat kerana sejak berkahwin selama 7 tahun masih belum dikurniakan cahayamata. Sudah dibuat pemeriksaan dan kedua-dua pihak tidak bermasalah. Hanya kerana Allah mahu menguji hati dan iman hamba-hambaNya. Ternyata isterinya patah semangat. Isterinya bukan begitu dan dia percaya isterinya seorang muslimat yang kuat.

Suami : Sayang.. jangan berkata begitu.. bersabarlah Ita.. Allah berhak menguji hambaNya. Kerana kita adalah hambaNya dan kita hanya mampu bersabar dan bersangka baik dengan ujian yang diberikan. Ita jangan berkata begitu ye sayang..


Si isteri makin kuat menangis dan air mata mencurah-curah ke pipi. Si suami memegang erat tangan si isteri dan memandang wajah isteri penuh pengharapan agar isteri mula rasional dan sedar dengan pengucapannya.

Isteri : Abang.. kalau ujian ini tanda Allah sayang, kenapa Dia menyiksa Ita dengan perasaan ini. Ita tak mintak untuk diberikan fitrah dan perasaan keibuan ini. Ita jaga ibadah Ita.. Ita jaga hubungan Ita dengan Allah.. Ita laksanakan semua perintah Dia.. kenapa Dia tak mahu kabulkan permintaan Ita..



Suami : Ita.. Jangan Ita menyalahkan Pencipta kita sedemikian rupa. Dimana rasa ikhlas Ita melaksanakan perintahNya. Dimana rasa redha Ita dengan ketentuan Allah. Ita adalah seorang muslim yang baik yang abang kenal. Kenapa Ita berfikir begitu. Allah telah berikan pelbagai nikmat buat Ita tanpa Ita sedar. Dari Ita lahir sampai sekarang. Allah masih teguhkan kasih sayang abang dengan Ita sampai ke saat ini walaupun kita tidak dikurniakan Allah dengan cahayamata. Cuba Ita fikir.. Allah melahirkan Ita ke dunia ini dan Ita telah berjanji sejak sebelum dilahirkan akan ikut perintah Allah dan menjadi khalifahNya.. Ita tahu kan semua tu?? Ita jangan salahkan Allah… daripada Ita salahkan Allah, Ita salahkanlah abang yang tak mampu memberikan kegembiraan kepada Ita sebaiknya. Itu lebih baik Ita. Abang sayangkan Ita..

Si isteri mula menunduk dan tersedu-sedu. Mulai rasional sedikit demi sedikit. Si suami menyambung bicara.



Suami : Ita.. bila saatnya tiba dan kita dikurniakan cahaya mata, saat Itu Ita akan rasa malu dengan kata-kata Ita sebelum ini yangf menyalahkan Allah. Ita ingat tu.. Jangan berkata tidak baik begitu.. Abang sentiasa ada disisi Sayang. 

Isteri : Abang… Maafkan Ita.. Ita tak berniat lukakan hati abang.. Ita rasa penat dengan ujian ini.. hati Ita sakit.. Ita rasa lemah nak hadapinya.. Maafkan Ita..

Suami : Ita tak salah dengan abang.. Hurmm.. mungkin Ita jadi macam ni sebab ibadah kita kurang.. pergantungan kita kurang dengan Allah.. Ita.. lepas ni kita kuatkan hati dan iman kite ye.. Kuatkan pergantungan dengan Allah.. Ita janji dengan abang ye.. Jangan menyalahkan Allah lagi… Jangan buat hati abang susah lagi.. Kita tempuhi ujian Allah bersama-sama. InsyaAllah.. Boleh ye Sayang??

Isteri : Baik abang… Ita malu dengan Allah apa yang Ita cakap tadi…  Allah.. Iman Ita lemah abang…

Si suami memandang mata isterinya yang mula membengkak… Diseka air mata si isteri.. Hatinya masih risau dengan keadaan isterinya.. Si suami berazam akan menjaga iman dan akidah si isteri sebaik mungkin kerana sayang bukan kerana fizikal si isteri tetapi sayang si suami hingga akhirat isterinya jua. Dalam diam si suami juga berdoa agar dikuatkan imannya untuk membimbing si isteri agar menjadi isteri yang solehah..

Isteri : Abang… terima kasih atas kasih sayang abang..

Si suami hanya tersenyum dan mengangguk sambil menenangkan si isteri yang menahan sedu..

Si isteri mulai sedar Allah telah kurniakan seorang suami yang baik buat dirinya dan bersitighfar panjang. Isteri mulai berazam untuk kembali kepada Allah dan memelihara iman dan akidahnya. Di benaknya terlintas Ayat 7 surah Ibrahim. “Sekiranya kamu bersyukur, akan Aku tambahkan nikmat ke atasmu.. Sekiranya kamu kufur maka tunggulah azab yang akan ditimpakan ke atasmu”.. Si isteri menangis dan memohon ampun kepadaNya sambil mengharapkan Allah memberkati kehidupan suaminya.  Terima kasih ya Allah.


Moral of the story:
  • Ujian bukanlah untuk menyiksakan bahkan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih untuk mengingkatkan keimanannya.
  • Menjadi seorang suami bukanlah bertanggungjawab menjaga zahir isterinya dan juga keperluan batinnya, bahkan menjaga iman dan membimbing isterinya.
  • Bersyukur dengan apa yang Allah kurnikan kepada kita walaupun sedikit nikmat yang diberikan.
  • Sayangi pasangan untuk dunia dan akhiratnya juga…


27 March 2013

PERKAHWINAN -GEDUNG PAHALA


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi Allah semua…

Musim cuti sekolah telah pun bermula dan dalam masa yang sama, banyaklah undangan perkahwinan yang diterima dan termasuklah undangan perkahwinan sahabat-sahabat saya. Kadangkala hati ini rindu juga untuk bernikah. Tetapi harus dikuatkan kesabaran itu kerana perlu merancang kewangan dengan lebih baik. InsyaAllah dalam perjalanan menuju alam perkahwinan. Doakan ya teman-teman..

Teman-temanku.. apabila bercerita tentang perkahwinan, apakah yang ada dibenakmu?? Kesoronokan bersuami isteri? Seronok bercinta? Seronok dan beronok-ronok lagi?? Yee… semua tu memang la betul. Perkahwinan itu menyeronokkan bahkan jika terjaganya sebuah perkahwinan itu, ianya merupakan syurga dunia yang disegerakan oleh Allah.. Memang la best kan??

Di dalam perkahwinan juga merupakan satu gedung pahala buat manusia. Saya terdengar tentang perkara ini sewaktu pulang bersama abah dari kerja di IKIM.FM “Pilihan Utama Anda”. Tajuknya berkaitan dengan isu penceraian yang meningkat di Malaysia dan juga tentang isu memudahkan perkahwinan. Saya suke dengar tentang isu memudahkan perkahwinan tu je… hehe.. Alhamdulillah abah sememangnya sebulu dengan saya. Tak suka membazir dan simple is better.

Berbalik kepada perkahwinan itu adalah gedung pahala, saya tertarik dengan kata-kata ustazah di dalam program di IKIM.FM tersebut tentang hal ini. Bagaimana perkahwinan itu boleh menjadi gedung pahala?? Kata ustazah tersebut (saya tak ingat nama die… hehe) perkahwinan itu gedung pahala kerana sekiranya seorang isteri atau suami melaksanakan tanggungjawabnya ikhlas kerana Allah, maka akan diberikan pahala. Seorang isteri masak untuk suaminya, pahala baginya. Anak-anak berakhlak baik, pahala bagi ibu bapanya.  Seorang suami pandang isteri dengan gembira pun pahala bagi mereka. Isteri bangun tidur nak buat sarapan pun pahala. Hai.. semuanya pahala lah.. Best kan???!!


Disebabkan perkahwinan itu gedung pahala, maka syaitan akan cube untuk memusnahkan perkahwinan bahkan merosakkan manusia sebelum perkahwinan itu lagi. Di dalam perkahwinan syaitan meracun si isteri untuk berprasangka kepada suami, mendesak suami, marah suami sehingga kesabaran suami tercabar dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik!! Dan ada juga isteri yang curang di tempat kerja walaupun si suami sangat tekun dan amanah melaksanakan tanggungjawabnya. Ish2.. Saya takut juga nak hadapi perkahwinan mendengarkan perkara sebegini. Moga saya mampu membina keluarga yang baik insyaAllah.

Secara kesimpulannya, buat yang sudah selamat berkahwin saya doakan kebahagian anda dan pelihara rumahtangga anda sebaik mungkin agar ianya juga menjadi gedung pahala buat kalian.=). Saya cemburu ni tau sebab anda semua sudah memiliki gedung pahala sendiri. Hehe.. Alam rumahtangga penuh berliku dan gelombang. Moga kalian dapat kemudi bahtera dengan sebaiknya dan jadikanlah Allah sebagai kompasnya. InsyaAllah… =).. bye… wassalam..



p/s : semangat berkobar-kobar nak bergelar isteri dan nak miliki gedung pahala sendiri.. =)..  Oit2.. cubit kang.. settle dulu amal ibadah sendiri kalau nak kawen pown.. (adeih!! -_-!!)


13 October 2012

DOA PENGASIH


Assalamualaikum…

Bertemu lagi di ruang NIS dengan post yang agak berbentuk kedewasaan sedikit. Ehem2.. walauapun saya tahu kebanyakan pembaca blog saya di kalangan pelajar yang sepatutnya focus kepada pelajaran, tetapi disini saya juga ingin menyentuh mengenai preparation Baitul Muslim buat yang on the right time and the way untuk kearah gerbang perkahwinan. Buat adik-adik yang masih bertungkus lumus dengan pelajaran boleh jadikan artikel ni untuk family-family dulu ye. Jangan fikir manyak2 pasal Baitul Muslim. Nanti pelajaran entah kemana pulak. Huhu…

Lama jugak la tak buat artikel pasal Baitul Muslim ni dan kali ni kongsikan sedikit pandangan dan cadangan saya bagi mereka yang inginkan pasangan yang soleh dan solehah dan berakhlak terpuji. Sebagai  seorang manusia yang mempunyai pelbagai kehendak dan keinginan yang kadangkala melampaui keperluan kita mesti ada cirri-ciri tertentu bakal pasangan kita. Kan? Dan adakalanya sampai ada yang fobia dan sangat-sangat terperinci dalam memilih bakal pasangan sampai semua orang ditolaknya. Adakalanya juga kita dah istikharah dan kita rasa dah betul dah pilihan kita tapi ade sesetengah sikap dia tu kita tak berapa berkenan dan kita nak die ade cirri-ciri yang kite nak.. Ye lah kan nanti dia tu bakal jadi ayah atau ummi pada anak-anak kita jugak kan? Hm2..

So nye.. memang kita tak boleh nak ubah seseorang mengikut kehendak kita dan pakar psikologi jugak ada menyatakan bahawa kita jangan cuba ubah seseorang ikut kehendak kita dan suruh dia berubah sebab nanti orang tu rasa kita nak kongkong dia. Dari sudut perspektif islam plak mungkin orang tu akan berubah sebab kita, bukan kerana Allah. Jadinya perubahan itu bersebabkan makhluk.

Jadi dekat sini saya nak bawak sahabat-sahabat semua merenungi kekuatan doa dalam mendidik seseorang menjadi hambaNya yang baik dan taat. Mungkin takdir Allah jika dijodohkan dengan seseorang yang kita tak berkenan dengan sikapnya  atau mungkin juga dalam perspektif family kita sendiri ada adik-adik beradik kita yang tak solat atau tak jaga aurat. Jadi nak ubah seseorang dengan menyuruh dia berubah memang satu strategi yang sukar untuk berjaya. Jadi apakah yang paling berkuasa untuk mengubah akhlak dan peribadi seseorang?? DOA.. ye.. doa adalah senjata dan kekuatan umat islam.

NI pun nakal jugak kadang-kadang.. huu.. hamba yang banyak khilaf dengan Allah..



Dengan mendoakan agar Allah memelihara bakal pasangan atau mungkin kita tak ketemu jodoh lagi, kita mintak Allah tolong pelihara akhlak si dia, pelihara iman si dia dan ketemukan dia dengan sahabat-sahabat yang soleh. InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas dan usaha untuk doa bersungguh-sungguh maka Allah akan kurniakan pasangan yang baik untuk kita yang buat kita rasa tenang dan senang denganya. Tak susah.. ^^V…

Untuk family kita sendiri pun, kalau ada yang nakal sket tu, banyak2 berdoa untuk Allah perelokkan akhlaknya dan jangan lupa untuk doakan untuk diri sendiri. Bagi saya tu lah doa pengasih yang mujarab. Doa pengasih supaya kasihkan  Allah.

Saya rasa dalam perspektif baitul muslim pun kene praktikkan doa macam ni. Supaya kita senang nak deal dengan zauj atau zaujah nanti. Kan? Supaya Allah mudahkan kita untuk memahami pasangan bila dah berkahwin sebab bukan senang nak bina persefahaman. Ustaz saya sendiri pun katanya nak faham isterinya amek masa 7 tahun. Hm2..

Akhirnya, saya cuma nak tekankan kat sini tentang keberkesanan doa tu yang paling utama. Dan untuk semua sahabat-sahabat yang bakal mendudukan final exam minggu depan jangan lupa jugak untuk berdoa supaya dipermudahkan Allah. Study-study juga tapi jaga solat juga. Jaga ibadah jugak. Jangan study sampai lewat pagi tapi subuh kegajahan. Huhu.. pesan buat diri sendiri dan juga ahli bilik ni jugak. Kan2?? Kalu study bagai nak rak tapi tak jaga hubungan dengan Allah macam mana nak dapat keberkatan kan?? Berjaya tu mungkin berjaya sebab Allah dah janji dah sesiapa yang berusaha akan berjaya. Tapi disisi Allah?? Hm2.. kita pun tak tahu.. ape-ape saya ucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir ni yek. Saya ni pun tengah bertungkus lumus (yeke?) jugak untuk siapakn thesis ni dan juga study yang mana belum disentuh lagi untuk exam nanti.. hehehe…

Najihah say : doakan saya jadi anak yang solehah.. ^^..


Ok ye.. sampai sini dulu.. assalamualaikum..

p/s : doakan saya dapat menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata dan ummi yang baik untuk anak-anak.. hihi.. (cewah)