expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 July 2014

Kes kakak Kiki

Assalamualaikum...

Sejak semalam aku pelik semua orang berbicara tentang kes wanita yang mengamuk depan utc Kuantan... Aku tak tahu apa-apa sebab malas nak buka video viral macam tu... Tapi pagi tadi, aku saja nak tengok...ape ceritenye...

Dan...aku agak terkejut tindakan akak tu.. Di bulan Ramadhan penuh barakah ini.. Hm2... Tahap kesabaran akak tu diuji.. Aku kesian juga pada uncle tu..siap diambil kuncinya..diketuk keretanya...uncle tu say sorry banyak kali dan dia tak sengaja... Rasa marah juga sebab tindakan yang tidak beradab.. Wonder kalau uncle tu ayah kite.. aku share dengan mama video tu... Mama tengok.. Mama cakap harta dunia je tu.. Sambil terkenang kejadian beruk jiran aku terlepas dan masuk rumah aku... Pinggan arcopal(betul ke eja ni) mama pecah... Tapi dah tak de rezeki.. Malas nak tuntut ganti rugi..

Berbalik kepada kes kakak kiki tu.. Memang kita marah dengan tindakan akak tu.. Macam takde adab..takde sivik... Tapi aku terbaca juga akak tu dah minta maaf atas silap die.. Tapi biase la kan...terlajak kereta boleh undur...terlajak kata memang tak boleh u-turn dah la kan... Tatap berbekas di hati..

Apa-apa pun kita yang melihat dan menilai pun tetap di uji dengan kes ni... Sama ada nak berikan kata nasihat atau pun kejian... Anda tentukan...

Lastly...pesanku yang lemah ini... Terjaga iman..terjagalah hati...maka terbentuklah peribadi yang mulia di sisi ilahai...wallahualam...:)

1 Bulan : Detik-detik akhir ditarbiyah Allah sebelum menggalas tanggungjawab

Assalamualaikum...

Berbaki satu bulan lagi.. Satu bulan yang bakal berpenghujung... Aku nilai satu demi satu perjalanan hidupku... Allah...banyaknya tarbiyah Allah buat aku yang serba kekurangan...adakala aku hilang sabar.. Adakala aku memberontak hingga hampir hilang pedoman... Tapi Allah ajar aku erti sabar..

Aku yang dulu seorang yang sukar untuk memahami kesempitan orang lain... Allah didik aku menjadi orang yang mampu berkongsi kesusahan dengan orang lain... Aku yang dulu sering culas dengan tanggungjawab sebagai anak.. Allah jadikan aku untuk belajar menjadi anak yang taat... Redha dan sentiasa menghormati ibu bapa...

Tarbiyah Allah semuanya... Dan sabar itu cukup indah...Allah ganti kesemuanya dengan perasaan yang tenang dan damai di dalam hati... Terlupa sudah saat hati yang sakit..kecewa dan mata yang sering menangis...

Dan..berbaki sebulan lagi.. Aku mahu membina kehidupan yang lebih baik.. Mencari redha Allah.. Mengharapkan pengakhiran yang baik... InsyaAllah..

Moga bergelar suami isteri soleh dan solehah...ameen...insyaAllah...

11 July 2014

A Wish

It's raining outside.. suddenly thinking of myself.. my life.. my akhirat..

Allah always the best planner for me.. Alhamdulillah... After i've faced many things.. sweet.. pain.. happinest.. sad.. felt down.. Allah makes my Du'a comes true.. Alhamdulillah.. Eventhough i'm not a good slave of Him.. Eventhough i always make many of mistakes and sins.. And last thing that i want is.. i wanna be a good muslim.. and i hope Allah will make my small family together walk to jannah.. insyaAllah.. ameen..


Mereka kata alam kampus itu seronok..aku kata??

Asssalamualaikum..

Mereka kata alam kampus itu seronok.. ya.. memang seronok.. tapi mungkin juga tidak seronok andai kau tempoh kau belajar tak seperti kebanyakan orang.. manusia cepat bosan dengan sesuatu perkara yang sama.. aku setuju dengan hal itu.. tapi.. bukan aku kata belajar itu membosankan..sebab hidup kita sebagai manusia sentiasa perlukan pembelajaran.. kalau tak macam mana kau nak tempuhi kehidupan.. Cumanya.. life campus aku maksudkan.. aku cakap terus terang.. aku dah tak boleh nak fikir tentang program pelajar.. aku dah tak mampu nak bergelumang dengan sistem doktrin peperiksaan.. mungkin kerana sudah hampir 6 tahun aku bergelumang dengan semua itu.. otak aku jadi mati.. apa yang ada di sekeliling aku, aku lihat semuanya teori..retorik.. dan teori.. sebab tu aku banyak diam dan memerhati..

Ada juga yang tidak tahu nak jadi apa.. tak tahu nak sumbangkan apa kepada ummah dengan pengajian yang di ambil.. aku jadi bingung.. habis kau belajar untuk apa?? Sekadar segulung degree?? Atau sekadar memenuhi tuntutan atau adat masyarakat bahawa kau perlu belajar hingga ke universiti?? Begitu?? Kumpul sijil banyak-banyak.. kerja kerajaan.. dapat gaji.. begitu?? Matlamat itu perlu jelas.. apa mahu kau capai.. cita-cita perlu besar.. apa yang kau mahu dengan pengajian yang kau ambil ini.. Jika tidak.. rugilah.. ilmu ada, tetapi tidak tahu amalkan dimana dan bagaimana.. Sekadar mengumpul ilmu.. aku kata pada aku juga.. aku yang menuntut ilmu.. tapi tidak beramal..

Dulu.. aku belajar Bahasa Inggeris.. dua tahun lamanya.. tapi rezekiku bukan menjadi guru bahasa Inggeris.. mungkin kerana tekadku yang kuat mahu ambil bidang perundangan islam sangat kuat.. aku dulu pernah bercita-cita setelah selesai B.Ed TESL, aku mahu ambil bidang Syariah.. aku tak peduli.. Tapi rupanya Allah bagi jalan shortcut.. tak perlu sampai tamat B.Ed TESL, dua tahun pengajian, aku di ubah jalan hidup kepada apa yang aku ingini.. walaupun perubahan itu membuatkan kesedihan pada ibu bapaku.. dan aku juga menangis.. tapi bukan kecewa tidak dapat teruskan pengajian.. tapi sedih melihat raut wajah ibu bapaku.. Itu sahaja..

Kembali kepada alam kampus.. adakala aku rasa xubah hidup seperti alam persekolahan.. Bila nak exam, kau hafal segala macam term.. kemudian nota berterbangan.. sanggup korban tidur, korban makan.. Aku tak salahkan.. setiap orang punya cara tersendiri.. tapi mungkin itulah bezanya ipt kita dan ipt di luar negara.. agaknya.. ipt di luar negara, keluarannya sudah mampu memberi idea.. tidak hanya termaktub kepada apa yang ada di dalam buku dan kertas semata-mata.. maksud aku mereka sudah mampu memberi.. tetapi keluaran ipt kita?? adakah sudah mampu memberi? Atau sekadar menerima dan memuntahkan kembali dalam dewan peperiksaan?? Aku sandarkan hal ini kepada aku sendiri kerana aku juga salah seorang yang telah melakukan hal yang sama.. hanya memberi pandangan kerana kesedaranku sendiri..

Itulah pandangan aku tentang alam kampus ni.. Aku tak minta semua orang bersetuju dengan aku.. ini sekadar pandangan aku.. cuma satu aku ingin kongsikan.. tiap apa pilihan yang kita buat, biarlah mampu menjadi manfaat buat diri dan kepada orang lain.. jangan biarkan keadaan sekeliling mengubah diri kita..tapi jika perubahan itu ke arah kebaikan, sangat di alu-alu kan..