expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

15 May 2010

(-_-)".. Hai..

Erm..setelah melilau ke sane sini...

Ana tak jadi tukar layout sebab layout ni macam kena je dengan widget dan nampak matching je...

So, tak jadik tukar.. Huhu



***********************************************************

BEEEEEERRRTUKAAAAARR!!

Assalamualaikum...


Saya mahu tukar template blog ini....

Sudah jemu memandang layout ini... (ni lah manusia...cepat sangat jemu)...

Sedang memilih-milih layout yang menenangkan jiwa dan agak machooo...huhu

Mari mencari...hemo hemo hemo..

14 May 2010

Blues di waktu Malam~~



Assalamualaikum…

Sekarang jam 10.58 malam waktu Malaysia… semua orang dah tidur kecuali diri ini yang masih melayan lappy yang selalu bersama sejak 2 tahun yang lalu.. Kepala sedikit pening dan berat tapi matanya tidak mahu tidur lagi… Ingin berdating sebentar dengan encik blog yang telah lama ditinggalkan.. maaf ya encik blog… saya tahu kamu rindu untuk ditatap dan diupdate. Tapi apakan daya diri saya ini telah dijangkiti sejenis virus M yang semakin hari semakin menular… Alhamdulillah pada malam ini setelah pening kepala dan sedikit ketenangan saya usahakan juga untuk menatap kamu wahai encik blog…


Sambil mendengar alunan nasyid dari suara-suara pemuda AlarmMe, saya bersendirian mengetuk keyboard yang berwajah baru ini… sebabnye saya dah letak sticker untuk tulisan jawi… Nama pun dah bertukar kepada course Pengajian Islam, so kena la guna jawi font bile nak buat coursework… Sebelum ni tak guna pun tulisan jawi… Hm2… malam ini saya mahu post entry tentang apa ya…? Rasanya I don’t want to specific kan my title hari ini… Just nak membebel sahaja sampailah diri ini mengantuk… Boleh ke? Oh..tidaaaak! mata ini pulak sudah berdenyut-denyut… haih encik maigrin sudah datang lah ni.. baru je kena sket je air hujan petang tadi..huhu… itulah kelemahan diri ana ni.. haih..kejap saya, kejap I, kejap ana.. mane satu la ni… tak kesah lah kan…hm2… Encik migraine jika mahu datang jangan buat mata ini mengeluarkan sejenis air yang rasanya sedikit hangat aka air mata pula… nanti bertambah sakit kepala ini.. actually cahaya dari screen laptop ni pun buat my ainun ni sakit dan rasa berpinar-pinar… tapi ape nak dikate lagi.. cik nurul ni degil sket.. ha…tanggung la sendiri… (pinjam ayat ir encik yamada)…


Nak taip ape lagi ye… Hmm… Encik Blog mahu saya tulis ape di muka kamu ini ya? Hehe.. ade plak tanye Encik Blog.. mane la die tahu… aish… Hm2.. lagu KU MERAYU dari AlarmMe ni menyentuh kalbu lah…Huhu.. terase plak nak start kuliyyah dengan kawan-kawan. Aik? Ape kaitannya? Sebabnye kawan-kawan ana ni la yang selalu duk nasihat-nasihat ana ni. Saling nasihat menasihati.. .Besh2… Lepas tu kami selalu pegi masjid together-together… dengar tazkirah dari ayahanda ustaz Nazri… Hai..semua mengaku jadi anak die..hehe… tapi best… Bila lepas isya’ tu kami balik jalan kaki sama-sama dari masjid di tengah malam.. Masjid KIPSAS sangat cantik dengan lampu yang berkilau di tengah malam… Rugi betul sape yang tak nak pegi masjid… duduk kat bilik waktu maghrib isya’ bukan buat ape-ape pun… kalau tak berborak, bukak fb lepas tu ade la yang study… Waktu camtu cari ketenangan kat masjid best wat… ^^v… (serius dah rindu dengan kuliyyah ustaz dan ustazah dah)


Waktu yang paling tenang bagi ana ialah waktu malam.. tak tahu lah kenape… dulu kalau naik kereta waktu malam, atau jalan jauh bile waktu malam, ana suke duduk tepi tingkap.. lepas tu bukak tingkap dan pandang langit… sambil tu fikiran melayang entah kemane. Tapi fikir yang bukan-bukan.. cume ana rase tenang dan melayang-layang… ana suke bernasyid sorang-sorang dan berzikir sorang-sorang.. ana tak tahu lah orang dengar ke tak.. tapi itu lah yang ana suke buat sejak kecil.. kadang-kadang tu suke tengok pemandangan waktu malam sambil berangan..erk.. hehe… tanpa angan-angan kita tak boleh capai sesuatu matlamat tapi kena ada usaha… kan3?... kadang-kadang kalau tengah ade masalah dan nak mencari penyelesaian, ana suke jugak berjalan sambil tengok pemandangan… jadi otak tenang sket nak fikir… Hm2.. tapi jangan lupe jugak bahawa dengan mengingati Allah juga hati menjadi tenang…


Ana suke berjalan waktu malam tapi naik kereta la dengan parents… Suke tengok pemandangan dan nikmati kedinginan angin malam… hm2.. pernah jugak la berangan-angan kalau dah berkahwin nanti nak ronda-ronda dengan zauj waktu malam sambil tengok keindahan alam.. sambil berkongsi cerita dan muhasabah diri..(amboi-amboi..heheh)… Tapi ana ni tak boleh sangat jalan malam sebenarnye sebab angin malam tu buat ana nanti senang masuk angin dalam badan… nanti mulalah sakit…huhu.. Tapi ana tetap suke jugak.. hihi.. DEGIL!!


Hm2.. rase-rasenye sampai sini dulu kot ana nak membebel dan berceloteh… Maaflah Encik Blog dan pengunjung blog ini jika ape yang ana sampaikan kali ini kurang bermanfaat sedikit… huhu… Kepala sedang pening dan hanya mahu membebel je kali ini…. Tak tahu nak borak dengan siapa jadi Encik Blog jadi mangsa..heeee.. ok lah… sakit kepala dah macam chips more.. kejap sakit kejap tak.. adeih.. Kafarh dosa lah ni… Hm2.. ana mahu pergi jalan-jalan kat site lain plak ni… Piala Thomas negara mane menang eik? Huhu.. tadi dah tengok rase nak gugur je jantung ni… Mendebarkan jugak Dato Lee Chong Wee lawan Lin Dan.. betul ke eja tu? Huhu.. tak pe la kan.. Maaf lah kalau salah eja… ok… Encik Migrain dah bunyikan wisel… sakit kepala datang lagi… huhu.. ok.. sampai sini dulu ye… jaga diri semua.. selamat malam… salam…


p/s : countdown hari guru jom…=)

09 May 2010

Ratu Hatiku by AlarmMe~~

My mama with kak ida during convocation's day (bile ika plak nak konvo..huhu)


RATU HATIKU

musim berganti menggamit memori

membuai seuntai kenangan

ranjau berduri telah kau tempuhi

tabah hidup sendirian


sering terimbas sewaktu bersama

senda gurau manis bicara

usahlah ditangisi insan yang telah pergi

kaulah pengganti suami


engkau ratu di sanubari

menjalar di setiap urat nadi

nasib begini tak kau kesalkan

Tuhanlah sandaran harapan

pasrah ketentuan


andainya taufan kecewa kau biarkan

warna pelangi tak muncul lagi

berkat kesabaran serta pengorbanan

kini hidupmu berseri


deraian air mata bertemu di pipinya

melihat anak-anaknya berjaya

Tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba

pasti tak akan selama-lamanya

kaulah ratu hatiku


Ana ni pemalu sket nak wish-wish kat orang yang ana sayang kalau orangnye depan mata.. huhu..Ape daa.. tak wish pun kat mama.. heheh.. sebab tiap-tiap hari hari mama.. Walaupun diri ini banyak jugak menyusahkan mamaku..T_T tapi deep inside in my heart you are my pearl.. my adviser.. ^^v.. Bile dah jauh di mata baru lah nak hargai orang yang kite sayang. bile depan mata tak pandai pulak nak tunjuk rasa sayang..Adeih.. I'm trying to be a good daughter ever mama...huhuh.. nak nangis plak rase.. tidak.... nanti tak macho..ahaks.. (ika yang paling nakal dalam family dan cool tapi sensitif habis..haih)



p/s : lagu ni mengingatkan ana memori waktu di CFFIIUM.. Minggu Ta'aruf weeks sebab ade brothers and sisters buat persembahan malam akhir tu.. Cerita Khazinatul Asrar.. Lagu ni memang best sangat la... asyik duk ulang dengar lagu ni je... heheh. SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA!!! ^^