expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 January 2011

Tarbiyyah Baitul Dakwah

Assalamualaikum


Tarbiyyah Baitul Dakwah

Bukannya mudah untuk menempuhi satu pembinaan Baitul Dakwah yang tidak sama dengan perkahwinan yang sering kita lihat di kalangan masyarakat masa kini. Perkahwinan yang biasa-biasa hanya bertumpu kepada kehidupan kedua-dua pasangan semata-mata. Bulan madu ke luar negara, bermesra-mesra di tepi pantai, merancang anak, merancang ekonomi keluarga, isteri merajuk kerana suami pulang lewat dari kerja dan fenomena ini berlaku sehingga si suami pening memikrkan sikap si isteri yang cemburu tidak menentu. Suami sayangkan isteri sehingga berlaku dayus di kalangan suami.



Tetapi berbeza dengan Baitul Dakwah kerana semua aspek dijaga hanya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Mencontohi perkahwinan Nabi Muhammad dan para ummul mukminin menjadi kewajiban bagi setiap pasangan Baitul Dakwah. Kadangkala tatkala si isteri sedang sarat mengandung, si suami terpaksa korbankan masanya menjaga isteri untuk melakukan gerak kerja dakwah yang lebih penting dan pada ketika itu sikap tawakal dan pergantungan kepada Allah sangat penting. Bukan lari daripada tanggungjawab tetapi hakikatnya itulah pejuang Allah. Apabila seruan untuk gerak kerja islam itu tiba, maka disahut sebaik mungkin. Si isteri yang juga ditarbiyyah dengan amal islami dan memahami gerak kerja suami juga merelakan si suami berjuang dengan redha. Mendoakan si suami terus thabat dan istiqamah dengan jalanNya. Tidak mahu menjadi penyebab kepada lunturnya atau futurnya seorang suami dari jalan dakwah.


Memetik daripada kisah Hanzalah yang pada malam pertama pernikahannya dipanggil untuk berperang di jalan Allah. Lalu disahut seruan itu walaupun disisinya menanti seorang isteri yang cantik menawan. Si isteri yang terdidik dengan aqidah dan keimanan yang mantap dengan yakinnya membenarkan si suaminya keluar berjuang demi Allah. Lalu syahidlah Hanzalah di medan perang dan rohnya disambut oleh para bidadari syurga dan pengorbanan perasaan isterinya mendapat ganjaran di sisi Allah swt. Disinilah Allah menilai bagaimanakah cinta kita pada waktu itu. Adakah kita mencintai pasangan kita lebih daripada Allah atau cinta Allah itu mengatasi segala-galanya.



Kehidupan di dalam Baitul Dakwah, dunia bukan menjadi matlamat utama tetapi dunia ini menjadi batu loncatan untuk bahagia di akhirat kelak. Kita sedia maklum bahawa sunnah dalam perjuangan itu payah sekali. Jalannya berliku-liku dan penuh dengan pengorbanan. Dalam konteks baitul dakwah, fitrah perasaan seorang perempuan sedikit sebanyak perlu dikorbankan pada waktu-waktu tertentu. Menjadi seorang zaujah yang matang, kuat dan tabah itu perlu. Sepertimana Siti Hajar yang tabah dan kuat menguruskan anaknya yang kelaparan yakni Nabi Ismail tanpa seorang suami disisi yakni Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim akur dengan perintah Allah meninggalkan isteri dan anak tersayang ditengah padang pasir yang gersang. Lalu berlari-lari anak Siti Hajar dari Safa ke Marwah mencari air untuk diminum supaya seoarang anak yang dimuliakan Allah dapat diberi susu badannya. Begitu juga dengan situasi pada zaman ini yang menuntut seorang isteri pejuang untuk tetap sabar sepertimana Siti Hajar. Tatkala si suami sibuk menguruskan usrah para kader dakwahnya seorang ister sabar apabila ditinggalkan untuk sementara waktu. Kadangkala si isteri yang juga bergiat aktif di dalam medan dakwah perlu bersabar dengan cabaran yang dihadapinya keseorangan tanpa si suami disisi. Namun kata-kata semangat dari seorang suami tetap diingati walaupun orangnya tidak ada disisi. Tawakal dan pergantungan kepada Allah yang tidak putus-putus menyebabkan perjalanan kehidupan Baitul Dakwah ini ada barakahnya. Bukankah indah jika hidup sentiasa dihiasi dengan ingatan terhadap Allah swt?? Subhanallah..



Iulah realiti kehidupan baitul dakwah yang sebenar. Apa yang disampaikan bukan mahu diambil sebagai teori semata-mata tetapi sebagai praktikal buat diri ini dan juga sahabiah di luar sana yang bercita-cita membentuk baitul dakwah. Usahakan diri untuk membentuk jiwa mujahidah sebelum melangkah ke dunia Baitul Dakwah. Pupuk cinta kepada Allah melebihi cinta manusia yang ada di sekeliling kita. Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan yang utama. Di saat mereka yang baru bernikah menikmati bulan madu di resort mewah, tetapi kita be "honeymoon" dengan usrah dan dakwah dan itulah bukti cinta yang bermatlamatkan Allah. Buktikan cinta itu kepada Allah bukan buktikan cinta itu kepada manusia kerana Allah yang mencampakkan hati-hati itu dengan cinta. Semoga setiap daripada kita membentuk Baitul Dakwah demi kelangsungan rantaian perjuangan islam yang bermatlamatkan Allah. Wallahualam.


Cintailah Allah melebihi Cinta manusia..





Nasihatlah dan peringatkanlah aku

Assalamualaikum...

Hati itu seketul daging yang sukar sekali untuk dijaga kerana jika hati rosak, maka sukarlah untuk mendapatkan solat yang khusyu'.

Sukar sekali untuk fokus mengingatiNya dan akan wujudnya satu penghadang di dalam hati Align Centeruntuk dekat padaNya.

Apabila hati itu penuh maksiat, maka ia akan menjadi bebal, menjadi keras dan semakin lama semakin hitam dan gelap sehingga sukar sekali untuk melihat cahaya yang menembusinya

Bila hati penuh maksiat dan gelap, maka jiwa akan bersahabat dengan nafsu, jiwa menjadi degil sekali untuk melakukan kebaikan tetapi cintakan kemaksiatan..

Hati itu perlukan makanan untuk jiwa-jiwa yang kelesuan

Apa makanan itu???

Tazkirah,Nasihat, Zikir , Puasa dan amal ibadah yang lain

maka... nasihatkanlah dan peringatkanlah aku


Hadis dari Riwayat Imam Nawawi


"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
...









27 January 2011

Penantian yang Berakhir..(Cerpen)


Penantian Yang Berakhir..


“Kak Nur.. pengantin lelaki dah sampai…” Aku tersentak dari lamunan yang panjang mengenangkan kenangan pahit manis yang ku telan sebelum bakal terpatrinya ikatan dua hati setelah hampir 8 tahun berpisah tanpa bertemu jasad. Tidak pernah sepanjang hidupku bertembung empat mata dengannya yang bakal bergelar suamiku dalam beberapa minit lagi. Jantungku berdegup kencang, tanganku kesejukkan. Menanti detik terpenting dalam hidupku. Ya Allah.. permudahkan semuanya. Aku menatap wajahku di cermin. Lengkap berbusana pengantin muslimah. Berjubah krim dan bertudung labuh kain satin. Allah.. tidak ku sangka akan kutempuhi saat itu setelah Engkau uji aku dengan pelbagai ujian. Terlupa aku kepada kesakitan dan tangisan yang pernah ku adu kepadaNya dahulu. Alhamdulillah.. Ku betulkan tudungku dan kulihat jari jemariku yang kemerahan dihias inai. Aku tersenyum. Tiba-tiba datang si kecil ke arahku sambil tersenyum. Anak saudaraku yang berusia setahun lebih memandangku. “Mak Ucu antek..” aku tersenyum mendengar pertuturannya yang pelat itu. “ Ain pun cantik juge…” Lalu aku menghadiahkan satu ciuman di pipi manisnya yang bulat itu. Bahagia..


“Nur… dah siap dah? Ustaz dah sedia tu. Rombongan pihak lelaki pun dah sampai” Aku tersenyum kepada ummi dan mengangguk. Terasa sebak juga mahu berpisah dengan ummi yang kusayangi. Aku mencapai tafsir biruku, temanku yang setia disisi. Aku membaca dan mentadabbur surah Ar- Rum ayat ke 21 dengan tenang. Allahuakbar.. Terima kasih ya Allah. Lalu kedua kakakku yang sudah pun berumah tangga menyingkap langsir kamarku yang tersergam indah. Aku sendiri yang menghiasnya kerana aku mahu menyambut bakal imamku sebaik mungkin. Aku menyoroti kak ina dan kak ita ke ruang tamu, tempat dimana dua hati bakal disatukan. Ayah memanggilku keluar untuk berada di tempat akad nikah dijalankan. Aku tertunduk malu melihat sekujur tubuh di hadapanku yang duduk berhadapan dengan ustaz dan ayahku. Lengkap berbaju melayu berkopiah putih. Semerbak bau minyak wangi darinya. Ya Allah betulkan niatku.. Ameen.. Lalu bermulalah sejarahnya. Hatiku semakin berdegup kencang, namun aku bertasbih dan berzikir di dalam hati semoga Allah tenangkan hatiku ini. Ayah meminta aku menandatangan dokumen pernikahan. Seusai proses tandatangan dokumen, aku mendengar khutbah nikah dari ustaz yang bakal menikahkan dua jiwa ini. Terasa panas mataku menahan air mata mendengar khutbah nikah itu. Allah.. amanah dan tanggungjawab. Semoga Kau permudahkan kami berdua.



Selesai bacaan khutbah nikah, aku masih menunduk sambil menenangkan diri. Tafsir al quran ditanganku digenggam kemas. “ Mohammad Hariz bin Ramli..” Ustaz memulakan lalu dijawab oleh si dia dengan baik. “ Saya”.. Ustaz menyambung dengan satu lafaz .. “Aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Safiah Binti Asri dengan mas kahwinya RM 22.50 tunai”.. Lantas si dia terus menjawab.. “ Aku terima nikahnya Nurul Safiah Binti Asri dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai.” Ustaz bertanya kepada saksi dan ayahku. Dan dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta. Berakhirnya penantian kami.. berakhirnya kerinduan kami yang terpendam sekian lama. Aku menunduk syukur yang tak terhingga. Manik-manik jernih mula membasahi pipi. Ummi, kak ina dan kak ita memelukku. Aku bersyukur tak terhingga dengan nikmat kurniaan Allah. Sebelum saat disarungkan cincin, kami memohon untuk solat sunat pengantin sebentar. Tiba saat yang mendebarkan diriku. Kali pertama jari ini disentuh oleh seorang lelaki yang kini bergelar suamiku. Aku tertunduk malu. Dia mengangkat daguku. Katanya “ senyumlah.. jangan menangis” Pipiku kemerahan menahan malu.. terus tak jadi nangis. Aku tersenyum dan memandang ke arahnya. Lalu kuhulurkan tanganku untuk dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Allah.. terasa seperti satu tenaga elektrik mengalir di tubuhku. Sejuk tangannya.. mungkin juga gementar sepertiku. Aku menyarung cincin ke jarinya yang kasar tetapi sejuk dengan berhati-hati. Sejuk.. mungkin gementar akad nikah tak habis lagi. Aku tertawa kecil di dalam hati. Tangannya ku sambut dan ku cium dengan taat. Bunyi flash camera tak henti-henti. Malu yang teramat aku sembunyikan walaupun terasa seperti mahu menyorok di dalam bilik. Dia angkat daguku dan terasa hangat bibirnya mengucup ubun-ubunku. Allahuakbar.. tenangnya aku di dalam hubungan yang sah sebagai suami isteri. Mahu menangis lagi tetapi ditegah oleh suamiku. “Nur.. jangan menangis ye.. nanti orang ingat Nur nikah dengan ana sebab terpaksa pulak” Ake tersenyum mendengar usikannya. Tapi masih ber “ana, enta” lagi nampaknye.



Malam itu, aku tunggu dia di penjuru katil yang tersergam indah. Masih belum hilang sifat Maluku terhadapnya. Aku tertunduk sambil memeluk tafsir dengan erat. Aku terdengar pintu dikuak dengan perlahan. Kedengaran suaranya “ Assalamualaikum sayang..” Aku tertunduk malu dengan gelaran barunya itu untukku. Mahu panggil abang kah ni?? Malunya.. fikirku.. “ Waalaikumussalam enta..eh..aaa..bang..” aku tertunduk lagi.. Mahu saja aku sorok mukaku dibawah bantal. Perlahan-lahan dia mengambil temapt di sebelahku. Aku cuba buang perasaan Maluku.. itu suamiku. Mengapa harus malu kepadanya sedangkan aku miliknya dan dia milikku. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahku ke arahnya. Jari jemariku digenggam erat. Aku lihat senyuman bahagianya. Kami berdua tersenyum dan lantas dia mengucup tangan mulusku. “Abang cintakan sayang.. penantian kita sudah berakhir.. Alhamdulillah”.. Sekali lagi aku rasa mahu menangis tetapi tangisan kerinduan dan kegembiraan di atas nikmat Allah buat kami berdua. Ku kucupi tangan kasarnya denga penuh kasih sayang. “ Ana.. eh.. sayang cintakan abang kerana Allah.. moga baitul dakwah yang kita bina ini akan terus ke syurga..” Air mataku tidak dapat tertahan lagi dan mencurah membasahi pipi. Terasa kehangatan jarinya menyapu air mata murahku. Dia tersenyum melihat ku. Tidak semena-mena pipiku dicubit. Aku terkejut. “ udah la tu.. jangan nangis ye sayang..” Aku tersenyum malu. Dan malam itu menjadi titk permulaan kami melayari bahtera bersama. Ya Allah aku bahagia bersamanya. Semoga kami bercinta lagi hingga ke syurga..=)..

26 January 2011

Kak.. kenapa tak nak kahwin lagi???

Assalamualaikum...


Ha.. tengok tajuk kat atas tu??? Ini merupakan pertanyaan sebenar oleh salah seorang adik ana di KIPSAS dan juga segelintir adik-adik yang lain. Baru sahaja meningkat ke umur 22 sudah ada bertanya tentang nikah dan sebagainya. Lebih2 lagi ada sahaja usikan daripada sahabat yang suruh ana cepat2 mendirikan rumah tangga. Nak dirikan rumah dan tangga pun perlukan duit dan ilmu, nak bina rumahtangga, apatah lagi.. kan?? Kadang2 ana pun ada juga mengusik akhwat yang nampak macam dah bersedia ke alam itu. Tapi.. hanya gurauan semata2 sebagai memulangkan paku buah keras.. hehehe..



Jadi... ape jawapan ana bagi soalan di atas?? Berfikir juga kan.. hai.. sape xmahu nikah.. Sunnah Nabi, boleh menjaga hati.. Bila bicara tentang pernikahan tu.. perancangannya ada.. tapi tak perlulah dibicarakan di sini.. terlalu peribadi.. InsyaAllah satu masa nanti.. Jadi jawapan ana ialah... "kalau adik nak support akak, bila2 pun boleh..=)" Itu jawapan lawaknya tetapi hakikat yang sebenar masih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu ini.. Tetapi bukan tidak merancang.. cuma bukan menjadi keutamaan.. insyaAllah doakan sahaja ye..



Di usia 22 tahun, topik pernikahan menjadi bahan perbincangan dana sampai ustaz ana sendiri pun duk tanya jugak.. adeih.. akhirnya dibalas dengan senyuman seribu makna.. huhu.. Sebenarnya semua orang mahu bernikah untuk mendapatkan keredhaaNya. Bagi yang berjiwa pejuang islam, pernikahan dapat membantu dirinya untuk mengembangkan sayapnya kerana sudah punyai kedua sayap.. Tapi kadangkala kecundang juga tatkala salah satu sayap itu atau mungkin kedua2 sayap itu tidak digunakan sepenuhnya. Akhirnya perjuangan itu mati begitu sahaja. Bukan tidak mahu bernikah di usia muda kerana begitu banyak manfaatnya. Tetapi apabila memikirkan tanggungjawab terhadap akademik dan juga gerak kerja islam, diri mula tersandar untuk menganalisa baik buruk pernikahan di waktu sekarang. Bukan tidak usaha, tetapi Allah tidak mudahkan dan kerana apa tidak dimudahkan? kerana diri ini masih belum bersedia untuk memikul beban tugas sebagai isteri, pelajar, pemimpin di kampus dan juga dalam gerak kerja islam.



Bukan mudah untuk memfokuskan diri terhadap cabang2 tugasan dan tanggungjawab tersebut. Di kala bujang ini pun masih terkapai2 dalam membawa diri. diri sibuk ke sana dan ke mari. Jika ana sudah bernikah bagaimana ya?? Question mark disitu dan jawapan itu adalah bergantung kepada tahap keupayaan masing2. Mungkin juga bergantung kepada apa yang Allah inginkan ke atas setiap makhluknya.

Ana pernah bertanya kepada seorang akhawat kenapa dia tidak menerima lamaran daripada muslimin yang mahu menjadikannya seorang isteri sedangkan dirinya sudah layak untuk kearah itu. Katanya, kerana dia takut tidak mampu untuk menyeimbangi tanggungjawabnya. Andaikata adanya ikatan hati dalam konteks bertunang , bimbang seandainnya syaitan itu memainkan peranannya. maka sedkir demi sedkit hati itu disaluti dosa yang dianggap suci. Syaitan tu sangat bijak kerana mempunya perancangan yang teliti bagi setiap orang manusia. Apabila hati sudah disaluti maksiat, bagaimana ingin menyampaikan dakwah kepada mad'unya.. nasihat itu akan sampai dari hati ke hati. Namun jika hati yang memberi itu adanya maksiat, maka nasihat itu tidak akan sampai kepada mad'u kerana dihalang oleh kemaksiatan yang dilakukan. Ibarat satu penghadang yang menghalang perjalanan nasihat itu kepada mad'unya. Jadi bagaimana mahu memahamkan mad'u jika itu yang terjadi. Ana yang mendengarnya kagum dengan pendirian muslimat yang hebat itu..=).. Peringatan itu menjadi bekalan buat ana sendiri yang mungkin dalam fasa pra perkahwinan dan bukan ana sahaja, bahkan sahabat-sahabat ana juga. Fasa pra perkahwinan yakni dalam proses membentuk diri menjadi individu muslim yang terbaik. Jodoh itu insyaAllah akan dipermudahkan jua..


Ana tidak berniat untuk membicarakan hal ini secara panjang lebar kerana bimbang tidak dapat berhenti dari mengupas isu pernikahan yang terlalu banyak cabang dan kupasan isunya.. Tetapi nasihat ana buat sahabat-sahabat ana, sebelum anda di akad nikahkan untuk menjadi seorang isteri, tunaikan tanggungjawab kita sepenuhnya. Usah kita terlalu memikirkan soal pernikahan sehinggakan apabila berusrah dengan adik2, isu pernikahan ini sering menjadi topik perbualan dan akhirnya perkara yang berkaitan dengan isu ummah dan memberi kefahaman kepada mad'u berlalu begiu sahaja. Manfaatkan waktu yang ada dengan memikirkan masalah ummah dan cara penyelesaiannya.. Jangan kita sebagai muslimah terutamanya terlalu memikirkan kebahagiaan berumah tangga sehingga menjadi lemah daya fikiran untuk membentuk pemudi berjiwa mujahidah islam. Akan sampai masanya insyaAllah dan berdoalah.. InsyaAllah akan ketemu jua jodohmu itu.. wallahualam..



p/s : Status di FB untuk cover line menjadi isu besar dikalangan adik2.. adeih...
Buat my sister kak ida yang bakal menamatkan zaman bujang pada 5hb Februari ni,
moga jadi isteri yang solehah.. =) sorang lagi bakal menyusul.. hehehe...
sangat suke buat statement kontrovesi...