expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 July 2012

Thesis Oh Thesis!!

Cuti dah nak habis tapi thesis tak settle lagi.. huhu..

Assalamualaikum.. Bukan mudah nak fokus buat thesis ni bile duk umah. Kalau ngadap laptop lama-lama nanti, mak pandang semacam je plak.. huhu.. bukan mak kite tu tak memahami..tapi mak tu nak tengok anak dara die ni buat keje umah.. urus ape yang patut.. huhu...

Siang jaga dua budak yang memang lincah-lincah belaka.. lepas mak abah pegi niaga, duk settle kemas umah ape semua plak.. malam?? I dah rasa bintang-bintang berkelipan menghiasi alam dan terus tertidur.. penat dang mengantuk.. kerja memang la tak banyak mana tapi tubuh badan yang sememangnya cepat penat.. ditambah pulak sekarang ni demam, batuk dan selesema.. assignment, thesis ape semua tak sempat nak ditengoknya.. penat sangat nak memikir ayat-ayat cinta yang power.. tulis blog ni pun dah takde mase.. huhu.. Penatnye jadi manusia ni.. Camne la nak jadi housewife dan juga student ni lepas ni.. Kondisi badan yang tidak berapa kuat.. huhu..

penat la.. penat la.. penat la.. huhu.. 

Boleh buat lagu kan? huhu.. memang tak larat sangat.. tak tipu.. huhu.. Bile dah penat, dan ade yang duk cucuk kite dengan benda yang menyakitkan hati kite, memang la sangat terasa hati kan?? huhu.. Ade tak ape2 cadangan supaya saya mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat selain daripada minum milo?? seriously.. saya memang tak larat nak buat banyak-banyak benda.. huhu.. 


p/s : sape2 yang baca ni mesti rase lemah betul saya ni kan?? tapi seriously memang badan saya sakit2.. dan saya tak suke keadaan ni.. huhu...

11 June 2012

TEBARAN UKHWAH ^^

Assalamualaikum...

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah taala.. Saya sekarang sedang berehat sebelum menantikan waktu untuk lead usrah jam 3 nanti. Sambil-sambil tu sempat membelek-belek muka buku dan blog sahabat-sahabat tersayang tempat kasih kasihku tertumpah. 

Apabila meneliti setiap muka buku dan blog sahabat-sahabat membuatkan saya sungguh bahagia melihat perjuangan mereka yang masih tidak henti-henti dan dengan perkongsian kami dahulu jugalah menyebabkan diri saya ini juga masih cuba melangkah menyebarkan apa yang kami kongsi di awalnya. sahabat-sahabat bertebaran ke celah-celah kelompok masyarakat dan memberi dengan sebaik mungkin kepada sahabat-sahabat yang lain.

Disitu nilaian ukhwah kami. Ukhwah yang disandarkan kerana aqidah dan perjuangan. Selagimana kaki kami melangkah dalam perjuangan ini selagi itulah ukhwah ini terus berjalan walaupun kami jauh sehingga benua dan banjaran yang memisahkan kami. Saya mengucapkan syukran yang teramat-amat kepada mereka-mereka yang memeperkenalkan kami dengan ukhwah dan perjuangan ini.. Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada Allah swt atas kurniaan ini.

Untuk sahabat-sahabatku yang berada di Ipoh dan juga di United Kingdom.. saya bangga memperoleh sahabat seperti kalian dan moga kita ketemu di pintu jannah nanti.. insyaAllah...

04 June 2012

learn how to change

gambar hiasan : sepasang anak saudara yang mengajar saya erti bersabar  untuk menjaga budak-budak.. hehe

Assalamualaikum...

  Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu disini. Mungkin disebabakan malas untuk menulis lagi dan saya rasa bukan mungkin tetapi memang tepat sekali saya sudah kurang menulis sejak kebelakangan ini. Puncanya? Mungkin disebabkan perubahan iklim, budaya danjuga persekitaran yang merubah hobi dan keinginan saya. Okey.. saya tipu lagi. Huhu.. sememangnya kemalasan melanda diri untuk mengadap laptop dan menulis sebab sejak akhir-akhir ini saya selalu menulis dengan tunggang terbalik sekali ayatnya. Macam sekarang ni.. kan? saya terlalu sibuk sehingga saya sendiri tidak berkesampatan untuk menulis cora-coret hati saya. Bila saya tertekan atau ada sesuatu yang ingin diluahkan, saya akan cari teman-teman dan bercerita sampai penat dan mereka tak larat nk dengar. Semuanya gara-gara tak sempat nak menulis dan juga malas nak menulis juge..


Kali ni saya nak cerita tentang belajar untuk berubah. Saya.. Nurul Atika Binti Rosli sememangnya sangat sukar untuk merubah diri saya semata-mata kerana orang lain walaupun perubahan itu adalah ke arah kebaikan. Dengan makna lain saya sangat-sangatlah tidak suka bersikap hipokrit kerana orang lain. Mungkin juga boleh cakap saya ada ego yang tinggi terhadap orang lain? Boleh la jugak kan.. Mungkin disebabkan saya adalah seorang anak bongsu yang terasa dirinya masih belum matang dalam kehidupan menyebabkan saya tidak mahu berubah kerana memikirkan orang akan cakap saya naive dan takkan salahkan saya kalau saya buat silap.. (teruk sangat tu..). nak dijadikan ceritanya, hadir seorang hamba Allah yang betul-betul dah ajar saya tentang kehidupan yang sebenar. Serius saya memang seorang yang naive dan saya pandang kehidupan ni hanya sama aje.. cool.. nothing can be change dan saya hanya akan berubah  through out the nature.. (betul ke languange saya tu?). Saya tak berusaha pun nak ubah diri saya tetapi saya suke sangat-sangat meneliti kehidupan orang lain dan saya akan mengerutkan dahi dan dalam hati cakap... owh.... lepas tu saya tengok orang lain plak.. huhu.. itulah saya.. (ok saya rase ayat saya dah mengarut sekarang ni)


Saya sangat rase best untuk dilihat sebagai seorang yang sangat cool dan takde perasaan.. Hm2.. Sebab tu bila saya dah mula diberikan oleh Allah taala untuk mengikat janji dah berkahwin saya rasa itu bukan diri saya.. hehe.. hakikatnya lama-kelamaan saya rasa bersyukur bahawa saya dilahirkan normal dengan perasaan yang pelbagai-bagai itu.. Semua itu telah merubah perwatakan saya yang cool ni kepada seorang yang lebih menghargai perasaan orang lain dan menyayangi family saya. Great kan kuasa Allah?? hehe..Kemudian saya dilanda kekeliruan mengenai how i will carry out myself bile saya dah bergelar zaujah nanti.. Huhu.. saya pun mula la bertanya dengan Puan Sarah as isteri muda yang sekarang pulang ke kampung untuk melawat suaminya.(haha.. sorry puan).. saya bertalaqi ilmu rumah tangga dan tanggungjawab as wife dengan dia walaupun dia cakap ku baru setahun jagung dalam kehidupan itu.. hehe.. namun katanya memberi impak yang besar buat saya sendiri. "Bila dah berkahwin, perlu sedia untuk ditegur dan berubah".. Ooooooohh.. snap!! Macam mana saya nak carry semua tu?? Dah biasa kot sorang-sorang tanpa perlu fikir pandangan orang lain kecuali pandangan mama abah.. huhu...


And yup semua tu not easy for me.. lalu seorang teman yang penyabar selalu ada untuk menasihati saya dan dia memang sabar betullah dengan saya.. huhu.. katanya.. kita perlu berubah demi orang yang kita sayang dan juga untuk menjaga perhubungan sesama manusia. Memang susah kita nak berubah kepada sesuatu yang bukan kita tetapi why not kalau perkara tu memberi kebaikan kepada semua orang.. kan? dan.. kita niatkan semua tu kerana Allah taala.. insyaAllah ada keberkatannya.. Bila kita dah berkahwin kita berubah untuk pasangan kita sebab kita nak bina keluarga yang bahagia dan diberkati Allah.. kalau waktu bujang selalu makan ikut dan, bila dah kahwin kena jaga permakanan sebab kita ada orang yang kita nak jaga dan kita tak nak susahkan pasangan kita kalau kita sakit. Huhu.. kena jaga makan juga waktu sbelum kahwin sebab nanti mama abah risau kita sakit.. see? nak tak nak kita kena berubah untuk orang kita sayang.. Tapi yang paling baik adalah berubah sikap tu kerana Allah taala.. anggap itu sebgai ibadah sebab nak gembirakan saudara muslim kite... insyaAllah..


Saya rasa saya banyak mengarut je dalam ni.. Ape2 pun sahabat-sahabat semua ambil yang baik-baik aje ye.. yang buruk tu buang jauh2.. saya tak mau tanggung dosa atas semua tu.. huhu.. ok ye... actually tengah bersabar dengan karenah hard disk yang bermasalah.. hehe.. Sabooooor.. ok ye.. wassalam.. 


10 March 2012

Disebalik nama Nurul Atika

Assalamualaikum..

Malam-malam macam ni tibe-tibe feel sesuatu.. Hm2.. adik bilik sudah terlena di katilnya dan diriku pula membelek-belek blog kenalan lama.. Ada yang sudah berkahwin dan juniorku rupanya.. Dari mana harusku bermula ye..

kadang-kadang saya sendiri terasa dan ingin sangat-sangat berkongsi cerita di sebalik diri saya sendiri. Orang yang menilai diri saya pasti akan menyatakan bahawa saya ini tegas dan sangat serius orangnya. saya tak kisah. Disebalik diri saya ini ada suatu cerita yang sangat indah yang anda-anda semua tak boleh tahu sehingga waktunya. =). Indah sangat-sangat. But saya masih perlu tunggu untuk diceritakan kepada semua. keajaiban dan kekuasaan Allah taala itu. =)

Saya kerisauan tadi memikirkan keselamatan seseorang yang bakal penting dalam hidup saya. Namun Allah lebih menjaga seseoarang itu. Alhamdulillah. Apabila terkenang kenangan lalu, buat saya tergelak seoarng diri. Sulit dan cukup sulit untuk saya ceritakan. Anda nantikan saje ye. Bukan niat saya mahu berjiwang karat disini. Cuma mahu menceritakan betapa saya bersyukur dengan menjadi diri saya sendiri dan Allah aturkan kehidupan saya ini. 

Sepanjang penantian untuk ke saat itu nanti, benar-benar menguji keimanan saya sendiri. Hingga membuatkan ibu bapa saya sangat-sangat bertegas dengan diri saya. Huhu.. Dan kadangkala saya merasakan bahawa saya perlu give up dengan penantian itu. Tapi tak boleh. Saya harus bersabar.

Sukar ye untuk diceritakan sesuatu yang masih menjadi rahsia..=)... 

p/s : saya tak tahu apa yang saya bebelkan.. =p