expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

19 November 2015

Don't waste your time with Maksiat

Assalamualaikum..

Setiap manusia ada masa masing-masing. masa untuk hidup di dunia yang Allah berikan kepada kita untuk buat kebaikan, gapai pahala
dan akhirnya apabila kita bertemu denganNya, kita akan dapat kembali masa yang kita dah gunakan semasa di dunia. tapi masa yang diberikan itu tidak ada limit.

Namun.. masa yang kita akan dapat selepas hidup di dunia ini, bergantung dengan apa amal yang kita lakukan di dunia ini. ke mana masa yang kita gunakan semasa di dunia ini. Pada asalnya, semua masa yang alla berikan kepada kita adalah masa yang sangat berharga. Masa yang bermanfaat untuk jadi bekalan buat kita nanti. Tapi.. akan ada satu keadaan di mana masa kita tu akan di deduct dari masa ke semasa. Apakah itu? ye.. masa yang kita gunakan untuk buat maksiat. Bayangkan kita punya sebekas gula. Dan bila kita tak berhati-hati semasa berjalan, tak jaga gula tersebut dari tertumpah, maka gula tersebut akan berkurangan.. dan akhirnya.. tinggal sedikit sahaja yang boleh digunakan.. begitu jugalah masa yang Allah berikan..

Allah swt dah ingatkan.. Demi masa.. manusia itu dalam kerugian.. kecuali yang beriman dan beramal soleh.. dan kite?? mahu jadi orang yang rugi atau untung??

sahabat-sahabatku.. jangan buang masa dengan dosa maksiat.. tak bermafaat walaupun sedikit bahkan hanya akan memberikan azab di akhirat kelak.. aku menasihati bukan kerana aku kebal dosa.. kerana aku juga pendosa.. pendosa yang hanya ingin menyampaikan peringatan dari Nabi Muhammad..

Masih ada jalan u-turn sebelum kita semua sudah tidak mampu untuk melakukannya..

Jangan jadi orang yang rugi..

26 October 2015

Nikmat Allah Untuk Disyukuri



Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam limpahan keberkatan Allah taala sentiasa. Alhamdulillah 'ala kulli hal, diberi sedikit ruang untuk mencoret serba sedikit cetusan hati di sini setelah mendiamkan diri tanpa apa-apa khabar di blog ini. Tak sangka dah hampir 8 tahun juga usia blog ini. Seiring dengan perubahan status pada diri ini, maka cuba-cuba untuk edit header dekat blog ini. Alhamdulillah.. segala kemudahan hanya di hujung jari. Nikmat semua tu. Moga dengan header yang baru ni, lagi bersemangatlah hendaknya ye untuk menulis. Menulis bukan kerana inginkan pujian atau sanjungan. menulis untuk koreksi diri, muhasabah diri dan lihat bagaimana diri ini sebelum dan selepasnya insyaAllah..

Alhamdulillah hampir setahun lebih bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang soleh insyaAllah dan terbaik buat diri ini dan proses belajar untuk menjadi isteri yang baik itu juga sedang berjalan. Alhamdulillah jua atas nikmat yang Allah kurniakan yang mana tidak mampu untuk kita balas dengan nilaian wang atau permata. Akan tetapi hanya mampu membalas dengan kesyukuran yang tidak terhingga. Sesungguhnya Allah swt berfirman dalam nukilan ayat Al QuranNya dalam surah Ibrahim ayat 7 berkaitan dengan nikmta dan syukur ini. Sekiranya manusia itu bersyukur, maka Allah akan tambah ganjaranNya dan sekiranya manusia itu kufur, maka tunggulah manusia itu azab Allah yang maha pedih.



Moga kita semua menjadi hamba yang bersyukur insyaAllah..

Nikmat yang Allah berikan ketika ini, telah menghapus segala keperitan dan kesengsaraan ujian sebelum-sebelum ini. Malu jika diingatkan kembali betapa banyak keluhan demi keluhan semasa teruji. Biasalah, kita manusia. adakalanya hanya ingat tentang kekuasaan Allah ketika ditimpa musibah dan hanya sedar bahawa musibah itu hanya sekelumit bilaman Allah memberikan kemudahan. Namun cepat pula lupa tentang kemudahan yang Allah berikan. Itulah manusia.

Dalam nikmat yang Allah berikan pun, ada ujianNya. Ujian untuk kita kenang dan ingat kepada Dia. Kasih sayang dan cinta sesama suami isteri, adakalanya buat kita terlupa untuk utamakan yang lebih awla. Sebab Allah dah beritahu dalam kitabNya. Kecintaan manusia itu kepada anak-anak, pasangan, harta dan lain-lain. Tapi tak bermaksud perlu tinggal semuanya. Berpadalah dalam seimbangkan cinta Allah dan cinta kepada ahli keluarga. Pelihara hubungan dengan Allah, insyaAllah akan dipelihara hubungan sesama makhluk. Untuk bina kecintaan kepada Allah di saat nikmat cinta kepada pasangan dan anak-anak yang sangat membuak ini juga satu ujian. Moga allah pandu dan pelihara kita semua agar dapat mendapat kecintaanNya jua insyaAllah.

Begitulah resam yang Allah jadikan kepada manusia. erti nikmat dan syukur. Syukur itu bukan hanya sekadar di mulut. Tapi syukur itu dengan perbuatan zahiriah dan batiniah. Perbuatan zahiriah dengan melaksankan perintah Allah dan perbuatan batiniah, dengan mejaga dan memlihara hati dan iman daripada perkara yang mazmumah. Nikmat ni bukan untuk disyukuri oleh orang yang dah berkahwin sahaja. Semua kena bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Alllah berikan kita kepandaian juga nikmat. Allah berikan kita keluarga yang menyokong dan baik juga nikmat. Allah hadirkan teman-teman yang baik pun nikmat. Maka apa alasan kita untuk tidak bersyukur??

Oleh itu, marilah kita sama-sama buat satu perubahan dari sekarang untuk cuba menjadi yang lebih baik. Jaga hati.. koreksi diri.. dunia ni pun dah tak lama bukan?? Tak rugi pun untuk berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah. itu saja dari saya. Andai tersilap kata, mohon ditegur dan dimaafkan ya.. Wassalam.. 

10 September 2015

Dua Minggu Yang Kosong

Assalamualaikum..

Dua minggu yang kosong..
Kosong dengan hiperbolanya..
Kosong dengan usikannya..
Kosong dengan motivasinya..

Usai pulang dari kerja, roomate halal bercakap denganku.

"Terpaksa ke Indonesia 2 minggu"

Aku senyap.. diam.. nggak tahu bagaimana bisa kau bereaksi..
Dan ya.. begitu banyak konflik yang aku perlu fahami.. hingga aku melepaskan dia pergi mencari rezeki..

Hari ini hari ke -5.. masih berbaki 13 hari lagi..

Begini rasanya jauh dari suami.. Rindu usikannya yang kadang-kadang terasa seperti anak patung Barbie..

pen off

p/s: still waiting for you.. Habibi..

05 August 2015

SCROLL BLOG SENDIRIK

Assalamualaikum..

Dalam minggu ini saya asyik scroll satu persatu hasil penulisan dan pemikiran saya di blog yang biasa-biasa sahaja ini. Entah masih dibaca orang atau mungkin telah tenggelam dek kecanggihan teknologi masa kini. Facebook, Wassup, Telegram dan lain-lain. Tapi saya yakin dan percaya hasil penulisan saya ini juga dapat membantu diri saya mencari spirit yang hilang andai diri mulai tersilap langkah. Di blog ini juga saya belajar untuk merubah diri ke arah lebih baik dan positif sekiranya ada tulisan-tulisan yang mungkin bersifat pasif dan kurang matang. Dan ya.. saya juga dapat melihat bagaimana pemikiran saya berubah dari masa ke semasa. 

Adakalanya saya hampir tidak percaya benarkan apa yang ada di dalam blog saya ini sendiri adalah hasil tulisan saya. Kerana saya hampir-hampir terlupa bahawa itu adalah corak pemikiran saya pada waktu itu. Namun dalam masa yang sama saya sendiri termotivasi kerana yang menulis itu adalah saya. Jadi, ada sesuatu yang menyebabkan saya hampir lupa bagaimana pemikiran saya dibentuk pada waktu itu. Dan saya mulai menyelami diri. Ya.. waktu itu aku begitu ghairah dalam perjuangan. Begitu ghairah dalam menjadi ulat buku yang tidak jemu-jemu menghadamkan kalam-kalam ulamak. Dan dari situ saya dapat kenal pasti bagaimana saya kini. Bukankah itu sesuatu yang sangat bagus untuk kita lakukan dalam membentuk diri kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna?

Adakala juga saya melihat ada hasil tulisan saya yang tidak matang, moody, terlalu mengikut perasaan dan begitu lemah dalam mengendalikan perasaan. Ditambah pula dengan luahan-luahan berkaitan dengan perkahwinan. Dan saya yang sekarang merasa agak menyesal dengan penulisan begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dengan itu saya tidak akan mengulangi hal yang sama dan boleh juga menyelami perasaan mereka yang dilanda perasaan dan masalah yang sama seperti saya dahulu. Kerana kita pernah merasainya. Jangan dikeji mereka yang asyik bercerita tentang perkahwinan. Jangan dikutuk mereka yang asyik bersedih sahaja dan mengeluh dengan luahan-luahan yang macam-macam. Itu fitrah dan mereka dalam proses membentuk karekter mereka sendiri. 

Hasil daripada scroll dan scroll blog saya dalam minggu ini, saya melihat diri saya dahulu dan sekarang yang melalui pelbagai proses perubahan yang membentuk siapa diri saya yang sekarang. Yang pasti, ada yang perlu dikembalikan dan ada yang perlu dibuang tetapi jadikan ibrah dalam perjalanan kehidupan. 

Dan lagi satu, mungkin saya jarang sekali update entry di sini. Tetapi hasil tulisan yang sebelum-sebelum ini banyak membantu saya untuk mengenang kembali siapa diri ini. Mengenang kembali dugaan yang menguji. Mengenang juga kemudahan yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Secara kesimpulannya, saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan berhenti menulis supaya saya mampu mengenang siapa saya dulu dan kini dan juga mampu menilai siapa diri saya. InsyaAllah.

Wallahualam.

p/s: Suami tengok isterinya mengetuk keyboard update blog. Dibilangnya panjang. Nanti orang malas baca. Isterinya yang pintar menjawab gayak sasterawan negara "Aku menulis bukan mahu dipandang".. Cewah!!