expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

02 April 2013

Jom Masuk U!! : Apa Pilihan Anda??


Assalamualaikum…. Semua sihat? InsyaAllah Ika doakan semuanya sihat Alhamdulillah ye. Ika kat tempat keje ni.. hehe.. ambil masa sket nak update blog.. huhu.. ini bukan curi tulang, tapi mengisi masa yang ada untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat dan adik-adik yang disayangi sekelian.


Ika bukanlah seorang yang punyai pengalaman yang banyak mengenai kehidupan. Tetapi hanya ingin berkongsi mengenai sesuatu yang mungkin membantu sahabat-sahabat di luar sana. Tarikh permohonan UPU bakal melabuhkan tirainya pada 14 April ini. Adakah adik-adik semua dah membuat pilihan yang tepat?




Dulu, ika pernah membuat permohonan UPU selepas SPM pada tahun 2006 dan Alhamdulillah ika dapat course pengajian yang Ika nak. Tapi dah ketetapan Allah ika keluar dari Matrik UIAM dan masuk maktab.. dan sekarang…. I’m here continue my life after the nightmare yang dah berlaku pada ika. Ika GAGAL untuk meneruskan pengajian di maktab. Hm2.. But.. it’s ok and I’m still countinue my life happily and I know that Allah dah tetapkan jalan ika macam ni and Ika bersyukur dengan jalan yang Allah atur ini sebab ika dapat belajar banyak benda dan pengalaman yang mematangkan ika dalam hidup ni.. hehe.. matang ke saya?? InsyaAllah.. tapi tak semua perkara la…^^


Dalam perjalanan ke tempat keje tadi, sempat lah berborak-borak dengan akak kat sebelah (teman sekerja) tentang pemilihan course pengajian ni. Hm2.. Kalau kita imbau kembali zaman kita nak mohon UPU lepas SPM dulu kan, agak2 nye kenapa kite pilih kursus pengajian tu ye?? Ni spesel question untuk yang seangkatan dengan Ika la.. hehe.. Ika dulu pilih nak amek kursu Syariah Undang-Undang tau. Kenapa ye?? Seingat Ika sebab Ika nak tegakkan Undang-Undang Islam, then ika nak jadi orang yang arif dalam politik Islam, Ika nak jadi peguam, Ika rasa jadi peguam syarie ni sesuai dengan watak Ika yang serius ni. Yang simple, yang sangat-sangat mementingkan fakta, yang  suke pakai baju dua warna je(hehe.. ye tak tu..). Dan lagi satu, waktu sekolah dulu Ika ni memang pelajar yang mengikut undang-undang walaupun bukan pengawas, waktu kat KISAS dulu selalu didedahkan dengan masalah sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia yang huru-hara. Dan lagi satu, ika geram bila ade yang cakap hudud ni ganas!! Yang cakap tu orang Islam sendirik plak tu.. Haih!!.. May Allah Bless You..




 So, sebab tu la ika pilih Syariah Undang-Undang pada mulanya, waktu zaman tengah terpinga-pinga dengan kehidupan sebenar. Biase la.. baru pas habis sekolah lagik… hehe.. Then, Ika dapat TESL yang mana actually ika tak berapa minat tapi disebabkan Ika ni memang tak tahu menahu sangat tentang pilihan sendiri, so I just follow the flow… dimana orang pilih untuk ika, disitu la ika pegi.. sangat tak de pendirian.. Huhu.. Itu selepas sekolah la.. tapi ika masih simpan lagi niat nak sambung syariah undang-undang tu. Ika tak tahu pun yang TESL tu program oversea.. hak hak hak!!.. Dan sangat-sangat tak berniat nak pegi oversea.. hik hik hik.. Ika cume menurut kata orang-orang disekeliling ika.. because I don’t know how to make my own decision.. Huhu… ( sangat menyedihkan) Then, dengan takdir Allah ika tak dapat sambung TESL dan pegi oversea. Ika nangis bukan sebab sedih tak dapat sambung tapi sedih sebab mama dan abah ika.. Hm2.. Kalau boleh ika ni just nak make my parents happy je… Tak kisah la kalau impian sendiri tak tercapai. Kalau dapat gembirakan mak ayah pun dah sangat-sangat gembirakan ika ni. But then, ika suke jugak la sebab tak payah sambung TESL.. ade juga la sedikit kelegaan tapi tak bermakna ika tak usaha tau untuk TESL tu.. I’v learnt lots there.. And thank you for those yang dah bantu ika ni untuk minat English.. hehe.. Ika memang minat dah English dan sangat suke nyanyi lagi Bruno Mars sebab suke sebut2 perkataan omputih tu sampai terbelit lidah..Mungkin ika ni tak sesuai jadi teacher kot.. jadi Allah berikan yang lebih baik.. Huhu.. Tapi sedih sebab fikir aku nak sambung belajar mane plak ni?? Dipendekkan cerite ika diilhamkan Allah dan ditakdirkan Allah untuk sambung Syariah Undang-Undang Di KIPSAS. Sekarang ni ika tengah usaha untuk mohon sambung degree plak.. Maknanya ni kali kedua la ika mohon UPU.. (bertuahnye..^^).


Ika sangat berharap dapat sambung Syariah Undang-Undang Di Universiti Malaya. Ika mohon juga kat UKM, USIM, UNISZA.. Tapi I prefer untuk masuk UM sebab bagi ika kat situ cabaran lagi banyak kot. Kat mane-mane tempat pun ade cabaran, cume Ika nak masuk UM jugak.. hehe.. nak tengok situasi baru.. UKM ramai sangat dak KIPSAS.. Hehehe… UNISZA  just like KIPSAS jugak… USIM plak memang dah ade iklim dinni kat situ.. Ika nak keluar dari kepompong dan nak uji diri dan cube survive kat tempat yang lagi survival dan bagi ika UM adalah tempatnye.. hehe.. Lagipun UM la tempat mula-mula kebangkitan mahsiswa berlaku.. Kan2?? Hehe.. kalau salah betulkan eik.. Dan sekarang ika pilih nak sambung Syariah Undang-Undang bukan lagi disebabkan personality, popularity, atau hanya semangat semata-mata. Alhamdulillah ika belajar sket-sket dengan pengalaman bekerja di Firma Guaman Syarie untuk dapatkan kefahaman tentang bidang perundangan Islam ni. Ika pilih bidang ni sebab keperluan ummah dan ika rasa ika ada kelebihan dalam bidang ini. Ika dah tahu matlamat ika dan Alhamdulillah tahu membuat keputusan sendiri dengan bantuan Allah swt.  Ika menuntut ilmu dalam bidang ini dengan hati dan seluruh kehidupan ika. Bukan semata-mata gelaran peguam syarie yang popular dan juga hasil yang lumayan. Tapi semata-mata untuk menegakan Undang-Undang Allah dan membantu untuk memahamkan masyarakat tentang hukum-hakam dan juga hikmah Allah hadirkan syariat itu kepada umat manusia. (tibe-tibe ayat ika jadi sangat formal dan serius..-_-!!). Ika juga nak bantu mereka-mereka yang teraniaya dari segi hak mereka tak kira lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya berpeluang membuat kesilapan. Bak kata lecturer ika, ini adalah fisabillah.. duit nombor dua. Tak tahu kenapa ika ni tak pandang sangat duit ni asalkan apa ika buat tu yang Allah redha.


Ok2… dah panjang melebar ni.. tu hanya pengalaman ika.. dan ika cume nak nasihatkan adik-adik dan sahabat yang bakal membuat pilihan nak sambung belajar tu, buat pilihan sebaiknya ye.. Tanya diri sendiri kenapa memilih sesuatu kursus tu. Bukan sebab mudah, sebab dapat pi oversea, sebab popularity, sebab minat semata-mata atau sebab KAWAN atau BuayaFriend atau GeliFriend anda!!.. Hak hak hak!!. Pilih kerana anda tahu apa matlamat anda, apa yang anda ingin sumbangkan dengan membuat pilihan tersebut kepada Ummah dan pilih sesuatu menurut pandangan Allah.. InsyaAllah  Ika atau kak ika doakan semoga urusan anda dipermudahkan Allah..  Yang adik-adik lepas SPM dan STPM tu rajin-rajin la jumpe dengan kaunselor untuk bantu anda buat pilihan. Pegi bilik kaunseling tak bermakna anda bermaalah. INGAT TU!!!  Penting untuk adik-adik tahu tentang kelebihan dan keupayaan adik-adik. Akak cadangkan agar adik-adik buat research dulu tentang sesuatu Kursus Pengajian sebelum buat pilihan dan hantar boring UPU tu ye… hehe…


Ape-ape pun Ika harap semua dapat doakan ika eik?? Ika harap dapat sambung UM tu.. tapi ika redha kalau Allah beri yang lain sebab mungkin itu yang terbaik untuk hambaNya ini.. kan2??  Dan seblum berserah tu kene doa dan usaha dulu la eik…
Ok la.. sampai sini dulu la ye semuanya… hehe… bye… Wassalam…


P/s : Ika rase kat sekolah kena buat lagi banyak  program tentang pendedahan kerjaya dan juga program-program pengajian yang bersesuai  kepada pelajar sekolah.. kasi bukak sket minda pelajar tersebut… kan2?? Hehe.. Dan tambah juga dengan pengisian tentang mengenali dan mencorak personality diri menurut Islam yang betul untuk budak2 ni.. hm2.. TERBAIK!!!

29 March 2013

Jangan Putus Asa Dengan Allah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang…

Di suatu petang yang damai, teratak Baitul Muslim milik dua insan. Si isteri menangis tak henti-henti sehingga hampir meraung. Si suami mula mencari-cari kekuatan untuk memberi semangat kepada si isteri.

Suami : Sayang.. jangan menangis.. bersabar dengan dugaan Allah yang diberikan kepada kita..


Isteri : Abang.. Ita rasa sunyi.. Ita cemburu melihat pasangan yang punya anak-anak.. Ita rindu dengan kehadiran anak disisi kita. Ita rasa Allah tidak berlaku adil dengan kita. Ita rasa Ita tak nak hidup. Kenapa Allah menyiksa Ita macam ni… 

Si suami merenung dalam wajah si isteri. Nafas ditarik panjang dan kalimah Allah keluar dari bibirnya yang lesu. Kepalanya ligat berpusing memikirkan cara memujuk isteri yang mulai patah semangat kerana sejak berkahwin selama 7 tahun masih belum dikurniakan cahayamata. Sudah dibuat pemeriksaan dan kedua-dua pihak tidak bermasalah. Hanya kerana Allah mahu menguji hati dan iman hamba-hambaNya. Ternyata isterinya patah semangat. Isterinya bukan begitu dan dia percaya isterinya seorang muslimat yang kuat.

Suami : Sayang.. jangan berkata begitu.. bersabarlah Ita.. Allah berhak menguji hambaNya. Kerana kita adalah hambaNya dan kita hanya mampu bersabar dan bersangka baik dengan ujian yang diberikan. Ita jangan berkata begitu ye sayang..


Si isteri makin kuat menangis dan air mata mencurah-curah ke pipi. Si suami memegang erat tangan si isteri dan memandang wajah isteri penuh pengharapan agar isteri mula rasional dan sedar dengan pengucapannya.

Isteri : Abang.. kalau ujian ini tanda Allah sayang, kenapa Dia menyiksa Ita dengan perasaan ini. Ita tak mintak untuk diberikan fitrah dan perasaan keibuan ini. Ita jaga ibadah Ita.. Ita jaga hubungan Ita dengan Allah.. Ita laksanakan semua perintah Dia.. kenapa Dia tak mahu kabulkan permintaan Ita..



Suami : Ita.. Jangan Ita menyalahkan Pencipta kita sedemikian rupa. Dimana rasa ikhlas Ita melaksanakan perintahNya. Dimana rasa redha Ita dengan ketentuan Allah. Ita adalah seorang muslim yang baik yang abang kenal. Kenapa Ita berfikir begitu. Allah telah berikan pelbagai nikmat buat Ita tanpa Ita sedar. Dari Ita lahir sampai sekarang. Allah masih teguhkan kasih sayang abang dengan Ita sampai ke saat ini walaupun kita tidak dikurniakan Allah dengan cahayamata. Cuba Ita fikir.. Allah melahirkan Ita ke dunia ini dan Ita telah berjanji sejak sebelum dilahirkan akan ikut perintah Allah dan menjadi khalifahNya.. Ita tahu kan semua tu?? Ita jangan salahkan Allah… daripada Ita salahkan Allah, Ita salahkanlah abang yang tak mampu memberikan kegembiraan kepada Ita sebaiknya. Itu lebih baik Ita. Abang sayangkan Ita..

Si isteri mula menunduk dan tersedu-sedu. Mulai rasional sedikit demi sedikit. Si suami menyambung bicara.



Suami : Ita.. bila saatnya tiba dan kita dikurniakan cahaya mata, saat Itu Ita akan rasa malu dengan kata-kata Ita sebelum ini yangf menyalahkan Allah. Ita ingat tu.. Jangan berkata tidak baik begitu.. Abang sentiasa ada disisi Sayang. 

Isteri : Abang… Maafkan Ita.. Ita tak berniat lukakan hati abang.. Ita rasa penat dengan ujian ini.. hati Ita sakit.. Ita rasa lemah nak hadapinya.. Maafkan Ita..

Suami : Ita tak salah dengan abang.. Hurmm.. mungkin Ita jadi macam ni sebab ibadah kita kurang.. pergantungan kita kurang dengan Allah.. Ita.. lepas ni kita kuatkan hati dan iman kite ye.. Kuatkan pergantungan dengan Allah.. Ita janji dengan abang ye.. Jangan menyalahkan Allah lagi… Jangan buat hati abang susah lagi.. Kita tempuhi ujian Allah bersama-sama. InsyaAllah.. Boleh ye Sayang??

Isteri : Baik abang… Ita malu dengan Allah apa yang Ita cakap tadi…  Allah.. Iman Ita lemah abang…

Si suami memandang mata isterinya yang mula membengkak… Diseka air mata si isteri.. Hatinya masih risau dengan keadaan isterinya.. Si suami berazam akan menjaga iman dan akidah si isteri sebaik mungkin kerana sayang bukan kerana fizikal si isteri tetapi sayang si suami hingga akhirat isterinya jua. Dalam diam si suami juga berdoa agar dikuatkan imannya untuk membimbing si isteri agar menjadi isteri yang solehah..

Isteri : Abang… terima kasih atas kasih sayang abang..

Si suami hanya tersenyum dan mengangguk sambil menenangkan si isteri yang menahan sedu..

Si isteri mulai sedar Allah telah kurniakan seorang suami yang baik buat dirinya dan bersitighfar panjang. Isteri mulai berazam untuk kembali kepada Allah dan memelihara iman dan akidahnya. Di benaknya terlintas Ayat 7 surah Ibrahim. “Sekiranya kamu bersyukur, akan Aku tambahkan nikmat ke atasmu.. Sekiranya kamu kufur maka tunggulah azab yang akan ditimpakan ke atasmu”.. Si isteri menangis dan memohon ampun kepadaNya sambil mengharapkan Allah memberkati kehidupan suaminya.  Terima kasih ya Allah.


Moral of the story:
  • Ujian bukanlah untuk menyiksakan bahkan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang terpilih untuk mengingkatkan keimanannya.
  • Menjadi seorang suami bukanlah bertanggungjawab menjaga zahir isterinya dan juga keperluan batinnya, bahkan menjaga iman dan membimbing isterinya.
  • Bersyukur dengan apa yang Allah kurnikan kepada kita walaupun sedikit nikmat yang diberikan.
  • Sayangi pasangan untuk dunia dan akhiratnya juga…


27 March 2013

PERKAHWINAN -GEDUNG PAHALA


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi Allah semua…

Musim cuti sekolah telah pun bermula dan dalam masa yang sama, banyaklah undangan perkahwinan yang diterima dan termasuklah undangan perkahwinan sahabat-sahabat saya. Kadangkala hati ini rindu juga untuk bernikah. Tetapi harus dikuatkan kesabaran itu kerana perlu merancang kewangan dengan lebih baik. InsyaAllah dalam perjalanan menuju alam perkahwinan. Doakan ya teman-teman..

Teman-temanku.. apabila bercerita tentang perkahwinan, apakah yang ada dibenakmu?? Kesoronokan bersuami isteri? Seronok bercinta? Seronok dan beronok-ronok lagi?? Yee… semua tu memang la betul. Perkahwinan itu menyeronokkan bahkan jika terjaganya sebuah perkahwinan itu, ianya merupakan syurga dunia yang disegerakan oleh Allah.. Memang la best kan??

Di dalam perkahwinan juga merupakan satu gedung pahala buat manusia. Saya terdengar tentang perkara ini sewaktu pulang bersama abah dari kerja di IKIM.FM “Pilihan Utama Anda”. Tajuknya berkaitan dengan isu penceraian yang meningkat di Malaysia dan juga tentang isu memudahkan perkahwinan. Saya suke dengar tentang isu memudahkan perkahwinan tu je… hehe.. Alhamdulillah abah sememangnya sebulu dengan saya. Tak suka membazir dan simple is better.

Berbalik kepada perkahwinan itu adalah gedung pahala, saya tertarik dengan kata-kata ustazah di dalam program di IKIM.FM tersebut tentang hal ini. Bagaimana perkahwinan itu boleh menjadi gedung pahala?? Kata ustazah tersebut (saya tak ingat nama die… hehe) perkahwinan itu gedung pahala kerana sekiranya seorang isteri atau suami melaksanakan tanggungjawabnya ikhlas kerana Allah, maka akan diberikan pahala. Seorang isteri masak untuk suaminya, pahala baginya. Anak-anak berakhlak baik, pahala bagi ibu bapanya.  Seorang suami pandang isteri dengan gembira pun pahala bagi mereka. Isteri bangun tidur nak buat sarapan pun pahala. Hai.. semuanya pahala lah.. Best kan???!!


Disebabkan perkahwinan itu gedung pahala, maka syaitan akan cube untuk memusnahkan perkahwinan bahkan merosakkan manusia sebelum perkahwinan itu lagi. Di dalam perkahwinan syaitan meracun si isteri untuk berprasangka kepada suami, mendesak suami, marah suami sehingga kesabaran suami tercabar dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik!! Dan ada juga isteri yang curang di tempat kerja walaupun si suami sangat tekun dan amanah melaksanakan tanggungjawabnya. Ish2.. Saya takut juga nak hadapi perkahwinan mendengarkan perkara sebegini. Moga saya mampu membina keluarga yang baik insyaAllah.

Secara kesimpulannya, buat yang sudah selamat berkahwin saya doakan kebahagian anda dan pelihara rumahtangga anda sebaik mungkin agar ianya juga menjadi gedung pahala buat kalian.=). Saya cemburu ni tau sebab anda semua sudah memiliki gedung pahala sendiri. Hehe.. Alam rumahtangga penuh berliku dan gelombang. Moga kalian dapat kemudi bahtera dengan sebaiknya dan jadikanlah Allah sebagai kompasnya. InsyaAllah… =).. bye… wassalam..



p/s : semangat berkobar-kobar nak bergelar isteri dan nak miliki gedung pahala sendiri.. =)..  Oit2.. cubit kang.. settle dulu amal ibadah sendiri kalau nak kawen pown.. (adeih!! -_-!!)


26 March 2013

Berhenti Berduka Wahai Hati

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasih Allah sekalian...

Dah hampir 3 Bulan jugak la saya tak update apa-apa di sini. Kesibukan dengan kerja dan juga melayan perasaan sendiri. Perasaan gembira, duka dan pelbagai lagi. Sehingga membuatkan diri saya lupa bahawa saya punyai blog yang dah lama bersawang ditinggalkan tanpa khabar berita dari empunya blog ini.


Mahu bermadah kata tapi rasa seperti otak ini sudah mulai membeku dan kaku untuk merungkai bait-bait kata. Sudah berkarat agaknya. =). Mahu tidak mahu, saya cuba jugak menaip sesuatu disini. InsyaAllah sedikit curahan rasa dan pengisian yang memberi manfaat kepada pembaca. Mudah-mudahan.

Dalam minggu ini jiwaku asyik berduka. Mungkin juga disebabkan perubahan hormon di dalam diri yang sentiasa berubah-ubah. Dan adakalanya perubahan itu membawa kepada kerosakan pada diri dan hati yang kegersangan dengan iman. Ya Allah moga diampunkan dosa hamba ini yang penuh dosa dan gelap hatinya.

Kadangkala rasa berduka itu datang bukan kerana perbuatan orang lain terhadap diri tetapi ianya adalah mainan perasaan sendiri yang diciptakan oleh emosiku yang tidak stabil ini. Kesannya?? Ya.. Dia dan mereka semuanya bersedih dengan perbuatan dan sikapku yang dingin tak bertempat. Maafkan diriku wahai insan yang ku sayangi. Sehingga pengorbananmu kupandang hanya sebelah mata.

Bukan saya berniat untuk bersikap demikian. Tapi apabila perasaan berduka tak bertempat menguasai diri, segala tindak tanduk menjadi tak kena dan hanya menyebabkan orang lain kecewa. Lalu mula lah dirasakan diri ini useless dan hanya tahu menyusahkan orang lain semata-mata. Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang memberi kegembiraan kepada mahklukMu yang lain.

Entah bagaimana dan apa yang perlu saya lakukan supaya saya dapat mengawal emosi saya tatkala angin monsun ini tiba. Ya Allah.. tolonglah hambaMu ini.. Tidak diminta sikap dan perasaan berduka ini hadir kerana gangguan emosi yang tidak stabil ini. Wahai hati.. berhenti berduka wahai hati... Bergembiralah dan jadikan orang disekelilingmu gembira dengan kehadiranmu.. Maafkan juga wahai Pemilik diri ini akan kata-kataku yang melampaui batas. Gantikanlah hati yang lebih baik buat hambaMu ini. Berikan hati yang tenang dan gembira buatku.. Amin.. (pen OFF)


p/s : Maafkan Ika... =(