expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

23 October 2013

Nampak Tenang Sedangkan Bergelora

Assalamualaikum.. Hari ini tarikh besar bagi warga UKM dan buat julung kalinya NI(Nurul Islam) bakal mengundi untuk PRK di bumi UKM yang melibatkan dua parti yakni GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) dan juga pihak Aspirasi UKM.. diharapakan semua warga mahasiswa UKM dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memimpin mahasiswa di sini.. NI masih tak pergi turun mengundi lagi.. InsyaAllah sebentar lagi..

NI masih lagi tidak sihat dan kepala terasa begitu ringan sehingga terhuyung hayang sahaja rasenye sambil menaip di keyboard ini.. NI tak tahu kenapa dengan fizikal NI, tapi mungkin kerana ujian yang NI hadapi sekarang ini.. Adakalanya NI mahu sahaja meluahkan sakitnya hati, bebannya jiwa, sedihnya dalam diri NI ini tentang apa yang NI hadapi. Tak perlulah NI ceritakan apa yang berlaku yang mengganggu gejolak jiwa NI ini. Namun yang pasti, ianya telah terlalu lama bersarang dalam diri.. 

Kita selalu menganggap seseorang yang kita nampak tenang dan gembira itu seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi kehidupan.. Kita nampak mereka mudah sahaja menyelesaikan apa sahaja ujian yang mereka hadapi. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sakit,pedih, jerih dan payah yang mereka hadapi untuk mendapatkan ketenangan di kala duka.. NI pernah mendengar adik-adik yang menyatakan NI beruntung kerana dimudahkan dalam urusan belajar, tak nampak pun stress waktu belajar dan macam-macam lagi.. NI hanya mampu tersenyum dan cuba untuk memberikan respon yang postif untuk adik-adik yang masih baru untuk kenali kehidupan dan NI sendiri juga masih baru mengenal cabaran dan dugaan menghadapi realiti kehidupan.. 

Itulah yang cuba NI berikan kepada adik-adik yang bertanya.. Cuba memberi manfaat kepada orang lain dan berikan semangat yang positif kepada adik-adik NI.. Namun hakikatnya, bukan
mudah untuk menggapai kejayaan dalam hidup.. Banyak kegagalan perlu di hadapi.. dan adakalanya kita perlu berlawan dengan ujian dalaman yang banyak mengganggu diri dan meruntuhkan semangat untuk belajar.. Satu contoh : Apabila seseorang itu begitu gigih belajar dan menuntut ilmu, namun tiba-tiba dia diuji dengan pemergian ibu ayah serentak.. dan kita tahu dalam keadaan itu momentum dan semangat kita pasti rebah.. namun bagaimana untuk istiqamah dan kawal diri serta lawan perasaan sedih dalam diri itu?? Ditambah lagi situasi berlaku tatkala Final Exam hampir tiba.. dan untuk melawan perasaan itu, tersangatlah payah.. Yang memerlukan kekuatan jiwa.. rohani dan juga mental..
tenangnya si itik berenang.. hakikatnya betapa sukarnya kakinya mendayung di bawah air..

Adakalanya, ujian yang datang juga mampu merencatkan perjalanan seseorang.. Semangatnya hilang dek bertahan dengan ujian yang begitu lama.. Apa yang terhidang di depan mata, dirasakan tiada makna.. Hanya mahu baring dan menanti saat habisnya dunia buatnya.. Dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan seluas lautan buat dirinya yang makin hilang dari dunia.. terasa asing dari dunianya...

Akhir kata, NI doakan sahabat-sahabat yang teruji dapat menghadapi ujian dengan baik dan diberikan kekuatan oleh Allah selalu.. dan moga Allah mudahkan urusan NI juga.. Aku tahu jiwamu pernah patah, pernah goyah dek diuji dengan pelbagai rintangan.. walapun wajahmu mengukir senyuman bahagia... wallahualam..

20 October 2013

Hidup di Bumi UKM kini

Assalamualaikum.. Actualy tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini.. Saya mohon maaf kerana membiarkan blog ini tanpa sebarang update.. Sedar tak sedar rupanya blog ini telah pun berusia hampir 5 tahun.. subhanallah.. banyak kenangan yang telah tercoret di sini.. Seronok juga membaca kenangan lama..

Alhamdulillah hampir sebulan 20 hari berada di bumi UKM dan kehidupan di UKM tidaklah banyak bezanya di KIPSAS.. Cuma mungkin taburan studentnya yang pelbagai.. Dan saya juga adakalanya orang tersalah anggap sebgai student master.. Alhamdulillah itu satu doa dari kalian..

Setelah saya berjaya menjejakkan kaki ke UKM sebagai student Degree, segala pahit getir sebelum ini dirasakan hilang begitu sahaja. Cumanya, mungkin masih terasa di dalam jiwa yang sensitif ini apabila melihat sahabat-sahabat sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga.. InsyaAllah bakal menyusul dalam pembinaan rumahtangga pada tahun depan.. Mohon doa dari kalian semua ye dan InsyaAllah akan diumumkan kelak di blog ini.. 

Pertamanya, setelah menjejakkan kaki ke sini, pandangan pertama saya terhadap dunia varsiti ini sedikit sebanyak tersasar dari jangkaan asal saya.. bukan mahu mengkritik, namun mungkin faktor perbezaan cara berfikir menyebabkan saya dengan yakin menyatakan ada yang tidak patut dilakukan oleh seorang mahasiswa.. Wallahualam.. namun saya melihatnya satu bentuk proses pembelajaran hidup untuk memahami psikologi mahasiswa kini. Hm2. Tapi saya tetap suka akan Fakulti Pengajian Islam sebagai tempat saya menuntut ilmu. Terasa seperti berada di KIPSAS apabila berada di fakulti. Pertamanya mungkin cara pembelajaran yang lebih kurang sama. Keduanya pensyarahnya yang juga banyak membantu seperti pensyarah di KIPSAS. Dan ketiganya... BUDAK KIPSAS SANGATLAH RAMAI DI FPI.. hehehe... kami bagaikan satu keluarga di sini dan off course kami sangat rindu bumi KIPSAS..

Kehidupan di sini tidak banyak beza di KIPSAS, cumanya masa semakin padat dan kita perlu bijak untuk mengatur waktu diri sendiri. Dengan program, study, assignment, kelas dan macam-macam lagi. Semuanya kita perlu atur sendiri. Dan apa yang membimbangkan saya kini, tahap kesihatan saya di sini makin menurun agaknya. Tidak mampu lagi untuk terlebih aktif seperti sebelum ini. Sudah berapa kali saya pengsan dan mengikut nasihat doktor, saya kurang energy. Entah la.. saya mohon doa kalian agar saya sihat walafiat di sini. Adakalanya saya rasa saya cukup sihat untuk sertai aktiviti seperti sahabat lain. Penyudahnya saya yang jadi xbermaya dan collapse. Terpaksa memilih aktiviti dan berhati-hati menjaga kesihatan diri.

Hm2.. tidak tahu apa lagi mahu dibebelkan disini. Assignmnent berlambak tak disettelekan lagi. Dan masa begitu pantas berlari. Wah!! boleh buat pantun. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan good luck kepada adik-adik di KIPSAS yang bakal menduduki final exam nanti. Akak ade je dapat jemputan untuk bagi motivasi ke KIPSAS, cuma tak comform lagi tarikhnya bila. (tidaklah layak untuk memberi motivasi, namun cuba berkongsi apa yang manfaat). Study elok2 dan jangan main-main ye..

Diingatkan juga, adik-adik jangan buang note merata-rata tau lepas exam. Tak baik.. Pelihara ilmu ye.. Ok la.. sampai disini dahulu.. Actualy saya agak pening dan tak bermaya sekarang. Sudah dua hari demam masih belum kebah. Mohon doa sahabat-sahabat.. Ok.. salam sayang dari saya.. wallahualam..

04 October 2013

Hadiah buat Mama dan Abah

Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan oleh Allah untuk mencoret sedikit di blog tak seberapa ini.. Lama saya tinggalkan blog ini tanpa diusik walaupun minat untuk menulis itu masih lagi segar dan membugar di dalam diri.. Kesibukan sebagai mahasiswa membuatkan saya terpaksa membuat alasan untuk tidak menyinggah sebentar ke blog ini.. 

Alhamdulillah pada 30 September 2013 merupakan tarikh keramat dan kebahagiaan buat diri saya selepas berhempas pulas selama 3 tahun serta selepas peristiwa kegagalan yang sedikit sebanyak meragut masa depan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berhak mendapat pendidikan di dalam negaranya sendiri. Namun tidak mengapa.. rezeli Allah maha luas.. Alhamdulillah.. dan kini saya berjaya menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti yang penuh bukit bukau ini dan mungkin agak kontroversi juga apabila tiba musim pilihanraya kampus yakni UKM.. Alhamdulillah.. 

Sekadar ingin berkongsi kenangan manis sewaktu Majlis Konvokesyen KIPSAS kali ke 12 dengan sahabat-sahabat sekalian dan moga menjadi motivasi buat diri saya yang lemah dan juga kepada sahabat-sahabat lain yang mungkin diuji lebih teruk dari diri saya sendiri... 

Sahabat.. kegagalan itu tidak bermakna kita tidak mampu bangkit untuk mencipta kejayaan yang lain.. dan ingatlah mendapat segulung diploma atau ijazah bukanlah pengakhiran proses pembelajaran dan ianya bukanlah kejayaan yang mutlak.. kejayaan yang mutlak adalah bilamana kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan memanfaatkan buat diri kita dan juga orang lain.. insyaAllah dan saya tujukan nasihat ini buat diri saya sendiri yang seringkali terlupa.. 

Buat mama, abah, adik-beradik dan juga saudara mara yang lain, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan doa kalian telah membentuk diri saya yang sekarang.. Tak lupa juga buat sahabat dan khususnya para pensyarah yang sangat-sangat saya hormati.. Saya mengharapkan Allah memberkati semua yang sebutkan disini serta mereka yang mendoakan saya dalam diam.. terima kasih semua.. 

Saya tidak mengharapkan sebarang anugerah atau pujian melambung tinggi.. Tapi cukup saya dapat membuat kedua ibu bapa saya tersenyum dengan kejayaan anaknya ini. InsyaAllah saya akan cuba membahagiakan kedua ibu bapa saya selagimana Allah masih menempatkan mereka di sisi saya.. InsyaAllah...

Seterusnya.. sedikit gambar yang tidak seberapa... insyaAllah... 




















16 September 2013

Ceritera Bumi Pembukitan

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak post di blog berkusam ini dan pagi ini terasa mahu update sesuatu...

Alhamdulillah sudah hampir masuk minggu ketiga berada di bumi pembukitan aka UKM.. Sepanjang dua minggu berada di sini, pelbagai ceritera yang berlaku yang membuka lembaran kehidupan satu persatu...

Hakikatnya keberadaanku di sini penuh dengan pancaroba.. hampir setiap hari juga air mata menitis di pipi dan kemuncaknya adalah semalam.. tarikh keramat.. tarikh perpisahan abadi seorang yang sering menemani jalan hidupku dengan seorang insan yang menjadi tempat dia bermanja yakni ibunya yang di panggil mak.. Aku terkedu...

Baru minggu lepas aku mendengar akan suara ibunya.. Sempat aku meminta maaf kepada ibunya atas khilafku.. Ibunya menegurku dan menasihatiku yang lemah ini.. Dan suara ibunya sememangnya terngiang-ngiang di telingaku saban hari.. Namun semalam, buatku terkedu.. Terkejut dengan berita di subuh hari..

"Enti.. mak ana dah meninggal.."

Aku hanya sempat membalas "Ha??" seolah-olah tidak percaya.. sahabat menenangkanku dan menyuruhku laksana tugasku sebagai hamba.. Solat subuh.. Aku masih tertanya-tanya tentang pesanan ringkas itu.. Selepas solat, aku capai telefon dan membuat panggilan..

"Assalamualaikum.. betul ke berita yang ana dapat ni?"

"ye.. enti.. mak ana dah xde.. ana kejut subuh tapi mak tak bangun".. suaranya sebak.. 

Aku menangis.. sahabat menenangkanku.. kami cuba menghubungi sahabat yang boleh menghantar kami untuk menziarah.. Sempat aku memberitahu kedua ibu bapaku yang juga terkejut dengan berita tersebut.. di fikiranku hanya bimbang perasaan temanku..


Aku sempat melihat arwah di kafankan hingga di kebumikan.. seolah-olah mimpi yang sedang berlaku.. Aku hanya memandang sahabatku yang cuba untuk tabah.. adik2nya yang juga kedukaan.. dan ayahnya yang paling sedih dan sebak kehilangan kekasih hati, permata dalam keluarga.. Aku lihat ketabahan temanku.. air matanya berkolam di mata.. saat hampir jatuh, dia terus menyeka.. Mungkin cuba untuk kuat demi adik2 dan ayahnya..

Buat temanku.. hanya doa yang mampu ku titipkan.. moga Allah berikan kekuatan.. Kehilangan akan berganti insyaAllah...

Mak cuma tidak bersama dengan kita di dunia tetapi sebenarnya bersama kita.. hanya alam yang membezakan.. Mak berpisah dengan kita untuk sementara waktu... 

Aku cuba untuk menjadi penguat semangatmu sepertimana kamu menjadi penguat semangatku di kala aku diuji...

Ya Allah rahmatilah ibu kepada temanku.. tempatkan beliau bersama bidadari-bidadari syurga dan bersama orang-orang yang beriman.. ameen...