expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

12 April 2011

BIG SUPRISE!!??

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah sekalian.. Alhamdulillah ana berjaya membuat capaian internet dari rumah melalui broadband kepunyaan my big brother kat umah ni.. Ada masa untuk post entry baru di blog yang usang ini. Dan empunya blog ini sudah mula rindu kepada studynya di kolej.. kesibukannya bermeeting.. suka dan duka waktu menuntut ilmu dan juga dengan kertas-kertas dan buku-buku yang agak penuh di meja study untuk buat assignment.. huhu.. Agak-agaknya bila dah grad dan dah tinggal dunia study mesti rasa lagi rindu kan?? Takpe la.. kita akan membudayakan budaya belajar dalam kehidupan seterusnya pula ye..

Hm2.. Big surprise?? Kenapakah? Limaza? Why? Sebenarnye ana terkejut bila buka television di rumah ni. Bukan terkejut sebab mama dan abah beli tv plasma ye? Atau beli home theater .. (sememangnya itu hanyalah membazirkan wang!!). Tapi sebab terkejut dengan program televisionnya. Okey.. ana memang dah lama tak bukak television melainkan hanya membaca di blog dan berita secara online sahaja di lappy ana yang comel dengan capaian stremix university di KIPSAS dan memang tak bukak langsung tentang berita artis paling hot atau artis bercerai dalam murai.com atau ape-ape sahaja yang berkaitan dengannya. Huhu.. jadinya, bila buka semua channel buat ana agak terkejut dan berfikir panjang serta terdiam seketika.. Hm2.. Tengok ada lagi program Akademi Fantasia, lepas tu ada pulak program Ada Berani Ke? 1 vs 0 (macam tu kot nama programnya), lepas tu program nyanyi-nyanyi ape ntah lagi. Huhu.. yang pasti ana tengok kebanyakan program disertai oleh remaja MELAYU macam ana dan kite semua yang dalam lingkungan ana.. Kemudian ada pula yang bertudung pun bergelek sakan dan seumpama dengannya.. Hm2.. Kemudian ada la program khas untuk negeri Sarawak sebab nanti akan ada PRU negeri Sarawak ( Mungkin PRU13 pun tak lama lagi dah.. SILA DAFTAR PEMILIH BAGI YANG LAYAK YE). Yang tuuuuu.. no comment.. ana ada pendapat ana sendiri tentang sistem kempen ni.. Belajar dalam Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan di dalam Bahagian 8 mengenai PILIHANRAYA dimana perlu melantik satu badan BEBAS untuk mengelolai prosese PR berjalan dengan adil dan bersih.. Hm2.. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.. hm2.. xnak comment panjang-panjang pasal pilihanraya ni.. sekadar nak apply apa yang ana belajar sahaja..

Berbalik kepada isu program television tadi.. Ana terfikir bagaimana bangsa MELAYU nak maju dengan disumbati program-program hiburan macam tu ye? Adakah kita hanya mengejar popularity yang ada turun naik dan kadangkala turun terus tak bangun-bangun tu? Dimana kesedaran kita tentang kepentingan ilmu dan apa perancangan kita untuk membina bangsa yang maju?? Majukah kita dengan lambakan hiburan yang melampau-lampau itu?? Majukah kita dengan budaya-budaya luar yang semakin memadamkam budaya dan adat resam melayu itu sendiri??? Kita melatah apabila hak Raja kita dipertikaikan.. Kita melatah andai agama kita di dihenjak2.. Kita marah apabila bahasa kita dipolitikkan.. Tetapi… Bangsa kita sendiri yang membawa budaya luar dan akhirnya budaya kita lupus ditelan zaman.. Bagaimana tu ye???

Hm2.. bimbang juga dengan pengaruh television ni kerana walaupun ibu bapa menjaga anak-anak mereka daripada gejala social di luar, di dalam rumah lagi banyak godaannya rupanya. Buka je tv dan terpampang depan mata filem lucah dan sebagainya.. Hm2.. Apa lagi kalau ibu bapa tidak memantau apa yang anak mereka tonton. Allah.. cabaran ibu bapa di masa hadapan (sambil tunjuk pada diri sendiri yang bakal jadi ibu nanti) lagi banyak nampaknya.. Huhu.. Teringat ada satu kes dimana seorang budak boleh melakonkan perbuatan lucah yang ditontonya bersama sepupu.. Huhu.. Bukan depa duk jadi lagu tuh sebab orang ajak atau kawan-kawan ajak.. tapi depa duk tengok cita tu.. huhu.. Kuat lagi pengaruh tv dari kawan-kawan nampaknya..

Apa-apa pun sahabat-sahabat semua, untuk mengawal dan menguasai arus globalisasi ni memang payah seandainya kita tidak berkuasa. Pada pendapat ana, untuk menghadapi segala fitnah akhir zaman ini hanya dua perkara sahaja.. AKIDAH DAN TARBIAH. Akidah itu adalah kekuatan agama dan juga tarbiah itu adalah didikan. Bagaimana nak mengukuhkan akidah dan tarbiah?? Bermula dengan diri kita sendiri terlebih dahulu.. Ingatkan sahabat-sahabat, nasihati adik-adik dan peliharalah diri kita dan keluarga kita daripada azab api neraka Allah yang amat pedih.. Bagi diri kita (yang umur mungkin dah nak dirikan rumah tangga) sebelum membina sebuah keluarga yang soleh, lihat diri kita, tarbiah diri kita terlebih dahulu. Dunia semakin mencabar dan cabaran buat kita berlainan dengan ibu bapa kita sebelum ini. Persiapkan diri anda untuk berjuang merentasi arus kemodenan dan kejahilan. Jangan difahami konsep Baitul Muslim itu cuma kehidupan yang membahagiakan semata-mata.. padanya ada tanggungjawab yang lebih besar menanti.. itulah tugas khalifah di dunia ini yang mana gunung sendiri hancur kerana takut kepada tanggungjawab yang besar itu. Namun kita manusia dengan angkuh menerimanya.. Jadi, fikir-fikirkanlah bersama.. Moga Allah sentiasa bersama kita..Wallahualam..


p/s : asif(maaf) entrynya agak berterabur ya..

10 April 2011

My sweet home..

Assalamualaikum semua yang disayangi... InsyaAllah NI akan pulang bercuti semester untuk tiga bulan selepas ni.. (actually itu secara officially la.. Rasanya tak rasa 3 bulan sebab sibuk dengan program MPP).. InsyaAllah blog ini akan di update sekiranya terdapat capaian internet ye..


NI baru je angkut-angkut barang tadi.. Penat sangat sampai peluh jantan pun keluar.. huhu.. Alhamdulillah cuaca tak panas.. Kejap-kejap hujan.. NI sedang tunggu kakak NI untuk pick me up ni.. Doakan kejayaan NI ye.. Sem depan dah masuk SEM II tahun 2 dah.. InsyaAllah bakal menamatkan pengajian diploma pada hujung tahun 2012.. Jadi NI akan mengundi mungkin sebagai zaujah orang atau pelajar degree.. (statement gempaq aje.. main2 je ye).. NI nak sambung belajar lagi selepas diploma ni.. Biarlah lambat sedikit dari sahabat-sahabat yang lain..


Ok la ye.. semoga sahabat semua dalam lindungan Allah selalu dan bagi mereka yang bakal menempuh final exam, bittaufiq wannajah NI ucapkan.. bagi yang bercuti semester, selamat bercuti dan jaga iman, amal dan akhlak ye.. Bagi yang berlatihan industri moga Allah permudahkan segalanya.. ok.. ampun maaf jka ada salah silap di sepanjang semester ini.. assalamualaikum...blogger-emoticon.blogspot.com

09 April 2011

Migrain.. Sakit.. huhu..

Assalamualaikum...


Semalam outing dengan adik-adik bilik dan lepas balik dan bersihkan diri apa semua, rasa pening-pening sedikit lepas solat.. Malamnya plak perjumpaan.. Pening itu semakin mencengkam jiwa dan mulalah rasa macam nak marah orang.. Dalam liqa tu plak ana kena brainstorm banyak benda.. Kepala semakin berdenyut-denyut.. blogger-emoticon.blogspot.comDan kalau ikutkan perasaan dah macam mr onion ni dah... nak fikir sakit kepala ni lagi.. fikir tentang isu nak di bincang lagi.. Allah.. ujian-ujian... MIGRAINKU SUDAH DATANG LAGI!!.. huhuh.. dah lama tak kena dan sebelum ini memang kerap kena lebih-lebih lagi kat maktab.. huhu...

Balik je bilik lepas habis meeting, kepala makin denyut-denyut.. tapi boleh steady lagi borak-borak dengan budak bilik... roomates nak tengok cite Alice in the wonderland kat laptop ni.. Ambe bagi la.. Letak tengah-tengah laman bilik.. Kepala makin sakit.. Last-last mata dah tak boleh bukak.. ubat sakit migrain adalah tidur.. huhu.. Me tidur dan tak sedar jam berapa budak2 ni habis tengok movie.. Mentang-mentang la dah nak habis sem.. Next week dah start cuti sem 3 bulan... Ana banyak perancangan waktu cuti ni.. huhu...

Argh... masih sakit lagi kepala ni.. huhu.. Ya Allah sembuhkanlah.. Ya Syifa'.. Ok la ye sahabatku.. kepalaku sudah pening.. mata mahu terkatup.. huhu... daaaa... assalamualaikum..

08 April 2011

2 vs 1.. huhu

Assalamualaikum dan salam hari jumaat semuanya...

Hari ni dah ramai yang nak pulang ke rumah masing-masing.. ana masih di kampus sebab malam Sabtu ni ada meeting MPP.. Kena stay la maknanya tu.. insyaAllah hari Ahad ana bakal pulang ke rumah yang hanya mengambil masa 45 minit jaraknya lebih kurang.. hehe...

Tadi ke bilik sahabat.. Ingatkan nak jumpe Kak Dila.. rupe-rupenye Kak Dila udah pulang dan pulangnya ke Sabah nanti.. huhu.. dop sempat nok jupo nge Kak Dila.. (kecek kelate doh..).. Yang ada di dalam bilik hanyalah si pengantin baru dan juga bakal ibu.. Adeih.. Ni semua orang yang udah berkeluarga ni.. hehe.. Puan Sarah dan juga adikku Yati( comel aura ibu mengandung).. Mereka berdua nak pulang petang ni.. Hai.. orang dah bersuami memang la kena pulang cepat.. yang single2 ni sesuka hati je ye balik lewat... tak perlu fikir panjang.. ada urusan kerja di luar terus aja setuju.. huhu.. Takpe la.. menikmati zaman bujang.. hehe...


Tibe-tibe adikku Yati mengenakan balik diriku ini.. "Ala kak ika.. memang la waktu bujang agak bebas.. nak ke laut pun boleh ye... Kami pun boleh ke laut.. bukan sorang-sorang.. berdua lagi.." Ha?? Huhu.. "Ana cuba pertahankan diri.. ala.. gi dengan mak pun berdua jugak.. (mempertahankan hujah walaupun rasenye memang tak kena pun dengan isunya.. huhu).. Yati sambung lagi... "Tapi kami dengan suami.. ada pelindung.. lain kak ika..".. erk.. errrrrr... (mati akal sudey).. Tangan ana menguis-nguis katil sebab tak tahu nak jawab ape.. huhu... Si Puan Sarah pun tergelak kecil melihat perilaku diri ini.. huhu..Takpe2.. huhu.. Ye la.. keduanya sudah merasai pernikahan itu.. memang patut pun mereka jawab begitu... huhu.. Kepala tertunduk dan semua orang senyap... huhu...

Kak Ika bile nak kahwin?? Yati bertanya.. Erk?? Kepala tertunduk lagi.. kedengaran gelak kecil Puan Sarah.. huhu.. kelu lidah tak tahu nak jawab.. terbayang tanggungjawab dan macam-macam lagi.. Akhirnya tersengih aja sambil tunduk malu.. Huhu.. malu dengan mereka yang berstatus zaujah.. Tak tahu kenapa kalau bicara tentang Nikah. hati jadi malu.. huhu.. kadang-kadang buat-buat tak tahu.. Padahal telinga merah sudah.. Bila orang bertanya tentang ilmu rumah tangga, teori memang ana pakar lah juga.. Hasil pembacaan sendiri.. Keluar semua fakta, hadis, petua orang tua, buku-buku, ustaz.. Lepas tu tersipu malu sebab sedar diri ini masih belum mengalaminya.. Setiap kali dibicarakan tentangnya, pasti ada ayat ini "erk.. ini teori je tau.. saya tak tak nikah lagi.. not base on experience.. huhu..".. Malu-malu.. Lebih-lebih lagi bicaranya dengan orang yang sudah bergelar zaujah.. Me ni siapa aja.. huhu... namun ku hanya menyampaikan apa yang ku tahu.. ( Puan Sarah dan adik Yati gelakkan ana tadi pasal ni.. huhu)..


Huhu.. Malu sudah... sampai sini dulu ya entrinya.. huhu... Assalamualaikum...


p/s : Doakan saja lah ye.. huhu