expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

07 October 2012

Achieve Your Dream!!


Assalamualaikum…

Dah hampir seminggu lebih saya tak update apa-apa entry dekat blog ni. Kesibukkan dengan schedule dan juga urusan study yang lain menyebabkan saya tak mampu nak menaip sesuatu di sini. Semalam ada seorang sahabat bertanya bila lagi nak update blog? Dah seminggu tak diperbaharui. Lalu saya memberikan beribu alasan. Huhu. Bukan tidak mahu update tapi masa itu sangat mencemburui saya. Sekarang lagi busy dengan menyiapkan script untuk mock trial dan preparation yang lain. Mock trial hari selasa ni. Mohon doa agar semuanya dipermudahkan.


Kali ni saya hanya ingin menulis berkenaan dengan dream, impian atau cita-cita. Setiap orang mempunyai cita-cita masing-masing. Cuma bergantung kepada individu tersebut dalam mengatur strategi on how to achieve their dream. Saya juga mempunyai cita-cita yang saya pendam dan inginkan sejak saya berada di tingkatan 1 lagi yakni bergelar seorang peguam syarie. Saya letakkan matlamat saya dengan jelas untuk mengarahkan diri saya ke arah cita-cita saya tersebut tanpa berpaling lagi. Saya masih ingat saya pernah membuat lakaran mengenai impian dan apa yang saya inginkan dalam hidup. Saya tulis bahawa saya ingin mendapat 9A dalam PMR kemudian diikuti dengan SPM dengan mendapat 11A1 dan akhirnya ke UIAM untuk mengambil jurusan Syariah Undang-Undang.  Itu perancangan saya dan saya berusaha  kearah itu tanpa memikirkan perkara lain. Namun lain pula perancangan Allah dimana saya hanya memperolehi 8A1B di dalam PMR pada tahun 2004 dan 9A2B dalam SPM pada tahun 2006. Itu perancangan Allah buat saya dan saya terima kerana itulah yang setimpal dengan doa dan usaha saya selama masa tersebut. Allah itu maha adil dan memberi mengikut apa yang diusahakan oleh hambaNya. Seterusnya dalam permohonan UPU saya tetap letakkan jos pengajian syariah undang-undang sebagai target utama dan  Alhamdulillah saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM dalam bidang Undang-undang. Namun perancangan Allah sekali lagi kerana hati saya yang pada masa itu masih tak keruan dan dilemma dengan keinginan ibu bapa yang inginkan saya menjadi pendidik membuatkan saya keluar dari UIAM untuk berada di IPGM. Saya tidak salahkan sesiapa bahkan itu adalah perancangan Allah yang terbaik buat saya kerana dengan kepergian saya ke IPGM membuatkan saya memperolehi pelbagai hikmah yang telah membentuk diri saya sekarang. Iu adalah tarbiyyah Allah buat saya dan saya amat mensyukuri nikmat tersebut.

i will achieve my dream.. 

Saya masih lagi mencintai bidang perundangan islam dan hati saya tak pernah henti untuk mencapai impian itu. Allah bersama-sama dengan sangkaan mahlukNya dan saya diuji dan tidak dapat meneruskan pengajian di bidang perguruan. Saya tidak bersedih walau sedikit dengan kegagalan itu Cuma saya sedih kerana melihat kepada ibu bapa saya. Bukanlah bermakna saya sengaja menggagalkan diri saya tetapi dek kerana konspirasi dan birokrasi dan juga aturan Allah telah menjadikan ianya begitu. Sememangnya saya sendiri telah jatuh hati dengan bidang perguruan namun tidak kesampaian. Sejak kegagalan tersebut saya tidak patah hati untuk menyambung pengajian saya walau di mana saya berada, walau sepayah mana pun dan akhirnya saya dapat menyambung kembali cita-cita saya dalam bidang Syariah Undang-Undang disini. Ibarat bulan jatuh ke riba. Tetapi masih lagi rindu bidang perguruan yang ditinggalkan hingga saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru satu hari nanti. Namun buat masa ini, saya menetapkan matlamat saya untuk berkhidmat sepenuhnya di dalam profession perundangan islam kerana saya memikirkan tahap kemampuan saya sendiri. Mungkin saya hanya menjadi seorang guru kepada anak-anak permata hati keluarga sahaja dan tak lupa kepada anak-anak saudara saya yang comel-comel belaka.


Begitulah aturan Allah yang sangat cantik jika kita pandang dari sudut hikmah. Berbalik kepada Achieve Your Dream, saya nasihatkan adik-adik dan juga sahabat-sahabat saya agar berusaha sehabis baik untuk mencapai impian anda. Jangan pernah rasa lemah dan rasa diri tidak mampu untuk mencapainya. Achieve your goal selagimana masa masih ada dan anda mampu untuk mencapinya. Each of us have our own ability that given by Allah and it’s just up to us to find it and manage it for our life.  Masih belum terlambat untuk kita merancang dan bergerak kearah itu. Namun dalam merancang juga perlu letakkan rasa redha kerana kita perlu ingat bahawa kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

each person have their own ability.. search for it and use it to achieve  what do you want in this life and for akhirat.. insyaAllah.. 

Satu formula yang ingin saya kongsikan disini buat sahabat-sahabat yang ingin mencapai impian masing yakni



Pertamanya, tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda atau matlamat dalam setiap stage kehidupan anda. Sebagai contoh bagi pelajar diploma seperti saya, selepas diploma ini saya mahu menyambung ke  dalam bidang Undang-Undang Syariah.

Kedua, berusaha untuk mengenalpasti bagaimana caranya untuk anda mencapai matlamat tersebut. Contohnya dengan bertanya kepada pensyarah apakah aspek-aspek yang diperlukan bagi megambil bidang tersebut. Contohnya kalau nak sambung Undang-Undang Syariah, uni mana yang bagus, kemudian search tentang requirement untuk ambil bidang tersebut di uni yang dirasakan bagus.

Ketiga, tulis matlamat anda setelah anda pasti bahawa anda ingin mencapainya mengikut kemampuan masing-masing. Jangan jadi seseorang yang hanya bercerita di atas awan ye.. Buat sesuatu mengikut tahap kemampuan kita. Kenapa kene tulis?? Sebab supaya kita jelas dan tahu matlamat kita disamping motivasi buat diri.

Keempat, bergerak atau berusaha mengikut apa yang telah anda aturkan bagi kehidupan anda disamping berdoa kepada Allah dan bertawakal dengan apa yang dirancangkan.. Jangan lupa hubungan dengan Allah itu kene jaga dan yakin dengan kehendak Allah..

Hm2.. ini hanya sekadar perkongsian yang saya lakukan buat diri saya yang dhaif ini. Buat adik-adik dan sahabat yang lain mungkin ada cara masing-masing.^^…


^^.. Ma'attaufiq wannajah everyone!!..


Akhirnya, saya mendoakan kejayaan sahabat-sahabat saya dan juga saya mohon doa kalian juga untuk kejayaan saya juga.insyaAllah 15hb Oktober akan bermulanya exam week di kampus saya. Saya ucapkan Ma’attaufiq wannajah buat semua sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan. insyaAllah ini merupakan peperiksaan saya yang terakhir di sini sebelum memulakan langkah untuk ke peringkat degree pula.. ^^.. Doakan.. wallahualam.. 

28 September 2012

MAKHLUK YANG BERNAMA THESIS




Assalamualaikum…

Tinggal dua hari atau kurang daripada tu nak masuk bulan Oktober dan saya semakin gelisah dengan timbunan kerja yang banyak. Cuma saya tidak menampakkan kegelisahan dan jiwa kacau itu di depan semua. Biasalah dunia sebagai seorang student dan lebih-lebih lagi student tahun akhir macam saya ni. Timbunan kerja yang banyak dan juga program dan meeting persatuan yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang hayat membuatkan saya kadangkala jadi blur nak buat kerja yang mana satu. Semua kene buat tetapi nak mana satu? Bukan saya tak mencatat kerja-kerja saya tu tapinye… mungkin kesilapan diri sendiri la yang tak pandai manage masa sedangkan tools semua dah ade… itu la kelemahan kita sebagai manusia yang selalu memberi alasan sedangkan semua tu dah ada depan mata..

Tengahari tadi saya dan kawan saya yang mesra lagi cantik ke kuliah helwi dan Alhamdulillah saya memang perlukan motivasi dari Puan Yani yang dikasihi merangkap kaunselor di KIPSAS ni.. penah je pergi bilik beliau mengadu sebab kerja MPP bertimbun dan dengan study lagi, persatuan lagi.. huhu… Selalu juga bincang program dengan beliau.. Puan Yani bagi pengisian tentang persediaan untuk exam.. bagi saya sendiri bukan itu yang saya risaukan… Exam itu biasa.. modus operandi yang biasa untuk setiap institusi pendidikan untuk mengetahui tahap pembelajaran pelajar.. bukan saya tak takut exam, Cuma saya lagi bimbang tentang momentum saya untuk study dan buat kerja-kerja untuk belajar ni.. kadang-kadang saya semacam terdengar echo di kepala saya menjerit.. THESIS!!.. MOCK TRIAL!!.. ASSIGNMNET!!.. EXAM!!.. walau bagaimanapun  saya bukanlah pengidap skizo tapi mungkin hanya psiko..

student life.. huhu.. Banyaknye cacing...
Tadi sempat bertanya camne dengan problem saya ni.. kerja banyak tapi tak tahu nak buat mana satu, tak tahu nak buat mana satu dan akhirnya tak buat.. hehe.. tapi saya bukanlah jenis yang pressure bila kerja tak siap. Bila banyak kerja saya lebih suka bergembira dan menggila dengan kawan-kawan  atau buat usrah yang best dengan adik. Tak pun mengacau orang-orangan di bilik saya... Huhu.. tapi dalam minda masih memikirkan camne nak settle kerja ni.. Puan Yani pun bagi la suggestion macam supaya listkan semua kerja dan susun ikut kepentingan.. heheh.. bukan saya tak buat… saya dah buat.. Cuma tak buat aje… hehehe.. Tapi saya tulis juga balik dan jadikan ia seperti dalam gambar bawah ni..


cantik tak???

Dalam talk Puan Yani tadi pun beliau ada bagitahu supaya seimbang dalam semua benda bila jadi student ni.. Psikologi, Mental, Fizikal, Rohani… Betul..betul dan betul.. saya setuju sangat-sangat.. sebenarnya nak dapatkan semua ni kan kita kene lah settlekan hubungan dengan Allah tu macam mana. Persoalan aqidah kita macam mana. Sebab aqidah yang sohih dan sihat ni akan melahirkan diri kita sebagai individu yang sihat juga dalam bab pemikiran dan perbuatan kita.. Ha.. bagi adik-adik usrah saya, ingat tau benda ni.. jangan sedih-sedih sangat.. Allah ada bersama kita.. Bila kita kenal Allah, kita akan taat padaNya dan taat rasulNya.. kemudia kita laksanakan ibadah pun kerana Dia dan setiap perkara kita buat kerana  Allah itu akn diberi pahala ibadah.. Apabila ibadah kita sempurna, akan membina hati yang sihat dan akhirnya membuahkan akhlak yang baik dimana akhlak ni memainkan banyak perkara dalam kehidupan kita.. kan?? Jadi Aqidah islam ni sempurna tak adik-adik?? Yee… sempurna.. bagus adik-adik..^^.. Alhamdulillah kita dilahirkan di dalam islam..Jadi sama tak dengan apa yang Puan Yani sampaikan dengan apa yang islam ajar?? Sama… itulah bestnye Islam..

hidup bersyariat.. hadiah bermanfaat..

Ape-ape pun saya kene berazam untuk siapkan kerja-kerja saya ni secepat mungkin.. huhu… sempat juga minta kebenaran Puan Yani untuk hantar kerja kelas next week.. Arigato Puan Yani.. hehe… Ok la ye.. sampai sini dulu ye… wallahualam.. selamat hari jumaat..


P/s : malam ni khabarnya ada ceramah ustaz don dekat padang kipsas sempena karnival kemerdekaan tak silap.. jom pegi jom.. ^^

24 September 2012

IMPIAN KORBAN IMPIAN


Assalamualaikum…

Dah hampir 2 minggu saya tidak update apa-apa disini.. saya andaikan bahawa blog saya ini adalah kayu ukur tahap muhasabah saya dengan Allah swt. Apabila saya jarang menulis dan bermonolog dengan diri sendiri, bermakna saya kurang muhasabah diri saya. Moga Allah ampunkan diri saya ini. Di tengah kesibukan belajar dan berpersatuan kadangkala membuatkan saya lupa untuk memikirkan tentang diri saya. Moga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada saya seiring dengan kesibukan sebagai seorang pelajar. Moga diri saya juga sempat untuk memikiirkan dosa, kemaksiatan yang saya lakukan walaupun sedikit kesedaran yang hadir supaya saya tidak terus leka.. itulah kehidupan seorang manusia yang sentiasa bermain tali diantara kebaikan dan kemaksiatan. Yang mana imannya kadangkala naik dan adakalanya jatuh.. namun diharapkan jatuhnya kita bukanlah sehingga tidak mampu bangkit lagi.. nauzubillah.. teruskan berjuang wahai diriku dan sahabat.. berjuang untuk kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak.


Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang kehidupan saya dan diri saya yang punya impian. Impian yang terpaksa dikorbankan dengan impian juga. Melihat kejayaan seorang sahabat yang berjaya bergraduasi sebagai pelajar degree membuatkan saya menangis kerana dua perasaan yang berbaur. Pertamanya, terharu melihat sahabat yang sering bersama bergraduasi dan segak bersama jubah dan scroll yang diperolehi. Segala titik peluh, jerih, payah beliau terubat. Ayah sahabat saya tu pun turut menangis di sepanjang majlis konvo berlangsung. Bangga dengan percampaian anaknya. Dan perasaan kedua saya ialah.. bila saya akan memperolehi kegembiraan seperti beliau.. saya menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjuang sehabis-habisan demi impian saya dan juga membanggakan kedua mama dan abah.. mungkin bagi sesetengah orang menganggap belajar hanya sekadar untuk segulung ijazah itu bukanlah apa-apa. Benar.. tapi saya bukanlah sekadar mahu mengajar segulung ijazah itu.. saya juga mahu memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan di lapangan ummah. Cuma itu adalah satu kejayaan buat saya sekiranya dapat mencapai tahap yang tertinggi dalam kehidupan saya. Satu kepuasan.




Saya katakan bahawa impian saya perlu kepada pengorbanan impian yang lain kerana sememangnya di dalam diri setiap insan ada impian di dalam hidup yang diinginkan dan saya fokuskan disini adalah sebagai seorang gadis, wanita atau perempuan. Adalah impian saya sendiri yang saya terpaksa korbankan demi mencapai kejayaan di dalam pelajaran terlebih dahulu. Sebab saya melihat untuk memegang semua tanggungjawab serentak itu tidak mudah bagi saya. Cumanya say berserah kepada Allah yang mengatur hidup saya. Cuma yang mampu saya katakan ialah saya tidak mampu untuk memiliki pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama walaupun hati kecil saya rasakan bahawa saya mampu. Cumanya di alam reality saya bimbang saya tidak mampu untuk melunaskan semua perkara. Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.. namun, Allah swt punya kuasa untuk memampukan saya..  Kita hanya merancang..

Buat adik-adik saya yang masih belajar dan menuntut ilmu seperti saya, jangan mudah putus asa di dalam menuntut ilmu. Teruskan belajar dan jangan buang masa. Saya teringat kata-kata mama                 “ "belajarlah selagimana mama dan abah masih mampu cari duit untuk ika belajar” . Buat adik-adik juga, manfaatkan masa muda dengan perkara yang bermanfaat dan jangan pernah leka dalam menuntut ilmu. Tinggi darjatnya disisi Allah orang yang menuntut ilmu.. selamat menuntut ilmu semua.. wallahualam.

p/s : moga dipermudahkan Allah untuk siapkan THESIS..


08 September 2012

Perkahwinan bukan kisah dongeng


Assalamualaikum…

Saya masih kepenatan dengan kesibukan waktu siang tadi menjadi driver dan juga berniaga untuk persatuan kami. Namun saya gagahkan jua diri ini untuk menulis sesuatu yang menjadi perkara yang saya bimbangkan sekarang dan mungkin juga bukan saya bahkan mereka yang mengerti erti perkahwinan dan telah melaluinya dengan penuh mencabar.

Saya teringat kata-kata seorang murobbi saya yang juga seorang senior saya, seorang peguam dan juga seorang isteri. Dunia perkahwinan itu tak seperti yang kamu bayangkan. Itu katanya. Saya rasa saya mengerti maksud ustazah itu tapi saya tak tahu orang lain. Apa yang saya dapat tangkap ialah ustazah menujukan kata-kata itu kepada golongan yang menganggap perkahwinan itu selalu indah. Bersuami, punyai anak, hubungan yang halal, kemanisan dalam berumah tangga. Hakikatnya saya memandang perkawinan itu jauh lagi. Perkahwinan itu ada sedikit kemanisan pada awalnya, kemudian gelora yang kadang-kadang kecil dan kadang-kadang besar yang boleh menyebabkan berlakunya konflik apabila dua pandangan atau sikap yang berbeza tidak dapat disatukan, kemudian disertai dengan tanggungjawab yang sangat berat, sehingga kita boleh terlupa bahawa kita harus mencintai pasangan kita, dan sedikit kemanisan lagi bila sesuatu masalah dapat diselesaikan bersama. Sekiranya perkahwinan itu seperti yang dianggapi oleh ramai pemuda dan pemudi zaman sekarang ini, pada pendapat saya ramai yang akan jemu kerana si isteri asyik mahu dibelai, sang suami pula pening kepala nak melayan kerenah si isteri, kemudian asyik berpegangan tangan, bahagia dan sentiasa seronok dalam rumah tangga. Berkejar-kejaran bak pelakon Hindustan. Demi Allah itu semua khalayan. Sedar tak sedar diri sendiri sudah terkasima dengan semua itu lalu jiwa memberontak mahu kahwin awal walau assignment sendiri tidak mampu dilunaskan.

Saya terkasima dan terkejut melihat satu gambar di facebook berkenaan dengan ruang-ruang di antara jari seorang wanita. Disitu ditulis bahawa kenapa Allah jadikan ruang-ruang itu adalah untuk dipenuhi dengan jari jemari suami kita nanti. Lalu buat sang teruna dan dara dan juga mereka yang beragama mula berkhayal. “Saya mahu ruang jari saya dipenuhi oleh bakal suami” “ saya menanti seseorang yang bakal memenuhi ruang antara jari saya” Subhanallah.. mudah benar ya kita terperangkap.. Di waktu sahabat saya menambah “ mane hadis kate macam tu?” dan respon saya pulak “rasenye penah dengar pasal ruang antara jari ni cuma pasal anggaran jarak hari kiamat dengan zaman nabi dulu.. itu ade le..” adakah sahabat-sahabat semua pernah terkena? Berfikirlah secara rasional  wahai sahabat yang saya sayangi.

Maaf jika saya seperti menentang fitrah anda semua yang ingin dicintai dan sebagainya dalam keadaan yang halal. Tetapi saya tidak menolak fitrah itu, saya cuma menyampaikan satu pencerahan yang sekadar saya mampu supaya sahabat saya sedar akan keadaan ini. Saya berbincang dengan seorang teman yang sudah berkahwin yang melaluinya sendiri. Bukan dengan membuat penilaian saya sendiri.

Iye.. bukan tak ada kenikmatan dan kemanisan dalam perkahwinan.. tetapi berpadalah dalam membayangkan atau mengimiginasikannya. Dan ditambah pula dengan pelbagai ayat provokasi yang hanya akan menambahkan lagi bunga-bunga cinta kemaksiatan di taman larangan. Sedar diri dari khayalan dan cuba mengkaji apakah perkahwinan itu sebenarnya. Dan saya sarankan buat semua yang bakal mendirikan rumah tangga agar memahami psikologi seorang wanita dan lelaki. Jika kita tak kenal siapa itu wanita atau jejaka, masakan kita dapat mengenali pasangan kita dan belajar memahaminya. Pemikiran seorang lelaki atau wanita itu adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum kita menerokai pelbagai lagi pemikiran pasangan. Dan saya juga menyeru agar sahabat-sahabat menyelami diri adakah diri sendiri itu bertanggungjawab untuk diri sendiri. Cuba juga selami erti perkahwinan yang sebenar. Bukan hanya asyik bercinta dan bercinta sehingga terlupa dalam melayari bahtera ada jerung yang menunggu mangsanya. Hasil perbincangan dengan sahabat saya tadi juga saya membuat kesimpulan secara saintifik bahawa konflik rumah tangga adalah pengstabil dalam keharmonian rumah tangga yang mana perlu diadunkan dengan mengikut kebijaksanaan setiap pasangan. Dan hasilnya insyaAllah bahagia hingga ke syurga.  Wallahualam.

Dari diri yang belum berkahwin tetapi cuba memahami  dan belajar dengan mereka yang melaluinya.