Baru je 3 minggu puasa.. raya pun lagi seminggu lebih, lagu raya berdentum-dentum kat mane-mane even kat kolej sekalipun.. Actually awal ramadhan pun semua dah siap pasang lagu raya.. hm2...
Assalamualaikum.. lame dah tak menaip kat sini.. laptop rosak.. kemudian masalah kesihatan, kesibukan belajar.. takpe la kan.. lagipun.. ade ke yang sudi menanti entry-entry ana ni?? =).. kalau ade, terima kasih atas penghargaan itu..
Alhamdulillah sudah hampir kita kepada 10 hari terakhir Ramadhan yang mana pada waktu ini insyaAllah sesiapa yang benar-benar bertaqwa di dalam menjalani ibadah puasa akan terlepas daripada azab api neraka Allah insyaAllah.. Namun begitu berapa ramai yang sedih dan pilu meninggalkan ramadhan ni?? Yang ana nampak dan mungkin pada diri sini yang banyak khilaf ni, susah benar nak rasa sedih bila Ramadhan berlalu.. yang diingatkan cuma tak lama lagi nak raya.. Hoooray.. Hm2.. lagu raya berkumandang di sana sini.. lemahnya umat akhir zaman yang diuji.. kan2??
sahabat - sahabat... sempena bulan Ramadhan ni sepatutnya kita mengambil masa dan peluang untuk beribadah dengan sebaik mungkin dan kita mengejar keredhaan Allah.. insafi diri kita bagaimana ramadhan yang aku alami untuk kali ini.. Ramadhan merupakan bulan di mana kita tidak di goda oleh syaitan dan iblis tetapi hanya nafsu di dalam diri yang menguji.. makanya bulan Ramadhan ini merupakan bulan di mana manusia itu menjadi dirinya sendiri.. jadii.... kita macam mane ye??
Ana tertarik dengan cara penyampaian radio ikim sebab pernah sekali tu terdengar satu sesi dialog pendengar dengan penyampai radio.. pendengar itu mahu buat permintaan lagu raya.. namun penyampai radio itu dengan berhikmah menyatakan bahawa buat masa sekarang radio ikim mahu mengimarahkan Ramadhan dan lagu raya tak dapat diputarkan.. =) Bagusnya.... macam tu baru betul...
Ana juga melihat taktik penjual-penjual di pasar raya dalam melariskan hasil jualan.. Dipasangnya lagu-lagu raya yang menghangatkan suasana.. ana membuat hipotesis sendiri.. ' Semakin banyak lagu-lagu raya dipasang semakin galak manusia membeli dan membazir' betul tak? Hipotesis itu boleh diterima atau ditolak oleh anda semua..=) itu hanya pandangan ana yang lemah ini.. tapi mungkin juga benar.. hehe.. cubalah buat pemerhatian kat mana-mana pasar raya.. hehe
Ape-ape pun, kesimpulannya ana menyeru adik-adik, kakak dan abang supaya kita memuhasabah diri kita bagaimana diri kita sepanjang bulan Ramadhan ini.. Raya tu nanti-nanti dulu la.. hehe.. insyaAllah tak kemana.. ok ye?? Maaf salah silap.. assalamualaikum.. =)