expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

30 December 2011


Assalamualaikum…



Bila kita sakit, kita perlukan ubat untuk sembuhkan penyakit kita dan bila dah makan ubat. Dengan izin Allah kita akan dapat balik kesihatan fizikal kita. Begitu juga dengan syariat yang Allah turunkan kepada umat manusia sebagai hambaNya. Semua syariat yang Allah turunkan adalah bagi menjaga “Maqasid Syar”iyyah” yakni jiwa, nyawa, harta, keturunan dan juga agama. Untuk menjaga jiwa Allah swt mengharamkan arak yang merupakan ibu segala kemaksiatan. Untuk menjaga nyawa, Allah swt mensyariatkan hukuman Qisas yakni balasan bunuh balik bagi seorang pembunuh yang membunuh dengan sengaja dan skop perbahasan tentang hukuman Qisas itu sangat panjang lebar untuk diterangkan. Untuk menjaga harta, Allah swt mengharamkan riba dan dikenakan hukuman hudud potong tangan bagi si pencuri yang disabitkan bersalah mengikut syarat-syarat yang tertentu. Bukan semua kesalahan mencuri itu disabitkan dengan hukuman potong tangan dan ada perbahasan mengenainya. Sengaja ana jelaskan disini kerana bimbang para pembaca salah faham tentang hukuman Allah swt ini. Mereka yang mempelajari Syariah Islamiah insyaAllah akan mengetahui tentangnya apabila membicarakan mengenai bab Jenayah Islam. Dan bagi menjaga keturunan, Allah swt mensyariatkan perkahwinan bagi menjaga nasab dan mengharamkan perbuatan zina yang mana ada juga hukuman hudud yang had daripada Allah yang dikenakan ke atas penzina. Bagi menjaga agama pula Allah swt menghukumkan hukuman bunuh bagi mereka yang murtad bagi memelihara kesucian Islam dan itupun terdapat perbahasan mengenainya yang perlu dikupas bagaimana sampai kepada hukuman bunuh oleh pemerintah itu.


Sebenarnya ana tidak mahu membicarakan tentang hukuman hudud disini walaupun ianya merupakan subjek yang hangat diperkatakan sekarang. Ilmu masih belum cukup di dada untuk membahaskannya namun tidak pernah menggoyahkan hati ini untuk yakin dengan perintah Allah taala ini. Ana mahu membicarakan penyakit yang mungkin menimpa anda, anda dan juga mungkin penulis ini sendiri. Penyakit yang ingin ana fokuskan disini adalah berupa penyakit hati yang hanya individu itu sendiri perlu merawatnya dengan bantuan dari Allah swt. Penyakit hati atau maksiat hati ini bukan kita tidak perasan berlaku di dalam hati kita. Kadang-kadang tu kita tahu ubatnya dan berusaha untuk dapatkan ubatnya namun Allah swt masih menghalang atau menyekat kita daripada mengambil ubat itu. Kenapa ye? Allah swt Maha Mengetahui segala setiap perkara yang berlaku pada hambaNya. Bersangka baik lah. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat segala-galanya untuk ubati sakit kita tu. Mujahadah kita, Ibadah kita, amalan kita tapi kenapa still penyakit itu masih ada? Dan kita mula mengeluh, Ya Allah aku bukan wali untuk menahan segala gejolak hati dan godaan syaitan durjana. Aku hanya manusia biasa yang banyak kelemahannya. Berhentilah daripada mengeluh dan berfikiran positif. Mungkin masih ada jalan yang kita belum lalui dan mungkin juga kita tahu jalan itu merupakan ubat pada kita tapi kita takut, bimbang dan tidak mahu menghadapi jalan itu sebab kita tahu ianya menyakitkan diri kita. Tapi di dunia ni memang pun tempat untuk kita berpenat lelah dan bersakit-sakit untuk dapatkan kebahagiaan hakiki.



Sesungguhnya apabila Allah nak tingkatkan martabat seseorang hambaNya, maka pasti akan diuji hambaNya itu. Jadi kita diuji untuk diberikan hadiah dariNya. Ya.. memang sakit diuji, bermain dengan emosi, menangis dan kadangkala kita sendiri kemurungan. Melihat orang lain gembira dan mudah sahaja jalan yang mereka lalui. Mana kita tahu? Mungkin dia sudah mendapat habuannya setelah diuji Allah swt. Tetapi Allah mahu tarbiyyah kita lagi. Maka bersabarlah, bilang pada hati supaya bersabar dan cuba untuk mujahadah yang sungguh-sungguh. InsyaAllah akan ketemu dengan jalanNya dan cintaNya. Yang menghalang dan memudahkan itu Allah, jadi kenapa perlu dirisaukan wahai sahabat dan juga pesan buat diri. Semuanya datang dari Allah dan pinta pada Allah. Jangan bersangka buruk padaNya.. Allah sayang hambaNya..

Maka, cheer up my dear friends. Don’t be sad and rasa susah untuk hadapi jalan yang telah terbuka luas untuk kita petik tiket ke syurga.. Terima dengan hati terbuka.. InsyaAllah Dia maha mendengar… Smile..

27 December 2011

Ups!! I forget again!!

Assalamualaikum..

Pernah atau tidak anda semua terlupa sesuatu dan cuba untuk mengingatinya kembali sehingga buat anda rasa gelisah dan kadang-kadang tak tenang, geram dan nak marah bila tak dapat mengingatinya kembali.. Ada juga orang yang tak kisah bila dia terlupa sesuatu.. Tapi orang akan kisah bila dia lupa sesuatu yang sangat penting dalam hidupnya.. Sebagai contoh orang yang memakai cermin mata mungkin akan rasa kehilangan jika dia lupa dimana letaknya cermin mata mereka.. Dan semestinya itu berlaku kepada diri saya sendiri yang bercermin mata.. Cermin mata bagaikan one part of my life.. tanpanya saya mungkin akan terjatuh di dalam longkang bila berjalan dan itu telah berlaku!! 



Cermin mata atau harta benda itu adalah perkara yang manusia buat dan kalau bergantung padanya memang hidup kita tidak akan kemana walaupun semua tu merupakan sebahagian tool dalam kehidupan manusia.. Tool yang memudahkan urusan setiap manusia mengikut kehendak masing-masing.. Tap macam mana kalau kita ni lupa siapa pencipta kita? Lupa untuk kembali dan bergantung harap kepadaNya?? Agak-agaknya la kan, ape jadi kepada kite ye? Allah itu tiada ganti, tiada dua dan lagipun Dia la yang menciptakan akal manusia untuk buat all the things yang kita use as a tools for us to going through this life.. kalau tak pakai cermin mata, sekuarang-kurangnya kita masih boleh meraba-raba dan nampak walaupun kabur bila nak berjalan.. Tapi kalau tanpa Allah, hidup kita ni nothing sebab we can't live without His permission.. Right?? Semalam di "taman syurga" yang diberikan oleh ayahanda ustaz nazri ada menerangkan tentang perkara ni.. tanpa Allah, kita tak mampu bercakap bahkan bernafas sekalipun.. Tapi He stiil give us anything we want in this world although human betray Him or do not obey Him.. Sebab Dia tak bergantung pada manusia.. Dia Maha Kaya..


Dalam kehidupan saya, diakui bahawa diri ini pernah terlupa dan terleka!!. Keep on blamming other things when something happen dan selalu sangat rasa sedih hati.. Bila muhasabah diri, still xdapat cari punca kenapa saya kehilangan semangat dan kekuatan saya yang dahulu.. Benar-benar kesesatan saya ini dan buta dalam mencari jalan pulang.. Terlalu sibuk dengan hal dunia membuatkan saya jadi buta.. Bukan saya menyalahkan kesibukkan itu, tapi diri saya sendiri yang membiarkan diri ini mengikuti jalan yang menghanyutkan saya.. Sesungguhnya jawatan itu satu ujian buat saya bila mana saya mula sibuk dengan gerak kerja, meeting dan sebagainya sehingga lupa untuk berterima kasih kepadaNya. Lupa apa tujuan saya dihidupkan di atas dunia ini. 

Dan saya kembali kepadaNya.. Merenung kesilapan diri di rumahNya.. Hurm.. sudah lama tidak berkunjung ke rumahNya sedangkan saya mengharapkan mereka semua berkunjung ke sana.. Selalu saya ingatkan orang lain bahawa Allah sangat benci kepada orang yang menasihati orang lain tapi diri mereka sendir tidak melakukannya. Terkena pada diri sendiri dan telah mengundang kemurkaanNya. Ya Allah.. patutlah lama dibiarkan saya ini sesat mencari jalan pulang dan alhamdulillah telah diberi jalan itu kembali.. telah diberi cahaya itu kembali.. dan yang diperlukan sekarang ini ialah kekuatan dalam diri.. Sahabat terdekat saya berkata kepada saya yang dia mahu menegur saya sebenarnya. Tapi mungkin bimbang saya terasa agaknya. Dia bimbang kerana saya sudah jarang ke rumah agam Allah.. Dan selalu sangat bersedih hati dan menyalahkan orang lain apabila berlaku masalah pergolakan dalam diri.. Dan kepada sahabat saya itu, tegurlah selalu diri ini..

Walaubagaimanapun Ya Allah.. i'm still searching for You although it's hard.. Please forgive me and help me to find my way.. =)

26 December 2011

Erti Hidup

Assalamualaikum...

Bangun pagi, solat subuh kemudian menuju ke bilik TV sambil melayari internet.. Blok Asrama Iffah sunyi je sebab ramai yang pulang ke kampung.. Buka tv dan dihidangkan dengan cerita-cerita mereka yang memburukkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.. Hurm.. Moga Allah bagi hidayah.. Dalam fikiran ni macam-macam perkara yang difikirkan.. Kenapa Allah ciptakan ana??

Hari-hari ana berlalu dengan tarbiyyah Allah swt yang telah membina diri ini untuk tabah menghadapi dugaan hidup. Mentarbiah dan ditarbiah untuk menjadi salah seorang kader dakwah, penyambung rantai-rantai perjuangan Islam. Namun Allah uji hati ini dengan masalah yang menyebabkan ramai para pejuang yang tercicir  dalam perjalanan. Diri ini takut kalau satu masa nanti diriku juga akan begitu.. Melihat wajah adik-adik usrah yang begitu mengharapkan tangan mereka digapai untuk bersama-sama dalam jalan perjuangan. Wahai adik-adik ana, kekanda kalian ini juga gusar dihatinya.. bimbang jika di dalam diri ini ada bayangan munafiq.. Namun ana tetap cuba untuk bangkit dan membersihkan hati demi perjuangan ini.. IKHLAS, JIHAD, PERJUANGAN.. Allah..

Melihat video Sheikh Habib Umar buat ana tersentuh tatkala beliau menceritakan mengenai kecintaan sahabat-sahabat terhadap Kekasih Allah.. Bila diteliti hati ini, jiwa ini, air mata menitis.. Ya Allah, Ana mahu hidup ana benar-benar di dalam lindunganMu, tapi Kau uji diriku dengan halangan-halangan untuk ana capai kemanisan dalam agamaMu.. Ujian itu berat.. sangat berat.. Namun ana berharap agar Kau permudahkan dan kurangkan halangan itu Ya Allah..

16 December 2011

Yang Selalu Mengalirkan air mata

Assalamualaikum...

Kaifa halukum sahabat-sahabat semua.. Semoga sihat semuanya dalam lindungan Allah swt. Siapakah yang selalu mengalirkan air mata? Diriku yang selalu mengalirkan air mata dengan kejutan demi kejutan yang Allah berikan. Tak kira nikmat atau ujian yang menyakitkan. Ana menangis bukan beerti ana kememe atau mengada-ngada. Tapi hakikat kejadian diri ini yang sangat mudah menangis. Masalah demi masalah datang bertalu-talu dan kadang-kadang ana merasakan otak ini sudah tidak mampu untuk berfikir sendirian lagi. Terfikir mengenai orang-orang yang hebat dalam berjuang, bagaimana mereka dapat menghadapi seribu satu masalah dan menyelesaikannya satu persatu. Tapi diriku ini punya kelemahan makhluk dan kemampuan yang Allah berikan itu berbeza-beza.

Alhamdulillah satu bebanan amanah bakal dilepaskan mulai 21 Disember ini dan ana mula mencari langkah untuk kembali kepada gerak kerja asal dan tanggungjawab yang lebih mencabar disini. Di saat itu juga datang pula ujian lain yang melanda yang membuatkan satu persatu adik-adik ana mungkin ada yang tidak tahu nak berbuat apa-apa. Ada juga yang tetap berdiri teguh mempertahankan apa yang haq dan ada juga yang gugur dek kelalaian dunia. Allah.. bagaimana mahu disatu semua ini? Salah diriku kah? lalu ana menangis lagi.. Melepaskan segala cas negatif dalam diri. Datang pula persoalan mengenai kehidupan yang bakal dibina. Allah, bagaimana pula mahu menyelesaikan permasalahan ini. Satu demi satu wahai diri. 

Ana pujuk diri. Ya Allah, ana bersandar segalanya padaMu. Jika apa yang terjadi buat kami ini terbaik untuk kami demi meneruskan rantai dakwah ini, maka kami rela diuji, disisihkan dan dibiarkan. Yang penting semuanya ikhlaskan niat dalam berjuang. Allah sedang menapis siapa yang akan berkerja untuknya. Maka semua perlu thabat dalam jalan dakwah ini biarpun kita punya pelbagai rintangan. Dan tentang masalah yang lagi satu itu, Ya Allah ana hanya berusaha dan keputusannya adalah ditanganMu. Engkau yang berhak mengatur segala agenda dalam kehidupanku dunia dan akhirat dan ampunkan segala kesalahan dan kejahilanku. 




Dalam tangis itu ada penyesalan, dalam tangis juga ada penyelesaian. Ana berjalan dan memujuk diri bahawa Allah sedang memerhatikan ana untuk menempuhi kehidupan ini dan kelak Dia akan berjumpa dengan ana untuk memberikan pemarkahan yang telah dinilai sepanjang ana hidup di dunia. Jika ditanya pada diri, mahu sahaja ana melakukan perubahan di dunia ini. Jika ana ada kuasa, pasti akan ku gubah semuanya mengikut apa yang Dia mahukan. Tapi sesungguhnya ana insan kerdil yang dalamnya bukan biasa-biasa tetapi mahu dilihat seorang yang sederhana. Dalam hati ini hanya Dia yang mengetahui segalanya. Dosa, kebaikan, iman, nafsu. Semuanya dinilai oleh Dia. 

Ya Allah semoga Engkau redha hidupku dan matiku serta akhiratku.. ameen...

Sesungguhnya hidup ini sentiasa diuji...

13 December 2011

Fasa Baru

Jangan patah semangat...
Assalamualaikum..

Semua orang akan melalui satu fasa baru dalam kehidupan dan setiap orang akan mengalaminya dalam keadaan yang berbeza mengikut aturan Allah swt. Kadangkala fasa yang berlaku itu sesuatu kejutan yang tidak terjangka oleh kita sendiri. dan kejutan demi kejutan itulah yang sepatutnya seseorang itu semakin tunduk dan patuh dengan perintah Allah swt sebagai tanda syukur atas nikmat dan ujian yang diberi kerana ianya semuanya adalah demi untuk meningkatkan keimanan manusia itu sendiri.

satu fasa yang baru bakal menjemput diri ini yang masih ragu-ragu dan bimbang untuk melangkah ke fasa baru. Layakkah aku? Mampukah aku? Bagaimana aku bakal menghadapinya? Semuanya bermain di fikiran sehingga timbul perasaan takut untuk menempuhi jalan itu. Fasa itu sememangnya impian di jiwa yang setiap hari di doa. Namun apabila jalan kemudahan satu persatu terpampang di depan mata, hati mula gundah gulana. Terkejut. Begitu cepat Allah mudahkannya sedangkan diri ini pernah merungut betapa panjangnya ujian Allah yang melanda jiwa. Namun tatkala nikmatnya datang, terus lupa kesakitan yang lama itu. Subhanallah. 

Kini, satu jalan telah terbuka walaupun yang 50% daripadanya. Masih menanti keputusan yang terbaik dari Allah swt buat diri ini. Moga kalam yang keluar dari bibir ini adalah kalam yang lahir dari hidayah Allah yang telah ditentukan qada' dan qadarnya. Semoga setiap apa yang berlaku kepada diri ini adalah berada di dalam kehendakNya yang telah ditentukan di luh mahfuz. Ya.. perkara itu sememang sesuatu keajaiban, namun inilah indahnya aturan Allah..

Moga setiap yang berlaku dalam hidupku ini adalah yang Allah redha dan dapat aku terima dengan sabar dan taat.. wallahualam..

10 December 2011

Sekarang atau nanti?? Dilema

Assalamualaikum...

Hujan renyai-renyai di "bandar KIPSAS" dan ditemani dengan muzik klasik yang sentimental. Ana sememangnya peminat lagu-lagu berbentk sentimental begitu dan bukanlah sebab melayan perasaan. Cuma muziknya lebih bertenang dan rileks.. 

Ana dalam dilema ni... Mahu ianya disegerakan atau nanti?? Suatu persoalan yang sangat rumit. Tidak mahu berterus terang apa yang dimaksudkan tajuk entry kali ini. Pembaca boleh membuat penilaian sendiri. Ada benda ana lebih suka rahsiakan dan ada benda yang ana suka untuk berterus terang.

It's very complicated for me.. Them said that i must finish my diploma first and they said that it is good to make it come true rite now. Oh no.. Which is i should choose?? I don't know coz i really don;t know what is the best for me in HIS view. They had done it and said that it give them strenght, hope, and help them lots. And the other side said that should finish study coz it can distrupt your study if you do it rite now.. oh Allah.. What is the best for me?? I don't know.. It seem like a pressure for me sometimes. Hm2.. 

When i'm looking towards the pro and cons, it seem like is better if i'm do it rite now. But i feel afraid to making  a decision which is will make "them" feel uncomfortable with what i'm choosing. I know it because they also afraid if i can't do better in my study. Hurm.. i need somebody to talk about my dilemma rite now..

Dear Allah.. please help me... 

05 December 2011

Baby, Lesen dan Semester Baru

Assalamualaikum...

Hampir sebulan meninggalkan ruangan blog in tanpa diisi dengan apa-apa entry. Sibuk bercuti dan dalam masa yang sama ana tidak dapat buat capaian internet di rumah.(ayatnya begitu skema). Banyak perkara yang ingin diceritakan tapi kadang-kadang hanya berlalu begitu sahaja. Hm2.. Ayat-ayat Cinta Nurul semakin hari semakin berbunga-bunga pula. Minta maaf ya kalau terlalu melalut ayatnya. Kali ni Nurul mahu kongsikan perkara baru dalam kehidupan Nurul. Alhamdulillah waktu cuti semseter yang lepas Allah telah kurniakan kepada family Nurul seorang mujahidin yang comel. Wan Anas Solihin Bin Wan Mohd Sharif, anak saudara Nurul yang kedua daripada kakak Nurul yang kedua juga. Jadi sekarang Nurul dah tambah sorang lagi collection anak saudara. =). Selamatkan dilahirkan secara "separa manual" pada 15 November yang lalu. Sama tarikh lahir dengan paksunya, Hamdan. Kenapa separa manual ye? Sebab kakak Nurul memang melahirkan tanpa operation kemudian baby disedut dengan vacum. Nurul dapat serba sedikit pengalaman situasi orang yang bersalin dan memang bila dengar pengalaman kakak ni ada yang menggembirakan, ada yang menggerunkan dan ada juga yang ajaib. Kuasa Allah...

Anas tidur... comei...

Sempena cuti semester yang lepas juga, Nurul akhirnya berjaya memperoleh lesen bawa buraq. Huhu.. Lesen P untuk memandu. Sepanjang minggu terpaksa dikorbankan untuk belajar memandu sahaja. Nurul tekad untuk dapatkan lesen memandu untuk kemudahan perjalanan dakwah dan perjuangan Nurul disini. Muslimat perlu ada skill untuk memandu dan juga lesen itu sangat penting tau. Bukan memandu ke arah kemaksiatan tetapi ke arah kebenaran. kalau ikutkan, Nurul tak mahu ambil lagi lesen sebab tak mampu pun nak belik Buroq lagi. tapi demi perjuangan dan dakwah, harus belajar dan dapatkan lesen untuk bantu Islam. kan? Nabi Muhammad pun ada menyuruh pemuda Islam belajar memanah, berenang dan menunggang kuda. Ana takde kuda, tapi teringin jugak kan?? Alhamdulillah walaupun waktu test JPJ tu markah sipi2 je. nasib baik pas jugak. 


Belajar memandu...huhu

Alhamdulillah juga Nurul sekarang berada di semester 5 tahun 3. Masih berbaki satu sem sahaja lagi untuk menghabiskan pengajian disini dan disambung ke peringkat ijazah pula nanti insyaAllah. Alhamdulillah juga Nurul berjaya menaikkan kembali result Nurul yang jatuh semester sebelum ni. Semester ni makin bertamabah berat dengan tiga subjek yang ada 3 jam kredit. Doakan Nurul tau. Semeseter ni jugak Nurul masih stay dibilik lama. hehe.. Alhamdulillah dan masih lagi memegang jawatan MPP sebagai Exco Akademik. Tapi takpe sebab bakal menghabiskan tanggungjawab tu lagi 3 minggu. Lama jugak la pegang MPP untuk kali ni. Kemudian Nurul mahu tumpukan kepada Aman's Club. Harapan Nurul agar ada satu perkara yang dapat Nurul sumbangkan kepada Islam disini. Masa yang masih berbaki dan tersisa ni Nurul mahu fokus kepada perjuangan Nurul sama ada gerak kerja Islam atau study Nurul. Banyak cabaran yang perlu ditempuh tapi takpe sebab itu semua pengalaman yang perlu dikutip sebab medan perjuangan yang sebenar lagi berat daripada situasi Nurul sekarang. Moga Allah bagi kekuatan kepada Nurul dan sahabat-sahabat yang lain. Mohon doa dari kalian untuk mendoakan perjuangan kami disini ya.. 



Jangan jadi macam ni...


setakat itu dahulu story Nurul.. InsyaAllah lain kali dikongsi lagi ya.. salam sayang buat kalian... =)

01 November 2011

Control jiwa dan jadilah tupai

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan segala kurniaan Allah buat diriku dan sahabat-sahabatku.. Kurniaan Allah itu tidak berpenghujung walaupun sedikit, walupun di mata manusia ianya sesuatu yang pahit untuk ditelan.. Namun andai kita manusia ini dapat melihat dengan PANDANGAN PENCIPTA maka ianya akan dirasakan suatu kurniaan yang tidak terhingga.. Kita diuji dan orang lain lagi dasyat ujiannya..

Ana melihat seorang demi seorang sahabat disekeliling dan masing-masing diuji mengikut kemampuan masing-masing.. Dan berbahagialah buat mereka yang tetap sabar dalam menjalani ujian hidup ini.. Ingatlah Allah amat menyayangi hambaNya.. Jika kamu diuji didunia sekalipun, relakanlah.. relakanlah.. kerana dunia ini sememangnya tempat untuk diri kita diuji.. sekiranya berjaya menghadapi ujian itu, maka Allah akan menaikkan darjat keimanan kita.. Allah makin sayang.. Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa.. Bila akhir semester, ada final exam nya... ada pointernya.. kalau tak lepas, kena la repeat lagi kan sehingga berjaya.. Hebat benar Allah itu mengatur hidup manusia sesuai dengan fitrah manusia.. Islam tu bukankah agama fitrah.. fitrah manusia itu selayaknya diuji untuk dapatkan keredhaan Allah.. Jika exam di kampus pun boleh lepas dengan usaha yang sungguh-sungguh, masakan tidak ujian Allah itu ditempuhi dengan sungguh-sungguh juga kan??


don't give up and control yourself


Mendengar sedikit peringatan di laman maya.. "Kita perlu fokus kepada perkara yang kita boleh control bukan perkara yang kita tidak boleh control".. Betul tu.. Apa perkara yang kita boleh control di dunia ini? Usaha kita untuk mendapatkan sesuatu seperti berjaya dalam exam, dan yang amat penting sekali usaha untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa.. Itu semua perlukan usaha.. Jangan disalahkan kepada nafsu atau syaitan andai diri yang terikut-ikut mereka. Tetapi salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri hanyut. Mengapa tidak mengawal diri sedangkan diri itu kita sendiri yang mengawalnya.. Syaitan itu sudah sejak azali lagi mahu menyesatkan manusia dan itu tugasannya.. dan kita?? mempersiapkan diri untuk melawan dengan godaan mereka. Itulah cabaran dalam menjadi dan membentuk diri menjadi muslim, mu'min dan muttaqin. Build our iman, streghten our iman, doa..doa.. dan doa.. Kita tidak akan berjaya jika tanpa pertolongan Allah.. kan?? Itulah senjata kita sebagai umat Islam. Jadi, apa yang kita tidak boleh control? Sesuatu yang masih samar-samar dan kita tidak tahu apa keputusannya. Contoh, kita nak dapat 4 flat dalam exam, benda tu belum pasti sebab itu ketentuan Allah.. Kita nak syurga Allah tapi sebenarnya untuk masuk syurga Allah tu adalah dengan rahmat Allah juga kan?? Jadi kita tak dapat control semua tu. TAPI!!! jangalah bila kita tak dapat controll kita nak biarkan saja diri kita ni. Mestilah USAHA dengan ikhlas, USAHA untuk dapatkan redha Allah dan sekali lagi, DOA!!..

Renung diri


Sahabat-sahabat ana seorang demi seorang akan berglar zaujah dan ana hanya diam dan langsung tidak mahu membayangkan nikmat dan keindahan alam pernikahan itu kerana ana tidak tahu secara tepat bagaimana kehidupan berkeluarga itu. Hanya menumpukan kepada diri untuk membina bagaimana ana nak bentuk diri jadi ummi yang baik? Bagaimana ana nak bentuk diri menjadi seorang zaujah yang redha dengan zauj? Dan yang paling penting sekali bagaimana ana nak bentuk diri menjadi seorang mutarabbi dalam baitul muslim itu nanti?? Jadi itu perlukan usaha dari sekarang. Usaha untuk menjadikan Allah itu yang utama dan istiqamah dalam menyampaikan risalahnya. Jika jiwa itu terlalu asyik dengan memikirkan perkara yang nikmat sahaja, hati itu akan mudah lupa dengan Allah.. Dan mulalah akan tersenyum sorang-sorang dan berangan entah kemana.. Syaitan itu bijak dalam memperdayakan manusia tetapi jika kita meletakkan Allah di dalam hati maka itulah kekebalan kita. Di saat ini hati cukup bimbang andai nikmat yang Allah beri akan membuatkan diri ini alpa. Terlalu ramai pejuang telah menjadi alpa selepas berumah tangga. Mengapa kita ini terlalu kufur nikmat dengan Allah taala.


Usaha bentuk diri jadi ummi, jadi isteri, jadi mutarrabi bermula sekarang bukan karang


Diantara hidup di dalam kenikmatan yang Allah beri dengan kepahitan hidup di dunia kerana diuji, pilihlah yang kedua kerana bila diuji sebegitu kita akan kenal Allah dan akan sentiasa dengan Allah. Apabila berada di dalam kenikmatan yang juga ujian buat kita, itu lagi sukar sebenarnya untuk dihadapi kerana manusia itu fitrah suka kepada kesenangan. Disaat Allah memudahkan segala-galanya diri jadi bimbang dan resah sekali. Bukan mahu kufur atas nikamt yang diberi, hanya mahu menjadi seperti seekor tupai yang sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran diri apabila dia menerima rezeki dari penciptaNya.. Hidup ini perlu sentiasa berjaga-jaga.. Be aware dengan nikmat Allah supaya kita tidak lupa bahawa sedang menanti makhluk Allah yang mahu menyesatkan manusia tidak kira masa.


Be aware with me coz i'm aware with you.. SEE MY EYES. (besarnyee)


Wallahualam..

P/S : Entry Panjang untuk perkongsian bersama.. Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya demi kasih sayangku buat semua.. Allah memberi ilham untuk dimanfaatkan bersama.. InsyaAllah..


29 October 2011

Tears drop again...

Assalamualaikum...

Saat Lafaz Sakinah.. Lagu yang biasa didengari dan mengaku bahawa ada tersentuh dengan bait-bait kata lirik itu.. Namun langsung tidak mematahkan semangat ini.. masih boleh memujuk diri.. Yidak mengapa, Allah sedang menguji dengan perasaan itu.. Sudah lama ianya menguji perasaan ini.. Sudah kering air mata ini.. sejadah itu, kain solat itu yang menjadi saksi.. bulan dan bintang menjadi saksi diri merintih minta dikasihani... Malaikat jua lah yang menjadi saksi apa yang telah berlaku kepada sekujur tubuh ini.. Ku mahu berjuang tetapi di dalam hati terselit perasaan itu yang sering mengganggu fikiran.. sudah lama.. tapi masih ku pendami apa yang dirasai... ibu dan ayah yang mahu diri ini menumpukan sepenuh jiwa kepada buku-buku dan harapan mereka sangat tinggi.. kadang-kadang menangis juga.. ibu itu perasan kegelisahan hati anaknya lalu dipujuk agar menguatkan diri dan bersabar... lantas itu hati ini terpujuk...

Namun entah mengapa disaat mendengar lagu itu lagi di waktu pagi dengan kesejukan kerana hujan diluar, buat hati ini berkecaramuk.. pada mulanya hanya tersenyum dan berkata kepada hati.. Tak mengapa... selepas hujan akan muncul mentari... segala yang berlaku adalah ujian Allah buatku.. tapi perasaan itu sangat-sangat mengguris hati dan perasaan.. tidak semena-mena air mata itu mahu tertumpah.. Cermin mata teman diri dibuka dan tangan mengesat air mata yang mengalir ke pipi.. satu perasaan yang menyakitkan hadir di hati.. Allah.. Nasib tiada sahabat di bilik.. nanti mereka susah hati.. lalu cuba untuk memadamkan segala kesakitan dengan menggembirakan hati sendiri.. Alhamdulillah... di saat ini pun masih mengalir lagi air mata.. tertahan-tahan...

Mungkin ada yang menyampah dan mengatakan ana ini lemah untuk melawan tentang masalah yang berkaitan dengan hati, perasaan dan jiwa. Ada yang menyatakan adakah begini seorang pejuang?? Yang mengalirkan air mata kerana diuji dengan perasaan untuk mendirikan sebuah baitul muslim??? Ana pasti ada.. kadangkala ana merasakan betapa lemahnya ana ini.. Adakah begini diri ana yang dikatakan mahu berjuang?? hakikatnya yang merasai adalah diri ini sendiri.. Namun itu bukan alasan untuk ana undur... Bukanlah seseorang wanita itu dikatakan lemah disaat dia mahu mempertahankan maruahnya yang dibimbangi tercalar akibat hasutan dunia yang serba mencabar.. Ya!! mempertahankan maruah dan menghindari fitnah ke atasnya.. Dunia ini serba mencabar dan menakutkan.. Diri ini berjuang dan membelah badai lautan dunia yang sangat bergelora.. tanpa bahtera yang ada nakhodanya, dibimbangi akan lemas di lautan itu.. tanpaNya diri ini tidak bisa hidup dengan selamat di dunia ini....

Moga aku bisa kuat...

Pahit Itu Perlu

Assalamualaikum...

Ubat itu selalunya pahit bukan? Namun hikmahnya selepas makan ubat akan dapat kesihatan InsyaAllah.. Lalu tak salahlah untuk mengalami kepahitan demi mendapatkan kemanisan insyaAllah.. Benar diri ini sedang mengalami tempoh masa kepahitan yang diuji secara bertubi-tubi... memang benar setiap malam diri ini merintih dan menangis... Tapi tak mengapalah jika itu mampu menghilangkan sedikit rasa sedih sehingga dapat tidur.. Kadangkala diri ini tidak dapat tidur memikirkannya.. Tapi dipaksa juga diri untuk melelapkan mata.. Moga Allah bayar segalanya insyaAllah.. ameen...

26 October 2011

Sabar Menanti

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab paper Siyasah Syar'iyyah tadi. Lenguh juga tangan ni menulis tadi ditambah pula dengan kesejukkan dewan. Bila keluar dari dewan terasa kepala agak berat. Mungkin disebabkan terlalu berat semasa menjawab soalan-soalan tadi. Balik sahaja ke bilik, ana menuju ke laptop dan mengadap blog tersayang. Terasa begitu banyak perkara mahu dikongsikan tetapi tidak semua perkara yang dapat diluahkan. Mungkin diri ini terlalu berahsia. Berahsia di depan umum tapi kadangkala mudah meluahkan di hadapan sahabat terapat. Mahu tidak mahu terluah juga perasaan hati. Namun satu perkara saja yang tidak mampu untuk ana singkapkan buat semua. Hati. Hati yang menanti dengan penuh sabar insyaAllah dan masih cuba bermujahadah untuk sabar.

Kadangkala hati ana ini berbisik untuk terjah sahaja daripada menanti begini. Lakukan sahaja apa yang kamu suka wahai hati. Namun ana kembali berfikir, adakah kamu mahu menjadi seorang yang melampaui batas? Adakah kamu suka jika perkara pahit dan silam berlaku lagi kepada dirimu. Bangunlah wahai diri, wahai jiwa, wahai hati. Allah sedang mengetuk pintu hatimu untuk kembali kepada ketenangan yang pernah kau kecapi sebelum ini. Bangunlah wahai diri dan sedarlah bahawanya Dia sedang memberi peluang buatmu untuk memperbaiki diri. Menjadi dirimu sepertimana sebelum ini. Memang benar mujahadah itu sukar, memang benar melawan perasaan itu payah, namun di saat kekuatan ini sedang diberi, mengapa perlu aku berpatah balik untuk menghadapi kisah lama?? Yang lepas tu telah menjadi sejarah buatmu dan binalah sejarah baru untuk kehidupan yang baru.

Penantian itu memang menyakitkan tetapi sebenarnya manis apabila telah selesai diriNya menguji. Kenapa perlu mengeluh dengan sedikit ujian yang diberikan sedangkan diri bakal menerima segunung nikmat bahkan lebih daripada yang dijangkakan. Ya.. memang diri ini merindu, memang diri ini mengasihi. Namun biarkan ianya dalam pengetahuanMu ya Rabbi.. Dalam rahmatMu ya Ilahi...

25 October 2011

MERANCANG KERJA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab imtihan KIP 2041 tadi yakni HALAQAH USRAH dengan jayanya insyaAllah.. sudah berusaha, lalu dibulatkan tekad dan bertawakal kepada Allah yang memberikan kejayaan buat hambaNya. Adik-adik bilik ana akan meneruskan perjuangan mereka untuk paper petang ini pula.. Moga mumtaz adikku Mira dan juga Nana.. Anak kelahiran negeri penyu bertelur ni.. Huhu..

Masa yang berbaki sedikit ini mahu ana kongsikan tentang perancangan atau untuk cuti mid sem ni nanti. Kenapa merancang itu perlu? Supaya kita dapat melaksanakan sesuatu perkara dengan terancang. Teringat satu kata-kata "Kebenaran yang tidak berstrategi dan bersistematik dapat dikalahkan dengan kebatilan yang teratur dan strategik". Jadi, fikir-fikirkanlah kita ini di pihak mana ya.. Manusia itu perlu merancang setiap kegiatan dan penghidupannya agar sentiasa berpandukan apa yang disuruh oleh Islam. Ya memang benar kita merancang dan Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Tapi itu bukan lah bermakna kita tidak perlu buat apa-apa dan hanya berserah kepada takdir yang membawa haluan hidup kita dimana. Ibarat sehelai daun yang jatuh ke dalam sungai dan hanya mengikut arus yang membawanya. Perancangan itu perlu dan orang yang merancang itu tahu apa keperluan hidupnya, tahu apa misi hidupnya dan tahu apa matlamat hidupnya. Lebih mudah, orang yang dapat merancang hidupnya dengan menyelaraskannya dengan perancangan Allah adalah orang yang kenal akan dirinya.

Sememangnya tidak semua perancangan yang kita mahukan itu akan beroleh hasil kerana yang mengetahui segala-galanya tentang hidup kita adalah Allah swt. Namun segala perancangan yang kita lakukan itu juga merupakan ilham daripada Allah yang menggerakkan hati-hati manusia itu dalam membuat keputusan dan tindakan. Sebelum merancang, pintalah kepada Allah supaya mengatur hidup kita sebaiki-baiknya. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Hm2.. Ana telah membuat kesimpulan yang panjang sekali tentang PERANCANGAN ini. Jadi, what's my plan for this mid sem ye??

  1. Ambil lesen P untuk kereta. (Penting sangat2!!)
  2. Jaga my sister yang bakal dapat new born bulan 11 ni
  3. Tarbiyah Al Nafs ( nak charge batery iman dan tarbiah diri untuk sem berikutnya)

Sebenarnya ini baru draf awal untuk waktu cuti ni. insyaAllah akan cuba menyiapkan "kertas kerja" bagi cuti sem ana.. Moga ada penambahbaikkan dari hari ke hari buat diri ini yang hina... wallahualam...


p/s : Entry ditulis tanpa memikirkan apa yang mahu ditulis.. Minda bawah sedar??? Mungkin... Ikhlaskan niat menyampaikan untuk redha Allah...


24 October 2011

Exam Entry..Entry membebel..

Assalamualaikum...

Esok bermulanya tempoh Imtihan bagi semua pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Mata ini sudah mula mengantuk. Ehem-ehem.. sudah habis study kah? Beluuummm.. Tapi mahu menjenguk blog yang dirindui ini sebentar.. Esok Exam Halaqah Usrah II dan insyaAllah moga Allah mudahkannya.. Hmm.. tengok tajuk entry ini pun macam jiwa kecelaruan sahaja si pemilik blog ini.. adakah terlalu excited untuk exam esok? Atau terlalu celaru tak tahu nak baca lagi dah sebab banyak baca?? (BOHONG SANGAT LA TU YE).. Taaaaaakkk.. Ana sebenarnya tidak tahu nak meletakkan tajuk apa.. Itu sahaja.. No motive.. No intention.. No knowledge.. Okey.. Itu adalah tiga mens rea dalam pensabitan kes jenayah.. (JIKA TIDAK FAHAM, SILA RUJUK CRIMINAL LAW)

Adik-adik bilik masih komited membaca dan bertanya kepada kakak mereka seorang ini yang sedang menaip-naip di papan kekunci yang comel ini.. InsyaAllah adik-adikku mumtaz semuanya. Jangan tiru cara study kakak anda ye yang sangat sempoi tetapi sangat gelabah sebenarnya.. Ya Allah.. bila mahu berubah?? Tinggal 2 semester lagi ni.. huhuhu.. Cepatlah masa berlalu.. Lalu dengan pantas disindir " Biarkan masa itu berlalu dan kita haruslah memanfaatkan setiap masa yang untuk kita eksplorasi sebanyak mungkin perkara yang bermanfaat dalam kehidupan ini" Lalu terberhenti seketika dan berfikiiiiiiiiir!!!.. Ya!! Awak memang tepat sekali!!.. Manfaatkan masa yang ada wahai Cik Nurul Atika Binti Rosli.. (adakah ana menggunakan masa dengan perkara yang bermanfaat sekarang??)

Hm2.. Tiba-tiba terfikir.. Rasa mahu jadi seperti dia lah, mahu macam muslimat tu lah, mahu itu mahu ini dan mahu semuanya.. Haih.. Bila mahu jadi diri sendiri ni??? (sambil menggeleng kepala kepada diri sendiri). Bila mana diri tidak kenal diri sendiri, that's why lah tak tahu keputusan apa yang baik untuk diri sendiri. Asyik berangan mahu menjadi orang lain.. No points pun kan?? Kemudian mula la.. menangis.. tersedu-sedu.. tak tahu nak buat apa.. tak tahu nak cakap apa.. Hm2.. LEMBIK!!.. (huhu.. serius sangat menusuk hati perkataan ni tapi ana suka.. baru sedar diri sket kan)

Hm2.. Ana hanya membebel sahaja untuk entry kali ini ye.. Maaf andai entry ini tidak bermanfaat untuk anda..anda.. dan anda semua.. Ok lah.. Tinggalkan anda dengan bait-bait lagu ini..

Rindu itu adalah...
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu...


P/S: What the connection between this song with my entry??? Hm2.. Maybe something that too hard to explain.. Buat yang mengerti, maka Allah akan bagi dia memahami.. hehehe.. (ayat berbelit2.. haih..) Daaa... Salam..

19 October 2011

Menangis

Assalamualaikum...

Kenapa akak menangis??

Adik.. salahkah akak menangis?? Akak juga perlu menangis.. Tapi kenapa ya akak menangis...

Hmm.. soalan yang tidak dapat dirungkaikan...

Di dalam hati ini sarat dengan bebanan yang masih belum ditemui titik penghujung...

Maka diriku menangis untuk meredakan sebak di dada..

Aku menangis tetapi tidak mampu menjelaskan dengan kata-kata kenapa aku menangis..

Tidak mampu.. Tidak tahu.. lidah kelu untuk bicara tentangnya...

Diwaktu Usrah Nuqaba' aku menitiskan air mata namun tetap kugagahi memberikan pendapat dan buah fikiran..

Sungguh.. Aku terasa mahu pengsan disitu juga...

Ditegur lagi oleh sahabat seusrah yang lain.. Akak ok ke??

Menyembunyikan perasaan di hati dan tetap tersenyum dan berkata tidak ada apa-apa.. dan meneruskan kata..

Ya Allah.. hambaMu tidak tahu kepada siapa harus ku mengadu....

Najihah vs Pocoyo

Assalamualaikum...

Nak perkenalkan anak saudara Nurul yang sulong.. Namanya Nurul Ain Najihah Binti Mohd Jumayyin.. Nurul panggil dia ni kadang2 ain, kadang2 najihah.. Comel sangat2.. dah 11 bulan lebih dah tapi still tak tumbuh gigi.. ape daa ain.. lambat tumbuh gigi.. heheh.. Ain ni pun belum pandai jalan dengan sendiri tapi kalau dipegang tangannya.. memang laju je la jalannya.. Ain suka gelak macam Pocoyo dan sangat suka tengok citer Pocoyo dan Baby's TV.. memang ralit habis kalau duduk depan tv.. Jom tengok aksi beliau.. heheh...


Ini Pocoyo...



Ini ain.. sama tak?? hehe




kalau bertanding gadis solehah ni mesti menang ni...



Ape pandang-pandang????




Amboi... anak dara sorang ni.. tengok tv pun ade style...



Tengok kartun dengan penuh fokusnye...



Jangan ganggu.. saya harus fokus!!!

18 October 2011

STUDY WEEK + EXAM WEEK

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bermulanya study week bagi kolej Nurul setelah berlalunya 14 minggu kuliah bagi semester yang ke-4 ini. Masih berbaki 2 sem lagi untuk Nurul teruskan perjuangan yang tidak pernah berakhir ini. Menuntut ilmu dari keluarnya Nurul dari rahim mama sehinggalah ke liang lahad insyaAllah.. Target Nurul untuk semeter kali ini adalah untuk menebus kembali kekalahan pada semester lepas sampai Nurul jatuh dalam longkang.. Innalillahiwainna ilaihi raji'un... Namun kejayaan yang ingin dicapai adalah semata-mata kerana Allah dan ingin menjulang nama Islam keran Nurul merupaka duta bagi Islam yang sedang menuntut ilmu, berjuang di medan akademik buat bekalan di dunia dan akhirat insyaAllah..


ini Nurul Ain Najihah Binti Jumayin yang sudah berusia 11 bulan lebih.. comel kan?? Xde kena mengena dengan entry..

Sebenarnya Nurul masih lagi terbuai-buai di alam mimpi ni.. masih belum prepair ape.. Alamak.. kata mahu tebus balik tapi masih lagi bersenang lenang.. Hm2.. Bukan sengaja bersenang lenang.. tetapi mahu mengumpul peluru dan menyusun strategi study yang betul sebab orang lain mungkin boleh fokus dengan study waktu study week ni(ehem2.. adakah kita manfaatkan study week kite ye?? jawab sendiri..), tapi Nurul juga perlu menyusun strategi untuk perjuangan Nurul di bumi tarbiah KIPSAS ini juga untuk masa hadapan.. Al wajibat aqsaru minal awqat.. Tapi.. hai.. ada tapi lagi ye.. Nurul masih lagi tak mampu nak fokus ni.. Mungkin sebab mamai lagi kot lepas cuti dua hari kat umah sebelum ini.. Huhu.. bangun2.. tepuk2 pipi tu.. huhu.. Dan juga ada sedikit masalah peribadi yang sulit untuk diceritakan.. huhu..

Memohon maaf kepada yang berkenaan kerana kekurangan diri Nurul dalam menguruskan kehidupan Nurul ni.. Semoga Allah pelihara semuanya.. Ape2 pun insyaAllah ada jalan penyelesaiannya.. Hm2.. perancangan lepas exam ni pun banyak jugak ni.. jadi penjaga orang lepas bersalin (my sister shida), nak amek lesen P kereta, nak pergi kenduri kawen kawan kat Pineng.. nak berjumpa dengan orang jauh yang lama dah tak bersua muka.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan segalanya.. banyak sebenarnya perancangan Nurul ni.. Tapi tak tau la nak fokus mana satu ni.. perancangan aktiviti, kewangan untuk sem depan, perancangan belajar, BM (hm2..) dan banyak lagi.. Ya Allah moga dipermudahkan segalanya... InsyaAllah...


04 October 2011

puisi dari wanita buat wanita

~.:Mujahidah Bidadari Syurga:.~

Bicara Hati Mujahidah Itu..

Rahsia cintanya

HanyaTuhan yang tahu

Kepada-Nya berdoa selalu

Hingga dikatakan jual mahal

Melukainya meresahkan kesal

Pada Allah tersimpan rahsianya

Kepada Dia berserah segala

Di luaran dia tenang

Di hati iman ditentang

Antara dua cinta yang saling berebut

Cinta Allah selalu mengunggul

Hari demi hari masa berlalu

Kepada nafsu dipesan selalu

Dikatakan orang diam saja

Sedangkan dia masih remaja

Kata orang mengapa tak punya rasa

Sedangkan dia tetap ceria

Kata orang mengapa dia bahagia

Sedangkan dia tak punya cinta

Kata orang mengapa mantap hatinya

Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya

Sumayyah itulah obornya

Khawlah itulah kecemburuannya

‘Atikah itulah kekagumannya

Nusaybah itulah pahlawannya

Fatimah itulah teladannya

Aisyah itulah buktinya

Khadijah itulah kebanggaannya

Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!

Itu mimpinya di malam hari

Itu angannya di siang hari

Itu bicaranya sehari-hari

Menjadi isteri sentiasa berbakti

Kepada suami bakal berbudi

Pilihan Allah akan terbukti

Ia janji yang sudah pasti!

Ya, Gadis itu!

Tidak takut kehilangan cinta

Biar pelbagai ujian melanda

Lelaki itu perlukan masa

Buat keputusan terbaik

Pilihan terbaik

Calon ibu buat zuriatnya!

Penyeri dunia itulah temannya!

Di Syurga itulah bidadarinya!

Membuat lelaki segan dengannya

Menyedar mereka memainkan peranan

Bahawa wanita bukan mainan

Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..

menghitung diri

memuhasabah langkahnya

katanya dia, masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..

Hanya menggeleng..

Tatkala datangnya lelaki menggoda

Hanya bisu berdiam saja

Sentiasa mantap bicara imannya

Tunduk saja itu pandangannya..

Rijal kekasih Allah itulah harapannya!

Pejuang agama itulah pembimbingnya!

Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati

Tetapi hatinya sudah kelat

Tatkala ummat Muhammad disiat

Hatinya calar-balar

Tatkala jasad saudaranya dikelar

Hati itu ditumbuk lumat

Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat

Dirogol, dibunuh tanpa ihsan

Mana hati itu tak terkesan

Tak punya masa berkasih-kasihan

Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman

Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..

Membara semangatnya mantap ukhuwahnya

Bersinar wajahnya terang hatinya..

Pada insan mantap bicaranya

Kepada Allah mengadu hinanya

Di sisi malaikat didoakan bahagia

Tidak dia rasa kekurangan

Sedangkan cukup adanya Tuhan

Tidak dia sepi sendirian

Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca

Kerdipnya sukar dibezakan

Dialah wanita harapan Tuhan

Kebanggaan umat zaman berzaman

Menjadi gadis sudah fitrahnya

Menjadi pilihan bukan pintanya

Sebagai penyeri itulah hakikatnya

Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali

Namun mengalah tidak sekali

Menjadi seorang mukminat sejati

Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..

Tetaplah dirimu teguh di medan

Menjadi bidadari sudah impian

Tetap menjejak penuh harapan

Cinta Allah dalam keredhaan

Moga beroleh Syurga idaman

Aamiin.