expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

20 December 2009

Majlis Perkahwinan Kak ila dan abang bain..

ini bukan pengantinnye.. ini namenye buang tebiat.. heheh

Salam semua..(^_^).. Alhamdulillah majlis kenduri kakak ana yang sulung dah selesai. Sepanjang kenduri tu, cuaca tak berapa bagus sangat sebab hujan. Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar kecuali ana la yang tak lancar sebab pengsan waktu malam akad nikah. huhu.. ok, jom tengok gambar..



ana(after pengsan), kak ila, mama, kak ida dan hamdan..


Three mouskeeters... haih.. akram, ikhwan dan khairudin.(sepupu)


Camereman aka hamdan.. yang amek pic ni tengah test kebolehan sendiri in shooting pic.. heheh



Abah ana(baju hijau)... sibuk layan tetamu kat khemah..



Lauk pengantin yang sedap...



Imran Haikal(sepupu)... say peace imraaaan... heheh



Macam penat je asyik kena amek gambar camni.. haih..



Sape punye keje suh pengantin amek gambar camni? (heheh)




Ni baru sebilangan kecil batalion cucu pak mat(tok ana).. kecil2 lagi sume..
dari kiri : Aniq, Ikhwan, Amir, Alisa, Akram, Kak Anis, Mak long(berdiri)




pengantin dan bunga...



sape plak pas ni? huhuhu.. kak ila, kak ida and me..




Saat mendebarkan..



Cantik...



5 kali baru lepas... Lafaz nikah bukan senang.. Tok ana(saksi) sangat strict.. huhuhu



Alhamdulillah.. dah sah...



Actually semua specky.. tapi kak ila tak pakai cermin mata.. inilah adik beradik ana...


Okey.. setakat itu dulu ye.. Gambar ni tak di arrange dengan baik dan agak berterabur. Huhuh.. yang pakai baju oren tu waktu hari akad nikah dan baju ungu tu hari walimah. Akhirnya, semoga perkahwinan kak ila dan abang bain kekal selamanya dan semoga mawaddah sakinnah abadan abada... amin... =)

p/s : bila pula turn kak ida dan penulis? soalan favourite pak cik dan mak cik yang datang kenduri.. huhuhu

17 December 2009

Hari-Hari Dalam Hidupku...



Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang ana rindui. Asif sudah lame tak post entry baru kat sini sejak ana daftar di KIPSAS ni. Bukan ape, kerana jadual yang padat dan malas nak membuka my lappy.. Huhu.. Baiklah, secara ringkasnya perjalanan hidup ana di bumi KIPSAS ni, setakat ini berjalan dengan baik alhamdulillah.. Sahabat-sahabat yang kebanyakannye adik-adik membuat diri ini agak 'tua' berbanding orang lain. Tapi tak pe la.. best jugak jadi kakak nie sebab kita dapat ramai adik..Heheh..

Walaupun ana di KIPSAS, proses untuk settle kan masalah BPG ana tu tetap diteruskan. Jika benar Malaysia inginkan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", ana akan terus fight untuk kes ini. Bukan mengkritik, tapi jika betul ingin laksanakan apa yang disarankan, lihat lah nasib ana sebagai seorang pelajar Malaysia yang terkandas akibat masalah birokrasi manusia.. Disini ada seorang pelajar MELAYU yang tidak dapat meneruskan pengajiannya kerana masalah birokrasi. Tapi mungkin jugak ada kesilapan ana sendiri yang ana buat tanpa ana sedari menyebabkan Allah uji ana dengan dugaaan macam ni. La baksa, ana redho tapi berani berkata benar walaupun kita akan dikeji dan tak dipedulikan. Hak ana untuk teruskan pengajian tetap ana akan tuntut.

Kehidupan di KIPSAS terlalu berbeda daripada life in maktab. Jadual yang padat, lecture class yang tak statik pada satu tempat je. Kejap kat bilik ni, kemudian berpindah
ke kelas lain pula. Di maktab, kebanyakan kelas hanya statik dalam kelas tertentu sahaja. Di sini, kena alert dengan masa, schedule dan kelas. Kalau tak, nanti ade la yang tak pergi kelas sebab silap tengok jadual la, tertidur la.. banyak la alasannye ye.. Hm2.. Bukan di KIPSAS je macam tue dan ana yakin di IPT lain pun begitu jugak. Bergantung pada diri antum untuk betul2 fokus dalam study dan bagi komitmen yang penuh dalam pelajaran.. Seronok jugak dapat belajar kat merata-rata tempat ni sebab dapat tengok different situation and environment. Belajar di maktab sangat terikat dengan peraturan dan kita sebagai pelatih guru perlu berdisiplin. Ana suka tengok student maktab ni sebab cikgu ni, lain sket dan ada aura tersendiri. Sifat keibuan dan kebapaan terselah.. Heheh.. ana pun bakal guru jugak. amin...

Tak pe lah. Ana pun dah tak tahu lagi ape yang hendak ditaip di keyboard ni. Yang pasti ana akan tetap teruskan perjuangan sehingga ke akhirnya. Belajar di mana-mana pun, jangan lupa tanggungjawab kita yang sememang lebih daripada masa yang kita ada.. Takbir!! Allahuakbar!!.Semangat tak kan luntur sampai ke liang lahad insyaAllah..



Fizah... gaya seorang murobbi.. power rangers..lalala.. "i up sket"

Buat sahabat ana, Hafizah Binti Abdullah, SELAMAT HARI LAHIR ku ucapkan. Biarpun kau jauh di mata, namun tetap dihatiku ini. Eceh.. suke la ye name di publish di blog ana ni. Baru merangkak ke umur 20 sahabat ana sorang nie. Tahun depan jangan lupe post hadiah dari UK buat tika di sini. Mesti ade 8 jenis hadiah dari kalian ya.. heheh... (siap di bold lagi tue)

Akhirnya, ana mohon ribuan kemaafan andai tersilap kata dan mohon sahabat-sahabat semua mendoakan yang terbaik untuk ana dan kebenaran akan berpihak kepada ana. InsyaAllah...

05 December 2009

BAHTERA PERUBAHAN

Assalamualaikum wbt.. Melihat kepada tajuk entry kali ini bukan bermaksud ana nak huraikan buku Bahtera Perubahan hasil penulisan Dr Asri tapi bahtera perubahan bagi kehidupan ana sendiri. Bagi ana, hidup ini adalah umpama sebuah pelayaran dimana manusia itu sendiri adalah nahkhodanya. Jika nahkhodanya tersilap langkah, maka tersesat lah manusia itu dalam lautan bergelora. Lautan pula adalah perlambangan bagi ujian yang bergelora di sepanjang kehidupan seseorang itu.


Bagi diri ana sendiri yang merupakan manusia biasa, ana pernah tersesat dalam pelayaran kehidupan ana. Tersesat kerana nahkhodanya iaitu ana sendiri yang tidak mengemudi bahtera dengan betul. Tersesat kerana terpengaruh dengan gelora-gelora lautan kehidupan dan juga fatarmogana dalam kehidupan.


Dan ana juga mengalami pasang surut dalam kehidupan ana sendir yang berbagai-bagai rentak. Ada yang mengembirakan, ada yang sangat2 mengecewakan. Semuanya bersatu dalam kehidupan ana. Dan kegagalan yang mengecewakan itu telah membuatkan ana bertemu jalan pulang bahtera kehidupan ana sendiri. Dan ana ingin membuat perubahan untuk menjadi lebih baik. BAHTERA PERUBAHAN hidup ana.


Mungkin ana sebelum ini ada terselit di hati ana yang penuh dosa ini secalit perasaan mazmumah yang ana tidak perasan. Tingkah laku ana yang mungkin ada yang dibenci Allah swt. Ana tahu setiap manusia yang lahir ke dunia ini tidak sempurna dan hadir dalam pelbagai ragam dan sikap. Tapi di dalam hati kecil manusia juga tersimpan sesuatu fitrah. Iaitu fitrah untuk menjadi seorang yang baik, sempurna di pandangan Allah, inginkan kebaikan dalam hidupnya dan juga akhiratnya. Dan ana sendiri juga mempunyai fitrah itu. Ingin menjadi seorang yang sempurna. Seorang muslim yang bersih hatinya, seorang muslim yang menghayati agamanya, seorang muslim yang taat perintahnya dan seorang muslim yang di dalam hatinya hanya ada Allah swt. Tapi, kadangkala ana kalah dengan keseronokkan dunia. Siapalah ana untuk tidak berbuat dosa dan terleka dengan dunia yang penuh dengan keseronokkan ini. Iman yang senipis kulit bawang ini sahaja yang ada sebagai benteng diri dan itu pun kadang2 pecah dilambung ombak kelekaan dunia.


Ana sentiasa berfikir, bagaimana ana ingin mengawal diri ana yang sedia ada lemah ini. Ana ingin hidup dalam keadaan yang ana gembira dan tenang dengan islam. Kecintaan kepada Allah yang menaungi setiap jiwa-jiwa insan. Impian ana untuk hidup dalam kesyumulan islam. Tiada maksiat, kehidupan yang mengamalkan konsep inqilabiah, syumuliah, robbaniah dan semuanya aman dan tenteram. Tetapi, mungkin di syurga sahaja dapat dikecapi kehidupan seperti itu. Ana pening, serabut dengan maksiat yang berleluasa, kemungkaran, manusia tidak menjaga adab percakapan dan sifat malu yang merupakan sebahagian daripada iman juga sudah tidak ada. Ana ini insan lemah. Ana mudah terikut-terikut dan kadang2 ana penat melawan segala kelekaan yang direka oleh manusia kerana mengikut tindak tanduk nafsu sarakah dna syaitan yang mengetuainya. Tolong… ana kelemasan.. Jika ada suatu tempat yang dapat mengawal diri ana ini, yang tidak membuat ana leka dengan dunia ini, ana sanggup dipasung disitu dan kekal disitu. Tak sanggup dah nak hadapi dunia akhir zaman.


Kadang-kadang ana terfikir, Ya Allah ambil saja nyawaku ini, kerana ana sudah tidaksanggup mendustakan Dia, ana sudah tidak sanggup melupakan Dia, ana sudah tidak sanggup bergelumang dosa.. Tetapi, amal ana hanya sebesar zarah. Apa amalan ana untuk bertemuNya nanti. Tapi jika itu yang mampu menyelamatkan diri ana, ana redha jika maut datang menjemput. Kerana itu adalah kepastian bagi setiap manusia. Jangan lah nyawa ana diambil tatkala ana leka. Biarlah ana diberi pengakhiran yang baik. Kadangkala ana rasa ingin terkurung dan menjadi seorang yang pekak, buta dan bisu. Kerana ana tidak akan dapat melihat kejahatan, tidak akan mendengar kejahatan, dan tidak akan berkata-kata dengan perkara yang membawa kepada kejahatan. Barulah terjaga hati ini daripada bermacam-macam sifat mazmumah. Barulah tenang hati ini. Tapi ana hanya inginkan penglihatan yang hanya melihat perkara kebaikan, lidah yang berbicara tentang ayat-ayat cinta Allah, telinga yang mendengar kalimah-kalimah suci Allah. Tapi, adakah ana akan dapat semua tu?? Ana betul2 mengimpikannya. Walaupun ana tahu segala yang ada di dunia ini adalah ujian buat manusia kerana ingin menguji keimanan manusia. Tapi, ana lemah… terlalu lemah… Allah boleh cipta dunia ini tanpa adanya syaitan yang merosakkan manusia, mampu cipta dunia yang semua makhlukNya taat pada perintahNya. Tapi Dia hadirkan ujian-ujian dan dugaan-dugaan ini kerana ingin menguji keimanan manusia. Tapi, ana ini lemah jiwanya ya Allah.. ana mohon agar diri ana diselamatkan daripada segala kerosakan ini.


Hm.. ana harap, dengan perubahan yang ana ingin lakukan ke atas diri ana ini dapat membuatkan ana tenang dan sentiasa berada di dalam jalanNya. Jangan Kau pesongkan hatiku lagi Ya Allah.. Istiqamahkan diri ini ya Allah.. Ku rindukan kasih sayangMu, aku ingin Kau sentiasa disisi sehingga ke akhirnya. Pimpin diriku ya Allah kerana aku hanya insan lemah yang mengharap padaMu… Yang mengharap belas ihsanMu… aminn…

03 December 2009

Banjir,kampungku, diriku... campur saja..


Assalamualaikum sahabat-sahabatku semua.. (^_^)!. Kaifa halukum? Kaifa imanukum? Yazid au yankuz? Antum semua jawab sendiri je lah kan.. Alhamdulillah sudah masuk ke bulan Disember akhirnya yang merupakan bulan terakhir dalam bulan-bulan masihi nie. Dan kalau kat negeri-negeri kat timur Malaysia, kalau masuk bulan Disember ni, memang tak lain dan tak bukan, MUSIM BANJIR . Bagi budak-budak sekolah ni memang suke sangat la kalau musim banjir ni sebab mereka akan berpesta. Pesta ayor banjir la dorang nie. Bahaya tu.. bagi family ana plak memang tak boleh kemane-mane le bile musim hujan ni. Terperap di rumh sahaja le. Makan ubi kayu dengan air kopi memang hidangan yang lazat la waktu musim banjir nie. Heheh.. kadang-kadang tu ayah akan bawak kami pergi tengok air banjir tue. Tengooook je air banjir tue. Eh,eh, banjir la.. Pakaian banyak yang tak kering sebab hujan setiap hari dari malam ke pagi dan seterusnya.


banjir.. selamatkan kucing anda..

Begitulah keadaan banjir yang berlaku setiap tahun di tempat ana ni. Memang famous pun dengan berita banjir nie. Kalau orang sebut Sungai Lembing, memang orang kenal. Seluruh dunia kenal sebab di Sungai Lembing terdapat lomnong shaff yang terdalam didunia dan arwah atok ana pun pernah berkhidmat dengan tentera British dahulu untuk melombong bijih timah. Kalau antum semua nak tahu lebih, boleh la berjaulah atau buat lawatan ke Muzium Sungai Lembing nie. Abah ana selalu jugak bawa kami semua adik beradik jalan-jalan kat tempat perlombongan tu. Ada banyak sangat kolong yang dipahat kat situ dan kat sini juga ada nama kampung Kolong Pahat. Kawasan Sungai Lembing kalau pagi-pagi memang berkabus macam di kawasan tanah tinggi tue. Rumah-rumah kat sini pun cantik-cantik sebab kebanyakannya merupakan bekas-bekas rumah kolonel British dulu. Tapi sekarang sudah diduduki oleh penduduk tempatan. Takpelah, lain kali ana cerita lagi tentang Sungai Lembing ni. InsyaAllah..


ni pintu depan muzium

Bila kita bercerita tentang banjir, ingatkah kita tentang peristiwa banjir paling besar yang pernah berlaku di dunia ini berates tahun yang lampau? Jom kita imbau kembali sirah nabi Nuh a.s. Bahtera Nabi Nuh yang memuatkan pengikut Nabi Nuh a.s yakni umat islam yang diselamatkan oleh Allah s.w.t darpda musibah banjir terbesar ini. Kaum Nabi Nuh a.s yang ingkar termasuklah anak dan isterinya mati ditelan banjir yang amat dasyat. Banjir yang berlaku seolah-olah langit terbocor dan turunlah air hujan melimpah ruah sehingga menenggelamkan kaum nabi Nuh yang ingkar.


“Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong selain Allah”

Surah Nuh : 25


Untuk kita umat islam akhir zaman ini, lihatlah bencana banjir yang Allah turunkan ini sebagai musibah yang diturunkan kerana kesilapan-kesilapan tangan-tangan manusia di atas muka bumi ini. Dengan banjir , manusia kehilangan harta dan nyawa. Ini semua merupakan ujian buat Allah swt keatas hamba-hambaNya. Sesungguhnya ujian itu datang dengan hikmahnya sekali. Masakan Allah turunkan ujian dan musibah tanpa hikmah-hikmahNya dan beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir tentang hikmah disebalik ujian yang melanda. Hikmah disebalik ujian itu mungkin kerana sebagai kafarah dosa, mungkin juga bagi menguji tahap keimanan umat islam itu sendiri. Sesungguhnya tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi mereka tidak diuji. Selain itu, ujian yang datang juga kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita Insyaallah. Jadi bersabar lah jika kita ditimpa musibah. Sabar itu separuh daripada iman. Dan Allah juga bersama-sama dengan orang yang beriman. =)…


Untuk diri ana yang diuji oleh Allah swt dengan kegagalan, Alhamdulillah keran terpiliha untuk diuji dan sesungguhnya hikmahnya cukup berharga buat ana. Walaupun ada yang menyatakan bahawa tempoh foundation ana yang burn selama dua tahun tu sia-sia, tapi hanyalah sebagai seorang pelajar yang belajar dan jawab exam tu je la.. Rase macam membazir umur ana jugak yang bakal menginjak ke umur 21. Sahabat-sahabat sebaya sekarang dalam tahun 2 degree di university tetapi ana start dari mula balik. Takpelah, Allah lebih tahu rezeki ana. Alhamdulillah. Dan bagi ana, sepanjang tempoh 2 tahun di maktab tu banyak mengajar ana untuk menjadi muslimah yang sejati. Disana adalah tempat pentarbiahan ana selain dari KISAS la. Tapi ana lagi sayang taman tarbiah ana yang kedua ni sebab bukan mudah nak mencari permata-permata atau dalam istilah famous budak-budak kisas ni mutiara-mutiara kat tempat yang tiada biah solehah nie. Semuanya banyak bergantung pada diri sendiri daripada diberi tarbiah. So, kita akan lagi menghargai bila kita sendiri yang usaha untuk mencari. Kan? Ana takkan lupa sahabat-sahabat yang banyak membantu ana dan yang sama-sama bergerak dalam memastikan islam sentiasa subur di maktab. Sayang sangat kat IPIP, terutama PUSAT ISLAM la.. InsyaAllah ana akan teruskan perjuangan kita di bumi KIPSAS pula. Doakan ana ye…



Ok la. Sampai disini dahulu entry ana kali ini. insyaAllah pada 7 Disember ini ana akan daftarkan diri di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah untuk Diploma Undang-Undang dan Syariah. Doakan ana dapat buat yang terbaik dan niat hati nak sambung ke bumi anbia. Semoga hajat dihati dikabulkan oleh Allah swt. Faktor umur tidak menghalang dan selagi nyawa masih ada, ana kan terus belajar hingga saat nyawa dirungkai dari badan. InsyaAllah.. ok ye.. Semoga sahabat-sahabat semua diberkati Allah selalu. Salam ukhwah dari ana Nurul Atika Binti Rosli..(^_^)!!

30 November 2009

corat - coret...

wajah kucing yang menenangkan hati.. Subhanallah..

Assalammualaikum....
tak tahu nak post ape sebab takde idea. Sengaja nak mencoret sesuatu kat sini...


Minggu ni kurang sihat..
batuk dan selesema yang masih tak baik-baik..
Salah sape? salah sendiri jugak sebab main kucing sangat..
takpe lah, nak buat camne, kafarah dosa la tue..

Minggu ni jugak sakit kepala tak henti-henti..
waktu raya hari tu, makin bertambah sakit..
sebab makan daging banyak sangat kot..
Ana syak migrain je sebab sejak form 1 lagi sakit kepala..
Sebab tue kena pakai cermin mata ni..
Tak tahu la kalau ade penyakit lain plak..
sebab tak sempat nak pegi check la...
InsyaAllah takde ape-ape..

Bulan ni banyak hal kena settle..
Bukan ana la, tapi parent kena settle..
Hal ana, kakak2 ana..
Hm2.. semoga dipermudahkan semuanya..

Tengok gambar-gambar kawan-kawan..
Semuanya macam hepi je..
Buat hati sedih je..
Tak nak sedih hati, didelete FB tue..
Lagipun malas nak penuhkan inbox email..
Penuh tuuuu...
Tapi, active balik..
Kejap lagi nak delete balik..
Kacau betul jiwa..
Hihihi...
Takpe la... malas lagi nak layan FB..
Ape nak jadi, jadi la eik..

Bile sakit ni, jadi tak larat sket..
nak baca al quran asyik terbatuk aje..
batuk kering aje..
Nak solat, kepala pening-pening...
Selalu je terbaring dan rehat-rehat saja..
Penat dan letih aje memanjang..

Hm...
berhenti kat sini dulu la..
tak tau nak tulis pe dah...
Sape-sape yang read this entry, doa2kan ana..
ok...
salam..
pen off..


19 November 2009

Cikgu owh.. Cikgu..


Dugaan tak pernah berhenti. Ana baru je nak menarik lafaz lega selepas permohonan rayuan ana kali kedua untuk Ijazah sarjana Muda Perguruan ke BPG telah dibawa masuk mesyuarat pada Jumaat lepas. Tapi tengahari tadi tadi….

Sayup-sayup kedengaran suara azan diiringi rintik-rintik hujan yang tak berhenti sejak dari pagi tadi. Ana memandang ke langit melalui tingkap bilik. Hm.. aman nye.. mate ngantuk jugak nie. Solat tak lagi.. Huhuh… “ ring…ring..ring…”(sebenarnye bukan bunyi camni).. hp mak ana berdering buat ana tersedar dari lamunan atau mengelamun. Ana pegi la angkat phone tue sebab mak kat dapur dan jauh nak naik atas nak angkat call. Eh, sape plak ni..

Ayah chu : Hello assalamualaiku…

Ana : Waalaikummusalam.. ye?

Ayah chu : Ika ye? Ayah chu nie.. abah ade? Nak cakap dengan abah jap



Ana pun pegi la panggil abah yang berada kat luar rumah mase tue. Tengah prepare untuk buat laksa. Ana cube menangkap butir-butir percakapan antar pak cik ana dengan abah. Air mata mengalir tanpa disuruh. Semuanya sebab gara-gara pak cik ana dapat surat yang menyatakan dia perlu membayar RM10,000 sebagai ganti rugi sebab ana dibuang maktab dan telah melanggar perjanjian dengan bahagian tajaan. Ana tak terkata ape dan tersu menangis dan menangis lagi. Ana masuk bilik, tutup muka dan layan perasaan sorang diri. Satu persatu wajah orang-orang yang ada kaitan dengan masalah ana ni menerjah ke kepala. Dalam hati ni bermonolog. “Sape suruh bpg buang aku? Ape salah aku? Aku tak tahu menahu pun result sebenar aku.. Sape punye angkara yang buat aku jadi macam ni?.. Kesian mama dan abah… malu dengan ayah chu… aku dah belajar betul2.. kenape orang tindas aku macam ni?” Semuanya bermain diminda yang kusut nie. Air mata menitis lagi. Mak pula cakap ana ni tahu menangis je. Jalan penyelesaian tak jumpe jugak. Rase nak pecah dada nie bile dimarahi disaat fikiran sedang kusut, tension, marah. Semuanya berselirat macam wayar dalam CPU. Biarlah ana menangis untuk tenangkan hati ana nie. Kecewa sangat dan hanya ana yang tahu peritnye. Ana tak endahkan kata-kata mak yang sedang nasihat ana tue. Ana pandang langit dan cuba kuatkan hati. Semuanya dari Allah dan jika ana teraniaya maka Allah yang akan membalasnya. Ana sapu air mata yang masih bergenang dan bingkas bangun untuk solat zuhur. Kucing ana macam tahu-tahu je ana tengah sedih. Diikutnye kaki ana ni melangkah dan ajak ana bergurau dengan die. Kucing walaupun haiwan, tapi kadang2 kite tak tahu Allah hadirkan die untuk tenangkan hati dan gembirakan hati yang tengah sedih tu. Waktu ana amek wudu’ ditunggunye ana kat depan pintu bilik air. Kemuadian kucing ana main-main lagi kat kaki ana. (memang jenis suke kejar kaki). Ana angkat kucing ana dan letak atas katil. Tak lame kemudian dia tidur. Selepas solat, ana doa agar Allah kuatkan hati dan tunjukkan jalan untuk ana. Ya Allah jika benar aku dianiaya, maka tunjukkanlah siapa dan jika tidak, Kau permudahkanlah urusanku..


Kucing memang buat kite gumbira..

Selepas menunaikan solat, ana keluar dari bilik dan setlekan masalah ganti rugi tue dengan abah. Surat bagi pihak ana dan abah dah sampai tadi. Surat mengenai tuntutan ganti rugi sebab dibuang kolej(tak suke ayat nie sebab macam ana wat silap disiplin je. Huh).Kena jelaskan dalam tempoh 60 hari. Abah call bahagian tajaan dan abah cite la yang kami dah buat rayuan ke bpg dan keputusan tak tahu lagi. Pihak tajaan cakap mereka tak diberitahu tentang itu dan hanya menerima arahan dari pihak atasan yang menyatakan ana gagal( gagal untuk level ovc je bukan Malaysia) dan dibuang kolej( padahal ana dah gi bpg and bahagian dasar cakap takkan buang student kecuali masalah disiplin. Huh). Itulah masalah birokrasi. Terima arahan dan pihak lain plak tak inform jabatan lain. Biru haru jadinye. Tapi mungkin tu cara dorang bekerja dan kite pun tak tahu melainkan kite kerja kat BPG tue kan. Tapi kalau rayuan ana untuk sambung berjaya, maka tak perlu la bayar. Ok. Setle yang tue. Abah call bahagian HEP plak tanye pasal rayuan ana. Rayuan dah dibawa masuk ke dalam meeting dan keputusan seterusnye akan diambil oleh pihak unit Pengambilan dan penempatan pelajar. Adus!!.. banyak nye unit. Pening kami semua. Abah ana try call unit pengambilan. 2,3 kali call semuanya number busy.. Huhu.. jadi ana masih tergantung-gantung kat sini. Tak tahu keputusan ana macam mane. Just wait aje lah disamping doa yang tak putus-putus. Sebenarnye dah agak fed up ngan masalah ana nie. Dah down sangat2 dah. Tapi disebabkan tuntutan tue, ana memang kena tuntut hak ana yang sewajarnya.


Tak dapat call BPG, try no nie 24434.. Direct mesti dapat..

Ya Allah, bantulah diri ana yang kerdil ini. Ana tak berdaya melainkan meyerahkan hidupku dan matiku hanya padaMu. Ujian yang Kau berikan, mencabar diriku namun syukur kerna Kau masih memberikan ana kekuatan untuk senyum. Sesunggunya segala-gala yang berlaku ke atas diri ana ini telah Allah aturkan sejak azali lagi dan ana perlu redha. Tetapi tak bermakna ana hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak ingin berubah. Jika ana dizalimi, hanya Engkau yang layak untuk membalasnya. Amin…

Sahabat-sahabat ana sekelian, ana mintak antum semua dapat doakan agar rayuan ana Berjaya dan ana dapat teruskan perjuangan ana sehingga ke akhirnya… InsyaAllah…

Allah berfirman : Berdoalah padaKu, nescaya akan Aku kabulkan…

wallahua’alam… la tahzan innallaha ma ana…