expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 December 2009

BAHTERA PERUBAHAN

Assalamualaikum wbt.. Melihat kepada tajuk entry kali ini bukan bermaksud ana nak huraikan buku Bahtera Perubahan hasil penulisan Dr Asri tapi bahtera perubahan bagi kehidupan ana sendiri. Bagi ana, hidup ini adalah umpama sebuah pelayaran dimana manusia itu sendiri adalah nahkhodanya. Jika nahkhodanya tersilap langkah, maka tersesat lah manusia itu dalam lautan bergelora. Lautan pula adalah perlambangan bagi ujian yang bergelora di sepanjang kehidupan seseorang itu.


Bagi diri ana sendiri yang merupakan manusia biasa, ana pernah tersesat dalam pelayaran kehidupan ana. Tersesat kerana nahkhodanya iaitu ana sendiri yang tidak mengemudi bahtera dengan betul. Tersesat kerana terpengaruh dengan gelora-gelora lautan kehidupan dan juga fatarmogana dalam kehidupan.


Dan ana juga mengalami pasang surut dalam kehidupan ana sendir yang berbagai-bagai rentak. Ada yang mengembirakan, ada yang sangat2 mengecewakan. Semuanya bersatu dalam kehidupan ana. Dan kegagalan yang mengecewakan itu telah membuatkan ana bertemu jalan pulang bahtera kehidupan ana sendiri. Dan ana ingin membuat perubahan untuk menjadi lebih baik. BAHTERA PERUBAHAN hidup ana.


Mungkin ana sebelum ini ada terselit di hati ana yang penuh dosa ini secalit perasaan mazmumah yang ana tidak perasan. Tingkah laku ana yang mungkin ada yang dibenci Allah swt. Ana tahu setiap manusia yang lahir ke dunia ini tidak sempurna dan hadir dalam pelbagai ragam dan sikap. Tapi di dalam hati kecil manusia juga tersimpan sesuatu fitrah. Iaitu fitrah untuk menjadi seorang yang baik, sempurna di pandangan Allah, inginkan kebaikan dalam hidupnya dan juga akhiratnya. Dan ana sendiri juga mempunyai fitrah itu. Ingin menjadi seorang yang sempurna. Seorang muslim yang bersih hatinya, seorang muslim yang menghayati agamanya, seorang muslim yang taat perintahnya dan seorang muslim yang di dalam hatinya hanya ada Allah swt. Tapi, kadangkala ana kalah dengan keseronokkan dunia. Siapalah ana untuk tidak berbuat dosa dan terleka dengan dunia yang penuh dengan keseronokkan ini. Iman yang senipis kulit bawang ini sahaja yang ada sebagai benteng diri dan itu pun kadang2 pecah dilambung ombak kelekaan dunia.


Ana sentiasa berfikir, bagaimana ana ingin mengawal diri ana yang sedia ada lemah ini. Ana ingin hidup dalam keadaan yang ana gembira dan tenang dengan islam. Kecintaan kepada Allah yang menaungi setiap jiwa-jiwa insan. Impian ana untuk hidup dalam kesyumulan islam. Tiada maksiat, kehidupan yang mengamalkan konsep inqilabiah, syumuliah, robbaniah dan semuanya aman dan tenteram. Tetapi, mungkin di syurga sahaja dapat dikecapi kehidupan seperti itu. Ana pening, serabut dengan maksiat yang berleluasa, kemungkaran, manusia tidak menjaga adab percakapan dan sifat malu yang merupakan sebahagian daripada iman juga sudah tidak ada. Ana ini insan lemah. Ana mudah terikut-terikut dan kadang2 ana penat melawan segala kelekaan yang direka oleh manusia kerana mengikut tindak tanduk nafsu sarakah dna syaitan yang mengetuainya. Tolong… ana kelemasan.. Jika ada suatu tempat yang dapat mengawal diri ana ini, yang tidak membuat ana leka dengan dunia ini, ana sanggup dipasung disitu dan kekal disitu. Tak sanggup dah nak hadapi dunia akhir zaman.


Kadang-kadang ana terfikir, Ya Allah ambil saja nyawaku ini, kerana ana sudah tidaksanggup mendustakan Dia, ana sudah tidak sanggup melupakan Dia, ana sudah tidak sanggup bergelumang dosa.. Tetapi, amal ana hanya sebesar zarah. Apa amalan ana untuk bertemuNya nanti. Tapi jika itu yang mampu menyelamatkan diri ana, ana redha jika maut datang menjemput. Kerana itu adalah kepastian bagi setiap manusia. Jangan lah nyawa ana diambil tatkala ana leka. Biarlah ana diberi pengakhiran yang baik. Kadangkala ana rasa ingin terkurung dan menjadi seorang yang pekak, buta dan bisu. Kerana ana tidak akan dapat melihat kejahatan, tidak akan mendengar kejahatan, dan tidak akan berkata-kata dengan perkara yang membawa kepada kejahatan. Barulah terjaga hati ini daripada bermacam-macam sifat mazmumah. Barulah tenang hati ini. Tapi ana hanya inginkan penglihatan yang hanya melihat perkara kebaikan, lidah yang berbicara tentang ayat-ayat cinta Allah, telinga yang mendengar kalimah-kalimah suci Allah. Tapi, adakah ana akan dapat semua tu?? Ana betul2 mengimpikannya. Walaupun ana tahu segala yang ada di dunia ini adalah ujian buat manusia kerana ingin menguji keimanan manusia. Tapi, ana lemah… terlalu lemah… Allah boleh cipta dunia ini tanpa adanya syaitan yang merosakkan manusia, mampu cipta dunia yang semua makhlukNya taat pada perintahNya. Tapi Dia hadirkan ujian-ujian dan dugaan-dugaan ini kerana ingin menguji keimanan manusia. Tapi, ana ini lemah jiwanya ya Allah.. ana mohon agar diri ana diselamatkan daripada segala kerosakan ini.


Hm.. ana harap, dengan perubahan yang ana ingin lakukan ke atas diri ana ini dapat membuatkan ana tenang dan sentiasa berada di dalam jalanNya. Jangan Kau pesongkan hatiku lagi Ya Allah.. Istiqamahkan diri ini ya Allah.. Ku rindukan kasih sayangMu, aku ingin Kau sentiasa disisi sehingga ke akhirnya. Pimpin diriku ya Allah kerana aku hanya insan lemah yang mengharap padaMu… Yang mengharap belas ihsanMu… aminn…

1 comment:

Anonymous said...

Salam ika. Aiceh. Mekaseh3.. ^__~
jage diri ok. ukhwah fillah.