expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

30 September 2010

Choral Speaking English Weeks..

Salam guys.. Just wanna share some pictures about Choral Speaking Competition during English Week. Alhamdulillah my class got the first place for this competiton.. huhu.. latihan just beberapa hari je.. Tak sangka pulak menang. Hm2.. Choral Speaking ni buat ana teringat2 dan terimbau zaman ana study TESL dulu. So, just apply what i'v learned dulu kat sini. English is fun!!.. Jom tengok gambar..=)




Syariah and Laws combine in there..(ayat cam familiar..huhu)



Barisan bakal peguam syar'ie.. ade berani??hehe



Muslimat pose.. (adik-adikku dan kakak sorang..heheh)




Three mouskeeters.. hehehe... ain, aida dan su..



Wajah gembira dah menang.. syukran adik2 akak.. dan kak ira juge.. hehe..


p/s : Sir cakap nak bagi kite hadiah kan kalau menang.. tuntut jangan tak tuntut..=)
: First batch yang buat choral speaking sebab sebelum ni just ade drama je.. huhu



28 September 2010

My life...

The shadow...=)



Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah Taala. Asif sebab dah lama ana tak bercerita tentang diri ana di blog ni. Ada sahabat yang bertanya kepada sahabat ana tentang keadaan ana di bumi Allah KIPSAS ni. Terima kasih buat Farahin yang menceritakan keadaan ana sekarang. Alhamdulillah ana tenang dan gembira denga hidup ana sekarang. Bukan tak suke kehidupan dahulu ye? Buat sahabat-sahabat di IPGM Ipoh, kalian tetap dalam ingatan ana walaupun ana tak dapat nak jejakkan kaki lagi ke maktab tu. Kesibukkan yang membelenggu diri membuatkan diri ini tidak mampu untuk terbang ke sana. Hehe… duit xde la nak terbang ke sana. Naik buroq berbayar je la yang mampu. Ana sedang mencongak hari dan waktu juga ni nak ke sana. Ingatkan nak jumpe dengan semua budak-budak lujnah Tarbiyyah dan jugak rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kalian amat dirindui selalu. Dengar cerita kalian ada PRK kan? Semoga pemilihan secara demokrasi itu mampu melahirkan dan memilih pimpinan yang adil dan yang terbaik insyaAllah.


Kehidupan sekarang Alhamdulillah.. sibuk dengan study, program, aktiviti kampus dan jugak persatuan. Kadang-kadang tu susah jugak la orang nak jumpa ana kat bilik. Huhu.. Tapi itu adalah kehidupan biasa sebagai seorang pejuang di kampus. Tanggugjawab yang diperuntukkan melebihi masa yang ada. Kadang-kadang sampai tak terfikir tentang kesihatan diri sendiri pun. Itu yang kadang-kadang tu pengsan, migrai ape semua. Tapi bile dah macam tu, bawak-bawak lah berehat kan. Allah tak suruh kita menzalimi diri sendiri.


Study pun Alhamdulillah dan ana sangat suka belajar subjek dalam course ana ni. Kalau dalam kelas tu, memang aktif la dengan pertanyaan dan jawapan dari ustaz. Kadang-kadang tu belajar cume setengah jam, selebihnya macam-macam issu diperdebatkan. Membuka minda seorang siswa supaya berfikir di luar kotak sebagai sorang pelajar semata-mata. Semua ada.. kadang-kadang tu bile belajar tentang Undang-Undang Malaysia tu, kite dapat tahu tentang sedkit sebanya maklumat tentang kes yang berlaku di Malaysia. Contohnya macam kes Sosilawati tu. Baru-baru ni lecturer ana Encik Wan Emril yang juga peguam sivil ada ceritakan serba sedikit pasal kes tu. Pelik jugak kan kenape tak dapat tahan lagi suspek tu. Tapi dalam undang-undang sivil ni ade prinsipnye “person innocent till proven guilty”. Kalau kite fikir, payah la kan macam tu.. padahal bukti dah banyak.. tapi selagi takde kaitan atau bukti atau fact yang betul2 menunjukkan suspek itu yang salah, selagi tu tak boleh disabitkan kesalahan. Huhu.. Ok la.. dah melalut ana cerita pasal civil law kat sini.


Tapi best lagi belajar syariah sebenarnya. Ana dah jatuh hati dengan ilmu Fiqh. Ada banyak cabang ilmu ni. Usul Fiqh, Kaedah Fiqh, Ulumul Fiqh. Semua ana suke tapi setakat ni cume belajar subjek Kaedah Fiqh dan jugak Pengantar Fiqh je baru. InsyaAllah nanti sambung degree kita belajar lagi ye. Belajar ilmu agama ni sebenarnya buat kita lagi ingin tahu dan ingin tahu tentang sesuatu perkara. Buat kita sedar yang ilmu Allah ni Maha Luas. Buat ana rasa nak berlari-lari dan berlumba-lumba untuk dapatkan ilmu tu. Bukan mudah dapat berdamping dengan para ustaz dan ustazah yang arif tentang ilmu agama ni. Waktu yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Bila golongan ilmuan agama ini sudah tiada, pada siapa lagi kita nak harapkan untuk dapatkan ilmu tu. Kan? Bila kita dah belajar ilmu itu, amalkan dan sampaikan juga kepada orang lain. Bagi ana ilmu agama ini amat dekat sekali dengan Pencipta kita. Dari segi menjaga keberkatan ilmu itu perlu lebih. Hm2.. tak tahu nak cakap ape sebab perasaan yang ana alami sekarang adalah kepuasan dalam mentelaah dan menimba ilmu yang amat dekat di hati ana.Sape2 yang nak join ana, jom la.. heheh… sape2 kat maktab nak amek diploma kat sini ke.. hehehe.. ni promote ni..


Alhamdulillah setelah diuji dengan dugaan yang meruntun jiwa sebelum ini, Allah gantikan sesuatu yang amat berharga buat ana. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup ana. Semoga kalian juga diberi kesejahteraan hidup. Bagi yang diuji dengan dugaan, ingatlah terdapat ibrah dan hikmah disebalik ujian yang datang. Setakat itu dulu ye.. need to go now.. I have to prepare for my presentation.. Fiqh Semasa.. huhu.. petang ni Choral Speaking plak.. doakan ye.. salam..


p/s : final exam around the corner..

27 September 2010

Family Day at Pantai Balok..

Assalamualaikum.. dah lama ana tak update blog ni.. Kesibukkan pada urusan belajar dan juga pengurusan diri buat diri ana tak dapat nak mengadap laptop dengan masa yang lama.. Facebook ana pun jarang-jarang dah bukak.. Lebih-lebih lagi lagi 4 atau 5 minggu nak final exam dah.. jadi sekarang ni merupakan minggu-minggu yang amat busy dengan pengumpulan carry mark.. test sane.. asignment sini dan macam-macam lagi.. lepas ni ade majlis konvo pulak.. maka akan ade lah kelas yang terpaksa dibatalkan.. lapas tu PRK atau pilihanraya kampus plak.. (huhu.. hope tak menang pencalonan peringkat jabatan..Gerun bah..)..

Ok.. kat sini ana nak share tentang trip ana untuk family day blok ana.. As ajk ibadah blok, ana dan Yuhana (ajk kebajikan) ditugaskan untuk menguruskan makanan.. memang letih amat la.. huhu..(baru tahu betapa susahnya kak nora dulu jadi ajk makanan). Dari pagi sampai la balik kena urus semua makanan.. balik tadi pun lepas solat ape semua, ana dah terjelepuk atas katil.. huhu.. mata tak dapat lelap sebab penat sangat.. nak tidur pun susah.. sekarang pun tak dapat tidur lagi.. Hai.. assignment nak kena hantar ni.. test lagi minggu ni.. huhu.. semoga Allah permudahkan.. ok la.. jom kite tengok kebesaran Allah swt di Pantai Balok ni.. =)





Jom main bola beracun...



Ke "excited"an jelas tergambar.. heheh



cantik tertarik dan memang da bomb.. hehe.. my friends



Gambar tangan pun jadik la..



Subhanallah..



Comel betul budak2 BATI ni.. heheh



Us.. dengan akak rumate dan wawa.. ni semua Sabah mali..



Bayang-bayang sape ntah..



Candid pic.. hehe.. cantik..



Me and Hanim...=)