expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

26 October 2015

Nikmat Allah Untuk Disyukuri



Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam limpahan keberkatan Allah taala sentiasa. Alhamdulillah 'ala kulli hal, diberi sedikit ruang untuk mencoret serba sedikit cetusan hati di sini setelah mendiamkan diri tanpa apa-apa khabar di blog ini. Tak sangka dah hampir 8 tahun juga usia blog ini. Seiring dengan perubahan status pada diri ini, maka cuba-cuba untuk edit header dekat blog ini. Alhamdulillah.. segala kemudahan hanya di hujung jari. Nikmat semua tu. Moga dengan header yang baru ni, lagi bersemangatlah hendaknya ye untuk menulis. Menulis bukan kerana inginkan pujian atau sanjungan. menulis untuk koreksi diri, muhasabah diri dan lihat bagaimana diri ini sebelum dan selepasnya insyaAllah..

Alhamdulillah hampir setahun lebih bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang soleh insyaAllah dan terbaik buat diri ini dan proses belajar untuk menjadi isteri yang baik itu juga sedang berjalan. Alhamdulillah jua atas nikmat yang Allah kurniakan yang mana tidak mampu untuk kita balas dengan nilaian wang atau permata. Akan tetapi hanya mampu membalas dengan kesyukuran yang tidak terhingga. Sesungguhnya Allah swt berfirman dalam nukilan ayat Al QuranNya dalam surah Ibrahim ayat 7 berkaitan dengan nikmta dan syukur ini. Sekiranya manusia itu bersyukur, maka Allah akan tambah ganjaranNya dan sekiranya manusia itu kufur, maka tunggulah manusia itu azab Allah yang maha pedih.



Moga kita semua menjadi hamba yang bersyukur insyaAllah..

Nikmat yang Allah berikan ketika ini, telah menghapus segala keperitan dan kesengsaraan ujian sebelum-sebelum ini. Malu jika diingatkan kembali betapa banyak keluhan demi keluhan semasa teruji. Biasalah, kita manusia. adakalanya hanya ingat tentang kekuasaan Allah ketika ditimpa musibah dan hanya sedar bahawa musibah itu hanya sekelumit bilaman Allah memberikan kemudahan. Namun cepat pula lupa tentang kemudahan yang Allah berikan. Itulah manusia.

Dalam nikmat yang Allah berikan pun, ada ujianNya. Ujian untuk kita kenang dan ingat kepada Dia. Kasih sayang dan cinta sesama suami isteri, adakalanya buat kita terlupa untuk utamakan yang lebih awla. Sebab Allah dah beritahu dalam kitabNya. Kecintaan manusia itu kepada anak-anak, pasangan, harta dan lain-lain. Tapi tak bermaksud perlu tinggal semuanya. Berpadalah dalam seimbangkan cinta Allah dan cinta kepada ahli keluarga. Pelihara hubungan dengan Allah, insyaAllah akan dipelihara hubungan sesama makhluk. Untuk bina kecintaan kepada Allah di saat nikmat cinta kepada pasangan dan anak-anak yang sangat membuak ini juga satu ujian. Moga allah pandu dan pelihara kita semua agar dapat mendapat kecintaanNya jua insyaAllah.

Begitulah resam yang Allah jadikan kepada manusia. erti nikmat dan syukur. Syukur itu bukan hanya sekadar di mulut. Tapi syukur itu dengan perbuatan zahiriah dan batiniah. Perbuatan zahiriah dengan melaksankan perintah Allah dan perbuatan batiniah, dengan mejaga dan memlihara hati dan iman daripada perkara yang mazmumah. Nikmat ni bukan untuk disyukuri oleh orang yang dah berkahwin sahaja. Semua kena bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Alllah berikan kita kepandaian juga nikmat. Allah berikan kita keluarga yang menyokong dan baik juga nikmat. Allah hadirkan teman-teman yang baik pun nikmat. Maka apa alasan kita untuk tidak bersyukur??

Oleh itu, marilah kita sama-sama buat satu perubahan dari sekarang untuk cuba menjadi yang lebih baik. Jaga hati.. koreksi diri.. dunia ni pun dah tak lama bukan?? Tak rugi pun untuk berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah. itu saja dari saya. Andai tersilap kata, mohon ditegur dan dimaafkan ya.. Wassalam..