expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 December 2016

Habuk

Assalamualaikum.. Fiewww.. terkejut sekejap tengok tarikh last update post disini. 12 Ogos 2016. betapa tersangatlah lama meninggalkan dunia blogger. Alhamdulillah masih teringat bahawa diri pernah ada blog dan masih blog. Selalu sangat update di Facebook tapi dekat sini tak tulis ape-ape. Kenapa?? Sebab blog orang dah tak baca eik?? Ehem..ehem..nampak sangat niat tu.. astaghfirulllah..

Bukan lah.. Tapi sebab dah lama tak menulis panjang-panjang perihal kehidupan sendiri melainkan update tentang produk-produk Jamu Susuk Dara. Oh ye.. saya kini ajen jamu susuk dara ye.. boleh follow FB.. kat sini, takde ape-ape la ye nak update pasal JSD..

Alhamdulillah.. 'ala kulli hal.. Allah mempermudahkan segala urusan satu demi satu.. satu demi satu pintu kemudahan dibukakan olehNya.. alhamdulillah.. oh ye.. nak update sket.. baru habis exam Semester 1. Ha?? exam ape plak?? bukan baru ke habis degree?? Master plak?? huhu.. bukan..bukan.. tapi sambung Diploma Lanjutan.. Diploma Pentadbiran Kehakima Islam Dan Guaman Syarie di UKM. ya.. still.. alhamdulillah.. tinggal lagi 3 semester.. then kite apply tauliah peguam syarie insyaAllah..

Hurm.. tadi baru try mohon kerja di SRITI berdekatan dengan area rumah ni.. kalau ada rezekinya, alhamdulillah..kalau tiada kita alhamdulillah juga.. rezeki ni bukan kat tangan kita ya.. semua dalam genggaman Allah.. usaha, doa dan tawakkal sahaja..

Alhamdulillah rasa tenang sangat beberapa minggu ni.. bukan nak cakap ape.. dalam awal-awal bulan baru ni hamba dalam keadaan agak stress sedikit lah.. stress dengan hutang belajar lagi.. dengan soal anak lagi.. biasa..biasa..biasa.. tapi.. sampai bila?? semua tu bukan kita yang pegang.. terima kasih sangat-sangat kepada kaum kerabat..sahabat handai.. keluarga dan suami yang tersayang sebab bagi all support 100% kepada diri ini.. buat apa bersedih kan?? bukan kita yang tentukan pun lebih-lebih lagi soal anak.. soal urusan dengan KPM pun dah selesai.. alhamdulillah.. syukur ya Allah.. thanks to my big bro yang dah jadi cikgu atas pertolongan anda.. doakan ur sista okay.. tiada lagi surat-surat yang buat diriku dirudung stress dan murung seharian.. terima kasih kepada KPM sebab bersabar sebab saya dan keluarga saya pun bersabar dengan karenah kalian.. hehe..

Ok la.. setakat itu nak update.. insyaAllah lain kali saya bercerita panjang lagi ya..

be good and take care.. daaa.. assalamualaikum..

Rindu saya, add saya di FB.. Nurul Atika Rosli (Nurul Islam) -->perasan ada orang rindu.

12 August 2016

BUDI BAHASA BUDAYA KITA: LAPOR DIRI JPA

Assalamualaikum…
Alhamdulillah hari ni hari yang agak tenang sikit berbanding hari-hari yang lain.. Sebab hari ni hari Jumaat yang barakah.. Tapi sepatutnya bila hari Jumaat mestilah hari yang sangat-sangat menenangkan bukan? Tapi pagi-pagi lagi mood agak terganggu dek sikap-sikap orang yang tak sepatutnya berlaku..

As pelajar tahun akhir yang dah tamat pengajina dan pemegang biasiswa JPA, maka kami semua diwajibkan untuk melapor diri secara online melalui satu portal interaktif buat under JPA ni. But, maklumat untuk saya punya pengajian dan keputusan setiap peperiksaan dalam laman web tu ada yang silap. Puas sudah di email, di call tapi dah hampir sebulan masih belum mendapat sebarang balasan dan pembetulan yang telah dibuat. Sebab dah pernah alami problem berkaitan dengan perjanjian dengan kerajaan, buat diri ini sangat particular bab-bab kesilapan dalam maklumat ni. So, nak tak nak terpaksa la tangguh dulu untuk lapor diri. Tapi menungu dan menunggu still taka de perubahan. Takkan nak tunggu sampai diri sendiri kena denda sebab tak lapor diri? Nauzubillah..

So.. pagi tadi mintak suami temankan bawak ke JPA untuk selesaikan masalah ni. Dah email tak berjawab, call tak dapat, kita jumpa terus je la senang kan.. Sebab kalau kena denda yang kena bayarnya empunya diri ini. Bukan mereka pun. Huhu. Dan minta maaf juga buat suami sebab terpaksa susahkan sikit pagi ni walaupun dia busy sangat sampai tadi asyik duk jawab call dan balas wassup tak henti-henti masuk. Macam tu la kerja jadi jurutera macam suami saya. Saya nak citer pun tak pandai. Kata orang jadi Jurutera ni gaji bosar. Hehe.. itu expection orang.. kalau company bosar tu maybe la… tapi kerja dorang pun tak kurang stress juga.. suami saya hanya insan biasa yang juga perlu berhutang membayar loan kereta serta membayar cukai GST saban hari.. So, berbalik kepada kisahnya saya ke JPA tadi, saya dan suami pun menunggu di ruangan kaunter pertanyaan yang utama di Blok C. Orang tak ramai pun. Then bila giliran saya, saya pun menceritakan masalah saya. Saya beritahu yang saya dah email dan call but no respond. End up.. pegawai tu just jawab.. “Dah email tak pe lah” Saya masa tu rasa macam nak marah jugak la.. Kami datang untuk minta bantuan dari pihak anda, tapi anda hanya jawab begitu tanpa apa-apa tindakan lanjut. Siap tak pandang pun orang yang bertanya ni. Manner.. saya bagi 0 bintang.

Saya jelaskan lagi, if saya tak lapor diri lagi disebabkan hal ni, tak pe ke? Sebab bukan ke akan didenda kalau tak lapor diri dalam masa yang ditetapkan? Then dia dan seorang lagi hanya menjawab.. “Tak kena pun..” Hm2.. Saya memang dah malas nak layan, terus panggil suami dan lepas ucap terima kasih, terus berlalu pergi.. Saya pelik.. senang betul kerja anda ya.. kalau orang sampai datang jumpa anda di pejabat, maksudnya dia betul-betul perlukan pertolongan anda. Tapi anda hanya jawab dengan acuh tak acuh dan langsung tak memandang. Saya tak tahu lah betapa stressnya kerja anda tu. Masuk jam 8, keluar jam 5.. gaji tetap jalan .. tak pernah kena potong.. setiap tahun ada kenaikan dan lain-lain.. nak banding dengan penjawat swasta macam suami saya yang kadang-kadang tak tentu masa kerja.. malam pun kadang-kadang balik lewat.. kenaikan pun belum tentu dapat.. but at the end, mereka still bagi service yang terbaik pada customer..
Ini hanya saya harapkan.. why not bila saya jumpa anda, anda cuba untuk selesaikan setakat yang anda mampu.. mungkin ambil maklumat saya ke.. atau cuba cek dengan unit teknikal ke.. tak pun sekurang-kurangnya bagitahu dengan ayat yang lebih baik.. “ Ok puan.. takpe.. kalau puan dah hantar email tu, maksudnya nanti pihak kami akan betulkan.. dan puan tidak akan dikenakan sebarang denda jika terlewat lapor diri..” It’s easy kan? Daripada awak mengadap computer awak dengan memasamkan muka dan xpandang pun customer ni.. dan terus cakap dengan nada yang menyakitkan hati.. perlu diingatkan bahawa anda bekerja untuk memberi servis kepada rakyat..




Saya tak tahu ini semua mentaliti pekerja kerajaan atau apa.. Sebab acap kali juga bertemu dengan kakitangan kerajaan sedemikian rupa sikapnya. Saya tahu tidak semua begitu.. but please.. ubah la.. Satu hari nanti, awak pun perlukan pertolongan orang lain juga.. Bukan ke dapat pahala? Bahkan gaji yang awak dapat pun berkat.. Hm2..


Buat semua pekerja di luar sana, tak kira swasta atau kerajaan, jagalag adab anda.. kadang-kadang tu orang yang minta tolong dengan anda adalah orang yang betul-betul perlukan pertolongan. Dunia ni ibarat roda. Semua orang sibuk but please.. jangan sampai orang tak suka dan rasa sedih sebab diperlakukan macam sampah je oleh anda semua.. kadang-kadang yang datang jumpa tu entah-entah datang dari jauh semata-mata nak tanya tentang masalah dia.. dah.. call pun tak berangkat.. terpaksa la datang.. so.. hormatilah mereka juga.. dan anda juga akan dihormati.. Budi bahasa budaya kita..

21 July 2016

Jodoh Dengan Shawl

Assalamualaikum.. Saya dah semakin rajin update blog.. haha.. (Baru dua kot termasuk yang ni untuk bulan ni)


Jodoh dengan shawl.. Saya memang tak ada jodoh dengan shawl. Saya tengok orang lain pakai shawl macam cantik je. Eh bukan macam tapi memang cantik. Ada orang cakap pakai shawl jimat masa, senang, mudah.. Owh.. memang minat saya pun nak buat benda yang mudah, senang dan jimat masa ni.. Tapi kan.. ade la beberapa kali saya cuba pakai.. tapi tak pernah jadi.. haha.. dan juga saya takut diri saya sendiri bila pakai shawl.. my own identity yang nampak muda (konon. sedar diri dah 27). Betul la siapa yang pakai shawl tu saya tak nafikan memang lawa, nampak confident, dan memang senang pun kan bagi yang pandai. Saya tak pandai walaupun dah tengok banyak tutorial. Bila tanya husband saya pun, ye la.. dia agree yang isterinya lawa pakai shawl (Takde.. pakai apa pun saya lawa kat mata dia. I dont care). Cumanya saya dan husband tahu kot saya ni macam mana. Haha. Just be yourself je lah.. nak nampak kemas, cantik dan berkeyakinan tu bukan semata-mata pada tudung je kan.. banyak cara lagi.. Pada saya, saya memang tak berjodoh la dengan shawl.. Jodoh saya cuma dengan tudung bidang 60 gaya kupu-kupu atau gaya straight atau tudung labuh sahaja. Setakat ini lah. If ada jodoh di masa lain tu saya xtau la nak cakap macam mana kan. 

Nampak matang pun tak best.. hehe.. Biar la nampak muda skek.. Even lagi 3 tahun dan nak masuk 3rd series. Lagipun kalau saya pakai shawl nanti saya rasa masa saya bersiap akan bertambah sebab saya tak pandai kan.. nanti husband saya punye perlian lagi panjang.. haha.. 

Apa-apa pun semua tu pada pendapat masing-masing la kan. Ada orang dia rasa shawl tu mudah untuk dia pakai. Ikut trend pun tak salah asalkan menutup aurat. Tapi bagi saya sendiri, saya memang orthodox sket dan susah nak ikut trend baru. Susah sket nak berubah kalau bab-bab aksesori dan pakaian ni. Namun itu semua hak masing-masing. Cuma jangan sampai jadi hamba fashion. Biarkan kita kawal dia, jangan dia kawal kita. Ada pepatah menyatakan jadikanlah dunia itu hanya di tanganmu bukan di hati mu. Bila letak kat tangan, kita boleh la kawal. Kalau letak kat hati, hidup mati semua duk kerja dunia ja lah. Nauzubillah. Tak mau ye..

Bila dah lawa dengan shawl tu, pandai-pandai la seimbangkan ye supaya tak menyerlah sangat sampai tabarruj. Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita yang solehah... =)

PENGALAMAN MEMBINA AKU YANG SEKARANG

~ Ada satu perkara yang tidak boleh di bayar dengan wang ringgit untuk dapatkannya. Apakah itu? Itulah... PENGALAMAN~


Assalamualaikum...

Eventhough nampak macam rugi saya habiskan 2 tahun belajar TESL tapi at the end tak dapat teruskan atas sebab birokrasi yang bukan kuasa saya, but i learn something yang priceless.. My journey of life started from there.. Bagaimana persepsi saya tentang dunia dan orang-orangnya juga berubah setelah menerjah ke alam sebenar. Sebab selama saya belajar (after masuk sekolah menengah), saya hanya berada dalam dunia iklim dinni. Tudung labuh, jaga aurat, kawan-kawan semua jaga ikhtilat. Dan buat pertama kali semasa menerjah ke alam IPT di IPGM saya rasa sukar untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan semua itu. Dan saya sendiri mengaku sedikit culture shock dan merubah jati diri saya sedikit. Macam mana perubahan itu berlaku? Yeah.. ianya berlaku tanpa disedari dan when you try to be just like them.. when you feel that you are different from others.. when you feel like it's okay to change because.. hey.. kan dah habis sekolah agama... But alhamdulillah.. tak ade la sampai ke laut perubahannya itu.. After Allah sentuh hati itu, maka saya pun kembali dengan imej bertudung labuh, berjubah, dan mencari something untuk di isi sebagai makanan rohani.. Yeap.. fitrah manusia yang ingin hatinya diisi. Jangan biarkan hati itu kering dan kontang dengan basahan mengingati Allah walau di mana jua kita berada..

Bila diingati kembali bagaimana saya sukar untuk adapt dengan suasana baru di IPGM sebab saya dari sekolah yang sangat-sangat menjaga ikhtilat (baca: hubungan lelaki perempuan). Pernah sekali someone which is student lelaki yang juga my own classmate panggil saya untuk cakap something la kan.. and i was like..alamak.. how to react? What should i do? alamak!! Then saya buat macam saya selalu kat sekolah.. Cakap dengan dia tapi badan saya tak mengadap classmate saya tu pun.. Then saya cakap.. ye? Ade ape? Classmate saya tu pelik dan dia menjengah-jengah panggil nama saya sambil reaksi muka pelik.. "Atika? Atika?. Dia cuba nak mengadap saya tapi saya yang larikan pandangan termasuk turn my body dari mengadap beliau.. See?? Ok.. hal itu sangat pelik.. Tapi saya tak tahu macam mana nak buat.. Itulah benda pertama yang saya sukar nak hadapi.. dan saya jadi macam malu sikit la dalam kelas.. dan malu jugak nak exposed diri dalam kelas..TESL kot.. macam tak sah je kalau tak menonjol dan speak out.. but me.. hal tu agak menyukarkan saya jugak la.. Sejak sekolah saya memang pendiam.. tak banyak cakap.. tak suka exposed diri.. tak speak out.. just i cant.. bak kata suami saya.. budak baik kat sekolah.. hahahaha.. tapi saya suka menulis.. sebab tu la masa zaman maktab memang aktif sungguh menulis blog..

Okay.. itu baru satu benda yang saya tak boleh hadapi.. Then, saya sukar untuk present dalam kelas depan lelaki.. huhu.. serius la.. saya tak tahu kenapa kalau nak bentang je saya akan buang cermin mata semata-mata tak ade confident nak cakap kat depan lelaki.. huhu.. Saya punye tahap keyakinan diri memang drop sangat-sangat sepanjang belajar tu.. Tapi bila bab yang saya suka macam usrah, subjek islamic studies, then yang tu memang saya sangat berkeyakinan tinggi.. Tak tau la nak habaq macam mana.. awat la lagu tu...

So..pengalaman macam tu mengajar saya.. after saya tak dapat sambung TESL tu memang la sedih.. sedih sebab mak ayah saya.. but i learnt something.. Jadi orang Islam ni kita kena jadi orang yang serba boleh dan jangan sampai orang lain terutamanya yang tengok orang yang islamik ni tak boleh nak exposed diri mereka.. sukar nak masuk dengan orang.. bertudung labuh tapi kuno.. tak ade keyakinan.. starting on that point, saya bina keyakinan saya.. speak out benda yang patut saya cakap.. be confident dengan diri awak dan bab communication skill kena tingkatkan.. jangan sebab awak sekolah agama, awak tak dapat nak sesuaikan diri dengan orang lain. Islam memang menjaga hubungan lelaki dan perempuan tapi tak halang untuk bermuamalah dengan cara yang baik. Kalau orang lain tak tahu, kita tunjuk.

Dan bila saya flashback balik siapa saya sebelum ini, saya rasa bersyukur Allah kenalkan saya dan campak saya sekejap dekat dunia belajar yang saya sendiri tak pernah berada sebab asyik sekolah agama ja.. Sekolah rendah tu tak payah cerita la kan sebab zaman kanak-kanak ribena tak tau apa.. hehe.. Banyak la saya belajar sepanjang saya belajar TESL dulu walaupun bab mengaji subjek TESL tu banyak dah saya lupa..hehehe... Tapi keyakinan untuk bercakap omputih tu alhamdulillah ada.. Tapi saya tak master bahkan diploma pun dalam bab tu macam kawan-kawan TESL saya dan belajar 6 tahun dalam bidang tu.. But.. pengalaman belajar TESL ni memang sangat priceless.. =)

Buat sahabat-sahabat di IPGM, sahabat-sahabat TESL yang pernah sekelas dengan saya, lecturer-lecturer yang pernah mengajar saya di IPGM.. thanks a lots.. Terima kasih kerana hadir mewarnai kehidupan saya yang sangat berwarna warni ini.. Tak kira la anda pernah jadi sahabat atau pernah mengecewakan, saya ucapkan terima kasih sebab kerana kalian yang Allah hadirkan membina siapa NURUL ATIKA BINTI ROSLI yang sekarang... Kalian adalah PENGALAMAN YANG TIDAK MAMPU DIBAYAR...

Alhamdulillah.. dah habis degree dah walaupun terpaksa patah balik 3 tahun untuk ganti 2 tahun TESL tu.. Tapi saya tak rasa rugi 2 tahun itu.. sebab 2 tahun itulah Allah tarbiyyah saya dengan macam-macam benda..


Yeay.. dah habis degree.. jom cari kojer.. 

13 May 2016

Facebook Vs Blogspot

Assalamualaikum..

Lama dah tak update apa-apa dekat blog ni. Diri ini macam makin melupakan pulak media sosial pertama yang aku kenal sebelum adanya Friendster dan juga Facebook. Blog adalah hobi aku yang pertama yang buatkan aku tak percaya blog ni dah ditubuhkan tersangatlah lama. tapi.. tuan punye blog makin lama makin menyepikan diri. makin tak update ape-ape.

Mungkinkah faktor umur? Faktor busy? Faktor tanggungjawab yang makin bertambah sampai dah tak menyempat nak tulis ape-ape. Lagipun dah ada orang yang mendengar bebelan diri ini setiap hari.

Okey. Aku baru-baru ni ada la seorang dua yang tegur macam ni.. "Akak.. asal saya buka Facebook je nesti status akak yang pertama".. " akak.. saya rasa akak boleh bukukan semua status akak kat Facebook".. Hurm.. aku fikir dua kali tentang hal ni. Itu tanda orang tak suke atau orang suka ye? End up aku rasa orang yang suka menulis macam aku ni memang tak boleh kot nak expose kat FB.. Sebab semua benda orang lain dapat baca dan maybe juga ada orang yang tak suka. So aku rasa rindu balik nak menulis apa sahaja yang aku suka dekat blog ni. If ade silent reader pun aku tak kisah. Aku tak ganggu privasi orang pun. hehe(perasan ade silent reader). Cumanya aku nak minta maaf kalau aku ni nampak sangat banyak kali update status dekat FB. Sebab dari dulu memang aku akan tulis ape saja yang timbul kat minda aku ni. About life, ujian hidup dan macam-macam lagi. Aku tahu ade orang pun di uji maybe macam aku sekarang ni or maybe lagi susah dari aku. 

Bukan senang untuk aku teruiskan pengajian di saat umur 27 tahun ni walaupun tinggal sebulan je lagi nak habiskan. Aku survive dengan age barrier antara classmate, cara pemikiran dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang buat aku rindu dengan KIPSAS walaupun dah tukar jadi KUIPSAS. Tahu kenapa? Sebab dekat situ (masa batch aku) aku jumpe ramai yang sekapal dengan aku. Yang tetap "kayuh kapal" untuk survive dan sambung belajar even umur tu dah 28, 30 and soo on. Dan aku jumpe classmate yang dah berkahwin dan punyai anak 2 orang yang ditinggalkan jauh bersama suami. Aku jumpe orang yang sangat mencintai ilmu bukan sekadar nak grad dapat diploma je. Dan di UKM? Aku jumpe.. tapi tak ramai.. huhu.. Sometimes rasa macam tak best pun sambung degree ni.. sebab sistem belajar dekat uni di Malaysia ni majoritinya nak kejayaan berbentuk kuantiti bukan kualiti. Kualiti bagi aku bila kau grad,kau mampu nak praktik ilmu tu dan sampaikan pada orang lain. Kuantiti maksud aku, bila satu uni tu dapat keluarkan ramai mahasiswa produk keluaran mereka tapi yang keluar tu ada yang tiru waktu exam, tipu lecturer, plagiad assignment, tak hormat lecturer, copy thesis.. huhu.. SADIS!!. Aku tahu ada yang grad dengan cemerlang dari sudut semua segi. Tapi maybe tak ramai. Serius.

Okay.. tadi kita cerita tentang FB dan Blog kan? Haa. last week dan maybe this sem aku banyak sikit diuji dalam tempoh nak habiskan sem yang akhir ni. My zauji selalu tak sihat.. dan aku perlu berdikari menjaga beliau. Kadang-kadang tu aku post dekat FB tanya tentang hospital yang terdekat yang bukak 24 jam. Sebab aku bukan orang KL, Aku tak biasa pun dengan bandar KL ni. So aku bertanya. Sometimes aku minta kawan-kawan doakan. Sometimes aku tulis sebab aku nak kawan-kawan aku atau kawan-kawan husband aku tahu keadaan suami aku so dorang akan faham if ada kerja-kerja yang kami perlu buat tapi tak terbuat dek ujian yang Allah bagi tu. Mana lah tahu kan. Tapi aku rasa maybe ada yang rasa aku nak tunjuk sweet aku dan suami dekat FB. Huhu. Kalau ada yang rasa macam tu, aku minta maaf. Mungkin sebab kalian tak kahwin lagi.. senang nak kemana-mana.. ada kemudahan.. so ada yang boleh cakap macam tu.. tapi bagi aku, bila suami atau isteri tak sihat, ditambah dengan tanggungjawab kau sebagai pekerja atau pelajar tak dapat nak buat, itu memang satu ujian yang agak hebat. Tambah-tambah lagi aku pelajar tahun akhir yang tengah struggle nak siapakan thesis, assignment, study untuk midsem dan lain-lain. Sometimes, if aku yang tak sihat, suami terpaksa EL dan semua tu akan bersangkut paut dengan kerja beliau akan tertangguh, gaji kena potong dan lain-lain. So.. please.. jangan cepat hukum tapi tengok keadaan orang tu.. Maybe sebab yang jadi tu situasinya antara suami dan isteri... ape-ape sahaja berkaitan suami isteri, yang difikirkan sweet mueet aje.. huhu.. Cuba kalau kita tengah banyak kerja nak kena hantar, midsem test lagi, dengan assignment lagi then tiba-tiba mak or ayah kita sakit dan kita je yang ada untuk bantu dorang. Apa yang akan dirasa? Off course orang takkan cakap sweetnyee bila ada yang update status "Ayah/Mak sakit.. otw ke hospital". Atau orang akan fikir tak perlu show off sangat.

So.. maybe aku agak terasa kecil hati.. atau sedih kot dengan kata-kata macam tu.. sebab.. bukan senang nak jadi seorang isteri yang betul-betul ikhlas dan setia pada suami just untuk dapat redha Allah. Serius!! Nak jadi isteri kena tabah lebih dari seorang suami. Sebab nanti dah bernikah, yang ada cuma kau dan suami serta Allah sebagai tempat bergantung. Kekuatan seorang lelaki datangnya dari doa isteri, Sebab Adam pun tak mampu teruskan kehidupan tanpa Hawa. Ada masa memang kau jadi penyejuk jiwa, jadi kawan, jadi adik dan off course kekasih pada suami. Tapi ada masa juga kau akan jadi tempat suami mengadu sampai kadang-kadang kau kena tahan air mata supaya suami jadi kuat untuk sama-sama kemudi bahtera. Tengok Siti Khadijah bagaimana beliau menenangkan Nabi Muhammad s.a.w semasa menerima wahyu pertamanya. Itulah isteri. 

Pesan aku pada yang bakal bergelar isteri, jangan fahami tugas isteri dengan merujuk drama korea atau drama pukul 7. Atau melalui novel cintun yang aku pun tak pernah rasa nak baca. Tapi fahami tugas isteri berdasarkan kisah-kisah serikandi Nabi. 

Tugas suami atau isteri memang banyak ranjaunya. Belum lagi kalau dah bergelar abi atau ummi. Tapi bukan tak ada masa bahagia. Menjadi isteri dan suami itulah bahagianya. Bahagia dalam erti hidup pada memberi. Bukan pada hadiah di setiap anniversary atau beg Gucci. wallahualam..

salam.. =)

p\s: Puas dapat membebel dalam blog berbanding FB.. hehehe.. 

10 March 2016

Aku Suka Warna Malap

Assalamualaikum.. Di harapkan semua yang membaca jika ada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya..

Jam sudah menunjukkan pukul 9.23 pagi dan jam 10.00 nanti aku ada kelas Sistem Kehakiman Islam yang digeruni. Aku tak tahu kenapa adik-adik kelas semua cakap susah dan gerun. Bukan nak kata aku bijak ye.. semua subjek bagi aku susah. Belajar mana ade yang senang. Sumpah. Tapi ade dengar yang menggerunkan sebab lecturer guna fully bahasa arab. Huhu.. aku dulu belajar di KUIPSAS pasal SKI ni pun guna kitab arab sampai penuh cacing kerawit kat kitab tu sebab aku mengantuk masa ustaz syarah satu-satu. Siap ustaz perli aku tolong pak guard berjaga ke malam tadi. T_T. Tapi takpe lah. Anggap tu satu cabaran dalam hidup dan lagipun, sepanjang dekat UKM ni subjek ape je yang kita akan betul-betul dalami dan guna bahasa arab?? Kalau uni lain tu aku rasa dah jadi kebiasaan kot. Ni just opinion aku. Belajar tak senang...

Hari ni aku dengan terpaksa rela pakai baju warna oren keemasan bak warna sultan-sultan gitu. Huhu.. aku rasa kali terakhir aku pakai baju warna striking macam tu masa umur aku 6 tahun sebab mama belajar buat baju kebaya. So aku jadi modelnya.  Selepas dah dewasa, warna-warna pilihan aku semuanya malap, suram dan kelam. Tapi tak la menggambarkan diri aku ni seorang yang kelam suram tu. Just i like to wear that colours you know. Rasa terpelihara la sikit dari pandangan lelaki ajnabi ni. Sebab mata lelaki ni mudah aje nak tangkap warna striking. Budak-budak pun suka juga kan? Aku tanya husband aku ya pasal fakta ni. =). Selama ni warna baju yang aku ada semua gelap. Dark chocolate, blue black, black, dark green, dark purple dan aku cuma ade dua pasang je baju warna striking. Baju kahwin dan JUBAH NAZIHA warna Peachy Pink (sape nak tempah jubah ni, sila follow my ig nurul_islam89 atau my FB ye Nurul Islam). 

Untuk booking boleh contact ye.. =). Aku tengah tunggu warna dark grey untuk di grab.


So, hari ni aku meraikan la teman-teman Hujjah untuk pakai baju tema Hujjah untuk kepimpinan kali ni. Tak tahu berapa kali aku tanya husband aku okey ke tak pakai baju ni. Baju kurung moden dan aku dah lama tak pakai baju kurung. Hehe. Lagi-lagi bila jadi student. Pakaian aku hanya t.shirt labuh, jubah dengan tudung bidang 60 atau tudung labuh. Shawl ke ape ke aku tak kenal. Bagi aku, jadi student kampus bukan nak melawa tapi nak belajar. Just cukup kalau kau hanya jaga kekemasan diri. If dah kerja tu lain cerita sebab kau akan jumpe dengan masyarakat yang pelbagai. Ni just my opinion. 

Ok la.. just nak cakap aku memang suka warna malap dan memang susah la nak minat warna striking. hehe.. ok.. sampai sini dulu celotehku. InyaAllah lain kali pula ya... 

09 March 2016

Semua Allah Punya





Fitrah kebanyakan manusia..
Tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki..
Melihat orang lain punya kerja yang hebat..
Melihat orang punya wang boleh berbelanja apa suka..
Melihat orang lain gembira punya anak kecil yang comel..
Semua dirasa beruntungnya mereka.. kasihannya aku..
Namun sedarkah kau wahai manusia..
Apa yang mereka miliki dan engkau miliki itu milik Allah Taala?
Dan Allah akan berikan sesuatu yang engkau perlu..
Bukan sesuatu yang engkau mahu..
Sedarilah..
semua yang ada di dunia ini adalah ujian buatmu..
Dan yang kamu miliki hanya Allah Taala..
maka berhentilah melihat kelebihan orang lain..
Carilah kecukupan itu dengan menjadikan Allah sebaik-baik pergantungan segala harapan..
Cukuplah Allah bagiku..
Wallahualam..

Random~

Assalamualaikum..

9 Mac 2016
Makmal Komputer FPI, UKM
9.04 a.m

Berkemundang sayup-sayup suara imam mengalunkan bai-bait indah ayat suci al Quran di masjid UKM. Hari ini berlakunya peristiwa gerhana matahari dan seingat aku ini kali kedua aku perasan berkenaan dengan gerhana matahari ini. yang lepas-lepas aku tak ingat. Kali pertama sewaktu aku di IPGM Ipoh dan aku menyaksikan kehebatan ciptaan Allah itu bersama-sama sahabat di tengah padang hostel. Hari ini juga aku tak perasan email dari ustaz tentang penangguhan tutorial jam 8 pagi ini ke waktu jam 11 pagi. (punyalah aku lekas-lekas bangun pagi tadi takut terlewat sampai UKM). Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya aku boleh update sedikit blog usang tanpa pembaca ni. 

Aku terfikir-fikir tentang duniaku selepas habis pengajian ini. serius aku cukup risau sebenarnya. Sebab aku terlalu lama berada di dalam pengajian sampai aku sendiri tak pasti kemampuanku untuk terjun dalam masyarakat. Bermuamalah dengan mereka yang mungkin jauh lebih berpengalaman dalam bidang kerja. Di usia 27 tahun, aku bimbang mereka yang di luar have more expection about me. Jujurnya masih kurang keyakinan diri.

My husband told me untuk drive car sendiri. Aku tak tahu dah berapa lama lesen kereta terperap dalam dompet ini dan hanya digunakan untuk renew lesen saban tahun. Bukan tak mahu bawa kereta sendiri, tapi aku masih takut-takut untuk drive sendirian. Bilamana husband memberi suggestion untuk aku drive ke kampus, aku cuma berdiam diri. Try to convince myself dan kadang-kadang tu aku still takut. Kereta KL ni banyak sangat dan aku bimbang aku bakal merosakkan kereta my husband. (ok. aku bagi alasan). InsyaAllah aku mohon doa agar aku diberi kekuatan untuk berdikari)

Siapa yang tak mahu jadi isteri yang boleh urus kerjaya, drive sendiri tanpa bantuan suami melainkan yang perlu sahaja. Kadang-kadang aku mencari juga kekuatan untuk jadi iron lady ni. kawan-kawan yang dapat lesen lewat dari aku pun dah merata drive sana sini. 

Banyaknya urusan yang perlu difikirkan. Lepas habis belajar, dunia kerjaya pula. Mencari kerja lah kite.. perlu start edit resume dan apply kerja dari sekarang. Oh ye.. aku juga mohon Allah kurniakan rezeki cahaya mata pula selepas ini. Mungkin aku akan lebih kuat bila punya anak. siapa tahu kan? Terus jadi superlady.(muka senyum..muka senyum)

Ok la.. setakat ini dulu. Moga semua dalam lindungan Allah selalu ye. InsyaAllah.. =)

23 February 2016

REZEKI ITU HAK MILIK ALLAH

Mana milik kita..
Tidak ada milik kita..
Semua yang ada Allah yang punya..

Tergelak kecil bilamana suami melantunkan bait-bait ini dengan melodi yang salah. Ya.. aku seorang yang sensitif bila terdengar lirik atau melodi yang aku hafal dinyanyikan dengan cara yang salah (muka senyum..muka senyum). Dan suami pula seorang yang selalu fail dalam bab ni. (hehe). 

Berbalik kepada lirik lagu nyanyia ustaz asri Rabbani ini, sememang ia amat mendalam untuk difahami. Rezeki kita di tangan Allah swt dan hanya Dia yang memilikinya. Hari ini aku ingin kongsikan soal rezeki.

Orang kata cabaran di awal usia rumah tangga ni memang banyak. Indeed. Salah satunya ujian kewangan pluss di zaman ekonomi negara kita sekarang ni. Tambahan lagi hanya suami yang bekerja dan isteri ini masih sibuk di nabasiti (Ustaz Azhar Idrus oyak). Kadang-kadang di hujung bulan hanya cukup-cukup sahaja. Entah berapa kali usaha untuk menyimpan tidak menjadi-jadi. (hehe). Biasalah. Tapi aku percaya pada konsep rezeki. Allah akan beri rezeki yang kita perlu dan InsyaAllah cukup. Siapa sangka kadang RM100 itu tak cukup untuk belanja kau sorang untuk seminggu itu cukup untuk sepasang suami dan isteri selama seminggu. Itu bukan mimpi ya tapi realiti. Macam mana boleh cukup? Itu kau tanya Allah swt yang memberi berkah terhadap rezeki buat sepasang suami dan isteri. 

Itulah rahsia keberkatan rezeki yang Allah kurniakan. Bukan aku nak cakap mereka yang bujang ni hidupnya tak barakah. Cuma mungkin lack of responsibility sikit kot sebab kalau duit tak cukup, PAMA ada. (Haha.. jangan tipu sebab diriku pun pernah bujang).


Dapat pointer yang bagus juga rezeki. Bukan mahu menjaja cerita tapi ini realitinya. Hidup sebagai seorang isteri dan dalam masa yang sama seorang pelajar nabasiti banyak cabarannya. Aku pernah cerita kot dalam makalah sebelum ini. Di kampus kau pelajar, tapi di rumah kau ada tanggungjawab untuk dilaksana. Biarpun suami seorang yang memahami dan menyokong, tapi sanggup kah biarkan suami sendirian dan kau hanya sibuk dengan urusan belajar sahaja. Dan itu menyebabkan  kau akan cuba untuk bahagi masa. Agar bisa menjadi Qurratul Ain buat suami tercinta. Masa studymu limit dan kau perlu cepat catch up apa yang patut di dalam kelas. Belum lagi kalau dah punyai anak. Tapi ini bukan keluhan tapi kebahagiaan seorang pelajar bergelar isteri. ^^. Dan aku syukur atas rezeki Allah taala dengan keputusan yang aku sendiri tidak jangka. Bukan sebab aku bijak(bijak la sangat) tapi doa suami dan mereka-mereka yang lain. Berkahnya lain macam. =). Semua dari Allah Taala. 

Alhamdullillah setelah beberapa kali keluar masuk dunia dropship dan online bisnes, aku berjaya juga istiqamah dengan jualan pakaian yang menutup aurat. Mungkin sebab aku suka dengan gaya muamalah islami itu dan pakaiannya. Niatku hanya mahu seramai yang boleh memakai pakaian wanita muslim dengan sempurna walaupun sedikit demi sedikit. Alhamdulillah hasilnya mampu membantu suami biarpun hanya baru bermula. Kadang-kadang aku sendiri tak menyangka customer datang bertubi-tubi sedangkan aku baru bermula. Sejuk tanganku handle satu-satu. Bimbang tersilap di mana-mana. Dan aku anggap ini semua rezeki Allah swt. Dia berkemampuan untuk ambilnya kembali. Hanya aku harap keredhaan Allah semata-mata dalam usahaku untuk masyarakat mulai menutup aurat.

Apa-apa pun semuanya adalah milik Allah. Rezeki milik Allah. Jangan abaikan konsep keberkatan dalam rezeki walaupun sekelumit pun. Jujurlah dalam mencari rezeki kerana setiap yang kau dapat itu bakal jadi darah dagingmu sendiri. Itu sahaja perkongsianku di petang ini. Wallahualam.

p/s: panjang juga entry ni. Kalau menulis latihan ilmiah laju macam ni kan bagus. Huhu.

Tengah pening dan asyik rasa mahu muntah sejak pagi. Andai itu tandanya,
mohon doa ya. =)