Assalamualaikum.. Di harapkan semua yang membaca jika ada dalam keadaan sihat sejahtera semuanya..
Jam sudah menunjukkan pukul 9.23 pagi dan jam 10.00 nanti aku ada kelas Sistem Kehakiman Islam yang digeruni. Aku tak tahu kenapa adik-adik kelas semua cakap susah dan gerun. Bukan nak kata aku bijak ye.. semua subjek bagi aku susah. Belajar mana ade yang senang. Sumpah. Tapi ade dengar yang menggerunkan sebab lecturer guna fully bahasa arab. Huhu.. aku dulu belajar di KUIPSAS pasal SKI ni pun guna kitab arab sampai penuh cacing kerawit kat kitab tu sebab aku mengantuk masa ustaz syarah satu-satu. Siap ustaz perli aku tolong pak guard berjaga ke malam tadi. T_T. Tapi takpe lah. Anggap tu satu cabaran dalam hidup dan lagipun, sepanjang dekat UKM ni subjek ape je yang kita akan betul-betul dalami dan guna bahasa arab?? Kalau uni lain tu aku rasa dah jadi kebiasaan kot. Ni just opinion aku. Belajar tak senang...
Hari ni aku dengan terpaksa rela pakai baju warna oren keemasan bak warna sultan-sultan gitu. Huhu.. aku rasa kali terakhir aku pakai baju warna striking macam tu masa umur aku 6 tahun sebab mama belajar buat baju kebaya. So aku jadi modelnya. Selepas dah dewasa, warna-warna pilihan aku semuanya malap, suram dan kelam. Tapi tak la menggambarkan diri aku ni seorang yang kelam suram tu. Just i like to wear that colours you know. Rasa terpelihara la sikit dari pandangan lelaki ajnabi ni. Sebab mata lelaki ni mudah aje nak tangkap warna striking. Budak-budak pun suka juga kan? Aku tanya husband aku ya pasal fakta ni. =). Selama ni warna baju yang aku ada semua gelap. Dark chocolate, blue black, black, dark green, dark purple dan aku cuma ade dua pasang je baju warna striking. Baju kahwin dan JUBAH NAZIHA warna Peachy Pink (sape nak tempah jubah ni, sila follow my ig nurul_islam89 atau my FB ye Nurul Islam).
Untuk booking boleh contact ye.. =). Aku tengah tunggu warna dark grey untuk di grab. |
So, hari ni aku meraikan la teman-teman Hujjah untuk pakai baju tema Hujjah untuk kepimpinan kali ni. Tak tahu berapa kali aku tanya husband aku okey ke tak pakai baju ni. Baju kurung moden dan aku dah lama tak pakai baju kurung. Hehe. Lagi-lagi bila jadi student. Pakaian aku hanya t.shirt labuh, jubah dengan tudung bidang 60 atau tudung labuh. Shawl ke ape ke aku tak kenal. Bagi aku, jadi student kampus bukan nak melawa tapi nak belajar. Just cukup kalau kau hanya jaga kekemasan diri. If dah kerja tu lain cerita sebab kau akan jumpe dengan masyarakat yang pelbagai. Ni just my opinion.
Ok la.. just nak cakap aku memang suka warna malap dan memang susah la nak minat warna striking. hehe.. ok.. sampai sini dulu celotehku. InyaAllah lain kali pula ya...
No comments:
Post a Comment