expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

14 August 2018

CARA DAPATKAN PROSEDUR RAWATAN KESUBURAN HOSPITAL KERAJAAN

Assalamualaikum warga dunia siber..

Saya ada join group Doakan Kami Hamil 2015 dan juga group support untuk PCOS Malaysia di facebook dan Alhamdulillah banyak sangat ilmu dan bantuan yang saya dapat melalui group support tu dalam tempoh usaha untuk mendapatkan zuriat.  Tapi tak kurang juga banyak pertanyaan tentang macam mana nak mulakan prosedur rawatan kesuburan? Ade yang tanya tu yang dah TTC bebrapa tahun dah. Kerugian jugak la bila kita start lambat kan... sebab kita tak tahu apa masalah dan cara nak merawat kenapa kita sukar dapat zuriat. 



Ok.. untuk dapatkan rawatan kesuburan ni ada dua tempat iaitu sama ada nak dapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau nak dapatkan rawatan di klinik atau Hospital Swasta. Boleh pilih mana-mana ya. Tapi dua-dua ade kekurangan dan kelebihannya la. Untuk swasta, memang proses dia cepat dan kita tak perlu nak menunggu untuk step demi step yang kita kena tempuh sepanjang proses rawatan tu. cumanya, akan melibatkan kos yang tinggi sebab nama pun swasta kan. =). Kalau memang berkemampuan, boleh lah start rawatan kesuburan di hospital swasta. Lagi satu kalau hospital swasta ni tak ade la syarat perkahwinan perlu satu tahun dan ke atas baru boleh buat rawatan kan. Untuk hospital kerajaan pulak, proses dia memang agak lambat sebab ramai yang prefer untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan sebab kos yang jauh lebih murah. Cuma kena beratur je la.. Que memang panjang. So untuk entry ni, saya cuma fokus rawatan kesuburan di Hospital Kerajaan sahaja sebab saya pun memang proceed rawatan di hospital kerajaan iaitu Hospital Putrajaya. Saya cuma pernah scan TVS untuk kenal pasti punca sukar untuk hamil di Klinik Pakar Dr Hamid Arsyad. Sekali scan RM70 tak termasuk ubat. Nama pun swasta kan.. hehe..

ok.. jom start.. Saya akan share step by step untuk dapatkan rawatan kesuburan di hospital kerajaan dan untuk dapatkan rawatan ni biasenye mereka akan terima bagi pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh setahun dan ke atas yang masih belum dikurniakan zuriat. Tapi saya tak pasti jika ada yang menerima bagi pasangan yang kurang daripada setahun atau mesti lebih daripada setahun atau macam mana. Boleh hubungi dahulu hospital kerajaan yang anda ingin di rujuk tu ye.

LANGKAH PERTAMA

Ok, untuk step yang pertama sebelum dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang terdekat dengan anda, adalah dapatkan surat rujukan atau refer letter daripada Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Kerajaan yang berhampiran. Anda boleh tanya dengan pegawai yang menjaga kaunter di klinik jika tak pasti proses nak dapatkan surat tu macam mana. Tapi macam saya sendiri, saya ke Klinik Kesihatan Sg Besi yang mana berhampran dengan rumah saya dan kemudian ambil no giliran untuk jumpe dengan Doktor. So, memang kena jumpa dengan doktor dulu sebab doktor tu akan cek dulu history background kita. Jadi anda kena pastikan anda tahu tarikh LMP atau tarikh hari pertama anda period yang latest dan maybe doktor akan tanye juga macam mana keadaan period atau haidh kite. Teratur ke tak.. simptom-simptom yang berkaitan.. pernah pregnant ke tak.. pernah gugur ke tak.. ada sejarah kena operate ke atau macam mana.. kemudian kalau okay, doktor tu akan bagi la surat untuk kita direfer ke bahagian Pakar Sakit Puan atau bahagian Gyneceology untuk rawatan lanjut. Macam saya, saya mintak di refer ke Hospital Putrajaya sebab pernah operate untuk Ectopic Pregnancy atau Kehamilan Luar Rahim di situ. Kiranya saya ni bekas patient kat hospital situ dan senang sikit la kan sebab hospital dah alert pasal masalah saya ni. 

LANGKAH KEDUA

Bila dah dapat surat rujukan daripada Klinik Kesihatan Kerajaan, terus bawa surat tersebut ke hospital kerajaan yang ingin dirujuk atau yang kalau dalam surat tu dah tulis hospital yang perlu dirujuk, boleh ke tempat tersebut. Jangan simpan-simpan tau surat tu. Sebabnya lagi lama kita tangguh untuk daftar bagi rawatan kesuburan ni, lagi lambat la nak dapat date untuk first appoinmnet. Pengalaman diri sendiri, lepas dapat surat tum terus ke Hospital Putrajaya bahagian OnG tu dan nurse ambil darah untuk cek hormon. Maybe setiap hospital, prosedur dia lain-lain untuk part ni. Tapi yang penting kena bawa surat tu ke Hospital Kerajaan untuk pendaftaran dan dapatkan tarikh untuk first appoinment. 


STEP SELANJUTNYA

Okay untuk step selanjutnya ni, just follow sahaja tarikh-tarikh untuk appointment bagi rawatan kesuburan anda. Biasenye untuk first appoinment tu dalam sebulan jugak la daripada hari kita hantar surat tu ke hospital. Tapi tunggulah dengan sabar ye.. jangan merungut.. hehe.. emosi terganggu pun tak bagus untuk TTC.. Biasenye untuk first appoinmnet doktor akan cek dan buat Tranvaginal Scan atau TVS atau senang nak faham scan ikut bawah untuk tengok keadaan rahim dan juga ovari. Doktor akan tanya balik macam mana dengan cycle period kita, berat badan, kekerapan bersama, suami merokok ke tak dan lain-lain yang berkenaan. Macam saya, saya dah tahu saya ada masalah PCOS lepas pergi scan dekat Klinik Dr hamid Arsyat dan saya dah start jaga makan dan buat research tentang PCOS. So i know what PCOS is dan juga antara treatment-treament untuk PCOS ni. Maybe juga lepas first appoinmnet tu Doktor suruh kita cek hormon pada CD 2 dan CD 21 untuk tengok hormon Progestron dan LH dalam badan kite. Untuk treatment seterusnya, semua adalah berdasarkan apa masalah yang kita hadapi. Setiap orang tak sama.

InsyaAllah next entry saya akan share ape treatment yang saya dah jalani untuk setakat ni. Untuk rujukan anda semua insyaAllah. Oh ye.. untuk bayaran setiap kali jumpe pakar hanyalah RM5 setiap sesi. Sebab jumpe pakar kan.. kalau tak RM1 je.. hehe.. Saya buat scan HSG baru ni kena RM1 je berbanding swasta ade sampai beratus-ratus. Cuma cepat je la kan.. InsyaAllah saya akan share juga pasal HSG tu nanti. Doakan saya rajin update ye.. =)

saya doakan anda yang sedang ber TTC dikurnikan zuriat yang soleh dan juga diberikan kesabaran dalam menempuhi ujian zuriat ini. =)

bye... assalamualaikum..

8 comments:

Nur Syafiqah said...

HI..SAYA PUN ADA PCOS AND TGH IKHTIAR UNTUK HAMIL. TAK SABAR NAK TAU NEXT UPDATE...

ida said...

Sy pon dah 2 tahun 2 bln kawin blom ada rezeki..skrg tgh plan dgn suami nk pergi cek kt hospital...

Unknown said...

Hi sis. Mcm mana perjalanan ttc sehingga hari ini?

Anonymous said...

Ujian kesuburan ni kena sekali dengan suami ke atau untuk kita isteri je?

Unknown said...

Hai sis..pergi ke klinik kerajaan perlu pergi suami isteri atau isteri sahaja

Unknown said...

Ujian kesuburan suami perlu buat semen test di pathlab berdekatan @ lab
hospital. Untuk mengetahui tahap kesuburan suami. Mudah saja. Cuma untuk ujian Kesuburan isteri banyak step nak kena follow. Yang ni kena banyak bersabar ya.:-)

Unknown said...

Ujian kesuburan suami perlu buat semen test di pathlab berdekatan @ lab
hospital. Untuk mengetahui tahap kesuburan suami. Mudah saja. Cuma untuk ujian Kesuburan isteri banyak step nak kena follow. Yang ni kena banyak bersabar ya.:-)

Anonymous said...

Klinik kerajaan terima ke kalau bkahwin tak sampai 2 tahun?