expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

05 March 2021

My New Life 2021

 Assalamualaikum semua..

Separate seriusnya memang dah lama tak update apa- apa pun kat blog ni sejak tahun berapa pun dah tak ingat. Terkejut jugak post yang last pasal TTC tu ramai yang komen. Minta maaf pada yang tanya mana part 2 semua tu. Memang dah tak menyempat nak tulis. insyaAllah jika diberikan masa dan kelapangan waktu ya. Saya cuba sambung.

Jadi apa berita terkini sekarang ni? Kalau ada yang sudi baca blog ni la. Kot ada yang nak tau. Ehe..

Alhamdulillah sekarang dah menjalani dunia kerjaya sebagai Peguam Syarie yang banyak sungguh struggle life nya. Pada yang nak jadi Peguam Syarie tu, be prepared okay. Mental, tenaga, jiwa dan raga. Sebab tak ramai pun yang istiqamah nak teruskan bidang ni melainkan kau ada minat dan keazaman yang tinggi. Alhamdulillah dah masuk tahun ke -4 mungkin dah ada tauliah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, tahun ketiga untuk Pahang dan kite tunggu result untuk Selangor plaknapa citer.


Sebenarnya banyak nak citer kalau bab bidang guaman syarie ni tau. Okay sebelum ni bagitahu nama firma yang daku berkhidmat sekarang ni. Tetuan Mostadza Fadzil Hafiz & Associates. Sila search ya. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dapat master yang baik dan banyak sharing ilmu dan pengalaman untuk nak jadi Peguam Syarie yang berjaya dunia dan akhirat. Nanti kite share bab isu-isu rumah tangga okay. Moga bermanfaat untuk semua.


Untuk TTC plak, masih berdua. Hehe.. Belum sampai rezeki lagi. Doakan tau. Bila dah kerja ni banyak fikir masalah orang dari masalah diri sendiri. So kadang-kadang tak teringat dah pasal TTC. 😂.


Okay la kite update tu je dulu.. nanti kite sharing untuk isu-isu rumah tangga ya.. jangan tak baca plak tau..


Daaa.. assalamualaikum..


P/s: nak bagitahu awal-awal nak bukak balik blog ni macam pelik je kena sign in balik..nasib selamat lagi blog ni.. even x update.. tapi i sayang blog ni tau.. rase down je bukak balik blog ni




No comments: