expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

21 July 2016

Jodoh Dengan Shawl

Assalamualaikum.. Saya dah semakin rajin update blog.. haha.. (Baru dua kot termasuk yang ni untuk bulan ni)


Jodoh dengan shawl.. Saya memang tak ada jodoh dengan shawl. Saya tengok orang lain pakai shawl macam cantik je. Eh bukan macam tapi memang cantik. Ada orang cakap pakai shawl jimat masa, senang, mudah.. Owh.. memang minat saya pun nak buat benda yang mudah, senang dan jimat masa ni.. Tapi kan.. ade la beberapa kali saya cuba pakai.. tapi tak pernah jadi.. haha.. dan juga saya takut diri saya sendiri bila pakai shawl.. my own identity yang nampak muda (konon. sedar diri dah 27). Betul la siapa yang pakai shawl tu saya tak nafikan memang lawa, nampak confident, dan memang senang pun kan bagi yang pandai. Saya tak pandai walaupun dah tengok banyak tutorial. Bila tanya husband saya pun, ye la.. dia agree yang isterinya lawa pakai shawl (Takde.. pakai apa pun saya lawa kat mata dia. I dont care). Cumanya saya dan husband tahu kot saya ni macam mana. Haha. Just be yourself je lah.. nak nampak kemas, cantik dan berkeyakinan tu bukan semata-mata pada tudung je kan.. banyak cara lagi.. Pada saya, saya memang tak berjodoh la dengan shawl.. Jodoh saya cuma dengan tudung bidang 60 gaya kupu-kupu atau gaya straight atau tudung labuh sahaja. Setakat ini lah. If ada jodoh di masa lain tu saya xtau la nak cakap macam mana kan. 

Nampak matang pun tak best.. hehe.. Biar la nampak muda skek.. Even lagi 3 tahun dan nak masuk 3rd series. Lagipun kalau saya pakai shawl nanti saya rasa masa saya bersiap akan bertambah sebab saya tak pandai kan.. nanti husband saya punye perlian lagi panjang.. haha.. 

Apa-apa pun semua tu pada pendapat masing-masing la kan. Ada orang dia rasa shawl tu mudah untuk dia pakai. Ikut trend pun tak salah asalkan menutup aurat. Tapi bagi saya sendiri, saya memang orthodox sket dan susah nak ikut trend baru. Susah sket nak berubah kalau bab-bab aksesori dan pakaian ni. Namun itu semua hak masing-masing. Cuma jangan sampai jadi hamba fashion. Biarkan kita kawal dia, jangan dia kawal kita. Ada pepatah menyatakan jadikanlah dunia itu hanya di tanganmu bukan di hati mu. Bila letak kat tangan, kita boleh la kawal. Kalau letak kat hati, hidup mati semua duk kerja dunia ja lah. Nauzubillah. Tak mau ye..

Bila dah lawa dengan shawl tu, pandai-pandai la seimbangkan ye supaya tak menyerlah sangat sampai tabarruj. Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita yang solehah... =)

No comments: